Friday, January 3, 2014

I Heart You, Doctor! 16,17

BAB 16        
“AKAK nampak cantik lah hari ni! Kalah Miss Universe tahu!” puji Rosella melambung-lambung.
Sungguh Amanda kelihatan cantik lagi menawan pada hari ini! Baju kurung satin yang menyelaputi tubuh ramping milik gadis itu membuatkan kecantikan aslinya nampak lebih terserlah. Tambahan pula, mekap tipis di wajah membuatkan dia tampak lebih jelita daripada biasa. Jujur, penampilannya benar-benar memukau walaupun auratnya tidak terdedah merata-rata.
Amanda hanya tersenyum manis mendengar pujian daripada gadis kelahiran London itu. Sejujurnya, dia tidak menyangka yang penampilannya bakal berubah sebegitu rupa. Dia sendiri berasa kagum melihat hasil solekan daripada jari jemari Rosella. Wah, berbakat sungguh budak ni! Rona yang dipilih pada eyeshadow, lipstick mahupun blusher memang nampak serasi. Hmm pendek kata, tak terlalu kontra warnanya.
“Akak takut lah nak hidup sebumbung dengan Adrian……”
            Tiba-tiba saja Amanda meluahkan rasa takut yang muncul di hati. Dia takut sekiranya sikap Syed Adrian tiba-tiba saja berubah dan tak seperti yang dia jangkakan selama ni. Dan dia juga takut sekiranya lelaki itu bagaikan syaitan bertopengkan manusia! Mashallah… harap-harap lah Syed Adrian yang dia kenal sekarang ni adalah Syed Adrian yang sebenar.
            “Abang Adrian tu baik orangnya… Walaupun perangai dia nampak teruk… tak matang… tapi dia tak ada lah jahat mana. Pendek kata, dia tak jahat! I know him well and I admit that he’s a good guy. Sella yakin yang dia dapat menjaga kak Manda sebaik yang mungkin. I know, he can protect you all the time. So, don’t worry….. you’ll be safe.” sepenuh hati Rosella meyakinkan bakal isteri kepada abang tirinya.
            Amanda terdiam seribu bahasa. Kelu lidah dia rasanya nak membalas kata-kata si Rosella itu. Nak percaya ataupun tidak… dia sendiri belum pasti. Entahlah... baginya ‘guys are so unpredictable’. Sekejap baik… sekejap jahat… Dan berdasarkan pengalamannya sendiri, lelaki ialah golongan yang paling tak menentu dan sukar untuk dijangka. Contohnya? Siapa lagi… kalau bukan bakal adik iparnya, Syed Adam.
            “Rose, someone is calling you at in front. So, let me help you to dress up the bride.” Tegur Luna seraya mempelawa dirinya untuk menolong.
            Lantas Rosella bangun dari duduknya lalu mengambil langkah untuk ke ruang tamu. Luna yang perasan akan ketiadaan sesiapa di situ melainkan dirinya dan Amanda mula merapatkan pintu. Senyuman yang cukup sinis sengaja dilemparkan. Perlahan-lahan dia mendekati si pengantin wanita yang tampak ayu berhias.
            “Wow! Wow! Wow! Tak sangka pula akhirnya, Dr Scha Amanda sudah berjaya mendapatkan pujaan hatinya, Syed Adrian Michael. Wow! What a breaking news! Perigi mencari timba ke apa?” tuduh Luna sesuka hati.
            Amanda hanya mendiamkan diri. Malas dia nak melayan sikap Luna yang tak henti-henti mengutuk dirinya. Motif? Dia sendiri pun tak tahu. Kadangkala, ada juga dia tertanya… kenapa lah si Luna ni begitu membenci dirinya meskipun dia dah hampir nak mendirikan rumah tangga bersama lelaki lain? Apa sebenarnya niat perempuan ni? Dia ni memang bencikan aku sejak azali ke apa?
            “Diam tandanya betul. You ni memang tak tahu malu kan? Lepas dah gagal nak dapatkan Syed Adam…. abang dia pula yang you nak kebas? Huh… shame of you! Murah kan you ni, Scha? Actually, you tak layak menjadi seorang doktor. And I guess, you sepatutnya lebih layak menjadi seorang mistress. What I mean is… pelacur!” tambah Luna lagi cukup pedas.
            Kata-kata perempuan itu membuatkan api kemarahannya menaik pada takat heating! Tak semena-mena itu juga, wajah gadis yang bermulut longkang itu diberikan penampar free-of-charge sehinggakan tubuh keding itu jatuh tersungkur ke atas lantai. Huh! Baru puas hatinya bila dapat menyedekahkan satu penampar yang cukup bombastik di hari perkahwinannya sendiri. See… itulah efeknya bila berlaku biadab pada pengantin!
            “Ini baru sedikit kalau kau nak tahu. Dan kalau kau rasa tak cukup dan inginkan satu tamparan yang lebih memukau daripada yang ini, you may humiliate me continuously.” Ucap Amanda selamba.
            Luna mula meraba-raba pipinya yang dah naik kebas gara-gara ditampar oleh pengantin tak sedar diri tu. Huh…. nasib baik kau jadi pengantin hari ni! Kalau tak, dah lama nyawa kau melayang di tangan aku! Kau cukup beruntung, Scha… sebab aku sanggup memberi peluang kepada kau untuk merasai kebahagiaan yang takkan kekal lama ni!
            “Alright, this is your day. Next time, aku akan balas. Ingat, Scha. Aku takkan biarkan kau hidup bahagia di atas penderitaan aku! Dan aku takkan biarkan kau duduk bersenang lenang bersama Adrian! Remember, your misery is my dream.” Balas Luna akhirnya lalu segera dia mengambil langkah untuk beredar dari situ.
            Amanda cuma mengeluh perlahan. Entah kenapa dia berasa risau akan ugutan perempuan putus wayar tu. Tindakan Luna yang sering berada di luar jangkaannya membuatkan dia berasa tak keruan. Hmm macam lah dia tak kenal dengan perangai si Luna tu…. Perempuan itu sering mengidam apa yang dia idamkan. Perempuan itu juga sering mengejar apa yang dia kejarkan. Kenapa? Itulah satu-satunya persoalan yang bermain di mindanya buat masa ini. Ya, kenapa perempuan itu sering merosakkan impiannya untuk mengecapi sebuah kebahagiaan?

