BAB 2
HUJAN yang lebat benar-benar menggusarkan hati ini. Meresahkan
fikiran ini. Mana tak resah, sudah dua jam aku tercongok di sini – di
perhentian bas. Menanti kemunculan bas sekolah yang selalu aku naiki.
Jam Casio di
pergelangan tangan aku jeling sekilas. Pukul 7. Waaa.. gila betul! Dah nak Maghrib dah pun. Tapi aku masih tercongok
kat sini, tak sampai ke rumah lagi. Bas pun gagal aku cari. Mama? Papa? Ah, toksah cerita lagi. Buat sakit kepala
aje. Tak habis-habis dengan outstation
dia. Sorang ke Bali, sorang ke China. Si anak ini pula? Hmm.. ditinggalkan di Malaysia aje. Pergi sekolah sendiri. Balik
sekolah sendiri. Kesian gila!
“Sampai hati
Mama.. Papa.. Buat aku macam ni. Dah tak sayangkan aku agaknya!” bebel aku
sendiri. Sedih gila. Rasa macam nak menangis pun ada sekarang ni. Tapi aku
tahankan saja. Tak nak biarkan bandar Kuala Lumpur ni banjir dek limpahan air
mata aku. Dah lah hujan tak henti-henti dari pagi tadi.
Miss Ong ni
pun satu. Dah tahu hujan lebat bagai nak rak, masih lagi nak teruskan kelas
tambahan Add Math. Semalam Add Math, harini Add Math, esok Add Math, lusa Add
Math. Hari-hari belajar Add Math, menghadap nota Add Math. Rasa-rasanya kan
sisa hidup aku ni banyak dihabiskan dengan Add Math. Tapi nak buat macam mana
kan? Dah aku ni bodoh Add Math. Kenalah hadap muka dia hari-hari. Huhu.
Leka betul
aku membebel pasal Add Math sampaikan tak perasan ada kereta yang muncul kat
depan aku. Ya, kat depan aku. Betul-betul kereta tu berhenti kat depan aku.
Kereta siapa? Entah. Tak pasti pula aku kereta siapa tu. Nak kata kereta Papa
mahupun kereta Mama, memang tak lah. Porsche Boxster tu woi. Gila apa mak bapak aku nak beli Porsche Boxster? Huh. Sayang
duit lah weh. Membazir!
Seketika
kemudian, aku nampak si pemandu Porsche mula keluar dari kereta. Tanpa coat. Tanpa payung. Hanya blazer hitam
yang melekat pada tubuh. So apa
lagi.. basah kuyup lah! Lencun habis. Macam baru lepas terjun dari swimming pool pun ada. Mana taknya,
hujan lebat gila. Deras mencurah-curah ke permukaan bumi. Mujur saja bus-stop ni tak tenggelem dek
kelebatannya. Kalau tak? Hmm.. tak
dapatlah aku ke kelas Add Math esok hari. Hehe.
“Adik buat
apa sorang-sorang kat sini?” Aku rasa
macam si pemandu Porsche tu sedang bercakap dengan aku. Tapi bila difikirkan
secara logik, memang dia sedang bercakap dengan aku pun. Kenapa? Sebab hanya
aku dan seekor kucing aje yang hidup kat perhentian bas ni. Lagipun takkan dia
tengah bercakap dengan kucing tu kot? Huhu.
Aku menoleh, memandang seraut wajah yang sedang leka merenung
aku. Gulp! Terasa seperti jantung
baru saja keluar dari badan. Terpana aku untuk seketika. Terkedu. Aku pandang
dia, dia juga pandang aku. Macam tadi. “Err..
saya tengah tunggu bas.”
“Dalam keadaan hujan macam ni?” Teragak-agak kepala ini aku
anggukkan. Takut. Takut nak berkomunikasi dengan stranger seperti dia. Mama selalu ingatkan aku, jangan bercakap
dengan orang yang kita tak kenal. Jangan bertegur sapa dengan orang yang
mencurigakan. Macam mamat kat sebelah aku ni. Dah lah aku tak kenal dia. Stranger. Mencurigakan pula tu.
