Friday, December 20, 2013

I Heart You, Doctor! 14,15


BAB 14
SEPERTI yang dijangka, kedatangannya ke vila ini hanya lah mengganggu ketenteraman para penghuni saja. Nampaknya, mama dan papa masih belum memaafkan dirinya. Sungguh dia berasa kecewa dengan perlakuan mereka yang seolah-olah langsung tak senang akan kehadirannya apatah lagi Syed Adrian turut terlibat sama. Kasihan lelaki tu… Baru saja dia nak mengenali bakal mertuanya, tapi… cacian, hinaan dan makian yang dia dapat.
            “Baik kau sedar sebelum terlambat, anak muda! Keputusan kau yang ingin menikahi perempuan jahanam ni adalah satu kesalahan besar! Kau nak tahu kenapa? Sebab mak bapak kepada perempuan jahanam ni takkan pernah merestui perkahwinan kalian! Jadi, jangan mimpi lah kalian nak hidup bahagia dunia akhirat sebab aku sebagai bapanya takkan izinkan!” kata-kata kesat yang terhambur keluar daripada mulut Datuk Yahya membuatkan Amanda tergamam. Tak semena-mena air matanya tumpah. Besar sangat ke kesilapan dia selama ni sehinggakan papa sanggup menggelar dirinya ‘perempuan jahanam’? Mashallah…
            Syed Adrian yang mendengar kata-kata kesat daripada mulut lelaki itu turut tergamam. Dia sendiri naik hairan melihat sikap papa Amanda yang cukup membenci gadis itu. Apa salah Amanda sehinggakan papanya sendiri sanggup menggelar dirinya ‘perempuan jahanam’? Hish, bapak jenis apa lah orang tua ni!
Sikap Datin Shahdah yang hanya mendiamkan diri sambil menyaksikan adegan maki hamun tu membuatkan dia berasa sebal melihat wanita itu sebagai seorang ibu. Ya tuhan…. dia tak nampak ke anak perempuan yang dikandungnya selama sembilan bulan ni sedang dihina seteruk itu? Huh… mak bapak jenis apa mereka berdua ni? Anak sendiri buat macam anak tiri!
            “Pa… ma… ampunkan Manda… Manda tahu betapa besarnya dosa Manda pada kalian berdua… Manda minta ampun ma… pa… Manda minta ampun sebab Manda ingkar pada perintah mama dan papa dulu… Manda menyesal sangat… Manda menyesal…” ucap Amanda teresak-esak sambil melutut pada kaki kedua-dua orang tuanya.
            Datuk Yahya yang menyaksikan sendiri perlakuan anaknya itu langsung tak terkilan ataupun tercuit hati. Malah, dia semakin menyampah melihat Amanda yang seolah-olah rasa menyesal akan sikapnya sendiri. Huh! Macam lah aku percaya yang budak ni benar-benar dah menyesal? Dan macam lah aku tak tahu yang semua ni cuma lah lakonan dia semata-mata! Kau jangan fikir aku ni bodoh, Amanda! Aku takkan termakan dengan pujuk rayu kau! Aku tahu, ini semua taktik kotor kau untuk dapatkan restu daripada aku, kan? Dasar anak tak guna!
            Hatinya berperang sesama sendiri. Lantas anak itu ditendangnya sehingga kepala Amanda terhantuk kuat pada lantai. Semua yang menonton perlakuan Datuk Yahya secara live tu sudah pun terkedu, termasuk juga Datin Shahdah. Sungguh dia tak sangka yang suaminya sanggup memperlakukan anak mereka sebegitu rupa!
            Tubuh Amanda yang nampak longlai segera didekati. Dahi gadis itu yang luka akibat terhantuk kuat sebentar tadi membuatkan hati tuanya berasa terkilan. Lantas anak itu dibawa ke dalam dakapan. Sayu hati tuanya saat mendakap puteri bongsunya yang sudah sekian lama tak ditemui. Alhamdullilah…. melepas juga rindunya yang makin lama makin menebal terhadap anak ini.
