Wednesday, December 17, 2014

TEASER I Heart You, Doctor!

Assalamualaikum.
Apa khabar? Sihat? Dah lama kan tak dengar cite pasal Adrian & Amanda? Oleh sebab harini saya terlebih rajin, so, nah, teaser. Harap terhibur dengan gelagat mereka! Ikhlas, asha.
***
PUNGGUNG dilabuhkan di atas sofa berangkai dua. Rasa penat yang melampau benar-benar membebankan dirinya. Tak sangka pula yang jumlah pesakit di hospital makin hari makin meningkat. Hal ini juga menyebabkan kadar kematian di Malaysia turut meningkat gara-gara masalah kesihatan para masyarakat selain masalah bencana yang menimpa.
            Mata redupnya dipejamkan seketika. Letih benar dirinya saat perlu berdepan dengan bermacam-macam ragam pesakit pada hari ni. Hari yang luar biasa... Bermacam macam spesies sudah ditemuinya. Ada yang tabah... ada yang ceria... ada yang mudah melenting... ada yang sombong dan banyak lagi. Malah, dia juga telah menemui seorang pesakit yang jauh lebih teruk daripada suaminya sendiri. Haih, nasib... nasib...
            Bunyi petikan gitar membuatkan Amanda sedikit tersentak. Serta merta mata redupnya terbuka luas. Keadaan di sekeliling ruang tamu itu mula diperhatikan. Ingin mencari dari mana asalnya bunyi petikan itu. Pelik... sejak bila pulak ada manusia yang main gitar kat dalam rumah ni? Erm jangan kata makhluk lain sudah lah!
            Kemunculan Syed Adrian bersama gitarnya di tepi tangga telahpun menjawab segala persoalan yang bermain di minda. Sebatang tubuh yang berpenampilan santai itu mula diperhatikan. Tak lupa juga sebuah gitar yang dipetik oleh lelaki itu.
            Fuyoo... Rainsong Hybrid Series tu. Gitar mahal yang ingin dimilikinya selama ni. Huh... kaya betul mamat ni. Sanggup dia korbankan beribu-ribu ringgit semata-mata nak beli gitar Hybrid Series tu? Err membazir tak ingat dunia! Sama aje gayanya sewaktu membeli basikal Giant dengan rumah banglo mereka ni.
            “Apa pandang-pandang? Nak pinjam cakap lah!” Syed Adrian mula bersuara setelah lama begitu asyik memetik gitar kesayangannya itu.
            Kalau nak tahu, gitar itu lah merupakan pemberian terakhir arwah Emilin untuknya. Setiap kali Syed Adrian teringatkan gadis itu, pasti saja gitar Hybrid Series itu bakal dipetik. Kebiasaannya, lagu Perfect Two, nyanyian Auburn bakal dimainkan. Alasan? Sebab... lagu tu merupakan lagu yang ditujukan oleh Emilin untuknya.
            Amanda hanya mencebik. Menyampah pula dia melihat sikap Syed Adrian yang suka menunjuk-nunjuk tu. Tahulah yang dia ni tak mampu nak beli gitar semahal tu... Paling sengkek sekalipun, gitar Yamaha je lah. Itu aje lah yang dia mampu. Tak macam ada orang tu! Beli sepuluh buah gitar Hybrid Series pun on aje. Ermm orang kaya lah katakan.
            “Kau reti main gitar tak?” soal Syed Adrian tiba-tiba. Sengaja dia nak menimbulkan suasana yang aman antara mereka. Haih... penat lah asyik nak bergaduh aje.
            Punggungnya mula dilabuhkan di sebelah Amanda. Amanda yang melihat keberadaan lelaki itu di sebelahnya sedikit terangkat. Hampir saja dia mahu terlompat di situ. Namun, tindakan itu cuba dikawal. Begitu juga dengan riak wajahnya.
            “Mesti lah saya reti. Awak fikir, saya ni sengkek sangat ke apa?” balas Amanda geram tanpa mempedulikan Syed Adrian yang dah tergelak besar di sebelahnya.
            Eh, mamat ni. Ketawakan orang pula! Memang lah dia reti main gitar. Lagipun, arwah kak Emilin pernah mengajar dia dulu. Huh... sampai termuntah pelangi dia dok menghadap gitar Yamaha miliknya itu sehingga mahir. Ini semua kak Emilin punya pasal! Tapi... dia bersyukur. Gara-gara paksaan kak Emilin tu, dia sudah pun mahir dalam bab-bab memetik gitar. Malah, sudah banyak lagu yang boleh dia mainkan.
