Tuesday, February 4, 2014

I Heart You, Doctor! 20,21

BAB 20
KEINDAHAN taman mini di vila itu menjadi tatapan di pagi hari. Daun-daun hijau yang menghiasi kawasan itu menambahkan lagi ketenangan di hati. Hmm tenang aje jiwa ni rasanya. Rasa macam hilang sebentar masalah yang sering menyesakkan fikiran. Kalaulah hari-hari dapat rasai suasana seperti ni……
            “Kau kan dah kahwin dengan Adrian, Manda. Rumah ni pun dah jadi rumah kau juga. So, hari-harilah kau dapat rasai suasana seperti ni, ya tak? Hmm yang kau nak pening-pening lagi, apahal?” bisik kata hatinya.
            Amanda mengangguk tiba-tiba. Betul juga kata hati dia tu. Apa yang nak dipeningkan lagi? Lagipun, vila ni dah macam vila dia sendiri. Watlek watcool je lah!
            Keberadaan si isteri di taman mini membuatkan Syed Adrian tersenyum sampai ke langit. Nafas lega ditarik perlahan. Huh…. kat sini minah nerd ni rupa-rupanya. Ingatkan dia dah lari dari vila lah tadi.
            Tubuh Amanda yang berdiri tegak di tepi kolam ikan itu mula didekati. Sehelai kain hitam yang berada di tapak tangannya digenggam kuat. Perlahan-perlahan sepasang kakinya menapak ke depan supaya kedatangannya tak disedari.
            Saat gadis itu dihampiri, lantas Syed Adrian menutup mata Amanda dengan kain tersebut lalu diikat sedikit ketat.
            Amanda yang merasakan penglihatannya gelap gelita mula menjerit bagai nak rak. Jeritan yang terlalu kuat itu menyebabkan Syed Adrian menekup mulutnya dengan tapak tangan. Huh…. diam juga akhirnya. Nasib baik dia cepat bertindak tadi. Kalau tak…. confirm dia kena bebel dengan mummy!
            “Kau boleh tolong diam tak? Ini aku lah!” marah Syed Adrian agak lantang. Suara garaunya sengaja diperlahankan agar tak didengari oleh sesiapa selain daripada mereka.
            Amanda yang mendengar suara yang cukup dikenalinya itu dah makin cuak. Tubuhnya sudah pun menggigil kesejukan gara-gara ketakutan ya amat. Adrian ke tu? Ya Allah… dia nak buat apa kat aku ni?!
            “A… awak, lepaskan saya lah! Kenapa awak buat macam ni? Sebenarnya, awak nak apa daripada saya, hah?!” soal Amanda seakan-akan menjerit.
Suara Amanda yang seolah-olah ketakutan itu membuatkan Syed Adrian tergelak besar. Hmm negative-thinking lah bini aku ni. Macam lah aku ni teringin sangat nak apa-apakan dia. Sorry naik lori lah weh… aku belum ada selera!
Err jangan nak perasan sangat, boleh tak? Aku tak teringin pun nak ngap kau lah. Ermm actually, aku ada surprise untuk kau. Tapi…. kau kena janji dengan aku dulu.” Bisik Syed Adrian perlahan. Dia mula menyatakan niatnya yang sebenar. Senyuman yang cukup manis masih tak lekang di bibir.
