Monday, January 19, 2015

Unexpected Groom (BAB 2)

BAB 2
HUJAN yang lebat benar-benar menggusarkan hati ini. Meresahkan fikiran ini. Mana tak resah, sudah dua jam aku tercongok di sini – di perhentian bas. Menanti kemunculan bas sekolah yang selalu aku naiki.
            Jam Casio di pergelangan tangan aku jeling sekilas. Pukul 7. Waaa.. gila betul! Dah nak Maghrib dah pun. Tapi aku masih tercongok kat sini, tak sampai ke rumah lagi. Bas pun gagal aku cari. Mama? Papa? Ah, toksah cerita lagi. Buat sakit kepala aje. Tak habis-habis dengan outstation dia. Sorang ke Bali, sorang ke China. Si anak ini pula? Hmm.. ditinggalkan di Malaysia aje. Pergi sekolah sendiri. Balik sekolah sendiri. Kesian gila!
            “Sampai hati Mama.. Papa.. Buat aku macam ni. Dah tak sayangkan aku agaknya!” bebel aku sendiri. Sedih gila. Rasa macam nak menangis pun ada sekarang ni. Tapi aku tahankan saja. Tak nak biarkan bandar Kuala Lumpur ni banjir dek limpahan air mata aku. Dah lah hujan tak henti-henti dari pagi tadi.
            Miss Ong ni pun satu. Dah tahu hujan lebat bagai nak rak, masih lagi nak teruskan kelas tambahan Add Math. Semalam Add Math, harini Add Math, esok Add Math, lusa Add Math. Hari-hari belajar Add Math, menghadap nota Add Math. Rasa-rasanya kan sisa hidup aku ni banyak dihabiskan dengan Add Math. Tapi nak buat macam mana kan? Dah aku ni bodoh Add Math. Kenalah hadap muka dia hari-hari. Huhu.
            Leka betul aku membebel pasal Add Math sampaikan tak perasan ada kereta yang muncul kat depan aku. Ya, kat depan aku. Betul-betul kereta tu berhenti kat depan aku. Kereta siapa? Entah. Tak pasti pula aku kereta siapa tu. Nak kata kereta Papa mahupun kereta Mama, memang tak lah. Porsche Boxster tu woi. Gila apa mak bapak aku nak beli Porsche Boxster? Huh. Sayang duit lah weh. Membazir!
            Seketika kemudian, aku nampak si pemandu Porsche mula keluar dari kereta. Tanpa coat. Tanpa payung. Hanya blazer hitam yang melekat pada tubuh. So apa lagi.. basah kuyup lah! Lencun habis. Macam baru lepas terjun dari swimming pool pun ada. Mana taknya, hujan lebat gila. Deras mencurah-curah ke permukaan bumi. Mujur saja bus-stop ni tak tenggelem dek kelebatannya. Kalau tak? Hmm.. tak dapatlah aku ke kelas Add Math esok hari. Hehe.
            “Adik buat apa sorang-sorang kat sini?” Aku rasa macam si pemandu Porsche tu sedang bercakap dengan aku. Tapi bila difikirkan secara logik, memang dia sedang bercakap dengan aku pun. Kenapa? Sebab hanya aku dan seekor kucing aje yang hidup kat perhentian bas ni. Lagipun takkan dia tengah bercakap dengan kucing tu kot? Huhu.
Aku menoleh, memandang seraut wajah yang sedang leka merenung aku. Gulp! Terasa seperti jantung baru saja keluar dari badan. Terpana aku untuk seketika. Terkedu. Aku pandang dia, dia juga pandang aku. Macam tadi. “Err.. saya tengah tunggu bas.”
“Dalam keadaan hujan macam ni?” Teragak-agak kepala ini aku anggukkan. Takut. Takut nak berkomunikasi dengan stranger seperti dia. Mama selalu ingatkan aku, jangan bercakap dengan orang yang kita tak kenal. Jangan bertegur sapa dengan orang yang mencurigakan. Macam mamat kat sebelah aku ni. Dah lah aku tak kenal dia. Stranger. Mencurigakan pula tu.
Eh? Ya ke dia ni mencurigakan? Nampak baik aje. Dalam diam, sempat pula aku menilai dia. “Can I help you, Adik? Abang risau lah tengok Adik sensorang kat sini.” Dia bersuara lagi. Membuatkan aku bertambah curiga. Hmm.. risaukan aku ya? Samalah kita. Aku pun risaukan diri aku. Risau sekiranya terjebak dengan taktik seorang penculik seperti dia. Eh?
“Tak payahlah risaukan saya. Awak bukannya kenal saya pun.”
“Memanglah Abang tak kenal Adik. Tapi Abang dah terserempak dengan Adik kat sini. Automatically I will feel worry if anything happens to you since I’ve saw you here before.” Aku nampak muka dia ikhlas. Tapi entahlah. Aku tak pasti sejauh mana keikhlasan dia tu. Lagipun aku tak kenal dia. Entah betul entah tidak, aku sendiri tak tahu. Ah, hiraukan ajelah!
It’s okay. Saya tak nak susahkan awak. Plus, as I said just now, saya tak kenal pun siapa awak. Entah-entah awak ni penculik ke.. perogol ke.. pedagang anak dara ke.. kan? Bukannya saya tahu.”
“Oh, Adik tak percayakan Abang lah ni? Hmm.. alright. Nah.” Sepucuk pistol dihulurkan kepada aku. Terkejut aku melihatnya. Tergamam. Rasa macam nak lari pun ada sekarang ni. Tapi tubuh aku pegun. Kaki aku lumpuh. Ya Allah.. kau selamatkanlah aku!
 Dalam ketakutan yang amat dahsyat, aku pandang wajah dia. Tenang. Kosong. Seakan-akan tiada apa yang berlaku. Kemudian, aku pandang pistol di tangannya pula. Berselang-seli. Dia, pistol, dia, pistol. Dia! Aku jadi gugup. Takut. “Shot me if I wanna do anything bad toward you.
Huh?”
Take it, Adik. Abang takkan apa-apakan Adik. Trust me.”
Aku.. terdiam. Lama.

“YA ALLAH.. cantiknya budak ni Tengku!” Aku dengar ada suara asing yang memuji aku cantik. Haha. Kembang kempis hidung merah aku dibuatnya. Bangga. Terima kasih lah ya.
Yes, she is absolutely pretty. Dah jangan banyak cakap. Pergi sediakan makanan, pakaian, mandian panas untuk dia. Oh lupa, tempat tidur sekali ya.” Mamat Porsche itu mula mengatur perintah. Tercengang aku di sini mendengarnya.
What?! Mandian panas?! Gila ke apa nak suruh aku mandi kat rumah dia? And then.. what?! Tempat tidur?! Takkan aku nak tidur kat istana dia? Oh tidak! Separuh homework aku ada kat rumah lah weh! “Err.. awak.”
“Apa dia, Dik?”
“Saya kena tidur kat istana awak ni ke?” Bodoh aku bertanya. Seolah-olah macam aku ni langsung tak ada hak nak menolak pelawaan dia. Aku perasan dia senyum. Manis hingga menampakkan rahang dia.
Ya ampun, baru aku perasan. Mamat Porsche ni kacak lah weh! Haha. Serius. Kacak gila. Ada jawline. Ada senyuman manis. Ada mata biru. Tapi.. ada jambang pula. HAHAHA. Jambang nipis aje. No worry, tetap kacak lah! Hesy.. macam mana aku baru perasan ni? Setahu aku dah hampir dua jam aku dok menghadap muka dia. Dari tadi tak perasan pula ya? Ah, apa-apalah. Yang penting, aku dah jumpa lelaki kacak. Naik Porsche Boxster lagi. Hmm.. tak sangka wujud lagi kat KL ni. Ingatkan dah pupus, hehe. “Dik.. dengar tak Abang cakap ni?”
Ops! Berangan pula. Aku pandang dia. “Awak cakap apa?”
“Malam ni Adik tidur kat rumah Abang. Esok pagi, Abang hantar Adik ke sekolah. Parents Adik tak ada kan?” Ya, memang parents aku tak ada. Tapi tak bermakna aku boleh duduk bersenang-lenang kat rumah orang. Ops, bukan rumah. Istana. “Sorry, I’m disagree. Lagipun parents saya tak tahu pun saya ada kat sini. Well, eventhough they aren’t around, it doesn’t mean I can do anything that I want. Apapun, saya kena inform pada diorang dulu.” Bertegas aku mengatakan.
Dia mengeluh kecil. Seolah-olah sudah pasrah akan kedegilanku. Tapi tak tahulah sama ada dia memang dah pasrah ataupun belum. “Okay then, tell them.”
They won’t allow.”
“Kalau diorang tahu keadaan Adik, diorang pasti akan izinkan. Percayalah cakap Abang.” Nampaknya, mamat ni masih berkeras. Tak nak mengaku kalah. Aku senyum, sinis. Entah macam mana boleh sinis, aku pun tak tahu. Involuntary reaction lah kata Puan Bahiah, cikgu Biologi aku. Huhu. “You don’t know them.
So I must know them well. Anggaplah ini semua sebagai permulaan pertemuan kita. Anyway, I’m Danish. Tengku Danish.” Dia mula memperkenalkan diri. Aku tilik sebentar nama dia. Tengku Danish. Oh.. Tengku. Anak kerabat diraja rupanya. Patutlah rumah besar semacam! Dah macam istana. Rasanya bukan macam lagi. Memang istana!
Aku pandang wajah kacak dia sebelum tersenyum. Senyuman perkenalan, nipis aje. Tak adalah manis tahap kencing manis macam senyuman dia. “Mia. SPM Candidate.Adoi, nak juga selitkan SPM Candidate tu. Huhu. Entah apa-apa je aku ni. Stres sangat dengan SPM agaknya.
Tengku Danish tergelak besar. Berair mata biru dia. Gaya macam kelakar sangat je lawak seposen aku tu. Padahal tak adalah kelakar mana. Klise aje. Dia pandang aku. “So cute, Mia. So can I called you Mia? It sounds lovely.
While me, called you Danish?” Dia tergelak lagi. Tapi tak semeriah tadi. “Sure.”

“TENGAH fikirkan apa tu?” Aku sedikit tersentak akan teguran itu. Terus lesap lamunan aku. Bagai coretan pasir disapu ombak. Pulak dah? Haha. Asyik bermadah aje aku ni sejak kebelakangan ini. Sejak peristiwa dua hari yang lalu.
            Aku menoleh, memandang ke arah suara itu. Tersenyum bibirku untuk seketika. Mekar juga hatiku berbunga bahagia.
Dia.
“Mia, kenapa menangis ni?” Tengku Danish sudah mula melutut di depan aku. Kat atas lantai. Selamba aje. Langsung tak mempedulikan mata-mata yang aneh melihatnya. Tanpa mempedulikan soalan itu, lantas aku memeluk dia. Mendakap leher dia. Kuat. Erat bagaikan enggan dilepaskan. Dia jadi cemas. “Mia.. Hey, sayang. Kenapa ni? Mia marahkan Nish ke?”
“Ke mana awak menghilang selama ni? Hah, ke mana? Awak memang dah plan nak tinggalkan saya ke? Nak putuskan hubungan kita?” Tersedu sedan aku bersuara. Rasa macam payah pula nak berkata-kata. Mana taknya, esakan aku masih tersisa. Ditambah lagi dengan air mata yang bagaikan memecah masuk ke dalam lubang hidung. Sesak nafas aku dibuatnya!
Tengku Danish mula meleraikan pelukan kami. Perlahan-lahan dia menyeka air mataku dengan kedua-dua batang ibu jarinya. Tajam anak mata biru itu menikam anak mata aku. Dalam. Hingga ke dasar hati. Pegun aku untuk seketika. Kaku. “Siapa kata saya nak tinggalkan awak? Nak putuskan hubungan dengan awak?”
But you have to, right? Awak.. kena menikah tahun ni. While me, can’t be your bride.
Did I say that I will leave you? Not, right?
“Tapi..”
Mia, listen.” Kali ini Tengku Danish mula mencapai tanganku. Digenggam erat jari jemariku. Namun, anak matanya masih tajam memanah anak mataku. Seperti tadi. Aku sekadar memandang panahan itu. Sekali sekala aku tilik isi bebola mata biru itu. Sayu. Pilu. Itu saja perasaan yang bisa aku gambarkan daripada bebola mata itu. “Whatever happen around us, I’m gonna be your groom. And you. Gonna be my bride. Forever.”
“Maksud awak?”
“Saya akan lakukan apa saja, asalkan kita dapat kahwin tahun ni juga.” Nekad sekali Tengku Danish berkata. Tapi aku tak tahulah sejauh mana nekad dia tu. Sejauh bintang merentasi angkasa? Ah, bermadah lagi. Jiwang karat betul aku ni. Aku pandang wajah serius dia. Entah kenapa hati ini terasa ingin mengujinya. “Apa saja?”
“Ya, apa saja.”
“Kahwin lari? Sanggup?”
“Lebih daripada kahwin lari pun saya sanggup.” Gulp! Betul lah. Tengku Danish serius. Apa saja dia sanggup. Yep, apa saja. Mak aih.. takut pula aku mendengarnya. Meremang. Hesy, nak takut kenapa? Bukan ke memang itu yang aku nak? Berkahwin dengan dia, sehidup semati dengan dia? Bukan ke? Hmm.. pokoknya, apa-apa pun aku sanggup lah!
Ya, apa-apa pun aku sanggup!

p/s: This is my last post in blog since I have to manage something. So terpaksalah saya biarkan belog ni berdebu untuk sementara waktu. Berapa lama? Em, mungkin 7 bulan. Sampai bulan Ogos. Waaa.. lama kan? Tapi tak apa kot. Kalau saya rajin, saya post lah sikit-sikit. So jangan rindu! Hehe. Last but not least, dukacita ingin saya maklumkan IHYD ditolak. Ada cadangan syarikat penerbitan lain?

Tuesday, January 13, 2015

Unexpected Groom (BAB 1)

