BAB
14
SEPERTI
yang dijangka, kedatangannya ke vila ini hanya lah mengganggu ketenteraman para
penghuni saja. Nampaknya, mama dan papa masih belum memaafkan dirinya. Sungguh
dia berasa kecewa dengan perlakuan mereka yang seolah-olah langsung tak senang
akan kehadirannya apatah lagi Syed Adrian turut terlibat sama. Kasihan lelaki
tu… Baru saja dia nak mengenali bakal mertuanya, tapi… cacian, hinaan dan
makian yang dia dapat.
“Baik kau sedar sebelum terlambat,
anak muda! Keputusan kau yang ingin menikahi perempuan jahanam ni adalah satu
kesalahan besar! Kau nak tahu kenapa? Sebab mak bapak kepada perempuan jahanam
ni takkan pernah merestui perkahwinan kalian! Jadi, jangan mimpi lah kalian nak
hidup bahagia dunia akhirat sebab aku sebagai bapanya takkan izinkan!”
kata-kata kesat yang terhambur keluar daripada mulut Datuk Yahya membuatkan
Amanda tergamam. Tak semena-mena air matanya tumpah. Besar sangat ke kesilapan
dia selama ni sehinggakan papa sanggup menggelar dirinya ‘perempuan jahanam’?
Mashallah…
Syed Adrian yang mendengar kata-kata
kesat daripada mulut lelaki itu turut tergamam. Dia sendiri naik hairan melihat
sikap papa Amanda yang cukup membenci gadis itu. Apa salah Amanda sehinggakan
papanya sendiri sanggup menggelar dirinya ‘perempuan jahanam’? Hish, bapak jenis apa lah orang tua ni!
Sikap
Datin Shahdah yang hanya mendiamkan diri sambil menyaksikan adegan maki hamun
tu membuatkan dia berasa sebal melihat wanita itu sebagai seorang ibu. Ya tuhan….
dia tak nampak ke anak perempuan yang dikandungnya selama sembilan bulan ni sedang
dihina seteruk itu? Huh… mak bapak jenis apa mereka berdua ni? Anak sendiri
buat macam anak tiri!
“Pa… ma… ampunkan Manda… Manda tahu
betapa besarnya dosa Manda pada kalian berdua… Manda minta ampun ma… pa… Manda
minta ampun sebab Manda ingkar pada perintah mama dan papa dulu… Manda menyesal
sangat… Manda menyesal…” ucap Amanda teresak-esak sambil melutut pada kaki
kedua-dua orang tuanya.
Datuk Yahya yang menyaksikan sendiri
perlakuan anaknya itu langsung tak terkilan ataupun tercuit hati. Malah, dia
semakin menyampah melihat Amanda yang seolah-olah rasa menyesal akan sikapnya
sendiri. Huh! Macam lah aku percaya yang budak ni benar-benar dah menyesal? Dan
macam lah aku tak tahu yang semua ni cuma lah lakonan dia semata-mata! Kau
jangan fikir aku ni bodoh, Amanda! Aku takkan termakan dengan pujuk rayu kau!
Aku tahu, ini semua taktik kotor kau untuk dapatkan restu daripada aku, kan?
Dasar anak tak guna!
Hatinya berperang sesama sendiri.
Lantas anak itu ditendangnya sehingga kepala Amanda terhantuk kuat pada lantai.
Semua yang menonton perlakuan Datuk Yahya secara live tu sudah pun terkedu, termasuk juga Datin Shahdah. Sungguh dia
tak sangka yang suaminya sanggup memperlakukan anak mereka sebegitu rupa!
Tubuh Amanda yang nampak longlai
segera didekati. Dahi gadis itu yang luka akibat terhantuk kuat sebentar tadi
membuatkan hati tuanya berasa terkilan. Lantas anak itu dibawa ke dalam
dakapan. Sayu hati tuanya saat mendakap puteri bongsunya yang sudah sekian lama
tak ditemui. Alhamdullilah…. melepas juga rindunya yang makin lama makin menebal
terhadap anak ini.
“Uncle,
what have you did to your own daughter? Dia datang ke sini secara baik…
minta restu pun secara baik… tak ada pun dia berlaku biadab pada uncle! Tapi…. apa yang uncle dah lakukan pada dia sekarang ni? You treat her like a trash! Mana
letaknya sikap uncle sebagai seorang
ayah? Kalau uncle memang seorang
ayah, saya tertanya... Ayah jenis apa uncle
ni?!” ucap Syed Adrian cukup lantang.
Kata-katanya
yang berlabel biadab itu membuatkan semua penghuni di vila itu tercengang,
termasuk juga Datuk Yahya sendiri. Rasa macam tak percaya lah pula saat melihat
sikap sebenar pilihan hati anak bongsunya itu. Biadab bukan main kepalang!
“Adrian! Apasal awak cakap macam tu kat papa saya? Awak sedar tak, awak
tengah bercakap dengan siapa sekarang ni? You’re
talking to my dad! How come you can be rude like that?!” marah Amanda kuat.
Sakit
hatinya saat mendengar kata-kata Syed Adrian yang cukup biadab tu. Kalau macam
ni lah perangai mamat tu…. sampai kiamat sekalipun mama dan papa takkan beri
restu! Kalau restu pun tak dapat…. apatah lagi wali? Confirm lah tak dapat juga!
“Sudah!
Aku dah tak nak tengok muka kalian berdua lagi. Jadi, dipersilakan… kalian boleh
berambus dari sini! Ingat…. jangan pernah nak jejakkan kaki ke vila ni lagi!
Dan lagi satu, Amanda… Aku tak sudi nak jadi wali kau! So, kau pergilah cari wali lain. Kalau tak jumpa…. lantak kau lah!
Kau nak jadi andartu ke… apa ke… aku dah tak peduli! Sebab kau bukan lagi anak
aku!” herdik Datuk Yahya lagi.
Amanda
semakin teresak-esak melepaskan tangisnya. Bahu si ibu dijadikan tempat untuk
dia lepaskan segala duka di hati. Sungguh dia berasa kecewa dengan kata-kata
papanya sendiri. Tega papa membuangnya sebegitu rupa hanya kerana satu
kesalahan di masa lampau. Bukan kesalahan membunuh… bukan kesalahan berzina.
