Assalamualaikum.
Apa khabar? Sihat? Dah lama kan tak
dengar cite pasal Adrian & Amanda? Oleh sebab harini saya terlebih rajin,
so, nah, teaser. Harap terhibur dengan gelagat mereka! Ikhlas, asha.
***
PUNGGUNG dilabuhkan di atas sofa berangkai dua. Rasa penat yang
melampau benar-benar membebankan dirinya. Tak sangka pula yang jumlah pesakit
di hospital makin hari makin meningkat. Hal ini juga menyebabkan kadar kematian
di Malaysia turut meningkat gara-gara masalah kesihatan para masyarakat selain masalah
bencana yang menimpa.
Mata
redupnya dipejamkan seketika. Letih benar dirinya saat perlu berdepan dengan
bermacam-macam ragam pesakit pada hari ni. Hari yang luar biasa... Bermacam
macam spesies sudah ditemuinya. Ada yang tabah... ada yang ceria... ada yang
mudah melenting... ada yang sombong dan banyak lagi. Malah, dia juga telah
menemui seorang pesakit yang jauh lebih teruk daripada suaminya sendiri. Haih,
nasib... nasib...
Bunyi
petikan gitar membuatkan Amanda sedikit tersentak. Serta merta mata redupnya
terbuka luas. Keadaan di sekeliling ruang tamu itu mula diperhatikan. Ingin
mencari dari mana asalnya bunyi petikan itu. Pelik... sejak bila pulak ada
manusia yang main gitar kat dalam rumah ni? Erm
jangan kata makhluk lain sudah lah!
Kemunculan
Syed Adrian bersama gitarnya di tepi tangga telahpun menjawab segala persoalan
yang bermain di minda. Sebatang tubuh yang berpenampilan santai itu mula
diperhatikan. Tak lupa juga sebuah gitar yang dipetik oleh lelaki itu.
Fuyoo... Rainsong Hybrid Series tu.
Gitar mahal yang ingin dimilikinya selama ni. Huh... kaya betul mamat ni.
Sanggup dia korbankan beribu-ribu ringgit semata-mata nak beli gitar Hybrid Series
tu? Err membazir tak ingat dunia!
Sama aje gayanya sewaktu membeli basikal Giant dengan rumah banglo mereka ni.
“Apa
pandang-pandang? Nak pinjam cakap lah!” Syed Adrian mula bersuara setelah lama
begitu asyik memetik gitar kesayangannya itu.
Kalau
nak tahu, gitar itu lah merupakan pemberian terakhir arwah Emilin untuknya.
Setiap kali Syed Adrian teringatkan gadis itu, pasti saja gitar Hybrid Series
itu bakal dipetik. Kebiasaannya, lagu Perfect Two, nyanyian Auburn bakal
dimainkan. Alasan? Sebab... lagu tu merupakan lagu yang ditujukan oleh Emilin
untuknya.
Amanda
hanya mencebik. Menyampah pula dia melihat sikap Syed Adrian yang suka
menunjuk-nunjuk tu. Tahulah yang dia ni tak mampu nak beli gitar semahal tu...
Paling sengkek sekalipun, gitar Yamaha je
lah. Itu aje lah yang dia mampu. Tak macam ada orang tu! Beli sepuluh buah
gitar Hybrid Series pun on aje. Ermm orang kaya lah katakan.
“Kau
reti main gitar tak?” soal Syed Adrian tiba-tiba. Sengaja dia nak menimbulkan
suasana yang aman antara mereka. Haih... penat lah asyik nak bergaduh aje.
Punggungnya
mula dilabuhkan di sebelah Amanda. Amanda yang melihat keberadaan lelaki itu di
sebelahnya sedikit terangkat. Hampir saja dia mahu terlompat di situ. Namun,
tindakan itu cuba dikawal. Begitu juga dengan riak wajahnya.
“Mesti
lah saya reti. Awak fikir, saya ni sengkek sangat ke apa?” balas Amanda geram
tanpa mempedulikan Syed Adrian yang dah tergelak besar di sebelahnya.
Eh,
mamat ni. Ketawakan orang pula! Memang lah dia reti main gitar. Lagipun, arwah
kak Emilin pernah mengajar dia dulu. Huh... sampai termuntah pelangi dia dok menghadap gitar Yamaha miliknya itu
sehingga mahir. Ini semua kak Emilin punya pasal! Tapi... dia bersyukur.