Eh? Ya ke dia ni mencurigakan? Nampak baik aje. Dalam diam, sempat
pula aku menilai dia. “Can I help you, Adik?
Abang risau lah tengok Adik sensorang
kat sini.” Dia bersuara lagi. Membuatkan aku bertambah curiga. Hmm.. risaukan aku ya? Samalah kita. Aku
pun risaukan diri aku. Risau sekiranya terjebak dengan taktik seorang penculik
seperti dia. Eh?
“Tak payahlah risaukan saya. Awak bukannya kenal saya pun.”
“Memanglah Abang tak kenal Adik. Tapi Abang dah terserempak
dengan Adik kat sini. Automatically I
will feel worry if anything happens to you since I’ve saw you here before.”
Aku nampak muka dia ikhlas. Tapi entahlah. Aku tak pasti sejauh mana keikhlasan
dia tu. Lagipun aku tak kenal dia. Entah betul entah tidak, aku sendiri tak
tahu. Ah, hiraukan ajelah!
“It’s okay. Saya
tak nak susahkan awak. Plus, as I said just now, saya tak kenal pun
siapa awak. Entah-entah awak ni penculik ke.. perogol ke.. pedagang anak dara
ke.. kan? Bukannya saya tahu.”
“Oh, Adik tak percayakan Abang lah ni? Hmm.. alright. Nah.” Sepucuk pistol dihulurkan kepada aku. Terkejut
aku melihatnya. Tergamam. Rasa macam nak lari pun ada sekarang ni. Tapi tubuh
aku pegun. Kaki aku lumpuh. Ya Allah.. kau selamatkanlah aku!
Dalam ketakutan yang
amat dahsyat, aku pandang wajah dia. Tenang. Kosong. Seakan-akan tiada apa yang
berlaku. Kemudian, aku pandang pistol di tangannya pula. Berselang-seli. Dia,
pistol, dia, pistol. Dia! Aku jadi gugup. Takut. “Shot me if I wanna do anything bad toward you.”
“Huh?”
“Take it, Adik. Abang
takkan apa-apakan Adik. Trust me.”
Aku.. terdiam. Lama.
“YA ALLAH.. cantiknya budak ni Tengku!” Aku dengar ada suara asing yang
memuji aku cantik. Haha. Kembang kempis hidung merah aku dibuatnya. Bangga.
Terima kasih lah ya.
“Yes, she is absolutely
pretty. Dah jangan banyak cakap. Pergi sediakan makanan, pakaian, mandian
panas untuk dia. Oh lupa, tempat tidur sekali ya.” Mamat Porsche itu mula
mengatur perintah. Tercengang aku di sini mendengarnya.
What?! Mandian panas?! Gila ke apa nak suruh aku mandi kat rumah
dia? And then.. what?! Tempat tidur?!
Takkan aku nak tidur kat istana dia? Oh tidak! Separuh homework aku ada kat rumah lah weh! “Err.. awak.”
“Apa dia, Dik?”
“Saya kena tidur kat istana awak ni ke?” Bodoh aku bertanya.
Seolah-olah macam aku ni langsung tak ada hak nak menolak pelawaan dia. Aku
perasan dia senyum. Manis hingga menampakkan rahang dia.
Ya ampun, baru aku perasan. Mamat Porsche ni kacak lah weh!
Haha. Serius. Kacak gila. Ada jawline.
Ada senyuman manis. Ada mata biru. Tapi.. ada jambang pula. HAHAHA. Jambang
nipis aje. No worry, tetap kacak lah!
Hesy.. macam mana aku baru perasan ni? Setahu aku dah hampir dua jam aku dok menghadap muka dia. Dari tadi tak
perasan pula ya? Ah, apa-apalah. Yang penting, aku dah jumpa lelaki kacak. Naik
Porsche Boxster lagi. Hmm.. tak
sangka wujud lagi kat KL ni. Ingatkan dah pupus, hehe. “Dik.. dengar tak Abang cakap ni?”
Ops! Berangan pula. Aku pandang dia. “Awak cakap apa?”
“Malam ni Adik tidur kat rumah Abang. Esok pagi, Abang hantar
Adik ke sekolah. Parents Adik tak ada
kan?” Ya, memang parents aku tak ada.