Tapi kenapa papa sanggup memperlakukan dirinya sebegitu?
“Kalau
papa tak sudi nak jadi wali adik…. tak apa. Abang sudi….”
Kata-kata
yang dilemparkan oleh Syawal membuatkan semua penghuni di vila itu berasa lega
kecuali Datuk Yahya. Terkejut dirinya saat Syawal Alamanda, putera sulungnya
sanggup menawarkan diri untuk membantu perempuan jahanam itu. Pasti perempuan
ni sogok anak sulung aku! Kalau tak, tak adanya si Syawal ni nak membantah
kata-kata aku. Kurang ajar punya perempuan!
Syed
Adrian menarik nafas lega saat ‘bakal abang ipar’ dia sudi nak jadi wali
pernikahan mereka. Huh! Selesai satu masalah walaupun masalah dia dengan Datuk
Yahya yang berlagak gila tu takkan selesai.
“Pengawal!!
Kau heret dua ekor manusia ni keluar dari sini! Aku tak nak tengok muka diorang
lagi, terutamanya perempuan jahanam ni!” halau Datuk Yahya tanpa rasa serba
salah.
“Ops, uncle tak perlu nak panggil pengawal
bagai untuk halau kami berdua. Ermm buat
sakit tekak je kan…. Anyway, we got legs to walk out from this
kind of hell. So, don’t worry.” ucap Syed Adrian cukup selamba lalu lengan
Amanda ditarik kuat untuk beredar dari situ.
Setibanya
di depan pintu utama, langkah dia terhenti…….
“Sebelum
saya pergi, saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Yahya dan si isteri atas
layanan yang cukup mengagumkan. Huh… tak tentu pasal dahi bakal isteri saya
terhantuk lantai gara-gara layanan Datuk Yahya yang cukup mempesonakan tu.
Terima kasih, ya? Dan abang Syawal…. thanks
sebab sudi nak jadi wali Amanda. To be
honest, you’re such a responsible brother. I impressed of you. Assalammualaikum…”
ucap Syed Adrian lagi sebelum meneruskan langkahnya untuk angkat kaki dari
situ.
Amanda
hanya membiarkan perlakuan Syed Adrian yang menarik lengannya dengan wajah yang
cukup selamba. Dia dah tak larat nak membebel ataupun memarahi lelaki itu
seperti biasa. Entah kenapa, tiba-tiba saja kepalanya berasa pusing membuatkan
dia hampir nak pitam. Tak semena-mena itu juga dia rebah di tempat kejadian.
PERLAHAN-LAHAN
mata redupnya dibuka. Wajah Syed Adrian yang terlalu dekat dengannya membuatkan
Amanda hampir nak pitam semula. Segera dia bangun dari pembaringan sebelum
perkara yang tak diingini berlaku di situ juga.
Syed
Adrian turut menjarakkan kedudukan di antara mereka. Takut sekiranya Amanda
bersangka buruk terhadap dirinya. Errr
dia bukannya apa! Nanti tak tentu pasal minah ni syok sendiri pula! Then, siapa yang susah? Dia juga yang
susah….
“Apasal kau bawa aku ke sini? Ingat aku
ni kanak-kanak Ribena macam kau ke apa? Haih, Adrian… Adrian… Cuba kau tengok
jam kat dashboard tu… Dah pukul 4
petang dah weh. Jom lah balik! Nanti mummy
risau pula.” ajak Amanda untuk pulang.
Pelik
juga dia melihat sikap Syed Adrian yang tiba-tiba saja mengangkut dirinya ke
taman permainan. Huh…. entah apa-apa aje mamat ni. Suka sangat buat benda yang
bukan-bukan!
Ajakan
daripada Amanda langsung tak dihiraukan. Malah, tangan kanannya lantas menarik
lengan gadis itu supaya keluar dari dalam kereta. Amanda hanya menurut tanpa
membantah sepatah kata. Tingkah laku Syed Adrian yang mengheretnya ke tepi
buaian hanya diperhatikan dan dibiarkan saja. Hmm entah apa yang mamat ni nak buat kat aku agaknya… Siap suruh
aku duduk kat atas buaian pula tu. Haih, layankan aje lah….
Kotak
first-aid yang dipegang oleh Syed
Adrian membuatkan Amanda semakin bingung. Aduhai, dia nak buat apa pula dengan
kotak first-aid tu? Ada kanak-kanak
yang perlu aku rawat ke kat sini? Haih, apasal
lah pelik sangat perangai si Adrian ni? Dan lagi satu… dari mana pula dia dapat
kotak first-aid tu?
“Duduk
diam-diam. Aku nak sapu ubat kat dahi kau tu. Nanti makin bengkak pula….” arah
Syed Adrian cukup selamba sambil duduk melutut di hadapan gadis itu. Amanda
yang melihat perlakuan lelaki tu sudah pun tercengang. Macam tak percaya lah
pula bila tengok sikap Syed Adrian yang tiba-tiba saja bertukar menjadi caring tak tentu pasal ni.
Aduhai,
kenapa dengan Adrian ni? Apasal
tiba-tiba aje dia baik dengan aku ni? Tak ada angin… tak ada ribut… tak ada
hujan… tak ada petir… tiba-tiba aje dia peduli pasal aku? Huarghhh dia nak goda aku ke apa ni?
“Kau
jangan nak perasan pulak. Aku tolong kau ni pun sebab aku tak nak mummy risau.” ucap Syed Adrian masih
selamba.
Huh…..
macam tahu-tahu aje yang aku tengah perasan sekarang ni. Padan muka kau Amanda!
Tu lah…… berangan tak ingat dunia. Macam lah si Adrian ni pandang kat kau… Hmm dia pandang kau sebelah mata aje
lah!
Wajah
Syed Adrian yang kelihatan khusyuk merawat lukanya ditilik dalam diam. Mata
biru laut milik lelaki itu dijadikan tatapan. Handsome…. Tapi lebih handsome
kalau tak ada perhiasan…. dan segala aksesori yang menghiasi diri mamat ni.
Haih, tiba-tiba saja dia teringin pula nak melihat Syed Adrian berbaju melayu. Hmm mesti handsome gila kan? Ala-ala lelaki melayu terakhir gitu.
