Friday, December 12, 2014

Jadi Isteri Abang? 4,5


BAB 4
ALUNAN lagu Mewangi yang bergema mematikan perlakuannya. Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Rasa macam dia asyik melekat dengan phone aje sepanjang hari ni. Mana taknya, twenty-four over seven pasti ada je makhluk Tuhan yang call.
            Dan..
Sembilan puluh sembilan peratus daripada pemanggil yang menghubunginya adalah perempuan. Huh, gila betul! Gaya macam dia ni kasanova kelas satu pun ada.
Iphone 6s yang terletak elok di atas meja solek mula dicapai. Daripada dibiarkan Akim & The Majistrate terpekik terlolong satu rumah, lebih baik dia jawab. Nama yang tertera pada skrin dipandang sekilas sebelum butang Call diwipe.
Hallo..” Lia bersuara sedikit keras. Bengang.
Bae!!!! You free tak malam ni?” soal Belle manja.
Terdengarkan liuk lentok suaranya, terus reda api kemarahan di hati Lia. Mana taknya, suara Belle kedengaran seksi sekali. Cukup membuaikan dan menghiburkan. Tak hairanlah seandainya dia sering tergoda dengan gadis ini.
Rambut perangnya disisir ke tepi. Tersenyum herot Lia memandang ke arah plane mirror. “Of course, Baby. I tengah bersiap nak ke parti. Erm.. you nak jumpa I ke?”
            “If you don’t mind, I will. Tapi.. ada syarat.”
            “What is it?
            “Um, you kena jemput I dan hantar I balik ke rumah. Unfortunately, I don’t have any transportation tonight..
            “No problem. I’ll fetch you at 9.
            “Thanks, Bae! See you there! Muahhh!Tet. Talian termati.
            Penampilannya ditilik terlebih dahulu di hadapan cermin sebelum melangkah pergi. Relaks dan santai sekali. Lia sekadar memakai sweater jenama Nike dan jeans lusuh. Tidak dilupakan juga beanie yang tersulam ‘Bae’ di atas kepala. Beanie yang dihadiahkan oleh Belle sempena hari jadinya yang ke-24. Alang-alang nak dating dengan minah tu, lebih baik rasanya jika dia menyarung beanie ni sekali. Em, at least hubungan mereka bakal bertambah intim, bukan?
            Anak tangga dituruni satu per satu. Pantas Lia bergerak menuju ke pintu utama. Namun, baru sahaja dia nak membuka pintu..
“Ad nak ke mana tu?” tegur Mak Mah yang baru muncul dari dapur. Atas bawah, atas bawah, tubuh Lia diperhatikan. Berkerut dahi tuanya melihat penampilan Lia. Kelelakian sungguh. Ingatkan teruna mana lah tadi, desisnya dalam hati.
Lia menoleh, memandang si orang gaji yang cukup merimaskan itu. Riak menyampah tahap dewa mula ditayangkan. “Nak keluar.”
Mak Mah menggeleng perlahan. “Ad nak ke mana malam-malam buta ni? Tak eloklah Ad, anak dara keluar malam..” tegurnya lembut.
“Mak Mah jangan nak menyibuk boleh tak?! Ad tahulah jaga diri Ad!” ucap Lia keras. Tajam mata bundarnya menjeling wanita tua itu.
And one more, jangan beritahu papa yang Ad keluar malam. Macam biasa.” arah Lia tegas. Kuasa sebagai anak majikan dimanfaatkan sepenuhnya. Yalah.. dah ada hamba. Apa salahnya dipergunakan sekali sekala? Erm, dia juga yang beruntung.
“Tapi kalau Datuk tanya?”
“Kata aje lah Ad dah tidur. Tak kuasa lah orang tua tu nak spotcheck bilik bagai. Dia mana pernah kesah fasal anak dia..” luah Lia tanpa disedari. Sayu pula hatinya tatkala terkenangkan pengabaian papa terhadapnya. Sungguh papa tak pernah kesah fasal dia, papa tak pernah pedulikan dia.
Mak Mah tersenyum pahit. “Tak baik cakap macam tu, Ad. Datuk sayangkan Ad..”
Whatever.” balas Lia pendek seraya melangkah pergi. Langsung tak mempedulikan Mak Mah yang tercengang-cengang melihat sikapnya.

