![]() |
DAH TUKAR COVER HUHU |
Assalammualaikum..
Setelah berperah otak pagi petang siang malam, inilah
hasilnya. Berkat tersedar jam 3 pagi, hehe. Ini semua khas untuk reader yang gian nak baca. Terima kasihlah ya sebab
sedarkan saya untuk sambung BJP ni. Kalau tak, memang malas lah kan. Haha. Tapi
sebelum saya mulakan entri ni, saya nak buat intro sikit. Khas untuk reader IHYD pulak. Bukan reader? Tak
apa. Boleh skip intro ni & terus
menelaah kisah cinta RayyanNina.
Okey. Kepada
reader IHYD, saya nak maklumkan IHYD
masih di bawah penilaian pihak Kaki Novel. *hai
takkan penilaian tak habis-habis lagi?* Ya, memang tak habis-habis lagi.
Rasanya dah 10 bulan – melebihi jangka masa yang telah ditetapkan (6 bulan). *kenapa boleh terlebih jangka masa ni?*
Entahlah, wak . Saya pun tak tahu. Dah beratus kali saya tanya status manuskrip
pada pihak Kaki Novel, tapi jawapannya tetap sama – masih dalam penilaian...
harap sudi menunggu... jutaan terima kasih kerana masih menunggu... So sekarang ni saya bercadang untuk
terus menunggu ajelah & diharap korang juga dapat bersabar ya. Better late than never kan?
One
more, saya ada dengar cerita daripada blog penulis Ayumi Syafiqah – “jika karya anda berjaya
melepasi proses penilaian, anda harus menunggu tempoh diterbitkan pula.
Kebiasaannya, tempoh diterbitkan tu memakan masa hampir setahun.”
HAHAHAHA nak tergelak rasanya baca benda ni. *dah tergelak pun* So kawan-kawan tersayang, janganlah
berharap IHYD akan dibukukan pada tahun ni. Jangan dan jangan. Jangan sesekali.
Saya tak yakin. Mungkin tahun depan atau tahun yang seterusnya, mungkin. Tapi
tak tahulah kalau sebaliknya kan? Ini semua bergantung pada izin Allah. Berdoa je lah ya. Doa kan senjata kita. Manalah
tahu boleh termakbulkan? Hehe, maaf semua. Maaf sebab kecewakan korang.
Anggaplah ini semua ada hikmah. Mungkin belum tiba masanya untuk saya jadi
novelis. But I won’t give up for this
dream. Peaceee, hee. Jangan marah
ya ^_^ Ikhlas, asha.
p/s: Nah, terimalah hadiah daripada saya ni – kesinambungan
kisah cinta Nina & Megat Rayyan. Maaflah ya kalau sambungannya tak seberapa
& tak seperti apa yang korang harapkan. Itu saja yang saya mampu. Semoga
terhibur!
***
“NI.. Nina?”
Aku terdiam
sejenak, membeku seperti ais batu. Kaku. Kaku tubuh aku tuk seketika. Terkejut.
Tergamam saat terpandangkan seraut wajah itu. Terlihatkan mata ambar itu.
Rindu.
Air mata yang asyik bertakung sedari tadi aku cuba tahan.
Enggan menangisi masa lalu. Penat. Entah mengapa, hati ini terasa sedih. Sebak.
Pilu. Terasa seperti ada luka lama yang terkopek kembali, berdarah tak henti-henti.
Pedih. Perit, sehinggakan jiwa ini menjerit.
“A.. awak buat apa kat sini?” Terketar-ketar aku menyoal.
Masih terkejut akan keberadaan lelaki itu di sini. Tak sangka. Hmm.. setelah berbulan-bulan dia
melarikan diri, melangkah pergi, kenapa harus bertemu lagi? Bertembung lagi?
Adakah ini yang dikatakan sebagai.. jodoh?
Oh Nina. Sudah-sudahlah tu. Berhenti berharap, berhenti
berangan. Kalau memang Tuhan jodohkan aku dengan dia, pasti sudah lama kami
bersatu, bukan? Pasti sudah lama kami kecapi bahagia. Ini tidak.. asyik
berpisah aje. Asyik menderita aje. Terasa pahit segala-galanya.
Rayyan memandang aku. Anak mata ini masih setia dipanahnya,
direnungnya. Dalam. Sedalam perasaan yang mengalir dalam jiwanya. Sedalam cinta
aku padanya. Kali ini, aku didekatinya, dirapatinya. Perlahan-lahan kaki
panjang itu menapak ke hadapan – mendekati aku.
Gugup aku untuk seketika, tatkala terpandangkan jarak antara
kami yang boleh diertikan sebagai rapat, dekat. Aku tunduk – memandang lantai.
Jantung tak lekang minta dipam darah – berdegup sepanjang masa. Dada pula bukan
main kuat debarannya. Mana taknya, haruman Giorgio Armani yang dipakai lelaki
itu sudah menusuk ke dalam hidung aku. Berasak-asak. Sesak dada aku
dikerjakannya.
Seketika
kemudian, barulah aku angkat muka – memandang wajah si dia yang penuh
pengharapan. Apa yang diharapkan? Entahlah. Aku sendiri tak tahu dan aku tak
nak tahu. Terlihatkan mata ambar itu, hati kembali dipagut rasa sayu. Sedih.
Pilu. Ada rindu di sebalik mata itu. Ada rindu yang membuku. “Saya.. saya
rindukan awak, Nina..” ucapnya seraya memeluk aku, selamba. Terkaku tubuhku
untuk seketika. Beku. Tak sangka begitu pula reaksinya. Tak terduga.
“Dah lama
saya cari awak, Nina.. Tapi tak jumpa-jumpa. Risau saya dibuatnya. Mujurlah
harini Tuhan pertemukan kita. Alhamdulillah..” Sayu kedengaran suara itu. Pilu.
Tubuhku masih kemas dipeluk Rayyan. Kuat, seakan-akan enggan melepaskanku,
enggan merelakan pemergianku. Aku sekadar membiarkan, terus membeku di situ.
Pelukan
dileraikan. “I’m so sorry, Nina.. So
sorry and I’m really mean it. Saya tak pernah buang awak, campak awak dari
hidup saya. Sumpah tak pernah, Nina. Demi Allah.” Tak pernah buang aku? Tak
pernah campak aku? Bukan ke selama ni kau dah berbuat sedemikian, Rayyan?
Membuang aku seolah-olah aku langsung tak bererti. Mencampak aku seakan-akan
aku tiada harga diri. Macam barang terpakai. Nak lebih power lagi, macam sampah. And
now.. what? Kau nak pungut aku? Kau nak jilat balik apa yang kau dah ludah
dulu?
Tanpa
disedari, ada cecair yang menitis di pipi. Hangat. Rasa sebak mula menyelubungi
diri. Sebak maha amat. Sedih. Sesungguhnya, hanya Allah saja yang tahu apa yang
terbuku di hatiku kini. Aku tersenyum sinis, memandang Rayyan. “Stop saying sorry to me. Your sorry means
nothing. I’m just.. sick of it.” luahku perlahan. Air mata yang kian galak
mengalir aku seka kasar. Sudah penat hendak membazirkannya pada orang yang
salah. Sudah letih.
Rayyan
sedikit terkejut. Ada riak serba-salah di wajahnya. “But Nina, I’m really mean it. Maksud saya, saya benar-benar ikhlas minta
maaf pada awak. Saya tahu, saya salah dalam hal ni. Saya tak patut..”
“Don’t say tak patut kalau awak dah
mematutkannya. Sudahlah, Rayyan. Anggaplah semuanya dah berakhir, dah terkubur.
Buat apa awak nak kenang masa lalu? It’s
too sad to be thought. Saya.. saya dah lama lupakan kesalahan awak,
kesalahan mummy awak. Cukuplah,
Rayyan. Enough.” Aku menjauhinya,
mengambil langkah untuk pergi. Namun, langkah itu termati saat Rayyan
menghalang. Enggan melepaskan diriku.
Kali ini,
tangan sasanya mula mencapai bahu aku. Menahan tubuhku agar tidak
membelakanginya. Mata masih tajam merenungku. “After 3 years 7 months 4 weeks 2 days of waiting you, awak ingat
semudah tu je saya dapat lepaskan
awak? Lupakan awak?”
Tersentap.
Ya, aku tersentap akan kata-katanya itu. 3 tahun 7 bulan 4 minggu 2 hari?
Itukah jangka masa Rayyan menunggu aku? Huh, entah ya entah tidak. Macamlah aku
nak percaya. Pasti dia sengaja nak membantutkan niat aku. Alah.. Rayyan.
Macamlah aku tak kenal perangainya. Asyik bermanis mulut sepanjang masa. Itulah
sebabnya hati ini tak henti-henti terpaut padanya, tergila-gilakannya. Oh
Tuhan.. bodohkah aku? Ya, aku memang bodoh. Bodoh sebab mudah tunduk pada Megat
Rayyan.
Senyuman
sinis diukir. “Apa susahnya nak lupakan saya? Saya bukannya model jelita, bukan
juga anak orang berada. Saya bibik aje kot. BIBIK. Bibik lepasan SPM. Huh.. see. Apa je yang saya ada sampaikan awak susah sangat nak lupakan saya?”
Tajam mata ini merenungnya. Geram. Menyampah. Meluat. Semuanya ada.
Rayyan
menghela nafas. Tenang saja lagaknya. Langsung tiada aura nak mengamuk.
Perlahan-lahan tangan aku dicapainya, lalu diletakkan pada dada kirinya.
Tergamam aku sejenak. Terkedu. Seperti dahulu juga, jantungnya berdetak kuat
bagaikan mahu pecah. Dup dap dup dap. “Awak ada ini – hati saya. Itu yang
membezakan awak, dengan mereka. Itu yang membuatkan saya, jadi gila.”
Gulp! Rasa macam ada kepala yang nak
pitam sekarang ni.
***
MIMPI. Mimpi lagi. Kenapalah aku asyik termimpikan Megat Rayyan
sejak dua menjak ni? Apa dah tak ada orang lain ke dalam kepala otak aku ni? Hanya
Rayyan, Rayyan dan Rayyan?
Keluhan yang
cukup berat dilepaskan. Tak sangka sampai macam ni sekali rindu aku pada
Rayyan. Sampai terbawa-bawa ke alam mimpi. Dah berbulan-bulan aku tinggalkannya,
pergi jauh dari hidupnya. Dah berbulan-bulan juga aku bersusah payah
melupakannya, memadamkannya dari kotak minda. Namun hasilnya? Begini. Asyik
masuk dalam mimpi. Hambar sekali.
“Amboi anak
dara.. tak bangun lagi?” ucap satu suara di sebalik muka pintu. Tersentak aku
dibuatnya. Pantas aku membaluti tubuh dengan comforter. Sampai ke muka. Buat-buat tidur kononnya, hehe. “Nina.. oh Nina. Bangunlah.. dah
subuh dah ni.” Suara itu masih bergema. Namun, kuatnya makin ketara. Hmm mungkin si empunya suara sudah mula
mendekati aku. Mata kekal dipejam. Rapat. “Nina.. bangun. Nenda panggil Noah
karang.. baru tahu!”
Terdengarkan
sebaris nama itu, terus menaik bulu romaku. Terus tegak tubuh aku. Wajah
tercengang Nenda Nerina aku pandang. Dia juga turut sama memandang aku.
Ternganga luas mulutnya – terkejut barangkali. Aku sengih. “Hehe, terkejut ke Madam? Sorry..” Selamba aku bersuara. Gigi yang putih tersusun
sengaja aku tayangkan. Dia hela nafas lega.
“Nina niii.. kalau nak kidding-kidding
dengan Nenda sekalipun, agak-agaklah. Nasib baik tak terlompat keluar jantung
Nenda tadi. Tersentak tau,” adu Nenda
manja. Dadanya diurut lembut, kononnya terperanjat maha amat. Serba-salah aku
dibuatnya. Wajah takut-takut aku dipandangnya. “Oh ya, alang-alang dah bersua
muka dengan Nina ni, Nenda nak beritahu something.”
ucapnya perlahan. Nampak gaya macam berat hati.
Aku terpempan seketika. Terpinga-pinga diri ini memandangnya.
Dalam hati, aku sudah curious.
Membuak-buak rasa ingin tahu dalam diri. Telinga aku tadahkan seluas-luasnya –
bersiap sedia hendak mendengar omongan dia. “Nenda.. err.. Nenda dah nak bertolak ke Hong Kong pagi ni.”
“What?!” Mata
terbeliak luas. Mulut menganga besar. Terkejut. Tergamam dan segala-gala ‘ter’.
Wajah Nenda aku pandang bagaikan tak percaya. Tangan tuanya mula aku capai.
“Nenda.. Nenda cakap apa ni? Takkan Nenda nak tinggalkan Nina kat vila ni?
Dengan Encik Noah pulak tu? Adoyai, Nenda.. mana boleh. Meletus
Perang Dunia Ketiga nanti,” ujarku selamba bersertakan riak sedih di wajah.
Nenda Nerina sekadar tertawa lucu. Bingung aku melihatnya. Lawak ke?
“Alahai, sayang.. Nenda pergi kejap aje lah. Tak sampai
sebulan.”
Tak sampai sebulan dia kata? Oh My God. Gila, takkan aku nak tinggal sebumbung dengan Encik Noah
tanpa dia? Lebih seminggu pula tu. Mahu melarat perang antara kami nanti.
Haritu pun sudah bergusti, apatah lagi hari-hari yang seterusnya? Tanpa Nenda
lagi. Masak dia begini. “No, Nenda. No..
Nina tak setuju. Pokoknya, Nina tak nak Nenda pergi. Nina tak nak! Nenda tahu
kan, perangai Encik Noah tu macam mana.. Usung perempuan ke hulu ke hilir.
