BAB
16
“AKAK
nampak cantik lah hari ni! Kalah Miss Universe tahu!” puji Rosella
melambung-lambung.
Sungguh
Amanda kelihatan cantik lagi menawan pada hari ini! Baju kurung satin yang
menyelaputi tubuh ramping milik gadis itu membuatkan kecantikan aslinya nampak
lebih terserlah. Tambahan pula, mekap tipis di wajah membuatkan dia tampak
lebih jelita daripada biasa. Jujur, penampilannya benar-benar memukau walaupun
auratnya tidak terdedah merata-rata.
Amanda
hanya tersenyum manis mendengar pujian daripada gadis kelahiran London itu.
Sejujurnya, dia tidak menyangka yang penampilannya bakal berubah sebegitu rupa.
Dia sendiri berasa kagum melihat hasil solekan daripada jari jemari Rosella.
Wah, berbakat sungguh budak ni! Rona yang dipilih pada eyeshadow, lipstick mahupun blusher
memang nampak serasi. Hmm pendek
kata, tak terlalu kontra warnanya.
“Akak
takut lah nak hidup sebumbung dengan Adrian……”
Tiba-tiba saja Amanda meluahkan rasa
takut yang muncul di hati. Dia takut sekiranya sikap Syed Adrian tiba-tiba saja
berubah dan tak seperti yang dia jangkakan selama ni. Dan dia juga takut
sekiranya lelaki itu bagaikan syaitan bertopengkan manusia! Mashallah… harap-harap
lah Syed Adrian yang dia kenal sekarang ni adalah Syed Adrian yang sebenar.
“Abang Adrian tu baik orangnya…
Walaupun perangai dia nampak teruk… tak matang… tapi dia tak ada lah jahat
mana. Pendek kata, dia tak jahat! I know
him well and I admit that he’s a good guy. Sella yakin yang dia dapat
menjaga kak Manda sebaik yang mungkin. I
know, he can protect you all the time. So, don’t worry….. you’ll be safe.”
sepenuh hati Rosella meyakinkan bakal isteri kepada abang tirinya.
Amanda terdiam seribu bahasa. Kelu
lidah dia rasanya nak membalas kata-kata si Rosella itu. Nak percaya ataupun
tidak… dia sendiri belum pasti. Entahlah... baginya ‘guys are so unpredictable’. Sekejap baik… sekejap jahat… Dan
berdasarkan pengalamannya sendiri, lelaki ialah golongan yang paling tak
menentu dan sukar untuk dijangka. Contohnya? Siapa lagi… kalau bukan bakal adik
iparnya, Syed Adam.
“Rose,
someone is calling you at in front. So,
let me help you to dress up the bride.” Tegur Luna seraya mempelawa dirinya
untuk menolong.
Lantas Rosella bangun dari duduknya
lalu mengambil langkah untuk ke ruang tamu. Luna yang perasan akan ketiadaan
sesiapa di situ melainkan dirinya dan Amanda mula merapatkan pintu. Senyuman
yang cukup sinis sengaja dilemparkan. Perlahan-lahan dia mendekati si pengantin
wanita yang tampak ayu berhias.
“Wow!
Wow! Wow! Tak sangka pula akhirnya, Dr Scha Amanda sudah berjaya
mendapatkan pujaan hatinya, Syed Adrian Michael. Wow! What a breaking news! Perigi mencari timba ke apa?” tuduh Luna
sesuka hati.
Amanda hanya mendiamkan diri. Malas
dia nak melayan sikap Luna yang tak henti-henti mengutuk dirinya. Motif? Dia
sendiri pun tak tahu. Kadangkala, ada juga dia tertanya… kenapa lah si Luna ni
begitu membenci dirinya meskipun dia dah hampir nak mendirikan rumah tangga
bersama lelaki lain? Apa sebenarnya niat perempuan ni? Dia ni memang bencikan
aku sejak azali ke apa?
“Diam tandanya betul. You ni memang tak tahu malu kan? Lepas dah
gagal nak dapatkan Syed Adam…. abang dia pula yang you nak kebas? Huh… shame of
you! Murah kan you ni, Scha? Actually, you tak layak menjadi seorang
doktor. And I guess, you sepatutnya
lebih layak menjadi seorang mistress.
What I mean is… pelacur!” tambah Luna
lagi cukup pedas.
Kata-kata perempuan itu membuatkan
api kemarahannya menaik pada takat heating!
Tak semena-mena itu juga, wajah gadis yang bermulut longkang itu diberikan
penampar free-of-charge sehinggakan
tubuh keding itu jatuh tersungkur ke atas lantai. Huh! Baru puas hatinya bila
dapat menyedekahkan satu penampar yang cukup bombastik di hari perkahwinannya
sendiri. See… itulah efeknya bila
berlaku biadab pada pengantin!
