BAB
18
PERLAHAN-LAHAN
mata redupnya dibuka. Rasa pening ya amat di kepala masih terasa. Dia
seakan-akan terlupa tentang apa yang terjadi sebentar tadi. Apabila melihat
keberadaannya di sebuah bilik, Amanda makin tak keruan. Kat bilik siapa pulak
aku dok bertapa ni? Takkan ni bilik…
“Oh
my fucking god! You’re already wake up!” jerit satu suara yang begitu asing
baginya.
Kelibat seorang gadis yang tampak
jelita lagi menawan semakin menghampirinya. Rasa-rasanya, dia macam pernah
jumpa aje dengan minah salleh ni. Tapi, kat mana ya?
“Hello,
I’m Jessica Hogan. Adrian’s current girlfriend…” Jessica
mula memperkenalkan dirinya tanpa segan silu.
Amanda yang mendengar pengakuan
berani mati daripada minah mata dark
green itu sudah pun terkedu sendiri. Ya Allah… sungguh dia tak percaya! Ini
ke dia makwe suami aku? Subhanallah, cantiknya…. Apasal lah si Adrian tu tak kahwin dengan minah ni aje? Kan sepadan
tu! Yalah… sama-sama cantik, sama-sama handsome….
Haih, terasa diri ni kerdil lah pulak!
“But,
since you’re being his wife…. We have been broke up.” terang Jessica ingin mengelakkan salah sangka.
Nafas yang cukup lega ditarik. Huh…
nasib baik pasangan Romeo and Juliet ni dah putus. Kalau tak… tak tentu pasal
aku kena bermadu dengan minah salleh! Hmm
jatuh saham aku nanti kalau kena dimadukan dengan perempuan secantik ni….
“Amanda,
I love him so much like something that I
can’t describe. But he loves you and he chooses you. I feel ashamed to say
this… but honestly, you’re so lucky to have him. Congratulations, you won his
heart.” ucap Jessica tenang. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum
meneruskan kata-kata.
“Can
you promise me something, Amanda?”
soal Jessica inginkan kepastian.
“If
God will it, what’s that?” Amanda mula bersuara setelah sekian lama diam
membisu.
“Take
care of Adrian for me? Please… I’m begging to you. Please
give him the biggest happiness that I couldn’t give to him before… He faced
lots of shits in his past and I hope…. You won’t hurt him like someone else did…
Promise me?” berjela-jela Jessica meluahkan keinginannya.
“If
God will it….”
Itu
saja lah yang mampu dibalasnya. Alasan? Sebab dia yakin yang dia takkan mampu
untuk bahagiakan suaminya sendiri. Entah berapa lama perkahwinan yang baru
terjalin ni bakal bertahan…. Dia sendiri pun tak pasti.
“Alright, that’s all. Thanks for helping me.
May you’ll be blessed. Oh before that, happy wedding day! Hope your marriage
will be last longer till the last breath. Excuse me, I’ve to go now. Bye,
Amanda…” ucap Jessica buat kali terakhir.
Dia
sudah tak betah untuk berada di situ. Takut sekiranya dia ternangis di depan
isteri Adrian sendiri. Lantas tubuh Amanda yang tampak kaku itu dipeluk mesra
sebelum mengambil langkah untuk beredar.
SYED ADRIAN
tampak makin gelisah lagi resah. Ketibaan Jessica di Malaysia dan kemunculan
gadis itu di majlis perkahwinannya membuatkan jiwanya berasa tak tenteram! Tak
aman! Rasa macam nak hantuk kepala ni kat dinding pun ada!
Kelibat Jessica yang sedang menuruni
anak tangga membuatkan dia hampir putus nafas. Dia takut sekiranya Jessica
patah hati gara-gara perlakuannya sendiri. Hmm
mana taknya, gadis Eropah itu nampak ikhlas dan tulus cintakan dia sepenuh hatinya.
Tapi dia? Err entah lah. Nak kata
yang dia ni cintakan minah tu, memang tak lah kan. Nak kata sayang? Ya, dia
memang sayangkan Jessica. Mungkin hanya sebagai seorang teman tapi mesra.
“Your
wife has already woke up. Don’t you want to see her?” soal Jessica ikhlas.
“Later.”
balas Syed Adrian pendek.
Riak wajah Jessica yang nampak
sembam menjadi tatapan. Entah kenapa jiwanya diselubungi rasa bersalah ya amat.