BAB 1
TAJAM mata rimau Papa memandang aku. Merenung anak mata aku. Seolah-olah tak dapat menerima apa yang sedang aku lakukan sekarang ni – membawa seorang lelaki pulang ke rumah. Memperkenalkan seorang lelaki kepada dia dan Mama.
            Aku sekadar tertunduk memandang lantai. Begitu juga dengan dia. Bagaikan seorang pesalah, kami sekadar mendiamkan diri. Langsung tak bersuara sedari tadi. Mana taknya, Papa begitu tekun merenung kami. Mama pula begitu leka memandang kami. Satu per satu. Risau aku dibuatnya! Risau andai kata Papa dan Mama tak berkenan dengan dia.
            “Apa nama?”
            “Tengku Danish Tengku Lutfi.”
            “Kerabat diraja?”
            “Ya.” Papa berhenti seketika. Kali ini, mata rimaunya merenung Tengku Danish saja. Dalam. Aku? Dah tak dipedulikan lagi. Dah tak menarik lagi. Namun, terlihatkan pandangan was-wasnya terhadap Tengku Danish, hati terasa berdebar. Gementar. Jantung juga bagaikan mahu pecah.
            Mama pandang Tengku Danish. “Umur berapa?”
            “27 tahun.”
            “Kerjaya?”
            “A Chief Executive Officer.
            “CEO?”
            “Ya.” Tengku Danish senyum. Mama pula sekadar mengangguk. Tanda mengerti. Langsung tak ada riak kagum di wajahnya. Eksaited? Jauh sekali. Pelik. Ya, aku rasa amat pelik sekarang ni. Selalunya, kat dalam TV, orang tua-tua ni suka kalau dapat menantu CEO. Yalah, kaya kan. Berpangkat. Berduit. Berjawatan. Ada kereta mewah. Ada rumah besar. Bak kata orang, menjamin masa depan. Tak adalah susah mana hidup anak cucu nanti.
            Tapi Mama? Huh. Sikit pun tak terpancar riak kagum di wajah dia. Riak bahagia, apatah lagi. Nampak sangat Mama langsung tak suka. Tak berkenan. Huarghh.. peliknya! Pelik betul Mama aku ni. Apalah cacat cela Tengku Danish di mata dia agaknya?
            Untuk seketika, aku menoleh – memandang Tengku Danish di sebelah. Menilik wajah kacak itu semahu hati. Dalam diam, aku menilai rupa fizikalnya.
            Handsome? Soalan bodoh ke apa ni? Kalau tak handsome, buat apa aku bercanang-canang nak dibuat suami? Huhu. Tapi bukan kerana itu aku memilih dia sebagai calon suami. Bagi aku, rupa sekadar bonus. Kalau tak ada, tak apa. Kalau ada, lebih baik. Almaklumlah, tak semua rupawan berhati mulia, berbudi bahasa. Tak semua.
Tapi Tengku Danish? Hmm.. dia ni lain daripada yang lain sikit. One in a billion. Eceh, one in a billion lah sangat. Tapi memang betul pun. Tak semua lelaki yang aku kenal seperti dia. Baik. Jujur. Setia. Sudah 6 tahun kami bercinta. Namun, sikapnya masih sama. Masih membuatkan aku bahagia, gembira. Sehingga kini.
“Dah berapa lama bercinta dengan Mia?” korek Papa setelah lama mendiamkan diri. Lama betul dia menilik Tengku Danish. Entah apa yang dia tak puas hati, aku sendiri tak tahu. Aku tengok Tengku Danish ni nampak okey aje. Sopan lagi. Hmm.. ada yang tak kena ke?
“Lebih kurang 6 tahun, uncle.”
Since Mia sekolah menengah?” Membulat mata Papa bertanya. Macam tak percaya. Tengku Danish angguk perlahan, mengiyakan. “Ya, uncle. Since Mia Form 5 lagi kami dah bercinta.”
“Macam mana boleh kenal ni?” soal Papa tak puas hati. Kali ni, dia mula memandang aku. Merenung anak mata aku. Dalam. Tak keruan aku dibuatnya. Gugup. Takut. “Mia, why didn’t you telling me about this? Mia tahu kan, Papa tak suka anak Papa bercinta masa belajar. You knew the rules right?
“Mia tahulah Papa. Tapi nak buat macam mana? Dah kami jatuh cinta. Lagipun, result SPM Mia bukannya jatuh pun. Gempak aje kan? So it’s proven our hidden relationship didn’t affect anything.” Penuh berani aku bersuara. Membela hubungan cinta aku dan dia. Sungguh aku tak menyesal bercinta dengan Tengku Danish masa belajar dulu. Lagipun, lelaki itu banyak membantu aku dalam pelajaran. Berkat usaha aku dan bantuan lelaki itu, aku berjaya sampai ke tahap ini. Alhamdulillah.
“Memang lah tak affect your studies. But it does affect your iman, Mia Elnara. Zina mata, zina hati. Didn’t you think of that?” Sudah. Papa sudah menyampaikan tazkirah percuma kepada aku. Nak melawan, aku tak berani. Takut. Karang tak tentu pasal pipi aku disepaknya. Err bukan aku tak biasa dengan perangai dia. Baran gila.
Dia pandang Tengku Danish semula. “And you. As the older, you should lend some advices to my daughter, instead of ajak dia buat maksiat. Macam ni ke nak jadi suami kalau anak saya pun Tengku tak reti nak jaga?” Pedas gila Papa menyindir. Terkejut beruk aku mendengarnya. Tak sangka Papa bakal menghamburkan kata-kata seperti itu. Pada Tengku Danish lagi. Mahu sensitif mamat tu.
Aku nampak air muka Tengku Danish berubah. Kelat. Namun, senyuman pahit masih terukir di bibirnya. Ouch.. kesian dia! “Maafkan saya, uncle. Saya tak ada niat pun nak ajak Mia buat maksiat ke apa. Saya cuma.. cuma cintakan dia. Dan saya sudi untuk terima dia sebagai isteri saya.”
“Semudah tu, Tengku? Tengku kenal ke anak perempuan saya ni macam mana?” Kali ni, Mama pula yang bersuara. Bertukar-tukar shift pulak dia dengan Papa. Adoi.. masak Tengku Danish begini. Kesiannya! Kena hentam macam tu sekali. Tu semua gara-gara cintakan aku. Aku jadi serba-salah. Nak menyibuk, takut kena tengking. Jadi.. “I love him, Papa, Mama. I wanna marry him. I wanna grow older with him.
Papa tersentak. Terkejut. Mama pun sama. Tak percaya. Mereka terdiam sejenak – memikirkan keputusan yang sewajarnya untuk aku dan Tengku Danish. Membayangkan masa depan aku jika bersama Tengku Danish. Ah, tak payah nak dibayangkan lagi. Pastilah aku bahagia. Gembira, kerana dapat menghabiskan sisa hayatku dengan lelaki yang kucinta.
No, Mia. Papa tak setuju.”
“Mama pun.” Terkejut aku mendengar keputusan mereka itu. Tergamam. Aku pandang Tengku Danish. Tengku Danish juga pandang aku. “But why?!” Serentak kami bersuara.
Papa tergelak sinis. Menyakitkan hati betul. “Finish up your studies first, Mia Elnara. Then, I’ll let you marrying him. Okay?
Not okay!
Huh?”
“Papa.. Mama.. Mia nak kahwin. Mia nak kahwin dengan Nish! Mia cintakan dia, dia pun cintakan Mia. Salah ke permintaan Mia ni?” soalku bernada sedih. Berharap sekali Papa dan Mama termakan dengan pujuk rayuku. Namun.. “Yang Mia dah gatal sangat ni kenapa? Tak boleh nak sabar? You have a sem left right?” Mama menentang aku. Tak puas hati betul lagaknya dengan permintaan aku.
But auntie, my mom asked me to get married. Asap. Kalau saya tak nikahi Mia tahun ni, dia akan jodohkan saya dengan perempuan lain.” Tengku Danish mula menceritakan situasinya. Situasi yang membuatkan hatiku tergerak untuk menolongnya, menikahinya. Aku pandang Papa. Nampaknya, orang tua itu masih tak berpuas hati. Masih berdegil dengan kehendaknya.
So what?
“Papa..”
“Mia, Mia dengar sini. Selagi Mia tak habis belajar, selagi itulah Papa takkan izinkan Mia kahwin dengan mana-mana lelaki. Termasuk Tengku Danish. Titik.” Tegas Papa bersuara. Seolah-olah tidak akan mengubah keputusannya sampai bila-bila. Dia meninggalkan kami.
Aku pandang Mama. “Mama..”
Listen to your Papa, Mia. Ini semua demi kebaikan Mia.” ucap Mama seraya mengangkat kaki. Meninggalkan aku dan Tengku Danish sendiri.

AIR MATA aku biarkan mengalir. Malas dah nak seka. Karang kalau seka, mengalir lagi. Seka lagi. Mengalir lagi. Lagi dan lagi. Penat. Jadi aku biarkan saja. Biarkan ia mengalir semahu-mahunya.
            Gara-gara titah kejam Papa, seharian aku melalak. Menangis. Meraung macam orang gila. Orang gila pun tak macam tu agaknya. Lepastu siap berkurung dalam bilik. Bertapa. Tak makan. Tak minum. Opah, orang gaji aku ada lah hantar makanan sikit. Mee goreng. Mee kari. Mee mamak dan segala-gala keturunan mee. Tapi aku buat dek aje! Merajuk tak habis lagilah kononnya. Mogok. At last, perut aku yang merana. Huhu.
            Jam Casio di pergelangan tangan aku jeling sekilas. Melilau-lilau mata bundarku mencari sebatang tubuh. Hesy, mamat ni! Ke mana pula dia pergi ni? Kata nak jumpa. Punyalah aku excited nak jumpa dia. Almaklumlah, katanya nak belanja. Jumpa dan belanja. Kebetulan perut aku pun tengah lapang ni. Lapar.
Hallo, my lady.” Terdengarkan suara garau itu, aku menoleh. Memandang seraut wajah yang usah diteka lagi siapa gerangannya. Tersenyum bibir aku untuk seketika. Punggung aku angkat, ingin menyambutnya.
Oh my God, Aril! Rindunya aku kat kau weh!” Selamba badak air aje aku peluk dia. Kemas. Erat. Langsung lupa batas pergaulan aku dengan dia. Aril tampak terkejut. Terus berubah riak wajah dia.
“Weh.. apa peluk-peluk ni? Awek nampak lah!”
“Hehe.. sorrylah. Tak sengaja. Excited pulak.” Aku sengih. Menampakkan gigi putih aku yang tersusun cantik.
 Sumpah, aku tak sengaja. Lagipun aku dah rindu sangat kat dia. Dua minggu Aril melawat keluarganya di Indonesia. Dua minggu juga aku kesepian tanpa dia. Menangis tanpa pujukan dia. Haih, sunyi aje hidup aku tanpa dia. Sepi. Selalunya, dia yang akan pujuk aku bila aku merajuk dengan Tengku Danish.  Tak pun bila aku merajuk dengan Mama dan Papa.
Aril pandang aku. “Kau sihat weh? Apa pasal muka kau sembap ni?” soalnya prihatin. Seperti biasa. Pasti terkejut melihat perubahan wajah aku. Aku cuma senyum. Cuba untuk sorokkan perasaan sedih yang menyelubungi diri. Sedaya upaya aku cuba memaniskan wajah, memandangnya. “Nothing. Aku okey.”
Don’t lie. I know you aren’t.” Aril dah mula curiga. Dia masih pandang aku. Pandang anak mata aku. Dalam. Lemah segala urat saraf aku dibuatnya. Longlai juga lutut aku dikerjakannya. Dan nampaknya, aku gagal sorokkan perasaan aku daripada dia. “Nothing, Ril. Aku cuma sedih.”
“Kau sedih? Kenapa? Ku Danish ada lukakan hati kau ke?” Setiap kali aku bersedih, pasti ini saja soalannya. Ku Danish ada lukakan hati aku ke? Ku Danish curang dengan aku ke? Ku Danish marah aku ke? Macam dah tak ada nama lain. Pasti nama Tengku Danish yang bakal disemburnya. Kenapa? Sebab dia tahu aku cintakan Tengku Danish. Sebab dia tahu sayang aku hanya pada Tengku Danish. Tengku Danish saja yang mampu memutar balikkan perasaanku ini.
Aku geleng perlahan. Tanda menidakkan. “Habistu? Uncle marah kau ke?”
Yep.”
“Pasal apa? Pasal kau nak minta kahwin dengan Ku Danish?” Tak sangka tekaan Aril kali ni tepat. Kena pada sasaran. Terkejut aku mendengarnya. Aku pandang dia. “Mana kau tahu?”
“Mana aku tahu? Hmm.. I can read you, Mia. Your heart, your mind. All I can read.” Aril senyum. Senyuman versi pelebur hati. Manis sekali. Terkedu aku melihat senyumannya. Terkejut juga aku mendengar kata-katanya.
Aish, mamat ni.. Dah mula dah nak tunjukkan skil playboy dia tu. Bakat mengayat dia yang satu itu. Adoi, kena kuat iman ni. Kena tahan diri. Tak boleh cair, Mia. Tak boleh cair! Aku mula mengingatkan diri. Memang kebiasaannya aku seperti ini. Almaklumlah, hati perempuan kan. Mudah tersentuh, mudah terharu. Puji cantik sikit aje, dah meleleh. Kasi perhatian lebih aje, dah cair!
So betullah ya? Kau dah minta restu?” Pertanyaan Aril mematikan lamunan aku. Aku angkat muka, memandangnya. Aril juga memandang aku. Menilik wajah kelat aku. Aku angguk perlahan. “Then, dia tak setuju?”
“Dia suruh aku habiskan sem dulu.”
Okay then. Habiskan jelah dulu. Baru kahwin.”
“Tak boleh, Ril. Aku kena kahwin dengan Nish tahun ni juga! If not, I’ll lose him.” ucapku sebak. Sedih. Rasa macam nak menangis pun ada sekarang ni. Mana taknya, tak sanggup aku kehilangan Tengku Danish. Mati bangun balik pun aku tak sanggup! Aril sudah berkerut. Pening agaknya dia melihat keras kepalaku. Dia mengalihkan pandangan. “Kalau dah jodoh tak ke mana, Mia.”
“Memanglah. Tapi.. aku takut.”
“Kau takut apa? Takut jadi andartu? Huh.. takkanlah. Aku ada. Aku sudi terima kau kalau dah memang kau tak laku.” Selamba gila Aril berkata. Membuatkan aku diam tak terkata. Speechless. Kelu lidah ini dibuatnya. Namun, aku cuba beriak tenang. Seakan-akan tak terkesan akan kata-kata playernya itu. “Kau nak ke jadi suami aku?”
“Mestilah nak. Dapat isteri cantik, siapa je tak nak?”
“Aku tak nak. Dapat suami buaya, siapa je nak?” Sengaja aku copy-paste ayat dia. Huhu. Memang aku tak nak pun! Daripada kahwin dengan buaya macam dia, lebih baik aku jadi andartu sampai ke tua! Aril tergelak kecil. Terpancar lesung pipit di pipinya. Aku terpana sendiri. “Buaya tak semestinya jahat, Mia. He can be a good hubby. Once he get married, he is gonna takes care of you with all of his heart.
Aku dengar suara Aril macam serius. Tapi aku tak tahulah. Takkan dia serius? Haha. Lantaklah. Pokoknya, aku takkan kahwin dengan dia. Aku hanya akan kahwin dengan Tengku Danish Tengku Lutfi saja. Tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya. Titik.
I won’t marry any buaya, Ril. I just wanna marry him. Just him.” putusku.

p/s: Cerita ni cuma suka-suka. Tak tercapai dek akal pun nak buat cerita ni. Awalnya nak buat cerpen, tapi macam malas pula nak pendekkan. Eh, boleh ek gitu? Huhu. Sekarang ni saya tengah on the way nak siapkan manuskrip Jadi Isteri Abang. Tapi asyik stuck, so tengoklah macam mana nanti. Haha. Harap terhibur aje! ;-) 

Thursday, January 8, 2015

Cerpen: Bibik Jangan Pergi 2

DAH TUKAR COVER HUHU
Assalammualaikum..
Setelah berperah otak pagi petang siang malam, inilah hasilnya. Berkat tersedar jam 3 pagi, hehe. Ini semua khas untuk reader yang gian nak baca. Terima kasihlah ya sebab sedarkan saya untuk sambung BJP ni. Kalau tak, memang malas lah kan. Haha. Tapi sebelum saya mulakan entri ni, saya nak buat intro sikit. Khas untuk reader IHYD pulak. Bukan reader? Tak apa. Boleh skip intro ni & terus menelaah kisah cinta RayyanNina.
            Okey. Kepada reader IHYD, saya nak maklumkan IHYD masih di bawah penilaian pihak Kaki Novel. *hai takkan penilaian tak habis-habis lagi?* Ya, memang tak habis-habis lagi. Rasanya dah 10 bulan – melebihi jangka masa yang telah ditetapkan (6 bulan). *kenapa boleh terlebih jangka masa ni?* Entahlah, wak . Saya pun tak tahu. Dah beratus kali saya tanya status manuskrip pada pihak Kaki Novel, tapi jawapannya tetap sama – masih dalam penilaian... harap sudi menunggu... jutaan terima kasih kerana masih menunggu... So sekarang ni saya bercadang untuk terus menunggu ajelah & diharap korang juga dapat bersabar ya. Better late than never kan?
            One more, saya ada dengar cerita daripada blog penulis Ayumi Syafiqah – “jika karya anda berjaya melepasi proses penilaian, anda harus menunggu tempoh diterbitkan pula. Kebiasaannya, tempoh diterbitkan tu memakan masa hampir setahun.” HAHAHAHA nak tergelak rasanya baca benda ni. *dah tergelak pun* So kawan-kawan tersayang, janganlah berharap IHYD akan dibukukan pada tahun ni. Jangan dan jangan. Jangan sesekali. Saya tak yakin. Mungkin tahun depan atau tahun yang seterusnya, mungkin. Tapi tak tahulah kalau sebaliknya kan? Ini semua bergantung pada izin Allah. Berdoa je lah ya. Doa kan senjata kita. Manalah tahu boleh termakbulkan? Hehe, maaf semua. Maaf sebab kecewakan korang. Anggaplah ini semua ada hikmah. Mungkin belum tiba masanya untuk saya jadi novelis. But I won’t give up for this dream. Peaceee, hee. Jangan marah ya ^_^ Ikhlas, asha.