GOOD morning, papa!” laung Lia ceria.
            Tubuh sasa Datuk Latiff dipeluk dari belakang. Mesra. Entah kenapa tiba-tiba aje dia teringin nak bermanja dengan papa. Tak ada angin, tak ada ribut. Hairan sungguh. Erm, mungkin takungan kasih sayang daripada papanya sudahpun kosong.
            Datuk Latiff lantas meleraikan pelukan si anak. Terkedu Lia terlihatkan perbuatan papanya itu. Tak sangka papa tega menolak pelukannya. Seolah-olah sudah lesap rasa kasih orang tua itu terhadapnya.
Apa dia ni anak pungut ke? Langsung tak bermakna bagi papa? Lia terkilan sendiri. Dalam diam, dia sebak akan sikap papanya yang lebih mementingkan urusan kerja berbanding dirinya. Sejujurnya, dia kecewa. Sedih. Pilu. Rasa macam tak ada siapa sayangkan dia.
“Ad pergi mana malam tadi?” soal Datuk Latiff tegas. Langsung tak memandang wajah anak gadisnya itu. Tak kuasa.
Lia terdiam. Tergamam dirinya terdengarkan pertanyaan papa itu. Jelingan tajam sempat dikirimkan buat si hamba abdi, Mak Mah yang busybody. Dia berlagak tenang. “Mana ada Ad keluar papa.. Ad bertapa kat bilik je malam tadi.”
“Bertapa kat bilik ke bertapa kat kelab malam?” sindir Datuk Latiff. Sengaja.
Stop accusing me. I’m tired of this.
Then, stop lying to me. I’m sick of it. Papa dah menyampah nak dengar segala penipuan Ad. Dah muak. Meluat.”
Then, tak payah dengar.” ucap Lia seraya mengangkat punggung. Terus mati selera dia nak menjamah sarapan pagi. Kalau dipaksa juga, mahu saja dia termuntah di depan muka orang tua ini.
“Ad, duduk. Makan.” Datuk Latiff mula mengeluarkan arahan. Tegas. Sakit hatinya nak menghadap kerenah Lia ni. Degil. Kepala konkrit. Kurang ajar. Biadab. Serupa je macam mama dia yang tak guna tu! Bentak Datuk Latiff dalam hati.
Lia tersenyum sinis. “Sorry, tak ada selera. Muak.” sindirnya sebelum bergegas melangkah pergi.
Datuk Latiff hanya mampu memerhati.

“ERA, saya nak awak call mana-mana firma guaman. Then, hired seorang peguam untuk saya.”
            “Boleh saya tahu atas urusan apa?” Penuh berhati-hati Era menyoal. Takut sekiranya bos kesayangannya itu melenting. Nanti tak tentu fasal ada yang kena bebel!
            "Atas urusan keluarga. Saya nak dia uruskan kes perceraian saya.”
What?! Datuk Latiff dah bercerai? Walauweh, tak sangka. Macam tak percaya pun ada. Err.. bukan ke beliau sekeluarga sedang bahagia? Masakan boleh berlaku perceraian pula ni?
“Erm, kalau boleh, saya nak dia datang lepas lunch nanti. Faham?” Tegas Datuk Latiff bersuara. Tegang juga raut wajahnya. Meram padam.
            Era mengangguk tanda mengerti. Patuh pada arahan. “Baiklah, Datuk. Saya akan usahakan sebaik mungkin.”
            “Good. Anyway, please call off all meetings. Saya tak ada mood.” ucapnya lemah sebelum berlalu pergi. Nampak tertekan sekali. Era hanya menjadi pemerhati. Tumpang simpati akan nasib majikannya.
            “Kenapa tu?” soal Naja, merangkap officematenya paling dekat.
            “Moody. Biasalah tu, ada masalah keluarga.” Naja hanya mengangguk. Malas pula nak campur. Asal tahu isi cerita, sudah. Tak perlu huraiannya sekali.
Era mula mencari senarai nombor telefon firma guaman yang pernah disimpannya sebelum ini. Satu per satu nombor telefon yang terpampang ditiliknya. Berkerut dahi licinnya bila ada yang tak kena. Pantas dia angkat muka, memandang Naja yang sedang berdiri menyusun fail di rak.
“Naj, kau ada simpan number firma syarie tak?” soal Era perlahan.
Naja menoleh, memandangnya. Hairan terdengarkan permintaan Era itu. Pelik. Datuk nak bercerai ke? Atau.. nak urus harta?
“Kenapa tak cari kat Internet?” Soalan dibalas soalan. Bagus kau, Naja.
Era mengeluh kecil. Meluat pula dengan sikap Naja yang banyak tanya. Dah lah dia dah kesuntukan masa sekarang ni! “I’ve no time, dear. Datuk suruh arrange appointment dengan lawyer after lunch. Dan masalahnya sekarang ni, number firma syarie pun aku tak ada. Macam mana nak cari lawyer?”
“Yalah.. yalah.. sorry. Jangan menangis. Aku ada. Nah.”
“Nombor siapa ni weh?” soal Era terpinga-pinga. Wajah Naja dipandang bagaikan tak percaya. Naja sekadar beriak selamba.
“Abang aku. He’s a lawyer. Call je dia, insyallah, mana tahu dia boleh bantu.”
Like seriously? Thank you Naja!” jerit Era keriangan. Gembira sungguh dia!
Naja senyum. “No biggie, kawan.”