Ya tuhan, berdosa ke aku kerana melukakan hati seorang perempuan yang ikhlas
cintakan aku?
“Jess……
I’m….”
“No…
I don’t want to hear anything from you. I know, everything has been broken into
pieces. But, never mind. I’m fine with that…” ucap Jessica perlahan.
Syed Adrian meraup wajahnya agak
kasar. Sungguh dia berasa kesal akan kesilapannya selama ni. Kalaulah dia jujur
pada Jessica dulu…. Mungkin gadis ni takkan terluka berderai-derai gara-gara
dirinya.
“Please,
Jess. Don’t act like you’re fine and tough enough when you aren’t…. I know,
you’re crying inside, right? So please, don’t hide it!” suara Syed Adrian
mula meninggi.
“Yes!
I’m not strong enough! And yes! I’m weak… and I’m crying inside. And do you
know why? These are all because of you! I love you like a hell, Adrian. But you never try to appreciate it
at all! You treat me like I’m nothing while at the same time, I treat you like
you’re everything I’ve ever got in my life!!!” balas Jessica pada kadar
watt yang cukup tinggi.
“Oh
really? Then, prove it.”
Sederas itu juga penampar yang cukup
memukau dihadiahkan buat Syed Adrian. Syed Adrian terkaku seketika. Pipi
kanannya yang sudah merah menyala diraba perlahan. Fuhlamak! Sakit siot. Marah benor
ke minah ni kat aku?
“The
proof is you’re already married on last morning. You disappoint me, Adrian.
But, it’s okay. As I said before, we aren’t destinied to be partners and the
world aren’t ours.” Volume
suaranya mula diperlahankan.
“Oh
yeah, before I go, may I hug you for the last time?” pinta Jessica.
Tanpa diberi keizinan, lantas tubuh
sasa itu didakap erat. Syed Adrian tergamam untuk kali yang ke entah berapa.
Perlakuan spontan daripada Jessica itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Haih,
ini kalau Amanda nampak ni…. rasa-rasanya, dia jealous tak ya?
“Okay
thanks. Do send my regard to your wife. Bye….”
Lantas
Jessica mencubit pipi Syed Adrian seperti yang sering dilakukannya sebelum ni
lalu segera dia mengambil langkah untuk beredar dari vila mewah itu.
ADEGAN
mesra tapi sengit di antara Romeo dan Juliet sebentar tadi benar-benar
menghiburkan hatinya. Erm jujur dia
katakan, dalam banyak-banyak pasangan kat dunia ni, pasangan Romeo Adrian dan
Juliet Jessica lah satu-satunya pasangan the
sweetest yang pernah dia nampak!
Mana taknya, bila bergaduh main
tampar-menampar… bila nak berbaik main peluk-memeluk… bila nak berpisah main
cubit-cubitan di pipi pulak tu! Huh… comel aje couple tu! Dah lah si Romeo tu terlebih handsome… si Juliet pula terlebih cun… bagai pinang dibelah dua gitu!
Tapi… sayangnya, Romeo dan Juliet tu
akhirnya terpaksa berpisah gara-gara si Romeo Adrian tu dok gatal berkahwin dengan Maid Amanda. Hu hu hu, rasa macam hina lah pulak. Yalah…. kalau nak dibandingkan
diri dia ni dengan si Jessica tu, memang sama persis dengan langit dan bumi lah
kan! Sorang beautiful, sorang lagi beast… Huh, buta betul Romeo Adrian tu!
“Kau dah okey ke? Kalau dah, aku nak
kita discuss pasal masa depan kita…”
putus Syed Adrian cukup tenang.
Amanda yang terbaring sebentar tadi
sudah pun duduk bersila di atas katil. Yahhh,
inilah detik yang dia nanti-nantikan selama ni. Detik di mana dia bakal
berbincang dengan Syed Adrian soal masa depan mereka. Erm, masa depan? Apasal
pelik aje bunyinya? Gaya macam dia ni bakal berkongsi hidup dengan Adrian
sehidup semati aje. Err bukan memang
‘ya’ ke?
“Alright,
here we go! First of all, kita kena sentuh bab bahasa dulu…” Syed Adrian
mula berbicara.
“Aik,
apahal nak sentuh bab bahasa pulak? Benda tu tak penting lah Adrian…” balas
Amanda tak puas hati.