Nafas lega dihembus perlahan. Dadanya diurut lembut. Huh… lega hatinya. Nasib baik mamat ni berniat baik kat aku. Kalau tak… memang terkuburlah maruah aku. Hmm surprise? Surprise apa?
Surprise? Hmm sounds good. Okay deal! What’s that?” Amanda mula menyoal dengan riak yang cukup teruja. Tak sabar lah pula dia nak melihat kejutan maut daripada Syed Adrian tu. Ermm harap-haraplah mamat ni tak ada udang di sebalik batu. Harap-harap lah….
Riak teruja di wajah Amanda membuatkan Syed Adrian berasa senang hati. Haih…. tak sabar lah pula dia nak bongkarkan kejutan ni. Dia pasti yang Amanda bakal tersenyum sampai ke langit. Percaya lah!
Alright, good girl. First of all, jangan buka kain kat mata kau tu. Kalau kau buka juga, serta-merta kejutan ni bakal terbatal. Faham?” Syed Adrian mula memberikan syarat.
Syarat aneh daripada Syed Adrian itu membuatkan dahinya berkerut seketika. Haiyaa, kalau kain berengset ni tak boleh dibuka… macam mana aku nak berjalan, bang Rian oi? Dia ingat aku ni ada mata kat dahi ke apa? Ish, amit-amit sudah!
“Pasal berjalan…. Kau jangan risau. Aku akan pimpin kau sampai ke destinasi kita.” tambah Syed Adrian lagi, seolah-olah dia dapat membaca apa yang sedang bermain di benak si isteri.
Sekali lagi Syed Adrian dapat membaca fikirannya dengan tepat dan bernas. Err gila! Dia ni memang berasal daripada keturunan vampire ke apa? Bukan sekali tau mamat ni dapat baca fikirannya…. tapi dah berkali-kali. Dah tak terkira berapa kali rasanya. Hmm pelik tapi benar…
“Tunggu apa lagi? Jom lah!” selamba aje Syed Adrian meninggikan suaranya. Pintu Chevrolet Corvette di bahagian pemandu mula dibuka tanpa berfikir panjang.
Ajakan kasar daripada Syed Adrian itu hanya dipandang remeh. Geram pula dia melihat sikap Syed Adrian yang nak dikatakan bengap tapi tak bengap ni. Haih…. dia lupa ke yang mata aku ni dah tertutup?
“Nak kata bodoh… tak bodoh. Nak kata lembab… tak lembab. Nak kata bengap… pun tak bengap. Ehem! Encik Adrian, awak tak nampak ke mata saya tertutup ni? Awak fikir, saya boleh berjalan dalam keadaan macam ni?” soal Amanda cukup selamba dan tenang. Tiada riak bersalah di wajahnya.
Kata-kata pedas daripada mulut Amanda itu ditelannya perlahan-lahan. Spontan aje dahinya ditepuk lembut. Adoyai, Adrian! Macam mana kau boleh terlupa pulak ni? Haaaa tulah… suka sangat dok kutuk minah ni doktor lembab. Tak tentu pasal sekarang ni kau pula yang lembab!
Tanpa berlengah, lantas dia mendapatkan Amanda yang sedang tercongok berdiri di tepi kolam. Riak Amanda yang tersengih sumbing memandangnya hanya dijeling tajam. Tapak tangan Amanda yang hangat digenggam kemas dan erat lalu segera gadis itu diheret dari situ.

