ALUNAN lagu Mewangi yang bergema mematikan perlakuannya. Keluhan
yang cukup berat dilepaskan. Rasa macam dia asyik melekat dengan phone aje
sepanjang hari ni. Mana taknya, twenty-four
over seven pasti ada je makhluk
Tuhan yang call.
Dan..
Sembilan puluh sembilan peratus daripada pemanggil yang
menghubunginya adalah perempuan. Huh, gila betul! Gaya macam dia ni kasanova
kelas satu pun ada.
Iphone 6s yang terletak elok di atas meja solek mula dicapai.
Daripada dibiarkan Akim & The Majistrate terpekik terlolong satu rumah,
lebih baik dia jawab. Nama yang tertera pada skrin dipandang sekilas sebelum
butang Call diwipe.
“Hallo..” Lia
bersuara sedikit keras. Bengang.
“Bae!!!! You free tak malam ni?” soal Belle manja.
Terdengarkan liuk lentok suaranya, terus reda api kemarahan
di hati Lia. Mana taknya, suara Belle kedengaran seksi sekali. Cukup membuaikan
dan menghiburkan. Tak hairanlah seandainya dia sering tergoda dengan gadis ini.
Rambut perangnya disisir ke tepi. Tersenyum herot Lia
memandang ke arah plane mirror. “Of course, Baby. I tengah bersiap nak ke
parti. Erm.. you nak jumpa I ke?”
“If you don’t mind, I will. Tapi.. ada
syarat.”
“What is it?”
“Um, you kena jemput I dan hantar I balik
ke rumah. Unfortunately, I don’t have any
transportation tonight..”
“No problem. I’ll fetch you at 9.”
“Thanks, Bae! See you there! Muahhh!” Tet. Talian termati.
Penampilannya
ditilik terlebih dahulu di hadapan cermin sebelum melangkah pergi. Relaks dan
santai sekali. Lia sekadar memakai sweater
jenama Nike dan jeans lusuh. Tidak
dilupakan juga beanie yang tersulam
‘Bae’ di atas kepala. Beanie yang
dihadiahkan oleh Belle sempena hari jadinya yang ke-24. Alang-alang nak dating dengan minah tu, lebih baik rasanya jika dia menyarung beanie ni sekali. Em, at least hubungan mereka bakal bertambah intim, bukan?
Anak tangga
dituruni satu per satu. Pantas Lia bergerak menuju ke pintu utama. Namun, baru
sahaja dia nak membuka pintu..
“Ad nak ke mana tu?” tegur Mak Mah yang baru muncul dari
dapur. Atas bawah, atas bawah, tubuh Lia diperhatikan. Berkerut dahi tuanya melihat
penampilan Lia. Kelelakian sungguh. Ingatkan teruna mana lah tadi, desisnya
dalam hati.
Lia menoleh, memandang si orang gaji yang cukup merimaskan
itu. Riak menyampah tahap dewa mula ditayangkan. “Nak keluar.”
Mak Mah menggeleng perlahan. “Ad nak ke mana malam-malam buta
ni? Tak eloklah Ad, anak dara keluar malam..” tegurnya lembut.
“Mak Mah jangan nak menyibuk boleh tak?! Ad tahulah jaga diri
Ad!” ucap Lia keras. Tajam mata bundarnya menjeling wanita tua itu.
“And one more,
jangan beritahu papa yang Ad keluar malam. Macam biasa.” arah Lia tegas. Kuasa
sebagai anak majikan dimanfaatkan sepenuhnya. Yalah.. dah ada hamba. Apa
salahnya dipergunakan sekali sekala? Erm, dia juga yang beruntung.
“Tapi kalau Datuk tanya?”
“Kata aje lah Ad dah tidur. Tak kuasa lah orang tua tu nak spotcheck bilik bagai. Dia mana pernah
kesah fasal anak dia..” luah Lia tanpa disedari. Sayu pula hatinya tatkala
terkenangkan pengabaian papa terhadapnya. Sungguh papa tak pernah kesah fasal
dia, papa tak pernah pedulikan dia.
Mak Mah tersenyum pahit. “Tak baik cakap macam tu, Ad. Datuk
sayangkan Ad..”