“Ini baru sedikit kalau kau nak
tahu. Dan kalau kau rasa tak cukup dan inginkan satu tamparan yang lebih
memukau daripada yang ini, you may humiliate
me continuously.” Ucap Amanda selamba.
Luna mula meraba-raba pipinya yang dah
naik kebas gara-gara ditampar oleh pengantin tak sedar diri tu. Huh…. nasib
baik kau jadi pengantin hari ni! Kalau tak, dah lama nyawa kau melayang di
tangan aku! Kau cukup beruntung, Scha… sebab aku sanggup memberi peluang kepada
kau untuk merasai kebahagiaan yang takkan kekal lama ni!
“Alright,
this is your day. Next time, aku akan balas. Ingat, Scha. Aku takkan
biarkan kau hidup bahagia di atas penderitaan aku! Dan aku takkan biarkan kau
duduk bersenang lenang bersama Adrian! Remember,
your misery is my dream.” Balas Luna akhirnya lalu segera dia mengambil
langkah untuk beredar dari situ.
Amanda cuma mengeluh perlahan. Entah
kenapa dia berasa risau akan ugutan perempuan putus wayar tu. Tindakan Luna
yang sering berada di luar jangkaannya membuatkan dia berasa tak keruan. Hmm macam lah dia tak kenal dengan
perangai si Luna tu…. Perempuan itu sering mengidam apa yang dia idamkan.
Perempuan itu juga sering mengejar apa yang dia kejarkan. Kenapa? Itulah satu-satunya
persoalan yang bermain di mindanya buat masa ini. Ya, kenapa perempuan itu
sering merosakkan impiannya untuk mengecapi sebuah kebahagiaan?
SYED ADRIAN
menilik dirinya yang kelihatan segak berbaju Melayu di hadapan cermin. Sungguh
dia berpuas hati dengan penampilannya sendiri yang ala-ala lelaki melayu
terakhir tu. Dah boleh sangat ni kalau dia nak pikat anak dara Melayu. Confirm kali ni dia takkan ditolak!
Almaklumlah, penampilannya yang terlalu over-western
sebelum ni langsung tak dipandang oleh mana-mana gadis Melayu. Eh ye ke? Tapi
ada je minah melayu yang dok usha dia dalam diam sepanjang dia
berada di Malaysia ni…
Sengaja
Syed Adrian menghilangkan warna merah pada pacak rambutnya. Dan sengaja juga
dia menanggalkan 3 biji subang yang bertindik di telinganya selama ini. Rantai
dan gelang yang entah apa juga ditanggalkan. Hah, baru terserlah sikit kemelayuannya hari ni. Tapi malangnya,
raut wajah Syed Adrian masih kelihatan seperti mat salleh gara-gara rambut aslinya
yang berwarna hazel dan sepasang
matanya yang berwarna biru laut.
Bila
difikirkan semula, dia memang ‘sengaja’ ke nak berpenampilan sebegini rupa? Err sudah pasti lah tidak! Dia memang
tak rela nak berpenampilan ala-ala lelaki Melayu terakhir ni. Rasa macam rimas
pun ada! Yalah, nak kena pakai samping lah… songkok lah… keris lah… itu lah…
ini lah… Leceh tahu! Erghh kalau tak
dipaksa oleh Amanda, jangan haraplah dia sanggup nak berpakaian seperti ini!
“Macam mana nak pasang butang ni? Err leceh betul lah!” bebel Syed Adrian
sendirian.
Puas dia memasukkan butang itu ke
dalam lubang yang sepatutnya namun, usaha murninya langsung tak berjaya! Haih
kalau berterusan macam ni, sampai ke tua lah aku takkan kahwin! Haiyaa, apa benda yang aku merepek ni?
Apa kena mengena butang baju dengan kahwin ni?
“Apa kejadah lah dengan butang baju
orang melayu ni? Nak pasang pun susah. Err
betul-betul menyusahkan tau! Mummy...
oh mummy… tolong Adrian pasang butang ni, mummy…” jerit Syed Adrian di tepi tangga.
Sungguh
dia berasa sadis sekarang ni! Mana taknya, panggilannya langsung tak dibalas
dan didengari oleh mana-mana penghuni yang berada di dalam vila itu. Aik, dah
tak ada telinga ke diorang ni? Suara aku yang seksi lagi macho ni punya lah kuat… Hmm
siap bergema lagi! Takkan tak ada seorang makhluk pun yang dengar?
