Thursday, February 20, 2014

I Heart You, Doctor! 22,23

BAB 22
KELAM kabut Amanda menyiapkan sarapan pagi untuk mereka berdua. Cheese omellete yang baru saja digoreng di atas pan mula dihidangkan di atas pinggan. Tak dilupakan juga, mee goreng mamak buatannya.
Haih… ini kalau Adrian tak pandang masakan dia ni, dia tak tahu lah nak cakap apa. Hmm mamat tu nak ke makan mee goreng buatan aku ni? Alih-alih, sentuh pun dia tak ingin. Err sia-sia aje usaha murni aku di pagi hari, ya tak?
“Banyaknya kau masak. Siapa nak makan ni?” soal Syed Adrian yang baru saja turun dari tingkat atas. Hidangan yang nampak menyelerakan itu ditilik dengan rasa was-was.
Wajah Amanda terus bertukar muram. Pertanyaan Syed Adrian ‘siapa nak makan ni?’ membuatkan dia yakin yang masakannya takkan disentuh. Terutamanya, mee goreng mamak buatannya itu. Err mamat high class macam dia ni manalah reti nak makan mee goreng bagai, Manda oi. Yang kau gatal dok masak benda tu, apahal?
Hurm, biar kucing yang makan. Awak tak nak, kan?” soal Amanda menginginkan kepastian. Dalam masa yang sama, mukanya sengaja dimonyokkan.
Kata-kata Amanda yang seolah-olah sedang berjauh hati itu membuatkan Syed Adrian tersenyum sendiri. Lantas gadis yang sudah siap bertudung litup itu didekati tanpa berfikir panjang. Spontan saja lengan kanannya memeluk bahu Amanda.
“Siapa kata aku tak nak? Mestilah aku nak…. Apatah lagi Puan Amanda yang masak. Mesti sedap hingga menjilat jari, kan?” bisik Syed Adrian perlahan.
Amanda terpaku seketika. Tindakan Syed Adrian yang sedang memeluk bahunya dengan penuh selamba itu membuatkan tubuhnya terkaku macam apa. Ditambah lagi dengan bisikan maut lagi menggoda daripada lelaki itu. Errr naik meremang lah pula rasanya.
“Awak boleh ke tepi sikit tak? Saya tengah sibuk ni. Kalau awak nak bermanja bagai sekalipun, pergilah dok bermanja dengan kucing sana. Saya izinkan.” ucap Amanda bagaikan tiada perasaan.
“Kucing tu berbulu, abang tak suka… Abang suka macam Manda. Smooth…” Syed Adrian mula menyakat.
Kata-kata Syed Adrian yang penuh makna itu membuatkan kerjanya terhenti seketika. Wajah Syed Adrian yang tersengih sumbing memandangnya direnung tajam. Huh… penuh dengan sinis, ya?
Tanpa berfikir panjang, lantas tangan kirinya menampar bahu Syed Adrian sekuat yang mungkin. Tindakan Amanda yang cukup drastik itu membuatkan dia tersentak bagai nak rak. Spontan aje bahu sasanya diusap lembut.