“Whatever.” balas
Lia pendek seraya melangkah pergi. Langsung tak mempedulikan Mak Mah yang
tercengang-cengang melihat sikapnya.
“GOOD morning, papa!”
laung Lia ceria.
Tubuh sasa Datuk
Latiff dipeluk dari belakang. Mesra. Entah kenapa tiba-tiba aje dia teringin
nak bermanja dengan papa. Tak ada angin, tak ada ribut. Hairan sungguh. Erm,
mungkin takungan kasih sayang daripada papanya sudahpun kosong.
Datuk Latiff
lantas meleraikan pelukan si anak. Terkedu Lia terlihatkan perbuatan papanya
itu. Tak sangka papa tega menolak pelukannya. Seolah-olah sudah lesap rasa
kasih orang tua itu terhadapnya.
Apa dia ni anak pungut ke? Langsung tak bermakna bagi papa?
Lia terkilan sendiri. Dalam diam, dia sebak akan sikap papanya yang lebih
mementingkan urusan kerja berbanding dirinya. Sejujurnya, dia kecewa. Sedih.
Pilu. Rasa macam tak ada siapa sayangkan dia.
“Ad pergi mana malam tadi?” soal Datuk Latiff tegas. Langsung
tak memandang wajah anak gadisnya itu. Tak kuasa.
Lia terdiam. Tergamam dirinya terdengarkan pertanyaan papa
itu. Jelingan tajam sempat dikirimkan buat si hamba abdi, Mak Mah yang busybody. Dia berlagak tenang. “Mana ada
Ad keluar papa.. Ad bertapa kat bilik je
malam tadi.”
“Bertapa kat bilik ke bertapa kat kelab malam?” sindir Datuk
Latiff. Sengaja.
“Stop accusing me. I’m
tired of this.”
“Then, stop lying to me.
I’m sick of it. Papa dah menyampah nak dengar segala penipuan Ad. Dah muak.
Meluat.”
“Then, tak payah
dengar.” ucap Lia seraya mengangkat punggung. Terus mati selera dia nak
menjamah sarapan pagi. Kalau dipaksa juga, mahu saja dia termuntah di depan
muka orang tua ini.
“Ad, duduk. Makan.” Datuk Latiff mula mengeluarkan arahan.
Tegas. Sakit hatinya nak menghadap kerenah Lia ni. Degil. Kepala konkrit.
Kurang ajar. Biadab. Serupa je macam
mama dia yang tak guna tu! Bentak Datuk Latiff dalam hati.
Lia tersenyum sinis. “Sorry,
tak ada selera. Muak.” sindirnya sebelum bergegas melangkah pergi.
Datuk Latiff hanya mampu memerhati.
“ERA, saya nak awak call
mana-mana firma guaman. Then, hired
seorang peguam untuk saya.”
“Boleh saya
tahu atas urusan apa?” Penuh berhati-hati Era menyoal. Takut sekiranya bos kesayangannya
itu melenting. Nanti tak tentu fasal ada yang kena bebel!
"Atas
urusan keluarga. Saya nak dia uruskan kes perceraian saya.”
What?! Datuk Latiff dah bercerai? Walauweh, tak sangka. Macam tak percaya pun ada. Err.. bukan ke beliau sekeluarga sedang
bahagia? Masakan boleh berlaku perceraian pula ni?
“Erm, kalau boleh, saya nak dia datang lepas lunch nanti. Faham?” Tegas Datuk Latiff bersuara.
Tegang juga raut wajahnya. Meram padam.
Era
mengangguk tanda mengerti. Patuh pada arahan. “Baiklah, Datuk. Saya akan
usahakan sebaik mungkin.”
“Good. Anyway, please call off all meetings.
Saya tak ada mood.” ucapnya lemah
sebelum berlalu pergi. Nampak tertekan sekali. Era hanya menjadi pemerhati.
Tumpang simpati akan nasib majikannya.
“Kenapa tu?”
soal Naja, merangkap officematenya
paling dekat.
“Moody. Biasalah tu, ada masalah
keluarga.” Naja hanya mengangguk. Malas pula nak campur. Asal tahu isi cerita,
sudah. Tak perlu huraiannya sekali.