Baru
saja tubuh sasanya nak berpusing 270 darjah ke belakang, tiba-tiba, dia
terlanggar seseorang sehingga menyebabkan tubuh ‘seseorang’ itu jatuh
tersungkur menyembah lantai. Habis berterabur make up box yang dibawa oleh ‘seseorang’ itu. Huh… nasib baik dia tak
jatuh tersungkur kat depan tangga ni. Kalau tak… ada yang inallilah siang-siang buta macam ni.
“Apahal ni bro main langgar-langgar orang? Mata letak kat mana bro? Letak kat suspensory ligament ke atau letak kat lutut?” marah gadis yang
dilanggarnya itu. Barang-barang make up
yang habis berterabur itu lantas dikutip satu persatu sebelum mengalihkan
pandangan ke arah ‘lelaki tiada mata’ yang melanggarnya sebentar tadi.
Syed
Adrian terkaku seketika. Rasa macam tak percaya lah pula saat melihat kehadiran
gadis itu di dalam vila keluarganya. Apatah lagi melihat make up box yang dibawa oleh gadis itu sendiri. Aik, apa yang minah ni buat kat vila aku
ni? Hmm and one more… macam mana dia
boleh tahu pasal wedding day aku?
“Cik
Mira Faraheena? Awak buat apa kat sini?” tegur Syed Adrian cukup selamba.
Mira
mula mengalihkan pandangannya ke arah si empunya suara saat dia merasakan suara
itu tidak asing lagi di ear drumnya. Sewaktu
imej si empunya suara terlekat pada pandangan, Mira tersentak… terkejut…
terdiam… mahupun tergamam. Sedikit demi sedikit, dia menilik penampilan lelaki
yang kelihatan segak berbaju melayu itu dari hujung rambut hinggalah ke hujung
kaki. Sungguh dia tak percaya! Syed Adrian Michael ke ni?
“Are you the only Adrian that I know?”
soal Mira menginginkan kepastian. Mana lah tahu sekiranya lelaki kacak di depan
dia ni bukannya Syed Adrian, malah kembar Syed Adrian yang sudah lama tersesat!
Yalah… bak kata orang putih, nothing is
impossible.
“If not, who do you think I am? The hottest
David Beckham with baju melayu?” soal Syed Adrian pula sambil menjongket-jongketkan
keningnya.
“Why not? Perhaps you’re him if he wears the
baju melayu….”
Kata-kata
Mira itu menyebabkan tawanya pecah sehingga menampakkan sepasang lesung pipit
di kedua-dua belah pipinya. Mira yang memandang perlakuan lelaki itu cuma tersenyum
lucu. Alahai, comelnya pengantin baru ni ketawa macam tu. Dah lah ada dimples! Higher depth pula tu! Hmm bertambah lah kecomelan dia….
“Please lah jangan nak bikin aksi comel
lagi lucu kat sini. Amboi bro…… bukan
main terserlah kemelayuan mu, ya? Dah taubat nak jadi lelaki melayu tulen ke?”
sindir Mira sekadar nak bergurau.
“Why? Why? Why? Saya nampak handsome bukan main kepalang ke? Yeah…
I know it right!” ucap Syed Adrian mula riak.
Mira
hanya mencebik tanda menyampah. Haih, tak berubah lagi rupa-rupanya perangai
mamat yang suka sangat angkat bakul sendiri ni. Ingatkan lepas dah
bertahun-tahun mereka tak bersua, ada lah juga lonjakan saujana pada mamat ni.
Namun… hampeh sungguh rasanya! Perangai Syed Adrian masih sebiji seperti dulu,
kecuali budaya sosialnya yang makin hari makin liar!
“Eh
wait, Mira…. Boleh tak kau tolong
pasangkan butang ni kat baju aku? Percaya atau tidak, aku tak tahu lah macam
mana nak handle benda alah ni. And you know what, this work is so much
harder than studying to get PhD!”
Kata-kata
Syed Adrian itu membuatkan tawanya pecah berderai. Jujur dia katakan, mamat handsome bukan main ni memang
berkelayakan untuk menyertai Gelanggang Maharaja Lawak. Gila! Benda yang senang
macam kacang goreng ni pun dikatakan lebih susah daripada nak dapatkan PhD?
Walauweh… kalau nak dapatkan PhD tu sesenang nak pasang butang ni, rasa-rasanya
ramai yang boleh berjaya sampai ke tahap itu lah weh!
“Bangang
lah kau ni, Adrian. Benda senang macam ni pun kau tak boleh nak buat! Sinilah…
Biar aku tolong.”
Lantas
Mira merampas butang tersebut dari tangan lelaki itu. Perlahan-lahan dia
mendekati Syed Adrian sehingga menyebabkan jarak di antara mereka tak sampai 5
inci.
“Tunduk
sikit boleh tak? Tonjang sangat lah kau ni.” komen Mira cukup selamba.