p/s: Nah, terimalah hadiah daripada saya ni – kesinambungan kisah cinta Nina & Megat Rayyan. Maaflah ya kalau sambungannya tak seberapa & tak seperti apa yang korang harapkan. Itu saja yang saya mampu. Semoga terhibur!
***
“NI.. Nina?”
            Aku terdiam sejenak, membeku seperti ais batu. Kaku. Kaku tubuh aku tuk seketika. Terkejut. Tergamam saat terpandangkan seraut wajah itu. Terlihatkan mata ambar itu. Rindu.
Air mata yang asyik bertakung sedari tadi aku cuba tahan. Enggan menangisi masa lalu. Penat. Entah mengapa, hati ini terasa sedih. Sebak. Pilu. Terasa seperti ada luka lama yang terkopek kembali, berdarah tak henti-henti. Pedih. Perit, sehinggakan jiwa ini menjerit.
“A.. awak buat apa kat sini?” Terketar-ketar aku menyoal. Masih terkejut akan keberadaan lelaki itu di sini. Tak sangka. Hmm.. setelah berbulan-bulan dia melarikan diri, melangkah pergi, kenapa harus bertemu lagi? Bertembung lagi? Adakah ini yang dikatakan sebagai.. jodoh?
Oh Nina. Sudah-sudahlah tu. Berhenti berharap, berhenti berangan. Kalau memang Tuhan jodohkan aku dengan dia, pasti sudah lama kami bersatu, bukan? Pasti sudah lama kami kecapi bahagia. Ini tidak.. asyik berpisah aje. Asyik menderita aje. Terasa pahit segala-galanya.
Rayyan memandang aku. Anak mata ini masih setia dipanahnya, direnungnya. Dalam. Sedalam perasaan yang mengalir dalam jiwanya. Sedalam cinta aku padanya. Kali ini, aku didekatinya, dirapatinya. Perlahan-lahan kaki panjang itu menapak ke hadapan – mendekati aku.
Gugup aku untuk seketika, tatkala terpandangkan jarak antara kami yang boleh diertikan sebagai rapat, dekat. Aku tunduk – memandang lantai. Jantung tak lekang minta dipam darah – berdegup sepanjang masa. Dada pula bukan main kuat debarannya. Mana taknya, haruman Giorgio Armani yang dipakai lelaki itu sudah menusuk ke dalam hidung aku. Berasak-asak. Sesak dada aku dikerjakannya.
            Seketika kemudian, barulah aku angkat muka – memandang wajah si dia yang penuh pengharapan. Apa yang diharapkan? Entahlah. Aku sendiri tak tahu dan aku tak nak tahu. Terlihatkan mata ambar itu, hati kembali dipagut rasa sayu. Sedih. Pilu. Ada rindu di sebalik mata itu. Ada rindu yang membuku. “Saya.. saya rindukan awak, Nina..” ucapnya seraya memeluk aku, selamba. Terkaku tubuhku untuk seketika. Beku. Tak sangka begitu pula reaksinya. Tak terduga.
            “Dah lama saya cari awak, Nina.. Tapi tak jumpa-jumpa. Risau saya dibuatnya. Mujurlah harini Tuhan pertemukan kita. Alhamdulillah..” Sayu kedengaran suara itu. Pilu. Tubuhku masih kemas dipeluk Rayyan. Kuat, seakan-akan enggan melepaskanku, enggan merelakan pemergianku. Aku sekadar membiarkan, terus membeku di situ.
            Pelukan dileraikan. “I’m so sorry, Nina.. So sorry and I’m really mean it. Saya tak pernah buang awak, campak awak dari hidup saya. Sumpah tak pernah, Nina. Demi Allah.” Tak pernah buang aku? Tak pernah campak aku? Bukan ke selama ni kau dah berbuat sedemikian, Rayyan? Membuang aku seolah-olah aku langsung tak bererti. Mencampak aku seakan-akan aku tiada harga diri. Macam barang terpakai. Nak lebih power lagi, macam sampah. And now.. what? Kau nak pungut aku? Kau nak jilat balik apa yang kau dah ludah dulu?
            Tanpa disedari, ada cecair yang menitis di pipi. Hangat. Rasa sebak mula menyelubungi diri. Sebak maha amat. Sedih. Sesungguhnya, hanya Allah saja yang tahu apa yang terbuku di hatiku kini. Aku tersenyum sinis, memandang Rayyan. “Stop saying sorry to me. Your sorry means nothing. I’m just.. sick of it.” luahku perlahan. Air mata yang kian galak mengalir aku seka kasar. Sudah penat hendak membazirkannya pada orang yang salah. Sudah letih.
            Rayyan sedikit terkejut. Ada riak serba-salah di wajahnya. “But Nina, I’m really mean it. Maksud saya, saya benar-benar ikhlas minta maaf pada awak. Saya tahu, saya salah dalam hal ni. Saya tak patut..”
            “Don’t say tak patut kalau awak dah mematutkannya. Sudahlah, Rayyan. Anggaplah semuanya dah berakhir, dah terkubur. Buat apa awak nak kenang masa lalu? It’s too sad to be thought. Saya.. saya dah lama lupakan kesalahan awak, kesalahan mummy awak. Cukuplah, Rayyan. Enough.” Aku menjauhinya, mengambil langkah untuk pergi. Namun, langkah itu termati saat Rayyan menghalang. Enggan melepaskan diriku.
            Kali ini, tangan sasanya mula mencapai bahu aku. Menahan tubuhku agar tidak membelakanginya. Mata masih tajam merenungku. “After 3 years 7 months 4 weeks 2 days of waiting you, awak ingat semudah tu je saya dapat lepaskan awak? Lupakan awak?”
            Tersentap. Ya, aku tersentap akan kata-katanya itu. 3 tahun 7 bulan 4 minggu 2 hari? Itukah jangka masa Rayyan menunggu aku? Huh, entah ya entah tidak. Macamlah aku nak percaya. Pasti dia sengaja nak membantutkan niat aku. Alah.. Rayyan. Macamlah aku tak kenal perangainya. Asyik bermanis mulut sepanjang masa. Itulah sebabnya hati ini tak henti-henti terpaut padanya, tergila-gilakannya. Oh Tuhan.. bodohkah aku? Ya, aku memang bodoh. Bodoh sebab mudah tunduk pada Megat Rayyan.
            Senyuman sinis diukir. “Apa susahnya nak lupakan saya? Saya bukannya model jelita, bukan juga anak orang berada. Saya bibik aje kot. BIBIK. Bibik lepasan SPM. Huh.. see. Apa je yang saya ada sampaikan awak susah sangat nak lupakan saya?” Tajam mata ini merenungnya. Geram. Menyampah. Meluat. Semuanya ada.
            Rayyan menghela nafas. Tenang saja lagaknya. Langsung tiada aura nak mengamuk. Perlahan-lahan tangan aku dicapainya, lalu diletakkan pada dada kirinya. Tergamam aku sejenak. Terkedu. Seperti dahulu juga, jantungnya berdetak kuat bagaikan mahu pecah. Dup dap dup dap. “Awak ada ini – hati saya. Itu yang membezakan awak, dengan mereka. Itu yang membuatkan saya, jadi gila.”
            Gulp! Rasa macam ada kepala yang nak pitam sekarang ni.
***
MIMPI. Mimpi lagi. Kenapalah aku asyik termimpikan Megat Rayyan sejak dua menjak ni? Apa dah tak ada orang lain ke dalam kepala otak aku ni? Hanya Rayyan, Rayyan dan Rayyan?
            Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Tak sangka sampai macam ni sekali rindu aku pada Rayyan. Sampai terbawa-bawa ke alam mimpi. Dah berbulan-bulan aku tinggalkannya, pergi jauh dari hidupnya. Dah berbulan-bulan juga aku bersusah payah melupakannya, memadamkannya dari kotak minda. Namun hasilnya? Begini. Asyik masuk dalam mimpi. Hambar sekali.
            “Amboi anak dara.. tak bangun lagi?” ucap satu suara di sebalik muka pintu. Tersentak aku dibuatnya. Pantas aku membaluti tubuh dengan comforter. Sampai ke muka. Buat-buat tidur kononnya, hehe. “Nina.. oh Nina. Bangunlah.. dah subuh dah ni.” Suara itu masih bergema. Namun, kuatnya makin ketara. Hmm mungkin si empunya suara sudah mula mendekati aku. Mata kekal dipejam. Rapat. “Nina.. bangun. Nenda panggil Noah karang.. baru tahu!”
            Terdengarkan sebaris nama itu, terus menaik bulu romaku. Terus tegak tubuh aku. Wajah tercengang Nenda Nerina aku pandang. Dia juga turut sama memandang aku. Ternganga luas mulutnya – terkejut barangkali. Aku sengih. “Hehe, terkejut ke Madam? Sorry..” Selamba aku bersuara. Gigi yang putih tersusun sengaja aku tayangkan. Dia hela nafas lega.
“Nina niii.. kalau nak kidding-kidding dengan Nenda sekalipun, agak-agaklah. Nasib baik tak terlompat keluar jantung Nenda tadi. Tersentak tau,” adu Nenda manja. Dadanya diurut lembut, kononnya terperanjat maha amat. Serba-salah aku dibuatnya. Wajah takut-takut aku dipandangnya. “Oh ya, alang-alang dah bersua muka dengan Nina ni, Nenda nak beritahu something.” ucapnya perlahan. Nampak gaya macam berat hati.
Aku terpempan seketika. Terpinga-pinga diri ini memandangnya. Dalam hati, aku sudah curious. Membuak-buak rasa ingin tahu dalam diri. Telinga aku tadahkan seluas-luasnya – bersiap sedia hendak mendengar omongan dia. “Nenda.. err.. Nenda dah nak bertolak ke Hong Kong pagi ni.”
What?!” Mata terbeliak luas. Mulut menganga besar. Terkejut. Tergamam dan segala-gala ‘ter’. Wajah Nenda aku pandang bagaikan tak percaya. Tangan tuanya mula aku capai. “Nenda.. Nenda cakap apa ni? Takkan Nenda nak tinggalkan Nina kat vila ni? Dengan Encik Noah pulak tu? Adoyai, Nenda.. mana boleh. Meletus Perang Dunia Ketiga nanti,” ujarku selamba bersertakan riak sedih di wajah. Nenda Nerina sekadar tertawa lucu. Bingung aku melihatnya. Lawak ke?
“Alahai, sayang.. Nenda pergi kejap aje lah. Tak sampai sebulan.”
Tak sampai sebulan dia kata? Oh My God. Gila, takkan aku nak tinggal sebumbung dengan Encik Noah tanpa dia? Lebih seminggu pula tu. Mahu melarat perang antara kami nanti. Haritu pun sudah bergusti, apatah lagi hari-hari yang seterusnya? Tanpa Nenda lagi. Masak dia begini. “No, Nenda. No.. Nina tak setuju. Pokoknya, Nina tak nak Nenda pergi. Nina tak nak! Nenda tahu kan, perangai Encik Noah tu macam mana.. Usung perempuan ke hulu ke hilir. Nanti kalau dia bawa perempuan masuk rumah macam dulu, acanee?” ucapku tanpa berlapik. Selamba badak aje aku dok mengutuk cucu wanita itu. Ah, nasiblah. Lagipun, memang itu kenyataannya, hakikatnya. Tidak boleh dinafikan.
Nenda tersenyum nipis. Rambut panjangku dibelainya dengan penuh kasih sayang. Senang aku melihat perlakuannya. “Nina, Nina jangan risau ya. Nenda tahu, cucu Nenda tu tak baik mana. Nakalnya boleh tahan. Tapi senakal-nakal Noah tu, Nenda yakin ada baiknya juga. I mean, I convince that he can take care of you. Trust me.
“Tapi kalau..”
“Tak ada tapi-tapi. Think positive, Nina. Mana mungkin Noah sanggup apa-apakan Nina sebab.. yeah. Dia dah anggap Nina macam adik dia sendiri. Nenda pun dah sayangkan Nina macam cucu Nenda sendiri.. Tiada alasan untuk dia bertindak bodoh. Am I right dear?
Kata-kata Nenda Nerina itu dibalas dengan diam yang lama. Kelu lidah untuk seketika. Cukup keberatan untuk mengangguk dan berkata ‘ya’. Hmm.. boleh percaya ke mamat tu? Boleh count on ke? Hmm.. tengok muka macam tak. Muka player. Muka buaya. Muka yang langsung tak boleh diharapkan. Ah, matilah aku begini. Matilah. Aku ketakutan sendiri.
“Dah.. pergi solat Subuh sana. Termenung apa lagi?” Bahu aku ditepuk Nenda. Tersentak aku untuk seketika. Terus mati lamunan aku juga.
Aku mula bangkit – bangun daripada pembaringan. Terasa longlai lutut ini mahu berjalan, menapak ke bilik air untuk berwudhuk. Keluhan kecil dilepaskan jua.
***
“NINA, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”
            Terdengarkan nama ini diseru, aku angkat muka – memandang wajah si dia yang masam mencuka. Amboi, masam gila muka. Mengalahkan asid hidroklorik masamnya. Bibir mengukir senyuman. Plastik. “Err.. Encik Noah cakap apa tadi?”
            “Itulah kau, aku cakap bukan reti nak pay attention. Berangan aje semedang. Panggil nama Nina, boleh tersedar pulak? Mmm.. pelik. Ke kau memang nak aku panggil kau Nina sebenarnya, Bik?” Selamba sahaja Noah menyindir. Menyampah pula aku mendengarnya. Meluat. Sakit hati berganda-ganda.
            Apa dia fikir aku ni kemaruk sangat ke nak dipanggil dengan nama? Huh.. tolonglah sikit. Dia fikir, dia siapa? Model termahal di dunia? Lelaki terkacak di global? Playboy kelas satu antarabangsa? Ke.. Megat Rayyan yang aku cinta? Oh My God, pleaselah. Minta baldi tiga empat buah. Loya tekak ni rasanya! “Encik Noah cakap apa sebenarnya tadi?” Aku tetap berdegil dengan pertanyaan tadi. Malas pula nak membalas serangan biadab lelaki itu. Erm, biarlah dia nak melaser ke apa. Biarlah. Dah memang mulut dia puaka macam tu, nak buat macam mana?
            Noah kembali melabuhkan punggungnya. Wajahnya juga kembali serius. Macam awal tadi. “Begini, Nina sayang. Kawan lama abang nak lunch kat vila ni tengah hari nanti. So, abang nak Nina sayang jalankan tanggungjawab sebaik-baiknya sebagai bibik. Kemas rumah, masak dan segala-galanya lah. Yang penting, abang tak nak ada sekelumit habuk pun kat rumah ni. Plus, abang nak sayang pikat perut dia macam mana sayang pikat perut abang dulu. Faham, sayang?”
            Sayang? Abang? Pikat perut? Apa benda semua ni? Tercengang aku mendengar kata-kata Noah itu. Terpinga-pinga. Mulut sudah luas menganga. Terkejut beruk lagaknya. “Oh ya, sayang, one more. Mulut tu tak payah nak nganga besar sangat ya. Karang lalat masuk, ada juga yang kena call ambulans.” sindirnya. Spontan saja dagu aku ditolaknya. Terus terkatup mulut yang ternganga tadi. Aku tergamam sendiri. Terkejut. Merah padam wajah ini dibuatnya.
            Kelihatan Noah sudah mengambil langkah ke anak tangga. Baru saja anak tangga kedua didaki, dia kembali berpaling. Memandang aku. Tajam mata hazel itu memandang aku. Gaya macam ada makna. Tak keruan aku dibuatnya. Gugup. “And one more thing, Nina..
            Kali ini, dia mula menghampiriku, mendekatiku. Dan.. merapatiku. Haruman Dior Homme mula menusuk ke lubang hidungku. Bapak wangi gila bau dia. Bau yang cukup maskulin dan menggoda. Sungguh, bau minyak wangi dia aje dah boleh mengocak naluri kewanitaan aku. Belum lagi pandang muka dia yang kacak maut tu. Boleh maut ditenggelami nafsu agaknya, bebelku sendiri dalam hati.
            Terlihatkan jarak antara kami yang boleh tahan rapat itu, tubuh aku pegun. Kaku. Noah nampaknya mula menundukkan wajah – memandang aku yang jauh lebih rendah daripadanya. Paras bahu aje, bayangkan. Aku pula sudah tunduk – memandang lantai. Tak sanggup pula nak membalas pandangan lelaki itu. Takut sekiranya aku tertunduk dan terbuai dengan godaan syaitan. Almaklumlah, Noah bukan calang-calang punya orang. Playboy kelas satu. Sudah berapa ramai wanita yang kalah dan tunduk padanya? Pasti saja tak boleh dihitung dek jari.
            Beberapa detik kemudian, tangan sasanya mula merayap pada bahu aku. Bahu aku dipegangnya kuat sehinggakan aku dapat merasai cengkamannya. Alamak, dia nak buat apa ni? Apasal dia pegang bahu aku ni? Ya Allah.. kau selamatkanlah aku. Kau lindungilah aku daripada buaya ni.. Jauh-jauhkanlah aku daripada malapetaka yang dibawanya, doaku dalam hati. Takut!