            “Okey... okey... sorry. Aku tak ada niat pun nak ketawakan kau. Cuma... kelakar. Yalah... masakan doktor nerd macam kau ni reti main gitar. Alahai, dalam hati ada taman. Jiwang karat rupa-rupanya bini aku ni.” Syed Adrian mula menyakat. Dia sendiri pun terkejut habis saat mengetahui fakta pelik tapi benar itu.
            Amanda jeling. Lantas Hybrid Series yang berada dalam pegangan lelaki itu dirampas.
            “Awak tak percaya, ya? Okey, saya akan mainkan satu lagu sambil menyanyi. Kalau best... saya nak hadiah. I don’t care!” Amanda mula membuat pertarungan.
            Syed Adrian hanya membiarkan. Lantas dia mengangguk tanda setuju. Hmm nak juga dia tengok kemahiran si Amanda ni. Power sangat ke minah nerd ni dalam bab-bab petik gitar? Jangan cakap di mulut saja sudah lah! Syed Adrian mula memandang rendah.
            Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Gitar mula dipetik. Lagu Setengah Mati Merindu, nyanyian Judika menjadi pilihan. Alasan? Hmm... mungkin sebab lagu ini mengingatkan dirinya pada Syed Adam. Err sesuai sangat lah tu. Lagipun, lagu tu menerangkan tentang pasangan yang sememangnya tiada jodoh.
            “Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku,
            Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana,”
            Sekali lagi nafas ditarik.
            “Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu,
            Selalu saja bertemu, bertemu saat kau milik yang lain,
            Mungkin kau bukanlah jodohku, bukan takdirku,
            Terus terang....”
            Syed Adrian yang mendengar sudahpun terdiam.
            “Aku merindukanmu, setengah mati merindu,
            Tiada henti merindukanmu,
            Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu...”
            Amanda menarik nafasnya perlahan. Kekuatan dicari untuk meneruskan nyanyiannya bersama petikan gitar. Dalam masa yang sama, nasibnya mula dikenang. Nasib di mana dia gagal mendapatkan cinta pertamanya.
            “Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku,
            Apakah aku terlalu, terlalu banyak berkelana,
            Mungkin kau bukanlah jodohku,
            Atau bahkan bukan takdirku,
            Terus terang....
            Air mata yang sedikit menitis diseka perlahan.
            “Aku merindukanmu, setengah mati merindu,
            Tiada henti merindukanmu,
            Masih hatiku untukmu, aku tetap menunggumu....
            Amanda berhenti memetik. Riak di wajah cuba dikawal agar tak disyaki oleh Syed Adrian. Lantas Hybrid Series itu diletakkan di sebelah lelaki itu.
            “Kau tujukan lagu tu untuk siapa?” soal Syed Adrian perlahan.
            Rasa cemburu di hati cuba dinafikan. Dia tahu, Amanda tujukan lagu itu untuk adiknya sendiri. Ya, dia tahu akan itu. Tapi... apa yang boleh dia lakukan? Takkan dia nak melenting kot? Haih... nanti tak tentu pasal Amanda naik penasaran pula. Hmm biarlah. Dia lebih senang mendiamkan diri. Apa hak dia nak memarahi gadis itu? Lagipun, mereka bukannya ada apa-apa pun. Hanya sebagai kawan. Tak lebih daripada itu.
            “For general. Kenapa? Terasa ke?” bohong Amanda.
            Takkan dia nak kata ‘lagu ni saya tujukan khas untuk adik awak, Adrian’? Err gila? Mahu saja kena pelempang dengan lelaki tu. Nanti tak tentu pasal rahsia dia juga yang terbongkar. Huh... cari nahas namanya tu.