Nanti kalau dia bawa perempuan masuk rumah macam dulu, acanee?” ucapku tanpa berlapik. Selamba badak aje aku dok mengutuk cucu wanita itu. Ah,
nasiblah. Lagipun, memang itu kenyataannya, hakikatnya. Tidak boleh dinafikan.
Nenda tersenyum nipis. Rambut panjangku dibelainya dengan
penuh kasih sayang. Senang aku melihat perlakuannya. “Nina, Nina jangan risau
ya. Nenda tahu, cucu Nenda tu tak baik mana. Nakalnya boleh tahan. Tapi
senakal-nakal Noah tu, Nenda yakin ada baiknya juga. I mean, I convince that he can take care of you. Trust me.”
“Tapi kalau..”
“Tak ada tapi-tapi. Think
positive, Nina. Mana mungkin Noah sanggup apa-apakan Nina sebab.. yeah. Dia dah anggap Nina macam adik dia
sendiri. Nenda pun dah sayangkan Nina macam cucu Nenda sendiri.. Tiada alasan
untuk dia bertindak bodoh. Am I right
dear?”
Kata-kata Nenda Nerina itu dibalas dengan diam yang lama.
Kelu lidah untuk seketika. Cukup keberatan untuk mengangguk dan berkata ‘ya’. Hmm.. boleh percaya ke mamat tu? Boleh count on ke? Hmm.. tengok
muka macam tak. Muka player. Muka
buaya. Muka yang langsung tak boleh diharapkan. Ah, matilah aku begini. Matilah.
Aku ketakutan sendiri.
“Dah.. pergi solat Subuh sana. Termenung apa lagi?” Bahu aku
ditepuk Nenda. Tersentak aku untuk seketika. Terus mati lamunan aku juga.
Aku mula bangkit – bangun daripada pembaringan. Terasa
longlai lutut ini mahu berjalan, menapak ke bilik air untuk berwudhuk. Keluhan
kecil dilepaskan jua.
***
“NINA, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
Terdengarkan
nama ini diseru, aku angkat muka – memandang wajah si dia yang masam mencuka.
Amboi, masam gila muka. Mengalahkan asid hidroklorik masamnya. Bibir mengukir
senyuman. Plastik. “Err.. Encik Noah
cakap apa tadi?”
“Itulah kau,
aku cakap bukan reti nak pay attention.
Berangan aje semedang. Panggil nama Nina, boleh tersedar pulak? Mmm.. pelik. Ke kau memang nak aku panggil kau Nina
sebenarnya, Bik?” Selamba sahaja Noah menyindir. Menyampah pula aku
mendengarnya. Meluat. Sakit hati berganda-ganda.
Apa dia
fikir aku ni kemaruk sangat ke nak dipanggil dengan nama? Huh.. tolonglah
sikit. Dia fikir, dia siapa? Model termahal di dunia? Lelaki terkacak di
global? Playboy kelas satu
antarabangsa? Ke.. Megat Rayyan yang aku cinta? Oh My God, pleaselah. Minta baldi tiga empat buah. Loya tekak ni
rasanya! “Encik Noah cakap apa sebenarnya tadi?” Aku tetap berdegil dengan
pertanyaan tadi. Malas pula nak membalas serangan biadab lelaki itu. Erm, biarlah dia nak melaser ke apa. Biarlah. Dah memang mulut
dia puaka macam tu, nak buat macam mana?
Noah kembali
melabuhkan punggungnya. Wajahnya juga kembali serius. Macam awal tadi. “Begini,
Nina sayang. Kawan lama abang nak lunch
kat vila ni tengah hari nanti. So,
abang nak Nina sayang jalankan tanggungjawab sebaik-baiknya sebagai bibik.
Kemas rumah, masak dan segala-galanya lah. Yang penting, abang tak nak ada
sekelumit habuk pun kat rumah ni. Plus,
abang nak sayang pikat perut dia macam mana sayang pikat perut abang dulu.
Faham, sayang?”
Sayang?
Abang? Pikat perut? Apa benda semua ni? Tercengang aku mendengar kata-kata Noah
itu. Terpinga-pinga. Mulut sudah luas menganga. Terkejut beruk lagaknya. “Oh
ya, sayang, one more. Mulut tu tak
payah nak nganga besar sangat ya. Karang lalat masuk, ada juga yang kena call ambulans.” sindirnya. Spontan saja
dagu aku ditolaknya. Terus terkatup mulut yang ternganga tadi. Aku tergamam
sendiri. Terkejut. Merah padam wajah ini dibuatnya.
Kelihatan
Noah sudah mengambil langkah ke anak tangga. Baru saja anak tangga kedua didaki,
dia kembali berpaling. Memandang aku. Tajam mata hazel itu memandang aku. Gaya macam ada makna. Tak keruan aku
dibuatnya. Gugup. “And one more thing,
Nina..”
Kali ini,
dia mula menghampiriku, mendekatiku. Dan.. merapatiku. Haruman Dior Homme mula
menusuk ke lubang hidungku. Bapak
wangi gila bau dia. Bau yang cukup maskulin dan menggoda. Sungguh, bau minyak
wangi dia aje dah boleh mengocak naluri kewanitaan aku. Belum lagi pandang muka
dia yang kacak maut tu. Boleh maut ditenggelami nafsu agaknya, bebelku sendiri
dalam hati.
Terlihatkan
jarak antara kami yang boleh tahan rapat itu, tubuh aku pegun. Kaku. Noah
nampaknya mula menundukkan wajah – memandang aku yang jauh lebih rendah
daripadanya. Paras bahu aje, bayangkan. Aku pula sudah tunduk – memandang
lantai. Tak sanggup pula nak membalas pandangan lelaki itu. Takut sekiranya aku
tertunduk dan terbuai dengan godaan syaitan. Almaklumlah, Noah bukan
calang-calang punya orang. Playboy
kelas satu. Sudah berapa ramai wanita yang kalah dan tunduk padanya? Pasti saja
tak boleh dihitung dek jari.
Beberapa
detik kemudian, tangan sasanya mula merayap pada bahu aku. Bahu aku dipegangnya
kuat sehinggakan aku dapat merasai cengkamannya. Alamak, dia nak buat apa ni? Apasal dia pegang bahu aku ni? Ya
Allah.. kau selamatkanlah aku. Kau lindungilah aku daripada buaya ni..
Jauh-jauhkanlah aku daripada malapetaka yang dibawanya, doaku dalam hati.
Takut!
Debaran
menguasai diri. Dapat aku perhatikan renungan Noah yang begitu tajam pada tubuh
aku. Dapat juga aku tangkap halkumnya yang bergerak-gerak. Okey, dia teguk
liur. Ya, dia teguk liur. Aku pasti. Hmm..
apa maknanya? Maknanya.. oh tidak! Fikiran sudah menerawang jauh.
Berbagai-bagai kemungkinan sudah bermain di minda. Menggeletar tubuh aku. Bibir
pula tak lekang-lekang menguntum doa – memohon perlindungan daripada-Nya.
“Lain kali jangan
pakai macam ni. Pergi tukar baju.” Serius Noah bersuara. Terus dijauhkan jarak
antara kami. Aku terpempan sendiri. Masih kaget. Pada masa yang sama, mata
sempat menilik pakaian sendiri. Apa baju aku pendek sangat ke? Hmm nak kata pendek, ada lengan. Then, takkan nipis sangat kot? Sekali
lagi aku menilik baju aku. Masih tertanya.
“Pakai baju
yang labuh sikit. Tak nipis. Tak sendat. Tak terdedah.” jerit Noah dari tingkat
atas. Selamba gila. Bengang aku dibuatnya. Malu.
Sekali lagi
aku menilik diri sebelum menapak pergi. Teruk sangat ke pakaian aku selama ni? Erm entahlah. Selama ni, Rayyan okey
aje. Tak pernah pula dia complain,
omelku sendiri. Namun, dalam diam, aku bersyukur.
***
“KAU masak apa weh?” tegur Noah yang baru saja muncul.
Aku
berpaling, memandangnya. “Nasi beriani,” jawabku pendek. Malas nak melayan.
Lengan baju kurung aku senseng sampai ke siku. Gara-gara teguran Noah pagi
tadi, terus aku sambar baju kurung tiga tahun lepas. Haha! Takut? Mestilah.
Siapa je yang tak takut dengan
perangai miang Noah yang mengalahkan ulat bulu tu?
Noah
mengangguk. Sekali sekala mata hazelnya
memandang aku. “Ada pun baju kurung. Ingatkan miskin sangat sampai tak mampu
nak beli.” Selamba badak air aje Noah mengutuk aku. Nasib baik dah tak berbekas
di hati. Dah biasa. Tapi rasanya lebih baik dia mengutuk daripada memuji.
“Lain kali
aku nak kau pakai baju kurung aje kat rumah ni. Kalau boleh, pakai tudung
sekali sementara Nenda tak ada ni. Dan kalau
terlebih boleh, pakai perfume lelaki.
Aku tak suka lah bau perfume kau ni.
Meremang.” Sampai macam tu sekali Noah menegur aku. Ya Allah, mamat ni.. Takkan macam tu sekali nafsu
dia kat aku? Sampaikan perfume pun
ditegurnya. Tergeleng-geleng kepala aku akan gelagat Noah itu. Teruk noh.
“Saya
bukannya pakai perfume mahal pun.
Enchanteur Paris aje kot..” Haah. Aku bukannya pakai perfume Contradiction keluaran Calvin Klein pun. Takkan dengan perfume murah pun iman dia boleh
tergugat? Naluri kelelakian dia boleh mengocak? Noah pandang aku. “Entah. Bau
badan kau memang wangi kot. Arghhh..
pokoknya, kau kena dengar cakap aku sebelum apa-apa terjadi kat kau. Tolonglah,
aku tak boleh tahan. Alah. Faham?”
Tegas Noah bersuara.
Aku
mencebik. Menyampah. “Dasar bernafsu. Dengan bibik sendiri pun tak boleh tahan
ke? Err.. low taste.”
“Kau jangan
nak cari pasal dengan aku eh, Nina. Mood
aku tengah baik ni. Beruntung tau aku
warning kau awal-awal. Kalau aku tak warning? Memang kau dah kena ngap
lah dengan aku.” ucapnya sebelum mengangkat kaki. Wajah aku dijeling sekilas.
Amboi, marah nampak?
“Masak cepat
sikit. Jangan asyik nak berangan aje,” perlinya.
Mata aku
julingkan ke atas seraya mencebik. Err..
meluat!
***
TERPANDANGKAN sebuah kereta yang menyusul di halaman, hati terasa hambar.
Mana tak hambar, aku masak punyalah banyak. Gaya dah macam nak buat kenduri.
Tapi yang datang? Satu kereta aje. Itupun entah berapa orang. Kalau seorang?
Haih. Hambar
kuasa dua. Membazir makanan, membazir tenaga. Memang membazir.
“Nina,
tetamu dah datang. Bawa air keluar.” arah Noah dari pintu utama. Tetamunya
belum nampak bayang lagi. Entah ramai entah tidak. Jadi, bagi menjamin
keselamatan, enam buah gelas aku capai. Almaklumlah, Ford Mustang tu cuma muat
lima orang aje. Lagi satu gelas untuk Noah. Hehe..
“Masuklah beb.. Lama tak jumpa!” Kedengaran suara
Noah sedang eksaited menyambut tetamu. Gembira betul. Dah lama sangat tak jumpa
agaknya.
Pantas aku mencapai dulang sebelum menatangnya ke depan.
Perlahan-lahan kaki menapak ke ruang tamu bersertakan dulang dan gelas di
tangan. Sekali sekala mata mencuri pandang kaki-kaki yang berada di depan pintu
utama. Hmm.. ada empat batang kaki
aje termasuk kaki Noah. Maknanya, tetamu yang hadir cuma seorang. Haa.. kan aku dah agak! Membazir betul.
Terpandangkan si tetamu yang mula menyerbu ke dalam rumah,
aku membungkam. Pegun. Kaku tubuh ini untuk seketika. Beku. Dan.. tatkala mata
aku bertentangan dengan mata si dia, nafas seakan-akan terhenti. Darah
seolah-olah tersekat. Jantung dan paru-paru bagaikan dah tak berfungsi lagi.
Sistem badan bagaikan dah tak berguna. Otak gagal mengawal pergerakan
sehinggalah..
Prang!
Tak semena-mena dulang dan gelas yang ditatang terlepas
daripada pegangan. Terkejut. Tergamam. Terkedu. Sesak nafasku kini. Rasa macam
nak mati. Mata pula masih tak berganjak sedari tadi. Masih tak berkelip. Masih
lagi kaget.
“Oh My God, what have
you done, Nina?!” Suara lantang Noah menyedarkan aku. Pantas aku
menjatuhkan mata, memandang kepingan-kepingan kaca yang berterabur. Peluh mula memercik
dahi. Rasa macam nak pitam aje sekarang ni, namun digagahkan jua.
Perlahan-lahan kepingan itu aku kutip.
“It’s okay, Noah. Dear,
let me help.” Merasakan sentuhan daripada kulitnya, tubuh bagaikan
menggigil, menggeletar. At the same time,
kepala terasa berdesing. Berpinar-pinar. Pening. Tak sangka kuat sebegini
sekali penangannya. Penangan cinta.
Untuk seketika, pandanganku bertukar kabur. Gelap. Hitam,
sehinggalah.. aku tidak sedarkan diri lagi. Hanya suara-suara cemas yang
bergema di telinga.
***
MATA yang terpejam perlahan-lahan dibuka. Terlihatkan wajah
Rayyan yang begitu dekat dengan wajahku, pantas aku bangun daripada
pembaringan. Rambut panjang yang mengurai itu aku sanggul tinggi. Rimas.
“Dah
bangun?” Terdengarkan suara itu, hati menjadi tak keruan pula. Resah. Gelisah.
Tak tenang lah pendek kata. Aku menoleh – memandang Rayyan di sebelah.