            Debaran menguasai diri. Dapat aku perhatikan renungan Noah yang begitu tajam pada tubuh aku. Dapat juga aku tangkap halkumnya yang bergerak-gerak. Okey, dia teguk liur. Ya, dia teguk liur. Aku pasti. Hmm.. apa maknanya? Maknanya.. oh tidak! Fikiran sudah menerawang jauh. Berbagai-bagai kemungkinan sudah bermain di minda. Menggeletar tubuh aku. Bibir pula tak lekang-lekang menguntum doa – memohon perlindungan daripada-Nya.
            “Lain kali jangan pakai macam ni. Pergi tukar baju.” Serius Noah bersuara. Terus dijauhkan jarak antara kami. Aku terpempan sendiri. Masih kaget. Pada masa yang sama, mata sempat menilik pakaian sendiri. Apa baju aku pendek sangat ke? Hmm nak kata pendek, ada lengan. Then, takkan nipis sangat kot? Sekali lagi aku menilik baju aku. Masih tertanya.
            “Pakai baju yang labuh sikit. Tak nipis. Tak sendat. Tak terdedah.” jerit Noah dari tingkat atas. Selamba gila. Bengang aku dibuatnya. Malu.
            Sekali lagi aku menilik diri sebelum menapak pergi. Teruk sangat ke pakaian aku selama ni? Erm entahlah. Selama ni, Rayyan okey aje. Tak pernah pula dia complain, omelku sendiri. Namun, dalam diam, aku bersyukur.
***
“KAU masak apa weh?” tegur Noah yang baru saja muncul.
            Aku berpaling, memandangnya. “Nasi beriani,” jawabku pendek. Malas nak melayan. Lengan baju kurung aku senseng sampai ke siku. Gara-gara teguran Noah pagi tadi, terus aku sambar baju kurung tiga tahun lepas. Haha! Takut? Mestilah. Siapa je yang tak takut dengan perangai miang Noah yang mengalahkan ulat bulu tu?
            Noah mengangguk. Sekali sekala mata hazelnya memandang aku. “Ada pun baju kurung. Ingatkan miskin sangat sampai tak mampu nak beli.” Selamba badak air aje Noah mengutuk aku. Nasib baik dah tak berbekas di hati. Dah biasa. Tapi rasanya lebih baik dia mengutuk daripada memuji.
            “Lain kali aku nak kau pakai baju kurung aje kat rumah ni. Kalau boleh, pakai tudung sekali sementara Nenda tak ada ni. Dan kalau terlebih boleh, pakai perfume lelaki. Aku tak suka lah bau perfume kau ni. Meremang.” Sampai macam tu sekali Noah menegur aku. Ya Allah, mamat ni.. Takkan macam tu sekali nafsu dia kat aku? Sampaikan perfume pun ditegurnya. Tergeleng-geleng kepala aku akan gelagat Noah itu. Teruk noh.
            “Saya bukannya pakai perfume mahal pun. Enchanteur Paris aje kot..” Haah. Aku bukannya pakai perfume Contradiction keluaran Calvin Klein pun. Takkan dengan perfume murah pun iman dia boleh tergugat? Naluri kelelakian dia boleh mengocak? Noah pandang aku. “Entah. Bau badan kau memang wangi kot. Arghhh.. pokoknya, kau kena dengar cakap aku sebelum apa-apa terjadi kat kau. Tolonglah, aku tak boleh tahan. Alah. Faham?” Tegas Noah bersuara.
            Aku mencebik. Menyampah. “Dasar bernafsu. Dengan bibik sendiri pun tak boleh tahan ke? Err.. low taste.
            “Kau jangan nak cari pasal dengan aku eh, Nina. Mood aku tengah baik ni. Beruntung tau aku warning kau awal-awal.  Kalau aku tak warning? Memang kau dah kena ngap lah dengan aku.” ucapnya sebelum mengangkat kaki. Wajah aku dijeling sekilas. Amboi, marah nampak?
            “Masak cepat sikit. Jangan asyik nak berangan aje,” perlinya.
            Mata aku julingkan ke atas seraya mencebik. Err.. meluat!
***
TERPANDANGKAN sebuah kereta yang menyusul di halaman, hati terasa hambar. Mana tak hambar, aku masak punyalah banyak. Gaya dah macam nak buat kenduri. Tapi yang datang? Satu kereta aje. Itupun entah berapa orang. Kalau seorang?
            Haih. Hambar kuasa dua. Membazir makanan, membazir tenaga. Memang membazir.
            “Nina, tetamu dah datang. Bawa air keluar.” arah Noah dari pintu utama. Tetamunya belum nampak bayang lagi. Entah ramai entah tidak. Jadi, bagi menjamin keselamatan, enam buah gelas aku capai. Almaklumlah, Ford Mustang tu cuma muat lima orang aje. Lagi satu gelas untuk Noah. Hehe..
            “Masuklah beb.. Lama tak jumpa!” Kedengaran suara Noah sedang eksaited menyambut tetamu. Gembira betul. Dah lama sangat tak jumpa agaknya.
Pantas aku mencapai dulang sebelum menatangnya ke depan. Perlahan-lahan kaki menapak ke ruang tamu bersertakan dulang dan gelas di tangan. Sekali sekala mata mencuri pandang kaki-kaki yang berada di depan pintu utama. Hmm.. ada empat batang kaki aje termasuk kaki Noah. Maknanya, tetamu yang hadir cuma seorang. Haa.. kan aku dah agak! Membazir betul.
Terpandangkan si tetamu yang mula menyerbu ke dalam rumah, aku membungkam. Pegun. Kaku tubuh ini untuk seketika. Beku. Dan.. tatkala mata aku bertentangan dengan mata si dia, nafas seakan-akan terhenti. Darah seolah-olah tersekat. Jantung dan paru-paru bagaikan dah tak berfungsi lagi. Sistem badan bagaikan dah tak berguna. Otak gagal mengawal pergerakan sehinggalah..
Prang!
Tak semena-mena dulang dan gelas yang ditatang terlepas daripada pegangan. Terkejut. Tergamam. Terkedu. Sesak nafasku kini. Rasa macam nak mati. Mata pula masih tak berganjak sedari tadi. Masih tak berkelip. Masih lagi kaget.
Oh My God, what have you done, Nina?!” Suara lantang Noah menyedarkan aku. Pantas aku menjatuhkan mata, memandang kepingan-kepingan kaca yang berterabur. Peluh mula memercik dahi. Rasa macam nak pitam aje sekarang ni, namun digagahkan jua. Perlahan-lahan kepingan itu aku kutip.
It’s okay, Noah. Dear, let me help.” Merasakan sentuhan daripada kulitnya, tubuh bagaikan menggigil, menggeletar. At the same time, kepala terasa berdesing. Berpinar-pinar. Pening. Tak sangka kuat sebegini sekali penangannya. Penangan cinta.
Untuk seketika, pandanganku bertukar kabur. Gelap. Hitam, sehinggalah.. aku tidak sedarkan diri lagi. Hanya suara-suara cemas yang bergema di telinga.
***
MATA yang terpejam perlahan-lahan dibuka. Terlihatkan wajah Rayyan yang begitu dekat dengan wajahku, pantas aku bangun daripada pembaringan. Rambut panjang yang mengurai itu aku sanggul tinggi. Rimas.
            “Dah bangun?” Terdengarkan suara itu, hati menjadi tak keruan pula. Resah. Gelisah. Tak tenang lah pendek kata. Aku menoleh – memandang Rayyan di sebelah.
            Oh. Baru aku perasan. Kepala aku baringkan di atas riba dia tadi. Ah, seganlah pula. Lebih segan lagi kalau Noah penyangak tu nampak. Oh ya, mana Noah? Mata mula melilau-lilau memerhati sekeliling. Mencari kelibat si Noah.
            “Encik Noah mana?” soalku tanpa mempedulikan soalan lelaki itu. Sekali sekala wajah kacak persis Taylor Lautner itu aku pandang. Bibir merahnya tak lekang dengan senyuman. Haish, asyik senyum aje kerja dia. Dahlah manis tahap kencing manis pulak tu, omelku dalam hati. “Noah angkat call kejap. Hmm.. awak nak apa-apa ke? Air?”
            “Boleh lah juga.” Senang hati aku menerima pelawaannya. Kalau air daripada Rayyan, aku boleh terima. Tapi kalau air daripada Noah, hah. Sampai kiamat pun aku teragak-agak nak minum. Bukan boleh percaya sangat mamat buaya tu. Jujur mana pun dia, kalau dah nama buaya, tetap buaya. Menempah maut lah kalau percaya. “Awak sihat?”
            Entah kenapa soalan daripada Rayyan itu menimbulkan rasa rindu aku pada dia. Rindu untuk mendengar suaranya. Rindu untuk berbual dengannya. Rindu untuk bertanyakan khabarnya. Rindu untuk mendengar kata-kata cinta daripadanya. Segala-galanya rindu. Lambat-lambat aku angguk. “Dah lama kerja sini?”
            “Empat bulan.” Ya, empat bulan. Separuh daripada tempoh aku tinggalkan dia. Tak sangka sebegitu lama aku berpisah dengannya, berjauhan dengannya. Dan kini, kami bertemu kembali. Hanya bertemu, bukan bermakna bersatu. “Awak.. tak rindukan saya ke?”
            Rindukan dia ke tak? Entahlah. Rasa macam rindu, tapi hati tetap nak menafikan. Namun, hakikatnya, ya. Aku rindukan lelaki itu. Kalau tak, tak adalah sampai masuk ke mimpi. Tak adalah sampai igaukan lelaki itu. Ya tak? “Buat apa nak rindukan orang yang tak pernah rindukan kita?”
            “Mana awak tahu saya tak rindukan awak?” Tegas Rayyan bersuara. Seolah-olah ingin menyangkal kata-kata aku itu. Aku sekadar membungkam – mendiamkan diri. Sungguh aku malas hendak mendengar kata-kata Rayyan yang seterusnya itu. Bagi aku, lelaki ini bagaikan pemberi harapan palsu. Asyik membiarkan aku berharap dan terus berharap. Sudahlah. Aku sudah letih akan itu. “Nina..” panggilnya lembut. Tangan ini dicapai lalu digenggamnya. Kemas. Membuatkan aku termangu sendiri.
            Aku angkat muka, memandangnya. “Saya rasa bersyukur sangat sebab Allah panjatkan doa saya untuk bertemu dengan awak. Saya tak sangka, Dia masih izinkan saya untuk bersemuka dengan awak. Saya fikir.. Dia cuba untuk pisahkan saya dengan awak. Tapi.. saya silap.” Sayu kedengaran suara Rayyan itu. Pilu. Sama seperti apa yang aku lihat pada mata ambarnya itu. Cukup sayu dan cukup menyedihkan.
            Rambut aku yang bersanggul diusapnya perlahan. Lembut. Terbuai aku sejenak akan belaiannya itu. Namun, seketika kemudian, aku pantas menepis. Enggan dibelainya, enggan berharap lagi padanya. “Saya.. minta diri dulu. Jaga diri baik-baik, Nina.. Assalamualaikum.” ucapnya seraya mencuit hidung aku. Punggung diangkat lalu mendekati Noah yang baru saja muncul di depan muka pintu.
            Aku sekadar mendiamkan diri. Membeku. Tak tahu hendak beriak seperti apa. Apa yang pasti, aku cukup terkejut akan kemunculan lelaki itu. Tak terduga.
            Ya Tuhan, setelah apa yang terjadi, kenapa Engkau pertemukan aku dengan dia lagi? Kenapa Engkau perlu hadirkan dia dalam hidup aku lagi? Aku tak sekuat itu, Tuhan. Aku tak sekuat itu. Berdepan dengannya bererti berdepan dengan luka lama. Luka yang boleh dikatakan hampir sembuh biarpun berparut.
            Aku mengeluh kecil. Entah sampai bila aku perlu berdepan dengan Rayyan? Dengan keluarga dia? Sudahlah. Aku dah penat. Dah tak larat.
***
SIARAN 103 aku usik seketika. Jam antik di dinding sempat aku pandang sekilas. 10 malam. Selalunya akan ditayangkan filem-filem menarik di slot Mega Movie pada setiap malam Sabtu. Remote control Astro aku capai. Butang Info ditekan.
            Now watching: Twilight New Moon
            Terpampang wajah Taylor Lautner di kaca televisyen. Huh! Tersentak aku dibuatnya. Terkejut. Sangkaku Megat Rayyan masuk tv lah tadi. Haha! Megat Rayyan lah sangat. Tapi.. wajah mereka memang seiras lah. Walaupun tak seratus peratus, namun tetap ada persamaannya. Buktinya, bila terpandangkan Megat Rayyan, pasti minda ini teringatkan Taylor Lautner. Bila terlihatkan Taylor Lautner pula, pasti otak ini terbayangkan Megat Rayyan.
            Ah, sudahlah kau Nina. Sudahlah. Tak payah nak merepek macam terlebih makan kerepek sangat. Kalau dah suka tu, memang semuanya nampak sempurna. Perfect. Yang hidung peset pun boleh jadi mancung. Yang mata cemeng pun boleh jadi sepet. Yang mulut senget pun boleh jadi teratur. Haa.. itulah sebabnya orang selalu kata, cinta itu buta. And yes, I agreed. “Siapa suruh kau tengok tv?”
            Gulp! Liur aku telan, kesat. Terdengarkan suara garau itu, terus tegak aku berdiri – macam komander melatih kawad. Terus tegak juga bulu roma aku. At the same time, meremang. Kain baju kurung yang sedikit terselak aku perbetulkan. Tak mahu mencetuskan adegan yang berada di luar akal. Hah, faham-fahamlah sendiri!
Aku pandang dia sebelum tersenyum. “Assalamualaikum, Encik Noah. Err.. Encik Noah dah makan? Kalau belum, saya boleh tolong hidangkan.” pelawaku, selamba.
Noah sekadar menayang muka tak ada jiwa. “Dah. Kau buat apa kat sini? Apasal tak tidur lagi? Dah tak kenal siang dengan malam ke?” Pedas dia menyindir. Langsung tak berlapik.
Namun, bibir kekal tersenyum. “Saya.. tak mengantuk lagi, Encik Noah. Lagipun, saya tengah tunggu Mak Bedah dari tadi.” Ya, memang aku ternantikan Mak Bedah sedari tadi. Kata Nenda, bekas pekerjanya itu akan menemaniku setiap malam sementara Nenda tiada di sini.
Terlihatkan Noah yang mula membisu, aku kembali duduk di atas sofa. Kelihatan Noah turut melabuhkan punggung di sebelahku. Selamba. Langsung tak mempedulikan riak wajahku yang jelas kaget. Ketakutan. Hati sudah gelisah sendiri. “Kau tengok cerita apa ni?” soalnya penasaran. Mood garangnya tadi sudahpun mati.
Kepala aku toleh, memandangnya di sebelah. “Twilight.”
Dia sekadar mengangguk tanpa perasaan. Nampak gaya macam tak berminat. “Awak tak keluar ke malam ni?” soalku gila berani. Hmm.. selalunya waktu-waktu macam ni, mamat tu sudah lesap. Keluar berjoli di luar sana. Pantang malam minggu. Memang ke kelab ke kita lah aktiviti dia. “Tak. Aku off malam ni.” jawabnya senang hati.
Terjongket kening aku tuk seketika. Macam tak percaya. “Aik? Kenapa pulak? Aweks merajuk ke?” Perkataan aweks sengaja aku tekankan. Saja nak perli.
Dia hanya senyum. “Tak ada lah. They are just fine. Aku cuma tak ada mood. Plus, tak sampai hati nak tinggalkan kau. Well, Nenda kan tak ada malam ni.” Wait. Apa dia kata? Tak sampai hati nak tinggalkan aku? Apasal aku rasa ada hati yang terharu sekarang ni? Haha. Terharu ke aku? Err.. takkan buaya ni baru touch up sikit, kau dah terharu Nina? OMG.
“Awak kalau nak keluar, awak keluar aje lah. Saya tak kesah.” Jujur aku berkata. Sememangnya, aku lebih selesa jika dia keluar daripada terperap kat dalam rumah ni. Almaklumlah, hanya kami berdua aje di sini. Macam-macam benda boleh terjadi. Tak mustahil, terutamanya bila terkenangkan sikap buaya si Noah ni.
Apasal kau pengsan siang tadi?” Noah mula menukar topik. Membuatkan aku gelisah tak semena-mena. Air muka yang jelas berubah aku cuba sorokkan. Sedaya upaya riak selamba ditayangkan. “Entah. Perut masuk angin kot.” Alasan dikemukakan. Mujur masuk akal.
            “Ooo.. perut masuk angin. Okey, jawapan logik. Boleh diterima. Good answer. Then, macam mana pulak gelas boleh pecah? Terpaku sangat ke tengok wajah kawan aku yang kacak tu?” sindirnya. Selamba gila! Geram aku dibuatnya. Rasa macam nak cekik-cekik aje leher dia!
            Aku berdeham sebelum meneruskan kata-kata. Saja nak membasahkan tekak. Tambah lagi nak memujuk hati yang gusar. Senyuman diukir. “Bukan terpaku, cuma terkejut. Yalah.. saya ingatkan Encik Noah jemput ramai kawan. Tapi yang datang, tuptup, seorang aje. Huh.. dahlah saya masak banyak. Membazir betul.”