BAB 5
LIA mematikan langkahnya. Melilau-lilau mata bundar itu memerhati sekeliling. Seakan-akan sedang mencari sesuatu. Lama dia berkeadaan sebegitu sehinggalah..
            “Lia!” jerit satu suara dari satu sudut.
            Lia menoleh, memandang si empunya suara yang cukup dirindui.
Mama.
Tersenyum bibirnya untuk seketika. Pantas dia bergerak, menghampiri wanita itu. Air mata yang mulai bertakung di tubir mata cuba ditahan. Sedaya upaya. Tak mahu melihat wanita itu sedih.
            “Mama..” panggilnya seraya mendakap tubuh ramping itu. Wajah dibiarkan tenggelam pada bahu si ibu. Rindu. Lama dia bertindak sebegitu.
            Datin Julia hanya membiarkan. Dia tahu, Lia sangat rindukan dia, dahagakan belaiannya. Sudah lama rasanya mereka tak bersemuka. Bergurau senda. Sudah lama. Ini semua salahnya.
            Rambut perang Lia diusap lembut. Lalu dicium perlahan. “Lia sihat?”
            “Sihat, ma..” Suara Lia kedengaran serak. Terperanjat Datin Julia dibuatnya. Pantas dia meleraikan pelukan. Memandang wajah si anak yang jelas basah kuyup. Terkejut.
            “Lia, kenapa menangis ni?” Diam.
            “Hey.. sayang... kenapa ni? Kenapa Lia menangis? Papa ada pukul Lia ke?” soal Datin Julia bertalu-talu. Risau.
            Lia tersenyum pahit. “Tak ada lah, ma. Papa layan Lia dengan baik sekali. Lia cuma..” Mata yang kembali berair mula dilarikan. Sengaja. Tak nak menangis di depan mama. Tak nak buat mama risau.
            “Cuma apa sayang?” soal Datin Julia lembut. Lia senyum. “Lia cuma rindukan mama. I miss you so much, ma.” ucapnya seraya mencium tangan si ibu.
            Datin Julia turut tersenyum. Kepala si anak diusap lembut. “I miss you too, sayang. Dah lama mama tak berbual dengan anak mama. Anyway, how’s your life, sayang? Is everything fine?” soalnya prihatin.
            Lia angguk perlahan. “Just fine. Em, mama.. Can I ask you something?
            “Sure, dear. Apa dia?” Penasaran Datin Julia bertanya. Wajah Lia dipandang serius. Lia berdeham sedikit sebelum meneruskan kata-kata. Nak membasahkan tekak.
            “Mama.. papa.. bila nak berbaik?” soalnya berhati-hati. Takut sekiranya mama melenting. Almaklumlah, hubungan mereka sejak dua menjak ni tak adalah baik mana. Keruh berpanjangan.
            Seperti yang dijangka, mama tampak gelisah. Tak keruan. Cukup tidak selesa bila dibahas soal perkahwinannya. Namun, bibir mungilnya kekal tersenyum. “Mama nak maklumkan sesuatu pada Lia. Tapi sebelum tu, mama harap, Lia dapat terima keputusan mama seadanya.”
            Suara Datin Julia bertukar serius. Bingung Lia melihatnya. Dalam hati, dia cukup khuatir akan kata-kata mamanya itu. Namun, dia yakin, mama seorang yang bijak. Berpandangan luas. Tak mungkin mama sanggup membuat keputusan yang mampu menggores hatinya. Melainkan...