SYED ADRIAN menilik dirinya yang kelihatan segak berbaju Melayu di hadapan cermin. Sungguh dia berpuas hati dengan penampilannya sendiri yang ala-ala lelaki melayu terakhir tu. Dah boleh sangat ni kalau dia nak pikat anak dara Melayu. Confirm kali ni dia takkan ditolak! Almaklumlah, penampilannya yang terlalu over-western sebelum ni langsung tak dipandang oleh mana-mana gadis Melayu. Eh ye ke? Tapi ada je minah melayu yang dok usha dia dalam diam sepanjang dia berada di Malaysia ni…
Sengaja Syed Adrian menghilangkan warna merah pada pacak rambutnya. Dan sengaja juga dia menanggalkan 3 biji subang yang bertindik di telinganya selama ini. Rantai dan gelang yang entah apa juga ditanggalkan. Hah, baru terserlah sikit kemelayuannya hari ni. Tapi malangnya, raut wajah Syed Adrian masih kelihatan seperti mat salleh gara-gara rambut aslinya yang berwarna hazel dan sepasang matanya yang berwarna biru laut.
Bila difikirkan semula, dia memang ‘sengaja’ ke nak berpenampilan sebegini rupa? Err sudah pasti lah tidak! Dia memang tak rela nak berpenampilan ala-ala lelaki Melayu terakhir ni. Rasa macam rimas pun ada! Yalah, nak kena pakai samping lah… songkok lah… keris lah… itu lah… ini lah… Leceh tahu! Erghh kalau tak dipaksa oleh Amanda, jangan haraplah dia sanggup nak berpakaian seperti ini!
            “Macam mana nak pasang butang ni? Err leceh betul lah!” bebel Syed Adrian sendirian.
            Puas dia memasukkan butang itu ke dalam lubang yang sepatutnya namun, usaha murninya langsung tak berjaya! Haih kalau berterusan macam ni, sampai ke tua lah aku takkan kahwin! Haiyaa, apa benda yang aku merepek ni? Apa kena mengena butang baju dengan kahwin ni?
            “Apa kejadah lah dengan butang baju orang melayu ni? Nak pasang pun susah. Err betul-betul menyusahkan tau! Mummy... oh mummy… tolong Adrian pasang butang ni, mummy…” jerit Syed Adrian di tepi tangga.
Sungguh dia berasa sadis sekarang ni! Mana taknya, panggilannya langsung tak dibalas dan didengari oleh mana-mana penghuni yang berada di dalam vila itu. Aik, dah tak ada telinga ke diorang ni? Suara aku yang seksi lagi macho ni punya lah kuat… Hmm siap bergema lagi! Takkan tak ada seorang makhluk pun yang dengar?
Baru saja tubuh sasanya nak berpusing 270 darjah ke belakang, tiba-tiba, dia terlanggar seseorang sehingga menyebabkan tubuh ‘seseorang’ itu jatuh tersungkur menyembah lantai. Habis berterabur make up box yang dibawa oleh ‘seseorang’ itu. Huh… nasib baik dia tak jatuh tersungkur kat depan tangga ni. Kalau tak… ada yang inallilah siang-siang buta macam ni.
Apahal ni bro main langgar-langgar orang? Mata letak kat mana bro? Letak kat suspensory ligament ke atau letak kat lutut?” marah gadis yang dilanggarnya itu. Barang-barang make up yang habis berterabur itu lantas dikutip satu persatu sebelum mengalihkan pandangan ke arah ‘lelaki tiada mata’ yang melanggarnya sebentar tadi.
Syed Adrian terkaku seketika. Rasa macam tak percaya lah pula saat melihat kehadiran gadis itu di dalam vila keluarganya. Apatah lagi melihat make up box yang dibawa oleh gadis itu sendiri. Aik, apa yang minah ni buat kat vila aku ni? Hmm and one more… macam mana dia boleh tahu pasal wedding day aku?
“Cik Mira Faraheena? Awak buat apa kat sini?” tegur Syed Adrian cukup selamba.
Mira mula mengalihkan pandangannya ke arah si empunya suara saat dia merasakan suara itu tidak asing lagi di ear drumnya. Sewaktu imej si empunya suara terlekat pada pandangan, Mira tersentak… terkejut… terdiam… mahupun tergamam. Sedikit demi sedikit, dia menilik penampilan lelaki yang kelihatan segak berbaju melayu itu dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Sungguh dia tak percaya! Syed Adrian Michael ke ni?
Are you the only Adrian that I know?” soal Mira menginginkan kepastian. Mana lah tahu sekiranya lelaki kacak di depan dia ni bukannya Syed Adrian, malah kembar Syed Adrian yang sudah lama tersesat! Yalah… bak kata orang putih, nothing is impossible.
If not, who do you think I am? The hottest David Beckham with baju melayu?” soal Syed Adrian pula sambil menjongket-jongketkan keningnya.
Why not? Perhaps you’re him if he wears the baju melayu….