            “Ya ya lah tu..”
            “Yalah! Takkan saya nak tipu kot?” Dan kenyataannya, memang aku tipu. Haha.
            Noah sekadar mencebik. “Manalah tahu kau tipu. Kau tu.. bukannya boleh percaya sangat.” Terasa macam terkena batang hidung sendiri. Huhu. Pandai pula mamat ni meneka. Dah boleh jadi tukang tilik rasanya. Cuma perlu bersara jadi buaya aje.
            “Saya tak minta pun Encik Noah percayakan saya. Lagipun, saya ni bukannya boleh percaya sangat.” Sengaja aku mengulang ayatnya. Nak tunjuk protes. Dan juga, nak sakitkan hati dia. Haha. Dan ternyata, hati dia memang sakit. “Dah diam. Jangan cakap dengan aku. Aku nak tengok tv.” Keras Noah bersuara. Marah benor nampaknya.
            Aku sekadar membatu, membisu. Sama seperti dia. Namun, hati sudah terkekek-kekek ketawa sendiri. Kahkah, padan muka!
***
SUDAH seminggu berlalu. Bererti, sudah seminggu juga Nenda meninggalkan kami. Hmm.. rasa sunyi aje hidup ini sepanjang Nenda tiada di sisi.
            Namun, sebenarnya, hidup aku tak adalah sunyi mana. Noah sentiasa berada di sisi. Menemani aku hari demi hari. Kadangkala, terhibur juga hati ini dengan gelagat dia. Diadun lagi dengan lawak bodoh dia tu. Entah apa-apa. Tapi.. aku tetap ketawa. Tetap terguling-guling, tergolek-golek mendengar jenaka dia. Dan..
Tanpa disedari, sudah seminggu juga Noah tak keluar malam. Tak pergi clubbing. Tak pergi dating. Hebat! Dahsyat! Tak sangka betul. Bila ditanya kenapa, katanya, nak temankan aku lah.. tak sampai hati nak tinggalkan aku lah.. takut terjadi apa-apa kat aku lah.. nanti risaukan aku lah.. Macam-macam! Namun, dalam diam, aku selesa. Selesa dengan sikap barunya.
“Cik.. Nina Aulia?” Terdengarkan nama ini dipanggil, aku pantas menoleh – memandang si empunya suara yang menegur. Berkerut dahi licin aku untuk seketika. Tak kenal. Penyapu di tangan mula dilepaskan. Perlahan-lahan kaki ini menapak ke depan, menghampiri suara itu. “Adik ni.. siapa ya?” soalku.
Budak lelaki di depanku itu sekadar melemparkan senyuman. “Saya Boy, dari Lovey Florist. Ada kiriman bunga untuk akak,” ucapnya ramah seraya menghulur sejambak ros kepadaku. Terkejut aku dibuatnya. Kaget. Terpinga-pinga juga.
“Untuk akak?” Sekali lagi aku menyoal sebelum menyambut huluran itu. Masih terkejut. Tak percaya. “Ya, untuk akak. Akak boleh sain di sini.” Sebatang pen diberikan kepada aku. Lantas tandatangan aku turunkan tanpa berfikir panjang.
“Terima kasih, dik.”
“Sama-sama, kak.” Pintu pagar kecil aku tutup rapat. Kaki kembali menapak ke tengah halaman. Nak meneruskan kerja menyapu yang tergendala sebentar tadi. Namun, tatkala terfikirkan sejambak ros di tangan itu, segala-galanya bagaikan termati.
Sekeping kad kecil yang terletak elok di sebalik bunga menarik perhatian aku. Perlahan-lahan kad itu  aku buka. Terjongket sebelah kening aku tatkala menilik isi kad itu.
Who is me? The guy who you think of right now.
Love, somebody in your mind.
Rasa macam nak cekik aje Mr Somebody In Your Mind ni. Alahai, kalau nak beri aku bunga sekalipun, tak payahlah macam ni sekali. Nak berahsia bagai. Melampau. Apa dia fikir aku ni tak ada benda lain ke nak difikirkan? Tak ada kerja lain nak dibuat? Huh! Nampak sangat dia memang sengaja nak susahkan aku, nak sesakkan kepala otak aku. Apa jenis manusialah Mr Somebody In Your Mind ni. Tak gentleman langsung! Pengecut!
Walau kecoh manapun hati ini membebel, namun, minda tak henti-henti memikirkan si pengirim ros merah yang cukup misteri itu. Misteri nusantara betullah. Buntu aku nak memikirkannya. Mana taknya, aku sendiri gagal mengenalpasti hamba Allah yang menguasai mindaku ini. Err.. somebody in your mind. SOMEBODY IN YOUR MIND. Hmm.. siapa ya? Takkan Noah?
Noah?
Haha. Sejak bila pulak mamat tu mula merayap kat minda aku ni? Adoyai, parah betul. Takkan baru seminggu berkawan dengan dia, aku sudah cair? Sudah angau? Sudah tertunduk? Sudah terpaut? Ah, tak mungkin. Tak mungkin lah! Tak mungkin semudah tu aku boleh cair pada Noah. Gila. Tak masuk akal. Tapi memang aku tak nafikan perasaan senang bersama dia sejak dua menjak ni. Mana taknya, dia asyik buat aku ketawa. Buat aku gembira. Buat aku suka.
Hmm.. siapa je yang tak senang, bukan?
***
“NAH..” Tali leher berwarna ungu pekat dicampakkan kepada aku. Tersentak lima saat aku melihatnya. Terkejut. Tergamam. Tie yang sudah berada di tangan aku pandang, sebelum kembali memandangnya.
“Buat apa bagi saya ta..”
“Pakaikan.” Terus termati kata-kataku gara-gara dipotongnya. Aku membeku di situ, masih terkejut akan permintaan lelaki itu. Belum habis lagi terkejut pasal bunga tadi, sekarang ni dah terkejut pasal tali leher pulak? Apa pasal banyak sangat benda yang bikin aku terkejut harini? Huh.. nasib baiklah aku tak ada penyakit jantung. Kalau tak, dah mati mengejut agaknya!
“Nina, cepatlah pakaikan. Aku dah lambat ni,” rungutnya pula. Ish, mamat ni. Sesedap Lamb Masala aje dia paksa aku pakaikan tie. Apa dia fikir aku ni bibik dia? Ops, sorry. Tersilap. Apa dia fikir aku ni bini dia? Nak jaga makan minum pakai dia aje? Sampaikan hidup aku pun tak terjaga? Err.. annoying sungguh!
Demi menyahut seruan itu, tali leher di tangan aku pakaikan jua. Perlahan-lahan kaki ini menapak ke hadapan – mendekatinya yang sedang terpacak di depan aku. Pada masa yang sama, ada debaran yang mengocak jiwa. Debaran yang  pernah aku rasa sewaktu mendekati Rayyan dulu. Debaran yang membuatkan aku naik gila pagi petang siang malam dulu. Ah, kenapa ni? Kenapa aku berdebar pula ni? “Nak pakaikan tie pun.. menggigil ke?” tegur Noah tiba-tiba, selamba. Pasti hairan melihat tanganku yang jelas menggigil. Menggeletar. Haha.. Nina, Nina. Buat malu aje kau ni. Relakslah.. Relaks!
Penuh hati-hati tali leher aku simpulkan pada lehernya. Sekali sekala halkum yang bergerak itu melekat pada pandangan. Terpandangkan halkum itu, serta-merta fikiranku menerawang jauh. Terkenangkan kisah lalu. Teringatkan seseorang yang pernah aku cinta dulu.
Rayyan.
Sebaris senyuman mula menempel di bibir. Sayu. Entah kenapa minda ini terfikirkan Rayyan, terbayangkan Rayyan, aku sendiri tak tahu. Apa yang pasti, aku cukup rindu akan lelaki itu. Rindu akan senyumannya.. tawanya.. gurauannya.. Kadangkala aku berharap, masa bisa berputar kembali – meletakkan aku di sebalik detik-detik indah bersama Rayyan dulu. Namun, hampa. Kecewa. Semuanya bagaikan sejarah – sesuatu yang takkan berulang lagi sampai bila-bila. Sejarah tetap sejarah.
What’s crossing on your mind?” soal Noah yang sedari tadi memerhatikan aku. Tersentak aku tak semena-mena. Terkejut. Tak sangka aku sudah berangan jauh. Dan.. tak sangka juga jarak antara kami sudahpun serapat ini. Terpandangkan mata hazelnya yang galak merenungku, pantas aku tunduk – memandang lantai, seraya menjarakkan diri daripadanya.
Kelihatan Noah tersenyum nakal. “Baru tenung sikit, dah cuak ke?” soalnya tanpa rasa serba salah. Seronok dapat mengenakanku. Aku sekadar membatu. Macam tunggul kayu. “Tak.. tak ada lah. Saya tak cuak pun. Just.. tak selesa.”
“Oh.. tak selesa. Dengan Megat Rayyan, selesa pulak ya?”
“Huh?” Terpempan aku untuk seketika. Tercengang. Wajah Noah aku pandang bagaikan tak percaya. Dan semestinya, memang aku tak percaya. Terkejut beruk pun ada. “Err.. awak cakap apa ni, Encik Noah?”
No.. I’m just saying that you looked pleasantly comfortable with Megat Rayyan. I wonder, korang ada apa-apa ke?” Sinis dia bersuara. Nampak gaya macam cemburu pun ada. Haih.. takkan mamat buaya ni pandai cemburu kot? Dengan aku pulak tu? Huh, memang tak lah! Aku hanya senyum, hormat. “Tak ada lah. Megat Rayyan tu cuma..”
“Cuma apa?” Pantas Noah memotong. Tak puas hati betul lagaknya. Musykil pula aku melihatnya. “Err.. cuma anak bekas majikan saya. That’s all,” bohongku, terpaksa. Tak mahu sekiranya disalah sangka. Karang tak tentu fasal aku dibuang kerja – dituduh cuba menggoda anak teruna orang. Huh! Tak ke naya tu?
“Boleh percaya ke?” Ragu-ragu Noah menyoal. Seolah-olah masih curiga akan jawapanku. Aku angkat bahu. “Terpulang. Saya tak harap pun Encik Noah percayakan saya. Lagipun, siapalah saya untuk Encik Noah percaya..”
“Aku bukannya tak percayakan kau. Aku percaya. Cuma.. I think there’s something fishy between you and him.Gulp! Something fishy? Apa yang fishynya ni? Err.. nampak ketara sangat ke cara aku pandang Rayyan? Cara seorang gadis memandang si kekasih lama? Nampak sangat ke rindu aku pada dia? Rindu yang telah hadir begitu sekian lama? Ah, sudah! Masak aku dikerjakannya.
Err.. Encik Noah tak nak masuk ofis ke? Dah lambat dah ni,” soalku tiba-tiba, sengaja. Nak menukar topik semata-mata. Harap-haraplah Noah tak curiga. “Oh yeah, thanks for remind me. Aku pergi dulu, jaga diri. Kalau ada apa-apa, just call me.” ucapnya seraya menghulurkan tangan. Terpinga-pinga aku melihat huluran itu. Tercengang. Riak ‘what the hell brader’ aku tayangkan di wajah.
Bagaikan mengerti akan kemusykilanku, Noah bersuara. “Salam. Takkan tak faham?” sindirnya gila selamba. Tercekik liur di oesophagus aku dibuatnya. Huh, mamat ni.. Nak main salam-salam pulak? Dia fikir, dia siapa? Suami aku yang terchenta? Oh.. please! Tolong sikit. Tak kuasa aku nak bersuamikan dia. Tak sudi. Tak hingin. Bagi free pun aku tak nak lah!
Aku sekadar berlagak selamba – memandangnya tanpa perasaan. Namun, gemuruh di hati boleh tahan lah juga. “Ops, sorry. Awak bukan suami saya.”
“Kau pun bukan isteri aku, apa masalahnya? Salam ajelah. Salam seorang adik kepada seorang abang.” jawabnya masih selamba. Amboi, sedap mulut dia aje nak beradik-abang dengan aku. Apa selama ni dia cuma anggap aku sebagai adik dia je ke? Sebagai adik yang kononnya dipertanggungjawabkan untuk dijaga? Itu sebabnya dia asyik buat baik pada aku? Asyik pedulikan aku? Asyik kesah pasal makan minum aku? Begitu?
Tanpa disedari, ada rasa sebak di hati ini. Pilu. Sedih. Entah kenapa aku bersedih tiba-tiba, aku sendiri tak tahu. Tak pasti. Hmm.. bukan ke sepatutnya aku gembira kerana ada seorang ‘abang’ yang sayangkan aku? Yang pedulikan aku? Yang kesah pasal aku? Bukan ke sepatutnya begitu?
“Adikku sayang, nak salam ke tak ni? Abang dah lambat ni.” Suara mengusik Noah mematikan lamunanku. Terus anak mata ini aku alihkan padanya – memandangnya, dalam. Senyuman pahit aku ukir.
“Tak kesahlah apapun anggapan awak pada saya. Tapi hakikatnya, kita tetap bukan saudara. Awak bukan abang saya, saya bukan adik awak. Kita ajnabi. No skinship, though.” ucapku sebelum mengangkat kaki, meninggalkan Noah sendiri.
Buat pertama kali, Noah hanya mendiamkan diri.
***
“AWAL awak balik?” Wajah penat Noah melekat dalam pandangan. Wajah orang bermasalah. Kusut-masai. Serabut. Aik, takkan baru putus cinta kot?
            Noah menoleh, memandangku. Tiada senyuman di wajah itu. Suram. “Oh.. ada hal sikit. Kau dah masak?” Pertanyaan Noah itu aku balas dengan satu anggukan. Sememangnya aku sudah masak awal. Takut sekiranya Noah buat perangai nak lunch kat rumah. Macam haritu. Kelam-kabut aku dibuatnya. Mujurlah ada sisa lauk yang aku tinggalkan. Itupun aku siap dicop makan gaji buta olehnya.
Jadi, untuk mengelakkan pisang berbuah dua kali, aku masak awal. Senang sikit. Tak ada lah kelam-kabut sangat kalau mamat ni buat spotcheck tiba-tiba. Macam sekarang ni, tapi yang peliknya, waktu lunch belum menginjak lagi. Masih pukul 12. Apasal dia balik awal ek? “Siapkan makanan. 3 plates. Aku lunch kat sini harini.” arahnya tegas. Langsung tak memandang aku.
Aku sekadar mengangguk, tanda mengerti. Kalau bos kecil dah bagi arahan, takkan nak menggeleng pula? Nak kena pelangkung? Ke pelempang? “3 plates? Encik Noah bawa tetamu ke?” Penasaran aku bertanya. Berkerut aku dibuatnya. Kening yang langsung tak gatal aku garu perlahan. Selamba.
Noah sudah naik bahang. Sedikit sebanyak rimas akan pertanyaanku yang bertalu-talu. Nafas dihelanya kasar. “Yep, aku bawa tetamu. Dia ada kat luar. Nanti lepas siap hidang, jemput dia makan dulu. Aku nak naik bilik kejap. Ada urusan. Kau faham Bik?” Suara Noah kedengaran keras. Menggeletar tubuh aku rasanya. Menggigil. Takut-takut aku angguk.
“Dah, pergi buat kerja. Jangan nak kacau aku.” ucapnya seraya mendaki anak tangga. Dingin saja lagaknya. Moody.
Aku sekadar memerhati tingkahnya. Sedikit sebanyak berkecil hati akan layanan kasarnya. Haih.. tak apa lah Nina. Tak apa. Macamlah tak biasa dengan sikap baran si Noah tu. Baran mengalahkan Megat Fayyad The Spiderman. Berbeza betul dengan sikap Megat Rayyan yang jauh lebih lembut, lebih terbuka. Sebab itu hati boleh jatuh suka, jatuh cinta. Eh?
Teringatkan kata-kata Noah sebentar tadi, terus melayang lamunan aku entah ke mana. Hmm.. tetamu? Siapalah dia agaknya? Perempuan ke lelaki? Kalau perempuan macam mana? Err.. maksud aku, kalau perempuan, macam mana nak dilayan kerenahnya? Mahu saja dia minta itu ini. Gaya mengalahkan bos aku sendiri. Pasti!
Sedang aku asyik mengomel sendiri, tiba-tiba, pandanganku melekat pada sekujur tubuh tegap di halaman rumah. Lelaki. Nampak gaya macam pernah dilihat. Tapi.. tak boleh pula aku cam gara-gara dibelakanginya. Hmm.. tak apa lah. Kejap lagilah aku tegur. Pasti lelaki itu si tetamu kehormat yang dimaksudkan Noah sebentar tadi. Huh.. nasib baik lelaki. Bukan perempuan. Kalau tak, memang nahaslah aku diperlakukan seperti hamba abdi.
Selesai sahaja kerja menghidang, terus aku mendekati si lelaki tinggi yang masih membelakangi aku itu. Setapak demi setapak aku menghampirinya, merapatinya. Dapat kuhidu haruman yang cukup biasa dengan nafasku. Kuat. Tak silap aku macam bau perfume Giorgio Armani. Perfume yang pernah dipakai....
Tunggu sekejap. Giorgio Armani? Terpandangkan wajah kacak yang mula menoleh itu, lantas aku berpaling – membelakanginya pula. Terkejut. Berdetak kuat jantung aku dibuatnya. Berdebar hebat juga dada aku dikerjakannya. Baru sahaja aku ingin melangkah, meninggalkannya, terasa seperti ada pautan di lengan kananku. Kemas. Kuat, sehinggakan begitu sukar untuk aku leraikan.