Woi! Apahal main tampar-tampar ni? Bisa tahu tak!” jerit Syed Adrian sekuat hati.
Amanda hanya tersengih sendiri. Wajah Syed Adrian yang bertukar merah akibat rasa marah membuatkan dia berasa cuak lah pula. Jelingan maut daripada lelaki itu membuatkan dia rasa bersalah macam apa. Alamak…. kuat sangat ke tamparan aku tadi?
Syed Adrian mendengus agak kasar. Lantas dia bangun daripada duduknya lalu segera mengambil briefcase yang diletakkan di atas sofa. Wajah Amanda yang dah serupa ayam berak kapur langsung tak dipandang.
“Awak…. tunggu!” jerit Amanda dari meja makan. Lalu segera dia mengambil mangkuk tingkat yang sudah disediakan sebentar tadi.
Langkah Syed Adrian termati di depan pintu utama. Huluran aneh daripada Amanda membuatkan dia runsing sendiri. Apahal dia bagi aku mangkuk tingkat ni?
“Nah, bekal. Saya dah masakkan lunch untuk awak. Confirm takkan basi dan takkan sejuk. Just trust me.” Amanda cuba meyakinkan.
Syed Adrian terkedu seketika. Kata-kata Amanda itu membuatkan dia terkejut bagaikan tak percaya. Errr aku tersalah dengar ke apa ni? Bekal? Dia bagi aku bekal?! Hello doctor! Apasal kau nerd sangat ni?
“Selama 28 tahun aku hidup kat dunia ni, tak ada seorang manusia pun yang pernah sediakan bekal untuk aku..... kecuali kau.” ucap Syed Adrian perlahan dan serius.
So, saya ni orang pertama lah ya? Hmm bagus sangat lah tu! That’s why awak ni kuat membazir orangnya, ya tak?” komen Amanda cukup selamba. Tapi… betullah. Buktinya, mamat ni sanggup korbankan RM4.6 juta semata-mata nak memiliki sebuah rumah. Ish… ish… ish…
Whatever. Aku dah lambat ni. Okay, bye…” balas Syed Adrian pendek. Malas pula dia nak melayan kritikan daripada Amanda tu.
“Kejap! Nah, awak ambil lah bekal ni. Penat saya masak tau. And one more, bak tangan kanan. Please?” pujuk Amanda lembut.
Syed Adrian tak banyak cakap. Tak banyak membantah. Lantas mangkuk tingkat itu diambil. Permintaan Amanda yang menginginkan tangan kanannya turut dituruti. Entah apa motif minah ni, dia sendiri tak peduli.
Perlahan-lahan tangan sasa tapi mulus itu dicium tanpa berfikir panjang. Lama.
Perlakuan Amanda yang berada di luar jangkaan itu diperhatikan. Terkebil-kebil mata biru lautnya mengamati tindakan gadis itu.
Hmm macam tak percaya.... Dia cium tangan aku? Apahal dah sepesen drama melayu ni weh? Komen Syed Adrian dalam hati. Aneh dengan tindakan si isteri.