            Papa. Ah, orang tua itu. Tak habis-habis menyusahkan hidupnya. Menghuru-harakan hubungan kekeluargaannya. Gara-gara papa, dia terpaksa berenggang dengan mama. Berjauhan dengan mama. Ah, dasar manusia egois! Pentingkan diri sendiri! Licik. Kutuk Lia dalam hati.
            “If.. God will it. Apa dia mama?” soalnya penasaran. Harap-harap berita baik.
            Datin Julia mengeluh kecil. Ada riak sedih di wajahnya. Lantas dia mencapai tangan Lia, menggenggamnya kemas. Lia terpinga sendiri. “Mama dengan papa.. dah bercerai.”
            Prang!
            Rasa macam ada hati yang berkecai pada detik ini. Pecah. Berterabur menjadi beberapa kepingan. Hancur. Rapuh. Sungguh Lia rasa macam nak melalak aje sekarang ni. Menangis. Menjerit, semahu-mahunya. Musnah harapannya nak melihat papa dan mama bersatu semula. Musnah impiannya nak membina keluarga bahagia hingga ke syurga. Musnah. Sekelip mata saja.
            Air mata yang deras dibiarkan mengalir. Laju. Biarlah. Biarlah orang nak mengata dia mamat cengeng ke apa. Lantaklah. Dia dah tak peduli. Apa yang berlegar di mindanya kini, hanyalah papa. Ya, papa. Dia perlu bersemuka dengan papa. Kalau perlu, dia mahu tumbuk wajah yang menyakitkan hati itu sehingga tertelan gusi. Biar dia rasa macam mana sakitnya hati anak dia sekarang ini!
            “Lia.. mama..”
            “Lia nak pergi.”
            “Lia, mama belum habis cakap lagi.”
            “Just stop it, mama. You disappoint me. Really.” ucap Lia keras.
            Datin Julia sudah resah. Tak mampu menelan penerimaan anaknya. Sungguh dia sangka, Lia bakal bertenang dan redha atas segalanya. Namun, sekarang ini, sangkaannya jauh meleset!
“Lia, mama minta maaf. Mama tahu mama salah. Mama tak patut buat Lia macam ni...” Lia cuba ditahan daripada pergi.
            “It’s all late, mama! It’s all late! Hands off!” tengking Lia kuat. Langsung tak mempedulikan mata-mata yang memandangnya.
            “Lia, mama...”
            “I said hands off!!
            “Okay.” Pegangan dileraikan.
Tajam Lia merenungnya. Dalam. “Listen here, mama. Jangan pernah muncul di depan Lia lagi. Lia dah muak nak tengok muka mama dan papa. Jijik. So please.. get out. Get out from my life!” jeritnya lantang sebelum melangkah pergi. Biadab sekali.
Tergamam Datin Julia akan kata-kata anak tunggalnya itu. Terluka. Tak sangka Lia sanggup membuangnya sebegitu rupa. Macam sampah. Tak sangka. Tanpa disedari, ada cecair jernih yang mengalir di pipi mulusnya.
Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada Ku-lah tempat kembalimu.
(Surah Luqman: Ayat 14)