Aku angkat muka – memandangnya. Terasa seperti ada sesuatu yang menyentuh palung jiwaku. Ada sesuatu yang mencuit tangkai hatiku. Tajam mata ini dipanah mata ambar itu. Dalam. Bagaikan ditusuk dan ditikam sedalam yang mungkin. Aku menahan rasa. Cuba untuk beriak selamba. “Awak buat apa lagi kat sini? Tak cukup ke sakitkan hati saya selama ni?”
“Tak ada apa. Cuma nak melawat seorang.. kawan. Kawan lama. Salah ke?” Pertanyaan Rayyan itu aku balas dengan diam yang lama. Tak tahu nak membalas apa. Buntu. Seolah-olah bibir bagaikan sudah terkunci. Pautan di lengan aku cuba leraikan, namun mata ini masih bertaut dengan matanya.
“Tak nak jemput saya masuk ke?” tambahnya lagi demi memecahkan bisu antara kami. Aku berdeham kecil, sekadar ingin membasahkan tekak. Plus, ingin meredakan gemuruh yang menguasai jiwa. Mata sengaja aku jatuhkan pada lantai. “Masuklah..” ucapku seraya mengangkat kaki.
Rayyan hanya mengekor dari belakang. Dia tersenyum.
***
SUASANA di meja makan itu membuatkan aku nervous untuk seketika. Mana taknya, hanya batang hidung aku dan Rayyan aje yang kelihatan.
Batang hidung Noah? Entah. Sudah setengah jam aku menanti kemunculan batang hidungnya. Siap bentang karpet merah lagi. Tapi masih.. masih tak kelihatan. Tak muncul-muncul. Apa aku perlu bentang jambatan emas ke?
Dalam diam, selera aku mati. Mati kerana serigala kacak di depanku ini. Mana taknya, wajahnya yang bukan main kacak itu seolah-olah menganggu konsentrasiku untuk menjamu selera. Sungguh, aku tak nafikan kekacakan wajah itu. Handsome bukan main. Ditambah lagi dengan kemeja hitam yang disenseng sampai ke siku. Fuh! Jujur aku katakan, Spaghetti Bolognaise di depan mata ini tidak menarik lagi.
“Sikitnya awak makan, Nina. Awak diet ya?” soal Rayyan tiba-tiba. Sekali sekala mata ambar itu memandang aku. Nak pandang aku terus-terusan, nanti ada pula yang tertelan garfu. Huhu. Aku geleng perlahan, tanda menidakkan. Wajahnya aku pandang, sekilas. “Takda lah. Saya tak diet pun. Cuma.. ehem. Takda selera.”
“Sebab saya?” Serba salah Rayyan menyoal. Mata ini masih dipandangnya. Sekali lagi aku menggeleng sebelum tersenyum. “Nope. Bukan sebab awak. Tapi sebab..”
Sebab saya rindukan awak, rindukan kasih sayang awak, rindukan belaian cinta awak. Saya rindukan awak sangat-sangat dan sememangnya, sebab awak. Sebab awak, selera saya mati.. Mandi saya tak basah.. Tidur saya tak lena.. Semuanya sebab awak.
Malang sekali, ucapan itu hanya terhambur di hati, bukannya di mulut. Kalaulah aku dapat lafazkan kata-kata itu.. Kalaulah Rayyan tahu perasaan aku.. Kalaulah.. “Awak rindukan saya ya?”
Gulp! Liur aku telan, kesat. Pantas aku angkat muka – memandang wajah Rayyan. “Awak rasa?”
“Saya rasa.. tak. Awak tak rindukan saya. Kan?” Sungguh aku rasa macam nak menangis sekarang ni. Rasa macam nak melalak sepuas-puasnya, menjerit sekuat hati. Oh Tuhan, kenapa tiada ikatan batin yang kuat antara kami? Kenapa Rayyan tak rasa apa yang aku rasakan sekarang ni? Aku.. aku rindukan dia, Tuhan. Rindu sangat. Luahku dalam hati.
Did you receive a bouquet of flowers last morning?” soal Rayyan tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya. Terkejut. “Mana awak tahu?”
Rayyan tersenyum. Manis sekali. “Saya tahulah sebab saya..”
“Sebab awak apa?”
“Awak nak tahu tak siapa bagi bunga tu?” Soalan dibalas soalan. Nampaknya, Rayyan sengaja nak bermain tarik tali. Aku memandangnya tajam. Geram. “Siapa?”
“Kalau awak nak tahu, awak tanyalah diri awak sendiri; siapa yang ada dalam fikiran awak selama ni,” ucapnya cukup romantis. Senyuman manis masih tak lekang di bibir. Anak matanya juga masih setia memanah anak mata ini.
Aku terpempan seketika. Pegun. Beku tubuh aku dibuatnya. Kelu juga lidah aku dikerjakannya. Tak tahu nak beriak seperti apa. Tak tahu juga nak membalas apa. Namun, dalam diam, ada perasaan halus yang mengalir di jiwa. Perasaan yang terlalu sukar untuk diungkap dengan kata. Tanpa disedari, ada cecair jernih yang menitis di pipiku. Hangat. “A.. awak?”
“Kalau memang saya yang ada di fikiran awak, it’s naturally yes.” jawab Rayyan perlahan. Ada getaran di sebalik suara garaunya. Dia pandang aku. “I gave you that roses because.. I wanna you know that my feeling toward you never change, at all.
Tangan aku dicapainya lalu digenggam kemas. Tersentak aku tak semena-mena. Air mata yang mengalir laju disekanya perlahan. Selamba. Naik segan aku dibuatnya. Perlahan-lahan aku angkat muka, memandangnya. Air mata aku tahan daripada terus pecah. “Sekali saya kata cinta, sampai bila-bila saya takkan lupa, Nina. Dan awak, Nina Aulia..”
Kali ini tangan aku mula diangkat ke bibirnya. Perlahan-lahan tangan ini diciumnya, lembut. Terkedu aku melihat perlakuan beraninya itu. Macam tak percaya. “Awaklah perempuan pertama dan terakhir yang curi cinta saya, selepas mummy saya.”
Terdengarkan perkataan mummy, lantas aku menepis pegangannya. Tersentak Rayyan dibuatnya, namun, dia sekadar beriak tenang. Seakan-akan langsung tak terkesan akan perlakuanku. Aku mula mengangkat punggung. Bangun. Tak betah untuk terus berada di situ. Baru sahaja kaki ini ingin menapak pergi..
“Pergilah ke hujung dunia sekalipun, saya tetap akan kejar.”
“Kejarlah saya sampai ke hujung dunia sekalipun. Kalau dah nama tak ada jodoh, sampai kiamat pun takkan bersatu.” Kata-kata aku itu membuatkan Rayyan membungkam di situ. Membatu. Terus termati langkah kakinya yang ingin mengejarku. “Kita memang tak ada jodoh, Megat Rayyan. Tak perlulah mengulang baca buku yang sememangnya pasti akan berakhir duka. Buang masa.” Pantas aku berlalu pergi.
***
MUNCUNG sedepa aku tayangkan kepada Noah. Bersertakan dengan mimik muka nak minta penampar. Haha. Mujurlah Noah tak kasi penampar, kalau tak, tak ke naya namanya tu?
            “Bolehlah, Encik Noah. Bolehlah.. Sekejap aje. Lagipun, saya bukannya nak makan angin pun. Nak beli barang dapur aje kot..” pujukku lembut. Selamba badak sumbu aje aku paut lengan sasanya. Berharap agar dia termakan dengan pujuk rayuku. Namun..
            “Hesy, suka hati kaulah nak pergi supermarket ke, pergi dating ke, suka hati. Aku tak peduli. But sorry, aku tak boleh tumpangkan kau. Nak pergi, pergi sendiri. Okay?” Penuh angkuh Noah bersuara. Berlagak. Bongkak. Poyo. Segala-galanya lah. Menyampah pula aku melihat sikapnya. Meluat. Tapi.. “Bolehlah, Encik Noah. Please.. Saya merayu sangat kat Encik Noah. Kalau Encik Noah nak saya melutut pun, saya sanggup. Sumpah!”
            “Kau ni memang tak faham Bahasa Melayu kan? Aku kata tak boleh, tak bolehlah! Dahhh.. jangan nak bikin aku berangin kat sini. Aku nak keluar. Tepi..” Tubuhku ditolaknya kasar. Huh! Nasib baik tak tersungkur menyembah tanah. Kalau tak, memang dialah pula yang tersungkur lepas ni!
Erk, dasar kedekut tahi hidung masin punya buaya. Minta tumpang kereta pun tak boleh. Kejam gila! Alang-alang nak keluar tu, apa salahnya tumpangkan aku sekali? Huh, ni mesti kes takut awek marah ni. Arghhh.. tak ke manalah hubungan cinta beruk kau tu! Lambat laun akan terputus juga! Tak percaya, tengoklah.
Setelah penat membebel sendiri, kaki dilangkah jua ke bus-stop yang berdekatan. Alahai, sedihnya hidup.. Rasa macam sejarah lama berulang kembali pun ada. Kena halau.. kena caci.. kena maki.. Namun, cacian dan makian Noah tidaklah segah Datin Maria. Siap kena fitnah berbakul-bakul lagi. Apapun, hinaan daripada beliau lah yang paling meletop. Paling sukar dilupakan. Buktinya, sehingga kini, kesannya masih berbekas di hati.
Cakap pasal Datin Maria, serta-merta sahaja wajah anak terunanya terbayang di minda. Hmm.. Megat Rayyan. Dah lama rasanya aku tak nampak batang hidung Rayyan. Rasanya, dah berbulan-bulan, sejak peristiwa di meja makan rumah Noah haritu. Terus lenyap bayangannya dalam hidup aku. Erm.. bagus juga. Tenang hidup ini rasanya biarpun rasa rindu tetap ada. Tapi.. ke mana dia menghilang agaknya? Ke laut? Ke London? Atau.. ke hujung dunia?
Jalan raya di depan mata mula melekat pada pandangan. Kosong. Lengang. Langsung tak ada kenderaan yang lalu-lalang. Teruk betul. Kalau beginilah gayanya, memang sampai matilah aku takkan ke supermarket. Melainkan..
Terlihatkan Porsche 918 yang berhenti di situ, terus bersinar anak mata bundarku. Bersinar bak cahaya bulan, kata orang. Gembira. Bahagia. Terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata perasaanku kini. Apa yang jelas lagi nyata, aku senang hati kerana permintaanku bersambut jua. Kerana hati si dia dilembutkan juga. Alhamdulillah!
“Nak tumpang ke tak ni?” soal Noah dingin di tepi keretanya. Kaca mata hitam jenama Lexis mula ditanggalkan. Tajam mata hazelnya memandang aku. Aku sekadar tersengih. “Hehe, mestilah nak. Dah mengantuk, disorongkan bantal pula, siapa je tak nak?” Aku mula bermadah, sengaja. Sengaja nak bakar hati dia.
Noah mencebik. Masam aje mukanya. “Cepatlah masuk. Karang aku ubah fikiran, baru kau tahu.” ugutnya sebelum melenyapkan diri ke dalam Porsche 918. “Chop!”
“Apa lagi?”
“Tak nak bukakkan pintu kereta ke?” Aku sengih, memandangnya. Kedengaran dia merengus kasar. Geram barangkali. Namun, pintu kereta dibukakan jua. Makin meleret sengihan aku dibuatnya. Walao, seronoknya! “Terima kasih, kakanda.. Sayang kakanda!”
“Sama-sama, sayang adinda juga. Dah masuk, jangan nak banyak cakap.” ucapnya dingin. Sedingin Double Mint. Namun, selambanya tetap ada. Baiknya juga tetap terselit bersama. Tak semena-mena aku tersenyum sendiri. Cukup senang akan layanan baiknya.
Dalam diam, aku juga suka akan sikapnya. Ah, suka aje. Tak semestinya cinta.
***
MELILAU mata bundar ini memandang sekeliling. Macam tak percaya pun ada. Macam baru bangun daripada mimpi ngeri juga. Terkejut? Pasti. Gila tak terkejut kalau..
            “Mimpi apa awak bawak saya ke Midvalley ni?” soalku bodoh. Langsung tak memandang Noah di sebelah. Mana taknya, mata masih merayap di sekeliling bangunan shopping complex yang cukup besar itu. Besar. Luas. Cantik. Sejujurnya, inilah kali pertama aku menapakkan kaki ke sini. Kesian kan?
“Tak mimpi apa. Just mimpi nak bawak kau pergi beli barang dapur lah..” Selamba Noah bersuara. Diselitkan juga loyar buruknya. Aku memandangnya hairan. Berkerut juga keningku untuk seketika. Masih bingung nampaknya. “Masalahnya, saya nak ke supermarket, bukannya shopping mall. Encik Noah ni korek telinga ke tak?” sindirku pedas. Sengaja.
            Noah sekadar menahan rasa. Merah padam muka dia dikerjakanku. Mungkin bengang akan sindiranku itu. Dia berpaling. “Kau ni gosok gigi ke tak? Mulut punyalah busuk dok mengata orang. Lagipun, apa masalahnya? Dalam shopping mall ni pun ada supermarket apa? Come on, dunia dah lama maju lah.. Kau je yang mundur. Mentaliti kolot.” Kali ni, giliran Noah pula menyindir aku. Sindiran yang jauh lebih pedas dan lebih menyakitkan hati.
Huh, puaka betul mulut mamat ni. Langsung takda insurans. Ikut sedap mulut dia aje. Nasib baiklah buaya tak reti bercakap. Kalau tak, em, puaka beginilah mulut binatang tu agaknya. “Cakap tu berlapik sikit ya. Saya tahu lah saya ni bibik. Tak macam Encik Noah, Pengarah Urusan. Tapi tak payah lah nak mengata saya ni mundur, kolot. Well, saya ni manusia biasa. Ada hati dan perasaan juga.” ucapku sebelum melangkah pergi. Namun..
Terus termati langkahku saat merasakan lengan ini dipaut. Kemas. Kuat. Cukup membuatkan aku tersentak untuk seketika. Pantas aku angkat muka – memandang Noah yang sedang enak memaut lenganku. Selamba. Tajam mata ini menikam mata hazelnya. Namun, dia langsung tak beriak. Tangan sasanya juga masih tak berganjak. “Laluan ke Aeon Big bukan kat sini. Kat situ,” ucapnya lembut. Tidak berangin seperti tadi. Terdiam lima saat aku dibuatnya.
“Jom..” Lenganku ditariknya pula. Nak tak nak, terpaksalah aku menurut. Kalau tak, mahu kena pelangkung. Perlahan-lahan kaki ini membontotinya dari belakang. Sekali sekala aku menilik wajahnya dari tepi. Tenang. Selamba. Seolah-olah tiada apa yang berlaku antara mereka. Sedangkan tadi, ribut dan taufan baru saja melanda.
Lima minit berjalan sambil berpimpin tangan, akhirnya tiba juga ke Aeon Big. Satu-satunya supermarket yang terletak di dalam Midvalley. Lama aku menilik supermarket itu sebelum melangkah masuk. Noah di sebelah sekadar memerhati. “Nak masuk ke tak ni?” soalnya bangang abadi.
Aku pandang dia. “Kalau tak masuk, macam mana nak beli barang dapur?” Sekali lagi aku menyindirnya. Geram. Siapa je yang tak geram kalau ditanya soalan bodoh? Soalan bangang? Adoi. Noah sedikit terangkat, seolah-olah tak berpuas hati. “Habistu yang kau tercongok lagi kat sini, apahal?”
Huh! Tak nak kalah tu! Apalah masalah si Noah ni sebenarnya? Memang sengaja nak sakitkan hati aku ke? Kalau ya, okey, dia berjaya. Memang aku dah sakit hati pun sekarang ni! Hah, siap membakar lagi. “Whatever, saya nak masuk. Tak ada hati nak melayan perangai tak senonoh awak tu.”
“Aku pun. Tak ada hati nak melayan perangai kolot kau tu.” Dan akhirnya, kami membuat haluan sendiri.
***
SETELAH puas berbelanja sakan, aku menapakkan kaki ke kedai cincin pula. Nak meneman si Noah penyangak ni. Katanya, ada hal sikit kat kedai cincin tu. Hal apa? Entah. Tak ada pula aku nak ambil tahu. Malas. Mungkin dia nak melamar awek dia kot. Hah, baguslah begitu. Cegah maksiat, ya tak?
 “Nina, sini sekejap..” panggil Noah yang sedang sibuk membelek cincin itu. Leka betul. Sampaikan Cik Cashier mengusyar muka kacak dia pun, dia boleh tak perasan. Dalam keterpaksaan, aku menurut juga – menghampirinya. Sekali sekala mata ini menjeling cincin-cincin yang dibeleknya. “Ada apa?”
“Cuba pakai cincin ni..” arahnya mendatar. Terjongket kening aku untuk seketika. Pelik. “Nak buat apa pakai cincin ni? Saya bukannya nak...”
“Pakai ajelah.” Tap! Terus cincin platinum itu disarung ke jari manisku. Langsung tak menunggu sebarang jawapan daripadaku. Tersentak aku dibuatnya. Terkejut. Terdiam lima saat juga. Pada masa yang sama, mata tak lepas memandang cincin platinum itu.