“Apasal kau pandang aku macam tu? Aku ni handsome sangat ke?” soal Syed Adrian
ingin tahu.
Macam
lah dia tak perasan yang minah ni dok
menilik muka dia sejak dari tadi. Eleh…. mulut je kata ‘pandangan sesama manusia yang bukan muhrim perlu dijaga’
tapi aku yang bukan muhrim dia ni dipandang juga…
“Errr bila masa aku pandang kau?
Perasan!” Amanda mula berdalih. Huh…. nasib baik tak kantoi. Kalau tak…. Buat
malu aje dok mengusyar anak teruna
orang!
Syed
Adrian hanya mendiamkan diri. Malas dia nak berdebat dengan minah ni. Kalau mereka
berdebat sekalipun… asyik dia aje yang jadi pemenang seratus kali
berturut-turut. Dah naik bosan dah! Tiba-tiba saja, dia terfikirkan pasal
perkahwinan mereka yang bakal menjelang beberapa hari je lagi. Ermm agak-agaknya lah kan, macam mana
lah nasib dia bila dah kahwin dengan minah nerd
ni? Haih, mesti hidup dia pun jadi nerd jugak kan? Nasib badan lah……
“Apa
jadi kalau kita tak bahagia bila dah kahwin nanti?” soal Syed Adrian tiba-tiba.
Amanda
yang mendengar pertanyaan lelaki tu hanya tersenyum pahit. Kau tanya aku ‘apa
jadi kalau kita tak bahagia bila dah kahwin nanti’, Syed Adrian? Soalan bangang
ke apa ni? Bukan ke kita memang tak bahagia sebelum kahwin lagi?
“Apasal kau tak tanya, ‘apa jadi kalau
kita bahagia bila dah kahwin nanti’? Amanda pula yang menyoal tanpa membalas
pertanyaan lelaki tu.
Syed
Adrian dah mula naik bingung. Haih, minah ni….. Aku tanya dia, dia tanya aku
balik! Tak faham soalan ke apa? Huh… lembab betul doktor ‘aku’ sorang ni!
“Kau
belum jawab soalan aku….” selamba aje Syed Adrian menegur.
“Okey….
Tak hairan lah kalau kita tak bahagia bila dah kahwin nanti, sebab…. belum
kahwin pun kita memang tak bahagia. Apatah lagi bila dah kahwin? Ermm tak bahagia kuasa dua lah jawabnya!”
jawab Amanda loyar buruk.
Tapi…
memang itulah kenyataannya. Bila dah kena kahwin paksa macam ni, jangan
haraplah nak bahas soal kebahagiaan! Kahwin bukan atas kerelaan sendiri…..
macam lah boleh bahagia?
“Kenapa
kau yakin sangat yang kita takkan bahagia?” soal Syed Adrian lagi. Sungguh dia
tak berpuas hati dengan persepsi Amanda terhadap perkahwinan mereka yang bakal
berlangsung tak lama lagi.
“Kau
nak tahu kenapa? Sebab…. kita kahwin bukannya sebab cinta. Tapi sebab terpaksa…”
jawab Amanda jujur dan perlahan. Sayu pula rasanya saat dia mengimbau kembali nasib
dirinya yang dipaksa kahwin dengan lelaki yang tak pernah mendapat tempat di
hatinya.
Apasal
lah malang benor nasib dia ni?
Mula-mula, tunangan dia sendiri kena rampas… Lepas tu, kepala dia pula yang
kena hempas! Dan sekarang ni… masa depan dia pula yang dah tumpas! Tumpas sebab…
dia terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang langsung tak ada ciri-ciri
bakal suami yang baik!
Syed
Adrian hanya mengeluh kecil. Bila difikirkan semula, ada betul juga di sebalik
kata-kata Amanda tu. Kalau dah kahwin tanpa cinta…. jangan berangan mat jenin
lah nak bahagia! Ermm penting sangat
ke ‘cinta’ ni dalam sesebuah perkahwinan?
PERLAKUAN
Amanda yang asyik mengaduh kesakitan gara-gara dahinya yang luka membuatkan
Syed Adrian tertanya mengenai masalah yang berlaku di antara gadis itu dengan
papanya sendiri. Entah kenapa rasa ingin tahu semakin membuak-buak di hati. Hmm patut ke dia bertanya?
“What have you did to your own family? Apasal
Datuk Yahya tu anti sangat kat kau? Hmm
sorry… Aku tahu, soalan aku ni agak keterlaluan… Aku tak ada niat pun nak
masuk campur dalam urusan peribadi kau. I
just wonder….” Soal Syed Adrian ingin tahu. Harap-harap lah minah ni tak
melenting bila diajukan soalan yang cukup sulit tu.
Amanda
hanya tersenyum kelat saat mendengar pertanyaan Syed Adrian yang agak sensitif
tu. Dia memang dah agak dah yang Syed Adrian ni bakal bertanya soal hubungan
dia dengan papa yang agak renggang tu. Bukan ‘agak’ renggang dah, memang dah
renggang! Buktinya, papa langsung tak pedulikan diri dia yang hidup bagaikan
sebatang kara ni.
“Aku
tak rasa yang aku patut ceritakan masalah ni pada kau. Lagipun, hal tu langsung
tak ada kena mengena dengan kau… So,
kau tak payah tahu lah….” putus Amanda akhirnya. Dia tak rasa yang Syed Adrian
patut tahu tentang hal itu walaupun sedikit sebanyak ada kaitan dengan adik
lelaki tu sendiri.
Err
macam lah mamat ni tahu yang Syed Adam tu bekas tunangan aku? Huh… baik-baik
dia tak tahu, nanti tak tentu pasal dia jadi tahu pula! Hmmm agak-agaknya lah kan, apa yang bakal terjadi kalau mamat ni
tahu pasal status lama aku yang sebenar? Rasa-rasanya dia kisah tak?