“Bahasa jiwa bangsa. See, benda tu penting. Okay starting from now, aku nak kau
tukar kata ganti nama dulu. Kau-aku to
saya-awak, boleh?”
Amanda hanya mendiamkan diri. Dia
tak pasti sama ada boleh ke tak. Rasa-rasanya macam boleh… dan rasa-rasanya
macam tak… So, macam mana tu?
“Boleh ke tak??!!” suara Syed Adrian
makin meninggi. Dia memang pantang bila pertanyaannya cuma dibiarkan sepi tanpa
respon. Dia ingat aku ni tunggul kacak ke apa?
“Bo… boleh!!!” tergagap-gagap Amanda
menjawab gara-gara tersentak punya pasal! Haih mamat ni…. Apasal garang semacam aje sejak dah jadi laki aku ni?
“Okay
good. Tapi…. cuma kau je yang
tukar. Aku tak nak tukar. Full stop.”
Kata-kata lelaki itu membuatkan seluruh
organ di badannya berasap seketika. Hmm
inilah dia, Syed Adrian Michael. Tak habis-habis lagi dengan ego dia! Errr ingatkan bila dah kahwin dengan aku
pagi tadi, ego dia tu bakal lenyap macam angin lalu aje! Rupa-rupanya… huh!
Punah harapan! Tak guna lah bagi harapan kat dia ni! Punah segala punah!!!
“Kau fikir kalau kau tak tukar… aku
akan tukar? Huh! No way! Kau ego… aku
pun ego, Adrian. Full stop.” Amanda
mula menyerang.
Syed Adrian mengetap giginya agak
kasar. Geram! Kata-kata Amanda itu seolah-olah mencabar keegoannya sebagai
seorang lelaki! Ini tak boleh jadi ni… Minah ni kalau dibiarkan degilnya,
memang makin biadab lah jawabnya!
“Baik kau dengar cakap aku, kalau
tak….”
“Kalau tak, apa? Kau nak ceraikan
aku? Ceraikan lah! Sia-sia aje kau ikat aku macam ni. Habuk pun kau takkan
dapat lah weh!” suara Amanda mula meninggi.
Huh…
makin banyak dosa baru yang dia dapat hari ni! Hmm lantak lah. Lagipun, dia memang tak serasi dengan Syed Adrian
selama ni. Buat menambah dosa aje boleh lah!
“Kalau
tak…. neraka jahanam lah jawabnya.” Kata-kata Syed Adrian yang cukup serius itu
membuatkan Amanda terdiam seribu bahasa. Dalam masa yang sama, lidah dia
menjadi kelu juga.
“Mana
boleh guna kuasa veto!” Amanda tetap nak membangkang.
“Veto
tak veto. Pilih, neraka atau tukar bahasa. Choose!”
Syed Adrian pula tetap dengan pendiriannya.
Berasak-asak
otaknya memikirkan keputusan yang bakal diambil. Hmm nak masuk neraka ke nak tukar bahasa? Eh, soalan bangang ke apa
ni? Siapa aje yang rela nak masuk neraka, ‘puan’ Amanda oi. Orang jahat pun tak nak masuk neraka lah!
“Okey!
Okey! Aku tukar bahasa! Puas?” putus Amanda akhirnya.
“Pardon? Aku terdengar kau guna….
‘kau-aku’ tadi. Hmm repeat!” arah
Syed Adrian ala-ala big boss.
Amanda
mengeluh kecil. Sakit di hati sekarang ni… hanya tuhan saja yang tahu. Tapi….
tak apa lah. Dugaan perkahwinan… Eh, macam ni ke dugaan perkahwinan?
“Okey!
Okey! Saya tukar bahasa!” akhirnya, dia mengalah.
“Alright, good girl! Hmm kau tak nak
tidur ke? Dah pukul 1 dah ni…” sengaja Syed Adrian mengubah topik. Nampaknya,
topik bahasa bukanlah topik yang menarik… Tapi, kesannya sangat menarik!
“Sa…
saya nak buka presents ni kejap. A…
awak tidur lah dulu.” Balas Amanda tergagap-gagap.
Huh…
kan dia dah kata dah! Dia memang tak biasa lah nak berlembut dengan orang yang
biadab macam laki dia ni. Yalah… bak kata orang, seseorang yang berada di
sekeliling kita bakal mempengaruhi diri kita. So, kalau dia tu biadab, kita ni pun ikut biadab lah kan!
“Alah…
presents tu bukannya best sangat pun. King bed ni lagi best!