Kata-kata Mira itu menyebabkan tawanya pecah sehingga menampakkan sepasang lesung pipit di kedua-dua belah pipinya. Mira yang memandang perlakuan lelaki itu cuma tersenyum lucu. Alahai, comelnya pengantin baru ni ketawa macam tu. Dah lah ada dimples! Higher depth pula tu! Hmm bertambah lah kecomelan dia….
Please lah jangan nak bikin aksi comel lagi lucu kat sini. Amboi bro…… bukan main terserlah kemelayuan mu, ya? Dah taubat nak jadi lelaki melayu tulen ke?” sindir Mira sekadar nak bergurau.
Why? Why? Why? Saya nampak handsome bukan main kepalang ke? Yeah…  I know it right!” ucap Syed Adrian mula riak.
Mira hanya mencebik tanda menyampah. Haih, tak berubah lagi rupa-rupanya perangai mamat yang suka sangat angkat bakul sendiri ni. Ingatkan lepas dah bertahun-tahun mereka tak bersua, ada lah juga lonjakan saujana pada mamat ni. Namun… hampeh sungguh rasanya! Perangai Syed Adrian masih sebiji seperti dulu, kecuali budaya sosialnya yang makin hari makin liar!
“Eh wait, Mira…. Boleh tak kau tolong pasangkan butang ni kat baju aku? Percaya atau tidak, aku tak tahu lah macam mana nak handle benda alah ni. And you know what, this work is so much harder than studying to get PhD!
Kata-kata Syed Adrian itu membuatkan tawanya pecah berderai. Jujur dia katakan, mamat handsome bukan main ni memang berkelayakan untuk menyertai Gelanggang Maharaja Lawak. Gila! Benda yang senang macam kacang goreng ni pun dikatakan lebih susah daripada nak dapatkan PhD? Walauweh… kalau nak dapatkan PhD tu sesenang nak pasang butang ni, rasa-rasanya ramai yang boleh berjaya sampai ke tahap itu lah weh!
“Bangang lah kau ni, Adrian. Benda senang macam ni pun kau tak boleh nak buat! Sinilah… Biar aku tolong.”
Lantas Mira merampas butang tersebut dari tangan lelaki itu. Perlahan-lahan dia mendekati Syed Adrian sehingga menyebabkan jarak di antara mereka tak sampai 5 inci.
“Tunduk sikit boleh tak? Tonjang sangat lah kau ni.” komen Mira cukup selamba.
Syed Adrian cuma tergelak kecil. Tanpa berlengah lagi, lantas dia menundukkan tubuhnya sedikit bagi memudahkan kerja gadis tu. Wajah Mira yang kelihatan tekun itu sengaja ditilik dari arah yang dekat.
Hmm cantik minah ni. Tapi… apasal sampai sekarang dia masih single ek? Nak kata tak laku…. macam absurd lah pula! Yalah… mustahil kot perempuan secantik ni tak dipandang oleh mana-mana lelaki. Dah lah cantik… baik pulak tu. Tapi bila diperhatikan semula, Amanda lagi cantik kot.
Amanda! Amanda! Amanda! Sikit-sikit Amanda! Sehari kalau tak sebut nama dia tak boleh ke, Adrian? Apa yang istimewa sangat pada perempuan tu sehinggakan kepala otak kau asyik teringatkan dia aje? Err apa yang istimewa sangat jika nak dibandingkan dengan Mira? Huh… sudah pasti Mira jauh lebih baik daripada minah lembab tu!
Tak semena-semana itu juga jantung Mira berdebar kuat. Posisi yang terlalu rapat di antara mereka membuatkan dia berasa tak keruan. Apatah lagi saat anak matanya terpandangkan bebola mata milik Syed Adrian yang nampak unik lagi menarik itu.
Wahai hati, bersabarlah! Jangan terlalu ikutkan perasaan! Dia ni bakal suami orang weh… Dan dia ni best friend kau pulak tu! Jangan nak melebih-lebih okey…. Come on, ada berjuta-juta lelaki lagi yang berlegar-legar kat luar sana tu. Please, jangan nak berharap sangat kat mamat ni kalau kau tak nak terluka!
“Weh, aku ada kerja sikit lah. Kau dah tahu kan cara-cara nak pasang? So, finish it by yourself. Okay bye, mr bridegroom! Excuse me…” Mira mula mengelak lalu segera dia menuruni anak tangga untuk beredar dari situ.
Syed Adrian yang hanya memandang tindakan gadis itu mula naik bingung. Haih, baru rapat sikit dengan aku pun dah tak tahan ke? Ermm handsome sangat ke muka aku bila berpenampilan ala-ala lelaki melayu terakhir macam ni? Err yalah…. selalunya, si Mira tu mana pernah kisah bila perlu rapat dengan aku hingga mencecah 3-4 inci sekalipun. Watlek watcool aje selalunya. Tapi hari ni…… apa kes?
“Haih, kalau lah Amanda ada kat sini…… dah lama aku suruh dia pasangkan!” keluhan kecil dilepaskan seketika.
Haih… dalam banyak-banyak nama, apasal lah nama Amanda juga yang kau sebut? Hmm kenapa lah dengan kau ni, Adrian? Makin hari makin pelik… Makin hari makin angau… Makin hari makin tak keruan… Haih,  dah terkena Amanda fever ke apa? Err parah betul!