Era mula mencari senarai nombor telefon firma guaman yang
pernah disimpannya sebelum ini. Satu per satu nombor telefon yang terpampang
ditiliknya. Berkerut dahi licinnya bila ada yang tak kena. Pantas dia angkat
muka, memandang Naja yang sedang berdiri menyusun fail di rak.
“Naj, kau ada simpan number
firma syarie tak?” soal Era perlahan.
Naja menoleh, memandangnya. Hairan terdengarkan permintaan
Era itu. Pelik. Datuk nak bercerai ke? Atau.. nak urus harta?
“Kenapa tak cari kat Internet?” Soalan dibalas soalan. Bagus
kau, Naja.
Era mengeluh kecil. Meluat pula dengan sikap Naja yang banyak
tanya. Dah lah dia dah kesuntukan masa sekarang ni! “I’ve no time, dear. Datuk suruh arrange
appointment dengan lawyer after
lunch. Dan masalahnya sekarang ni, number
firma syarie pun aku tak ada. Macam
mana nak cari lawyer?”
“Yalah.. yalah.. sorry.
Jangan menangis. Aku ada. Nah.”
“Nombor siapa ni weh?” soal Era terpinga-pinga. Wajah Naja
dipandang bagaikan tak percaya. Naja sekadar beriak selamba.
“Abang aku. He’s a
lawyer. Call je dia, insyallah, mana tahu dia boleh bantu.”
“Like seriously? Thank
you Naja!” jerit Era keriangan. Gembira sungguh dia!
Naja senyum. “No
biggie, kawan.”
BAB 5
LIA mematikan langkahnya. Melilau-lilau mata bundar itu
memerhati sekeliling. Seakan-akan sedang mencari sesuatu. Lama dia berkeadaan
sebegitu sehinggalah..
“Lia!” jerit
satu suara dari satu sudut.
Lia menoleh,
memandang si empunya suara yang cukup dirindui.
Mama.
Tersenyum bibirnya untuk seketika. Pantas dia bergerak,
menghampiri wanita itu. Air mata yang mulai bertakung di tubir mata cuba
ditahan. Sedaya upaya. Tak mahu melihat wanita itu sedih.
“Mama..”
panggilnya seraya mendakap tubuh ramping itu. Wajah dibiarkan tenggelam pada
bahu si ibu. Rindu. Lama dia bertindak sebegitu.
Datin Julia
hanya membiarkan. Dia tahu, Lia sangat rindukan dia, dahagakan belaiannya.
Sudah lama rasanya mereka tak bersemuka. Bergurau senda. Sudah lama. Ini semua
salahnya.
Rambut
perang Lia diusap lembut. Lalu dicium perlahan. “Lia sihat?”
“Sihat,
ma..” Suara Lia kedengaran serak. Terperanjat Datin Julia dibuatnya. Pantas dia
meleraikan pelukan. Memandang wajah si anak yang jelas basah kuyup. Terkejut.
“Lia, kenapa
menangis ni?” Diam.
“Hey.. sayang... kenapa ni? Kenapa Lia
menangis? Papa ada pukul Lia ke?” soal Datin Julia bertalu-talu. Risau.
Lia
tersenyum pahit. “Tak ada lah, ma. Papa layan Lia dengan baik sekali. Lia
cuma..” Mata yang kembali berair mula dilarikan. Sengaja. Tak nak menangis di
depan mama. Tak nak buat mama risau.
“Cuma apa
sayang?” soal Datin Julia lembut. Lia senyum. “Lia cuma rindukan mama. I miss you so much, ma.” ucapnya seraya
mencium tangan si ibu.
Datin Julia
turut tersenyum. Kepala si anak diusap lembut. “I miss you too, sayang. Dah lama mama tak berbual dengan anak mama.
Anyway, how’s your life, sayang? Is
everything fine?” soalnya prihatin.
Lia angguk
perlahan. “Just fine. Em, mama.. Can I
ask you something?”
“Sure, dear. Apa dia?” Penasaran Datin
Julia bertanya. Wajah Lia dipandang serius. Lia berdeham sedikit sebelum
meneruskan kata-kata. Nak membasahkan tekak.
“Mama..
papa.. bila nak berbaik?” soalnya berhati-hati. Takut sekiranya mama melenting.
Almaklumlah, hubungan mereka sejak dua menjak ni tak adalah baik mana. Keruh
berpanjangan.