            Syed Adrian hanya tersenyum kelat. Dia sedikit berkecil hati dengan pembohongan Amanda itu. Tapi... mustahillah kalau minah ni berlaku jujur pada dia. Tunggu sampai tujuh keturunan sekalipun, minah ni takkan mengaku. Percaya lah!
            “Hmm best. Suara pun sedap. Dah boleh dah ni kalau nak jadi the next of Najwalatif. Tinggal nak dapatkan keizinan daripada aku aje lah.” puji Syed Adrian ikhlas.
            “He he he, thanks. Erm hadiah?” Amanda tadah tangan. Mahu menuntut janji.
            “Ehem... Pejamlah mata dulu. Macam tak biasa pulak?” Syed Adrian sedikit berdehem. Arahan mula diberikan.
            Amanda hanya menurut tanpa berfikir panjang. Matanya dipejam rapat. Tangannya masih ditadah. Hu hu hu, dah excited gila ni nak dapat hadiah!
            Terlihatkan Amanda yang sudah memejam mata, Syed Adrian tersenyum nakal. Perlahan-lahan tubuh gadis itu dirapati agar tindakannya itu tak disyaki.
            Bibirnya mula dirapatkan pada telinga Amanda.
            “Do enjoy the gift...” bisik Syed Adrian perlahan.
            Lantas pipi kiri Amanda dicium lembut. Lalu, segera dia berlari anak ke tingkat atas.
            Amanda terpaku sejenak. Serta merta mata redupnya terbeliak luas. Pipi kirinya yang menjadi mangsa Syed Adrian sebentar tadi dipegang spontan. Hangat. Macam tak percaya lah pula yang mamat tu....
            “Adrian!!!!!!” jerit Amanda sehingga menyebabkan banglo itu bergema kuat.
            Kedengaran gelak yang cukup kuat dari tingkat atas benar-benar menaikkan api kemarahannya. Hesy, dia memang pantang dalam bab-bab cium ni! Hesy, memang nak kena mamat ni!
            Punggung diangkat.
***
PENAMPILANNYA yang tampak segak bertuksedo itu mula ditilik melalui cermin. Tie dibetulkan sedikit agar kelihatan kemas di leher. Minyak wangi Giorgio Armani mula disembur. Sungguh dia berpuas hati akan penampilannya pada malam ini. Hmm dah handsome tahap cipan dah ni. Rasa-rasanya, Amanda boleh terpikat ke tak ek? Syed Adrian tertanya sendiri.
            Of course lah tak, Adrian. Kau fikir, senang macam gigit kuku ke nak pikat hati minah nerd ya amat tu? Err kalau Adam boleh lah. Petik jari aje, Amanda terus datang menyerbu. Yalah... minah tu mana minat kat mamat vogue macam kau ni. Dia minat kat mamat yang selekeh aje macam si Adam tu. Tengok lah penampilan mereka... Sama-sama selekeh! Kutuk Syed Adrian dalam hati.
             Tanpa berlengah lagi, lantas pintu bilik dibuka.
            “Oh mak kau!” latah satu suara yang baru saja ingin masuk ke dalam bilik itu.
            Amanda tergamam seketika. Atas bawah, atas bawah, penampilan lelaki di depannya itu ditilik tanpa rasa jemu. Tak semena-mena mulutnya ternganga luas gara-gara rasa kaget yang amat. Jarak yang terlampau dekat antara mereka membolehkan Amanda menilik wajah kacak itu sepuas hati.
            Subhanallah, handsomenya si Adrian ni... Apatah lagi bila dia tersenyum manis macam tu. Aduhai, luluh hati yang melihat... Sedap lagi mata yang memandang...  Omel Amanda dalam hati. Kagum pula dia melihat kekacakan terlampau yang dimiliki oleh abang angkatnya a.k.a suaminya itu.
            “Tak elok pandang anak teruna orang macam tu. Tutup mulut tu sikit...” tegur Syed Adrian tanpa riak. Spontan aje dagu Amanda ditolak ke atas agar gadis itu menutup mulut.
            Amanda bengang sendiri. Wajahnya ditunduk memandang lantai. Belakang leher yang langsung tak gatal digaru perlahan. Malu pula dengan perlakuan spontannya sebentar tadi. Pasti saja Syed Adrian bertanggapan yang dia syok sendiri. Aduh, bengang doh!
            “A... awak nak ke mana ni?” soal Amanda terketar-ketar. Musykil pula dia melihat penampilan Syed Adrian yang kelihatan segak bukan main ni.