Empuk!” Syed Adrian sengaja nak menyakat.
Amanda
yang mendengar kata-kata sinis Syed Adrian tu dah mula naik meremang. Haiyaa, apasal dia susun ayat macam tu?
Menakutkan betul lah! Huh… relaks Manda, relaks. Adrian tu saja je nak test iman kau! Tak apa, Manda… Tak apa. Kalau dia cuba nak buat
sesuatu kat kau, kau karate aje badan dia yang ala-ala Cristiano Ronaldo tu
sampai patah! Okey, simple… tapi trouble!
“Eh,
siapa kata presents ni tak best? Best lah! Ada perfume…. handbag…. heels… hah, clutch pun ada tau! Whoaa… dah lama saya tak beli clutch! That’s why saya excited
semacam aje ni.” Amanda masih cuba untuk mengelak.
“Hmm aku baru belikan clutch as hantaran kau hari tu kan? Alah
Manda… tak payah nak malu-malu kucing lah. Malu tapi mahu kan? Meh lah… tidur sebelah abang ni! Abang
takutlah nak tidur sorang-sorang….” Syed Adrian dah mula bangun dari
pembaringan. Segera dia mendekati Amanda lalu menarik lengan gadis itu untuk
naik ke atas katil.
“Stop!!! Saya tak nak tidur kat atas
katil lah…. Please lah faham
keinginan saya. Saya ni perempuan dan saya tak nak diapa-apakan!” suara Amanda
mula menaik.
“Aku
nak kau tidur kat atas katil lah…. Please
lah faham keinginan aku. Aku ni lelaki dan aku tak ada selera nak apa-apakan
kau!” suara Syed Adrian pula mula meninggi.
“Copycat!!!”
“Shy-shy cat!!!”
Amanda
mula naik bengang. Muak rasanya dia nak melayan perangai hantu raya yang dok pegang title suami ‘orang malang’ ni!
“Adrian!!!!!”
“Amanda!!!!!”
“Okey,
stop. Saya tak nak tidur!”
“Kalau
kau tak nak tidur, aku pun tak nak tidur! So,
pilih. Kau nak tidur ke atau kau nak aku buat bising tengah-tengah malam macam
ni?” Syed Adrian mula memberikan pilihan jawapan.
“Tak
nak pilih!”
“Baik
kau pilih. Kalau tak….”
“Kalau
tak apa?”
“Kalau
tak…. neraka jahanam lah jawabnya.”
Ugutan
kedua daripada Syed Adrian itu membuatkan dia bertambah muak… menyampah… Huh!
Amboi, dah pandai ya main kuasa veto?
“Okey!
Okey! Saya tidur.”
Syed
Adrian tersenyum lucu. Seronok lah pula bila dapat kenakan doktor lembab ni. Eh
lupa, dah tukar title! Biniku yang
lembab….
Tindakan
Amanda yang mengheret bantal ke sofa itu menjadi perhatiannya. Ish… ish… ish… tak faham betul aku
dengan perangai minah ni… Orang dah bagi tidur kat atas katil, nak juga tu dia
tidur kat atas sofa! Tak reti nak bersyukur agaknya! Tak semua suami izinkan
isteri ‘palsu’ diorang tidur kat atas katil tau….
“Woi! Apahal
degil sangat ni? Aku cakap kat atas katil, kat atas katil lah! Cepatlah tidur!
Aku nak tutup lampu ni!” Syed Adrian mula berangin.
Amanda cuma menurut tanpa membalas
sepatah kata. Tak apa, Manda… Tak apa. Taat pada perintah suami tu tiket free ke syurga! Walaupun suami tu kita
tak cinta…. cewah!
BAB
19
AZAN
subuh yang berkumandang di pagi hari membuatkan dia terjaga daripada tidur.
Serentak itu juga, pandangannya dialihkan pada Syed Adrian yang sedang nyenyak lena
dibuai mimpi. Hmm kesian laki aku ni.
Ni mesti kes terlalu penat sebab melayan kerenah aku semalam…
Amanda mengeluh kecil. Wajah Syed
Adrian yang nampak letih itu ditatap seketika. Rambut hazel Syed Adrian yang masih terpacak itu dibelai dengan selamba.
Aduhai, comelnya muka mamat ni bila tidur. Hmm
nampak macam baby omputih tengah
tidur pun ada. Cute tahap infiniti tahu?