Oh. Baru aku
perasan. Kepala aku baringkan di atas riba dia tadi. Ah, seganlah pula. Lebih
segan lagi kalau Noah penyangak tu nampak. Oh ya, mana Noah? Mata mula
melilau-lilau memerhati sekeliling. Mencari kelibat si Noah.
“Encik Noah
mana?” soalku tanpa mempedulikan soalan lelaki itu. Sekali sekala wajah kacak
persis Taylor Lautner itu aku pandang. Bibir merahnya tak lekang dengan
senyuman. Haish, asyik senyum aje
kerja dia. Dahlah manis tahap kencing manis pulak
tu, omelku dalam hati. “Noah angkat call
kejap. Hmm.. awak nak apa-apa ke?
Air?”
“Boleh lah
juga.” Senang hati aku menerima pelawaannya. Kalau air daripada Rayyan, aku
boleh terima. Tapi kalau air daripada Noah, hah.
Sampai kiamat pun aku teragak-agak nak minum. Bukan boleh percaya sangat mamat
buaya tu. Jujur mana pun dia, kalau dah nama buaya, tetap buaya. Menempah maut lah
kalau percaya. “Awak sihat?”
Entah kenapa
soalan daripada Rayyan itu menimbulkan rasa rindu aku pada dia. Rindu untuk
mendengar suaranya. Rindu untuk berbual dengannya. Rindu untuk bertanyakan
khabarnya. Rindu untuk mendengar kata-kata cinta daripadanya. Segala-galanya
rindu. Lambat-lambat aku angguk. “Dah lama kerja sini?”
“Empat
bulan.” Ya, empat bulan. Separuh daripada tempoh aku tinggalkan dia. Tak sangka
sebegitu lama aku berpisah dengannya, berjauhan dengannya. Dan kini, kami
bertemu kembali. Hanya bertemu, bukan bermakna bersatu. “Awak.. tak rindukan
saya ke?”
Rindukan dia
ke tak? Entahlah. Rasa macam rindu, tapi hati tetap nak menafikan. Namun,
hakikatnya, ya. Aku rindukan lelaki itu. Kalau tak, tak adalah sampai masuk ke
mimpi. Tak adalah sampai igaukan lelaki itu. Ya tak? “Buat apa nak rindukan
orang yang tak pernah rindukan kita?”
“Mana awak
tahu saya tak rindukan awak?” Tegas Rayyan bersuara. Seolah-olah ingin
menyangkal kata-kata aku itu. Aku sekadar membungkam – mendiamkan diri. Sungguh
aku malas hendak mendengar kata-kata Rayyan yang seterusnya itu. Bagi aku, lelaki
ini bagaikan pemberi harapan palsu. Asyik membiarkan aku berharap dan terus berharap.
Sudahlah. Aku sudah letih akan itu. “Nina..” panggilnya lembut. Tangan ini
dicapai lalu digenggamnya. Kemas. Membuatkan aku termangu sendiri.
Aku angkat
muka, memandangnya. “Saya rasa bersyukur sangat sebab Allah panjatkan doa saya
untuk bertemu dengan awak. Saya tak sangka, Dia masih izinkan saya untuk
bersemuka dengan awak. Saya fikir.. Dia cuba untuk pisahkan saya dengan awak.
Tapi.. saya silap.” Sayu kedengaran suara Rayyan itu. Pilu. Sama seperti apa
yang aku lihat pada mata ambarnya itu. Cukup sayu dan cukup menyedihkan.
Rambut aku
yang bersanggul diusapnya perlahan. Lembut. Terbuai aku sejenak akan belaiannya
itu. Namun, seketika kemudian, aku pantas menepis. Enggan dibelainya, enggan
berharap lagi padanya. “Saya.. minta diri dulu. Jaga diri baik-baik, Nina..
Assalamualaikum.” ucapnya seraya mencuit hidung aku. Punggung diangkat lalu
mendekati Noah yang baru saja muncul di depan muka pintu.
Aku sekadar
mendiamkan diri. Membeku. Tak tahu hendak beriak seperti apa. Apa yang pasti,
aku cukup terkejut akan kemunculan lelaki itu. Tak terduga.
Ya Tuhan,
setelah apa yang terjadi, kenapa Engkau pertemukan aku dengan dia lagi? Kenapa
Engkau perlu hadirkan dia dalam hidup aku lagi? Aku tak sekuat itu, Tuhan. Aku
tak sekuat itu. Berdepan dengannya bererti berdepan dengan luka lama. Luka yang
boleh dikatakan hampir sembuh biarpun berparut.
Aku mengeluh
kecil. Entah sampai bila aku perlu berdepan dengan Rayyan? Dengan keluarga dia?
Sudahlah. Aku dah penat. Dah tak larat.
***
SIARAN 103 aku usik seketika. Jam antik di dinding sempat aku pandang
sekilas. 10 malam. Selalunya akan ditayangkan filem-filem menarik di slot Mega
Movie pada setiap malam Sabtu. Remote
control Astro aku capai. Butang Info ditekan.
Now watching: Twilight New Moon
Terpampang
wajah Taylor Lautner di kaca televisyen. Huh! Tersentak aku dibuatnya.
Terkejut. Sangkaku Megat Rayyan masuk tv
lah tadi. Haha! Megat Rayyan lah sangat. Tapi.. wajah mereka memang seiras lah.
Walaupun tak seratus peratus, namun tetap ada persamaannya. Buktinya, bila
terpandangkan Megat Rayyan, pasti minda ini teringatkan Taylor Lautner. Bila
terlihatkan Taylor Lautner pula, pasti otak ini terbayangkan Megat Rayyan.
Ah, sudahlah
kau Nina. Sudahlah. Tak payah nak merepek macam terlebih makan kerepek sangat. Kalau
dah suka tu, memang semuanya nampak sempurna. Perfect. Yang hidung peset
pun boleh jadi mancung. Yang mata cemeng
pun boleh jadi sepet. Yang mulut senget pun boleh jadi teratur. Haa.. itulah
sebabnya orang selalu kata, cinta itu buta. And
yes, I agreed. “Siapa suruh kau tengok tv?”
Gulp! Liur aku telan, kesat.
Terdengarkan suara garau itu, terus tegak aku berdiri – macam komander melatih
kawad. Terus tegak juga bulu roma aku. At
the same time, meremang. Kain baju kurung yang sedikit terselak aku
perbetulkan. Tak mahu mencetuskan adegan yang berada di luar akal. Hah, faham-fahamlah sendiri!
Aku pandang dia sebelum tersenyum. “Assalamualaikum, Encik
Noah. Err.. Encik Noah dah makan?
Kalau belum, saya boleh tolong hidangkan.” pelawaku, selamba.
Noah sekadar menayang muka tak ada jiwa. “Dah. Kau buat apa
kat sini? Apasal tak tidur lagi? Dah
tak kenal siang dengan malam ke?” Pedas dia menyindir. Langsung tak berlapik.
Namun, bibir kekal tersenyum. “Saya.. tak mengantuk lagi,
Encik Noah. Lagipun, saya tengah tunggu Mak Bedah dari tadi.” Ya, memang aku
ternantikan Mak Bedah sedari tadi. Kata Nenda, bekas pekerjanya itu akan
menemaniku setiap malam sementara Nenda tiada di sini.
Terlihatkan Noah yang mula membisu, aku kembali duduk di atas
sofa. Kelihatan Noah turut melabuhkan punggung di sebelahku. Selamba. Langsung
tak mempedulikan riak wajahku yang jelas kaget. Ketakutan. Hati sudah gelisah
sendiri. “Kau tengok cerita apa ni?” soalnya penasaran. Mood garangnya tadi sudahpun mati.
Kepala aku toleh, memandangnya di sebelah. “Twilight.”
Dia sekadar mengangguk tanpa perasaan. Nampak gaya macam tak
berminat. “Awak tak keluar ke malam ni?” soalku gila berani. Hmm.. selalunya waktu-waktu macam ni, mamat tu sudah lesap. Keluar berjoli di
luar sana. Pantang malam minggu. Memang ke kelab ke kita lah aktiviti dia.
“Tak. Aku off malam ni.” jawabnya
senang hati.
Terjongket kening aku tuk seketika. Macam tak percaya. “Aik? Kenapa pulak? Aweks merajuk ke?”
Perkataan aweks sengaja aku tekankan.
Saja nak perli.
Dia hanya senyum. “Tak ada lah. They are just fine. Aku cuma tak ada mood. Plus, tak sampai
hati nak tinggalkan kau. Well, Nenda
kan tak ada malam ni.” Wait. Apa dia
kata? Tak sampai hati nak tinggalkan aku? Apasal
aku rasa ada hati yang terharu sekarang ni? Haha. Terharu ke aku? Err.. takkan buaya ni baru touch up sikit, kau dah terharu Nina? OMG.
“Awak kalau nak keluar, awak keluar aje lah. Saya tak kesah.”
Jujur aku berkata. Sememangnya, aku lebih selesa jika dia keluar daripada
terperap kat dalam rumah ni. Almaklumlah, hanya kami berdua aje di sini.
Macam-macam benda boleh terjadi. Tak mustahil, terutamanya bila terkenangkan
sikap buaya si Noah ni.
“Apasal kau pengsan
siang tadi?” Noah mula menukar topik. Membuatkan aku gelisah tak semena-mena.
Air muka yang jelas berubah aku cuba sorokkan. Sedaya upaya riak selamba
ditayangkan. “Entah. Perut masuk angin kot.” Alasan dikemukakan. Mujur masuk
akal.
“Ooo.. perut
masuk angin. Okey, jawapan logik. Boleh diterima. Good answer. Then, macam mana pulak
gelas boleh pecah? Terpaku sangat ke tengok wajah kawan aku yang kacak tu?”
sindirnya. Selamba gila! Geram aku dibuatnya. Rasa macam nak cekik-cekik aje
leher dia!
Aku berdeham
sebelum meneruskan kata-kata. Saja nak membasahkan tekak. Tambah lagi nak
memujuk hati yang gusar. Senyuman diukir. “Bukan terpaku, cuma terkejut.
Yalah.. saya ingatkan Encik Noah jemput ramai kawan. Tapi yang datang, tuptup, seorang aje. Huh.. dahlah saya
masak banyak. Membazir betul.”
“Ya ya lah
tu..”
“Yalah!
Takkan saya nak tipu kot?” Dan kenyataannya, memang aku tipu. Haha.
Noah sekadar
mencebik. “Manalah tahu kau tipu. Kau tu.. bukannya boleh percaya sangat.”
Terasa macam terkena batang hidung sendiri. Huhu. Pandai pula mamat ni meneka.
Dah boleh jadi tukang tilik rasanya. Cuma perlu bersara jadi buaya aje.
“Saya tak
minta pun Encik Noah percayakan saya. Lagipun, saya ni bukannya boleh percaya
sangat.” Sengaja aku mengulang ayatnya. Nak tunjuk protes. Dan juga, nak sakitkan
hati dia. Haha. Dan ternyata, hati dia memang sakit. “Dah diam. Jangan cakap
dengan aku. Aku nak tengok tv.” Keras
Noah bersuara. Marah benor nampaknya.
Aku sekadar
membatu, membisu. Sama seperti dia. Namun, hati sudah terkekek-kekek ketawa sendiri.
Kahkah, padan muka!
***
SUDAH seminggu berlalu. Bererti, sudah seminggu juga Nenda
meninggalkan kami. Hmm.. rasa sunyi aje hidup ini sepanjang Nenda tiada di
sisi.
Namun,
sebenarnya, hidup aku tak adalah sunyi mana. Noah sentiasa berada di sisi. Menemani
aku hari demi hari. Kadangkala, terhibur juga hati ini dengan gelagat dia.
Diadun lagi dengan lawak bodoh dia tu. Entah apa-apa. Tapi.. aku tetap ketawa.
Tetap terguling-guling, tergolek-golek mendengar jenaka dia. Dan..
Tanpa disedari, sudah seminggu juga Noah tak keluar malam.
Tak pergi clubbing. Tak pergi dating. Hebat! Dahsyat! Tak sangka
betul. Bila ditanya kenapa, katanya, nak temankan aku lah.. tak sampai hati nak
tinggalkan aku lah.. takut terjadi apa-apa kat aku lah.. nanti risaukan aku lah..
Macam-macam! Namun, dalam diam, aku selesa. Selesa dengan sikap barunya.
“Cik.. Nina Aulia?” Terdengarkan nama ini dipanggil, aku
pantas menoleh – memandang si empunya suara yang menegur. Berkerut dahi licin
aku untuk seketika. Tak kenal. Penyapu di tangan mula dilepaskan.
Perlahan-lahan kaki ini menapak ke depan, menghampiri suara itu. “Adik ni..
siapa ya?” soalku.
Budak lelaki di depanku itu sekadar melemparkan senyuman.
“Saya Boy, dari Lovey Florist. Ada kiriman bunga untuk akak,” ucapnya ramah
seraya menghulur sejambak ros kepadaku. Terkejut aku dibuatnya. Kaget. Terpinga-pinga
juga.
“Untuk akak?” Sekali lagi aku menyoal sebelum menyambut
huluran itu. Masih terkejut. Tak percaya. “Ya, untuk akak. Akak boleh sain di
sini.” Sebatang pen diberikan kepada aku. Lantas tandatangan aku turunkan tanpa
berfikir panjang.
“Terima kasih, dik.”
“Sama-sama, kak.” Pintu pagar kecil aku tutup rapat. Kaki
kembali menapak ke tengah halaman. Nak meneruskan kerja menyapu yang tergendala
sebentar tadi. Namun, tatkala terfikirkan sejambak ros di tangan itu,
segala-galanya bagaikan termati.
Sekeping kad kecil yang terletak elok di sebalik bunga
menarik perhatian aku. Perlahan-lahan kad itu aku buka. Terjongket sebelah kening aku
tatkala menilik isi kad itu.
Who is me? The guy
who you think of right now.
Love, somebody in
your mind.