Seperti yang
dijangka, mama tampak gelisah. Tak keruan. Cukup tidak selesa bila dibahas soal
perkahwinannya. Namun, bibir mungilnya kekal tersenyum. “Mama nak maklumkan
sesuatu pada Lia. Tapi sebelum tu, mama harap, Lia dapat terima keputusan mama
seadanya.”
Suara Datin
Julia bertukar serius. Bingung Lia melihatnya. Dalam hati, dia cukup khuatir
akan kata-kata mamanya itu. Namun, dia yakin, mama seorang yang bijak.
Berpandangan luas. Tak mungkin mama sanggup membuat keputusan yang mampu
menggores hatinya. Melainkan...
Papa. Ah,
orang tua itu. Tak habis-habis menyusahkan hidupnya. Menghuru-harakan hubungan
kekeluargaannya. Gara-gara papa, dia terpaksa berenggang dengan mama. Berjauhan
dengan mama. Ah, dasar manusia egois! Pentingkan diri sendiri! Licik. Kutuk Lia
dalam hati.
“If.. God will it. Apa dia mama?” soalnya
penasaran. Harap-harap berita baik.
Datin Julia
mengeluh kecil. Ada riak sedih di wajahnya. Lantas dia mencapai tangan Lia,
menggenggamnya kemas. Lia terpinga sendiri. “Mama dengan papa.. dah bercerai.”
Prang!
Rasa macam
ada hati yang berkecai pada detik ini. Pecah. Berterabur menjadi beberapa
kepingan. Hancur. Rapuh. Sungguh Lia rasa macam nak melalak aje sekarang ni.
Menangis. Menjerit, semahu-mahunya. Musnah harapannya nak melihat papa dan mama
bersatu semula. Musnah impiannya nak membina keluarga bahagia hingga ke syurga.
Musnah. Sekelip mata saja.
Air mata
yang deras dibiarkan mengalir. Laju. Biarlah. Biarlah orang nak mengata dia mamat cengeng ke apa. Lantaklah. Dia dah
tak peduli. Apa yang berlegar di mindanya kini, hanyalah papa. Ya, papa. Dia
perlu bersemuka dengan papa. Kalau perlu, dia mahu tumbuk wajah yang
menyakitkan hati itu sehingga tertelan gusi. Biar dia rasa macam mana sakitnya
hati anak dia sekarang ini!
“Lia..
mama..”
“Lia nak
pergi.”
“Lia, mama
belum habis cakap lagi.”
“Just stop it, mama. You disappoint me.
Really.” ucap Lia keras.
Datin Julia
sudah resah. Tak mampu menelan penerimaan anaknya. Sungguh dia sangka, Lia
bakal bertenang dan redha atas segalanya. Namun, sekarang ini, sangkaannya jauh
meleset!
“Lia, mama minta maaf. Mama tahu mama salah. Mama tak patut
buat Lia macam ni...” Lia cuba ditahan daripada pergi.
“It’s all late, mama! It’s all late! Hands
off!” tengking Lia kuat. Langsung tak mempedulikan mata-mata yang
memandangnya.
“Lia,
mama...”
“I said hands off!!”
“Okay.” Pegangan dileraikan.
Tajam Lia merenungnya. Dalam. “Listen here, mama. Jangan pernah muncul di depan Lia lagi. Lia dah
muak nak tengok muka mama dan papa. Jijik. So
please.. get out. Get out from my life!” jeritnya lantang sebelum melangkah
pergi. Biadab sekali.
Tergamam Datin Julia akan kata-kata anak tunggalnya itu.
Terluka. Tak sangka Lia sanggup membuangnya sebegitu rupa. Macam sampah. Tak
sangka. Tanpa disedari, ada cecair jernih yang mengalir di pipi mulusnya.
Dan kami
perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah
mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya
dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya
kepada Ku-lah tempat kembalimu.
(Surah Luqman: Ayat
14)
“ASSALAMUALAIKUM..”
“Waalaikumussalam...” Tergamam Era melihat si empunya suara yang memberi
salam. Terpukau. Beku tubuhnya untuk seketika waktu. Kaku. Ibarat lateks
bertemu asid. Keras.