            “Uncle, what have you did to your own daughter? Dia datang ke sini secara baik… minta restu pun secara baik… tak ada pun dia berlaku biadab pada uncle! Tapi…. apa yang uncle dah lakukan pada dia sekarang ni? You treat her like a trash! Mana letaknya sikap uncle sebagai seorang ayah? Kalau uncle memang seorang ayah, saya tertanya... Ayah jenis apa uncle ni?!” ucap Syed Adrian cukup lantang.
Kata-katanya yang berlabel biadab itu membuatkan semua penghuni di vila itu tercengang, termasuk juga Datuk Yahya sendiri. Rasa macam tak percaya lah pula saat melihat sikap sebenar pilihan hati anak bongsunya itu. Biadab bukan main kepalang!
            “Adrian! Apasal awak cakap macam tu kat papa saya? Awak sedar tak, awak tengah bercakap dengan siapa sekarang ni? You’re talking to my dad! How come you can be rude like that?!” marah Amanda kuat.
Sakit hatinya saat mendengar kata-kata Syed Adrian yang cukup biadab tu. Kalau macam ni lah perangai mamat tu…. sampai kiamat sekalipun mama dan papa takkan beri restu! Kalau restu pun tak dapat…. apatah lagi wali? Confirm lah tak dapat juga!
“Sudah! Aku dah tak nak tengok muka kalian berdua lagi. Jadi, dipersilakan… kalian boleh berambus dari sini! Ingat…. jangan pernah nak jejakkan kaki ke vila ni lagi! Dan lagi satu, Amanda… Aku tak sudi nak jadi wali kau! So, kau pergilah cari wali lain. Kalau tak jumpa…. lantak kau lah! Kau nak jadi andartu ke… apa ke… aku dah tak peduli! Sebab kau bukan lagi anak aku!” herdik Datuk Yahya lagi.
Amanda semakin teresak-esak melepaskan tangisnya. Bahu si ibu dijadikan tempat untuk dia lepaskan segala duka di hati. Sungguh dia berasa kecewa dengan kata-kata papanya sendiri. Tega papa membuangnya sebegitu rupa hanya kerana satu kesalahan di masa lampau. Bukan kesalahan membunuh… bukan kesalahan berzina. Tapi kenapa papa sanggup memperlakukan dirinya sebegitu?
“Kalau papa tak sudi nak jadi wali adik…. tak apa. Abang sudi….”
Kata-kata yang dilemparkan oleh Syawal membuatkan semua penghuni di vila itu berasa lega kecuali Datuk Yahya. Terkejut dirinya saat Syawal Alamanda, putera sulungnya sanggup menawarkan diri untuk membantu perempuan jahanam itu. Pasti perempuan ni sogok anak sulung aku! Kalau tak, tak adanya si Syawal ni nak membantah kata-kata aku. Kurang ajar punya perempuan!
Syed Adrian menarik nafas lega saat ‘bakal abang ipar’ dia sudi nak jadi wali pernikahan mereka. Huh! Selesai satu masalah walaupun masalah dia dengan Datuk Yahya yang berlagak gila tu takkan selesai.
“Pengawal!! Kau heret dua ekor manusia ni keluar dari sini! Aku tak nak tengok muka diorang lagi, terutamanya perempuan jahanam ni!” halau Datuk Yahya tanpa rasa serba salah.
Ops, uncle tak perlu nak panggil pengawal bagai untuk halau kami berdua. Ermm buat sakit tekak je kan…. Anyway, we got legs to walk out from this kind of hell. So, don’t worry.” ucap Syed Adrian cukup selamba lalu lengan Amanda ditarik kuat untuk beredar dari situ.
Setibanya di depan pintu utama, langkah dia terhenti…….
“Sebelum saya pergi, saya nak ucapkan terima kasih kepada Datuk Yahya dan si isteri atas layanan yang cukup mengagumkan. Huh… tak tentu pasal dahi bakal isteri saya terhantuk lantai gara-gara layanan Datuk Yahya yang cukup mempesonakan tu. Terima kasih, ya? Dan abang Syawal…. thanks sebab sudi nak jadi wali Amanda. To be honest, you’re such a responsible brother. I impressed of you. Assalammualaikum…” ucap Syed Adrian lagi sebelum meneruskan langkahnya untuk angkat kaki dari situ.