Rasa macam nak cekik aje Mr Somebody In Your Mind ni. Alahai,
kalau nak beri aku bunga sekalipun, tak payahlah macam ni sekali. Nak berahsia
bagai. Melampau. Apa dia fikir aku ni tak ada benda lain ke nak difikirkan? Tak
ada kerja lain nak dibuat? Huh! Nampak sangat dia memang sengaja nak susahkan
aku, nak sesakkan kepala otak aku. Apa jenis manusialah Mr Somebody In Your
Mind ni. Tak gentleman langsung!
Pengecut!
Walau kecoh manapun hati ini membebel, namun, minda tak
henti-henti memikirkan si pengirim ros merah yang cukup misteri itu. Misteri
nusantara betullah. Buntu aku nak memikirkannya. Mana taknya, aku sendiri gagal
mengenalpasti hamba Allah yang menguasai mindaku ini. Err.. somebody in your mind.
SOMEBODY IN YOUR MIND. Hmm.. siapa ya? Takkan Noah?
Noah?
Haha. Sejak bila pulak mamat
tu mula merayap kat minda aku ni? Adoyai,
parah betul. Takkan baru seminggu berkawan dengan dia, aku sudah cair? Sudah
angau? Sudah tertunduk? Sudah terpaut? Ah, tak mungkin. Tak mungkin lah! Tak
mungkin semudah tu aku boleh cair pada Noah. Gila. Tak masuk akal. Tapi memang
aku tak nafikan perasaan senang bersama dia sejak dua menjak ni. Mana taknya,
dia asyik buat aku ketawa. Buat aku gembira. Buat aku suka.
Hmm.. siapa je yang
tak senang, bukan?
***
“NAH..” Tali leher berwarna ungu pekat dicampakkan kepada aku.
Tersentak lima saat aku melihatnya. Terkejut. Tergamam. Tie yang sudah berada di tangan aku pandang, sebelum kembali
memandangnya.
“Buat apa bagi saya ta..”
“Pakaikan.” Terus termati kata-kataku gara-gara dipotongnya.
Aku membeku di situ, masih terkejut akan permintaan lelaki itu. Belum habis
lagi terkejut pasal bunga tadi, sekarang ni dah terkejut pasal tali leher pulak? Apa pasal banyak sangat benda
yang bikin aku terkejut harini? Huh..
nasib baiklah aku tak ada penyakit jantung. Kalau tak, dah mati mengejut
agaknya!
“Nina, cepatlah pakaikan. Aku dah lambat ni,” rungutnya pula.
Ish, mamat ni. Sesedap Lamb Masala
aje dia paksa aku pakaikan tie. Apa
dia fikir aku ni bibik dia? Ops, sorry.
Tersilap. Apa dia fikir aku ni bini dia? Nak jaga makan minum pakai dia aje? Sampaikan
hidup aku pun tak terjaga? Err.. annoying sungguh!
Demi menyahut seruan itu, tali leher di tangan aku pakaikan
jua. Perlahan-lahan kaki ini menapak ke hadapan – mendekatinya yang sedang
terpacak di depan aku. Pada masa yang sama, ada debaran yang mengocak jiwa.
Debaran yang pernah aku rasa sewaktu
mendekati Rayyan dulu. Debaran yang membuatkan aku naik gila pagi petang siang
malam dulu. Ah, kenapa ni? Kenapa aku berdebar pula ni? “Nak pakaikan tie pun.. menggigil ke?” tegur Noah
tiba-tiba, selamba. Pasti hairan melihat tanganku yang jelas menggigil.
Menggeletar. Haha.. Nina, Nina. Buat malu aje kau ni. Relakslah.. Relaks!
Penuh hati-hati tali leher aku simpulkan pada lehernya.
Sekali sekala halkum yang bergerak itu melekat pada pandangan. Terpandangkan
halkum itu, serta-merta fikiranku menerawang jauh. Terkenangkan kisah lalu.
Teringatkan seseorang yang pernah aku cinta dulu.
Rayyan.
Sebaris senyuman mula menempel di bibir. Sayu. Entah kenapa
minda ini terfikirkan Rayyan, terbayangkan Rayyan, aku sendiri tak tahu. Apa
yang pasti, aku cukup rindu akan lelaki itu. Rindu akan senyumannya.. tawanya..
gurauannya.. Kadangkala aku berharap, masa bisa berputar kembali – meletakkan
aku di sebalik detik-detik indah bersama Rayyan dulu. Namun, hampa. Kecewa.
Semuanya bagaikan sejarah – sesuatu yang takkan berulang lagi sampai bila-bila.
Sejarah tetap sejarah.
“What’s crossing on
your mind?” soal Noah yang sedari tadi memerhatikan aku. Tersentak aku tak
semena-mena. Terkejut. Tak sangka aku sudah berangan jauh. Dan.. tak sangka
juga jarak antara kami sudahpun serapat ini. Terpandangkan mata hazelnya yang galak merenungku, pantas
aku tunduk – memandang lantai, seraya menjarakkan diri daripadanya.
Kelihatan Noah tersenyum nakal. “Baru tenung sikit, dah cuak
ke?” soalnya tanpa rasa serba salah. Seronok dapat mengenakanku. Aku sekadar
membatu. Macam tunggul kayu. “Tak.. tak ada lah. Saya tak cuak pun. Just.. tak selesa.”
“Oh.. tak selesa. Dengan Megat Rayyan, selesa pulak ya?”
“Huh?” Terpempan aku untuk seketika. Tercengang. Wajah Noah
aku pandang bagaikan tak percaya. Dan semestinya, memang aku tak percaya.
Terkejut beruk pun ada. “Err.. awak
cakap apa ni, Encik Noah?”
“No.. I’m just saying
that you looked pleasantly comfortable with Megat Rayyan. I wonder, korang ada apa-apa ke?” Sinis dia
bersuara. Nampak gaya macam cemburu pun ada. Haih.. takkan mamat buaya ni
pandai cemburu kot? Dengan aku pulak
tu? Huh, memang tak lah! Aku hanya senyum, hormat. “Tak ada lah. Megat Rayyan
tu cuma..”
“Cuma apa?” Pantas Noah memotong. Tak puas hati betul
lagaknya. Musykil pula aku melihatnya. “Err..
cuma anak bekas majikan saya. That’s all,”
bohongku, terpaksa. Tak mahu sekiranya disalah sangka. Karang tak tentu fasal
aku dibuang kerja – dituduh cuba menggoda anak teruna orang. Huh! Tak ke naya
tu?
“Boleh percaya ke?” Ragu-ragu Noah menyoal. Seolah-olah masih
curiga akan jawapanku. Aku angkat bahu. “Terpulang. Saya tak harap pun Encik
Noah percayakan saya. Lagipun, siapalah saya untuk Encik Noah percaya..”
“Aku bukannya tak percayakan kau. Aku percaya. Cuma.. I think there’s something fishy between you
and him.” Gulp! Something fishy? Apa yang fishynya ni? Err.. nampak ketara sangat ke cara aku pandang Rayyan? Cara seorang
gadis memandang si kekasih lama? Nampak sangat ke rindu aku pada dia? Rindu
yang telah hadir begitu sekian lama? Ah, sudah! Masak aku dikerjakannya.
“Err.. Encik Noah
tak nak masuk ofis ke? Dah lambat dah ni,” soalku tiba-tiba, sengaja. Nak
menukar topik semata-mata. Harap-haraplah Noah tak curiga. “Oh yeah, thanks for remind me. Aku pergi
dulu, jaga diri. Kalau ada apa-apa, just
call me.” ucapnya seraya menghulurkan tangan. Terpinga-pinga aku melihat
huluran itu. Tercengang. Riak ‘what the
hell brader’ aku tayangkan di wajah.
Bagaikan mengerti akan kemusykilanku, Noah bersuara. “Salam.
Takkan tak faham?” sindirnya gila selamba. Tercekik liur di oesophagus aku dibuatnya. Huh, mamat ni.. Nak main salam-salam pulak? Dia fikir, dia siapa? Suami aku
yang terchenta? Oh.. please! Tolong sikit. Tak kuasa aku nak
bersuamikan dia. Tak sudi. Tak hingin.
Bagi free pun aku tak nak lah!
Aku sekadar berlagak selamba – memandangnya tanpa perasaan.
Namun, gemuruh di hati boleh tahan lah juga. “Ops, sorry. Awak bukan suami saya.”
“Kau pun bukan isteri aku, apa masalahnya? Salam ajelah.
Salam seorang adik kepada seorang abang.” jawabnya masih selamba. Amboi, sedap
mulut dia aje nak beradik-abang dengan aku. Apa selama ni dia cuma anggap aku sebagai
adik dia je ke? Sebagai adik yang
kononnya dipertanggungjawabkan untuk dijaga? Itu sebabnya dia asyik buat baik
pada aku? Asyik pedulikan aku? Asyik kesah pasal makan minum aku? Begitu?
Tanpa disedari, ada rasa sebak di hati ini. Pilu. Sedih.
Entah kenapa aku bersedih tiba-tiba, aku sendiri tak tahu. Tak pasti. Hmm.. bukan ke sepatutnya aku gembira
kerana ada seorang ‘abang’ yang sayangkan aku? Yang pedulikan aku? Yang kesah
pasal aku? Bukan ke sepatutnya begitu?
“Adikku sayang, nak salam ke tak ni? Abang dah lambat ni.”
Suara mengusik Noah mematikan lamunanku. Terus anak mata ini aku alihkan
padanya – memandangnya, dalam. Senyuman pahit aku ukir.
“Tak kesahlah apapun anggapan awak pada saya. Tapi
hakikatnya, kita tetap bukan saudara. Awak bukan abang saya, saya bukan adik
awak. Kita ajnabi. No skinship, though.”
ucapku sebelum mengangkat kaki, meninggalkan Noah sendiri.
Buat pertama kali, Noah hanya mendiamkan diri.
***
“AWAL awak balik?” Wajah penat Noah melekat dalam pandangan. Wajah
orang bermasalah. Kusut-masai. Serabut. Aik,
takkan baru putus cinta kot?
Noah
menoleh, memandangku. Tiada senyuman di wajah itu. Suram. “Oh.. ada hal sikit.
Kau dah masak?” Pertanyaan Noah itu aku balas dengan satu anggukan. Sememangnya
aku sudah masak awal. Takut sekiranya Noah buat perangai nak lunch kat rumah. Macam haritu. Kelam-kabut
aku dibuatnya. Mujurlah ada sisa lauk yang aku tinggalkan. Itupun aku siap
dicop makan gaji buta olehnya.
Jadi, untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, aku masak
awal. Senang sikit. Tak ada lah kelam-kabut sangat kalau mamat ni buat spotcheck tiba-tiba. Macam sekarang ni,
tapi yang peliknya, waktu lunch belum
menginjak lagi. Masih pukul 12. Apasal
dia balik awal ek? “Siapkan makanan. 3 plates. Aku lunch kat sini harini.” arahnya tegas. Langsung tak memandang aku.
Aku sekadar mengangguk, tanda mengerti. Kalau bos kecil dah
bagi arahan, takkan nak menggeleng pula? Nak kena pelangkung? Ke pelempang? “3 plates? Encik Noah bawa tetamu ke?”
Penasaran aku bertanya. Berkerut aku dibuatnya. Kening yang langsung tak gatal
aku garu perlahan. Selamba.
Noah sudah naik bahang. Sedikit sebanyak rimas akan
pertanyaanku yang bertalu-talu. Nafas dihelanya kasar. “Yep, aku bawa tetamu. Dia ada kat luar. Nanti lepas siap hidang,
jemput dia makan dulu. Aku nak naik bilik kejap. Ada urusan. Kau faham Bik?”
Suara Noah kedengaran keras. Menggeletar tubuh aku rasanya. Menggigil.
Takut-takut aku angguk.
“Dah, pergi buat kerja. Jangan nak kacau aku.” ucapnya seraya
mendaki anak tangga. Dingin saja lagaknya. Moody.
Aku sekadar memerhati tingkahnya. Sedikit sebanyak berkecil
hati akan layanan kasarnya. Haih.. tak apa lah Nina. Tak apa. Macamlah tak
biasa dengan sikap baran si Noah tu. Baran mengalahkan Megat Fayyad The
Spiderman. Berbeza betul dengan sikap Megat Rayyan yang jauh lebih lembut,
lebih terbuka. Sebab itu hati boleh jatuh suka, jatuh cinta. Eh?
Teringatkan kata-kata Noah sebentar tadi, terus melayang
lamunan aku entah ke mana. Hmm..
tetamu? Siapalah dia agaknya? Perempuan ke lelaki? Kalau perempuan macam mana? Err.. maksud aku, kalau perempuan, macam
mana nak dilayan kerenahnya? Mahu saja dia minta itu ini. Gaya mengalahkan bos
aku sendiri. Pasti!
Sedang aku asyik mengomel sendiri, tiba-tiba, pandanganku
melekat pada sekujur tubuh tegap di halaman rumah. Lelaki. Nampak gaya macam
pernah dilihat. Tapi.. tak boleh pula aku cam gara-gara dibelakanginya. Hmm.. tak apa lah. Kejap lagilah aku
tegur. Pasti lelaki itu si tetamu kehormat yang dimaksudkan Noah sebentar tadi.
Huh.. nasib baik lelaki. Bukan perempuan. Kalau tak, memang nahaslah aku
diperlakukan seperti hamba abdi.
Selesai sahaja kerja menghidang, terus aku mendekati si
lelaki tinggi yang masih membelakangi aku itu. Setapak demi setapak aku
menghampirinya, merapatinya. Dapat kuhidu haruman yang cukup biasa dengan nafasku.
Kuat. Tak silap aku macam bau perfume
Giorgio Armani. Perfume yang pernah
dipakai....