CHEVROLET Corvette diberhentikan di satu perkarangan banglo mewah yang terletak di Sri Hartamas. Banglo yang tersergam indah di depan mata mula ditilik dengan penuh teliti. Hmm tak sangka pula banglo ni sebesar ni... Dalam gambar nampak macam medium aje saiznya.
Tapi… apasal realitinya lebih besar daripada gambar ni? Hmm indah rupa daripada khabar. Err boleh pulak macam tu?
            Amanda yang sedang nyenyak lena di seat sebelah dengan keadaan mata yang masih diikat mula diperhatikan. Aik, baru jalan sikit aje dah buat tahi mata? Hmm penat sangat ke bini aku ni?
            Kepala si isteri yang bertudung litup diusap lembut. Wajah Amanda yang tampak letih ditilik dalam diam. Tak semena-mena itu juga, wajah yang nampak mulus itu diusap perlahan tanpa disedari. Satu persatu kecantikan pada wajah itu diperhatikan.
            Hurm, cantik juga bini aku ni, kan? Lebih cantik daripada bekas-bekas teman wanita aku yang tak cukup kain tu. Hmm kening dia terbentuk… Mata dia redup… Hidung dia mancung... Bibir dia nipis… Dagu dia runcing… Semuanya cantik. Segala-galanya cantik. Ucap Syed Adrian tanpa disedari.
            “Dia tak cantik lah, Adrian. Dia tak cantik. Cuba kau tengok perangai dia tu…. buruk! Bila cakap sikit aje memberontak… bila cakap sikit aje memberontak! Itu yang kau katakan, cantik? Erk, kau buta ke apa, Adrian? Emilin jauh lebih cantik daripada dia lah. Jauh lebih baik… Jauh lebih penyayang… Macam langit dan bumi!” hatinya mula bersuara.
            Syed Adrian mula tersedar. Kata-kata hatinya membuatkan tangannya terhenti daripada terus mengusap wajah si isteri. Entah kenapa dia berasa jijik pula akan perlakuannya sebentar tadi. Hina sangat ke perempuan ni di mata dia?
            “Eh, kenapa kereta ni berhenti pulak? Dah sampai ke?” soal Amanda masih dalam keadaan mamai.
            Teguran daripada satu suara itu membuatkan Syed Adrian sedikit tersentak. Lantas pandangannya dialihkan pada Amanda yang baru saja tersedar daripada tidur. Ikatan kain yang masih terlekat pada mata gadis itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Hmm bagus, patuh pada arahan!
            “Dah. Kau turunlah sendiri. Boleh kan?” soal Syed Adrian inginkan kepastian. Malas pula dia nak pimpin tangan si Amanda ni. Alah… minah ni bukannya suka pun kalau aku dok pimpin tangan dia, ya tak?
            “Boleh sangat! Saya ni bukannya budak kecil pun.” Balas Amanda cukup selamba.
            Syed Adrian hanya mencebik. Kan dia dah kata dah…. Minah ni bukannya suka pun kalau dia dok pimpin sana pimpin sini. Haih… nak kata haram, memang tak lah kan! Hmm mungkin tangan dia ni kasar sangat kot? Sebab tu Amanda complain bila dia mula bermain tangan. Errr kasar ke? Nampak macam lembut lagi mulus ada lah!
            “Tak nak bukakan kain ni ke?” soal Amanda masih selamba.
            Pertanyaan daripada gadis itu membuatkan lamunan Syed Adrian mati di pertengahan jalan. Tanpa berlengah, lantas gadis itu didekati dari belakang.