Syed
Adrian cuma tergelak kecil. Tanpa berlengah lagi, lantas dia menundukkan
tubuhnya sedikit bagi memudahkan kerja gadis tu. Wajah Mira yang kelihatan
tekun itu sengaja ditilik dari arah yang dekat.
Hmm
cantik minah ni. Tapi… apasal sampai
sekarang dia masih single ek? Nak
kata tak laku…. macam absurd lah pula! Yalah… mustahil kot perempuan secantik
ni tak dipandang oleh mana-mana lelaki. Dah lah cantik… baik pulak tu. Tapi
bila diperhatikan semula, Amanda lagi cantik kot.
Amanda!
Amanda! Amanda! Sikit-sikit Amanda! Sehari kalau tak sebut nama dia tak boleh
ke, Adrian? Apa yang istimewa sangat pada perempuan tu sehinggakan kepala otak
kau asyik teringatkan dia aje? Err apa
yang istimewa sangat jika nak dibandingkan dengan Mira? Huh… sudah pasti Mira
jauh lebih baik daripada minah lembab tu!
Tak
semena-semana itu juga jantung Mira berdebar kuat. Posisi yang terlalu rapat di
antara mereka membuatkan dia berasa tak keruan. Apatah lagi saat anak matanya
terpandangkan bebola mata milik Syed Adrian yang nampak unik lagi menarik itu.
Wahai
hati, bersabarlah! Jangan terlalu ikutkan perasaan! Dia ni bakal suami orang
weh… Dan dia ni best friend kau pulak
tu! Jangan nak melebih-lebih okey…. Come
on, ada berjuta-juta lelaki lagi yang berlegar-legar kat luar sana tu. Please, jangan nak berharap sangat kat
mamat ni kalau kau tak nak terluka!
“Weh,
aku ada kerja sikit lah. Kau dah tahu kan cara-cara nak pasang? So, finish it by yourself. Okay bye, mr
bridegroom! Excuse me…” Mira mula mengelak lalu segera dia menuruni anak
tangga untuk beredar dari situ.
Syed
Adrian yang hanya memandang tindakan gadis itu mula naik bingung. Haih, baru
rapat sikit dengan aku pun dah tak tahan ke? Ermm handsome sangat ke muka aku bila berpenampilan ala-ala lelaki
melayu terakhir macam ni? Err yalah….
selalunya, si Mira tu mana pernah kisah bila perlu rapat dengan aku hingga
mencecah 3-4 inci sekalipun. Watlek
watcool aje selalunya. Tapi hari ni…… apa kes?
“Haih,
kalau lah Amanda ada kat sini…… dah lama aku suruh dia pasangkan!” keluhan
kecil dilepaskan seketika.
Haih…
dalam banyak-banyak nama, apasal lah nama
Amanda juga yang kau sebut? Hmm kenapa
lah dengan kau ni, Adrian? Makin hari makin pelik… Makin hari makin angau…
Makin hari makin tak keruan… Haih, dah
terkena Amanda fever ke apa? Err parah betul!
BAB
17
AMANDA
mematikan langkahnya seketika. Masjid Besi yang tersergam indah di depannya
diperhatikan. Ukiran halus yang unik pada masjid itu menjadi tatapan. Entah
kenapa hatinya berasa gundah gulana sekarang ni. Rasa macam…. tak tenang. Tak
aman. Tak tenteram. Ermm mungkin
disebabkan rasa nervous ya amat kot.
“Ya Allah, kau permudahkan lah
segala urusanku… Kau permudahkan lah segala urusan bakal suamiku.... Jika dia
bukan ditakdirkan untukku, kau halang lah pernikahan yang bukan atas dasar
cinta ni daripada berlaku…” doa Amanda seakan-akan bermonolog sendirian. Penuh
mengharap.
“Dan jika namanya sudah tercatat di
Luh Mahfuz sebagai suamiku…. Kau rahmati lah kami. Kau berkati lah perkahwinan
kami. Kau kekalkan lah ikatan yang bakal terjalin ni hingga ke Jannah-mu, ya
Allah…. Walaupun aku tahu…. aku sedar…. Kebahagiaan tu bukan milik aku.” Tambah
Amanda lagi. Mata redupnya masih setia menatap pada keindahan masjid itu. Tak
semena-mena itu juga, air matanya tumpah.
Sayu. Ya, itulah yang dia rasakan sekarang ni.
Sayu kerana kebahagiaan tak ditakdirkan untuk dirinya. Malah, kedukaan…
kekecewaan… kesengsaraan yang sering menghuni hidupnya.
“Siapa
kata, kebahagiaan tu bukan milik kau?”
soal Syed Adrian tiba-tiba.