Dia
takkan peduli pasal sejarah hidup kau lah, Manda! Dia kisah apa yang kau ni
bekas tunangan orang ke…. bekas cleaner
hospital ke…. bekas pesakit denggi ke…. apa ke…. dia peduli apa?! Lagipun, benda
tu langsung tak ada kena mengena dengan hidup mati dia! Yalah…. bagi dia, kau
ni bukannya penting sangat pun. Siapalah kau di mata dia… Alih-alih, dia
pandang kau sebelah mata aje!
“Apa salahnya kalau berkongsi
masalah dengan bakal suami sendiri?” sindir Syed Adrian cukup sinis.
Amanda yang mendengar hanya
mencebik. Dia cukup menyampah dengan tabiat Syed Adrian yang suka sangat
menggunakan istilah ‘bakal suami’ apabila lelaki itu ingin mengorek rahsia
tentang dirinya. Gaya macam ikhlas je
nak jadi laki aku! Huh… drama king, ya?
“Baru bakal suami je kan? Belum jadi suami lagi….” balas
Amanda loyar buruk. Haaa baru padan
dengan muka kau! Sibuk aje dok
menjaga tepi kain orang. Urusan sendiri pun belum selesai, ada hati nak masuk
campur urusan orang? Huh! Dasar busybody
punya hantu raya!
Kali ni, Syed Adrian pula yang
mencebik. Dia dah kekontangan idea nak membalas peluru yang ditembak oleh
Amanda tu. Senyuman sinis yang dikuntumkan oleh gadis itu membuatkan hati
lelakinya berasa tercabar! Whoaa… kau
tak boleh kalah dengan minah nerd ya
amat ni, Adrian! Balas selagi boleh balas! Come
on, bro! Kau nak ke saham kau sebagai seorang gentleman jatuh macam tu aje? Oh
no!
“Yet
or not, I will be. If that is your opinion… Never mind. Tapi… apa salahnya
kalau kau berkongsi masalah dengan aku sebagai kawan sendiri?” balas Syed
Adrian tak mahu kalah. Yeah, kali ni
dia yakin yang kemenangan bakal menjadi hak miliknya serta merta!
Amanda sudah pun tercengang sendiri.
Perlakuan Syed Adrian yang asyik menjongket-jongketkan keningnya membuatkan dia
berasa ngeri. Huarghhh… pandainya
mamat ni main belit-belit fakta! Huarghhh…
nak balas apa ni? Huarghhh… apasal tiba-tiba terkelu lidah pulak ni?
Huarghhh…
“One…
two… three! Yayy aku menang!!!” jerit Syed Adrian cukup spontan dan selamba
sehinggakan para pengunjung yang bersiar-siar di situ mula mengalihkan
pandangan ke arah mereka.
Tebal muka Amanda rasanya saat
dipandang aneh sebegitu rupa. Ekspresi Syed Adrian yang hanya tersengih
memandangnya membuatkan hatinya berasa panas dan bahang! Erghh geramnya!! Rasa macam nak piat-piat aje mulut mamat ni biar
senget terus sampai ke telinga! Haaa
masa tu baru mulut dia reti nak diam agaknya!
“Adrian!” jerit satu suara dari arah
belakang.
Syed Adrian yang terdengar namanya diseru
dah teragak-agak nak menoleh. Takut sekiranya dia bertembung dengan bekas-bekas
teman wanitanya. Huh… nak mati? Dah lah si Amanda ada dengan dia sekarang ni.
Nanti tak tentu pasal minah ni pula yang jadi mangsa!
Perlahan-lahan
kepalanya dipusingkan 180 darjah ke belakang. Kelihatan seorang gadis yang tampak
ayu berbaju kurung moden sedang berlari-lari anak ke arahnya dengan senyuman
yang tak lekang dari bibir. Berkerut dahinya saat menilik penampilan gadis itu
dari atas hinggalah ke bawah.
Wow…
macam gadis melayu terakhir lah pula. Siapa dia ni ek? Err takkan lah dia ni
ex-girlfriend aku? Setahu aku… tak
pernah lah pula ada perempuan sesopan ni dalam senarai bekas-bekas teman wanita
aku. Hmm rasanya, hampir ke semua
daripada mereka berpakaian tak cukup kain. Eh, kejap! Rasa macam kenal lah,
tapi…… siapa ya?
Bersungguh-sungguh Syed Adrian cuba
mengamati wajah gadis itu dengan penuh teliti. Ya, dia memang kenal perempuan
ni! Rasa-rasanya, dia ni……
“Mi…. Mira Faraheena?” teka Syed
Adrian cukup yakin.
Lantas Mira mengangguk lalu
tersenyum manis saat memandang ke arah lelaki yang masih kelihatan kacak
bergaya itu. Macam tak percaya lah pula yang dia boleh terserempak dengan Syed
Adrian secara kebetulan di sini setelah bertahun-tahun mereka tak bertemu.
Namun, ada sesuatu yang sedikit mengganggu
kotak fikirannya buat masa ni. Kedatangan Syed Adrian ke sini bukanlah berseorangan
tetapi berteman… Kelibat seorang gadis yang ayu bertudung di sebelah lelaki itu
membuatkan hati wanitanya berasa resah dan gelisah. Sungguh dia tertanya, siapa
sebenarnya perempuan yang berdiri tegak di sebelah Syed Adrian tu? Itu ke dia
pengganti arwah Emilin? Mira penasaran.
BAB
15
DOKUMEN-DOKUMEN
yang berselerak di atas meja kerjanya hanya dibiarkan begitu saja. Bila
dipandang sekilas, memang sakit mata yang melihat. Kalau dah bersepah sana,
bersepah sini, mata siapa aje yang tak sakit? Orang buta yang baru pulih pun
boleh buta balik lah bila tengok meja kerja dia yang langsung tak ada rupa meja
tu. Fuh, dahsyat… dahsyat…
Amanda termenung sendiri. Entah
kenapa fikiran dia asyik melayang ke London aje sejak dua menjak ni,
sehinggakan keinginan dia untuk bekerja terus lenyap! Tergendala semua kerja
gara-gara masalah yang menyesakkan fikirannya.