“Cik, boleh
saya jumpa Datuk Latiff?” soalnya lelaki itu lembut. Selembut bayu pagi yang
menampar pipi. Cukup membuaikan hatinya yang sedang lara ini. Oh Tuhan, adakah
ini bidadara syurga yang dihantar ke mari untuk aku? Era sudah meroyan sendiri.
Lama wajah
lelaki di hadapannya itu menjadi tilikannya. Sumpah dia katakan, lelaki ini
kacak sekali. Bersongkok. Berkot. Kacak sangat. Tersangat-sangat kacak! Lebih
kacak daripada David Beckham! Cristiano Ronaldo! Lee Dong Wook! Suami Erin
Malek! Abang Who The F! Pendek kata yang terpendek di dunia, lelaki inilah
lelaki paling kacak yang pernah dia nampak seumur hidup dia! Haaa kan dah.
“Cik.. Cik
okey?” soal lelaki itu seraya melambai-lambaikan tangannya.
Era
tersentak. Kuat, sampaikan bahunya terangkat ke atas. Aiyoyo, mengusyar anak teruna orang tak ingat dunia. Kan dah kantoi! “Err.. err.. saya okey. Encik ni siapa ya?” soal Era memalu. Gila
tak malu?
Lelaki itu
tersenyum kecil.
Mak aihhh senyuman
dia. Mencairkan hati betul. Manusia ke apa dia ni? Bebel Era dalam hati.
Nampaknya, tak puas dok mengusyar
lagi. “Saya Hadi. Hadi Iskandar, peguam yang Cik telefon pagi tadi?”
Oh.. Hadi Iskandar. Peguam syarie yang dia contact
pagi tadi, merangkap abang Naja. Hmm..
ini ke orangnya? Bapak muda gila! Kacak pula tu! “Oh.. abang Naja ya? Err.. Encik Hadi nak jumpa dengan Datuk
ke? Dia ada kat dalam.” ucap Era sesopan mungkin.
“Yep, boleh saya
masuk?” tanyanya lembut.
Era senyum. “Masuklah. Dipersilakan..”
Hadi
mengangguk tanda mengerti. Pintu kayu jati yang tertulis nama Datuk Latiff Tan
Sri Mohamad Zambri itu diketuk beberapa kali. Terdengarkan perkataan masuk dari
dalam, penuh cermat pintu itu dibuka. Tersembul wajah seorang lelaki tua yang
tampak berkarisma. Berwibawa. Hadi tertunduk hormat sebelum mencium tangan tua
itu.
Tergamam maha
hebat Datuk Latiff melihat perlakuan lelaki bersongkok itu. Sopan sungguh,
desisnya dalam hati. “Assalamualaikum, Datuk. Maaf saya lambat. Saya ada urusan
sikit tadi.” ucapnya serba salah. Senyuman tak lekang di bibir.
Datuk Latiff
turut membalas senyuman itu. “Eh, tak apa. Saya faham. Encik Hadi dah datang ni
pun dah cukup bagus. Ya tak?” seloroh Datuk Latiff. Pada masa yang sama, dia
sempat menilik lelaki yang cukup tinggi itu. Kacak, komennya dalam hati.
“Oh ya,
perkenalkan saya Datuk Latiff. Pengarah Grandeur Empire.” Datuk Latiff mula
memperkenalkan diri. Tangan dihulur untuk bersalam.
Hadi menyambut huluran
itu tanpa rasa segan silu. Dia senyum hormat. “Saya Hadi, Hadi Iskandar. A lawyer and a manager at Tetuan Iskandar
& Associates.”
TERANGGUK-ANGGUK kepala Hadi terdengarkan kisah rumahtangga Datuk Latiff yang
membawa kepada perceraian. Ya, perceraian. Perkara yang dilaknat oleh Allah SWT
dalam perihal rumahtangga. Sesungguhnya..
Daripada Ibnu
Umar, Rasulullah S.A.W bersabda: Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah
S.W.T ialah talak. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
“Jadi, Datuk
ceraikan Datin kerana dia curang? Begitu?” soal Hadi inginkan kepastian. Langsung
tidak memandang wajah tua itu. Kelihatan seperti dia sedang leka mencatatkan
sesuatu pada buku notanya. Tekun sungguh.