Tunggu sekejap. Giorgio Armani? Terpandangkan wajah kacak
yang mula menoleh itu, lantas aku berpaling – membelakanginya pula. Terkejut. Berdetak
kuat jantung aku dibuatnya. Berdebar hebat juga dada aku dikerjakannya. Baru
sahaja aku ingin melangkah, meninggalkannya, terasa seperti ada pautan di
lengan kananku. Kemas. Kuat, sehinggakan begitu sukar untuk aku leraikan.
Aku angkat muka – memandangnya. Terasa seperti ada sesuatu
yang menyentuh palung jiwaku. Ada sesuatu yang mencuit tangkai hatiku. Tajam
mata ini dipanah mata ambar itu. Dalam. Bagaikan ditusuk dan ditikam sedalam
yang mungkin. Aku menahan rasa. Cuba untuk beriak selamba. “Awak buat apa lagi
kat sini? Tak cukup ke sakitkan hati saya selama ni?”
“Tak ada apa. Cuma nak melawat seorang.. kawan. Kawan lama.
Salah ke?” Pertanyaan Rayyan itu aku balas dengan diam yang lama. Tak tahu nak
membalas apa. Buntu. Seolah-olah bibir bagaikan sudah terkunci. Pautan di
lengan aku cuba leraikan, namun mata ini masih bertaut dengan matanya.
“Tak nak jemput saya masuk ke?” tambahnya lagi demi
memecahkan bisu antara kami. Aku berdeham kecil, sekadar ingin membasahkan
tekak. Plus, ingin meredakan gemuruh
yang menguasai jiwa. Mata sengaja aku jatuhkan pada lantai. “Masuklah..” ucapku
seraya mengangkat kaki.
Rayyan hanya mengekor dari belakang. Dia tersenyum.
***
SUASANA di meja makan itu membuatkan aku nervous untuk seketika. Mana taknya, hanya batang hidung aku dan
Rayyan aje yang kelihatan.
Batang hidung Noah? Entah. Sudah setengah jam aku menanti
kemunculan batang hidungnya. Siap bentang karpet merah lagi. Tapi masih.. masih
tak kelihatan. Tak muncul-muncul. Apa aku perlu bentang jambatan emas ke?
Dalam diam, selera aku mati. Mati kerana serigala kacak di
depanku ini. Mana taknya, wajahnya yang bukan main kacak itu seolah-olah
menganggu konsentrasiku untuk menjamu selera. Sungguh, aku tak nafikan
kekacakan wajah itu. Handsome bukan
main. Ditambah lagi dengan kemeja hitam yang disenseng sampai ke siku. Fuh! Jujur aku katakan, Spaghetti
Bolognaise di depan mata ini tidak menarik lagi.
“Sikitnya awak makan, Nina. Awak diet ya?” soal Rayyan
tiba-tiba. Sekali sekala mata ambar itu memandang aku. Nak pandang aku
terus-terusan, nanti ada pula yang tertelan garfu. Huhu. Aku geleng perlahan, tanda menidakkan. Wajahnya aku pandang,
sekilas. “Takda lah. Saya tak diet pun. Cuma.. ehem. Takda selera.”
“Sebab saya?” Serba salah Rayyan menyoal. Mata ini masih
dipandangnya. Sekali lagi aku menggeleng sebelum tersenyum. “Nope. Bukan sebab awak. Tapi sebab..”
Sebab saya rindukan awak, rindukan kasih sayang awak,
rindukan belaian cinta awak. Saya rindukan awak sangat-sangat dan sememangnya,
sebab awak. Sebab awak, selera saya mati.. Mandi saya tak basah.. Tidur saya
tak lena.. Semuanya sebab awak.
Malang sekali, ucapan itu hanya terhambur di hati, bukannya
di mulut. Kalaulah aku dapat lafazkan kata-kata itu.. Kalaulah Rayyan tahu
perasaan aku.. Kalaulah.. “Awak rindukan saya ya?”
Gulp! Liur aku telan, kesat. Pantas aku angkat muka – memandang
wajah Rayyan. “Awak rasa?”
“Saya rasa.. tak. Awak tak rindukan saya. Kan?” Sungguh aku
rasa macam nak menangis sekarang ni. Rasa macam nak melalak sepuas-puasnya,
menjerit sekuat hati. Oh Tuhan, kenapa tiada ikatan batin yang kuat antara
kami? Kenapa Rayyan tak rasa apa yang aku rasakan sekarang ni? Aku.. aku
rindukan dia, Tuhan. Rindu sangat. Luahku dalam hati.
“Did you receive a
bouquet of flowers last morning?” soal Rayyan tiba-tiba. Tersentak aku
dibuatnya. Terkejut. “Mana awak tahu?”
Rayyan tersenyum. Manis sekali. “Saya tahulah sebab saya..”
“Sebab awak apa?”
“Awak nak tahu tak siapa bagi bunga tu?” Soalan dibalas
soalan. Nampaknya, Rayyan sengaja nak bermain tarik tali. Aku memandangnya
tajam. Geram. “Siapa?”
“Kalau awak nak tahu, awak tanyalah diri awak sendiri; siapa
yang ada dalam fikiran awak selama ni,” ucapnya cukup romantis. Senyuman manis
masih tak lekang di bibir. Anak matanya juga masih setia memanah anak mata ini.
Aku terpempan seketika. Pegun. Beku tubuh aku dibuatnya. Kelu
juga lidah aku dikerjakannya. Tak tahu nak beriak seperti apa. Tak tahu juga
nak membalas apa. Namun, dalam diam, ada perasaan halus yang mengalir di jiwa.
Perasaan yang terlalu sukar untuk diungkap dengan kata. Tanpa disedari, ada
cecair jernih yang menitis di pipiku. Hangat. “A.. awak?”
“Kalau memang saya yang ada di fikiran awak, it’s naturally yes.” jawab Rayyan
perlahan. Ada getaran di sebalik suara garaunya. Dia pandang aku. “I gave you that roses because.. I wanna you
know that my feeling toward you never change, at all.”
Tangan aku dicapainya lalu digenggam kemas. Tersentak aku tak
semena-mena. Air mata yang mengalir laju disekanya perlahan. Selamba. Naik
segan aku dibuatnya. Perlahan-lahan aku angkat muka, memandangnya. Air mata aku
tahan daripada terus pecah. “Sekali saya kata cinta, sampai bila-bila saya
takkan lupa, Nina. Dan awak, Nina Aulia..”
Kali ini tangan aku mula diangkat ke bibirnya. Perlahan-lahan
tangan ini diciumnya, lembut. Terkedu aku melihat perlakuan beraninya itu.
Macam tak percaya. “Awaklah perempuan pertama dan terakhir yang curi cinta
saya, selepas mummy saya.”
Terdengarkan perkataan mummy,
lantas aku menepis pegangannya. Tersentak Rayyan dibuatnya, namun, dia sekadar
beriak tenang. Seakan-akan langsung tak terkesan akan perlakuanku. Aku mula
mengangkat punggung. Bangun. Tak betah untuk terus berada di situ. Baru sahaja
kaki ini ingin menapak pergi..
“Pergilah ke hujung dunia sekalipun, saya tetap akan kejar.”
“Kejarlah saya sampai ke hujung dunia sekalipun. Kalau dah
nama tak ada jodoh, sampai kiamat pun takkan bersatu.” Kata-kata aku itu
membuatkan Rayyan membungkam di situ. Membatu. Terus termati langkah kakinya
yang ingin mengejarku. “Kita memang tak ada jodoh, Megat Rayyan. Tak perlulah
mengulang baca buku yang sememangnya pasti akan berakhir duka. Buang masa.” Pantas
aku berlalu pergi.
***
MUNCUNG sedepa aku tayangkan kepada Noah. Bersertakan dengan mimik
muka nak minta penampar. Haha. Mujurlah Noah tak kasi penampar, kalau tak, tak ke naya namanya tu?
“Bolehlah,
Encik Noah. Bolehlah.. Sekejap aje. Lagipun, saya bukannya nak makan angin pun.
Nak beli barang dapur aje kot..” pujukku lembut. Selamba badak sumbu aje aku
paut lengan sasanya. Berharap agar dia termakan dengan pujuk rayuku. Namun..
“Hesy, suka
hati kaulah nak pergi supermarket ke,
pergi dating ke, suka hati. Aku tak
peduli. But sorry, aku tak boleh
tumpangkan kau. Nak pergi, pergi sendiri. Okay?”
Penuh angkuh Noah bersuara. Berlagak. Bongkak. Poyo. Segala-galanya lah.
Menyampah pula aku melihat sikapnya. Meluat. Tapi.. “Bolehlah, Encik Noah. Please.. Saya merayu sangat kat Encik
Noah. Kalau Encik Noah nak saya melutut pun, saya sanggup. Sumpah!”
“Kau ni
memang tak faham Bahasa Melayu kan? Aku kata tak boleh, tak bolehlah! Dahhh..
jangan nak bikin aku berangin kat
sini. Aku nak keluar. Tepi..” Tubuhku ditolaknya kasar. Huh! Nasib baik tak
tersungkur menyembah tanah. Kalau tak, memang dialah pula yang tersungkur lepas
ni!
Erk, dasar kedekut tahi hidung masin punya buaya. Minta tumpang
kereta pun tak boleh. Kejam gila! Alang-alang nak keluar tu, apa salahnya
tumpangkan aku sekali? Huh, ni mesti kes takut awek marah ni. Arghhh.. tak ke manalah hubungan cinta
beruk kau tu! Lambat laun akan terputus juga! Tak percaya, tengoklah.
Setelah penat membebel sendiri, kaki dilangkah jua ke bus-stop yang berdekatan. Alahai,
sedihnya hidup.. Rasa macam sejarah lama berulang kembali pun ada. Kena halau..
kena caci.. kena maki.. Namun, cacian dan makian Noah tidaklah segah Datin
Maria. Siap kena fitnah berbakul-bakul lagi. Apapun, hinaan daripada beliau lah
yang paling meletop. Paling sukar dilupakan.
Buktinya, sehingga kini, kesannya masih berbekas di hati.
Cakap pasal Datin Maria, serta-merta sahaja wajah anak
terunanya terbayang di minda. Hmm..
Megat Rayyan. Dah lama rasanya aku tak nampak batang hidung Rayyan. Rasanya,
dah berbulan-bulan, sejak peristiwa di meja makan rumah Noah haritu. Terus
lenyap bayangannya dalam hidup aku. Erm..
bagus juga. Tenang hidup ini rasanya biarpun rasa rindu tetap ada. Tapi.. ke
mana dia menghilang agaknya? Ke laut? Ke London? Atau.. ke hujung dunia?
Jalan raya di depan mata mula melekat pada pandangan. Kosong.
Lengang. Langsung tak ada kenderaan yang lalu-lalang. Teruk betul. Kalau
beginilah gayanya, memang sampai matilah aku takkan ke supermarket. Melainkan..
Terlihatkan Porsche 918 yang berhenti di situ, terus bersinar
anak mata bundarku. Bersinar bak cahaya bulan, kata orang. Gembira. Bahagia.
Terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata perasaanku kini. Apa yang jelas
lagi nyata, aku senang hati kerana permintaanku bersambut jua. Kerana hati si
dia dilembutkan juga. Alhamdulillah!
“Nak tumpang ke tak ni?” soal Noah dingin di tepi keretanya.
Kaca mata hitam jenama Lexis mula ditanggalkan. Tajam mata hazelnya memandang aku. Aku sekadar tersengih. “Hehe, mestilah nak. Dah mengantuk,
disorongkan bantal pula, siapa je tak
nak?” Aku mula bermadah, sengaja. Sengaja nak bakar hati dia.
Noah mencebik. Masam aje mukanya. “Cepatlah masuk. Karang aku ubah fikiran, baru kau tahu.”
ugutnya sebelum melenyapkan diri ke dalam Porsche 918. “Chop!”
“Apa lagi?”
“Tak nak bukakkan pintu kereta ke?” Aku sengih, memandangnya.
Kedengaran dia merengus kasar. Geram barangkali. Namun, pintu kereta dibukakan
jua. Makin meleret sengihan aku dibuatnya. Walao,
seronoknya! “Terima kasih, kakanda.. Sayang kakanda!”
“Sama-sama, sayang adinda juga. Dah masuk, jangan nak banyak
cakap.” ucapnya dingin. Sedingin Double Mint. Namun, selambanya tetap ada.
Baiknya juga tetap terselit bersama. Tak semena-mena aku tersenyum sendiri.
Cukup senang akan layanan baiknya.
Dalam diam, aku juga suka akan sikapnya. Ah, suka aje. Tak semestinya
cinta.
***
MELILAU mata bundar ini memandang sekeliling. Macam tak percaya pun
ada. Macam baru bangun daripada mimpi ngeri juga. Terkejut? Pasti. Gila tak
terkejut kalau..
“Mimpi apa
awak bawak saya ke Midvalley ni?” soalku bodoh. Langsung tak memandang Noah di
sebelah. Mana taknya, mata masih merayap di sekeliling bangunan shopping complex yang cukup besar itu.
Besar. Luas. Cantik. Sejujurnya, inilah kali pertama aku menapakkan kaki ke
sini. Kesian kan?
“Tak mimpi apa. Just
mimpi nak bawak kau pergi beli barang dapur lah..” Selamba Noah bersuara.
Diselitkan juga loyar buruknya. Aku memandangnya hairan. Berkerut juga keningku
untuk seketika. Masih bingung nampaknya. “Masalahnya, saya nak ke supermarket, bukannya shopping mall. Encik Noah ni korek
telinga ke tak?” sindirku pedas. Sengaja.
Noah sekadar
menahan rasa. Merah padam muka dia dikerjakanku. Mungkin bengang akan
sindiranku itu. Dia berpaling. “Kau ni gosok gigi ke tak? Mulut punyalah busuk dok mengata orang. Lagipun, apa
masalahnya? Dalam shopping mall ni
pun ada supermarket apa? Come on, dunia dah lama maju lah.. Kau je yang mundur. Mentaliti kolot.” Kali
ni, giliran Noah pula menyindir aku. Sindiran yang jauh lebih pedas dan lebih
menyakitkan hati.