Nak-nak bila dia tersenyum masa tidur…
Err
kau ni dah kenapa Manda? Orang tua bangka macam ni pun kau boleh samakan dengan
baby ke? Euww rasa macam nak muntah
lah pulak.
“Adrian,
bangun…. Dah subuh dah ni….” kejut Amanda sambil menggoncang tubuh tegap
suaminya.
Tindakan
Syed Adrian yang hanya buat bodoh membuatkan hatinya berasa sedikit panas.
Haih, tak sedar ke mamat ni? Tidur mati ke apa?
“Adrian…
bangun! Dah subuh dah ni…. jom solat!” ajak Amanda masih dalam keadaan yang
sama. Kali ni, tubuh Syed Adrian digoncang dengan sepenuh hati. Namun… punah
harapan! Mamat ni langsung tak sedar. Sah! Tidur mati!
“Adrian!
I said, bangun!!!! Solat!!!!!” jerit
Amanda sekuat hati sehingga menyebabkan Syed Adrian terbangun dari
pembaringannya.
“Apa
ni weh? Memekak sana memekak sini! Tak nampak ke aku tengah penat ni? Kacau
betul lah… Dah! Tepi! Aku nak tidur!” marah Syed Adrian cukup lantang.
Amanda
mula naik darah. Perlakuan Syed Adrian yang menyambung tidurnya semula membuatkan
darahnya mendidih pada takat heating!
Oh, jadi macam ni lah rupa-rupanya perangai mamat ni bila waktu Subuh? Ish… ish… ish… Malanglah nasib aku
setiap pagi kalau perangai dia berterusan macam ni!
“Adrian…
bangun. Awak dah janji nak jadi imam saya kan? So, bangun lah! Takkan awak nak biarkan saya solat sorang-sorang?”
Amanda mula memujuk lembut.
Yalah….
bila nak pujuk manusia yang biadab dan keras hati macam Syed Adrian ni, kenalah
berlemah lembut… sopan santun…. Dan apa yang paling penting, iman tu kena kuat!
Kena banyakkan bersabar!
“Aku
tak nak solat. Aku mengantuk... Aku penat...” Syed Adrian mula bersuara lemah.
Saja nak meraih simpati ke apa? Hish,
Adrian… Adrian…
Amanda
hanya tersenyum kelat. Perlahan-lahan dia mendekati Syed Adrian yang sedang
meniarap di sebelahnya. Rambut Syed Adrian diusap lembut dengan cukup spontan
sehingga menyebabkan Syed Adrian sedikit tersentak. Err minah ni dah kenapa?
“Adrian,
cuba awak bayangkan kalau Allah tarik nyawa awak sewaktu awak tengah tidur
macam ni. Awak tak takut ke? Yalah…. dah lah awak tu belum solat. Lepastu,
isteri awak ni pulak teringin sangat nak solat dengan awak… Hmm kalau awak mati, siapa nak jadi imam
saya, Adrian?” pujuk Amanda cukup sayu dan lembut. Dia yakin, taktik dia kali
ni bakal berhasil!
Kata-kata
Amanda itu membuatkan hati lelakinya tersentuh. Entah kenapa dia berasa sayu
tiba-tiba. Sejurus itu juga, mata biru lautnya terbuka luas. Tanpa berlengah,
lantas Syed Adrian bangun dari pembaringan lalu segera menuju ke bilik air
untuk berwudhuk.
Amanda
mula bersorak dalam hati. Sungguh dia berasa gembira dan senang hati akan
kejayaannya! Eleh… bukan susah mana pun nak pujuk manusia berhati atos macam
Syed Adrian tu. Guna aje ayat yang sayu-sayu… sedih-sedih… confirm hati dia yang macam batu tu terus bertukar jadi ais krim!
Nafas
lega ditarik. Alhamdullilah, dapat juga dia mengubah diri Syed Adrian sedikit
demi sedikit. Tak apa, Amanda…. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Chaiyok!
PENUH
bersemangat Amanda dok berlaga di
dapur. Bunyi kuali… senduk… bercantum menjadi satu. Entah kenapa tiba-tiba saja
dia jadi rajin pula untuk turun ke dapur. Yalah…. selama ni bila sebut
perkataan ‘dapur’ aje, confirm dialah
orang pertama yang bakal angkat tangan untuk mengundur diri.