Kedengaran
suara yang mula menegur itu membuatkan Amanda tersentak seketika. Huh! Kus
semangat! Err siapa pulak yang dok menyampuk doa aku ni? Adam ke? Eh,
takkanlah Adam kot? Adam kan dah lama sampai, ya tak? Hmm habis tu… siapa? Eh kejap! Jangan jangan……
“Orang
cakap bukannya reti nak pandang. Meh,
pandanglah aku sikit. Cuba tengok penampilan baru aku ni….” arah Syed Adrian cukup
spontan.
Amanda
menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengalihkan pandangan ke arah mamat tu.
Huh…. memang aku dah agak dah! Siapa lagi yang suka bikin orang tersentak lagi
tersentap kalau bukan Syed Adrian Michael, ya tak?
Saat
pandangannya mula dialihkan pada Syed Adrian yang dok membelakangi tubuhnya, Amanda tergamam… terkedu… terkejut…
terkelu… terdiam… malah turut ternganga… Atas bawah atas bawah matanya asyik
menilik pada penampilan Syed Adrian yang cukup memukau tu. Wow! Handsome siot! Syed Adrian Michael a.k.a bakal suami aku ke ni?
“Is that you, Adrian?” soal Amanda tanpa disedari. Mulutnya masih ternganga luas
gara-gara terkejut punya pasal! Fuhlamak…
apasal kau berpenampilan cukup
memukau ni weh?! Soal Amanda dalam hati.
Syed
Adrian yang mendengar pertanyaan gadis itu hanya tersenyum sendiri. Lucu pula
dia mendengar pertanyaan Amanda tu. Ermm
hairan… Dia nampak seperti David Beckham versi melayu ke bila pakai macam ni?
“Yeah, it’s me… Hmm handsome kan? Like seriously, aku tak sangka yang aku
bakal berubah sehandsome ni. Terpukau
mata aku kat depan cermin tadi….” sindir Syed Adrian.
Amanda
yang mendengar dah mula tayang aksi nak muntah. Sungguh dia rasa macam nak
muntah dirty green aje sekarang ni. Errr geli lah pulak bila diimbas semula
kata-kata mamat ni sebentar tadi. Hmm
macam lah memukau benor!
“Errr… boleh tak jangan nak perasan
sangat? Aku geli lah! Kalau muka kau ni as
handsome as Lee Dong Wook, tak apa lah juga! Ini tidak…. Dah lah muka
macam….”
“Joey Parker? Yeah, I know it. Okay bye!” lantas Syed Adrian menyampuk lalu
segera mengambil langkah untuk beredar dari situ.
Sekali
lagi, aksi nak muntah ditayangkan. Euww loya tekak rasanya! Hmm apasal lah mamat tu bajet sangat?
Menyampah tahu! Macam dia sorang aje yang handsome
kat Malaysia ni. Err Izzue Islam lagi
handsome lah!
Tapi……
“Macam
mana dia tahu yang muka dia tu ada sipi-sipi Joey Parker? Ermm nak kata sebijik... Tak ada lah pulak! Sipi-sipi tu ada lah
sikit. Sikit aje! Tapi… pelik. Macam mana dia boleh baca fikiran aku?” Amanda
bermonolog sendirian. Hairan dengan kenyataan yang berlaku.
“Jangan-jangan….
Dia tu vampire kot, Manda.” kata
hatinya mula bergema.
Amanda
tersentak lalu terdiam. Kata-kata itu seakan-akan sedang berbisik pada
telinganya. Fuh…. Seram shit lah pulak! Takkan ada hantu kot kat
depan masjid macam ni? Err mustahil
lah!
KELIBAT
Syawal yang baru muncul membuatkan Amanda makin tak keruan. Rasa macam…. macam
nak lari aje sekarang ni! Huargghhh
kenapa Abang Syawal datang? Kenapa dia sudi sangat nak jadi wali aku? Dia tak
tahu ke yang perbuatan dia ni bakal menyeksa adik kandung dia sendiri?!
Err
memang lah dia tak tahu, Amanda oi.
Lagipun, secara fizikalnya memang nampak macam kau ni nak sangat aje kahwin
dengan mamat hantu raya tu! Hmm tapi
hakikatnya…. Hanya tuhan saja lah yang tahu. Betapa terseksanya hidup aku
sekarang ni…. dia juga yang tahu.
“Sudah
sedia, semua?” soal salah seorang saksi yang berada di situ. Semua tetamu yang
bakal menyaksikan majlis akad nikah tu dengan sepenuh hatinya menyahut
‘dahhhh!’.
Amanda
hampir saja nak menangis. Tapi….. apa gunanya kalau dia menangis? Hmm macam lah pernikahan ni akan batal
kalau dia melalak sekarang ni juga, ya tak? Yalah…… mungkin ramai yang
berpendapat, dia menangis sebab terharu dengan pernikahan ni. Err memang tak lah kan!