Datuk Latiff
mengangguk laju. Tanda mengiakan. “Dah dua kali saya nampak dia ke hotel dengan
jantan tu. First time, saya cuma
perhatikan gitu-gitu aje. And the second time, saya berjaya serbu
bilik tu. Dan seperti yang saya jangkakan...” Datuk Latiff tarik nafas terlebih
dahulu sebelum meneruskan bicara. Lalu dihelanya perlahan.
“Dia beradu asmara
kat belakang saya.” sambungnya lagi.
Diam
menyelubungi perbincangan mereka.
“Apa yang
Datuk nampak masa tu?” soal Hadi berhati hati. Almaklumlah, perkara sensitif.
Terlalu peribadi. Tapi dia perlu tahu.
Datuk Latiff
sekadar mendiamkan diri. Matanya dilarikan menghadap lantai. Seolah-olah sedang
menyembunyikan sesuatu. Hadi hanya memerhati. Pada masa yang sama, dia
terperasankan sesuatu. Ada cecair jernih yang menitis di pipi lelaki tua itu.
Datuk
menangis? Allahuakbar. Datuk
tersinggung ke dengan pertanyaan dia tadi? Kasar sangat ke cara dia bertanya?
Hadi mula rasa serba salah. Perlahan-lahan bahu sasa Datuk Latiff itu ditepuk
lembut. Ingin menenangkannya.
“Sa.. sa..
saya nampak dia tak berbaju. Bogel. Same
goes to that guy. They both were making out in the same comforter...”
ucapnya jelas. Air mata makin galak mengalir.
Hadi menghulurkan sapu tangannya kepada lelaki tua itu. Lemah
sekali Datuk Latiff menyambut. Seolah-olah segala tenaganya sudah dihabiskan dengan
menangis.
“Saya.. saya sedih, Hadi. Saya tak sangka Julia sanggup
menduakan saya. Menggantikan tempat saya sebagai suami dia dengan lelaki lain.
Saya kecewa, Hadi. Saya kecewa..” tangisnya dalam esakan. Perlahan-lahan Hadi
membawa lelaki itu ke dalam dakapan. Lantas dipeluknya dengan penuh kasih
sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap bapanya.
Dia faham, apa yang dilalui orang tua itu. Dia cukup faham,
kerana dia juga seorang lelaki. Biarpun dia belum berkahwin, cukuplah
pengalaman mengajarnya untuk mengerti. Mungkin tak seberapa jika nak
dibandingkan dengan Datuk Latiff, tapi cukuplah. Dia turut merasakannya.
“Dalam Surah
Al-Baqarah, ayat 286: Allah tidak
membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala
(dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika
kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada
kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum
kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup
kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah
Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” ucap Hadi
tenang. Perlahan-lahan air mata Datuk Latiff disekanya.
“Ada sebab kenapa Allah uji Datuk sehebat ini. Sesungguhnya,
Dia Maha Adil dan Maha Penyayang. Dia tahu kemampuan Datuk. Insyallah, Dia takkan berikan ujian yang
melampaui kemampuan Datuk. Insyallah.”
tambahnya lagi.
BANG!
Bunyi pintu yang dihempas kuat memecahkan keheningan drama
air mata tadi. Tersentak Hadi dibuatnya. Terkejut. Begitu juga dengan Datuk
Latiff. Terlihatkan seorang gadis yang tak ada rupa gadis itu, dia terus tegak
berdiri. Liur diteguk rakus.
Hadi turut melakukan hal yang sama. Terpandangkan seorang
‘lelaki’ yang sedang menghampiri mereka itu, mindanya mula menerawang jauh.
Seakan-akan cuba untuk mengingati sesuatu.
Sekejap. Dia macam pernah nampak aje lelaki bersubang ni.
Tapi di mana ya? Hadi berfikir sejenak. Cuba untuk mengingati wajah seorang
lelaki yang cukup mulus itu.
Pang!
Satu tamparan hebat disedekahkan ke wajah Datuk Latiff.
Tersentak Hadi melihatnya. Tergamam. Tak sangka lelaki itu berani menampar
Pengarah syarikat yang berjaya ini. Mengejutkan sungguh. Siapa lelaki ni
agaknya? Anak lelaki dia ke? Hadi bermonolog sendiri. Dalam hati.