Fuhlamak.. Cantik siot. Bertatahkan batu zamrud. Berhiaskan kilauan emas putih. Cantik gila. Mengalahkan cincin kahwin lagaknya. Mana taknya, berkilau tahap tak ingat. Hmm.. mesti mahal ni. Mesti harga dia boleh dapat BMW sebuah ni.. Huh! Membazir betul. “Nah.. it suits you well. Very well!” puji Noah melambung. Merah padam muka aku dibuatnya. Malu.
Alright dear, I nak cincin ni. Kirakan ya,” Selamba Noah bersuara. Langsung tak mempedulikan riak wajahku yang jelas berubah. Terkejut. Tergamam. Terkedu. Rasa macam nak terkencing pun ada.
Oh My God, dia belikan cincin platinum ni untuk aku ke? Biar betik?! Err tapi.. takkan lah. Mustahil. Mimpi apa dia nak bagi aku cincin ni? Mimpi menikah dengan aku ke? “Cincin ni.. untuk saya ke?” Takut-takut aku bertanya. Karang kalau tersilap tanya, tak tentu pasal kena sembur pula. Huh!
Noah pandang aku. Serius. Dapat aku rasakan aura nak mengamuk di wajahnya. Namun, dia sekadar menghela nafas tenang. “Kau rasa aku beli cincin ni untuk awek cashier tu ke?” sindirnya lagi. Memang Noah banyak menyindir aku harini. Nak tak nak, terpaksalah aku menelannya. Aku geleng perlahan. “Then? Apasal tanya? Sengaja nak sakitkan hati aku?”
Err.. bukan. Saya bukannya nak sakitkan hati Encik Noah. Erk, saya cuma.. cuma..”
“Cuma apa?” Laju Noah memotong. Tak tahan dengan gagap aku barangkali. Aku senyum. “Cuma.. curious. Yalah, takda angin, takda ribut, tiba-tiba aje Encik Noah kasi cincin.. kenapa? Encik Noah nak lamar saya ke?” Cukup berani aku bertanya. Dah tak peduli dah pasal anggapan Noah terhadap aku. Tak kesahlah dia nak mengata aku perasan ke apa. Dah dia yang bikin aku perasan, siapa suruh?
“Kau rasa?” Noah sengaja nak menguji aku. Ada senyuman nakal di bibirnya. Senyuman yang seakan-akan mengejek aku. Aku sekadar beriak selamba. Santai, biarpun taufan di hati sedang melanda. Gemuruh gila. “Entah. Saya rasa Encik Noah nak melamar saya. Tapi bila difikirkan semula, siapalah saya untuk Encik Noah lamar kan? Dah lah mundur, kolot, bibik pulak tu.” Penuh rendah diri aku menjawab. Terpaksa. Nak meninggi diri, tak boleh juga. Karang ada pulak yang kena saiko. Huh.
Noah masih kekal tersenyum. Haih, asyik senyum aje mamat ni. Dah macam Rayyan. Serupa Rayyan. Senyum tak ingat dunia. Musykil pula aku melihat sikap anehnya ini. “Nina.. aku..” Dia berhenti seketika. Cuba untuk mengatur nafas sebelum berkata-kata.
“Aku nak minta maaf pasal tadi. Well, aku sedar.. aku banyak sakitkan hati kau, lukakan perasaan kau. Aku tahu, kau marahkan aku. Kau bencikan aku.. I’m sorry. I didn’t mean to hurt you, to envy you. Maafkan aku?” Cukup ikhlas Noah memohon maaf. Rendah diri. Hilang terus egonya yang melangit itu. Terkaku aku mendengar kata-katanya itu. Membeku.
“Nina, aku..”
“Saya dah maafkan awak. Jadi tak perlulah awak bersusah payah buat semua ni. Siap bagi cincin bagai. Bukannya besar manapun kesalahan awak tu. Err.. setakat menyindir, dah tak berbekas lah dalam hati saya,” ucapku perlahan. Sekadar nak menutup malu. Gila tak malu? Entah sejak bila aku pandai memalu dengan Noah, aku sendiri tak tahu. Hmm.. sejak dia berbaik dengan aku kot?
Dapatku tangkap Noah tersenyum. Sekali lagi? Kenapa dia asyik tersenyum aje ni? Macam ada apa-apa je. Huh, mencurigakan betul. “I’m.. really really glad to know that you’ve forgiven me. Wow, thank you.. But I’m sincerely giving you this ring. I mean.. uh. As a forgiveness, why not right?
“Tapi ini berlebihan lah, Encik Noah. Cincin? Apa Encik Noah nak memohon maaf sambil melamar ke? 2 in 1 gitu? Huh.. tak perlulah Encik Noah. Tak perlu. Nanti apa pula kata orang, kata Nenda..” Aku tetap berdegil dengan pendirianku. Tetap enggan menerima cincin itu. Masakan aku sudi menerima cincin berjuta itu? Sebagai tanda sudi terima maaf lelaki itu? Gila. Ya, ini semua gila.
“Nina..” Kali ni Noah merenung aku pula. Dalam. Sedalam gelora yang mula menyelinap masuk ke dalam ruang hatiku. Aku terkedu untuk seketika. Kaku. “Your acceptance toward this ring signifies your willingness to forgive me. Do you understand?” Rasa macam ada secebis perasaan halus yang mendiami hatiku kini. Perasaan halus yang menandakan kesenangan aku diperlakukan sebegini. Ya Tuhan, kenapalah Noah melayan aku seperti ini, sebaik ini? Kenapalah dia asyik buat aku tak senang duduk hari demi hari? Kenapalah dia jadi macam ni? Kenapa? Kenapa? Kenapa? “Biarlah orang nak kata apa pun. Yang penting, hanya kita dengan Tuhan aje yang tahu perkara sebenar. Okay?” tambahnya lagi sebelum tersenyum. Manis sekali.
Aku turut membalas senyuman itu, tanda bersetuju akan keputusannya. Biarpun berat hati, namun, mampukah aku nak menghalang? Nak memberontak? “Okay.” putusku akhirnya.
***
SUDAH seharian suntuk aku meroyan di situ – menarik cincin platinum yang seakan-akan sudah digam pada jari manisku. Mana taknya, bermati-matian aku cuba tanggalkannya. Namun, hampa. Hampa sekali. Cincin itu masih tersemat di jari manis ini. Masih terlekat. Ketat!
            “What’s up?” Tenggelam timbul suara garau Noah di pendengaranku. Aku angkat muka – memandang si abang kacak yang sudahpun merapatiku. Rapat. Dekat, sehinggakan kaki ini terasa ingin melangkah jauh dari situ. Huh! “Ehem. Ni haa.. cincin mahal Encik Noah ni. Buat hal pula dia. Tak boleh tanggal..”
            “Oh.. ingatkan apalah tadi. Baguslah.” Apa? Baguslah? Baguslah dia kata? Grr.. rasa macam nak jerut leher si Noah ni dengan tali pun ada. Then, gantung kat siling rumah. Biar mati tercekik. Huh! Geram betul! “Encik Noah ni memang suka bercakap tanpa berfikir kan?” sindirku pedas. Selamba.
            Noah sekadar beriak tenang. Kaki mula diangkat ke ruang tamu – menjarakkan diri daripada aku. Kemudian, punggung dilabuhkan pula di atas sofa. Remote control dicapainya. Aku hanya memerhati tindak-tanduknya itu. Selamba. Santai. Menyakitkan hati. Amboi, berlagak tenang nampak? Perliku, dalam hati. “Encik Noah, saya sedang bercakap dengan Encik Noah ni. I’m not talking to the lizard or ant or lalat or even the wall.”
            “Ya, aku dengar lah ni. Aku belum pekak lagi.”
            “Then?”
            “Hmm.. baguslah.” Jawapan yang sama masih diberikan. Membuatkan aku rasa benar-benar ingin menjerutnya, menggantungnya, dan membiarkan dia mati sendiri. Ombak di dada semakin bergelora. Semakin kuat. Rasa macam dah nak tsunami pun ada. Namun, aku tetap menahannya, menenangkannya. Nafas aku hembus, perlahan. Sabar, Nina. Sabar! “Bagus sebab.. it shows that the ring is really yours. Literally yours – been destined since early. I mean, yeah, kau pemilik cincin itu.”
            Entah kenapa aku rasa lain macam aje akan kata-kata Noah itu. Tak keruan. Tak tenang. Tak sedap hati. Err.. rasa macam ada sesuatu yang tersirat di sebalik ayatnya itu. Sesuatu yang cukup sukar untuk diungkap dengan kata. Atau mungkin.. perasaan aku je kot? “Awkwardness kills me. Um, I feel something’s fishy..” luahku perlahan.
            Noah angkat muka – memandang aku. Dalam. Dipandang wajahku dengan riak yang begitu sukar untuk diertikan. Ditenung anak mataku bagaikan enggan dilepaskan. Namun, akhirnya, dilepaskan jua. Mengalah. Dia berpaling – menghadap TV. “One day you will know.” ucapnya, perlahan. Membuatkan aku semakin penasaran.
Sungguh, aku rasa lain macam sekarang ni. Lain macam sangat. Rasa macam ada yang tak kena aje dengan si Noah ni. Tapi.. aku sendiri tak pasti. Sama sekali tak pasti. Ah, biarlah. Biar. Biar masa yang membongkarkan semuanya. Hmm.. bak kata Noah, satu hari nanti, aku akan tahu.
Ya, aku akan tahu.
***
KATA Mak Bedah, cincin yang gagal dileraikan menandakan kekuatan jodoh. Tapi kata Noah, satu hari nanti aku akan tahu. Ah, sudah! Masak aku begini. Runsing. Pening. Pening nak memikirkan sesuatu yang belum pasti.
            Runsing tak runsing, pening tak pening. Namun, gara-gara kenyataan Mak Bedah itu, aku jadi janggal pula nak berdepan dengan Noah. Nak bersemuka dengannya. Nak bertentang mata dengannya. Nak bercakap dengannya. Argh! Malu. Segan. Gelisah. Resah. Semuanya bercampur baur menjadi satu. Pendek kata, tak tenang lah kata orang. Tak keruan. Argh! Gila!
            Ya, ini semua gila. Buat aku gila. Rasa macam orang gila.
            Tok! Tok! Tok!
            Bunyi ketukan pintu mengejutkan aku untuk seketika. Mengejutkan aku daripada lamunan yang gila. Tersentak aku dibuatnya. Aku bangun, bangkit – menghampiri pintu kayu jati yang terletak jauh daripada katil. Terfikirkan berkemungkinan besar si pengetuk itu adalah Noah, serta merta pakaian yang tersarung di tubuh aku tilik.
T-shirt lengan pendek. Track suit. Okey. Nampak mengancam. Agak mengancam. Terkenangkan sikap buaya si Noah, pantas tangan ini mencapai kardigan hitam di belakang pintu. Lalu disarung pada tubuh tanpa berfikir panjang. Setelah berpuas hati dengan penampilan yang lebih sopan, barulah pintu itu dibuka. Tersembul wajah Noah yang kelihatan kusut. Berserabut. Namun, kekacakkannya masih tersisa.
Aku pandang dia. Takut-takut. Malu-malu pun ada. “Nak apa?”
“Nak kau.”
“Hah?” Terbuntang luas biji mata aku tatkala terdengarkan jawapannya. Ternganga luas juga mulut aku dibuatnya. Terkejut. Tergamam. Matu aku terjah pada anak mata dia – ingin mencari niat sebenar lelaki itu di sebalik mata. Noah tampak tersenyum. Manis dan lucu. Musykil aku tak semena-mena. “Nak kau makan dengan aku lah.. Takkan nak apa-apakan kau pulak?” ucapnya bersertakan gelak tawa. Bengang aku dibuatnya.
Aku menghela nafas lega. Cukup lega akan penjelasan Noah itu. Kemudian, aku kembali memandang Noah – masih ketawa. Berair mata hazelnya. Lawak sangat agaknya. Sekali sekala aku menilik wajah cerianya itu. Comel.
Apa kau kata Nina? Comel? Err.. kau buang tebiat ke apa? Muka punyalah macam buaya darat, kau kata comel? Euww.. gatal pulak tu. Gatal macam ulat bulu. Ops, silap. Mengalahkan ulat bulu. Ulat bulu pun takda lah gatal macam tu agaknya. Itu yang kau kata comel? Oh Nina, come on! Celik mata sikit.
Tapi kalau tengok betul-betul, comel lah. Comel sangat. Macam Dylan O’Brien comelnya. Ada lesung pipit. Ada senyuman manis. Ada dagu terbelah. Hmm.. perfect. Perfect sekali. Cukup sempurna untuk menawan hati ini. Melonglaikan lutut ini. Melemahkan jantung ini. Mendebarkan dada ini. Menggoyahkan iman ini.
Hesy! Apa yang aku merepek ni? Astaghfirullahadazim, Nina.. Mengucap Nina. Mengucap. “Dengar tak apa yang aku cakap ni?”
Terdengarkan suara garau itu, serta merta aku mendongak – memandang Noah. Wajah blur sempat aku tayangkan. “Awak cakap apa?” soalku, segan sendiri.
Kedengaran Noah mengeluh kecil. Dia tersenyum nipis. “Aku dah masakkan nasi goreng untuk kau. Jom makan?”
“Ma.. ma.. masak? Awak?” Tergagap-gagap aku bertanya. Macam tak percaya. Yalah.. sejak bila pula mamat CEO ni pandai masak? Setahu aku, Noah ni bodoh perihal rumahtangga. Lainlah Megat Rayyan. Err.. CEO yang serba lengkap – pandai masak, pandai kemas rumah, pandai pergi pasar. Perfect 10 lah orang kata.
Tapi Noah? Hmm.. perfect 5 aje lah aku boleh bagi. Muka je boleh pakai, huhu. “Yep, masak. My first time. Just for you. Rasa jom?” pelawa Noah lembut. Pada masa yang sama, sempat pula diselitkan ayat yang gilang-gemilang sebagai seorang kasanova yang berjaya – my first time, just for you.
Huhuhu, kembang kempis hidung ini rasanya. Bukan setakat hidung, punggung pun sama. Rasa macam dah melebihi elastic limit pun ada. Walaoweh.. kenapa Noah buat aku macam ni weh? – mengayat aku dengan ayat player dia tu. Haish.. tak tahan aku. Meleleh-leleh hati yang beku ni tahu tak! “Kenapa jadikan saya orang pertama yang rasa? Kenapa tak orang lain je?” soalku penasaran. Musykil juga sebenarnya. Tertanya-tanya.
Noah senyum sebelum melontarkan kata-kata. Anak mata aku menjadi sasarannya. Di tikam anak mata ini dalam hingga ke dasar hati. Aku terpana. “Because.. you were the only person who crossed on my mind just now?
Gulp! Rasa macam nak pitam pun ada sekarang ni. Namun, aku tahankan saja demi menjaga maruah diri. Arghhhh.. sengaja. Sengaja Noah berkata sebegitu. Sengaja nak memperkotak-katikkan perasaan aku. Huh! Dasar lelaki. “Nina.. fikir apa tu? Jomlah.. Aku dah tak sabar ni!” ajaknya seraya menarik lenganku. Kuat, bagaikan enggan dilepaskan.
Aku sekadar membontotinya. Langsung tak melontarkan sepatah kata.
***
“JODOH ni macam lebah dan bunga. Saling melengkapi – lebah hirup madu dengan tenang, lalu bunga pun mekar berkembang. Kalau pasangan kita buruk, kita yang akan menutup kekurangannya dengan kecantikan kita. Dan kalau sebaliknya pula, dia yang akan menutup kekurangan kita dengan kelebihan dia. Baru sempurna.”
            Berlayar kata-kata Mak Bedah malam semalam di benak. Kata-kata yang menyedarkan aku tentang satu perkara – jodoh. Ya, jodoh. Jodoh yang memisahkan aku dengan Megat Rayyan. Menghalang hubungan cintaku dengan Rayyan. Mencipta jurang antara aku dengan Rayyan. Kerana jodoh, aku menjauhinya, mengelakkan diri daripadanya. Kenapa? Sebab aku tahu, dia bukan untuk aku, dia bukan jodoh aku, dia bukan pilihan Allah untuk aku. Tapi..
            Terpandangkan sebentuk cincin di jari, aku termangu sendiri. Terdiam. Berselirat seribu satu rasa di hati ini – sedih, sebak, terharu, gembira. Gembira kerana aku telah menemukan orang yang tepat dalam hidup aku. Orang yang Allah pilihkan untuk aku. Orang yang Allah ciptakan untuk aku. Dan pastinya, orang itu adalah..
            Pemilik sebenar cincin ini.
            Dan malam ini, aku akan bertemu dengannya. Bersemuka dengannya. Bertentang mata dengannya, di sini. Di Flora CafĂ©. Kafe yang dikatakan oleh Pak Daud tadi (pemandu Nenda). Pak Daud lah yang bersusah-payah menghantar aku ke sini. Katanya, disuruh oleh majikan. Terpempan aku seketika saat mendengar kata-katanya itu. Huh.. majikan. Takkan Nenda kot? Haha. Mimpi apa Nenda buat semua ini? Lagipun, wanita itu kini masih berada di Macau, Hong Kong. Ya tak?
Dan kalau bukan Nenda, mestilah..