Kahwin…
ya, kahwin… tinggal dua hari je lagi dia bakal berkahwin dengan Syed Adrian,
lelaki yang tak pernah mendapat tempat di hatinya selama ni. Dan tinggal dua
hari je lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya yang gila enjoyable ni. Erm, sedih memang sedih. Tapi nak buat macam mana? Dah ini nasib
dia. Terima aje lah seadanya…
Keluhan
yang cukup berat dilepaskan. Rasa-rasanya, dah berpuluh-puluh kot kali dia
asyik mengeluh aje sejak dua menjak ni. Hmm
normal lah tu. Siapa je yang tak
mengeluh bila ditimpa malapetaka seteruk ni? Yalah… kena kahwin dengan half-human half-hantu raya! Bukan
malapetaka ke tu?
“You’re so lucky to have him, ms Amanda. If I’m you, I will be the happiest person in the world!”
Kata-kata
yang dilemparkan oleh Mira Faraheena, gadis yang dia temui kelmarin tiba-tiba
saja terlintas di benaknya. Beruntung ke aku sebab dapat kahwin dengan Syed
Adrian? Huh, pastilah tidak! Rasa macam malang tak berbau pun ada. Hmm siapa aje nak kan suami yang
berperangai buruk macam tu? Haih, kalau tanya monyet ‘Monyet, awak nak tak
suami macam Adrian tu?’ dia pun kata tak nak lah!
“Tok!
Tok! Tok!”
Tiba-tiba
saja kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. Amanda sedikit tersentak.
Terus saja lamunannya mati di pertengahan jalan. Erghh… siapa pula yang dok
main ketuk-ketuk pintu ni? Tak tahu nak beri salam dulu ke apa?
“He he he… Maaf kerana mengganggu,
doktor. Ada seorang makhluk kacak melampau nak berjumpa dengan doktor lah…”
ucap misi Ain.
Amanda
yang mendengar sudah pun menjongketkan keningnya. Makhluk kacak melampau? Err apa benda yang Ain dok merepek meraban ni? Ada makhluk
alien yang kacak melampau nak berjumpa dengan aku ke? Hmm pelik aje bunyinya.
“Makhluk
dari planet mana, Ain? Ermm suruh lah
dia masuk.” balas Amanda bersahaja.
Err
siapa ek gerangan makhluk tu
rasa-rasanya? Kacak melampau… kacak melampau… Berkali-kali perkataan itu
terhambur keluar dari mulutnya. Dan sedaya upaya dia cuba untuk mengingati
makhluk yang kacak melampau yang pernah dia temui sebelum ni. Tiba-tiba,
seseorang yang amat dia kenali tak sengaja terlintas di benaknya. Hmm, jangan-jangan…
Ketibaan
Syed Adrian dengan wajah yang cukup selamba membuatkan dia hampir terlompat di
situ juga. Tak semena-mena semua dokumen kerjanya habis berterabur di atas
lantai gara-gara tertolak meja. Haaa!
Memang dia dah agak dah! Inilah dia makhluk alien yang kononnya kacak melampau
tu. Errr menjengkelkan betul! Kacak
melampau ke kalau penampilannya dah serupa monyet bersubang ni? Haih, rabun…
rabun…
“Kau
ni selekeh lah! Cuba susun dokumen ni elok-elok sikit. Ini tidak! Bersepah
sana, bersepah sini. Harap nama je
doktor… tapi? Pengotor! Pemalas! Haih, kalau mummy nampak ni… dah lama kau kena reject jadi menantu dia agaknya!” bebel Syed Adrian tak henti-henti
sambil memungut dokumen-dokumen yang berterabur di atas lantai.
Amanda
hanya mendiamkan diri sambil menyiapkan kerjanya. Haih, naik bernanah telinga
dia dok mendengar bebelan si hantu
raya tu. Hmm harap muka je handsome bukan main… Tapi mulut?
Serupa machine gun! Laju aje bila
membebel. Memang sah ter-cross breeding mulut mummy dia ni!
“Haih…
macam mana lah kau nak jadi isteri mithali kalau perangai kau berterusan macam
ni? Ingat sikit cik Amanda oi… tinggal
dua hari je lagi kau bakal menjadi
isteri kepada jejaka idaman para wanita ni. Ubah perlakuan kau tu sikit. Aku
tak nak perangai kau berterusan macam ni bila kita dah kahwin nanti! Alasan?
Aku tak suka hidup sebumbung dengan manusia yang pengotor! Pemalas! Haaa macam kau lah tu.” tambah Syed
Adrian lagi. Kali ni, bunyinya bukan saja sinis, malah pedas juga! Memang sakit
bagi telinga yang mendengar.
Sungguh
dia berasa tersentap dengan kata-kata Syed Adrian tu. Amboi, cantiknya mulut
bila berbahasa… Biadab bukan main ya! Macam lah perangai aku sorang aje yang
buruk… teruk… Err macam lah perangai
dia tu lawa sangat! Elok sangat! Kalau nak nasihatkan orang sekalipun… cermin
lah muka dulu bro! Ini tidak…
mengkritik orang macam dia tu dah bagus sangat je! Errr dah lah perangai macam hantu… ada hati tu nak complain pasal perangai aku?! Huh… dasar
hantu tak tahu malu!
“Kau
nak apa datang ke sini? Kalau datang setakat nak sakitkan hati aku… baik tak
payah! Aku sarankan kau balik je lah.
Tak ada masa lah aku nak melayan kerenah kau yang langsung tak matang tu! Ada
banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan sekarang ni. So… dipersilakan keluar ya, Encik Adrian. Shuhh… shuhh…” halau Amanda tanpa melengah-lengahkan masa. Ermm gaya macam halau kucing pun ada
Syed
Adrian masih tegak berdiri di situ. Langsung dia tak pedulikan kata-kata Amanda
yang berbaur arahan tu. Hmm niat dia
ke sini bukannya nak menganggu kerja Amanda yang kononnya berbundle-bundle tu tapi…
“Jom
lunch?” ajak Syed Adrian ikhlas.
Senyuman yang cukup manis sengaja dikuntumkan sehingga menampakkan sepasang
lesung pipitnya.
Amanda
yang memandang sudah pun tergamam. Huyoo!
Lawanya dimples! Baru dia perasan
yang mamat ni ada dimples
rupa-rupanya. Hmm sebab tu dia nampak
lain macam aje bila senyum… Waduh, terpaut hati yang melihat tahu!