PELANTIKAN putera sulung Tan Sri Henry Michael sebagai CEO di Shake’s Holding disambut dengan begitu meriah. Tak sangka pula jejaka kacak melampau itu bakal menggantikan posisi adiknya, Syed Adam sebagai CEO di syarikat itu.
Tapi apa yang pasti…. semua staf berasa senang dengan keramahan bos baru mereka yang bukan saja baik, malah kacak juga orangnya. Hmm sejak bila pula Syed Adrian jadi peramah tak ingat dunia ni? Err pelik! Tapi benar.
Hello, Mr Adrian. I’m Andrea, your new personal assistant.” ucap gadis itu dengan penuh tertib. Tangannya dihulurkan sebagai salam perkenalan.
Syed Adrian menyambut perkenalan itu dengan senang hati. Lantas huluran gadis cantik itu disambut tanpa segan silu.
“Ehem! Sudah-sudah lah tu. By the way, that is your room, Adrian. Hope you like it.” tegur Tan Sri Henry yang baru saja tiba di situ.
Kedatangan bos besar di situ membuatkan huluran perkenalan antara mereka terlerai.
Oh yes, Andrea. Do show him the room, okay? I got something to do right now.” tambah Tan Sri Henry lagi. Dia mula memberi arahan kepada setiausaha putera sulungnya.
Andrea hanya mengangguk tanda mengerti. Dia mula mengangkat punggung. Arahan daripada bos besar langsung tak dibantah malah, dia setia menurut.
Follow me, Mr Adrian….” ajaknya tanpa rasa canggung dengan bos baru.
Syed Adrian mula mengambil langkah. Langkah setiausahanya diikuti dari belakang. Saat mereka tiba di bilik yang ingin ditujui, Andrea mula membukakan pintu bagi mempersilakan bos baru.
Terkejut dirinya saat melihat keluasan bilik itu. Susunan perabot yang cukup unik juga menarik perhatiannya. Wah, gila besar ofis baru aku ni…. Mengalahkan ofis dekat UK sana tahu! Huh…. kaya betul syarikat mummy ni.
Hope you’re fine with the new surrounding. Tan Sri izinkan Encik Adrian untuk menilik identiti syarikat ni terlebih dahulu. But if you’re ready, let me know about it, okay?” ucap Andrea cukup profesional.
Sikap profesional yang dimiliki oleh setiausahanya membuatkan Syed Adrian berasa kagum pula. Dia merasakan pekerja-pekerja di syarikat mummy dia ni sudah terlatih lebih awal. Bagus…. Tak hairan lah sekiranya syarikat ni cukup gah di mata masyarakat.
Plus, you got two meetings today. For any information, you may ask me.” tambahnya lagi sebelum mengundur diri.
Syed Adrian hanya tersenyum lalu mengangguk tanda mengerti. Entah kenapa dia berasa janggal lah pula bila perlu berurus dengan para pekerja di sini. Haih…. tak apa. Lama kelamaan okey lah tu.
Dokumen yang terdapat di atas meja mula ditilik. Identiti syarikat besar ini mula dibaca satu persatu. Jujur dia katakan, mulutnya tak habis-habis menyumpah seranah kehebatan syarikat mummynya itu. Fuh…. Mesti syarikat ni jadi top sewaktu di bawah pimpinan Adam. Errr boleh ke dia contohi pimpinan mamat tu?
“Soalan bangang ke apa ni, Adrian? Of course lah boleh! Kalau kau nak tahu, kau tu jauh lebih hebat daripada mamat beruk tu. Buktinya? Hmm kau layak memimpin Michael Corporation yang tak asing lagi di UK sana, ya tak? Err apa je yang mamat beruk tu ada, jika nak dibandingkan dengan kau?” hatinya mula bersuara.
Syed Adrian mula mengangguk tanpa disedari.                    
“Aku ada Amanda. Dia tak ada.” spontan saja kata-kata yang cukup maut itu terhambur keluar daripada mulutnya.
Err apa kena mengena dengan Amanda pulak ni? Haiyaa kau ni Adrian. Sikit-sikit Amanda, sikit-sikit Amanda! Apa yang istimewa sangat kat minah tu, hah?
She’s so special. I like her.” Sekali lagi Syed Adrian menjawab kata hatinya tanpa disedari. Err gila! Demam ke apa aku ni?