Puan Sri Sharifah yang asyik
memerhati perlakuan menantunya itu cuma menggelengkan kepala. Pelik pula dia
melihat kerajinan Amanda di pagi hari. Selalunya, bila pagi-pagi macam ni,
budak tu lah yang paling liat nak menolong di dapur. Tapi hari ni…. apa kes?
“Sella, abang Rian dah turun ke
belum?” soal Amanda dengan wajah yang penuh mengharap.
Tindakan Rosella yang menggelengkan
kepala membuatkan dia tertunduk kecewa. Entah kenapa semangat dia terus pudar
untuk meneruskan kerja. Haih…. Buat penat aje aku turun ke dapur pagi-pagi
buta! Tapi…. dia belum bangun rupa-rupanya? Sadis betul!
Terpandangkan wajah Amanda yang
tiba-tiba saja bertukar muram membuatkan Puan Sri Sharifah tergelak kecil.
Begitu juga dengan Rosella. Oh… tengah menanti kemunculan si suami
rupa-rupanya?
“Tunggu apa lagi? Pergilah kejut
dia, Manda…. Buat penat aje kamu masakkan untuk dia. Karang kalau dia bangun
lambat, tak sempat pula dia nak merasa air tangan kamu, ya tak?” Puan Sri
Sharifah mula memberikan cadangan. Rosella hanya mengangguk tanda setuju.
Amanda tersenyum hambar. Kata-kata
si mummy langsung tak dibalas sepatah
apa. Perlahan-lahan dia menyuap nasi goreng kampung buatannya ke dalam mulut
sambil mendagu di atas meja. Hmm rasa
macam terbantut selera lah pula. Membazir aje dia masak nasi ni banyak-banyak tau!
“Good
morning, sayang… Awal bangun?” ucap Syed Adrian yang baru saja menuruni
anak tangga.
Segera dia mendapatkan isterinya
yang sedang asyik menguis nasi di pinggan. Lalu, ubun-ubun Amanda dicium lembut
tanpa rasa janggal.
Amanda terkedu buat seketika. Liur
diteguk dengan rakusnya. Tindakan refleks daripada Syed Adrian itu membuatkan
lamunannya mati di pertengahan jalan. Lantas saja kepalanya dipegang spontan.
Huh…. rasa berangin aje kepala aku ni!
Puan Sri Sharifah tersenyum bahagia
melihat kemesraan yang terjalin antara pasangan pengantin baru itu.
Alhamdullilah, bahagia juga anak-anak aku ni. Ingatkan bila dah kahwin,
hubungan mereka bertambah sengit. Rupa-rupanya, bahagia tak ingat dunia!
“Hmm pagi-pagi buta lagi dia dah masakkan
untuk kamu… Nasib baik kamu bangun, Rian. Kalau tak… kelat aje muka si Manda
tu.” usik Puan Sri Sharifah dari dapur.
Syed
Adrian yang baru saja melabuhkan punggung di kerusi sudah pun tersengih
memandang si isteri. Keningnya sengaja dijongket-jongketkan. Amanda cuma
mencebik. Malas pula dia nak melayan usikan daripada Syed Adrian tu. Err yang mummy ni pun satu! Buat apa entah dok beritahu pasal benda tu kat Adrian. Ermm kan mamat ni dah kembang!
Kemunculan
Syed Adam dan Luna membuatkan riak Syed Adrian bertukar serius. Hmm menyampah pula dia melihat muka
beruk ni. Sibuk aje bangun awal! Nak cari pasal dengan aku lah tu. Err pengacau kebahagiaan betul!
“Oh yes…
Selamat pengantin baru, Scha. Sorry
lambat wish… Semalam sibuk sangat,
itu yang tak kesampaian tu nak wish.
Anyway, hope you’re happy with your choice.” ucap Syed Adam dengan senyuman
yang sengaja dibuat-buat.
Amanda
turut membalas senyuman itu. Kedudukan Syed Adam yang berdepan dengannya
membuatkan dia berasa tak keruan. Bebola mata hazel milik lelaki itu yang asyik merenung ke arahnya membuatkan
hatinya berasa tak tenteram. Ya Allah… kau buanglah perasaan tak guna ni
jauh-jauh… doa Amanda dalam hati.
Tindakan
Syed Adam yang asyik merenung ke arah isterinya membuatkan Syed Adrian berasa tak
sedap hati. Riak Amanda yang tampak tak keruan membuatkan dia semakin tertanya tentang
apa yang terjadi. Err diorang ni ada
apa-apa ke?