Amanda hanya membiarkan perlakuan Syed Adrian yang menarik lengannya dengan wajah yang cukup selamba. Dia dah tak larat nak membebel ataupun memarahi lelaki itu seperti biasa. Entah kenapa, tiba-tiba saja kepalanya berasa pusing membuatkan dia hampir nak pitam. Tak semena-mena itu juga dia rebah di tempat kejadian.

PERLAHAN-LAHAN mata redupnya dibuka. Wajah Syed Adrian yang terlalu dekat dengannya membuatkan Amanda hampir nak pitam semula. Segera dia bangun dari pembaringan sebelum perkara yang tak diingini berlaku di situ juga.
Syed Adrian turut menjarakkan kedudukan di antara mereka. Takut sekiranya Amanda bersangka buruk terhadap dirinya. Errr dia bukannya apa! Nanti tak tentu pasal minah ni syok sendiri pula! Then, siapa yang susah? Dia juga yang susah….
Apasal kau bawa aku ke sini? Ingat aku ni kanak-kanak Ribena macam kau ke apa? Haih, Adrian… Adrian… Cuba kau tengok jam kat dashboard tu… Dah pukul 4 petang dah weh. Jom lah balik! Nanti mummy risau pula.” ajak Amanda untuk pulang.
Pelik juga dia melihat sikap Syed Adrian yang tiba-tiba saja mengangkut dirinya ke taman permainan. Huh…. entah apa-apa aje mamat ni. Suka sangat buat benda yang bukan-bukan!
Ajakan daripada Amanda langsung tak dihiraukan. Malah, tangan kanannya lantas menarik lengan gadis itu supaya keluar dari dalam kereta. Amanda hanya menurut tanpa membantah sepatah kata. Tingkah laku Syed Adrian yang mengheretnya ke tepi buaian hanya diperhatikan dan dibiarkan saja. Hmm entah apa yang mamat ni nak buat kat aku agaknya… Siap suruh aku duduk kat atas buaian pula tu. Haih, layankan aje lah….
Kotak first-aid yang dipegang oleh Syed Adrian membuatkan Amanda semakin bingung. Aduhai, dia nak buat apa pula dengan kotak first-aid tu? Ada kanak-kanak yang perlu aku rawat ke kat sini? Haih, apasal lah pelik sangat perangai si Adrian ni? Dan lagi satu… dari mana pula dia dapat kotak first-aid tu?
“Duduk diam-diam. Aku nak sapu ubat kat dahi kau tu. Nanti makin bengkak pula….” arah Syed Adrian cukup selamba sambil duduk melutut di hadapan gadis itu. Amanda yang melihat perlakuan lelaki tu sudah pun tercengang. Macam tak percaya lah pula bila tengok sikap Syed Adrian yang tiba-tiba saja bertukar menjadi caring tak tentu pasal ni.
Aduhai, kenapa dengan Adrian ni? Apasal tiba-tiba aje dia baik dengan aku ni? Tak ada angin… tak ada ribut… tak ada hujan… tak ada petir… tiba-tiba aje dia peduli pasal aku? Huarghhh dia nak goda aku ke apa ni?
“Kau jangan nak perasan pulak. Aku tolong kau ni pun sebab aku tak nak mummy risau.” ucap Syed Adrian masih selamba.
Huh….. macam tahu-tahu aje yang aku tengah perasan sekarang ni. Padan muka kau Amanda! Tu lah…… berangan tak ingat dunia. Macam lah si Adrian ni pandang kat kau… Hmm dia pandang kau sebelah mata aje lah!
Wajah Syed Adrian yang kelihatan khusyuk merawat lukanya ditilik dalam diam. Mata biru laut milik lelaki itu dijadikan tatapan. Handsome…. Tapi lebih handsome kalau tak ada perhiasan…. dan segala aksesori yang menghiasi diri mamat ni. Haih, tiba-tiba saja dia teringin pula nak melihat Syed Adrian berbaju melayu. Hmm mesti handsome gila kan? Ala-ala lelaki melayu terakhir gitu.
Apasal kau pandang aku macam tu? Aku ni handsome sangat ke?” soal Syed Adrian ingin tahu.