Huh, puaka betul mulut mamat
ni. Langsung takda insurans. Ikut sedap mulut dia aje. Nasib baiklah buaya tak
reti bercakap. Kalau tak, em, puaka
beginilah mulut binatang tu agaknya. “Cakap tu berlapik sikit ya. Saya tahu lah
saya ni bibik. Tak macam Encik Noah, Pengarah Urusan. Tapi tak payah lah nak
mengata saya ni mundur, kolot. Well,
saya ni manusia biasa. Ada hati dan perasaan juga.” ucapku sebelum melangkah
pergi. Namun..
Terus termati langkahku saat merasakan lengan ini dipaut.
Kemas. Kuat. Cukup membuatkan aku tersentak untuk seketika. Pantas aku angkat
muka – memandang Noah yang sedang enak memaut lenganku. Selamba. Tajam mata ini
menikam mata hazelnya. Namun, dia
langsung tak beriak. Tangan sasanya juga masih tak berganjak. “Laluan ke Aeon
Big bukan kat sini. Kat situ,” ucapnya lembut. Tidak berangin seperti tadi.
Terdiam lima saat aku dibuatnya.
“Jom..” Lenganku ditariknya pula. Nak tak nak, terpaksalah
aku menurut. Kalau tak, mahu kena pelangkung. Perlahan-lahan kaki ini
membontotinya dari belakang. Sekali sekala aku menilik wajahnya dari tepi.
Tenang. Selamba. Seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka. Sedangkan
tadi, ribut dan taufan baru saja melanda.
Lima minit berjalan sambil berpimpin tangan, akhirnya tiba
juga ke Aeon Big. Satu-satunya supermarket
yang terletak di dalam Midvalley. Lama aku menilik supermarket itu sebelum melangkah masuk. Noah di sebelah sekadar
memerhati. “Nak masuk ke tak ni?” soalnya bangang abadi.
Aku pandang dia. “Kalau tak masuk, macam mana nak beli barang
dapur?” Sekali lagi aku menyindirnya. Geram. Siapa je yang tak geram kalau ditanya soalan bodoh? Soalan bangang? Adoi.
Noah sedikit terangkat, seolah-olah tak berpuas hati. “Habistu yang kau tercongok lagi kat sini, apahal?”
Huh! Tak nak kalah tu! Apalah masalah si Noah ni sebenarnya?
Memang sengaja nak sakitkan hati aku ke? Kalau ya, okey, dia berjaya. Memang
aku dah sakit hati pun sekarang ni! Hah,
siap membakar lagi. “Whatever, saya
nak masuk. Tak ada hati nak melayan perangai tak senonoh awak tu.”
“Aku pun. Tak ada hati nak melayan perangai kolot kau tu.”
Dan akhirnya, kami membuat haluan sendiri.
***
SETELAH puas berbelanja sakan, aku menapakkan kaki ke kedai cincin
pula. Nak meneman si Noah penyangak ni. Katanya, ada hal sikit kat kedai cincin
tu. Hal apa? Entah. Tak ada pula aku nak ambil tahu. Malas. Mungkin dia nak
melamar awek dia kot. Hah, baguslah begitu. Cegah maksiat, ya tak?
“Nina, sini sekejap..”
panggil Noah yang sedang sibuk membelek cincin itu. Leka betul. Sampaikan Cik Cashier
mengusyar muka kacak dia pun, dia boleh tak perasan. Dalam keterpaksaan, aku
menurut juga – menghampirinya. Sekali sekala mata ini menjeling cincin-cincin
yang dibeleknya. “Ada apa?”
“Cuba pakai cincin ni..” arahnya mendatar. Terjongket kening
aku untuk seketika. Pelik. “Nak buat apa pakai cincin ni? Saya bukannya nak...”
“Pakai ajelah.” Tap!
Terus cincin platinum itu disarung ke jari manisku. Langsung tak menunggu
sebarang jawapan daripadaku. Tersentak aku dibuatnya. Terkejut. Terdiam lima
saat juga. Pada masa yang sama, mata tak lepas memandang cincin platinum itu.
Fuhlamak.. Cantik siot.
Bertatahkan batu zamrud. Berhiaskan kilauan emas putih. Cantik gila.
Mengalahkan cincin kahwin lagaknya. Mana taknya, berkilau tahap tak ingat. Hmm.. mesti mahal ni. Mesti harga dia
boleh dapat BMW sebuah ni.. Huh! Membazir betul. “Nah.. it suits you well. Very well!” puji Noah melambung. Merah
padam muka aku dibuatnya. Malu.
“Alright dear, I
nak cincin ni. Kirakan ya,” Selamba Noah bersuara. Langsung tak mempedulikan
riak wajahku yang jelas berubah. Terkejut. Tergamam. Terkedu. Rasa macam nak
terkencing pun ada.
Oh My God, dia belikan cincin platinum ni untuk aku ke? Biar betik?! Err tapi.. takkan lah. Mustahil. Mimpi
apa dia nak bagi aku cincin ni? Mimpi menikah dengan aku ke? “Cincin ni.. untuk
saya ke?” Takut-takut aku bertanya. Karang kalau tersilap tanya, tak tentu
pasal kena sembur pula. Huh!
Noah pandang aku. Serius. Dapat aku rasakan aura nak mengamuk
di wajahnya. Namun, dia sekadar menghela nafas tenang. “Kau rasa aku beli
cincin ni untuk awek cashier tu ke?”
sindirnya lagi. Memang Noah banyak menyindir aku harini. Nak tak nak,
terpaksalah aku menelannya. Aku geleng perlahan. “Then? Apasal tanya? Sengaja nak sakitkan hati aku?”
“Err.. bukan. Saya
bukannya nak sakitkan hati Encik Noah. Erk,
saya cuma.. cuma..”
“Cuma apa?” Laju Noah memotong. Tak tahan dengan gagap aku
barangkali. Aku senyum. “Cuma.. curious.
Yalah, takda angin, takda ribut, tiba-tiba aje Encik Noah kasi cincin.. kenapa? Encik Noah nak lamar saya ke?” Cukup berani
aku bertanya. Dah tak peduli dah pasal anggapan Noah terhadap aku. Tak kesahlah
dia nak mengata aku perasan ke apa. Dah dia yang bikin aku perasan, siapa suruh?
“Kau rasa?” Noah sengaja nak menguji aku. Ada senyuman nakal
di bibirnya. Senyuman yang seakan-akan mengejek aku. Aku sekadar beriak
selamba. Santai, biarpun taufan di hati sedang melanda. Gemuruh gila. “Entah.
Saya rasa Encik Noah nak melamar saya. Tapi bila difikirkan semula, siapalah
saya untuk Encik Noah lamar kan? Dah lah mundur, kolot, bibik pulak tu.” Penuh rendah diri aku
menjawab. Terpaksa. Nak meninggi diri, tak boleh juga. Karang ada pulak yang kena saiko. Huh.
Noah masih kekal tersenyum. Haih, asyik senyum aje mamat ni. Dah macam Rayyan. Serupa
Rayyan. Senyum tak ingat dunia. Musykil pula aku melihat sikap anehnya ini.
“Nina.. aku..” Dia berhenti seketika. Cuba untuk mengatur nafas sebelum
berkata-kata.
“Aku nak minta maaf pasal tadi. Well, aku sedar.. aku banyak sakitkan hati kau, lukakan perasaan
kau. Aku tahu, kau marahkan aku. Kau bencikan aku.. I’m sorry. I didn’t mean to hurt you, to envy you. Maafkan aku?” Cukup
ikhlas Noah memohon maaf. Rendah diri. Hilang terus egonya yang melangit itu.
Terkaku aku mendengar kata-katanya itu. Membeku.
“Nina, aku..”
“Saya dah maafkan awak. Jadi tak perlulah awak bersusah payah
buat semua ni. Siap bagi cincin bagai. Bukannya besar manapun kesalahan awak
tu. Err.. setakat menyindir, dah tak
berbekas lah dalam hati saya,” ucapku perlahan. Sekadar nak menutup malu. Gila
tak malu? Entah sejak bila aku pandai memalu dengan Noah, aku sendiri tak tahu.
Hmm.. sejak dia berbaik dengan aku
kot?
Dapatku tangkap Noah tersenyum. Sekali lagi? Kenapa dia asyik
tersenyum aje ni? Macam ada apa-apa je.
Huh, mencurigakan betul. “I’m.. really really
glad to know that you’ve forgiven me. Wow, thank you.. But I’m sincerely giving
you this ring. I mean.. uh. As a forgiveness, why not right?”
“Tapi ini berlebihan lah, Encik Noah. Cincin? Apa Encik Noah
nak memohon maaf sambil melamar ke? 2 in
1 gitu? Huh.. tak perlulah Encik
Noah. Tak perlu. Nanti apa pula kata orang, kata Nenda..” Aku tetap berdegil
dengan pendirianku. Tetap enggan menerima cincin itu. Masakan aku sudi menerima
cincin berjuta itu? Sebagai tanda sudi terima maaf lelaki itu? Gila. Ya, ini
semua gila.
“Nina..” Kali ni Noah merenung aku pula. Dalam. Sedalam
gelora yang mula menyelinap masuk ke dalam ruang hatiku. Aku terkedu untuk
seketika. Kaku. “Your acceptance toward
this ring signifies your willingness to forgive me. Do you understand?”
Rasa macam ada secebis perasaan halus yang mendiami hatiku kini. Perasaan halus
yang menandakan kesenangan aku diperlakukan sebegini. Ya Tuhan, kenapalah Noah
melayan aku seperti ini, sebaik ini? Kenapalah dia asyik buat aku tak senang
duduk hari demi hari? Kenapalah dia jadi macam ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? “Biarlah
orang nak kata apa pun. Yang penting, hanya kita dengan Tuhan aje yang tahu
perkara sebenar. Okay?” tambahnya
lagi sebelum tersenyum. Manis sekali.
Aku turut membalas senyuman itu, tanda bersetuju akan
keputusannya. Biarpun berat hati, namun, mampukah aku nak menghalang? Nak
memberontak? “Okay.” putusku
akhirnya.
***
SUDAH seharian suntuk aku meroyan di situ – menarik cincin
platinum yang seakan-akan sudah digam pada jari manisku. Mana taknya,
bermati-matian aku cuba tanggalkannya. Namun, hampa. Hampa sekali. Cincin itu
masih tersemat di jari manis ini. Masih terlekat. Ketat!
“What’s up?” Tenggelam timbul suara garau
Noah di pendengaranku. Aku angkat muka – memandang si abang kacak yang sudahpun
merapatiku. Rapat. Dekat, sehinggakan kaki ini terasa ingin melangkah jauh dari
situ. Huh! “Ehem. Ni haa.. cincin mahal Encik Noah ni. Buat hal pula dia. Tak
boleh tanggal..”
“Oh..
ingatkan apalah tadi. Baguslah.” Apa? Baguslah? Baguslah dia kata? Grr.. rasa macam nak jerut leher si Noah
ni dengan tali pun ada. Then, gantung
kat siling rumah. Biar mati tercekik. Huh! Geram betul! “Encik Noah ni memang
suka bercakap tanpa berfikir kan?” sindirku pedas. Selamba.
Noah sekadar
beriak tenang. Kaki mula diangkat ke ruang tamu – menjarakkan diri daripada aku.
Kemudian, punggung dilabuhkan pula di atas sofa. Remote control dicapainya. Aku hanya memerhati tindak-tanduknya
itu. Selamba. Santai. Menyakitkan hati. Amboi, berlagak tenang nampak? Perliku,
dalam hati. “Encik Noah, saya sedang bercakap dengan Encik Noah ni. I’m not talking to the lizard or ant or
lalat or even the wall.”
“Ya, aku
dengar lah ni. Aku belum pekak lagi.”
“Then?”
“Hmm.. baguslah.” Jawapan yang sama masih
diberikan. Membuatkan aku rasa benar-benar ingin menjerutnya, menggantungnya,
dan membiarkan dia mati sendiri. Ombak di dada semakin bergelora. Semakin kuat.
Rasa macam dah nak tsunami pun ada. Namun, aku tetap menahannya,
menenangkannya. Nafas aku hembus, perlahan. Sabar, Nina. Sabar! “Bagus sebab.. it shows that the ring is really yours.
Literally yours – been destined since early. I mean, yeah, kau pemilik
cincin itu.”
Entah kenapa
aku rasa lain macam aje akan kata-kata Noah itu. Tak keruan. Tak tenang. Tak
sedap hati. Err.. rasa macam ada
sesuatu yang tersirat di sebalik ayatnya itu. Sesuatu yang cukup sukar untuk
diungkap dengan kata. Atau mungkin.. perasaan aku je kot? “Awkwardness kills
me. Um, I feel something’s fishy..” luahku perlahan.
Noah angkat
muka – memandang aku. Dalam. Dipandang wajahku dengan riak yang begitu sukar
untuk diertikan. Ditenung anak mataku bagaikan enggan dilepaskan. Namun,
akhirnya, dilepaskan jua. Mengalah. Dia berpaling – menghadap TV. “One day you will know.” ucapnya,
perlahan. Membuatkan aku semakin penasaran.
Sungguh, aku rasa lain macam sekarang ni. Lain macam sangat. Rasa
macam ada yang tak kena aje dengan si Noah ni. Tapi.. aku sendiri tak pasti.
Sama sekali tak pasti. Ah, biarlah. Biar. Biar masa yang membongkarkan
semuanya. Hmm.. bak kata Noah, satu
hari nanti, aku akan tahu.
Ya, aku akan tahu.
***
KATA Mak Bedah, cincin yang gagal dileraikan menandakan kekuatan
jodoh. Tapi kata Noah, satu hari nanti aku akan tahu. Ah, sudah! Masak aku
begini. Runsing. Pening. Pening nak memikirkan sesuatu yang belum pasti.