“Lu… lunch?” tergagap-gagap Amanda
bertanya. Nervous tak tentu pasal!
“Haiyaa, habis tu takkan dinner kot? Haih, apasal lah kau ni suka sangat bertanya soalan yang bangang?” balas
Syed Adrian masih sinis.
Kata-kata
lelaki itu hanya mampu ditelan perlahan-lahan. Haih, sabar aje lah. Bila
berdepan dengan Syed Adrian a.k.a hantu raya ni, memang lah kena banyak
bersabar! Hmm sesungguhnya, sabar itu
separuh daripada iman…
“Lepas
lunch, kita cari cincin.” tambahnya
lagi sebelum mengambil langkah untuk beredar dari situ.
Amanda
cuma mengeluh perlahan. Akur dengan perintah lelaki itu. Tanpa berlengah lagi,
lantas tas tangannya diambil lalu mengejar langkah Syed Adrian yang sudah menapak
jauh di depan.
USAI
lunch di Starbucks, segera Syed Adrian
mengangkut dirinya ke Pavilion pula. Alasan? Nak cari cincin kahwin katanya!
Haih, nak tak nak kena lah dia menurut. Karang kalau membantah, ada pula yang
kena siku sampai ke lutut agaknya!
Suasana di Pavilion yang agak sesak
dengan kehadiran para pengunjung yang tak tahu erti penat berjalan benar-benar
membuatkan dia berasa rimas! Huh, rasa macam nak putus nafas pun ada. Mana
taknya, keadaan para pengunjung yang asyik menghimpit antara satu sama lain
menyebabkan dia berasa sukar untuk bernafas. Hmm kalau boleh, mahu saja dia menjerit dan menghalau setiap
makhluk yang berada di situ sekiranya Pavilion ni bapak dia yang punya!
Syed
Adrian perasan akan riak wajah Amanda yang nampak kurang senang dan tidak
selesa. Mungkin kerana keadaan di situ yang kelihatan sesak dan hiruk pikuk
dengan kunjungan para manusia. Tanpa berfikir panjang, lantas lengan kiri
Amanda dipaut kemas lalu ditarik kuat.
“Woi! Apahal
ni main tarik-tarik lengan orang? Kau ingat lengan aku ni tali ke apa? Kalau
putus lengan aku ni, macam mana? Sanggup kau nak bayar?” bebel Amanda cukup
selamba tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang aneh ke arah mereka. Err apa pandang-pandang? Aku tahu lah
mamat kat depan aku ni handsome bukan
main. Kalau ya pun, tak payah lah nak pandang orang macam tu sekali!
“Kau
boleh tolong diam tak?! Tak malu ke terpekik sana terpekik sini? Erghh… harap nama aje doktor! Tapi…
adab? Langsung tak ada! Tulah…. Dulu masa cikgu ajar Sivik kat kelas, kau sibuk
dok baca buku Biologi!” balas Syed
Adrian sinis.
Kata-kata
sinis itu hanya mampu ditelannya perlahan-lahan. Rasa pedih di anak tekak kian
terasa. Sakit pula hati dia saat mendengar kata-kata Syed Adrian yang semakin
hari semakin sinis tu. Sah! Mulut dia memang tak ada insurans! Ada ke patut kau
kata aku ni tak beradab Syed Adrian oi?
Habistu… macam lah kau tu beradab sangat? Bersivik sangat? Huh! Orang yang
beradab… bersivik… tak berperangai hantu lah weh!
“Kau
fikir kau tu beradab sangat lah ya? Ehem! Dengar baik-baik Encik Adrian… orang
yang beradab tak akan berani memaut lengan anak dara orang kat tengah-tengah mall macam ni! Jadi, cuba Encik Adrian renung-renungkan
semula… Adakah Encik Adrian ni dah cukup beradab… ataupun… masih biadab?”
Amanda mula menekan peluru. Huh! Amekaw!
Puas hatinya bila dapat membalas kutukan lelaki itu.
Syed
Adrian mula mendengus kasar. Geram dengan sikap Amanda yang makin hari makin
berani melawan percakapannya! Wah… dah pandai melawan ya, doktor? Makin dekat
tarikh perkahwinan kita, makin berani kau melawan cakap aku kan? Bagus! Belum
pegang title ‘isteri’, perangai dah
macam ni. Apatah lagi bila dah jadi isteri? Huh… jangan menambah dosa aku
sudahlah!
“Kau nampak tak kedai emas Poh Kong
tu? Karang kalau aku sumbat mulut kau dengan emas… baru kau tahu!” balas Syed
Adrian sambil menundingkan jari runcingnya ke arah Poh Kong Gallery yang
disebutnya sebentar tadi.
Amanda hanya mencebik. Dia dah faham
dah dengan taktik kotor mamat ni bila hampir nak kalah ketika berdebat! Huh…
mula lah tu nak ubah topik. Dah masak rasanya dengan perangai Syed Adrian yang
langsung tak berubah-ubah ni.
“Jom masuk……” ajak Syed Adrian
setelah berminit-minit dia dok
menilik kedai emas Poh Kong itu dari luar.
“Hish,
apasal dengan kau ni? Jangan nak buat
kerja gila boleh tak?” Amanda mula menolak ajakan lelaki itu seraya melepaskan
pautan Syed Adrian pada lengannya.
“Kau ni dah kenapa? Ingat aku serius
ke nak sumbat mulut kau yang celopar tu dengan emas? Err membazir duit mak bapak aku je
lah! Daripada aku dok sumbat mulut
kau tu dengan emas, lebih baik aku sumbat aje dengan ikan emas! Biar mati
keracunan terus! Haaa then, duit safe, aku pun safe! Yalah… tak payah nak kahwin dengan makhluk nerd macam kau ni!” ucap Syed Adrian
makin sinis.
Amanda cuma tertunduk memandang
lantai. Entah apa yang menarik lagi menawan pada lantai itu pun dia sendiri tak
tahu. Apa yang pasti, hatinya benar-benar terguris akan kata-kata pedas yang
terhambur keluar daripada mulut Syed Adrian sebentar tadi. Erm, hina sangat ke aku ni? Sampai macam tu sekali dia bencikan aku,
sehinggakan dia sanggup mendoakan kematian aku? Hmm jahat sangat ke aku ni?