            “Ada candle light dinner...” jawab Syed Adrian perlahan. Langsung tak menunjukkan sebarang riak.
            Amanda cuma mengangguk tanda mengerti. Serta merta senyumannya mati. Riak di wajah cuba dikawal agar tak nampak mencurigakan. Sedaya upaya dia cuba untuk menyorok perasaannya yang sebenar daripada pengetahuan lelaki itu.
            Sekali lagi wajah kacak itu dipandang. Rasa sayu di hati mula menyelubungi dirinya. Pasti saja Syed Adrian mahu ber-candle light dinner bersama kekasih gelapnya, cik Mira Faraheena. Hmm almaklumlah, lagipun lelaki itu bakal terbang ke Atlanta pada esok hari. Sudah semestinya dia nak menyambut malam terakhirnya di Malaysia bersama orang yang tersayang.
            Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Beruntung kan Mira tu... sebab, dirinya disayangi oleh Syed Adrian. Haih... bukan senang nak tundukkan mamat egois ni. Hanya kak Emilin dan Mira saja yang mampu menundukkan lelaki ini. Kalau dia? Hmm hampeh! Dia yang tertunduk ada lah!
            “Aku nak kau ikut. Gaun kau dah tersedia kat atas katil tu. So, just wear it.” pesan Syed Adrian sebelum berlalu pergi.
            Amanda terdiam sejenak. Pesanan daripada Syed Adrian itu ditilik kembali. Lantas dia menghampiri katil untuk melihat gaun yang dikatakan oleh lelaki itu.
            Wah... cantiknya. Mengalahkan Cinderella punya gaun! Takkan ‘personal assistant’ pakai gaun secantik ni kot? Yalah... karang tak tentu pasal imej cik Mira Faraheena bakal tergugat, gara-gara kecantikan ‘personal assistant’ Syed Adrian yang melampau. Tak ke naya tu?
            Amanda mengangguk tanda bersetuju akan pendapatnya. Gaun yang berwarna ungu gelap itu mula ditilik. Rasa was-was lah pula dia nak memakai gaun itu.
            “Woi! Siap cepat sikit.” jerit Syed Adrian dari luar.
            Tergopoh gapah Amanda bangun dari duduknya gara-gara tersentak punya pasal. Lantas gaun ungu gelap itu disarungkan pada tubuhnya tanpa berfikir panjang.
***
SUASANA di meja makan itu mula diperhatikan. Hanya dua batang lilin saja yang menerangi ruang meja makan itu. Amanda bingung sendiri. Aneh pula dia melihat keberadaan mereka berdua di restoran lima enam tujuh lapan bintang itu. Aik, Adrian ni... Kata nak ber-candle light dinner. Mana pasangannya?
            Kepala yang langsung tak gatal digaru perlahan. Tindakan Syed Adrian yang kelihatan khusyuk menjamu selera tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling itu hanya diperhatikan. Amanda mula mendagu. Hairan pula dia melihat keadaan Syed Adrian yang duduk bersendirian menghadap dirinya itu. Haih... Mira tak jadi nak datang ke?
            “Kata nak candle light dinner. So, where’s your partner?” Amanda mula bertanya dengan beraninya. Dia sengih.
            Syed Adrian yang  mendengar pertanyaan gadis cantik itu sudahpun tercengang. Spontan aje dahinya ditepuk perlahan. Ya Allah... apasal bini aku ni loading sangat ni? Takkan dia masih tak faham tujuan aku dok angkut dia ke sini?
            “Like seriously, you’re so funny. But it’s okay.” jawab Syed Adrian nak tak nak. Suapan diteruskan tanpa mempedulikan riak si isteri yang seakan-akan tercengang.
             “What do you mean? Saya tak faham lah. Apa yang kelakarnya? Saya tengah serius ni.” soal Amanda bagaikan tak bersalah.
            Keningnya sengaja dijongket-jongketkan untuk meminta penjelasan. Geram pula dia melihat tindakan Syed Adrian yang begitu asyik menikmati hidangan itu. Haih... sedap sangat ke spaghetti tu?