BAB 17
AMANDA mematikan langkahnya seketika. Masjid Besi yang tersergam indah di depannya diperhatikan. Ukiran halus yang unik pada masjid itu menjadi tatapan. Entah kenapa hatinya berasa gundah gulana sekarang ni. Rasa macam…. tak tenang. Tak aman. Tak tenteram. Ermm mungkin disebabkan rasa nervous ya amat kot.
            “Ya Allah, kau permudahkan lah segala urusanku… Kau permudahkan lah segala urusan bakal suamiku.... Jika dia bukan ditakdirkan untukku, kau halang lah pernikahan yang bukan atas dasar cinta ni daripada berlaku…” doa Amanda seakan-akan bermonolog sendirian. Penuh mengharap.
            “Dan jika namanya sudah tercatat di Luh Mahfuz sebagai suamiku…. Kau rahmati lah kami. Kau berkati lah perkahwinan kami. Kau kekalkan lah ikatan yang bakal terjalin ni hingga ke Jannah-mu, ya Allah…. Walaupun aku tahu…. aku sedar…. Kebahagiaan tu bukan milik aku.” Tambah Amanda lagi. Mata redupnya masih setia menatap pada keindahan masjid itu. Tak semena-mena itu juga, air matanya tumpah.
 Sayu. Ya, itulah yang dia rasakan sekarang ni. Sayu kerana kebahagiaan tak ditakdirkan untuk dirinya. Malah, kedukaan… kekecewaan… kesengsaraan yang sering menghuni hidupnya.
“Siapa kata,  kebahagiaan tu bukan milik kau?” soal Syed Adrian tiba-tiba.
Kedengaran suara yang mula menegur itu membuatkan Amanda tersentak seketika. Huh! Kus semangat! Err siapa pulak yang dok menyampuk doa aku ni? Adam ke? Eh, takkanlah Adam kot? Adam kan dah lama sampai, ya tak? Hmm habis tu… siapa? Eh kejap! Jangan jangan……
“Orang cakap bukannya reti nak pandang. Meh, pandanglah aku sikit. Cuba tengok penampilan baru aku ni….” arah Syed Adrian cukup spontan.
Amanda menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mengalihkan pandangan ke arah mamat tu. Huh…. memang aku dah agak dah! Siapa lagi yang suka bikin orang tersentak lagi tersentap kalau bukan Syed Adrian Michael, ya tak?
Saat pandangannya mula dialihkan pada Syed Adrian yang dok membelakangi tubuhnya, Amanda tergamam… terkedu… terkejut… terkelu… terdiam… malah turut ternganga… Atas bawah atas bawah matanya asyik menilik pada penampilan Syed Adrian yang cukup memukau tu. Wow! Handsome siot! Syed Adrian Michael a.k.a bakal suami aku ke ni?
Is that you, Adrian?” soal Amanda tanpa disedari. Mulutnya masih ternganga luas gara-gara terkejut punya pasal! Fuhlamak… apasal kau berpenampilan cukup memukau ni weh?! Soal Amanda dalam hati.
Syed Adrian yang mendengar pertanyaan gadis itu hanya tersenyum sendiri. Lucu pula dia mendengar pertanyaan Amanda tu. Ermm hairan… Dia nampak seperti David Beckham versi melayu ke bila pakai macam ni?
Yeah, it’s me… Hmm handsome kan? Like seriously, aku tak sangka yang aku bakal berubah sehandsome ni. Terpukau mata aku kat depan cermin tadi….” sindir Syed Adrian.
Amanda yang mendengar dah mula tayang aksi nak muntah. Sungguh dia rasa macam nak muntah dirty green aje sekarang ni. Errr geli lah pulak bila diimbas semula kata-kata mamat ni sebentar tadi. Hmm macam lah memukau benor!
Errr… boleh tak jangan nak perasan sangat? Aku geli lah! Kalau muka kau ni as handsome as Lee Dong Wook, tak apa lah juga! Ini tidak…. Dah lah muka macam….”
Joey Parker? Yeah, I know it. Okay bye!” lantas Syed Adrian menyampuk lalu segera mengambil langkah untuk beredar dari situ.
Sekali lagi, aksi nak muntah ditayangkan. Euww loya tekak rasanya! Hmm apasal lah mamat tu bajet sangat? Menyampah tahu! Macam dia sorang aje yang handsome kat Malaysia ni. Err Izzue Islam lagi handsome lah!
Tapi……
“Macam mana dia tahu yang muka dia tu ada sipi-sipi Joey Parker? Ermm nak kata sebijik... Tak ada lah pulak! Sipi-sipi tu ada lah sikit. Sikit aje! Tapi… pelik. Macam mana dia boleh baca fikiran aku?” Amanda bermonolog sendirian. Hairan dengan kenyataan yang berlaku.
“Jangan-jangan…. Dia tu vampire kot, Manda.” kata hatinya mula bergema.
Amanda tersentak lalu terdiam. Kata-kata itu seakan-akan sedang berbisik pada telinganya. Fuh…. Seram shit lah pulak! Takkan ada hantu kot kat depan masjid macam ni? Err mustahil lah!