Gara-gara paksaan kak Emilin tu, dia sudah pun mahir dalam bab-bab memetik
gitar. Malah, sudah banyak lagu yang boleh dia mainkan.
“Okey...
okey... sorry. Aku tak ada niat pun
nak ketawakan kau. Cuma... kelakar. Yalah... masakan doktor nerd macam kau ni reti main gitar.
Alahai, dalam hati ada taman. Jiwang karat rupa-rupanya bini aku ni.” Syed
Adrian mula menyakat. Dia sendiri pun terkejut habis saat mengetahui fakta
pelik tapi benar itu.
Amanda
jeling. Lantas Hybrid Series yang berada dalam pegangan lelaki itu dirampas.
“Awak
tak percaya, ya? Okey, saya akan mainkan satu lagu sambil menyanyi. Kalau best... saya nak hadiah. I don’t care!” Amanda mula membuat
pertarungan.
Syed
Adrian hanya membiarkan. Lantas dia mengangguk tanda setuju. Hmm nak juga dia tengok kemahiran si
Amanda ni. Power sangat ke minah nerd ni dalam bab-bab petik gitar?
Jangan cakap di mulut saja sudah lah! Syed Adrian mula memandang rendah.
Nafas
ditarik sedalam-dalamnya. Gitar mula dipetik. Lagu Setengah Mati Merindu,
nyanyian Judika menjadi pilihan. Alasan? Hmm...
mungkin sebab lagu ini mengingatkan dirinya pada Syed Adam. Err sesuai sangat lah tu. Lagipun, lagu
tu menerangkan tentang pasangan yang sememangnya tiada jodoh.
“Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku,
Apakah aku
terlalu, terlalu banyak berkelana,”
Sekali
lagi nafas ditarik.
“Mengapa kita masih saja tak pernah bersatu,
Selalu saja
bertemu, bertemu saat kau milik yang lain,
Mungkin kau bukanlah jodohku, bukan
takdirku,
Terus
terang....”
Syed
Adrian yang mendengar sudahpun terdiam.
“Aku merindukanmu, setengah mati merindu,
Tiada henti
merindukanmu,
Masih hatiku
untukmu, aku tetap menunggumu...”
Amanda
menarik nafasnya perlahan. Kekuatan dicari untuk meneruskan nyanyiannya bersama
petikan gitar. Dalam masa yang sama, nasibnya mula dikenang. Nasib di mana dia
gagal mendapatkan cinta pertamanya.
“Mengapa waktu tak pernah berpihak kepadaku,
Apakah aku
terlalu, terlalu banyak berkelana,
Mungkin kau
bukanlah jodohku,
Atau bahkan
bukan takdirku,
Terus
terang....”
Air
mata yang sedikit menitis diseka perlahan.
“Aku merindukanmu, setengah mati merindu,
Tiada henti
merindukanmu,
Masih hatiku
untukmu, aku tetap menunggumu....”
Amanda
berhenti memetik. Riak di wajah cuba dikawal agar tak disyaki oleh Syed Adrian.
Lantas Hybrid Series itu diletakkan di sebelah lelaki itu.
“Kau
tujukan lagu tu untuk siapa?” soal Syed Adrian perlahan.
Rasa
cemburu di hati cuba dinafikan. Dia tahu, Amanda tujukan lagu itu untuk adiknya
sendiri. Ya, dia tahu akan itu. Tapi... apa yang boleh dia lakukan? Takkan dia
nak melenting kot? Haih... nanti tak tentu pasal Amanda naik penasaran pula. Hmm biarlah. Dia lebih senang mendiamkan
diri. Apa hak dia nak memarahi gadis itu? Lagipun, mereka bukannya ada apa-apa
pun. Hanya sebagai kawan. Tak lebih daripada itu.
“For general. Kenapa? Terasa ke?” bohong
Amanda.
Takkan
dia nak kata ‘lagu ni saya tujukan khas untuk adik awak, Adrian’? Err gila? Mahu saja kena pelempang
dengan lelaki tu. Nanti tak tentu pasal rahsia dia juga yang terbongkar. Huh...
cari nahas namanya tu.
Syed
Adrian hanya tersenyum kelat. Dia sedikit berkecil hati dengan pembohongan
Amanda itu. Tapi... mustahillah kalau minah ni berlaku jujur pada dia. Tunggu
sampai tujuh keturunan sekalipun, minah ni takkan mengaku. Percaya lah!