Tapi tak bermakna aku boleh duduk bersenang-lenang kat rumah orang. Ops, bukan rumah. Istana. “Sorry, I’m disagree. Lagipun parents saya tak tahu pun saya ada kat
sini. Well, eventhough they aren’t
around, it doesn’t mean I can do anything that I want. Apapun, saya kena inform pada diorang dulu.” Bertegas aku mengatakan.
Dia mengeluh kecil. Seolah-olah sudah pasrah akan
kedegilanku. Tapi tak tahulah sama ada dia memang dah pasrah ataupun belum. “Okay then, tell them.”
“They won’t allow.”
“Kalau diorang tahu
keadaan Adik, diorang pasti akan
izinkan. Percayalah cakap Abang.” Nampaknya, mamat ni masih berkeras. Tak nak
mengaku kalah. Aku senyum, sinis. Entah macam mana boleh sinis, aku pun tak
tahu. Involuntary reaction lah kata
Puan Bahiah, cikgu Biologi aku. Huhu.
“You don’t know them.”
“So I must know them
well. Anggaplah ini semua sebagai permulaan pertemuan kita. Anyway, I’m Danish. Tengku Danish.” Dia
mula memperkenalkan diri. Aku tilik sebentar nama dia. Tengku Danish. Oh.. Tengku.
Anak kerabat diraja rupanya. Patutlah rumah besar semacam! Dah macam istana.
Rasanya bukan macam lagi. Memang istana!
Aku pandang wajah kacak dia sebelum tersenyum. Senyuman
perkenalan, nipis aje. Tak adalah manis tahap kencing manis macam senyuman dia.
“Mia. SPM Candidate.” Adoi, nak juga selitkan SPM Candidate tu. Huhu. Entah apa-apa je aku
ni. Stres sangat dengan SPM agaknya.
Tengku Danish tergelak besar. Berair mata biru dia. Gaya
macam kelakar sangat je lawak seposen
aku tu. Padahal tak adalah kelakar mana. Klise aje. Dia pandang aku. “So cute, Mia. So can I called you Mia? It
sounds lovely.”
“While me, called you
Danish?” Dia tergelak lagi. Tapi tak semeriah tadi. “Sure.”
“TENGAH fikirkan apa tu?” Aku sedikit tersentak akan teguran itu.
Terus lesap lamunan aku. Bagai coretan pasir disapu ombak. Pulak dah? Haha. Asyik bermadah aje aku ni sejak kebelakangan ini.
Sejak peristiwa dua hari yang lalu.
Aku menoleh,
memandang ke arah suara itu. Tersenyum bibirku untuk seketika. Mekar juga
hatiku berbunga bahagia.
Dia.
“Mia, kenapa menangis ni?” Tengku Danish sudah mula melutut
di depan aku. Kat atas lantai. Selamba aje. Langsung tak mempedulikan mata-mata
yang aneh melihatnya. Tanpa mempedulikan soalan itu, lantas aku memeluk dia.
Mendakap leher dia. Kuat. Erat bagaikan enggan dilepaskan. Dia jadi cemas.
“Mia.. Hey, sayang. Kenapa ni? Mia
marahkan Nish ke?”
“Ke mana awak menghilang selama ni? Hah, ke mana? Awak memang
dah plan nak tinggalkan saya ke? Nak
putuskan hubungan kita?” Tersedu sedan aku bersuara. Rasa macam payah pula nak
berkata-kata. Mana taknya, esakan aku masih tersisa. Ditambah lagi dengan air
mata yang bagaikan memecah masuk ke dalam lubang hidung. Sesak nafas aku
dibuatnya!
Tengku Danish mula meleraikan pelukan kami. Perlahan-lahan
dia menyeka air mataku dengan kedua-dua batang ibu jarinya. Tajam anak mata
biru itu menikam anak mata aku. Dalam. Hingga ke dasar hati. Pegun aku untuk
seketika. Kaku. “Siapa kata saya nak tinggalkan awak? Nak putuskan hubungan
dengan awak?”
“But you have to,
right? Awak.. kena menikah tahun ni. While
me, can’t be your bride.”
“Did I say that I will
leave you? Not, right?”