            “Okay, ready? One… two… three! Tadaaaa!” jerit Syed Adrian cukup teruja.
            Serentak itu juga kain tersebut ditanggalkan daripada penglihatan Amanda. Amanda mengamati pemandangan di depannya dengan penuh teliti. Pemandangan yang tampak asing baginya itu ditilik dengan rasa aneh. Rumah siapa ni?
            “Rumah siapa ni, Adrian?” soal Amanda ingin tahu.
            “Rumah kita!” spontan saja Syed Adrian menjawab.
            Amanda terkedu. Mulutnya sudahpun ternganga agak luas gara-gara terkejut punya pasal. Sekali lagi banglo mewah yang berdiri tegak di depannya itu ditilik. Kali ni, tilikannya itu jauh lebih dalam. Hmm bak kata Syed Adrian, ‘rumah kita’? Walauweh! Aku duduk kat sini dengan dia sehidup semati ke apa?!
            “Ru… rumah kita? That’s mean, we will move?” sekali lagi Amanda menyoal.
            “Of course… Kenapa? Tak suka?” soal Syed Adrian pula.
Hairan pula dia melihat reaksi Amanda. Macam tak suka aje?
            “Saya tak cakap pun yang saya nak pindah...”
            “Then? Takkan kita nak duduk kat rumah mummy tu sampai ke tua kot? Hmm apasal kau nampak keberatan semacam je ni? Err jangan-jangan… kau keberatan nak berpisah dengan Adam ek?” teka Syed Adrian.
            Kata-kata daripada Syed Adrian itu membuatkan Amanda terkedu buat kali kedua. Kata-kata yang penuh sinis itu membuatkan liurnya terteguk juga. Ya Allah… dia tahu ke pasal kisah silam aku dengan Adam?!
            “Ap… apa maksud awak?” soal Amanda terketar-ketar.
            “Aku tak maksudkan apa-apa. Kenapa? Terasa? Tersentap?” Syed Adrian masih meneruskan permainannya.
            Amanda makin tak keruan. Kata-kata suaminya yang lain macam itu membuatkan dia yakin yang lelaki ni dah tahu sesuatu mengenai kisah silamnya. Huh… dia yakin akan itu! Dia yakin!
            “Aku gurau aje lah.” ucap Syed Adrian akhirnya.
            Nafas lega ditarik. Fuh! Nasib baik… Ingatkan rahsia terbesar dia selama dah terbongkar lah tadi.
            “Dah, jom masuk. Nak tak nak, kita kena pindah juga. Aku dah korbankan 4.6 juta ringgit untuk dapatkan rumah ni tahu! And for your information, rumah ni aku hadiahkan untuk kau as a wedding gift.” Ucap Syed Adrian serius.
Lantas dia meninggalkan Amanda sendirian di pintu utama.
            Amanda terkedu buat kali ketiga. Rumah sebesar gedabak di depannya itu sekali lagi dipandang.
Wow… RM4.6 juta? Gila! Mahalnya hadiah kahwin aku. Ish Adrian ni… membazir tak ingat dunia! Kalau nak belikan hadiah untuk aku sekalipun, agak-agaklah… Kondo pun dah okey apa. Err daripada dia membazir macam ni, lebih baik dia sedekahkan RM4.6 juta tu kat rumah anak yatim, ya tak?
Dia masih berperang dalam hati. Perlakuan Syed Adrian itu seolah-olah menunjukkan betapa bermaknanya diri dia dalam hidup lelaki itu. Ermm padahal…. Satu makna pun tak ada. Apatah lagi bermakna?
“Apalah motif kau sebenarnya, Adrian?” dia bermonolog sendirian.
Keluhan yang cukup berat dilepaskan.