“Adelia.. what are you
doing?!”
Adelia? Aik,
perempuan ke? Membulat mata Hadi terdengarkan nama manusia yang disangka lelaki
itu. Sekali lagi dia menilik seorang insan yang masih belum dikenalpasti
jantinanya itu.
Berambut pacak.
Berkemeja panjang.
Berkot hitam.
Berkasut kulit.
Sungguh dia pernah jumpa manusia yang berkriteria sebegini.
Tapi dia lupa pula. Kat mana ya? Sedaya upaya Hadi cuba mengasah minda untuk
mengingat. Namun, matanya masih setia menyaksikan adegan tampar menampar itu.
“Itu tak setanding dengan apa yang papa dah buat kat mama,
kat Ad! You divorced her! You ruined my
life! And now.. what? Papa ada skandal dengan jantan ni pulak?!”
“Papa ceraikan mama ada sebabnya. Papa tak ada niat pun nak
hancurkan hidup Ad.. And this guy, he’s
just working for me. That’s all.” terang Datuk Latiff lembut.
“Stop giving me a
stupid reason! Papa kalau nak buat keputusan, jangan selfish! Papa tak fikir ke macam mana masa depan Ad kalau kau orang
bercerai?! Papa tak fikir ke nasib Ad?!”
“Ad, please lower down
your voice. Papa belum pekak lagi.”
“Papa memang belum pekak, tapi papa buta! Papa tak tahu nak
bezakan antara gelas dengan kaca! My mum
is a good woman! But you divorced her! Brainless!” Sungguh dia rasa anaknya
itu patut forward kata-kata itu
kepada dirinya sendiri. Dah lah tak tahu apa-apa, ada hati nak mengajar dia?
Menasihati dia? Menyumpah seranah dia? Memang tak lah!
Datuk Latiff tarik nafas perlahan. Dia perlu bersabar. “Ad, calm down. You just don’t know the whole
story. Please.. stop judging my decision. I have my own right. I’m a husband
and you. Just a daughter. Keep quiet.” Selamba dia bersuara.
Hadi sekadar memerhati dari tepi. Takut pula dia melihat
pertengkaran anak-beranak ni. Menyeramkan sungguh. Kalau beginilah nasib
seorang ayah, jujur dia katakan, dia belum bersedia untuk berkahwin. Sama
sekali tidak.
Lia merengus kasar. Baru sahaja dia nak membuka mulut.. “Oh wait. Perkenalkan, Hadi Iskandar. A lawyer of mine.”
Pandangan dialihkan pada lelaki tinggi yang bersongkok itu.
Terdiam Lia untuk sejenak. Seolah-olah sedang terfikirkan sesuatu.
“Dan.. dia yang akan uruskan kes perceraian papa dan mama.”
What?!
Terdengarkan kata-kata terakhir Datuk Latiff itu, Lia
mengambil langkah. Menghampiri lelaki tinggi itu. Mendekatinya. Tajam mata bundarnya
merenung wajah tenang itu. Setenang laut biru yang mengalir. Tapi maaf. Laut
biru itu gagal menandingi api yang sedang marak dalam dirinya. Dan...
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi kiri Hadi. Sakit. Kebas. Perit.
Perlahan-lahan pipi kirinya diraba perlahan. Lalu dia kembali memandang wajah singa
betina di depannya itu.
Pang!
Kali ini, pipi kanannya pula yang menjadi mangsa. Lebih
sakit. Lebih kebas. Lebih perit daripada tadi. Sumpah, sakit! Pedih! Datuk
Latiff yang melihat sudahpun tercengang. Menganga luas mulutnya untuk seketika.
Baru sahaja dia nak mencelah.. “Don’t interfere, papa. Kalau tak nak senasib.” Keras Lia bersuara.
Marah sungguh lagaknya. Mata masih tajam merenung wajah lelaki bersongkok itu.
Kepala juga masih kuat mendongak untuk menghadap lelaki tinggi itu. Sekali
sekala tag nama lelaki itu melekat pada
pandangannya. Almaklumlah, matanya paras dada lelaki itu aje.
Iskandar.
Dia kembali mendongak, memandang wajah merah menyala itu.