“ASSALAMUALAIKUM..”
            “Waalaikumussalam...” Tergamam Era melihat si empunya suara yang memberi salam. Terpukau. Beku tubuhnya untuk seketika waktu. Kaku. Ibarat lateks bertemu asid. Keras.
            “Cik, boleh saya jumpa Datuk Latiff?” soalnya lelaki itu lembut. Selembut bayu pagi yang menampar pipi. Cukup membuaikan hatinya yang sedang lara ini. Oh Tuhan, adakah ini bidadara syurga yang dihantar ke mari untuk aku? Era sudah meroyan sendiri.
            Lama wajah lelaki di hadapannya itu menjadi tilikannya. Sumpah dia katakan, lelaki ini kacak sekali. Bersongkok. Berkot. Kacak sangat. Tersangat-sangat kacak! Lebih kacak daripada David Beckham! Cristiano Ronaldo! Lee Dong Wook! Suami Erin Malek! Abang Who The F! Pendek kata yang terpendek di dunia, lelaki inilah lelaki paling kacak yang pernah dia nampak seumur hidup dia! Haaa kan dah.
            “Cik.. Cik okey?” soal lelaki itu seraya melambai-lambaikan tangannya.
            Era tersentak. Kuat, sampaikan bahunya terangkat ke atas. Aiyoyo, mengusyar anak teruna orang tak ingat dunia. Kan dah kantoi! “Err.. err.. saya okey. Encik ni siapa ya?” soal Era memalu. Gila tak malu?
            Lelaki itu tersenyum kecil.
Mak aihhh senyuman dia. Mencairkan hati betul. Manusia ke apa dia ni? Bebel Era dalam hati. Nampaknya, tak puas dok mengusyar lagi. “Saya Hadi. Hadi Iskandar, peguam yang Cik telefon pagi tadi?”
Oh.. Hadi Iskandar. Peguam syarie yang dia contact pagi tadi, merangkap abang Naja. Hmm.. ini ke orangnya? Bapak muda gila! Kacak pula tu! “Oh.. abang Naja ya? Err.. Encik Hadi nak jumpa dengan Datuk ke? Dia ada kat dalam.” ucap Era sesopan mungkin.
Yep, boleh saya masuk?” tanyanya lembut.
Era senyum. “Masuklah. Dipersilakan..”
            Hadi mengangguk tanda mengerti. Pintu kayu jati yang tertulis nama Datuk Latiff Tan Sri Mohamad Zambri itu diketuk beberapa kali. Terdengarkan perkataan masuk dari dalam, penuh cermat pintu itu dibuka. Tersembul wajah seorang lelaki tua yang tampak berkarisma. Berwibawa. Hadi tertunduk hormat sebelum mencium tangan tua itu.
            Tergamam maha hebat Datuk Latiff melihat perlakuan lelaki bersongkok itu. Sopan sungguh, desisnya dalam hati. “Assalamualaikum, Datuk. Maaf saya lambat. Saya ada urusan sikit tadi.” ucapnya serba salah. Senyuman tak lekang di bibir.
            Datuk Latiff turut membalas senyuman itu. “Eh, tak apa. Saya faham. Encik Hadi dah datang ni pun dah cukup bagus. Ya tak?” seloroh Datuk Latiff. Pada masa yang sama, dia sempat menilik lelaki yang cukup tinggi itu. Kacak, komennya dalam hati.
            “Oh ya, perkenalkan saya Datuk Latiff. Pengarah Grandeur Empire.” Datuk Latiff mula memperkenalkan diri. Tangan dihulur untuk bersalam.
 Hadi menyambut huluran itu tanpa rasa segan silu. Dia senyum hormat. “Saya Hadi, Hadi Iskandar. A lawyer and a manager at Tetuan Iskandar & Associates.