BAB 21
PERTENGKARAN kecil antara mereka bertambah sengit apabila Syed Adrian tetap dengan pendiriannya dan Amanda juga tetap dengan pendiriannya. Masing-masing tak nak mengalah. Masing-masing cuba untuk pertahankan hak. Kalau macam ni, sampai bila Perang ‘Adrianda’ ni nak habis?
            “Aku tak kira! Aku nak kau tidur sebilik dengan aku juga! Aku tak kira!” Syed Adrian mula memberontak.
            “Saya tak kira! Saya nak tidur kat bilik lain juga! Saya tak kira!” begitu juga dengan Amanda. Dia turut memberontak.
            Syed Adrian dah makin sakit kepala. Geram ya amat bila permintaan dia dibantah dengan beraninya. Haih…. sampai bila nak berperang macam ni? Takkan aku nak mengalah kot? Err no Adrian! No! Kau tak pernah kalah sebelum ni. Kau tak pernah tunduk selama ni. Terutamanya dengan perempuan! No!
            “Please lah, Amanda. Kau tu isteri aku. So, kau kena tidur sebilik dengan aku. Mana boleh suami isteri tidur berlainan bilik!” suaranya makin meninggi.
            Muka Amanda semakin merah menahan amarah. Sakit hatinya melihat sikap Syed Adrian yang suka memaksa ni. Dia kata, aku ni ‘fake wife’ dia... So, perlu ke ‘fake wife’ tidur sebilik dengan ‘fake hubby’? Sedangkan segala-galanya dalam perkahwinan mereka ni adalah FAKE!
            “Siapa kata tak boleh? Boleh aje lah kalau suami isteri nak tidur berlainan bilik! Terutamanya, suami isteri yang ‘fake’ macam kita ni!” suara Amanda juga turut meninggi. Perkataan ‘fake’ sengaja ditekankan.
            Giginya diketap agak kuat. Tangannya digenggam agak ganas. Syed Adrian menarik nafasnya sedalam yang mungkin. Hatinya yang mendidih cuba untuk ditenangkan. Huh…. nasib baik api kemarahan dia ni mampu dikawal. Kalau tak, mesti ada yang dah kena tempeleng agaknya nanti!
            “Amanda, listen to me. Dalam Undang-Undang Adrian, tak ada istilah boleh tidur berlainan bilik. Istilah tidur berlainan katil pun tak ada. Apatah lagi, istilah tidur berlainan selimut. Faham?” balas Syed Adrian pula. Suaranya kembali mendatar.
            Amanda menunjukkan reaksi menyampah. Sungguh dia memang menyampah dengan Syed Adrian sekarang ni. Nak ikut kepala dia aje! Macam lah dia tu bagus sangat. Err Undang-Undang Adrian? Entah bila undang-undang mengarut ni termaktub dalam sejarah pun dia tak tahu. Suka hati nenek moyang dia aje nak buat undang-undang sendiri tau!
            “Bos, barang dah sampai…” jerit satu suara dari tingkat bawah.
            Kemunculan 4-5 orang lelaki sasa yang tampak seperti kaki gengster membuatkan mata Amanda terbeliak seketika. Hampir gugur saja jantungnya saat melihat kemunculan gengster-gengster yang berani pecah masuk ke dalam rumahnya.
            “Kau letak barang-barang aku kat tepi tu. Barang-barang bini aku biar minah ni ambil sendiri.” arah Syed Adrian cukup tegas.
            Terpandangkan suaminya yang sedang berkomunikasi dengan kaki-kaki gengster itu membuatkan Amanda tergamam. Wajah Syed Adrian yang cukup serius itu dipandang bagaikan tak percaya. Ya Allah… suami aku ni ketua gengster juga ke apa?
            “Apasal diam? Takut? Haaa kalau takut… Lebih baik kau tidur sebilik dengan aku. Kalau tak....” Syed Adrian mula meletakkan syarat.
            “Kalau tak apa? Masuk neraka?!” lantas Amanda memotong.
            “Huh…. kalau tak, aku jual kau kat konco-konco aku ni. Kau nak?” ugut Syed Adrian lantang dan tegas.
            Ugutan daripada Syed Adrian itu mematikan niatnya untuk terus bertahan. Lantas Amanda menggeleng. Takut sekiranya Syed Adrian benar-benar serius akan kata-katanya sebentar tadi. Err gila! Tak nak aku kena jual. Aku lebih rela lah kena kurung dengan mamat ni daripada kena jual!
            “Okay, good wife. Pergi ambil barang-barang kau kat bawah sana. Then, letak kat dalam bilik ni. Faham?!” arah Syed Adrian.
            Amanda mengangguk ketakutan. Dia tak banyak membantah. Segera anak tangga dituruni untuk mengambil barang-barangnya di ruang tamu.