“Aku
nikahkan engkau, Syed Adrian Michael dengan adikku, Scha Amanda binti Yahya
dengan mas kahwin RM855 tunai.” Ucap Syawal tenang dan jelas.
Ijab
yang dilafazkan oleh abang kandungnya sendiri membuatkan hati wanitanya sedikit
tercuit. Sejurus itu juga, air matanya berlinang membasahi pipi.
“Aku
terima nikahnya Scha Amanda binti Yahya dengan mas kahwin RM855 tunai.”
“Sah?”
soal Syawal sebagai wali.
“Sah….”
sahut para saksi.
Amanda
yang asyik termenung sebentar tadi terus tersentak saat mendengar sahutan itu. What?! Sah?! Aku sah menjadi isteri
kepada Syed Adrian Michael?!?! Jeritnya dalam hati seakan-akan tak percaya.
Subhanallah, cepatnya masa berlalu….
“Manda…
termenung apa lagi? Cium tangan suami tu….” tegur Puan Sri Sharifah lembut.
Haih, lucu pula dia melihat riak Amanda yang seolah-olah terkejut bagai nak rak
tu.
Tangan
sasa tapi mulus milik Syed Adrian itu diperhatikan seketika. Rasa macam
teragak-agak lah pula dia nak menyalam tangan itu. Tanpa berlengah lagi, segera
tangan hangat itu dicium lembut.
Syed
Adrian tersenyum manis melihat gelagat ‘isteri’nya itu. Alahai, comelnya bini
aku ni. Ini mesti kes terlupa yang aku ni dah jadi muhrim dia kot.
Usai
tangannya disalam, perlahan-lahan Syed Adrian merapatkan tubuhnya sedikit pada
si isteri. Amanda yang melihat perlakuan spontan itu dah mula naik gelabah.
Bulu romanya pun dah mula naik meremang. Hish,
apasal dia dekat sangat dengan aku ni?
“Apasal rapat sangat ni weh? Jauh sikit
lah…” bisik Amanda perlahan.
“Ssshhh! Duduk diam-diam boleh tak? Aku
nak cium dahi kau ni! Tak nampak ke kamera-kamera wartawan tu tengah perhatikan
kita…. Kau nak kotorkan nama baik aku ke apa?” balas Syed Adrian dalam keadaan
berbisik juga. Lantas dahi licin Amanda dicium dengan penuh tertib. Errr tertib lah sangat!
Perlakuan
Syed Adrian yang cukup selamba itu dibiarkan macam angin lalu saja. Hmm tapi…
rasa hangat di dahi masih terasa. Hembusan nafas Syed Adrian yang terlalu dekat
dengannya sebentar tadi masih dapat didengari.
Huh!
Nasib baik mamat tu tak cium dahi aku lama-lama tadi. Kalau tak…. confirm ada yang tak kena nanti! Hmm jantung berdegup terlebih had lah…
itu lah… ini lah… errr cerita melayu
betul!
Usai
upacara pembatalan air sembahyang, segera Amanda mendapatkan abangnya. Syawal
yang sedang khusyuk bermain Iphone 4s di tepi masjid mula ditegur tanpa rasa
canggung.
“Abang,
thanks. I really appreciate it…” Ucap
Amanda lembut seraya menyalam tangan abangnya itu.
Syawal
cuma tersenyum manis. Wajah Amanda yang nampak sembam ditilik seketika. Aik, apasal pengantin baru tak nampak
berseri ni? Kelat semacam aje mukanya! Tak bahagia ke apa adik aku ni? Syawal
mula menduga.
“Are you unhappy with your marriage?”
soal Syawal ingin tahu. Entah kenapa dia merasakan yang adiknya langsung tak
bahagia dengan perkahwinan yang baru saja menjelang sebentar tadi.
Pertanyaan
maut daripada abangnya itu membuatkan Amanda terkedu. Aiseyman! Apasal Abang Syawal tanya macam tu kat aku? Dia tahu ke
yang aku ni kena kahwin paksa? Ya Allah, janganlah!
“No, of course I’m happy. Err kenapa
abang tanya macam tu? Abang tak percaya ke yang adik boleh bahagia walaupun…
bukan dengan Adam?” soal Amanda pula. Saja nak putar belitkan fakta. Hmm ni semua Syed Adrian yang ajar!
“Erm bukannya macam tu, dik… I’m just curious. Macam mana lah adik
boleh jatuh cinta pada Adrian…. sedangkan sebelum ni, dia hampir aje nak jadi
abang ipar adik…” luah Syawal tanpa berselindung. Ya, kisah percintaan adik dia
ni memang pelik bin ajaib! Boleh pulak budak ni kahwin dengan abang kepada
bekas tunangan dia sendiri?