“Tapi..”
“Mia, listen.” Kali
ini Tengku Danish mula mencapai tanganku. Digenggam erat jari jemariku. Namun,
anak matanya masih tajam memanah anak mataku. Seperti tadi. Aku sekadar
memandang panahan itu. Sekali sekala aku tilik isi bebola mata biru itu. Sayu.
Pilu. Itu saja perasaan yang bisa aku gambarkan daripada bebola mata itu. “Whatever happen around us, I’m gonna be your
groom. And you. Gonna be my bride. Forever.”
“Maksud awak?”
“Saya akan lakukan apa saja, asalkan kita dapat kahwin tahun
ni juga.” Nekad sekali Tengku Danish berkata. Tapi aku tak tahulah sejauh mana
nekad dia tu. Sejauh bintang merentasi angkasa? Ah, bermadah lagi. Jiwang karat
betul aku ni. Aku pandang wajah serius dia. Entah kenapa hati ini terasa ingin
mengujinya. “Apa saja?”
“Ya, apa saja.”
“Kahwin lari? Sanggup?”
“Lebih daripada kahwin lari pun saya sanggup.” Gulp! Betul lah. Tengku Danish serius.
Apa saja dia sanggup. Yep, apa saja. Mak aih.. takut pula aku mendengarnya. Meremang.
Hesy, nak takut kenapa? Bukan ke memang itu yang aku nak? Berkahwin dengan dia,
sehidup semati dengan dia? Bukan ke? Hmm..
pokoknya, apa-apa pun aku sanggup lah!
Ya, apa-apa pun aku sanggup!
p/s: This is my last post in blog since I have to manage
something. So terpaksalah saya biarkan belog ni berdebu untuk sementara waktu.
Berapa lama? Em, mungkin 7 bulan. Sampai bulan Ogos. Waaa.. lama kan? Tapi tak
apa kot. Kalau saya rajin, saya post lah sikit-sikit. So jangan rindu! Hehe.
Last but not least, dukacita ingin saya maklumkan IHYD ditolak. Ada cadangan
syarikat penerbitan lain?
Alamak.. Biar betul??? Huhu.. X dapat la nak baca IHYD versi cetakan... Sedihnyerrr... Sob...Sob..Sob.. Try hantar kat Alaf 21, Fajar Pakeer ke?? Nape diorang tolak?? Alasan?? Waa...Waa....Waa... Frustnyerrrr............
ReplyDeleteHaha sorry sangat-sangat. Haah, haih penat dah saya. Insyallah, katanya cerita dia ringan sangat, less conflict, macam budak2 sikit & so on. Tapi saya tak nafikan lah, memang ya pun. Haha again maaf sangat. Nanti saya usahakan lagi ya :-)
DeleteAdik...sedihnya dengar..try edit dan kasi tambah apa yang patut then baru hantar pada publisher yang baru? Okay? slow & steady wins the race adik...never give up ya..Idea Kreatif best gak novel2 dia..cuba la hantar mana tau ada rezeki kan?
ReplyDeleteInsyallah saya cuba edit semula.. haah nanti saya cuba hantar kat Idea Kreatif. Harap dia sudi terima. Terima kasih ya kak! :')
DeleteAla tak dapat baca IHYD smpai habis . akak try hantar dekat jemari seni , idea kreatif , penulisan2u , karya seni atau Fajar Pakeer ke ? Mana tahu ada rezeki
ReplyDeleteInsyallah dik, I'mtrying my best :)
DeletePenerbit-Penerbit tu jealous 23X ganda dengan creativiti awak, tu sebabnya dia taknak publish. Mengada-mengada.
ReplyDeleteSambung lg...
ReplyDeleteSaya nk suggest kat awak nama heroin yg weirdo sket Yusnaily Widadi , Haifaa Aidania harap awak boleh guna la..btw,saya ni dah meroyan dah nk baca sambungan IHYD haha rindu sgt...sambung la lagi..
ReplyDeleteperlukan tunjuk ajar😭 camne nak buat blog ni??? xreti
ReplyDeletebulan ogos 2016 dah nak masuk dah.. bila nak update ni??
ReplyDelete