BARANG-BARANG yang bersepah di ruang tamu membuatkan dia ternganga seketika. Bila dipandang sekilas, macam tempat tongkang pecah. Bila dipandang dua kilas, macam tempat pembuangan sampah.
Kepalanya yang tak gatal digaru perlahan. Pening pula dia melihat keadaan ruang tamu yang dah berantakan tu. Haih… siapa yang nak kena kemas ni? Err siapa lagi kalau bukan Puan Scha Amanda. Nak harapkan Encik Adrian Michael? Huh…. tak payah nak berharap sangat lah. Punah je harapan!
Barang-barang yang membanjiri lantai itu ditepuk perlahan-lahan dengan bulu ayam. Habuk yang menebal membuatkan dia terbersin seketika. Aduhai, macam mana nak kemas dengan hidung yang hacum sana hacum sini ni? Arghhh stres! Adrian ni pun satu, bukannya reti nak tolong! Tahu reti bagi arahan aje!
Saat Amanda membebel sendirian, secara tak sengaja kaki kanannya tersepak akan sesuatu. Ya, sesuatu... Sesuatu yang berbungkus itu menarik perhatiannya. Tambahan lagi, ada tertera nama ‘Adrian Sexayh’ di atas bungkusan itu. Err ‘Adrian Sexayh’? Apasal buruk aje bunyinya? Hmm ‘sexayh’ lah sangat. Geli lah pula tekak ni bila nak sebut perkataan tu.
Akibat rasa tertanya yang membuak-buak di hati, lantas Amanda mengoyakkan kertas coklat yang membungkusi bungkusan itu tanpa rasa ragu-ragu.
Pandangannya terlekat pada sebuah kotak besar tapi comel yang berwarna merah hati. Hmm cantik! Apalah agaknya isi kandungan dalam kotak ni? Hurm, mungkin…. Hadiah ‘bermakna’ daripada Jessica kot. Kalau tak pun daripada bekas-bekas teman wanita Syed Adrian yang lain…
Kotak merah hati itu dibuka tanpa rasa bersalah. Sebuah album yang berjudul ‘I Heart You, Doctor’ terpampang jelas pada penglihatannya. Ermm ‘I Heart You, Doctor’? Kenapa misteri sangat tajuk album ni? Err ada gambar apa ek kat dalam ni?
Tanpa melengahkan masa, album misteri itu dibuka. Gambar-gambar Syed Adrian bersama seorang perempuan yang bagaikan tak asing lagi baginya membuatkan Amanda tercengang seketika. Dia rasa…. Dia macam kenal aje perempuan yang nampak mesra bersama Syed Adrian dalam gambar-gambar yang dia lihat ni. Tapi…. di mana ya?
Satu caption yang tertulis ‘Syed Adrian Michael loves Dr Emilin Nadia’ menjawab segala persoalan yang bermain di benaknya. Dr Emilin Nadia? Ya, dia cukup kenal perempuan ni! Masakan dia tak kenal arwah kakak kandungnya sendiri?
“Siapa suruh kau ceroboh privasi aku?” sergahan daripada satu suara itu membuatkan Amanda terkedu bagai nak rak.
Serta merta mukanya bertukar pucat lesu seperti mayat. Tubuhnya juga menggigil kuat akibat ketakutan. Jujur dia katakan, dia berharap nyawanya melayang di situ juga. Sungguh dia tak berani nak berdepan dengan Syed Adrian sekarang ni. Suara yang cukup melemahkan urat sarafnya itu benar-benar menakutkan. Ya Allah, selamatkan lah aku….
I’m talking to you, Amanda! Siapa suruh kau ceroboh privasi aku?! Jawab!” jerit Syed Adrian cukup kuat sehingga menyebabkan banglo mewah itu bergema kuat.
Bahu Amanda direntap kuat lalu dipusingkan dengan begitu kasar agar gadis itu tidak membelakanginya. Amanda terkedu bagaikan tercekik biji durian saat mata biru laut itu merenung tajam ke arahnya. Wajah Syed Adrian yang cukup bengis itu membuatkan dia langsung tak mengenali lelaki itu.
“Sa… saya minta maaf. Sa… saya tak sengaja.” jawab Amanda ketakutan. Wajahnya sengaja ditundukkan. Sungguh dia takut akan renungan lelaki itu.
“Alasan! Kau memang sengaja kan? Kau memang sengaja nak cerobohi privasi aku kan! Dasar bini tak guna!” herdik Syed Adrian dalam keadaan tidak sedar.
Hampir saja tangan kanannya ingin menampar pipi Amanda, namun Amanda segera bertindak. Lantas tubuh Syed Adrian dipeluk kuat sehingga menyebabkan tamparan yang ingin dilakukan terhenti di pertengahan jalan.
“Saya tahu, awak cintakan dia. Saya tahu, awak sayangkan dia lebih daripada segalanya. Cukuplah awak buat hati saya terseksa dengan perkahwinan ni. Cukuplah…. Tapi, tolong jangan lakukan seksaan fizikal pada diri saya. Tolonglah… Please, saya merayu pada awak…” pujuk Amanda perlahan.
Tubuh sasa Syed Adrian masih didakap erat. Teresak-esak dia melepaskan segala rasa di dada bidang milik lelaki itu.
Syed Adrian terkaku seketika. Kata-kata rayuan yang terhambur keluar daripada mulut Amanda itu menyebabkan dia tersedar daripada kelakuannya sebentar tadi. Ya… dia tak sepatutnya memarahi Amanda sebegitu rupa. Dia tak sepatutnya melibatkan Amanda dalam sejarah hidupnya. Amanda bukannya Emilin. Dia tak bersalah.
“Kau pergi naik atas. Bawa barang-barang kau sekali. Aku tak nak tengok muka kau kat sini. Pergi.” Putus Syed Adrian akhirnya.
Pelukan tersebut dirungkaikan. Wajah Syed Adrian yang tampak lebih tenang daripada tadi dipandang sekilas. Lantas barang-barangnya yang bersepah di atas lantai dipungut tanpa berfikir panjang.