TERANGGUK-ANGGUK kepala Hadi terdengarkan kisah rumahtangga Datuk Latiff yang membawa kepada perceraian. Ya, perceraian. Perkara yang dilaknat oleh Allah SWT dalam perihal rumahtangga. Sesungguhnya..
Daripada Ibnu Umar, Rasulullah S.A.W bersabda: Perkara halal yang paling dibenci oleh Allah S.W.T ialah talak. (Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
            “Jadi, Datuk ceraikan Datin kerana dia curang? Begitu?” soal Hadi inginkan kepastian. Langsung tidak memandang wajah tua itu. Kelihatan seperti dia sedang leka mencatatkan sesuatu pada buku notanya. Tekun sungguh.
            Datuk Latiff mengangguk laju. Tanda mengiakan. “Dah dua kali saya nampak dia ke hotel dengan jantan tu. First time, saya cuma perhatikan gitu-gitu aje. And the second time, saya berjaya serbu bilik tu. Dan seperti yang saya jangkakan...” Datuk Latiff tarik nafas terlebih dahulu sebelum meneruskan bicara. Lalu dihelanya perlahan.
            “Dia beradu asmara kat belakang saya.” sambungnya lagi.
            Diam menyelubungi perbincangan mereka.
            “Apa yang Datuk nampak masa tu?” soal Hadi berhati hati. Almaklumlah, perkara sensitif. Terlalu peribadi. Tapi dia perlu tahu.
            Datuk Latiff sekadar mendiamkan diri. Matanya dilarikan menghadap lantai. Seolah-olah sedang menyembunyikan sesuatu. Hadi hanya memerhati. Pada masa yang sama, dia terperasankan sesuatu. Ada cecair jernih yang menitis di pipi lelaki tua itu.
            Datuk menangis? Allahuakbar. Datuk tersinggung ke dengan pertanyaan dia tadi? Kasar sangat ke cara dia bertanya? Hadi mula rasa serba salah. Perlahan-lahan bahu sasa Datuk Latiff itu ditepuk lembut. Ingin menenangkannya.
            “Sa.. sa.. saya nampak dia tak berbaju. Bogel. Same goes to that guy. They both were making out in the same comforter...” ucapnya jelas. Air mata makin galak mengalir.
Hadi menghulurkan sapu tangannya kepada lelaki tua itu. Lemah sekali Datuk Latiff menyambut. Seolah-olah segala tenaganya sudah dihabiskan dengan menangis.
“Saya.. saya sedih, Hadi. Saya tak sangka Julia sanggup menduakan saya. Menggantikan tempat saya sebagai suami dia dengan lelaki lain. Saya kecewa, Hadi. Saya kecewa..” tangisnya dalam esakan. Perlahan-lahan Hadi membawa lelaki itu ke dalam dakapan. Lantas dipeluknya dengan penuh kasih sayang. Kasih sayang seorang anak terhadap bapanya.
Dia faham, apa yang dilalui orang tua itu. Dia cukup faham, kerana dia juga seorang lelaki. Biarpun dia belum berkahwin, cukuplah pengalaman mengajarnya untuk mengerti. Mungkin tak seberapa jika nak dibandingkan dengan Datuk Latiff, tapi cukuplah. Dia turut merasakannya.
 “Dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.” ucap Hadi tenang. Perlahan-lahan air mata Datuk Latiff disekanya.
“Ada sebab kenapa Allah uji Datuk sehebat ini. Sesungguhnya, Dia Maha Adil dan Maha Penyayang. Dia tahu kemampuan Datuk. Insyallah, Dia takkan berikan ujian yang melampaui kemampuan Datuk. Insyallah.” tambahnya lagi.