“Nothing’s strange, abang. Semua ni
takdir Allah. Adik pun macam tak percaya yang adik boleh terjatuh hati pada
Adrian. Apatah lagi, dia tu Adam punya abang…… Ini semua kuasa tuhan, bang. I don’t know how it’s happening….” Tipu
Amanda.
“Abang
tak kisah pun… asalkan adik abang ni bahagia dunia akhirat! Oh ya, I forgot to wish you. Selamat Pengantin
Baru, adik Amanda ku sayang! Semoga tuhan memberkati perkahwinan adik dengan
Adrian… Dan semoga korang bahagia sampai ke syurga okey! And one more, cepat sikit bagi abang anak sedara tau!” usik Syawal selamba.
Riak
wajah Amanda terus bertukar. Amekaw,
merah padam dibuatnya. Hish, abang
aku ni! Ada aje idea dia nak kenakan aku. Kalau nak bergurau pun agak-agaklah….
toksah dok tekankan isu sensitif tu! Hu hu hu.
“Abang
ni kan……”
“Abang
nak anak sedara gegirl tau. Nak yang
cun punya!” lantas Syawal menyampuk. Lalu segera dia beredar dari situ. Nak
elak daripada kena cengkam dengan ketam punya pasal!
“Abang!!!!!”
jerit Amanda kuat.
KEHADIRAN
ratusan tetamu di Grand Millenium Hotel itu menampakkan kemeriahan yang cukup
dahsyat. Gila tak dahsyat? Yalah… mana taknya, setiap kali dia jalan beriringan
bersama Syed Adrian, pasti ada aje mulut yang nak ucapkan ‘tahniah’ lah… itu
lah... ini lah… Haih…. rasa macam jadi
retis lah pulak sekarang ni!
Tema merah dan hitam yang dipilih
oleh Syed Adrian sendiri benar-benar memukau. Err merah dan hitam? Nampak macam bloody wedding lah pulak. Ha
ha ha! Ni mesti kes banyak tengok movie
Twilight ni! Hmm ada hati nak jadi ‘the bridegroom of vampire’ lah tu.
“Mummy
pening lah tengok tema warna wedding kalian
ni! Dah macam majlis halloween pun
ada. Apasal lah dalam banyak-banyak
warna, warna ni juga yang kalian pilih?” komen Puan Sri Sharifah cukup selamba.
Amanda yang mendengar komen pedas
itu cuma tergelak kecil. Huh…. ingatkan dia sorang aje yang pening.
Rupa-rupanya, ada yang lebih pening!
“This
is what we called creative. Just look at the surrounding…… Inilah yang
dikatakan suasana romantis, mummy. Reds
and blacks…. “ terang Syed Adrian ala-ala profesional.
“Kamu ni Adrian…… kalau nak buat
suasana romantis pun agak-agak lah! Ini bukannya suasana romantis, Rian oi. Ini suasana seram!” bangkang Puan
Sri Sharifah.
Syed Adrian tak berpuas hati. Boleh
pulak mummy mengutuk ciri-ciri majlis
perkahwinan idamannya? Ini tak boleh jadi ni!
“Ini bukannya suasana seram, mummy… Ini suasana romantis!”
“Adrian…. teman saya makan kek, jom?
Saya rasa lapar lah. Haaa…. Mummy
pergilah sambut tetamu… Ada ramai tetamu dok
cari mummy tadi.” Amanda mula
mencelah. Sengaja dia berbuat sedemikian gara-gara nak elakkan pertengkaran di
antara anak-beranak ni.
Lantas lengan Syed Adrian dipaut
kemas lalu segera mereka beredar dari situ.
“Tadi kata…. nak makan kek?” soal
Syed Adrian pelik.
Amanda yang mendengar pertanyaan itu
hanya tersengih sumbing. Tiba-tiba saja, ada idea nakal yang muncul secara tak
sengaja di benaknya.
“Adrian, awak nampak handsome sangat bila pakai tuksedo macam
ni… Kalau awak nak tahu, awak nampak tersangat-sangat handsome bila tak pakai subang and other jewelleries macam sekarang ni. And........ I like it!” puji Amanda tiba-tiba.
Syed Adrian bertambah hairan. Penukaran
kata ganti nama pada bahasa Amanda juga membuatkan dia makin hairan kuasa dua.
Dan lagi satu, pujian yang dilemparkan oleh Amanda juga membuatkan dia berasa
hairan kuasa tiga! Apa kes dengan minah ni? Something
is fishy here!
“Eh kejap! Ada something lah kat batang hidung awak tu... Sini, dekat sikit dengan
saya… Let me help you.” arah Amanda
dengan nada yang masih sama.