HAMPIR saja dia terlompat saat melihat kemunculan si daddy. Nafas lega ditarik. Lantas dadanya diurut lembut gara-gara rasa terkejut yang melampau.
            Hai orang tua ni…. masuk bilik aku bukannya reti nak beri salam. Main terjah aje kerjanya! Macam mana lah mummy tu tak selalu sakit jantung, ya tak? Syed Adrian mula mengutuk dalam hati.
            “Jom lunch?” ajak Tan Sri Henry saat melihat keberadaan putera sulungnya yang masih bertapa di dalam bilik itu. Amboi, workaholic nampak? Sejak bila?
            Terpandangkan mangkuk tingkat di atas meja putera sulungnya itu membuatkan Tan Sri Henry tercengang seketika. Sungguh dia macam tak percaya pula dengan apa yang dilihatnya. Budak ni bawa bekal ke apa?
            “Aik…. sejak bila kamu reti bawa bekal, Rian? Selama daddy hidup dengan kamu…. Tak pernah pulak kamu bawa bekal pergi ke sekolah…. Apatah lagi pergi ke kerja?” soal Tan Sri Henry hairan dan aneh. Pelik dia melihat perubahan baru dalam hidup Syed Adrian ni. Angkara siapa semuanya ni?
            Syed Adrian hanya mengeluh kecil. Perlahan-lahan dia menyudu nasi goreng buatan si isteri ke dalam mulut. Hmm dia dah agak dah… Semua orang bakal terkejut bagai nak rak bila nampak ‘Syed Adrian dan mangkuk bekal’. Sungguh tak pernah dibuatnya sebelum ni!
            “Daddy tak payah nak bikin muka pelik sangat lah…. Macam lah Rian ni teringin sangat nak bawa mangkuk bekal ni. Dah lah berat!” komen Syed Adrian tanpa berselindung. Err nama pun mangkuk steel, confirm lah berat Rian oi.
            “Ha ha ha ha… sayang betul Amanda kat kamu kan, Rian? Beruntung kamu dapat isteri sebaik tu. Hmm dah lah baik… lemah lembut… cantik pulak tu. Bak kata orang, full of package lah kan!” Tan Sri Henry mula menyakat. Tapi dia memang ikhlas memuji kelebihan yang ada pada si menantu.
            Syed Adrian mencebik. Sesudu nasi goreng masih disumbat ke dalam mulut. Erm payau aje rasa tekak ni bila ada yang dok puji si Amanda tu. Macam lah minah tu bagus sangat? Err lemah lembut ke apa kalau orang cakap sikit aje membantah! Cakap sikit aje memberontak! Full of package ke kalau macam tu?
            “It seems like she’s trying to change my life. Hmm you know what, dad. My life is getting so nerd after I married to her…..” luah Syed Adrian kepada si daddy.
            “Is she influenced you?” soal Tan Sri Henry pula ingin tahu.
            Tanpa berselindung, Syed Adrian mengangguk. Memang dia akui, Amanda banyak mempengaruhi kehidupannya. Kehidupannya yang liar bertukar kepada kehidupan yang nerd dan membosankan. Senang cerita, kehidupan yang langsung tak enjoyable!
            “That’s good.” komen Tan Sri Henry pendek. Rasa-rasanya, tak salah Adriana memilih Amanda sebagai menantu mereka. Alhamdullilah…. Buktinya, sedikit demi sedikit putera sulungnya mula berubah ke arah kebaikan.
            “Stop it, dad. That’s totally not good. I feel like she’s controlling my life like mummy did. Rian rasa terkongkong lah pula. Yalah…. nak buat ini tak boleh. Nak buat itu tak boleh. Semua tak boleh! Apa yang boleh pun Rian tak tahu…” bebel Syed Adrian.
            Tan Sri Henry hanya tergelak kecil saat mendengar bebelan si anak. Hmm bagus. Satu lagi perubahan yang menggemparkan. Putera sulungnya dah reti membebel!
            “At least, Rian bahagia kan?” soal Tan Sri Henry inginkan kepastian.
            Pertanyaan si daddy dipertimbangkan seketika. Wajah si daddy mula dipandang. Err aku bahagia ke? Kalau aku tak bahagia…. dah lama dah aku ceraikan si Amanda tu, ya tak? Habistu, takkan aku bahagia kot? Haih, tak masuk akal betul!
            “Tak. Rian tak bahagia.” jawab Syed Adrian selamba. Egonya dituruti.
            Jawapan ‘entah betul entah tidak’ daripada Syed Adrian itu membuatkan Tan Sri Henry menggeleng perlahan. Aneh dia melihat sikap putera sulungnya yang masih nak berego bagai. Alahai, kalau dah suka tu…. apa salahnya mengaku, anakku oi? Bukannya berdosa pun.
            “I don’t trust you. Anyway, daddy nak keluar lunch dulu lah. Terliur pulak daddy tengok nasi goreng buatan isteri kamu tu. Haih…. beruntung kamu Rian. Tak semua isteri sanggup nak buatkan bekal untuk si suami, tahu?” Tan Sri Henry mula mengingatkan.
            Syed Adrian hanya membatukan diri. Nasi goreng masih disudu ke dalam mulut. Haih… apa yang untungnya bila perlu bawa mangkuk berat ni ke hulu ke hilir? Malang lagi menyusahkan ada lah! Dia masih berperang dalam hati.
 Alasan? Entah lah…. dia sendiri tak tahu dan dia takkan ambil tahu.