Macam lah dia tak perasan yang minah ni dok menilik muka dia sejak dari tadi. Eleh…. mulut je kata ‘pandangan sesama manusia yang bukan muhrim perlu dijaga’ tapi aku yang bukan muhrim dia ni dipandang juga…
Errr bila masa aku pandang kau? Perasan!” Amanda mula berdalih. Huh…. nasib baik tak kantoi. Kalau tak…. Buat malu aje dok mengusyar anak teruna orang!
Syed Adrian hanya mendiamkan diri. Malas dia nak berdebat dengan minah ni. Kalau mereka berdebat sekalipun… asyik dia aje yang jadi pemenang seratus kali berturut-turut. Dah naik bosan dah! Tiba-tiba saja, dia terfikirkan pasal perkahwinan mereka yang bakal menjelang beberapa hari je lagi. Ermm agak-agaknya lah kan, macam mana lah nasib dia bila dah kahwin dengan minah nerd ni?  Haih, mesti hidup dia pun jadi nerd jugak kan? Nasib badan lah……
“Apa jadi kalau kita tak bahagia bila dah kahwin nanti?” soal Syed Adrian tiba-tiba.
Amanda yang mendengar pertanyaan lelaki tu hanya tersenyum pahit. Kau tanya aku ‘apa jadi kalau kita tak bahagia bila dah kahwin nanti’, Syed Adrian? Soalan bangang ke apa ni? Bukan ke kita memang tak bahagia sebelum kahwin lagi?
Apasal kau tak tanya, ‘apa jadi kalau kita bahagia bila dah kahwin nanti’? Amanda pula yang menyoal tanpa membalas pertanyaan lelaki tu.
Syed Adrian dah mula naik bingung. Haih, minah ni….. Aku tanya dia, dia tanya aku balik! Tak faham soalan ke apa? Huh… lembab betul doktor ‘aku’ sorang ni!
“Kau belum jawab soalan aku….” selamba aje Syed Adrian menegur.
“Okey…. Tak hairan lah kalau kita tak bahagia bila dah kahwin nanti, sebab…. belum kahwin pun kita memang tak bahagia. Apatah lagi bila dah kahwin? Ermm tak bahagia kuasa dua lah jawabnya!” jawab Amanda loyar buruk.
Tapi… memang itulah kenyataannya. Bila dah kena kahwin paksa macam ni, jangan haraplah nak bahas soal kebahagiaan! Kahwin bukan atas kerelaan sendiri….. macam lah boleh bahagia?
“Kenapa kau yakin sangat yang kita takkan bahagia?” soal Syed Adrian lagi. Sungguh dia tak berpuas hati dengan persepsi Amanda terhadap perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tak lama lagi.
“Kau nak tahu kenapa? Sebab…. kita kahwin bukannya sebab cinta. Tapi sebab terpaksa…” jawab Amanda jujur dan perlahan. Sayu pula rasanya saat dia mengimbau kembali nasib dirinya yang dipaksa kahwin dengan lelaki yang tak pernah mendapat tempat di hatinya.
Apasal lah malang benor nasib dia ni? Mula-mula, tunangan dia sendiri kena rampas… Lepas tu, kepala dia pula yang kena hempas! Dan sekarang ni… masa depan dia pula yang dah tumpas! Tumpas sebab… dia terpaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang langsung tak ada ciri-ciri bakal suami yang baik!
Syed Adrian hanya mengeluh kecil. Bila difikirkan semula, ada betul juga di sebalik kata-kata Amanda tu. Kalau dah kahwin tanpa cinta…. jangan berangan mat jenin lah nak bahagia! Ermm penting sangat ke ‘cinta’ ni dalam sesebuah perkahwinan?

PERLAKUAN Amanda yang asyik mengaduh kesakitan gara-gara dahinya yang luka membuatkan Syed Adrian tertanya mengenai masalah yang berlaku di antara gadis itu dengan papanya sendiri. Entah kenapa rasa ingin tahu semakin membuak-buak di hati. Hmm patut ke dia bertanya?
What have you did to your own family? Apasal Datuk Yahya tu anti sangat kat kau? Hmm sorry… Aku tahu, soalan aku ni agak keterlaluan… Aku tak ada niat pun nak masuk campur dalam urusan peribadi kau. I just wonder….” Soal Syed Adrian ingin tahu. Harap-harap lah minah ni tak melenting bila diajukan soalan yang cukup sulit tu.