Runsing tak
runsing, pening tak pening. Namun, gara-gara kenyataan Mak Bedah itu, aku jadi
janggal pula nak berdepan dengan Noah. Nak bersemuka dengannya. Nak bertentang
mata dengannya. Nak bercakap dengannya. Argh!
Malu. Segan. Gelisah. Resah. Semuanya bercampur baur menjadi satu. Pendek kata,
tak tenang lah kata orang. Tak keruan. Argh!
Gila!
Ya, ini
semua gila. Buat aku gila. Rasa macam orang gila.
Tok! Tok!
Tok!
Bunyi ketukan
pintu mengejutkan aku untuk seketika. Mengejutkan aku daripada lamunan yang
gila. Tersentak aku dibuatnya. Aku bangun, bangkit – menghampiri pintu kayu
jati yang terletak jauh daripada katil. Terfikirkan berkemungkinan besar si
pengetuk itu adalah Noah, serta merta pakaian yang tersarung di tubuh aku
tilik.
T-shirt lengan pendek. Track
suit. Okey. Nampak mengancam. Agak mengancam. Terkenangkan sikap buaya si
Noah, pantas tangan ini mencapai kardigan hitam di belakang pintu. Lalu
disarung pada tubuh tanpa berfikir panjang. Setelah berpuas hati dengan
penampilan yang lebih sopan, barulah pintu itu dibuka. Tersembul wajah Noah
yang kelihatan kusut. Berserabut. Namun, kekacakkannya masih tersisa.
Aku pandang dia. Takut-takut. Malu-malu pun ada. “Nak apa?”
“Nak kau.”
“Hah?” Terbuntang luas biji mata aku tatkala terdengarkan
jawapannya. Ternganga luas juga mulut aku dibuatnya. Terkejut. Tergamam. Matu
aku terjah pada anak mata dia – ingin mencari niat sebenar lelaki itu di
sebalik mata. Noah tampak tersenyum. Manis dan lucu. Musykil aku tak
semena-mena. “Nak kau makan dengan aku lah.. Takkan nak apa-apakan kau pulak?” ucapnya bersertakan gelak tawa.
Bengang aku dibuatnya.
Aku menghela nafas lega. Cukup lega akan penjelasan Noah itu.
Kemudian, aku kembali memandang Noah – masih ketawa. Berair mata hazelnya. Lawak sangat agaknya. Sekali
sekala aku menilik wajah cerianya itu. Comel.
Apa kau kata Nina? Comel? Err..
kau buang tebiat ke apa? Muka punyalah macam buaya darat, kau kata comel? Euww.. gatal pulak tu. Gatal macam ulat
bulu. Ops, silap. Mengalahkan ulat
bulu. Ulat bulu pun takda lah gatal macam tu agaknya. Itu yang kau kata comel?
Oh Nina, come on! Celik mata sikit.
Tapi kalau tengok betul-betul, comel lah. Comel sangat. Macam
Dylan O’Brien comelnya. Ada lesung pipit. Ada senyuman manis. Ada dagu
terbelah. Hmm.. perfect. Perfect sekali.
Cukup sempurna untuk menawan hati ini. Melonglaikan lutut ini. Melemahkan
jantung ini. Mendebarkan dada ini. Menggoyahkan iman ini.
Hesy! Apa yang aku merepek ni? Astaghfirullahadazim, Nina.. Mengucap Nina. Mengucap. “Dengar tak
apa yang aku cakap ni?”
Terdengarkan suara garau itu, serta merta aku mendongak –
memandang Noah. Wajah blur sempat aku tayangkan. “Awak cakap apa?” soalku,
segan sendiri.
Kedengaran Noah mengeluh kecil. Dia tersenyum nipis. “Aku dah
masakkan nasi goreng untuk kau. Jom makan?”
“Ma.. ma.. masak? Awak?” Tergagap-gagap aku bertanya. Macam
tak percaya. Yalah.. sejak bila pula mamat CEO ni pandai masak? Setahu aku,
Noah ni bodoh perihal rumahtangga. Lainlah Megat Rayyan. Err.. CEO yang serba lengkap – pandai masak, pandai kemas rumah,
pandai pergi pasar. Perfect 10 lah orang
kata.
Tapi Noah? Hmm.. perfect 5 aje lah aku boleh bagi. Muka je boleh pakai, huhu. “Yep, masak. My first time. Just for you. Rasa jom?”
pelawa Noah lembut. Pada masa yang sama, sempat pula diselitkan ayat yang
gilang-gemilang sebagai seorang kasanova yang berjaya – my first time, just for you.
Huhuhu, kembang kempis hidung ini rasanya. Bukan setakat hidung,
punggung pun sama. Rasa macam dah melebihi elastic
limit pun ada. Walaoweh.. kenapa
Noah buat aku macam ni weh? – mengayat aku dengan ayat player dia tu. Haish.. tak tahan aku. Meleleh-leleh hati yang beku
ni tahu tak! “Kenapa jadikan saya orang pertama yang rasa? Kenapa tak orang lain
je?” soalku penasaran. Musykil juga
sebenarnya. Tertanya-tanya.
Noah senyum sebelum melontarkan kata-kata. Anak mata aku
menjadi sasarannya. Di tikam anak mata ini dalam hingga ke dasar hati. Aku
terpana. “Because.. you were the only
person who crossed on my mind just now?”
Gulp! Rasa macam nak pitam pun ada sekarang ni. Namun, aku
tahankan saja demi menjaga maruah diri. Arghhhh..
sengaja. Sengaja Noah berkata sebegitu. Sengaja nak memperkotak-katikkan
perasaan aku. Huh! Dasar lelaki. “Nina.. fikir apa tu? Jomlah.. Aku dah tak
sabar ni!” ajaknya seraya menarik lenganku. Kuat, bagaikan enggan dilepaskan.
Aku sekadar membontotinya. Langsung tak melontarkan sepatah
kata.
***
“JODOH ni macam lebah dan bunga. Saling melengkapi – lebah hirup
madu dengan tenang, lalu bunga pun mekar berkembang. Kalau pasangan kita buruk,
kita yang akan menutup kekurangannya dengan kecantikan kita. Dan kalau sebaliknya
pula, dia yang akan menutup kekurangan kita dengan kelebihan dia. Baru
sempurna.”
Berlayar
kata-kata Mak Bedah malam semalam di benak. Kata-kata yang menyedarkan aku
tentang satu perkara – jodoh. Ya, jodoh. Jodoh yang memisahkan aku dengan Megat
Rayyan. Menghalang hubungan cintaku dengan Rayyan. Mencipta jurang antara aku
dengan Rayyan. Kerana jodoh, aku menjauhinya, mengelakkan diri daripadanya.
Kenapa? Sebab aku tahu, dia bukan untuk aku, dia bukan jodoh aku, dia bukan
pilihan Allah untuk aku. Tapi..
Terpandangkan
sebentuk cincin di jari, aku termangu sendiri. Terdiam. Berselirat seribu satu
rasa di hati ini – sedih, sebak, terharu, gembira. Gembira kerana aku telah
menemukan orang yang tepat dalam hidup aku. Orang yang Allah pilihkan untuk
aku. Orang yang Allah ciptakan untuk aku. Dan pastinya, orang itu adalah..
Pemilik
sebenar cincin ini.
Dan malam
ini, aku akan bertemu dengannya. Bersemuka dengannya. Bertentang mata
dengannya, di sini. Di Flora Café. Kafe yang dikatakan oleh Pak Daud tadi
(pemandu Nenda). Pak Daud lah yang bersusah-payah menghantar aku ke sini.
Katanya, disuruh oleh majikan. Terpempan aku seketika saat mendengar
kata-katanya itu. Huh.. majikan. Takkan Nenda kot? Haha. Mimpi apa Nenda buat
semua ini? Lagipun, wanita itu kini masih berada di Macau, Hong Kong. Ya tak?
Dan kalau bukan Nenda, mestilah..
Aku tersenyum sendiri. Bahagia. Tak sabar rasanya nak
berjumpa dengan si dia. Si dia yang sudah termaktub sebagai jodohku sejak azali
lagi. Dan.. cincin ini. Cincin inilah yang berjaya menyatukan kami – dengan
izin Allah. Kegagalan cincin ini dileraikan daripada jari manisku memberikan
satu keyakinan kepada aku. Keyakinan yang mengatakan, jodoh aku dengan pemilik
cincin itu.
“Nina?” Suara itu. Suara yang sudah sekian lama tidak menerpa
di pendengaranku. Suara yang semakin lama semakin tenggelam daripada hidup aku.
Dan kini.. suara itu muncul kembali. Bergema kembali.Aku angkat muka –
memandang si empunya suara yang usah lagi diteka.
Rayyan.
“Awak buat apa kat sini?” soalku dengan nada geram. Marah.
Menyampah. Meluat. Cukup bengang akan kemunculan lelaki itu. Cukup anti. Mana
taknya, rasa macam watak antagonis sudah mula memainkan peranan dalam kisah
aku, kisah hidup aku. Watak antagonis yang bakal memisahkan aku dengan jodoh
sebenar aku. “Saya ke sini sebab.. nak jumpa awak.”
“Untuk apa? Untuk sakitkan hati saya? Untuk musnahkan
kebahagiaan saya?”
“Bukan.”
“Habistu, untuk apa?!” tengkingku kuat. Lantang. Tersentak
Rayyan dibuatnya. Pasti tak sangka amarah aku bakal meledak secepat itu. Namun,
air mukanya sedikitpun tidak berubah. Tetap tenang. Tetap lembut. Langsung tak
ada aura nak mengamuk. Mata ambarnya memanah mata aku. Dalam, hingga menembusi
ruang hatiku. “Untuk sedarkan awak, yang awak memang untuk saya,” tuturnya
seraya merenung aku. Berair matanya, membuatkan aku kaku.
Namun, hanya seketika. “Enough, Rayyan. Enough.”
“Nina..”
“Rayyan! I’ve told you
right yang awak bukan jodoh saya! Awak tak faham bahasa ke?!” Satu lagi
tengkingan aku hamburkan padanya. Geram gila! Rasa macam terajang muka dia
sampai ke London pun ada. Namun, aku batalkan saja niat itu. Tak nak sekiranya
merangkak di dalam penjara. “Huh.. Rayyan. Dengar sini, jodoh saya bukan dengan
awak. Sama sekali bukan. Tapi dengan..” Cincin di jari aku pandang sekilas.
Kemudian, ditayangkan kepada Rayyan pula.
“Pemilik cincin ni.” Tenang aku menuturkannya. Terus berubah
riak wajah Rayyan. Seakan-akan terkejut. Namun, aku jauh lebih terkejut saat
tangan sasa itu sudahpun mendarat pada wajah aku. Dipegang kuat kedua-dua belah
pipiku tanpa belas kasihan. Lalu didekatkan sedikit wajahnya dengan wajah aku.
Tergamam aku dibuatnya. Terpempan. Mata kami bertaut. Bersatu. Lama. “And I’m the owner.. of the ring.”
Menitis air mataku tatkala terdengarkan kata-kata itu. Terasa
seperti ada cakaran halus yang melakar di hatiku. Cakaran yang cukup halus
sehingga bisa mengoyakkan lapisan kulit aku. Sakit. Ngilu. Membuatkan tubuhku
terasa lemah. Longlai. Namun, aku tidak peduli. Dengan kudrat yang masih
tersisa, perlahan-lahan aku alihkan tangannya daripada wajahku. Air mata
mengalir laju. Deras. Bagaikan tiada noktah.
Aku pandang Rayyan. Dalam. “You’re lying right?” Lemah aku bersuara. Lemah. Rasa macam kudrat
yang ada semakin tipis. Semakin hilang. Rayyan tersenyum sayu, memandangku.
Cecair yang bertakung di tubir matanya sedari tadi, terus ditahan daripada
pecah. Sungguh tak dinafikan, kekuatannya, ketabahannya. “Untuk apa saya menipu
kalau dah memang itu kenyataannya?”
“Tapi.. Noah..” Terasa semakin lemah diri ini saat nama itu
menjadi sebutan. Noah. Nama yang sudah mula kuukir dalam hati tanpa disedari.
Dalam diam, nama itu sudah menempel di benak ini. Menggantikan tempat Rayyan
yang sangkaku sudah berakhir. Sudah tidak lagi bererti. Namun, segalanya
berubah. Bertentangan dengan apa yang aku fikirkan. Sekelip mata.
Rayyan mengatur nafas terlebih dahulu. Dia senyum. “He’s my friend, don’t you remember? He knew
everything about us, about you.”
“No. Saya tak percaya.” Laju aku menggeleng. Tetap ingin
menafikan.
“Nina.. saya..”
“Pergi, Rayyan. Pergi!
Jangan pernah muncul lagi!” Terlihatkan kedegilanku, Rayyan terpaksa mengalah.
Namun, aku pasti, mengalahnya tak bererti mengaku kalah. Cukup pasti. Kenapa?
Kerana itu Megat Rayyan. Dan seperti yang aku katakan.. “Treat me in whatever way you want, Nina. But remember, I’ll never stop
loving you.” ucapnya seraya mengangkat kaki, meninggalkan aku di situ.
Aku termangu sendiri. Terdiam. Namun, air mata masih tak
lekang mengalir. Berjuraian. Bibir bawah aku gigit kuat – menahan rasa. Sakit.
Pedih. Perit. Segala-galanya lah. Dan untuk seketika, aku menoleh – memandang
bayangan Rayyan yang sudahpun menapak jauh, meninggalkan aku di sini. Lama.
“But I will.” Air mata menitis lagi.
***
TERINGATKAN peristiwa tadi, hati terasa ngilu. Sangat ngilu. Terasa
seperti ditoreh dengan bilah pisau satu-persatu. Disiat-siat. Dikopek-kopek.
Dibelah-belah. Sakit sekali. Aku menangis lagi. Menangis, menangis dan
menangis. Itu saja yang mampu aku lakukan malam ini.