BAB 23
SUHU si pesakit mula diperiksa dengan menggunakan thermometer. Hmm 39 darjah celcius? Dah kira demam panas lah ni. Perlahan-lahan pesakit itu didekati untuk memeriksa kadar degupan jantung pula. Saat kerjanya sudah selesai, Amanda mula memberikan sedikit sebanyak nasihat yang berguna kepada pesakit.
            “Awak demam ni, Puan Hawa. Tak apa…. Nanti saya sediakan ubat demam dan juga ubat antibiotik. Pastikan ubat antibiotik tu diambil sampai habis, ya?” pesan Amanda lembut dan penuh berhemah.
            Hawa hanya mengangguk tanda mengerti. Kesakitan yang dialaminya membuatkan tubuhnya berasa lesu dan lemah. Sungguh berat ujian yang Allah berikan untuk dirinya pada hari ini. Tapi tak apa lah…… sesungguhnya, ada yang lebih menderita daripada dirinya buat masa ni.
            “Misi, tolong pimpin Puan Hawa ke kaunter pembayaran, ya?” arah Amanda saat pandangannya terlekat pada misi Ain yang baru saja menerjah ke dalam biliknya.
            Misi Ain hanya menurut. Lantas wanita itu dipimpin untuk dibawa ke kaunter pembayaran.
            Nafas lega ditarik seketika. Ramai pula pesakit yang datang berkunjung pada hari bekerja seperti ni. Haih… terutamanya, pesakit demam. Memang musim demam ke apa sekarang ni?
            Bunyi Whatsapp notification yang menandakan ada mesej yang baru masuk membuatkan lamunannya terhenti seketika. Tak semena-mena dia tersentak kuat macam apa. Huh…. siapa pula yang dok gatal hantar Whatsapp text time-time kerja macam ni? Ini mesti……
            Lantas Whatsapp text itu dibuka dan dibaca.
            From: Adrian Hantu Raya // Suamiku Yang Sexayh
Sedap nasi goreng tu. Thank you! <3
Esok abang nak lagi tau? Tapi jangan letak cili padi, okey? ^_^
Hmm pedas! Abang tak tahan. :-*
            Amanda tersenyum lucu. Panggilan ‘abang’ yang digunakan oleh Syed Adrian membuatkan keningnya terjongket seketika.
            “Sekejap guna panggilan ‘aku’... Sekejap guna panggilan ‘abang’... Tak faham betul aku dengan perangai mamat ni. Hmm unpredictable…” komen Amanda sendirian.
            “Ehem! Text dengan siapa tu, doktor?” tegur misi Ain yang baru saja tiba di situ.
            Riak Amanda yang tiba-tiba saja tersengih sana tersengih sini membuatkan dia berasa musykil pula. Hairan dia melihat perubahan mood doktor itu sejak dua menjak ni. Haih, doktor pengantin baru ni…… Tengah hangat bercinta dengan suami sendiri ke?
            Teguran daripada misi Ain itu membuatkan dia tersentak seketika. Hampir saja Iphone 5s miliknya mahu terpelanting tadi. Huh, kalau tak…… beribu-ribu ringgit duit dia bakal melayang tau! Hmm ingat dia ni kaya-raya tak ingat dunia macam si Adrian tu ke?
            “Ish awak ni, Ain! Terkejut saya dibuatnya tau! Nasib baik jantung saya tak buat hal tadi. Kalau tak…  tak tentu pasal nanti suami saya tu jadi duda panas!” bebel Amanda super spontan.
            Errr duda panas? Hmm apa yang nak dihairankan? Syed Adrian tu memang panas orangnya.
            Kata-kata doktor itu membuatkan misi Ain tergelak besar. Hampir saja dia nak terguling di situ juga. Namun, nasib baik tindakannya itu sempat dikawal.
            “Lawak lah doktor ni. Hmm tapi… suami doktor tu memang panas orangnya, kan? Bukan panas sebab hot-temper, tapi panas sebab famous….” misi Ain mula mengemukakan pendapat.
Ya, memang dia akui. Suami Dr Amanda tu memang famous orangnya. Buktinya? Nama lelaki itu pasti meniti di bibir-bibir para jururawat, para pesakit, para doktor mahupun para cleaner setiap kali lelaki itu datang berkunjung ke hospital gara-gara nak bertemu dengan Dr Amanda. Hmm hebat!
Amanda mencebik. Menyampah pula rasanya bila mendengar trademark orang ramai pada Syed Adrian itu. Err famous? Hmm famous amos lah sangat. Kalau famous sekalipun, tapi perangai tetap macam hantu raya, buat apa? Buat pekasam aje lah kan? Kutuk Amanda dalam hati. Lantas kepalanya menggeleng perlahan tanpa disedari.