Perlahan-lahan dagu Syed Adrian yang
cukup runcing itu ditarik lembut agar dekat dengan wajahnya. Perlakuan Amanda
yang cukup spontan itu membuatkan Syed Adrian tergamam seketika. Tindakan
Amanda yang asyik mengenyit mata padanya membuatkan dia berasa tak keruan. Tak
semena-mena, jantungnya berdegup kencang!
Saat wajah Syed Adrian benar-benar
menghampiri wajahnya, segera Amanda bertindak. Rasa gementar yang menggunung di
hati hanya dibiarkan demi menjayakan rancangannya! Sepantas kilat dia mencalit
krim kek pada batang hidung Syed Adrian lalu segera dia berlari anak dari situ.
Syed Adrian tergamam buat kali
kedua. Bibir bawahnya digigit geram. Krim kek yang sudah meleleh pada batang
hidungnya masih dibiarkan. Matanya tajam merenung ke arah Amanda yang sedang
asyik menjelir lidah padanya.
“Amanda!!!!!!!!” jerit Syed Adrian
sekuat hati sehingga menyebabkan Hotel Grand Millenium itu bergema kuat.
Terkekek-kekek Amanda melepaskan
tawanya di tepi kolam renang. Rasa lucu lah pula bila perhatikan wajah Syed
Adrian yang dah monyok serupa kerang busuk tu! Huh…. baru puas hati dia bila
dapat kenakan mamat tu!
“Adrian….
what’s wrong with you? Come on, let me
help….” ucap seorang gadis yang tampak jelita bergaun hitam.
Syed Adrian terpaku seketika saat
melihat kemunculan Jessica di situ. Begitu juga dengan Amanda. Dia tertanya,
siapakah gadis lawa tahap infiniti yang sedang mengelap krim pada hidung
suaminya itu? Takkan lah dia tu ex
Adrian kot?
Baru saja Amanda nak mengambil
langkah….
Tiba-tiba,
kakinya terpelecok sehingga menyebabkan….
“Arghhhhh!!!!!! Help me!!!!!!!” jerit
Amanda sekuat hati.
Suara
jeritan yang amat dikenalinya itu menyebabkan Syed Adrian tersentak. Segera dia
mengalihkan pandangan ke arah tempat di mana Amanda berada.
“Amanda!!!!!!!”
teriak Syed Adrian pula saat melihat keadaan isterinya yang terkapai-kapai
meminta tolong. Segera dia terjun ke dalam kolam renang tersebut untuk
menyelamatkan si isteri.
nice one...next plezzzz...
ReplyDeletethank you... insyallah, soon :-)
DeleteNicee and naak lagii :p Btw, Follow kita Backk ^.^ : myfairytale0806.blogspot.com
ReplyDeleteterima kasih. insyallah soon ok!
DeleteBest !! Pls smbng asap !!
ReplyDeletethank you! insyalllah soon ;-)
Deleteawak, kita nak bagitahu..
ReplyDeletekita tak dapat nak baca entry awak.
tulisan tu buat saya pening sikit nak baca
minta maaf banyak2
you got problem with times new roman? saya mintak maaf, saya tak reti nak ubah. haha
Deletenice. suka sangat. tp lm sgt nak tggu smbganya.
ReplyDeleteterima kasih. maaf kerana terpaksa lama menunggu. itulah dugaan namanya. hehe insyallah, tak lama lagi saya update :-)
DeleteSering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.
ReplyDeleteDi sini saya paparkan makna kedua-duanya.
Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.
Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.
Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu
menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.
Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.
terima kasih banyak-banyak kerana sudi betulkan. teguran daripada anda amat saya hargai...
Deletebest.
ReplyDeletethanks! hope enjoy...
DeleteAssalamualaikum . . I really enjoy when I read your novel . . I though U budak kolej tapi sebenarnya budak sekolah lagi . . I really proud with you walaupun masih sekolah dah boleh berkarya dengan cemerlang. setaraf dengan penulis novel yang popular. . bak kata orang "Umur tak halang kita untuk terus berjaya " . . I will support you . . Now , I jadi peminat novel U . . Teruskan berkarya , adik comel ;) #hwaiting
ReplyDeletewaalaikumussalam... hehe thank you sis, tapi takdelah setaraf dengan writer lain. saya biasa-biasa je... & terima kasih sebab sudi menyokong. i really appreciate it! ;-)
DeleteDlm bab 16 - "Tak semena-mena itu juga, wajah gadis bermulut longkang itu diberikan penampar free-of-charge sehinggakan tubuh keding itu jatuh tersungkur ke atas lantai."
ReplyDelete** btw, what happen to kandungan Luna?dah selamat digugurkan ke?