USAI solat Zuhur, segera Amanda meneruskan kerja-kerjanya. Habuk pada meja kopi dibuang dengan menggunakan bulu ayam. Haih…. entah kenapa lah rumah ni ada banyak habuk? Harap aje rumah baru… harap aje harga RM4.6 juta… tapi ada habuk juga, ya tak? Tak ada beza pun dengan rumah pondok.
            Tiba-tiba, dia terfikirkan satu fakta yang baru diketahuinya sebentar tadi. Hurm, sungguh dia tak sangka yang Syed Adrian pernah menjalin hubungan yang begitu serius dengan arwah kakaknya sendiri. Pendek kata, lelaki itu hampir bertunang dengan arwah kak Emilin. Erm macam mana dia boleh tak tahu ni? Dan… macam mana dia boleh tak tahu yang lelaki tu hampir saja menjadi bakal abang iparnya? Ya Allah, permainan apa ni?
            Setelah ligat fikirannya mengingati semula kenangan lama bersama kak Emilin, barulah dia teringatkan sesuatu perkara yang pernah dikhabarkan oleh kakaknya pada beberapa tahun yang lalu.
Empat tahun yang lalu…
            “Adik nak tahu satu rahsia tak?” soal Emilin dengan riak yang sukar untuk ditafsirkan.
            Amanda mula menjongketkan keningnya saat melihat reaksi kakaknya yang bagaikan minah angau tu. Tak ada angin… tak ada ribut… tiba-tiba aje minah ni tersengih sumbing… apa kes? Dah tertawan hati kat anak teruna orang ke?
            “Hurm, wait! Let me guess…. Dr Emilin Nadia dah jatuh cinta?” teka Amanda dengan begitu selamba.
            Tekaan yang tepat daripada si adik membuatkan Emilin tergelak kecil. Macam tak percaya lah pula yang budak ni boleh meneka dengan tepatnya. Wah… hebat! Dah boleh jadi doktor cinta dah ni.
            “How do you know? He he he he! Tapi memang betul pun. Akak dah terjatuh hati kat seseorang lah, dik. By the way, have you feel it?” luah Emilin bersertakan soalan.
            Senyuman hambar dikuntumkan. Lantas Amanda menggeleng tanda tidak pernah.
            “Based on my observation from others’ experience, love is trouble. And sometimes, it’s blind, cruel and useless.” Amanda mengeluarkan pendapat berdasarkan pengalaman rakan-rakannya sendiri.
            Emilin tersenyum manis mendengar jawapan daripada mulut adik kesayangannya. Kata-kata Amanda yang cukup serius itu seolah-olah seperti gadis itu sudah mempunyai banyak pengalaman dalam hubungan percintaan.
            “Probably. Tapi kalau kita tahu macam mana nak hargai cinta… macam mana nak pelihara cinta… pasti tak ada istilah ‘trouble’, ‘buta’, ‘kejam’ dan juga ‘tak guna’ dalam sesebuah percintaan. Just trust me.” Emilin pula berpendapat.
            Amanda yang mendengar sudahpun tercengang. Terpaku dirinya seketika saat mendengar perbahasan cinta daripada si kakak. Wah…. Hebat betul kakak aku sorang ni. Sejak bila pula minah ni reti berjiwang karat bagai ni? Hmm satu transformasi yang cukup mengagumkan.
            “Matangnya pendapat mu, kak. Akak ni memang dah angau tahap cipan ke apa? Ehem! Anyway, apa nama cinta mati akak tu?” soal Amanda ingin tahu.
            Yalah…. nak juga dia tahu nama bakal abang iparnya. Hmm manalah tahu kan yang kakak dia ni tertangkap cintun dengan member kamceng dia ke apa. Who knows, right? Nothing’s impossible.
            “Adrian, his name. Nice name, right?” jawab Emilin tanpa berselindung.
            “Hak’alah, mamat celup ke apa dia ni, kak? Rare aje bunyi nama dia. Dari mana akak kenal dia ni?” sekali lagi Amanda menyoal.
            Soalan demi soalan daripada Amanda itu membuatkan Emilin tersengih sendiri. Amboi, budak ni… banyaknya soalan dia. Nak berkenalan juga ke apa?