Air mata
yang laju mengalir diseka kasar. Seketika kemudian, pandangan mula melekat pada
sesuatu – sebentuk cincin yang sudah lama bertakhta di jari manis ini. Lama aku
memerhatikan cincin itu. Menghayati kecantikan rupanya. Mengingati semula asal
usulnya. Pada masa yang sama, hati terasa sebak. Sedih. Pilu. Terkilan.
Terkilan kerana diperbodohkan selama ini. Dipermainkan sesuka hati.
“But I’m sincerely giving you this ring.”
“Your acceptance toward this ring signifies
your willingness to forgive me.”
“It shows that the ring is really yours.
Literally yours – been destined since early.”
“One day you will know.”
“Cuz you were the only person who crossed on
my mind just now?”
Satu-persatu
kata-kata lelaki itu berlayar di minda ini. Kata-kata yang sedikit sebanyak
melembutkan hati aku, meruntuhkan ego wanita aku. Kata-kata yang juga berjaya
membuka pintu hati aku untuk seorang lelaki. Menerima apa adanya kekurangan
yang dimiliki lelaki. Namun, segalanya musnah. Hancur. Runtuh. Lebur, tatkala..
“And I’m the owner.. of the ring.”
Air mata
menitis lagi. Hangat. Terasa seperti ada beban yang berat di bahu ini. Berat
maha hebat sehinggakan aku tidak mampu memikulnya lagi, menampungnya lagi. Air
mata aku biarkan jatuh terjuntai di atas pipi. Biarkan ia bercucuran semahu
hati. Tanpa disedari, ada tangan yang menyekanya. “Kenapa menangis ni?”
Gulp! Peluh memercik dahi. Rasa macam
sesak nafas pula saat suara itu bergema. Menerpa di pendengaran ini. Aku
menoleh, memandangnya. Memandang wajah yang bagaikan sudah sebati pada
penglihatan. Lama aku memerhati wajah itu. Menilik segala rasa yang tersimpan
di dalam mata hazel itu. Sayu.
“Nina.. kenapa ni?”
“Kenapa awak
tipu saya?” Soalan dibalas soalan. Mata masih tidak berganjak daripada
memandangnya, merenungnya. Noah berpaling – melarikan mata daripada aku. Tampak
seperti ada sesuatu yang disorokkannya. Mencurigakan sekali. Dia menghela
nafas, tenang. “Aku buat semua ni untuk kebaikan kau, kebaikan Rayyan.”
ucapnya, perlahan.
Matanya
kembali merenung aku, memandang aku. Memandang aku dengan pandangan yang cukup
sukar untuk diertikan. Lama. Gugup aku tak semena-mena. Namun, dikawal jua.
“Aku nak kau bahagia.” tambahnya lagi. Kali ini tangan sasanya sudahpun
mencapai tangan aku. Digenggam tanganku sekuat hati, sepenuh jiwa. Anak mata
ini ditikamnya dalam. Dalam hingga ke lubuk hati. Termangu aku dibuatnya.
“Terimalah Rayyan, Nina. Dia cintakan kau. Dia sanggup buat apa saja untuk
kau.”
“Saya tak
cintakan dia. Saya cintakan..” Aku berhenti seketika. Nafas aku atur dahulu
sebelum meneruskan kata. Aku pandang dia. “Awak.”
Terdengarkan
kata-kata itu, terus berubah riak wajah Noah. Terkejut. Tergamam. Terus
dileraikan genggamannya pada tangan aku. Terus dilepaskan juga anak matanya daripada
memandang aku. Dia tunduk seketika – memandang rumput di taman itu. Aku sekadar
memerhati dari tepi. “Saya tahu, awak terkejut. Tapi saya ikhlas, Encik Noah.
Saya ikhlas. Saya benar-benar ikhlas.”
“Don’t give me a hope, Nina. Kau tak
cintakan aku, kau cintakan Rayyan. Aku ni cuma bayangan Rayyan di mata kau.”
Dia bayangan Rayyan di mata aku? Benarkah begitu? Aku termangu sendiri – cuba
menghadam kata-kata Noah itu. Cuba mengenalpasti kebenaran kata-kata itu.
Keliru. Buntu. Noah kembali memandang aku. Senyuman mulai diukir di bibir
merahnya. Pahit. “Baliklah semula ke pangkuan dia, Nina. Dia perlukan kau, dan
kau juga, perlukan dia. Bukan aku. Don’t
make it wrong.”
“Tapi..”
“Tak ada
tapi-tapi, Nina. You and me, we’re just like
siblings. A brother and a sisiter. Sayang kau pada aku cukup takat sayang
seorang adik kepada seorang abang. Tak lebih daripada itu. Ingat tu,” ucapnya
seraya mengangkat punggung. Berpaling. Tampak seperti ingin berlalu pergi,
meninggalkan aku. Namun.. “Oh.. wait. One
more..”
Noah kembali
menoleh, memandang aku yang masih tercongok di situ. Aku turut berpaling –
memandangnya. Riak bingung masih aku tayangkan sedari tadi. Masih keliru. Masih
buntu. “Hmm.. actually, your acceptance toward the ring signified your willingness to
accept him, to marry him. So aku rasa.. tak terlalu awal kot untuk aku
ucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’. And
hopefully kau bahagia dengan Rayyan hingga ke anak cucu. While me, always praying for it. Amin.”
tambahnya lagi seraya melangkah pergi. Langsung tidak berpaling lagi.
Aku sekadar memerhati – memandang kelibatnya yang semakin
hilang. Lesap. Berat terasa hati ini. Sarat. Plus, kepala pula terasa pening. Bingung. Buntu. Keliru. Argh! Stres! Kenapalah hidup aku jadi
macam ni? Kenapalah aku perlu hadap takdir sebegini? Kenapalah hidup aku perlu
tersepit antara dua orang lelaki? Sungguh, aku keliru sekarang ni. Keliru
dengan perasaan sendiri, isi hati sendiri. Persoalan jodoh masih berlegar di minda ini.
Membuatkan aku tertekan sendiri – memikirkan siapa sebenarnya Mr Right Perfect
dalam kisah hidup aku.
Huh.. siapalah agaknya mamat tu. Mamat yang sudah tercatat
namanya di Luh Mahfuz sebagai jodoh aku, sebagai hak milik aku. Hmm..
Noah ke? Rayyan? Atau.. bukan mereka?
***
PERLAHAN-LAHAN kaki ini menapak ke Masjid Besi. Masjid yang bakal
menyaksikan majlis pernikahan aku. Majlis kebahagiaan aku. Majlis yang sudah
lama aku tunggu. Hmm.. dengan siapa?
Adalah.. Tak perlu tahu. Hehe.
“Allah..
Nina.. buat apa tercongok lagi kat depan ni? Tak habis-habis berangan lagi ke?
Haihh.. dah-dah lah tu. Dah nak nikah dah pun. Jom masuk.” bebel Nenda tak
henti-henti. Ditarik tangan aku masuk ke dalam masjid itu. Aku sekadar menurut –
membontotinya dari belakang. Tudung yang sedikit senget aku perbetulkan sikit. Karang dah tak cun pula pengantin kita
hari ni, hehe.
Setibanya di
tengah masjid, aku mula menyambut saudara-mara pengantin lelaki pula.
Bersalam-salaman sebelum akad nikah bermula. Oleh kerana aku ini hidup sebatang
kara, tiada siapalah yang datang untuk aku. Setakat kawan-kawan bibik aje – Bik
Sofi, Bik Laila, Mak Umi, Mak Bedah.
Haa.. Bik Tania pun ada uolls. Bukan
main cun lagi minah tu hari ni. Siap berkebaya bagai. Hmm.. nak kahwin dengan aku sekali agaknya, hehehe.
Usai beramah
mesra, aku melabuhkan punggung pula. Ingin menanti kehadiran si pengantin
lelaki. Haih.. manalah dia agaknya. Takkan lari? Whoa, janganlah. Nak kahwin dengan siapa aku nanti? Oh lupa,
pengganti dah ada. Siapa? Lu tekalah sendiri.
“Tu dia..
pengantin lelaki dah sampai,” ucap satu suara yang entah datang dari mana.
Pantas aku menoleh – memandang si dia yang tampak segak berbaju Melayu.
Allahu.. lega hati aku rasanya. Lega, kerana dapat melihat wajahnya di sini. Di
majlis pernikahan kami. Tenang sekali wajah kacak itu. Ceria. Gembira. Bahagia.
Pasti sudah lama menantikan detik ini. Berapa lama? Hmm.. kiralah sendiri ya.
“Dah
bersedia?” soal Tok Kadi itu sebelum menghulurkan tangan kepada aku bakal
suamiku. Dia mengangguk, begitu juga dengan para saksi yang lain. “Baiklah..”
“Megat
Rayyan bin Megat Jamal.”
“Ya, saya.”
“Aku
nikahkan engkau dengan Nina Aulia binti Mohd Noor dengan mas kahwin seperangkat
alat solat dan mushaf Al Quran dibayar tunai.”
“Aku terima
nikahnya Nina Aulia binti Mohd Noor dengan mas kahwin seperangkat alat solat dan
mushaf Al Quran dibayar tunai.” ucapnya tenang. Yakin. Tok kadi dan para saksi
berpandangan sesama sendiri. “Sah?”
“Sah..” Air
mata mulai menitis di pipi. Terasa seperti beban yang aku pikul selama ini
semakin ringan. Namun, ada tanggungjawab besar harus aku pikul selepas ini.
Tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Perlahan-lahan
Rayyan menghampiri, mendekatiku. Mata ambarnya tak lepas memandang aku,
merenung aku. Entah kenapa aku terasa sayu saat terlihatkan pandangan aku.
Sebak. Jika dahulu, pandangan itu diertikan sebagai pandangan seorang ajnabi. Pandangan
haram sesama kami. Namun, kini, tidak lagi. Rayyan sudah menjadi suami aku.
Sudah halal bagi aku.
Cincin platinum disarungkan semula ke jari
manis aku. Cincin yang dibeli oleh Noah satu ketika dahulu. Cincin yang
kononnya dibeli khas untuk aku – as a
forgiveness gitu. Sangkaku dulu, Noah adalah pemilik cincin itu. Namun,
hakikatnya, tidak. Tidak sama sekali. Oh ya, Noah. Mana Noah?
“Terima
kasih, Nina..”
“Sebab?”
“Sebab..
sudi jadi isteri abang?” Tersenyum bibir aku untuk seketika. Tersentuh juga
hati aku dibuatnya. Tak sangka, aku sudahpun menjadi isteri dia. Menjadi
sebahagian daripada hidup dia. Tak terduga, kerana sangkaku, cinta kami tiada
makna. Tiada erti. Membuang masa semata-mata. Namun hakikatnya, tidak. Tidak
sama sekali. Cinta aku dan dia bagaikan anugerah ketentuan illahi. Hmm.. nak tahu apa yang aku faham
tentang cinta?
Cinta..
Tuhan yang punya. Kita cuma berhak meminjam sahaja. Dan kini, Tuhan meminjamkan
Rayyan untuk aku. Ya, untuk aku. Hanya aku. Entah sampai bila, aku sendiri tak
tahu. Tak pasti. Hari ni je mungkin?
Sampai mati mungkin?
Huhu, kita tengok je
lah ya.
‘hanya waktu yang tahu berapa nilainya harga sebuah cinta’ ;-)
***
-TAMAT-
Thanks kak dh lama tunggu sambungan cerpen ni
ReplyDeleteWelcome dear.. thanks sudi tunggu hehe 😁
DeleteThank asha ....akhirnya....nina n rayyan
ReplyDeleteWelcomeeee yes akhirnyaaa hehe
DeleteApa kata Sis Asha cuba buat kisah ttg Noah plk lain kali.. mesti sweet!
ReplyDeleteHahahaha mcm2. Tengoklah, nanti saya fikirkan ;)
DeleteHahaha. I thought Nina end up with Noah but nope. Aihh. Haha. Anyway, good job dear �� Maybe awak boleh buat kisah Noah pula? Hihi.
ReplyDeleteHahaha thanks. Hmm maybe I should try once xD
Deletelamanya dear nak tunggu nilai dan bukukan...takpe, kalau dah tertulis rezeki, In Shaa Allah, ada rezeki tu..doa senjata orang mukmin...jangan putus harap ye..akak pun kadang2 ada gak terasa give up somewhere..lost...tapi Dia di atas sana sentiasa datangkan pertolongan yang tak disangka2...dari komen supporters can boost up kita punya semangat...all the best! Last but not least, suka cerpen ni...thumbs up! ^^,
ReplyDeleteKan.. lama sangat. Banyak bersabar aje. Huhu. Amin, insyallah. Thank you akak! ^^
DeleteBest...nak cite noah plak lepas ni...gud job writer...:)
ReplyDeletexde bgtau pun sape yg buat smpai nina kene kuar rumah tuh....alah...ksiannye noah...ingat nina end up ngan die....huhuhu....noah ape jdi..nk tau gak...
ReplyDeleteTaknak sambung ke cerita ni?? Msti best kalau sambung nina & rayyan lpas kahwin
ReplyDeleteFiuyooi.. panjang betul ek cerpen ni. Apapon, terbaik.. sweet ending for rayyan. Tapi, apa jd kat noah tu?
ReplyDeleteThanx sis... The best lah cerpen ni👍
ReplyDeleteSweet... Sy nak tau, mana Noah? Hehe...
Same like others too, buat psl Noah lak lps ni... Hehe
ReplyDeleteNoooo.. I root for Noah.. *criesss*
ReplyDelete-widad amsyar-
Nak Noah 😢😢😢
ReplyDeleteWhy nina tak pilih noahh?! Erm sedihhhh😭😭😭😭😭😭
ReplyDeleteNoah kemana?....
ReplyDeleteLaaa nk dia kahwin gn noah..
ReplyDeletelama tak update?? is it still going on????
ReplyDelete