Aku tersenyum sendiri. Bahagia. Tak sabar rasanya nak berjumpa dengan si dia. Si dia yang sudah termaktub sebagai jodohku sejak azali lagi. Dan.. cincin ini. Cincin inilah yang berjaya menyatukan kami – dengan izin Allah. Kegagalan cincin ini dileraikan daripada jari manisku memberikan satu keyakinan kepada aku. Keyakinan yang mengatakan, jodoh aku dengan pemilik cincin itu.
“Nina?” Suara itu. Suara yang sudah sekian lama tidak menerpa di pendengaranku. Suara yang semakin lama semakin tenggelam daripada hidup aku. Dan kini.. suara itu muncul kembali. Bergema kembali.Aku angkat muka – memandang si empunya suara yang usah lagi diteka.
Rayyan.
“Awak buat apa kat sini?” soalku dengan nada geram. Marah. Menyampah. Meluat. Cukup bengang akan kemunculan lelaki itu. Cukup anti. Mana taknya, rasa macam watak antagonis sudah mula memainkan peranan dalam kisah aku, kisah hidup aku. Watak antagonis yang bakal memisahkan aku dengan jodoh sebenar aku. “Saya ke sini sebab.. nak jumpa awak.”
“Untuk apa? Untuk sakitkan hati saya? Untuk musnahkan kebahagiaan saya?”
“Bukan.”
“Habistu, untuk apa?!” tengkingku kuat. Lantang. Tersentak Rayyan dibuatnya. Pasti tak sangka amarah aku bakal meledak secepat itu. Namun, air mukanya sedikitpun tidak berubah. Tetap tenang. Tetap lembut. Langsung tak ada aura nak mengamuk. Mata ambarnya memanah mata aku. Dalam, hingga menembusi ruang hatiku. “Untuk sedarkan awak, yang awak memang untuk saya,” tuturnya seraya merenung aku. Berair matanya, membuatkan aku kaku.
Namun, hanya seketika. “Enough, Rayyan. Enough.”
“Nina..”
“Rayyan! I’ve told you right yang awak bukan jodoh saya! Awak tak faham bahasa ke?!” Satu lagi tengkingan aku hamburkan padanya. Geram gila! Rasa macam terajang muka dia sampai ke London pun ada. Namun, aku batalkan saja niat itu. Tak nak sekiranya merangkak di dalam penjara. “Huh.. Rayyan. Dengar sini, jodoh saya bukan dengan awak. Sama sekali bukan. Tapi dengan..” Cincin di jari aku pandang sekilas. Kemudian, ditayangkan kepada Rayyan pula.
“Pemilik cincin ni.” Tenang aku menuturkannya. Terus berubah riak wajah Rayyan. Seakan-akan terkejut. Namun, aku jauh lebih terkejut saat tangan sasa itu sudahpun mendarat pada wajah aku. Dipegang kuat kedua-dua belah pipiku tanpa belas kasihan. Lalu didekatkan sedikit wajahnya dengan wajah aku. Tergamam aku dibuatnya. Terpempan. Mata kami bertaut. Bersatu. Lama. “And I’m the owner.. of the ring.
Menitis air mataku tatkala terdengarkan kata-kata itu. Terasa seperti ada cakaran halus yang melakar di hatiku. Cakaran yang cukup halus sehingga bisa mengoyakkan lapisan kulit aku. Sakit. Ngilu. Membuatkan tubuhku terasa lemah. Longlai. Namun, aku tidak peduli. Dengan kudrat yang masih tersisa, perlahan-lahan aku alihkan tangannya daripada wajahku. Air mata mengalir laju. Deras. Bagaikan tiada noktah.
Aku pandang Rayyan. Dalam. “You’re lying right?” Lemah aku bersuara. Lemah. Rasa macam kudrat yang ada semakin tipis. Semakin hilang. Rayyan tersenyum sayu, memandangku. Cecair yang bertakung di tubir matanya sedari tadi, terus ditahan daripada pecah. Sungguh tak dinafikan, kekuatannya, ketabahannya. “Untuk apa saya menipu kalau dah memang itu kenyataannya?”
“Tapi.. Noah..” Terasa semakin lemah diri ini saat nama itu menjadi sebutan. Noah. Nama yang sudah mula kuukir dalam hati tanpa disedari. Dalam diam, nama itu sudah menempel di benak ini. Menggantikan tempat Rayyan yang sangkaku sudah berakhir. Sudah tidak lagi bererti. Namun, segalanya berubah. Bertentangan dengan apa yang aku fikirkan. Sekelip mata.
Rayyan mengatur nafas terlebih dahulu. Dia senyum. “He’s my friend, don’t you remember? He knew everything about us, about you.
“No. Saya tak percaya.” Laju aku menggeleng. Tetap ingin menafikan.
“Nina.. saya..”
 “Pergi, Rayyan. Pergi! Jangan pernah muncul lagi!” Terlihatkan kedegilanku, Rayyan terpaksa mengalah. Namun, aku pasti, mengalahnya tak bererti mengaku kalah. Cukup pasti. Kenapa? Kerana itu Megat Rayyan. Dan seperti yang aku katakan.. “Treat me in whatever way you want, Nina. But remember, I’ll never stop loving you.” ucapnya seraya mengangkat kaki, meninggalkan aku di situ.
Aku termangu sendiri. Terdiam. Namun, air mata masih tak lekang mengalir. Berjuraian. Bibir bawah aku gigit kuat – menahan rasa. Sakit. Pedih. Perit. Segala-galanya lah. Dan untuk seketika, aku menoleh – memandang bayangan Rayyan yang sudahpun menapak jauh, meninggalkan aku di sini. Lama.
 “But I will.” Air mata menitis lagi.
***
TERINGATKAN peristiwa tadi, hati terasa ngilu. Sangat ngilu. Terasa seperti ditoreh dengan bilah pisau satu-persatu. Disiat-siat. Dikopek-kopek. Dibelah-belah. Sakit sekali. Aku menangis lagi. Menangis, menangis dan menangis. Itu saja yang mampu aku lakukan malam ini.
            Air mata yang laju mengalir diseka kasar. Seketika kemudian, pandangan mula melekat pada sesuatu – sebentuk cincin yang sudah lama bertakhta di jari manis ini. Lama aku memerhatikan cincin itu. Menghayati kecantikan rupanya. Mengingati semula asal usulnya. Pada masa yang sama, hati terasa sebak. Sedih. Pilu. Terkilan. Terkilan kerana diperbodohkan selama ini. Dipermainkan sesuka hati.
            “But I’m sincerely giving you this ring.
            “Your acceptance toward this ring signifies your willingness to forgive me.
            “It shows that the ring is really yours. Literally yours – been destined since early.
            “One day you will know.
            “Cuz you were the only person who crossed on my mind just now?
            Satu-persatu kata-kata lelaki itu berlayar di minda ini. Kata-kata yang sedikit sebanyak melembutkan hati aku, meruntuhkan ego wanita aku. Kata-kata yang juga berjaya membuka pintu hati aku untuk seorang lelaki. Menerima apa adanya kekurangan yang dimiliki lelaki. Namun, segalanya musnah. Hancur. Runtuh. Lebur, tatkala..
            “And I’m the owner.. of the ring.
            Air mata menitis lagi. Hangat. Terasa seperti ada beban yang berat di bahu ini. Berat maha hebat sehinggakan aku tidak mampu memikulnya lagi, menampungnya lagi. Air mata aku biarkan jatuh terjuntai di atas pipi. Biarkan ia bercucuran semahu hati. Tanpa disedari, ada tangan yang menyekanya. “Kenapa menangis ni?”
            Gulp! Peluh memercik dahi. Rasa macam sesak nafas pula saat suara itu bergema. Menerpa di pendengaran ini. Aku menoleh, memandangnya. Memandang wajah yang bagaikan sudah sebati pada penglihatan. Lama aku memerhati wajah itu. Menilik segala rasa yang tersimpan di dalam mata hazel itu. Sayu. “Nina.. kenapa ni?”
            “Kenapa awak tipu saya?” Soalan dibalas soalan. Mata masih tidak berganjak daripada memandangnya, merenungnya. Noah berpaling – melarikan mata daripada aku. Tampak seperti ada sesuatu yang disorokkannya. Mencurigakan sekali. Dia menghela nafas, tenang. “Aku buat semua ni untuk kebaikan kau, kebaikan Rayyan.” ucapnya, perlahan.
            Matanya kembali merenung aku, memandang aku. Memandang aku dengan pandangan yang cukup sukar untuk diertikan. Lama. Gugup aku tak semena-mena. Namun, dikawal jua. “Aku nak kau bahagia.” tambahnya lagi. Kali ini tangan sasanya sudahpun mencapai tangan aku. Digenggam tanganku sekuat hati, sepenuh jiwa. Anak mata ini ditikamnya dalam. Dalam hingga ke lubuk hati. Termangu aku dibuatnya. “Terimalah Rayyan, Nina. Dia cintakan kau. Dia sanggup buat apa saja untuk kau.”
            “Saya tak cintakan dia. Saya cintakan..” Aku berhenti seketika. Nafas aku atur dahulu sebelum meneruskan kata. Aku pandang dia. “Awak.”
            Terdengarkan kata-kata itu, terus berubah riak wajah Noah. Terkejut. Tergamam. Terus dileraikan genggamannya pada tangan aku. Terus dilepaskan juga anak matanya daripada memandang aku. Dia tunduk seketika – memandang rumput di taman itu. Aku sekadar memerhati dari tepi. “Saya tahu, awak terkejut. Tapi saya ikhlas, Encik Noah. Saya ikhlas. Saya benar-benar ikhlas.”
            “Don’t give me a hope, Nina. Kau tak cintakan aku, kau cintakan Rayyan. Aku ni cuma bayangan Rayyan di mata kau.” Dia bayangan Rayyan di mata aku? Benarkah begitu? Aku termangu sendiri – cuba menghadam kata-kata Noah itu. Cuba mengenalpasti kebenaran kata-kata itu. Keliru. Buntu. Noah kembali memandang aku. Senyuman mulai diukir di bibir merahnya. Pahit. “Baliklah semula ke pangkuan dia, Nina. Dia perlukan kau, dan kau juga, perlukan dia. Bukan aku. Don’t make it wrong.”
            “Tapi..”
            “Tak ada tapi-tapi, Nina. You and me, we’re just like siblings. A brother and a sisiter. Sayang kau pada aku cukup takat sayang seorang adik kepada seorang abang. Tak lebih daripada itu. Ingat tu,” ucapnya seraya mengangkat punggung. Berpaling. Tampak seperti ingin berlalu pergi, meninggalkan aku. Namun.. “Oh.. wait. One more..
            Noah kembali menoleh, memandang aku yang masih tercongok di situ. Aku turut berpaling – memandangnya. Riak bingung masih aku tayangkan sedari tadi. Masih keliru. Masih buntu. “Hmm.. actually, your acceptance toward the ring signified your willingness to accept him, to marry him. So aku rasa.. tak terlalu awal kot untuk aku ucapkan ‘Selamat Pengantin Baru’. And hopefully kau bahagia dengan Rayyan hingga ke anak cucu. While me, always praying for it. Amin.” tambahnya lagi seraya melangkah pergi. Langsung tidak berpaling lagi.
Aku sekadar memerhati – memandang kelibatnya yang semakin hilang. Lesap. Berat terasa hati ini. Sarat. Plus, kepala pula terasa pening. Bingung. Buntu. Keliru. Argh! Stres! Kenapalah hidup aku jadi macam ni? Kenapalah aku perlu hadap takdir sebegini? Kenapalah hidup aku perlu tersepit antara dua orang lelaki? Sungguh, aku keliru sekarang ni. Keliru dengan perasaan sendiri, isi hati sendiri.  Persoalan jodoh masih berlegar di minda ini. Membuatkan aku tertekan sendiri – memikirkan siapa sebenarnya Mr Right Perfect dalam kisah hidup aku.
Huh.. siapalah agaknya mamat tu. Mamat yang sudah tercatat namanya di Luh Mahfuz sebagai jodoh aku, sebagai hak milik aku. Hmm..
Noah ke? Rayyan? Atau.. bukan mereka?
***
PERLAHAN-LAHAN kaki ini menapak ke Masjid Besi. Masjid yang bakal menyaksikan majlis pernikahan aku. Majlis kebahagiaan aku. Majlis yang sudah lama aku tunggu. Hmm.. dengan siapa? Adalah.. Tak perlu tahu. Hehe.
            “Allah.. Nina.. buat apa tercongok lagi kat depan ni? Tak habis-habis berangan lagi ke? Haihh.. dah-dah lah tu. Dah nak nikah dah pun. Jom masuk.” bebel Nenda tak henti-henti. Ditarik tangan aku masuk ke dalam masjid itu. Aku sekadar menurut – membontotinya dari belakang. Tudung yang sedikit senget aku perbetulkan sikit. Karang dah tak cun pula pengantin kita hari ni, hehe.
            Setibanya di tengah masjid, aku mula menyambut saudara-mara pengantin lelaki pula. Bersalam-salaman sebelum akad nikah bermula. Oleh kerana aku ini hidup sebatang kara, tiada siapalah yang datang untuk aku. Setakat kawan-kawan bibik aje – Bik Sofi, Bik Laila, Mak Umi, Mak  Bedah. Haa.. Bik Tania pun ada uolls. Bukan main cun lagi minah tu hari ni. Siap berkebaya bagai. Hmm.. nak kahwin dengan aku sekali agaknya, hehehe.
            Usai beramah mesra, aku melabuhkan punggung pula. Ingin menanti kehadiran si pengantin lelaki. Haih.. manalah dia agaknya. Takkan lari? Whoa, janganlah. Nak kahwin dengan siapa aku nanti? Oh lupa, pengganti dah ada. Siapa? Lu tekalah sendiri.
            “Tu dia.. pengantin lelaki dah sampai,” ucap satu suara yang entah datang dari mana. Pantas aku menoleh – memandang si dia yang tampak segak berbaju Melayu. Allahu.. lega hati aku rasanya. Lega, kerana dapat melihat wajahnya di sini. Di majlis pernikahan kami. Tenang sekali wajah kacak itu. Ceria. Gembira. Bahagia. Pasti sudah lama menantikan detik ini. Berapa lama? Hmm.. kiralah sendiri ya.
            “Dah bersedia?” soal Tok Kadi itu sebelum menghulurkan tangan kepada aku bakal suamiku. Dia mengangguk, begitu juga dengan para saksi yang lain. “Baiklah..”
            “Megat Rayyan bin Megat Jamal.”
            “Ya, saya.”
            “Aku nikahkan engkau dengan Nina Aulia binti Mohd Noor dengan mas kahwin seperangkat alat solat dan mushaf Al Quran dibayar tunai.”
            “Aku terima nikahnya Nina Aulia binti Mohd Noor dengan mas kahwin seperangkat alat solat dan mushaf Al Quran dibayar tunai.” ucapnya tenang. Yakin. Tok kadi dan para saksi berpandangan sesama sendiri. “Sah?”
            “Sah..” Air mata mulai menitis di pipi. Terasa seperti beban yang aku pikul selama ini semakin ringan. Namun, ada tanggungjawab besar harus aku pikul selepas ini. Tanggungjawab sebagai seorang isteri.
            Perlahan-lahan Rayyan menghampiri, mendekatiku. Mata ambarnya tak lepas memandang aku, merenung aku. Entah kenapa aku terasa sayu saat terlihatkan pandangan aku. Sebak. Jika dahulu, pandangan itu diertikan sebagai pandangan seorang ajnabi. Pandangan haram sesama kami. Namun, kini, tidak lagi. Rayyan sudah menjadi suami aku. Sudah halal bagi aku.
            Cincin platinum disarungkan semula ke jari manis aku. Cincin yang dibeli oleh Noah satu ketika dahulu. Cincin yang kononnya dibeli khas untuk aku – as a forgiveness gitu. Sangkaku dulu, Noah adalah pemilik cincin itu. Namun, hakikatnya, tidak. Tidak sama sekali. Oh ya, Noah. Mana Noah?
            “Terima kasih, Nina..”
            “Sebab?”
            “Sebab.. sudi jadi isteri abang?” Tersenyum bibir aku untuk seketika. Tersentuh juga hati aku dibuatnya. Tak sangka, aku sudahpun menjadi isteri dia. Menjadi sebahagian daripada hidup dia. Tak terduga, kerana sangkaku, cinta kami tiada makna. Tiada erti. Membuang masa semata-mata. Namun hakikatnya, tidak. Tidak sama sekali. Cinta aku dan dia bagaikan anugerah ketentuan illahi. Hmm.. nak tahu apa yang aku faham tentang cinta?
            Cinta.. Tuhan yang punya. Kita cuma berhak meminjam sahaja. Dan kini, Tuhan meminjamkan Rayyan untuk aku. Ya, untuk aku. Hanya aku. Entah sampai bila, aku sendiri tak tahu. Tak pasti. Hari ni je mungkin? Sampai mati mungkin?
Huhu, kita tengok je lah ya.


hanya waktu yang tahu berapa nilainya harga sebuah cinta’ ;-)
***
-TAMAT-