BANG!
Bunyi pintu yang dihempas kuat memecahkan keheningan drama air mata tadi. Tersentak Hadi dibuatnya. Terkejut. Begitu juga dengan Datuk Latiff. Terlihatkan seorang gadis yang tak ada rupa gadis itu, dia terus tegak berdiri. Liur diteguk rakus.
Hadi turut melakukan hal yang sama. Terpandangkan seorang ‘lelaki’ yang sedang menghampiri mereka itu, mindanya mula menerawang jauh. Seakan-akan cuba untuk mengingati sesuatu.
Sekejap. Dia macam pernah nampak aje lelaki bersubang ni. Tapi di mana ya? Hadi berfikir sejenak. Cuba untuk mengingati wajah seorang lelaki yang cukup mulus itu.
Pang!
Satu tamparan hebat disedekahkan ke wajah Datuk Latiff. Tersentak Hadi melihatnya. Tergamam. Tak sangka lelaki itu berani menampar Pengarah syarikat yang berjaya ini. Mengejutkan sungguh. Siapa lelaki ni agaknya? Anak lelaki dia ke? Hadi bermonolog sendiri. Dalam hati.
Adelia.. what are you doing?!
Adelia? Aik, perempuan ke? Membulat mata Hadi terdengarkan nama manusia yang disangka lelaki itu. Sekali lagi dia menilik seorang insan yang masih belum dikenalpasti jantinanya itu.
Berambut pacak.
Berkemeja panjang.
Berkot hitam.
Berkasut kulit.
Sungguh dia pernah jumpa manusia yang berkriteria sebegini. Tapi dia lupa pula. Kat mana ya? Sedaya upaya Hadi cuba mengasah minda untuk mengingat. Namun, matanya masih setia menyaksikan adegan tampar menampar itu.
“Itu tak setanding dengan apa yang papa dah buat kat mama, kat Ad! You divorced her! You ruined my life! And now.. what? Papa ada skandal dengan jantan ni pulak?!”
“Papa ceraikan mama ada sebabnya. Papa tak ada niat pun nak hancurkan hidup Ad.. And this guy, he’s just working for me. That’s all.” terang Datuk Latiff lembut.
Stop giving me a stupid reason! Papa kalau nak buat keputusan, jangan selfish! Papa tak fikir ke macam mana masa depan Ad kalau kau orang bercerai?! Papa tak fikir ke nasib Ad?!”
Ad, please lower down your voice. Papa belum pekak lagi.
“Papa memang belum pekak, tapi papa buta! Papa tak tahu nak bezakan antara gelas dengan kaca! My mum is a good woman! But you divorced her! Brainless!” Sungguh dia rasa anaknya itu patut forward kata-kata itu kepada dirinya sendiri. Dah lah tak tahu apa-apa, ada hati nak mengajar dia? Menasihati dia? Menyumpah seranah dia? Memang tak lah!
Datuk Latiff tarik nafas perlahan. Dia perlu bersabar. “Ad, calm down. You just don’t know the whole story. Please.. stop judging my decision. I have my own right. I’m a husband and you. Just a daughter. Keep quiet.” Selamba dia bersuara.
Hadi sekadar memerhati dari tepi. Takut pula dia melihat pertengkaran anak-beranak ni. Menyeramkan sungguh. Kalau beginilah nasib seorang ayah, jujur dia katakan, dia belum bersedia untuk berkahwin. Sama sekali tidak.
Lia merengus kasar. Baru sahaja dia nak membuka mulut.. “Oh wait. Perkenalkan, Hadi Iskandar. A lawyer of mine.
Pandangan dialihkan pada lelaki tinggi yang bersongkok itu. Terdiam Lia untuk sejenak. Seolah-olah sedang terfikirkan sesuatu.
“Dan.. dia yang akan uruskan kes perceraian papa dan mama.”
What?!
Terdengarkan kata-kata terakhir Datuk Latiff itu, Lia mengambil langkah. Menghampiri lelaki tinggi itu. Mendekatinya. Tajam mata bundarnya merenung wajah tenang itu. Setenang laut biru yang mengalir. Tapi maaf. Laut biru itu gagal menandingi api yang sedang marak dalam dirinya. Dan...
Pang!
Satu tamparan hinggap di pipi kiri Hadi. Sakit. Kebas. Perit. Perlahan-lahan pipi kirinya diraba perlahan. Lalu dia kembali memandang wajah singa betina di depannya itu.
Pang!
Kali ini, pipi kanannya pula yang menjadi mangsa. Lebih sakit. Lebih kebas. Lebih perit daripada tadi. Sumpah, sakit! Pedih! Datuk Latiff yang melihat sudahpun tercengang. Menganga luas mulutnya untuk seketika.