Kali ini, tali leher lelaki bersongkok itu ditariknya pula. Kuat. Sehinggakan..
dahi mereka bercantum. Mata mereka bertaut. Hampir saja hidung mancung mereka mahu
berlaga. Namun, Lia bijak mencipta jarak di antara wajah mereka. Gaya macam dah
biasa.
Tergamam Hadi melihat perlakuan gadis itu. Dia meneguk liur. Sungguh
inilah kali pertama dia sedekat ini dengan mana-mana gadis bukan mahram. Berdebar
habis dada bidangnya. Berdegup kencang jantungnya. Wajah bengang Lia melekat
pada pandangannya. Berwajah putih mulus. Bermata bundar. Cantik.
“Puas hati kau dapat cerai-beraikan mak bapak aku? Hah, puas?
Puas dapat huru-harakan keluarga aku?” ucap Lia kasar dan perlahan.
Anak matanya masih setia merenung mata hazel itu. Biarpun cantik, dia dah tak peduli. Tak kesah. Rasa
amarah yang menguasai diri benar-benar melenyapkan nafsu syahwatnya.
Sehinggakan sekarang ni, dia rasa macam nak bunuh aje jantan tak guna ni! Huh!
Mujur akal dia masih waras. Kalau tak... ada yang arwah petang ni!
Terdiam Hadi untuk seketika. Tak tahu nak membalas apa. Kelu
lidahnya. Beku juga tubuhnya. Sedari tadi, dadanya tak henti-henti berdebar.
Bergetar. Jantung juga rasa macam nak pecah. Dia beristighfar. Cuba untuk
menjatuhkan mata daripada merenung gadis di depannya itu.
“Apasal tak
pandang? Takut? Cuak?”
“Cik, tolong lepaskan saya. Tak elok dekat macam ni. Tak
manis. Cik kan perempuan, saya pula lelaki.” Hadi bersuara perlahan. Lembut.
Tenang. Tiada aura nak marah, mengamuk mahupun melenting.
“Ad, sudahlah tu. Toksah
nak buli Hadi. Dia tak bersalah pun.” tegur Datuk Latiff setelah lama
mendiamkan diri. Takut pula melihat sikap anak tunggalnya itu.
Lia mendengus kasar. Geram. Tali leher lelaki itu mula
dilepaskan.
“Urusan kita belum selesai.” ucapnya seraya menolak tubuh
sasa itu. Kuat. Nasib baik tak tersungkur ke belakang.
“And you, papa. You owe
me an explanation.” tambahnya lagi sebelum melangkah pergi.
Terlihatkan pemergian Lia, Datuk Latiff mengeluh berat.
Namun, nafas lega tetap dihela. Benar-benar lega. Wajah merah Hadi dipandang pula.
“Hadi okey?”
Hadi menoleh, memandang kliennya itu. Dia angguk. “Okey.”
Amboiii... ganaznya ad....uishh kalah hadi cmni....
ReplyDeletebiasalah tu pengkid xD
DeleteBuatlah cerpen bibik jgn pergi 2 dulu..plissssss
ReplyDeleteinsyallah sya akn usahakan. utk korang. tp beri masa sikit ya ;)
DeleteGilosss !!! First in my life, i read this kind of story. Your keeping a great writing ! Keep it up girl ! Chaiyokk
ReplyDeleteHaha alhamdulillah. Terima kasih ;)
ReplyDeleteWoaaaa.. Cant you let me to adore u ? Hahah.. Im not lesbian okay.. Hahaha.. My love writer ever after sis :* aaaaa.. Cant wait to read more more and more.. *drooling*
ReplyDeleteYou'reso funny & always make me guffaw. Huhu thank you love. Just stay tuned xD
Deletewow.... cool habis cerita nie... like seriously cool!! first time bace cerita yg macam ni... and i reallyy love it :* haha
ReplyDeletehaha thanks for reading! just stay tuned :)
Deletenak lg..
ReplyDeletesambung...tak cukup la
ReplyDeleteunexpected smpi jadi gnas mcm tu skli...mcm mnla klu dah jadi isteri hdi nnt..
ReplyDeletehahaha.. ad tampar hadi.. pang!! satu, lepas tu sapa tampar sapa pulak tuu???
ReplyDeletebelum ada smbungan ker ?
ReplyDelete