KELIBAT Syawal yang baru muncul membuatkan Amanda makin tak keruan. Rasa macam…. macam nak lari aje sekarang ni! Huargghhh kenapa Abang Syawal datang? Kenapa dia sudi sangat nak jadi wali aku? Dia tak tahu ke yang perbuatan dia ni bakal menyeksa adik kandung dia sendiri?!
Err memang lah dia tak tahu, Amanda oi. Lagipun, secara fizikalnya memang nampak macam kau ni nak sangat aje kahwin dengan mamat hantu raya tu! Hmm tapi hakikatnya…. Hanya tuhan saja lah yang tahu. Betapa terseksanya hidup aku sekarang ni…. dia juga yang tahu.
“Sudah sedia, semua?” soal salah seorang saksi yang berada di situ. Semua tetamu yang bakal menyaksikan majlis akad nikah tu dengan sepenuh hatinya menyahut ‘dahhhh!’.
Amanda hampir saja nak menangis. Tapi….. apa gunanya kalau dia menangis? Hmm macam lah pernikahan ni akan batal kalau dia melalak sekarang ni juga, ya tak? Yalah…… mungkin ramai yang berpendapat, dia menangis sebab terharu dengan pernikahan ni. Err memang tak lah kan!
“Aku nikahkan engkau, Syed Adrian Michael dengan adikku, Scha Amanda binti Yahya dengan mas kahwin RM855 tunai.” Ucap Syawal tenang dan jelas.
Ijab yang dilafazkan oleh abang kandungnya sendiri membuatkan hati wanitanya sedikit tercuit. Sejurus itu juga, air matanya berlinang membasahi pipi.
“Aku terima nikahnya Scha Amanda binti Yahya dengan mas kahwin RM855 tunai.”
“Sah?” soal Syawal sebagai wali.
“Sah….” sahut para saksi.
Amanda yang asyik termenung sebentar tadi terus tersentak saat mendengar sahutan itu. What?! Sah?! Aku sah menjadi isteri kepada Syed Adrian Michael?!?! Jeritnya dalam hati seakan-akan tak percaya. Subhanallah, cepatnya masa berlalu….
“Manda… termenung apa lagi? Cium tangan suami tu….” tegur Puan Sri Sharifah lembut. Haih, lucu pula dia melihat riak Amanda yang seolah-olah terkejut bagai nak rak tu.
Tangan sasa tapi mulus milik Syed Adrian itu diperhatikan seketika. Rasa macam teragak-agak lah pula dia nak menyalam tangan itu. Tanpa berlengah lagi, segera tangan hangat itu dicium lembut.
Syed Adrian tersenyum manis melihat gelagat ‘isteri’nya itu. Alahai, comelnya bini aku ni. Ini mesti kes terlupa yang aku ni dah jadi muhrim dia kot.
Usai tangannya disalam, perlahan-lahan Syed Adrian merapatkan tubuhnya sedikit pada si isteri. Amanda yang melihat perlakuan spontan itu dah mula naik gelabah. Bulu romanya pun dah mula naik meremang. Hish, apasal dia dekat sangat dengan aku ni?
Apasal rapat sangat ni weh? Jauh sikit lah…” bisik Amanda perlahan.
Ssshhh! Duduk diam-diam boleh tak? Aku nak cium dahi kau ni! Tak nampak ke kamera-kamera wartawan tu tengah perhatikan kita…. Kau nak kotorkan nama baik aku ke apa?” balas Syed Adrian dalam keadaan berbisik juga. Lantas dahi licin Amanda dicium dengan penuh tertib. Errr tertib lah sangat!