“Sayang,
kenapa buat nasi goreng? Abang tak lalu lah nak makan nasi... Abang nak omelette…” rengek Syed Adrian tiba-tiba.
Amanda
yang mendengar rengekan Syed Adrian itu dah mula mengerutkan dahi. Wajahnya
sengaja dibengiskan untuk menunjukkan protes. Eeee mamat ni! Tak reti nak bersyukur agaknya dengan apa yang dah
ada! Bukannya reti nak berterima kasih kat aku ke apa. Tahu asyik nak complain aje!
“Tak
baik dok buli si isteri tu, Adrian.
Buat penat aje dia masakkan untuk kamu. Makan je lah apa yang ada.” Tan Sri Henry mula menegur.
“Adrian
tak nak! Adrian nak omellete juga!
Lagipun, dah lama Rian mengidam nak makan benda tu….” Syed Adrian tetap dengan
pendiriannya.
Puan
Sri Sharifah hanya menggelengkan kepala. Tak faham betul dia dengan perangai
Syed Adrian yang mengada-ngada ni. Haih, kalau nak bermanja dengan bini pun
agak-agaklah Rian oi…
Amanda
mengeluh kecil. Dia tak banyak cakap. Lantas dia bangun dari duduknya lalu
segera menapak ke dapur.
Semua
mata memandang ke arahnya. Aneh dengan sikap Amanda yang tak banyak membantah
apabila Syed Adrian, bekas musuhnya memberikan arahan. Memang benci dah
bertukar sayang ke?
BUNYI
Whatsapp notification pada Iphone 5s
miliknya membuatkan Syed Adrian tersentak daripada lamunan paginya seketika.
Semua mata di meja makan memandang tepat ke arah bebola mata birunya. Syed
Adrian bingung sendiri melihat reaksi mereka.
“Hai…. pagi-pagi buta macam ni pun,
ada yang hantar Whatsapp text ke?”
sindir Syed Adam cukup pedas tanpa memandang ke arah abangnya.
Syed Adrian menjeling tajam.
Kata-kata pedas daripada mulut beruk itu langsung tak diendahkan. Malah,
tangannya lantas mencapai Iphone 5s daripada poket jeans. Whatsapp text yang
dihantar oleh seseorang itu dibuka lalu dibaca dengan penuh teliti.
From:
Doktor Lembab
Pagi-pagi
tengok Maharaja Lawak,
Saya
tak nak kawan awak!
Berdekah-dekah Syed Adrian
melepaskan tawanya di situ juga sehinggakan perlakuan spontannya menjadi
perhatian para makhluk yang berada di situ. Lantas tawanya mati saat
terpandangkan renungan tajam daripada si daddy.
“Siapa
text? Makwe lama ke?” soal Tan Sri
Henry serius dan perlahan. Takut sekiranya Amanda terdengar dan berkecil hati.
Syed
Adrian yang mendengar pertanyaan daddynya
itu mula menjongketkan keningnya. Tak sangka, sebegitu rupa tanggapan daddy pada diri dia. Haih…. jahat sangat
ke aku ni? Sampaikan aku dah berubah pun, orang masih tak percaya?
“Banyak
lah daddy punya makwe... Amanda yang text.” selamba Syed Adrian menjawab.
Pengakuan
daripada Syed Adrian itu membuatkan semua yang berada di situ tercengang,
terutamanya Syed Adam. Macam tak percaya… Bahagia sangat ke mereka berdua ni?
“Amanda
kata apa? Haih…. macam jauh sangat aje jaraknya.” Komen Puan Sri Sharifah.
Jujur dia katakan, hatinya berasa bahagia melihat kebahagiaan dan keintiman
pasangan ini. Tak sangka pula yang mereka bakal sebahagia ni!
“He he he. Dia cuma tanya, omellete tu nak letak cheese ke tak… Itu aje.” tipu Syed
Adrian. Sebaris giginya yang putih bersih ditayangkan.
Tan
Sri Henry hanya menggelengkan kepala. Alhamdullilah… bahagia juga putera sulung
dia ni. Sungguh jauh meleset sangkaannya sebelum ni. Disangkanya Syed Adrian
bakal menceraikan Amanda pada malam perkahwinan mereka juga. Tapi sekarang
ni….. sebaliknya. Syukur alhamdullilah!