“Hmm best. Suara pun sedap. Dah boleh dah
ni kalau nak jadi the next of Najwalatif. Tinggal nak dapatkan
keizinan daripada aku aje lah.” puji Syed Adrian ikhlas.
“He he he, thanks. Erm hadiah?” Amanda
tadah tangan. Mahu menuntut janji.
“Ehem...
Pejamlah mata dulu. Macam tak biasa pulak?” Syed Adrian sedikit berdehem.
Arahan mula diberikan.
Amanda
hanya menurut tanpa berfikir panjang. Matanya dipejam rapat. Tangannya masih
ditadah. Hu hu hu, dah excited gila ni nak dapat hadiah!
Terlihatkan
Amanda yang sudah memejam mata, Syed Adrian tersenyum nakal. Perlahan-lahan
tubuh gadis itu dirapati agar tindakannya itu tak disyaki.
Bibirnya
mula dirapatkan pada telinga Amanda.
“Do enjoy the gift...” bisik Syed Adrian
perlahan.
Lantas
pipi kiri Amanda dicium lembut. Lalu, segera dia berlari anak ke tingkat atas.
Amanda
terpaku sejenak. Serta merta mata redupnya terbeliak luas. Pipi kirinya yang
menjadi mangsa Syed Adrian sebentar tadi dipegang spontan. Hangat. Macam tak
percaya lah pula yang mamat tu....
“Adrian!!!!!!”
jerit Amanda sehingga menyebabkan banglo itu bergema kuat.
Kedengaran
gelak yang cukup kuat dari tingkat atas benar-benar menaikkan api kemarahannya.
Hesy, dia memang pantang dalam
bab-bab cium ni! Hesy, memang nak
kena mamat ni!
Punggung
diangkat.
***
PENAMPILANNYA yang tampak segak bertuksedo itu mula ditilik melalui
cermin. Tie dibetulkan sedikit agar
kelihatan kemas di leher. Minyak wangi Giorgio Armani mula disembur. Sungguh
dia berpuas hati akan penampilannya pada malam ini. Hmm dah handsome tahap
cipan dah ni. Rasa-rasanya, Amanda boleh terpikat ke tak ek? Syed Adrian tertanya sendiri.
Of course lah tak, Adrian. Kau fikir,
senang macam gigit kuku ke nak pikat hati minah nerd ya amat tu? Err
kalau Adam boleh lah. Petik jari aje, Amanda terus datang menyerbu. Yalah...
minah tu mana minat kat mamat vogue
macam kau ni. Dia minat kat mamat yang selekeh aje macam si Adam tu. Tengok lah
penampilan mereka... Sama-sama selekeh! Kutuk Syed Adrian dalam hati.
Tanpa berlengah lagi, lantas pintu bilik
dibuka.
“Oh
mak kau!” latah satu suara yang baru saja ingin masuk ke dalam bilik itu.
Amanda
tergamam seketika. Atas bawah, atas bawah, penampilan lelaki di depannya itu
ditilik tanpa rasa jemu. Tak semena-mena mulutnya ternganga luas gara-gara rasa
kaget yang amat. Jarak yang terlampau dekat antara mereka membolehkan Amanda
menilik wajah kacak itu sepuas hati.
Subhanallah, handsomenya si Adrian ni... Apatah lagi
bila dia tersenyum manis macam tu. Aduhai, luluh hati yang melihat... Sedap lagi
mata yang memandang... Omel Amanda dalam
hati. Kagum pula dia melihat kekacakan terlampau yang dimiliki oleh abang
angkatnya a.k.a suaminya itu.
“Tak
elok pandang anak teruna orang macam tu. Tutup mulut tu sikit...” tegur Syed
Adrian tanpa riak. Spontan aje dagu Amanda ditolak ke atas agar gadis itu
menutup mulut.
Amanda
bengang sendiri. Wajahnya ditunduk memandang lantai. Belakang leher yang
langsung tak gatal digaru perlahan. Malu pula dengan perlakuan spontannya
sebentar tadi. Pasti saja Syed Adrian bertanggapan yang dia syok sendiri. Aduh,
bengang doh!
“A...
awak nak ke mana ni?” soal Amanda terketar-ketar. Musykil pula dia melihat
penampilan Syed Adrian yang kelihatan segak bukan main ni.