Perlakuan Syed Adrian yang cukup selamba itu dibiarkan macam angin lalu saja. Hmm tapi… rasa hangat di dahi masih terasa. Hembusan nafas Syed Adrian yang terlalu dekat dengannya sebentar tadi masih dapat didengari.
Huh! Nasib baik mamat tu tak cium dahi aku lama-lama tadi. Kalau tak…. confirm ada yang tak kena nanti! Hmm jantung berdegup terlebih had lah… itu lah… ini lah… errr cerita melayu betul!
Usai upacara pembatalan air sembahyang, segera Amanda mendapatkan abangnya. Syawal yang sedang khusyuk bermain Iphone 4s di tepi masjid mula ditegur tanpa rasa canggung.
“Abang, thanks. I really appreciate it…” Ucap Amanda lembut seraya menyalam tangan abangnya itu.
Syawal cuma tersenyum manis. Wajah Amanda yang nampak sembam ditilik seketika. Aik, apasal pengantin baru tak nampak berseri ni? Kelat semacam aje mukanya! Tak bahagia ke apa adik aku ni? Syawal mula menduga.
Are you unhappy with your marriage?” soal Syawal ingin tahu. Entah kenapa dia merasakan yang adiknya langsung tak bahagia dengan perkahwinan yang baru saja menjelang sebentar tadi.
Pertanyaan maut daripada abangnya itu membuatkan Amanda terkedu. Aiseyman! Apasal Abang Syawal tanya macam tu kat aku? Dia tahu ke yang aku ni kena kahwin paksa? Ya Allah, janganlah!
No, of course I’m happy. Err kenapa abang tanya macam tu? Abang tak percaya ke yang adik boleh bahagia walaupun… bukan dengan Adam?” soal Amanda pula. Saja nak putar belitkan fakta. Hmm ni semua Syed Adrian yang ajar!
Erm bukannya macam tu, dik… I’m just curious. Macam mana lah adik boleh jatuh cinta pada Adrian…. sedangkan sebelum ni, dia hampir aje nak jadi abang ipar adik…” luah Syawal tanpa berselindung. Ya, kisah percintaan adik dia ni memang pelik bin ajaib! Boleh pulak budak ni kahwin dengan abang kepada bekas tunangan dia sendiri?
Nothing’s strange, abang. Semua ni takdir Allah. Adik pun macam tak percaya yang adik boleh terjatuh hati pada Adrian. Apatah lagi, dia tu Adam punya abang…… Ini semua kuasa tuhan, bang. I don’t know how it’s happening….” Tipu Amanda.
“Abang tak kisah pun… asalkan adik abang ni bahagia dunia akhirat! Oh ya, I forgot to wish you. Selamat Pengantin Baru, adik Amanda ku sayang! Semoga tuhan memberkati perkahwinan adik dengan Adrian… Dan semoga korang bahagia sampai ke syurga okey! And one more, cepat sikit bagi abang anak sedara tau!” usik Syawal selamba.
Riak wajah Amanda terus bertukar. Amekaw, merah padam dibuatnya. Hish, abang aku ni! Ada aje idea dia nak kenakan aku. Kalau nak bergurau pun agak-agaklah…. toksah dok tekankan isu sensitif tu! Hu hu hu.
“Abang ni kan……”
“Abang nak anak sedara gegirl tau. Nak yang cun punya!” lantas Syawal menyampuk. Lalu segera dia beredar dari situ. Nak elak daripada kena cengkam dengan ketam punya pasal!
“Abang!!!!!” jerit Amanda kuat.