            Sudu dan garfu diletakkan ke tepi. Duduknya sedikit diperbetulkan. Kolar kemeja maroonnya sedikit diusik agar kelihatan rapi. Wajah si isteri yang nampak blur itu mula dipandang. Nafas cuba ditarik sedalam-dalamnya.
            “The reason why I brought you here is to be my partner. So, do you understand?” ucap Syed Adrian lembut dan perlahan.
            Senyuman yang cukup manis lagi ikhlas sengaja dikuntumkan. Lesung pipit yang mula timbul menjadi tayangan.
            Amanda tergamam seketika untuk beberapa saat. Kata-kata Syed Adrian itu membuatkan tubuhnya kaku macam apa. Tak semena mena hatinya berdebar tanpa alasan yang muhasabah. Riak terkejut cuba dikawal. Sengaja dia mencapai orang juice yang dipesannya untuk menutup rasa kaget yang amat.
            Syed Adrian tergelak sendiri. Kelakar pula dia melihat riak Amanda yang serta merta berubah itu. Namun, hatinya lega kerana gadis itu tak salah sangka.
            “Kau tahu tak, kenapa cuma ada dua batang lilin aje kat atas meja ni?” soal Syed Adrian tiba-tiba. Lantas pandangannya dialihkan pada wajah si isteri.
            Amanda hanya menggeleng tanda tak tahu. Dia sendiri juga naik musykil saat terperasankan dua batang lilin yang menerangi ruang meja makan itu. Kenapa mesti dua batang? Kenapa tak lima batang ke... sepuluh batang ke... seratus batang ke...? Itulah salah satu persoalan yang bermain di benaknya.
            “Sebab... hari ni dah genap dua bulan kita bergelar pasangan suami isteri.” ucap Syed Adrian cukup romantis. Senyuman manis masih tak lekang di bibir.
            Sekali lagi Amanda tergamam macam apa. Entah kenapa lah Syed Adrian ni asyik bikin dia tergamam aje malam ni. Dia sendiri pun naik hairan. Masuk kali ni, dah genap dua kali kot dia asyik tergamam aje.
            Kata-kata Syed Adrian sebentar tadi diimbas kembali. Jawapan maut daripada lelaki itu membuatkan lidahnya kelu tak terkata. Ooo... barulah dia tahu. Rupa-rupanya, dah genap dua bulan mereka bergelar suami isteri. Hmm macam tak percaya... sekelip mata aje masa berlalu. Rasa macam baru semalam aje mereka mendirikan rumah tangga.
            Dalam hati, Amanda kesal sendiri. Masakan dia boleh terlupa akan tarikh perkahwinannya sendiri, sedangkan lelaki di depannya ini boleh ingat dengan begitu rapi. Teruk ke aku sebagai seorang isteri?
            “So, I wanna say thanks to you for being my wife... for accepting me... for changing me... for teaching me... for fostering me... for caring about me...” ucap Syed Adrian berjela-jela. Satu persatu pengorbanan Amanda cuba untuk diingati.
            Amanda lebih senang mendiamkan diri. Lidahnya pun dah naik kelu nak membalas kata-kata lelaki itu.
            “And one more... thanks for lighting up my days like those candles did. I really appreciate all of them and I hope you will stay by my side.....
            Nafas ditarik perlahan.
            “Forever...” ucapnya pendek.
            Amanda terkedu seketika saat mendengar kata-kata terakhir lelaki itu. Wajah Syed Adrian yang masih tersenyum memandang ke arahnya itu dipandang kembali. Ingin mencari ketulusan kata-kata tersebut di sebalik wajah itu.
            Benar ke kata-kata kau tu, Syed Adrian? Sanggup ke kau duduk di samping aku untuk selamanya? Kau tak sedar ke, perkahwinan kita selama ni wujud tanpa rasa cinta? Kau tak sedar ke semua tu? Masakan kita mampu pertahankan perkahwinan yang langsung tiada makna ni untuk selamanya? Mustahil lah weh. Mustahil!
            Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Namun, hatinya bahagia akan penghargaan yang diberikan oleh lelaki itu.
***