PERPINDAHAN Syed Adam ke Stiff’s Corporation menjadi satu tanda tanya bagi staf-staf yang bekerja di syarikat itu. Pelik juga rasanya saat melihat kemunculan CEO Shake’s Holding yang cukup terkenal itu di syarikat mereka. Takkan dah kena transfer kot?
            Bilik CEO yang terletak di bahagian yang paling hujung mula diserbu. Tanpa rasa bersalah, lantas barang-barangnya dihumban ke dalam bilik itu. Tindakan lelaki itu yang seolah-olah moody menambahkan lagi persoalan di benak para staf.
            “Mr Adam, is there anything wrong?” tegur Dahlia yang merupakan setiausaha peribadi kepada CEO baru di syarikat itu.
            Syed Adam cuma mengukirkan senyuman. Lantas dia menggeleng tanda tiada masalah. Sungguh dia tiada mood untuk bekerja sekarang ni. Saat ditukarkan ke syarikat milik keluarga mummynya ini, serta-merta mood kerjanya lenyap. Mungkin kerana rasa tak puas hati yang membuku terhadap Syed Adrian.
            Ya, Syed Adrian…… Kemunculan lelaki itu ke Malaysia benar-benar menyesakkan fikirannya. Apatah lagi, saat gadis kesayangannya mula menjadi isteri kepada lelaki itu secara rasmi. Jujur, dia memang tak berpuas hati dengan lelaki tu. Apa yang dimilikinya selama ni, pasti saja bakal jatuh pada tangan abang dia tu!
            “Bro, apasal moody semacam je ni?” tegur Hazryl yang baru saja tiba di bilik itu.
            Teguran daripada satu suara yang cukup dikenalinya itu membuatkan Syed Adam sedikit tersentak. Dengan penuh teliti wajah lelaki yang selamba duduk di depannya itu diamati. Hmm macam kenal…. siapa mamat ni ek?
            “Hai…. takkan lah muka aku yang punya handsome ni, kau boleh lupa? Hmm what’s wrong with you, Adam? Ini aku lah, Hazryl…” Hazryl mula menyedarkan lelaki yang nampak kusut semacam tu. Sengaja tangannya dihulur sebagai salam perkenalan.
            Syed Adam yang baru saja teringat akan kewujudan lelaki itu dalam hidupnya sudah mula menepuk dahi. Allah! Macam mana dia boleh terlupa akan kawan baiknya sendiri? Err nak kata jarang berjumpa, boleh tahan lah…. Rasa-rasanya, dah lama kot dia tak nampak batang hidung si Hazryl yang gila mancung ni.
            “Sorry, aku terlupa lah bro…. Well, dah lama tak berjumpa kan? Lagipun, aku busy lah sejak dua menjak ni. Kerja banyak sangat. Itu yang nampak stres semacam aje….” Syed Adam mula mencari alasan.
            Hazryl hanya tersenyum mendengar alasan daripada sahabatnya itu. Hmm busy sebab kerja ke… busy sebab awek, bro?
            “Hurm, never mind. Anyway, kau apa cerita sekarang ni? Still dengan Dr Scha ke?” soal Hazryl ingin tahu. Kali terakhir dia berjumpa dengan Syed Adam, lelaki ni sedang hangat bercinta dengan seorang doktor. Hmm rasanya mereka dah bertunang kot masa tu....
            Pertanyaan daripada Hazryl itu membuatkan senyumannya bertukar hambar. Sedih pula saat teringatkan nasib malangnya yang difitnah dan dipaksa untuk menikahi seorang perempuan yang langsung tak dicintainya. Sungguh, malang tak berbau.
            “Itu kisah lama lah, bro. Dah berkurun dah pun. Lagipun, Scha tu dah kahwin dengan orang lain. Begitu juga dengan aku…” Syed Adam mula membongkarkan cerita yang terkini.
            Jawapan yang terkeluar daripada mulut Syed Adam itu membuatkan Hazryl sedikit tercengang. Macam tak percaya…. Bukan ke mereka berdua ni bercinta bagai nak rak dulu? Tapi.... apahal masing-masing dah berkahwin dengan orang lain? Hmm ini ke yang dikatakan tiada jodoh? Mungkin.