AMANDA
tersenyum sendiri. Pujian melambung daripada suaminya sebentar tadi mengenai
masakannya membuatkan dia senyum sampai ke syurga. Ceh, syurga lah sangat… Dah berangan ke nak bawa Syed Adrian sampai
ke syurga? Hmm inshallah! Menyayangi
mu hingga ke Jannah! Errr apa yang kau
merepek ni, Manda?
Bunyi Whatsapp notification daripada telefon bimbit mematikan kerjanya seketika.
Lantas tangannya dicuci dan dilap pada tuala kering. Whatsapp text yang terpampang pada telefon
dibaca. Senyuman yang cukup manis terukir di bibir nipisnya tanpa disedari.
From: Adrian Hantu
Raya
Manda
sweet macam chocolate,
Manda
cute macam domo,
Thanks for the
omellete,
Eu
te amooooo! :-)
Eu
te amo? Apa benda tu? Ish Adrian
ni… Kalau nak cakap bahasa Arab pun agak-agaklah. Mana lah aku faham. Ermm aku ni bukannya kacukan Arab macam
dia pun. Eh, kejap! ‘Eu te amo’ tu
bahasa Arab ke?
Kepalanya yang tak gatal digaru
perlahan. Entah kenapa lah tiba-tiba aje mood
dia gatal nak bersweet-sweet dengan
Syed Adrian. Hmm pelik tapi benar….
“Amboi, senyum sampai ke telinga
nampak? You bahagia sangat ya, Scha?”
tegur Luna yang baru saja menapak di dapur.
Kedatangan Luna ke situ benar-benar
menggusarkan hatinya. Jujur, mati terus ketenteraman di hati untuk seketika.
Haih… perempuan gila ni nak apa lagi? Tak puas-puas agaknya nak mengganggu
ketenteraman orang! Huh… apa masalah dia sebenarnya, hah?
“Eh mestilah, Luna… I kan pengantin
baru. Macam lah you tak pernah rasa
benda yang sama, ya tak?” sindir Amanda tanpa rasa takut.
Luna yang mendengar dah mula naik
darah. Sindiran daripada Amanda itu membuatkan dia cukup terasa. Mana taknya,
perkahwinan dia bersama Syed Adam tak sebahagia perkahwinan Amanda bersama Syed
Adrian. Itu yang membuatkan dia rasa tak puas hati sekarang ni!
“Oh
yes… I almost forgot. Scha, I cuma
nak ingatkan you something aje…
Jangan nak bahagia sangat dengan apa yang you
dapat sekarang ni. You know what,
sekelip mata aje benda-benda yang you
dapat tu bakal hilang dan jatuh ke tangan I…” ucap Luna cukup tersirat.
Amanda bingung sendiri. Kata-kata
Luna yang begitu tersirat itu amat sukar untuk ditafsirkan. Hmm apa agenda perempuan ni sebenarnya?
“Maksud you?” soal Amanda inginkan penjelasan.
“I dah agak dah yang you takkan faham. Ouch, pity to you… But never mind. You akan faham suatu hari
nanti.” Jawab Luna cukup sinis.
“Cuma…… you kena ingat. You ada
seorang musuh yang takkan biarkan you
bahagia kat dunia ni. Just that.”
tambah Luna lagi lalu segera dia mengambil langkah untuk beredar dari situ.
Dialog terakhir daripada Luna
sebentar tadi membuatkan Amanda tercengang untuk beberapa saat. Sungguh dia tak
faham dengan sindiran perempuan tu. Apa masalah dia dengan aku sebenarnya ni? Dia
berdendam dengan aku…. sebab Adam ke atau sebab lain? Amanda penasaran.
best sgt ! rasa x puas pulak. haha. want moree! :)
ReplyDeletehahaha thank you! :-) insyallah soon my dear...
DeleteNak lagi :)
ReplyDeleteinsyalla soon :-)
DeleteBEST NAK LAGI.
ReplyDeleteinsyallah soon ;-)
Deletebab seterusnye takde ke .. p
ReplyDeleteEh mestila ada. Akan datang :p
Deleteplezz msokkn .. tak sabar
Deleteinsyallah!
Deleteble nak msokkan bab baru? dah rindu nie
ReplyDeleteSoon...
Deleteuwwaaaa... seksanya nk tggu next entry..
ReplyDeleteble mau update ni...:(
Dah lama la haha
Deletebila nak publish novel nie...tak sabar raser nyer
ReplyDeleteInsyallah soon...
Delete