“Ada
candle light dinner...” jawab Syed
Adrian perlahan. Langsung tak menunjukkan sebarang riak.
Amanda
cuma mengangguk tanda mengerti. Serta merta senyumannya mati. Riak di wajah
cuba dikawal agar tak nampak mencurigakan. Sedaya upaya dia cuba untuk menyorok
perasaannya yang sebenar daripada pengetahuan lelaki itu.
Sekali
lagi wajah kacak itu dipandang. Rasa sayu di hati mula menyelubungi dirinya.
Pasti saja Syed Adrian mahu ber-candle
light dinner bersama kekasih gelapnya, cik Mira Faraheena. Hmm almaklumlah, lagipun lelaki itu
bakal terbang ke Atlanta pada esok hari. Sudah semestinya dia nak menyambut
malam terakhirnya di Malaysia bersama orang yang tersayang.
Keluhan
yang cukup berat dilepaskan. Beruntung kan Mira tu... sebab, dirinya disayangi
oleh Syed Adrian. Haih... bukan senang nak tundukkan mamat egois ni. Hanya kak
Emilin dan Mira saja yang mampu menundukkan lelaki ini. Kalau dia? Hmm hampeh! Dia yang tertunduk ada lah!
“Aku
nak kau ikut. Gaun kau dah tersedia kat atas katil tu. So, just wear it.” pesan Syed Adrian sebelum berlalu pergi.
Amanda
terdiam sejenak. Pesanan daripada Syed Adrian itu ditilik kembali. Lantas dia
menghampiri katil untuk melihat gaun yang dikatakan oleh lelaki itu.
Wah...
cantiknya. Mengalahkan Cinderella punya gaun! Takkan ‘personal assistant’ pakai gaun secantik ni kot? Yalah... karang
tak tentu pasal imej cik Mira Faraheena bakal tergugat, gara-gara kecantikan ‘personal assistant’ Syed Adrian yang
melampau. Tak ke naya tu?
Amanda
mengangguk tanda bersetuju akan pendapatnya. Gaun yang berwarna ungu gelap itu
mula ditilik. Rasa was-was lah pula dia nak memakai gaun itu.
“Woi! Siap cepat sikit.” jerit Syed
Adrian dari luar.
Tergopoh
gapah Amanda bangun dari duduknya gara-gara tersentak punya pasal. Lantas gaun
ungu gelap itu disarungkan pada tubuhnya tanpa berfikir panjang.
***
SUASANA di meja makan itu mula diperhatikan. Hanya dua batang lilin saja
yang menerangi ruang meja makan itu. Amanda bingung sendiri. Aneh pula dia
melihat keberadaan mereka berdua di restoran lima enam tujuh lapan bintang itu.
Aik, Adrian ni... Kata nak ber-candle light dinner. Mana pasangannya?
Kepala
yang langsung tak gatal digaru perlahan. Tindakan Syed Adrian yang kelihatan
khusyuk menjamu selera tanpa mempedulikan keadaan di sekeliling itu hanya
diperhatikan. Amanda mula mendagu. Hairan pula dia melihat keadaan Syed Adrian
yang duduk bersendirian menghadap dirinya itu. Haih... Mira tak jadi nak datang
ke?
“Kata
nak candle light dinner. So, where’s your
partner?” Amanda mula bertanya dengan beraninya. Dia sengih.
Syed
Adrian yang mendengar pertanyaan gadis
cantik itu sudahpun tercengang. Spontan aje dahinya ditepuk perlahan. Ya
Allah... apasal bini aku ni loading sangat ni? Takkan dia masih tak
faham tujuan aku dok angkut dia ke
sini?
“Like seriously, you’re so funny. But it’s
okay.” jawab Syed Adrian nak tak nak. Suapan diteruskan tanpa mempedulikan
riak si isteri yang seakan-akan tercengang.
“What do
you mean? Saya tak faham lah. Apa yang kelakarnya? Saya tengah serius ni.”
soal Amanda bagaikan tak bersalah.
Keningnya
sengaja dijongket-jongketkan untuk meminta penjelasan. Geram pula dia melihat
tindakan Syed Adrian yang begitu asyik menikmati hidangan itu. Haih... sedap
sangat ke spaghetti tu?
Sudu
dan garfu diletakkan ke tepi. Duduknya sedikit diperbetulkan. Kolar kemeja maroonnya sedikit diusik agar kelihatan
rapi. Wajah si isteri yang nampak blur
itu mula dipandang. Nafas cuba ditarik sedalam-dalamnya.