            “Like seriously? Aku langsung tak tahu pasal perkahwinan kau, bro. Well, aku baru aje sampai Malaysia bulan lepas. Itu yang kuno semacam aje ni. By the way, siapa bini kau? Is she your choice?” sekali lagi Hazryl menyoal.
            “Not. Aku kena kahwin paksa. Hmm biasalah tu. Fenomena terbaru.” balas Syed Adam.
            Sekali lagi Hazryl tercengang. Jujur dia katakan, jalan cerita kehidupan sahabatnya itu cukup dramatik. Walauweh, dah boleh buat drama dah ni. Erm jangan mamat ni kata yang si Scha tu dah kahwin dengan abang dia sudah lah….
            “And…. Scha is married to my brother, Adrian.
            Kali ni Hazryl bukan saja tercengang, malah tergamam juga. Fuh, macam tak percaya…. Tepat tekaannya sebentar tadi. Aik, bukan ke si Adrian tu tengah hangat lagi hangit bercinta dengan Jessica Hogan? Hmm apa kes pulak dok kahwin dengan tunangan adik sendiri ni? Haih, tak faham… tak faham…
            “Sabar lah, bro. Mungkin ini semua rancangan Allah…. Dan mungkin Scha memang tak ditakdirkan untuk kau. Tapi…. untuk Adrian.” lembut Hazryl memujuk.
            Syed Adam terdiam seribu bahasa. Sungguh kenyataan itu begitu pahit untuk ditelan. Susah dia nak menerima gadis yang dicintainya setengah mati itu sebagai kakak iparnya sendiri. Dia yakin, dia masih ada peluang untuk merebut Amanda semula. Dan dia yakin, Amanda langsung tak cintakan Syed Adrian. Ya! Dia yakin akan itu! Dia yakin!
KETIADAAN kereta Mini Cooper milik si isteri membuatkan Syed Adrian berasa khuatir. Takut pula sekiranya Amanda tersesat di sekitar Sri Hartamas ni. Hmm almaklumlah, mereka baru saja berpindah ke sini kelmarin. Tambahan lagi, bukan senang nak ingat jalan ke banglo mereka ni.
            Pintu utama mula dibuka. Keadaan ruang tamu yang gelap gelita membuatkan dia berasa gerun lah pula. Lantas suis lampu ditekan agar suasana menjadi terang benderang. Jam dinding yang tergantung dengan penuh seni mula dipandang. Hurm, dah pukul 8.37 malam… Ke mana lah si Amanda ni dok merayap agaknya? Dah nak masuk ishak’ dah pun. Takkan tak balik lagi kot?
            Syed Adrian mula menapak ke ruang tamu. Lantas dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang tampak empuk itu. Akibat rasa bosan yang melampau, tv dibuka. Siaran 615 menjadi tatapan. Hmm tak ada Tom and Jerry ke time-time macam ni? Err dah lah bosan! Kan best kalau ada Amanda kat sini…
            Iphone 5s yang berada di dalam poket seluar mula diseluk. Lantas skrin fon disentuh. Whatsapp text yang diterimanya pada 2 jam yang lalu mula ditilik. Aik, macam mana dia boleh tak perasan ni? Takkan fon dia tersilent kot?
            From: My Wifey Amanda
                        Salam. Saya balik lambat hari ni. Bukan hari ni aje, tapi hari-hari.
                        Alasan? Saya ada ramai patient.
                        Busy. Kalau dah kurang, saya balik okey?
            Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Mati terus senyumannya saat membaca Whatsapp text daripada si isteri. Haih…. tak sangka pula inilah kesannya bila berkahwin dengan seorang doktor. Hmm nerd satu hal…. busy dua hal….
            “Kau menyesal ke, Adrian?” tanya kata hatinya.
            Spontan aje Syed Adrian menggeleng dalam keadaan sedar. Ya…. Dia tak menyesal mengahwini Amanda. Dia tak menyesal ditakdirkan bersama Amanda. Meskipun pada awalnya dia agak keberatan, tapi…. itu tak bermakna dia bakal menyesal dengan perkahwinan ini untuk seumur hidupnya...