KEHADIRAN ratusan tetamu di Grand Millenium Hotel itu menampakkan kemeriahan yang cukup dahsyat. Gila tak dahsyat? Yalah… mana taknya, setiap kali dia jalan beriringan bersama Syed Adrian, pasti ada aje mulut yang nak ucapkan ‘tahniah’ lah… itu lah...  ini lah… Haih…. rasa macam jadi retis lah pulak sekarang ni!
            Tema merah dan hitam yang dipilih oleh Syed Adrian sendiri benar-benar memukau. Err merah dan hitam? Nampak macam bloody wedding lah pulak. Ha ha ha! Ni mesti kes banyak tengok movie Twilight ni! Hmm ada hati nak jadi ‘the bridegroom of vampire’ lah tu.
            “Mummy pening lah tengok tema warna wedding kalian ni! Dah macam majlis halloween pun ada. Apasal lah dalam banyak-banyak warna, warna ni juga yang kalian pilih?” komen Puan Sri Sharifah cukup selamba.
            Amanda yang mendengar komen pedas itu cuma tergelak kecil. Huh…. ingatkan dia sorang aje yang pening. Rupa-rupanya, ada yang lebih pening!
            “This is what we called creative. Just look at the surrounding…… Inilah yang dikatakan suasana romantis, mummy. Reds and blacks…. “ terang Syed Adrian ala-ala profesional.
            “Kamu ni Adrian…… kalau nak buat suasana romantis pun agak-agak lah! Ini bukannya suasana romantis, Rian oi. Ini suasana seram!” bangkang Puan Sri Sharifah.
            Syed Adrian tak berpuas hati. Boleh pulak mummy mengutuk ciri-ciri majlis perkahwinan idamannya? Ini tak boleh jadi ni!
            “Ini bukannya suasana seram, mummy… Ini suasana romantis!”
            “Adrian…. teman saya makan kek, jom? Saya rasa lapar lah. Haaa…. Mummy pergilah sambut tetamu… Ada ramai tetamu dok cari mummy tadi.” Amanda mula mencelah. Sengaja dia berbuat sedemikian gara-gara nak elakkan pertengkaran di antara anak-beranak ni.
            Lantas lengan Syed Adrian dipaut kemas lalu segera mereka beredar dari situ.
            “Tadi kata…. nak makan kek?” soal Syed Adrian pelik.
            Amanda yang mendengar pertanyaan itu hanya tersengih sumbing. Tiba-tiba saja, ada idea nakal yang muncul secara tak sengaja di benaknya.
            “Adrian, awak nampak handsome sangat bila pakai tuksedo macam ni… Kalau awak nak tahu, awak nampak tersangat-sangat handsome bila tak pakai subang and other jewelleries macam sekarang ni. And........ I like it!” puji Amanda tiba-tiba.
            Syed Adrian bertambah hairan. Penukaran kata ganti nama pada bahasa Amanda juga membuatkan dia makin hairan kuasa dua. Dan lagi satu, pujian yang dilemparkan oleh Amanda juga membuatkan dia berasa hairan kuasa tiga! Apa kes dengan minah ni? Something is fishy here!
            “Eh kejap! Ada something lah kat batang hidung awak tu... Sini, dekat sikit dengan saya… Let me help you.” arah Amanda dengan nada yang masih sama.
            Perlahan-lahan dagu Syed Adrian yang cukup runcing itu ditarik lembut agar dekat dengan wajahnya. Perlakuan Amanda yang cukup spontan itu membuatkan Syed Adrian tergamam seketika. Tindakan Amanda yang asyik mengenyit mata padanya membuatkan dia berasa tak keruan. Tak semena-mena, jantungnya berdegup kencang!
            Saat wajah Syed Adrian benar-benar menghampiri wajahnya, segera Amanda bertindak. Rasa gementar yang menggunung di hati hanya dibiarkan demi menjayakan rancangannya! Sepantas kilat dia mencalit krim kek pada batang hidung Syed Adrian lalu segera dia berlari anak dari situ.
            Syed Adrian tergamam buat kali kedua. Bibir bawahnya digigit geram. Krim kek yang sudah meleleh pada batang hidungnya masih dibiarkan. Matanya tajam merenung ke arah Amanda yang sedang asyik menjelir lidah padanya.
            “Amanda!!!!!!!!” jerit Syed Adrian sekuat hati sehingga menyebabkan Hotel Grand Millenium itu bergema kuat.
            Terkekek-kekek Amanda melepaskan tawanya di tepi kolam renang. Rasa lucu lah pula bila perhatikan wajah Syed Adrian yang dah monyok serupa kerang busuk tu! Huh…. baru puas hati dia bila dapat kenakan mamat tu!
            “Adrian…. what’s wrong with you? Come on, let me help….” ucap seorang gadis yang tampak jelita bergaun hitam.
            Syed Adrian terpaku seketika saat melihat kemunculan Jessica di situ. Begitu juga dengan Amanda. Dia tertanya, siapakah gadis lawa tahap infiniti yang sedang mengelap krim pada hidung suaminya itu? Takkan lah dia tu ex Adrian kot?
            Baru saja Amanda nak mengambil langkah….
Tiba-tiba, kakinya terpelecok sehingga menyebabkan….
Arghhhhh!!!!!! Help me!!!!!!!” jerit Amanda sekuat hati.
Suara jeritan yang amat dikenalinya itu menyebabkan Syed Adrian tersentak. Segera dia mengalihkan pandangan ke arah tempat di mana Amanda berada.
“Amanda!!!!!!!” teriak Syed Adrian pula saat melihat keadaan isterinya yang terkapai-kapai meminta tolong. Segera dia terjun ke dalam kolam renang tersebut untuk menyelamatkan si isteri.