“The reason why I brought you here is to be
my partner. So, do you understand?” ucap Syed Adrian lembut dan perlahan.
Senyuman
yang cukup manis lagi ikhlas sengaja dikuntumkan. Lesung pipit yang mula timbul
menjadi tayangan.
Amanda
tergamam seketika untuk beberapa saat. Kata-kata Syed Adrian itu membuatkan
tubuhnya kaku macam apa. Tak semena mena hatinya berdebar tanpa alasan yang muhasabah.
Riak terkejut cuba dikawal. Sengaja dia mencapai orang juice yang dipesannya untuk menutup rasa kaget yang amat.
Syed
Adrian tergelak sendiri. Kelakar pula dia melihat riak Amanda yang serta merta
berubah itu. Namun, hatinya lega kerana gadis itu tak salah sangka.
“Kau
tahu tak, kenapa cuma ada dua batang lilin aje kat atas meja ni?” soal Syed
Adrian tiba-tiba. Lantas pandangannya dialihkan pada wajah si isteri.
Amanda
hanya menggeleng tanda tak tahu. Dia sendiri juga naik musykil saat
terperasankan dua batang lilin yang menerangi ruang meja makan itu. Kenapa
mesti dua batang? Kenapa tak lima batang ke... sepuluh batang ke... seratus
batang ke...? Itulah salah satu persoalan yang bermain di benaknya.
“Sebab...
hari ni dah genap dua bulan kita bergelar pasangan suami isteri.” ucap Syed
Adrian cukup romantis. Senyuman manis masih tak lekang di bibir.
Sekali
lagi Amanda tergamam macam apa. Entah kenapa lah Syed Adrian ni asyik bikin dia
tergamam aje malam ni. Dia sendiri pun naik hairan. Masuk kali ni, dah genap
dua kali kot dia asyik tergamam aje.
Kata-kata
Syed Adrian sebentar tadi diimbas kembali. Jawapan maut daripada lelaki itu
membuatkan lidahnya kelu tak terkata. Ooo... barulah dia tahu. Rupa-rupanya,
dah genap dua bulan mereka bergelar suami isteri. Hmm macam tak percaya... sekelip mata aje masa berlalu. Rasa macam
baru semalam aje mereka mendirikan rumah tangga.
Dalam
hati, Amanda kesal sendiri. Masakan dia boleh terlupa akan tarikh
perkahwinannya sendiri, sedangkan lelaki di depannya ini boleh ingat dengan
begitu rapi. Teruk ke aku sebagai seorang isteri?
“So, I wanna say thanks to you for being my
wife... for accepting me... for changing me... for teaching me... for fostering
me... for caring about me...” ucap Syed Adrian berjela-jela. Satu persatu
pengorbanan Amanda cuba untuk diingati.
Amanda
lebih senang mendiamkan diri. Lidahnya pun dah naik kelu nak membalas kata-kata
lelaki itu.
“And one more... thanks for lighting up my
days like those candles did. I really appreciate all of them and I hope you
will stay by my side.....”
Nafas
ditarik perlahan.
“Forever...” ucapnya pendek.
Amanda
terkedu seketika saat mendengar kata-kata terakhir lelaki itu. Wajah Syed
Adrian yang masih tersenyum memandang ke arahnya itu dipandang kembali. Ingin
mencari ketulusan kata-kata tersebut di sebalik wajah itu.
Benar
ke kata-kata kau tu, Syed Adrian? Sanggup ke kau duduk di samping aku untuk
selamanya? Kau tak sedar ke, perkahwinan kita selama ni wujud tanpa rasa cinta?
Kau tak sedar ke semua tu? Masakan kita mampu pertahankan perkahwinan yang
langsung tiada makna ni untuk selamanya? Mustahil lah weh. Mustahil!
Keluhan
yang cukup berat dilepaskan. Namun, hatinya bahagia akan penghargaan yang
diberikan oleh lelaki itu.
***
sial sweet. I feel like wanna kill that guy. OMG :'<
ReplyDeletedon't kill my adrian. haha xD
DeleteRindunyaa kat diorang. Kelakarnya... manisnya... masih sama. Can't wait to read them in future!!! #AdrianAmandaForever
ReplyDeleteHaha insyallah ;-)
Deleteso now cerita ni bakal dibukukan ke miss asha??