Baru sahaja dia nak mencelah.. “Don’t interfere, papa. Kalau tak nak senasib.” Keras Lia bersuara. Marah sungguh lagaknya. Mata masih tajam merenung wajah lelaki bersongkok itu. Kepala juga masih kuat mendongak untuk menghadap lelaki tinggi itu. Sekali sekala tag nama lelaki itu melekat pada pandangannya. Almaklumlah, matanya paras dada lelaki itu aje.
Iskandar.
Dia kembali mendongak, memandang wajah merah menyala itu. Kali ini, tali leher lelaki bersongkok itu ditariknya pula. Kuat. Sehinggakan.. dahi mereka bercantum. Mata mereka bertaut. Hampir saja hidung mancung mereka mahu berlaga. Namun, Lia bijak mencipta jarak di antara wajah mereka. Gaya macam dah biasa.
Tergamam Hadi melihat perlakuan gadis itu. Dia meneguk liur. Sungguh inilah kali pertama dia sedekat ini dengan mana-mana gadis bukan mahram. Berdebar habis dada bidangnya. Berdegup kencang jantungnya. Wajah bengang Lia melekat pada pandangannya. Berwajah putih mulus. Bermata bundar. Cantik.
“Puas hati kau dapat cerai-beraikan mak bapak aku? Hah, puas? Puas dapat huru-harakan keluarga aku?” ucap Lia kasar dan perlahan.
Anak matanya masih setia merenung mata hazel itu. Biarpun cantik, dia dah tak peduli. Tak kesah. Rasa amarah yang menguasai diri benar-benar melenyapkan nafsu syahwatnya. Sehinggakan sekarang ni, dia rasa macam nak bunuh aje jantan tak guna ni! Huh! Mujur akal dia masih waras. Kalau tak... ada yang arwah petang ni!
Terdiam Hadi untuk seketika. Tak tahu nak membalas apa. Kelu lidahnya. Beku juga tubuhnya. Sedari tadi, dadanya tak henti-henti berdebar. Bergetar. Jantung juga rasa macam nak pecah. Dia beristighfar. Cuba untuk menjatuhkan mata daripada merenung gadis di depannya itu.
Apasal tak pandang? Takut? Cuak?”
“Cik, tolong lepaskan saya. Tak elok dekat macam ni. Tak manis. Cik kan perempuan, saya pula lelaki.” Hadi bersuara perlahan. Lembut. Tenang. Tiada aura nak marah, mengamuk mahupun melenting.
“Ad, sudahlah tu. Toksah nak buli Hadi. Dia tak bersalah pun.” tegur Datuk Latiff setelah lama mendiamkan diri. Takut pula melihat sikap anak tunggalnya itu.
Lia mendengus kasar. Geram. Tali leher lelaki itu mula dilepaskan.
“Urusan kita belum selesai.” ucapnya seraya menolak tubuh sasa itu. Kuat. Nasib baik tak tersungkur ke belakang.
And you, papa. You owe me an explanation.” tambahnya lagi sebelum melangkah pergi.
Terlihatkan pemergian Lia, Datuk Latiff mengeluh berat. Namun, nafas lega tetap dihela. Benar-benar lega. Wajah merah Hadi dipandang pula. “Hadi okey?”
Hadi menoleh, memandang kliennya itu. Dia angguk. “Okey.” 

15 comments:

  1. Amboiii... ganaznya ad....uishh kalah hadi cmni....

    ReplyDelete
  2. Buatlah cerpen bibik jgn pergi 2 dulu..plissssss

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah sya akn usahakan. utk korang. tp beri masa sikit ya ;)

      Delete
  3. Gilosss !!! First in my life, i read this kind of story. Your keeping a great writing ! Keep it up girl ! Chaiyokk

    ReplyDelete
  4. Woaaaa.. Cant you let me to adore u ? Hahah.. Im not lesbian okay.. Hahaha.. My love writer ever after sis :* aaaaa.. Cant wait to read more more and more.. *drooling*

    ReplyDelete
    Replies
    1. You'reso funny & always make me guffaw. Huhu thank you love. Just stay tuned xD

      Delete
  5. wow.... cool habis cerita nie... like seriously cool!! first time bace cerita yg macam ni... and i reallyy love it :* haha

    ReplyDelete
  6. unexpected smpi jadi gnas mcm tu skli...mcm mnla klu dah jadi isteri hdi nnt..

    ReplyDelete
  7. hahaha.. ad tampar hadi.. pang!! satu, lepas tu sapa tampar sapa pulak tuu???

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.