17 comments:

  1. Nicee and naak lagii :p Btw, Follow kita Backk ^.^ : myfairytale0806.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Best !! Pls smbng asap !!

    ReplyDelete
  3. awak, kita nak bagitahu..
    kita tak dapat nak baca entry awak.
    tulisan tu buat saya pening sikit nak baca
    minta maaf banyak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. you got problem with times new roman? saya mintak maaf, saya tak reti nak ubah. haha

      Delete
  4. nice. suka sangat. tp lm sgt nak tggu smbganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. maaf kerana terpaksa lama menunggu. itulah dugaan namanya. hehe insyallah, tak lama lagi saya update :-)

      Delete
  5. Sering kita mengungkap perkataan muhrim dan mahram tanpa tahu makna sebenarnya dengan jelas.

    Di sini saya paparkan makna kedua-duanya.

    Muhrim adalah perkataan Arab. Ia membawa maksud orang yang sedang melakukan ihram haji ataupun umrah.
    Orang ini dilarang melakukan beberapa perkara sepanjang menunaikan kedua-dua ibadat ini sebagaimana yang
    banyak didperkatakan di dalam kitab-kitab feqah.

    Mahram pula bermaksud orang yang haram berkahwin dengan kita seperti adik kita, emak mertua kita dan lain-lain.

    Ramai orang silap memahami penggunaan perkataan antara muhrim dan mahram. Kadang-kadang mereka mahu
    menyebut mahram tetapi mereka tersebut perkataan muhrim.

    Dengan penjelasan ini diharapkan masyarakat kita akan faham apa itu muhrim dan apa itu mahram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih banyak-banyak kerana sudi betulkan. teguran daripada anda amat saya hargai...

      Delete
  6. Assalamualaikum . . I really enjoy when I read your novel . . I though U budak kolej tapi sebenarnya budak sekolah lagi . . I really proud with you walaupun masih sekolah dah boleh berkarya dengan cemerlang. setaraf dengan penulis novel yang popular. . bak kata orang "Umur tak halang kita untuk terus berjaya " . . I will support you . . Now , I jadi peminat novel U . . Teruskan berkarya , adik comel ;) #hwaiting

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam... hehe thank you sis, tapi takdelah setaraf dengan writer lain. saya biasa-biasa je... & terima kasih sebab sudi menyokong. i really appreciate it! ;-)

      Delete
  7. Dlm bab 16 - "Tak semena-mena itu juga, wajah gadis bermulut longkang itu diberikan penampar free-of-charge sehinggakan tubuh keding itu jatuh tersungkur ke atas lantai."

    ** btw, what happen to kandungan Luna?dah selamat digugurkan ke?

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.