Saturday, September 6, 2025

Menuju Ke 3 Dekad

Hai, dunia penulisan.

Sedekad berlalu, aku meninggalkan kau. Tidak terdetik untuk aku kembali ke masa lampau walau ia ringkas dan bebas. Satu-satunya komitmen aku dahulu kala adalah ibadah dan tanggungjawab sebagai seorang anak dan kakak.

Kini aku sudah dewasa, hampir 3 dekad mencari identiti di muka bumi ini. Aku menemukan identitiku sebagai seorang peguambela dan peguamcara. Beberapa tahun turun naik mahkamah, menegakkan keadilan yang mereka sangka keadilan. Padahal, it's just a mere job.

Inggeris aku makin lancar berbanding dahulu kala. Melayu aku pula makin goyah dan berkarat. Semuanya salah korporat. Kini aku kaunsel undang-undang di syarikat korporat. Melarikan diri sementara waktu dari gejala turun naik mahkamah. "Sementara" adalah pelan asal tapi siapalah aku untuk menentukan? Aku bukan Tuhan.

Rindu aku pada penulisan sangat mendalam. Namun, imaginasi aku kini terhad. True love dan happy ending tampak dongeng pada lensa mata aku. Berangan tidak salah, tapi berharap? Life doesnt work like that.

Nak bahagia? Cari dan usaha. Tapi kalau takdir menduga, apakan daya?

Apa-pun perjalanan yang kalian pilih, aku doakan yang terbaik. Doakan aku juga.


Asha Ronaldo 
6 September 2025


No comments:

Post a Comment

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.