Raut wajah Amanda yang nampak
terkilan membuatkan Syed Adrian rasa serba salah. Kasar sangat ke kata-kata dia
tadi? Aduhai, tak tentu pasal minah ni terkecil hati… Adrian!!! Apa yang kau
dah buat ni?
“Hmm
aku gurau je lah. Aku tak bermaksud
pun nak mendoakan kematian kau… Lagipun, aku dah redha… Aku tak keberatan pun
nak jadi suami kau. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Syed Adrian mula
memujuk lembut lalu spontan saja dia menolak dagu Amanda ke atas agar memandang
ke arahnya.
Amanda makin beku di situ. Tindakan
refleks Syed Adrian yang cukup spontan itu membuatkan hatinya berasa tak
keruan. Huarghhh… apahal dengan dia
ni dok touching dagu anak dara orang?
Tak takut dosa ke apa? Huh, ini kalau ustazah aku nampak ni… confirm dah kena ceramah habis-habisan!
“Ops, sorry… Terlupa pula! Hmm apa? Oh ya…. bukan muhrim! Okey whatever. Haish, jom lah masuk! Kita kan
nak cari cincin tadi…. Dah lupa ke?” tambahnya lagi. Sekali lagi dia menarik
lengan Amanda untuk masuk ke dalam kedai emas tersebut.
Amanda
yang memandang dah makin naik bahang. Huh… konon terlupa yang aku ni bukan
muhrim dia! Habistu, yang dia dok
paut lengan aku lagi ni apahal? Erghhh,
sorry naik lori lah weh! Pergi masak
lori buat kari sana!
Dengusan
yang cukup kasar dilepaskan. Hmm
mati-matian dia ingat yang Syed Adrian ni dah insaf… dah bertaubat… tapi…
perangainya masih sepesen hantu rupa-rupanya!
SETELAH
hampir sejam mereka berdebat di situ, akhirnya mereka memutuskan untuk memilih
cincin berbatu diamond sebagai cincin
perkahwinan mereka. Amanda menarik nafas lega. Syukur alhamdullilah… berakhir
juga pertengkaran yang berlaku di antara mereka sebentar tadi. Huh… nasib baik
dia mengalah! Kalau tak… sampai ke esok pagi agaknya pertengkaran tu bakal
berterusan. Err tak sanggup!
Syed Adrian tersenyum girang akan
kemenangan yang dia peroleh. Yeay! Berjaya juga dia mempertahankan batu diamond sebagai simbol cincin
perkahwinan mereka. Lagipun, memang batu diamond
aje yang cantik dan menarik jika nak dibandingkan dengan batu pearl pilihan Amanda yang nampak
ketinggalan zaman tu. Ermm harap muka
je cantik… tapi…. citarasa? Hancur!
“Dekat sini ada Baskin Robbins tak?
Aku mengidam nak makan ais krim lah…” soal Amanda sambil mengusap perutnya yang
tiba-tiba saja mengidam tak tentu pasal. Haih, macam pregnant mother lah pula!
Syed Adrian menjongketkan keningnya
yang agak lebat. Hairan pula dia mendengar luahan hati si Amanda tu. Aik, mengidam? Apasal pelik aje bunyinya? Err
bunting ke apa minah ni?
Hoi,
Adrian! Mulut kau tu jangan nak celopar sangat boleh tak? Karang kalau masin…
macam mana? Kau juga yang susah kan! Tak tentu pasal kau kena jadi pak sanggup.
Haish, amit-amit… mohon dijauhkan
lah!
“Hish,
kau ni…. mengidam macam ibu mengandung pulak! Dekat sini mana ada Baskin
Robbins… Kindori Ice Cream ada lah! Haaa…
stall yang warna merah tu.” balas Syed Adrian sambil menundingkan jarinya
ke arah gerai ais krim Jepun itu.
Dahi Amanda mula berkerut. Matanya asyik
melilau mencari gerai ais krim yang dikatakan oleh Syed Adrian sebentar tadi.
Ooo…. Kindori Ice Cream. Aik, kenapa
pelik aje nama gerai dia? Macam nama orang Jepun pun ada… Hmm ais krim dia pun nampak pelik aje warnanya. Tapi…. ramai
pengunjung yang sedang beratur nak dapatkan ais krim yang aneh lagi ajaib tu. Err apa yang ajaib?
“Tunggu apa lagi? Jom lah!” ajak
Syed Adrian. Tanpa melengah-lengahkan masa, lantas lengan gadis itu ditarik
lalu mula mengambil langkah untuk beratur di situ.
Keluhan yang cukup berat dilepaskan.
Nak tak nak, terpaksalah dia menurut langkah Syed Adrian yang sedang enak
memaut lengannya itu. Err sikit-sikit
paut lengan orang! Sikit-sikit paut lengan orang! Sepanjang hari ni,
rasa-rasanya dah lebih 2 kali mamat ni dok
memaut lengannya. Hmm memang nak menempa
maut agaknya!
“Err
lepas lah! Hmm gerai ais krim apa ni?
Apasal pelik aje nama gerai dia? Hmm ais krim dia pun boleh tahan nampak
pelik!” komen Amanda penasaran.
“Kindori Ice Cream… apa yang pelik? Common aje bunyinya. Haaa… ni mesti kes tak pernah pergi
gerai ni kan? Hmm that’s why kau rasa
pelik. Err dasar kolot punya doktor!”
kritik Syed Adrian tanpa berlapik.
Amanda yang mendengar kritikan
tersebut hanya mendiamkan diri. Alah, biasalah tu… Mamat ni memang suka
mengkritik orang! Tabiat tu memang dah jadi separuh daripada kehidupan dia kot.
Tak ada apa yang nak dihairankan…
“Kau nak flavor apa?” soal Syed Adrian sewaktu sudah tiba gilirannya untuk
memesan.
“Takut lah nak try……” jawab Amanda ragu-ragu. Jujur, dia berasa takut pula nak
mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi sesuatu yang nampak aneh dan pelik…
Tanpa membuang masa, segera Syed
Adrian memesan perisa dark chocolate.