            “Haih.... nasi sudah menjadi bubur. Buat apa nak menyesal? Dah tak ada gunanya pun. Terima aje lah minah tu seadanya.” penuh selamba Syed Adrian memberikan peringatan buat dirinya sendiri.
            Tiba-tiba, perutnya berkeroncong sehingga menyebabkan tekaknya berasa loya. Lantas pil gastrik yang sudah tersedia di dalam briefcase mula diambil. Baru saja dia nak menyeluk beg bimbitnya….
            “Eh, ubat gastrik kan dah habis semalam.... Aduh! Macam mana ni? Aku nak telan apa sekarang ni?” bebel Syed Adrian sendirian. Nasibnya mula diratapi.
            Entah kenapa tangannya masih gatal nak menyeluk beg bimbit tersebut, meskipun dia tahu yang ubat gastrik tu takkan muncul di dalam briefcase secara tiba-tiba.
“Sudahlah, Adrian. Buat apa, kau nak berharap lagi? Dah confirm-confirm yang ubat tu dah habis. Mustahil lah ubat dari hospital tu boleh terlompat sendiri, lepastu masuk ke dalam briefcase kau ni. Sudah-sudah lah tu. Jangan nak berkhayal sangat lah!” ucap kata hatinya.
Syed Adrian masih berdegil. Dia tetap nak menyeluk beg bimbitnya meskipun dia tahu, ubat gastrik tu takkan ada! Tapi… bak kata omputih, nothing is impossible. Everything can be happened in a minute.
Saat menyeluk beg bimbitnya, Syed Adrian merasakan ada sesuatu yang ganjil sedang bertapa dalam genggamannya. Lantas sesuatu yang ganjil itu dikeluarkan dari dalam beg.
“Ubat gastrik? Wah…. Macam mana boleh tiba-tiba muncul ni?” soal Syed Adrian cukup hairan. Pelik dengan kemunculan ubat tersebut di dalam beg bimbitnya.
Satu sticky note merah jambu yang terlekat pada paket ubat itu menjawab segala persoalan di benaknya. Sungguh dia macam tak percaya!
            Jangan lupa makan ubat ni bila perut awak tu buat hal.
                        Ehem! Ni bukan ubat tidur. Ni ubat gastrik.
Yang Comel, Amanda.
            Tak semena-mena wajahnya yang pucat itu mula mengukir senyuman di bibir. Untuk kali yang kedua, Amanda sudah menjadi penyelamatnya saat ditimpa sakit gastrik.
            Hmm sayang juga dia kat aku, kan?
            Errr memang lah dia sayang kat kau, Adrian. Kau kan suami dia!   
            Sekali lagi Syed Adrian tersenyum sendiri. Sungguh dia berasa senang melihat sikap Amanda yang terlalu caring mengenai perihal dirinya. Haih, kalau Amanda tak tolong… dah lama dia mati akibat sakit gastrik! Eh?
Macam kenal aje ayat ni? Syed Adrian tergelak sendiri.

20 comments:

  1. alaaaa... pendeknye cite..
    bile nk publish novel nih??
    nk beli.. lg cpt bace..
    btw, makin sweet la dorang tp adam mcm nk jadij jaat plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah bab-bab kali ni agak pendek. insyallah this yr, dear... haha no comment ;-)

      Delete
  2. Publish under mana ye? KN ke? Btw best. Tak sabar nak tunggu novel ni keluar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Karyaseni dear. Thank u so much.... Just stay tuned :-)

      Delete
  3. Great stroy! Tak ada update lagi ke cerita ni?

    ReplyDelete
  4. hope karya sis akan diterbitkan secepat mungkin! i'll always support you! aja aja fighting! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah... thanks dear! really appreciate it a lot :-)

      Delete
  5. kalau dah terbit. jgn lupa update yaa! sentiasa menanti i heart you, doctor!!!! :))))))))))))

    ReplyDelete
  6. Bila nak update......

    ReplyDelete
  7. Dh addicted ngan depa 2 ni.. hhheee best sgt..

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.