            “Ehem! Berminat nak tahu, nampak? Hmm dia tu patient akak lah. For short, family dia. Haaa starting from that, kami berkenalan. For your information, dia tu baik dan dia.. lain daripada yang lain. That’s why akak boleh tersyok kat dia bagai nak rak tu. Ha ha ha ha.” Berdekah-dekah Emilin ketawa sendiri saat terimbau kembali pertemuan pertamanya bersama Syed Adrian.
            Amanda hanya mencebik. Malas pula dia nak melayan isi hati orang tengah bercinta ni. Semua mengenai pasangannya pasti saja nampak perfect walaupun si pasangan tu tak ada hidung ke… tak ada mata ke… tak ada mulut ke… Huh! Cinta… cinta… kau memang buta.
            “Woi! Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” tengking Syed Adrian agak kuat.
            Amanda yang baru saja dibuai lamunan terus saja tersentak. Spontan saja tangan kanannya menggerakkan bulu ayam di atas meja kopi untuk menghilangkan habuk.
            “Yang awak terjerit sana terjerit sini, apahal? Ingat saya ni tuli ke apa?” Amanda mula melawan. Err bila tegur orang tu bukannya reti nak beri salam. Tahu main terjah aje!
            “Ni haaa. Aku ada belikan lunch. Makan lah. Kau belum makan, kan...” pelawa Syed Adrian lembut. Tiada unsur nak menyindir.
            “Saya dah makan tadi. Kenyang rasanya perut ni.” balas Amanda sambil mengusap perutnya dengan lagak yang cukup spontan. Haih…. macam ibu mengandung pun ada gayanya.
            “Makan apa?” Syed Adrian mula menyoal. Aneh.
            “Makan hati.” ucap Amanda pendek. Lalu segera dia meninggalkan Syed Adrian sendirian di situ.
            Syed Adrian yang mendengar sindiran daripada mulut gadis itu terdiam seribu bahasa. Sungguh dia terasa dengan kata-kata gadis itu. Dia akui, dia tak sepatutnya melayan Amanda sekasar itu. Itu silapnya.
            “Makan pizza lebih sedap daripada makan hati lah…” jerit Syed Adrian cukup selamba tanpa rasa bersalah.
            Amanda yang sudahpun menapak di dapur mula mencebik. Sah mamat tu langsung tak ada perasaan. Dah buat salah kat aku, bukannya reti nak minta maaf! Err dasar hantu raya berhati batu! Batu pun ada hati agaknya.
            “Macam mana lah kau boleh terjatuh hati kat mamat hantu raya ni, kak? Hmm pelik. Tapi…. kau beruntung. Sebab dia cintakan kau. Hmm yalah… bukan senang nak tundukkan mamat ego macam si Adrian tu. Haih… nasib aku lah dapat suami macam ni.” bebel Amanda sendirian. Seolah olah dia menyesal ditakdirkan untuk hidup bersama Syed Adrian. Hmm menyesal lah sangat…
            Err dia menyesal ke?

19 comments:

  1. finally... ade gak update..hehehe
    thanks ashas..:)

    ReplyDelete
  2. best! can't wait for the next chappy!

    ReplyDelete
  3. novel dah kluar ???

    ReplyDelete
  4. baca dr awal hingga bab ini, bestttttttttttt, muahhhh. x sabar tunggu new3. jgnlh lama2 utk up
    date taw

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha thank you.... Insyallah esok just sty tuned :-)

      Delete
  5. biler nk ada new entry...asha biler nk publish novel nie.tak sabar nk bacer..


    ReplyDelete
  6. Thanks for sharing...Eastern Voyage Pvt.Ltd. offers the complete guide of tourism of Tribal in Odisha and Chhattisgarh. We are specialists in worldwide travel and tourism Odisha tour and admired highly for its quality services.
    Travel agents in Odisha

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.