34 comments:

  1. sial sweet. I feel like wanna kill that guy. OMG :'<

    ReplyDelete
  2. Rindunyaa kat diorang. Kelakarnya... manisnya... masih sama. Can't wait to read them in future!!! #AdrianAmandaForever

    ReplyDelete
  3. so now cerita ni bakal dibukukan ke miss asha??

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, kalau takda aral, tahun depan dear. doakan ya ;)

      Delete
  4. wo wo wooo.. sweet adrian.... =) besttt

    ReplyDelete
  5. waa best nya entry kali ni macam nak baca lagi ja.saya harap novel ni dapat dibukukan dengan secepat mungkin.bagilah teaser lagi tak sabar nak baca waktu adrian dan amanda sweet mestilah lagi best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun harap begitu, amin. insyallah kalau ada kelapangan :)

      Delete
  6. sweetnya adrian ni.awak next entry awak buatlah pula amanda sweet asyik adrian ja saya teringinla nak baca waktu amanda sweet dengan adrian mestilah lagi best plus sweet sangat. cerita ni selalu buat saya happy je bila baca.

    ReplyDelete
  7. Slm dear. Hehe saya salu tggu bibik jangan pergi no 2. Sampai letak dkat bookmarks n salu jenguk2 blog awak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alahai kesian dia haha. BJP 2 sedang disiapkan, insyallah akhir bulan januari nanti saya publish kalau takde halangan ;)

      Delete
  8. bila novel dah terbit sila post besar2.lama sgt dah tunggu.i also wanna say,because of this novel,novel yg i beli 5buah 3bln lepas sampai skrg i xde mood nk baca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah dear. Tahu takpe. Nak dekat setahun dah rasanya. Ya Allah janganlah sampai macam tu sekali. Saya takut IHYD ni mengecewakan awak nanti ^_^

      Delete
  9. Sib ada teaser terubat rindu ad n Amanda....

    ReplyDelete
  10. I just want to say.. Thanks for bring me ur briliant brain in texts.. Boleh gitu ? Aaaaaa.. Jeles ngan sis.. U r so briliant *grin*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah? Hahaha not so brilliant la. I'm constantly stuck when writing. Ideas come occasionally. Glad to know you like it ;)

      Delete
    2. :D then...we should call it as gifted :) you are so kind.. accept all of those comments.. positive and negative :') and replied to all :D i will support u sis.. i have been stalked tons of malay writes.. only 40% of it.. replied to all question that have been asked.. how snobbish -,- .. i hope u arent :') good luck :D KS has made a bad. decision by rejected ur briliant story :O

      Delete
    3. Hahahaha thank you. Diorang tak reply maybe sebab busy... insyallah huhu nak buat macam mana my story doesn't tepati their citarasa ;)

      Delete
  11. As'salam Asha...
    xtahu nak ckap ape... teruskan usaha meng'update' yee...huhuhuhu
    xsabar nak tunggu novel nie keluar...moga dapat dibukukan...amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam.. haha insyallah kalau ada kesempatan. terima kasih sebab sudi menunggu, ameenn ;)

      Delete
  12. Assalamualaikum akak .. nk tnya novel ni bila nak dibukukan

    ReplyDelete
  13. Aswt, akak nak tanya kenapa akak tak sambung nivel ni lagi? Sbb saya boleh baca kat website jer lagi pun parents saya tak bagi baca love story sbb diorang kata saya underage. Harap akak fhm perasaan saya :-)

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum akq.. knpe akq tk smbung dha IHYD? Sye suke cye ni akq.. smbung lahh akq.. hehehe klau bleyh cptlahh crite ni dbukukan.. pliss akq..

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum.
    Karya awak buat pembaca menanti apa kisah selanjutnya termasuklah saya.
    Hopefully dpt habiskan.Saya ternanti karya awak di pasaran.
    TQ

    ReplyDelete
  16. Bila awk nk smbg lgi novel ni.... sya rndu sgt gn adrian gn amanda... atau awk bt novel ni smpai pstu juai dlm bntuk ebook kmi snggup bli dri awak.... sya hrgai sgt2 klau awk dpt bls komen..... sya... sya hrgai sgt karya awk....

    ReplyDelete
  17. Saya juga menanti dan terus menanti bila novel ni akan disiapkan dah bertahun menunggu tolonggg siapkan...nak tahu endingnya

    ReplyDelete
  18. akak,novel ini dah dijual ke?

    ReplyDelete
  19. Akk, nak tanya tak ada sambungan ke novel ni?

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.