ReplyDeleteinsyallah, kalau takda aral, tahun depan dear. doakan ya ;)
Deletewo wo wooo.. sweet adrian.... =) besttt
ReplyDeletewoo tq ;)
Deletewaa best nya entry kali ni macam nak baca lagi ja.saya harap novel ni dapat dibukukan dengan secepat mungkin.bagilah teaser lagi tak sabar nak baca waktu adrian dan amanda sweet mestilah lagi best.
ReplyDeletesaya pun harap begitu, amin. insyallah kalau ada kelapangan :)
Deletesweetnya adrian ni.awak next entry awak buatlah pula amanda sweet asyik adrian ja saya teringinla nak baca waktu amanda sweet dengan adrian mestilah lagi best plus sweet sangat. cerita ni selalu buat saya happy je bila baca.
ReplyDeleteinsyallah. alhamdulillah.. semoga terhibur :)
DeleteSlm dear. Hehe saya salu tggu bibik jangan pergi no 2. Sampai letak dkat bookmarks n salu jenguk2 blog awak hehe.
ReplyDeleteWassalam. Alahai kesian dia haha. BJP 2 sedang disiapkan, insyallah akhir bulan januari nanti saya publish kalau takde halangan ;)
Deletebila novel dah terbit sila post besar2.lama sgt dah tunggu.i also wanna say,because of this novel,novel yg i beli 5buah 3bln lepas sampai skrg i xde mood nk baca.
ReplyDeleteInsyallah dear. Tahu takpe. Nak dekat setahun dah rasanya. Ya Allah janganlah sampai macam tu sekali. Saya takut IHYD ni mengecewakan awak nanti ^_^
DeleteSib ada teaser terubat rindu ad n Amanda....
ReplyDeleteJust 4 all of u xD
DeleteI just want to say.. Thanks for bring me ur briliant brain in texts.. Boleh gitu ? Aaaaaa.. Jeles ngan sis.. U r so briliant *grin*
ReplyDeleteHah? Hahaha not so brilliant la. I'm constantly stuck when writing. Ideas come occasionally. Glad to know you like it ;)
Delete:D then...we should call it as gifted :) you are so kind.. accept all of those comments.. positive and negative :') and replied to all :D i will support u sis.. i have been stalked tons of malay writes.. only 40% of it.. replied to all question that have been asked.. how snobbish -,- .. i hope u arent :') good luck :D KS has made a bad. decision by rejected ur briliant story :O
Delete*writers
DeleteHahahaha thank you. Diorang tak reply maybe sebab busy... insyallah huhu nak buat macam mana my story doesn't tepati their citarasa ;)
DeleteAs'salam Asha...
ReplyDeletextahu nak ckap ape... teruskan usaha meng'update' yee...huhuhuhu
xsabar nak tunggu novel nie keluar...moga dapat dibukukan...amin..
wassalam.. haha insyallah kalau ada kesempatan. terima kasih sebab sudi menunggu, ameenn ;)
DeleteAssalamualaikum akak .. nk tnya novel ni bila nak dibukukan
ReplyDeleteAswt, akak nak tanya kenapa akak tak sambung nivel ni lagi? Sbb saya boleh baca kat website jer lagi pun parents saya tak bagi baca love story sbb diorang kata saya underage. Harap akak fhm perasaan saya :-)
ReplyDeletemiss them so much
ReplyDeleteAssalamualaikum akq.. knpe akq tk smbung dha IHYD? Sye suke cye ni akq.. smbung lahh akq.. hehehe klau bleyh cptlahh crite ni dbukukan.. pliss akq..
ReplyDeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteKarya awak buat pembaca menanti apa kisah selanjutnya termasuklah saya.
Hopefully dpt habiskan.Saya ternanti karya awak di pasaran.
TQ
Bila awk nk smbg lgi novel ni.... sya rndu sgt gn adrian gn amanda... atau awk bt novel ni smpai pstu juai dlm bntuk ebook kmi snggup bli dri awak.... sya hrgai sgt2 klau awk dpt bls komen..... sya... sya hrgai sgt karya awk....
ReplyDeleteSaya juga menanti dan terus menanti bila novel ni akan disiapkan dah bertahun menunggu tolonggg siapkan...nak tahu endingnya
ReplyDeleteakak,novel ini dah dijual ke?
ReplyDeleteAkk, nak tanya tak ada sambungan ke novel ni?
ReplyDelete