Haih, kalau nak menunggu minah lembab ni order…
sampai tertumbuh janggut agaknya dia perlu beratur di situ! Huh… dasar lembab
punya doktor! Lembab dalam berbagai-bagai bidang!
“Nah, rasalah…..” pelawa Syed Adrian
sambil menghalakan kon ais krim itu ke mulut Amanda. Liur diteguk sedikit demi
sedikit. Hmm nampak macam sedap lah
pula bila zoom in depan mata. Memang
membuka selera apatah lagi perutnya sedang terpekik terlolong menyanyikan lagu rock kapak daripada kumpulan Kristal.
Haih, halal ke ni?
“Halal. Don’t worry……” tambah Syed Adrian lagi, seolah-olah dia mengerti
tentang apa yang sedang bermain di benak gadis itu.
Aik,
macam mana dia boleh baca fikiran aku yang sedang meragui kehalalan ais krim
jepun yang nampak lazat lagi enak ni? Dia ni vampire macam Edward Cullen ke apa? Ermm tapi…. mana ada vampire
yang bermata biru laut! Dan… mana ada vampire
yang nampak comel bila makan ais krim! Eh, ais krim?
“Woi! Apasal kau kebas ais krim aku?! Penat aku tunggu kau beratur nak beli
ais krim ni tau!” marah Amanda geram.
Terkekek-kekek Syed Adrian
melepaskan tawanya sehingga menyebabkan perlakuannya menjadi perhatian orang
ramai yang lalu-lalang di situ. Sungguh hatinya berasa senang dan gembira saat berjaya
mengenakan doktor lembab ya amat itu. Muka Amanda yang nampak kemerah-merahan
akibat menahan marah membuatkan tawanya semakin pecah hingga mencapai tahap di
luar kawalan.
“Tak lawak, okey. Enough, stop laughing! Sekarang ni, aku
nak kita berbincang pasal sambungan masa depan kita bila kita dah kahwin
nanti.” Ucap Amanda serius.
Ya…
dia perlu berbincang dengan Syed Adrian mengenai masa depan mereka setelah
selesai bernikah nanti. Hmm hal ini
mana boleh dibuat main apatah lagi tinggal dua hari je lagi perkahwinan mereka bakal menjelang. Nampaknya, masa dah
semakin suntuk!
“I don’t feel like to discuss about that
things at this moment… But I promise, we’ll discuss about it after our wedding
day. So… how?” balas Syed Adrian tenang.
Amanda
hanya mengangguk tanda mengerti. Hmm
biarlah perbincangan itu ditangguhkan seketika buat sementara waktu. Lagipun,
fikirannya dah cukup sesak nak memikirkan satu persatu masalah yang muncul.
Haih,
tinggal 48 jam je lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Dan tinggal 48 jam
je lagi dia bakal menjadi isteri
kepada Syed Adrian Michael secara rasmi.
Huh…
rasa macam tak percaya pun ada! Rupa-rupanya, inilah dia pengakhiran jalan
cerita zaman bujangnya. Dan apa yang paling menggemparkan, inilah dia bakal
suaminya yang bakal memimpinnya ke jalan syurga suatu hari nanti. Inshallah…
Semoga Allah memudahkan segala urusannya untuk mengubah diri Syed Adrian sedikit
demi sedikit dalam masa yang sama.... Amin!
Besttt :)
ReplyDeletethank you, enjoy reading my dear :-)
Deleteadrian was goddamn sexy u know
ReplyDeletei think so hahahaha
DeleteAkak.. Sy ingatkan taklrh comment.. Ngeee.. Daa lama sy tunggu n3 ni.. Huhuhu.. Thanks akak :) kalau novel ni kuar.. Akak inform kat sy eh :D sy nk beli.. Daa lama tak jumpa novel yg kena ngan citarasa saya.. Cter ni best . :) - alin
ReplyDeletebaru ada comment box act hehe. oh yeke, thanks sebab menunggu :-) inshallah novel ni kuar tahun depan. pape hal nanti akak inform ya. hm sebenarnya, cite ni macam cite budak2 tau hahaha takpe sesuai dengan umur
DeleteI like this novel. Always waiting :)
ReplyDeletethank you, dear. sorry sebab terpaksa lama menunggu :-)
Deletetak sabar nak tunggu depa kahwin!!!
ReplyDeletehehehe insyallah tak lamo lagi
Deletex sabar nak tunggu sambungannya dan nak beli skali... agak2 bila nak dinovelkan.....
ReplyDeletehehehe insyallah awal bulan 2014 :-)
Deletevery satisfied & really cant wait for the next n3. good job! update cepat sikit na
ReplyDeletethanks, insyallah :-)
DeleteWhat have you done to your own daughter? Please check your grammar first .jgn ambil hati ye dik . untuk kebaikan bersama.
ReplyDeleteeh of course tak. saya lebih suka ditegur. terima kasih sebab betulkan ;-)
Deletegood luck!!!!
ReplyDeleteinsyallah next week // next two weeks hehe
ReplyDeleteBila keluar novel ni ? best sgt
ReplyDeleteThank u! Insyallah tahun ni :-)
Deletenovel ni dh kuar or blom?
ReplyDeleteBellum :-)
DeleteSo ble ye novel nie nk kuar?:-)
DeleteNot sure. Sedang menjlani penilaian :-)
DeleteSis !! Best lahh cite ni. Novel dah jual ke blum. X sabar nak beli. Hehek :D
ReplyDeleteSis. best lah cite ni. lawak pon ade. hihi. bile nak kluar novel ni?
ReplyDeleteAsha... Novel dh kuar blom?? Akak nk bli nii.. Tak sbar nk bca !
ReplyDeleteSalam..mohon betulkan satu perkataan ni ye kat Bab12, "nauzubillah minzalik" bukan "nauzubillah missalik" :)
ReplyDeleteByk sngt adegan berulang Adrian pegang lengn Amanda n Amanda xpuas hati then gaduh.. Kurangkan adegan sama ye.. :) Bnyk kali baca adegan berulang dlm satu bab jd trgnggu sikit feel tu.. Jgn marah ye awk.. :) overall, novel ni best.. Keep it up.. ;)
Follow my blog..
ReplyDeleteelhauramalaeka.blogspot. com