Amanda hanya tersenyum kelat saat mendengar pertanyaan Syed Adrian yang agak sensitif tu. Dia memang dah agak dah yang Syed Adrian ni bakal bertanya soal hubungan dia dengan papa yang agak renggang tu. Bukan ‘agak’ renggang dah, memang dah renggang! Buktinya, papa langsung tak pedulikan diri dia yang hidup bagaikan sebatang kara ni.
“Aku tak rasa yang aku patut ceritakan masalah ni pada kau. Lagipun, hal tu langsung tak ada kena mengena dengan kau… So, kau tak payah tahu lah….” putus Amanda akhirnya. Dia tak rasa yang Syed Adrian patut tahu tentang hal itu walaupun sedikit sebanyak ada kaitan dengan adik lelaki tu sendiri.
Err macam lah mamat ni tahu yang Syed Adam tu bekas tunangan aku? Huh… baik-baik dia tak tahu, nanti tak tentu pasal dia jadi tahu pula! Hmmm agak-agaknya lah kan, apa yang bakal terjadi kalau mamat ni tahu pasal status lama aku yang sebenar? Rasa-rasanya dia kisah tak?
Dia takkan peduli pasal sejarah hidup kau lah, Manda! Dia kisah apa yang kau ni bekas tunangan orang ke…. bekas cleaner hospital ke…. bekas pesakit denggi ke…. apa ke…. dia peduli apa?! Lagipun, benda tu langsung tak ada kena mengena dengan hidup mati dia! Yalah…. bagi dia, kau ni bukannya penting sangat pun. Siapalah kau di mata dia… Alih-alih, dia pandang kau sebelah mata aje!
            “Apa salahnya kalau berkongsi masalah dengan bakal suami sendiri?” sindir Syed Adrian cukup sinis.
            Amanda yang mendengar hanya mencebik. Dia cukup menyampah dengan tabiat Syed Adrian yang suka sangat menggunakan istilah ‘bakal suami’ apabila lelaki itu ingin mengorek rahsia tentang dirinya. Gaya macam ikhlas je nak jadi laki aku! Huh… drama king, ya?
            “Baru bakal suami je kan? Belum jadi suami lagi….” balas Amanda loyar buruk. Haaa baru padan dengan muka kau! Sibuk aje dok menjaga tepi kain orang. Urusan sendiri pun belum selesai, ada hati nak masuk campur urusan orang? Huh! Dasar busybody punya hantu raya!
            Kali ni, Syed Adrian pula yang mencebik. Dia dah kekontangan idea nak membalas peluru yang ditembak oleh Amanda tu. Senyuman sinis yang dikuntumkan oleh gadis itu membuatkan hati lelakinya berasa tercabar! Whoaa… kau tak boleh kalah dengan minah nerd ya amat ni, Adrian! Balas selagi boleh balas! Come on, bro! Kau nak ke saham kau sebagai seorang gentleman jatuh macam tu aje? Oh no!
            “Yet or not, I will be. If that is your opinion… Never mind. Tapi… apa salahnya kalau kau berkongsi masalah dengan aku sebagai kawan sendiri?” balas Syed Adrian tak mahu kalah. Yeah, kali ni dia yakin yang kemenangan bakal menjadi hak miliknya serta merta!
            Amanda sudah pun tercengang sendiri. Perlakuan Syed Adrian yang asyik menjongket-jongketkan keningnya membuatkan dia berasa ngeri. Huarghhh… pandainya mamat ni main belit-belit fakta! Huarghhh… nak balas apa ni? Huarghhh… apasal tiba-tiba terkelu lidah pulak ni? Huarghhh…
            “One… two… three! Yayy aku menang!!!” jerit Syed Adrian cukup spontan dan selamba sehinggakan para pengunjung yang bersiar-siar di situ mula mengalihkan pandangan ke arah mereka.
            Tebal muka Amanda rasanya saat dipandang aneh sebegitu rupa. Ekspresi Syed Adrian yang hanya tersengih memandangnya membuatkan hatinya berasa panas dan bahang! Erghh geramnya!! Rasa macam nak piat-piat aje mulut mamat ni biar senget terus sampai ke telinga! Haaa masa tu baru mulut dia reti nak diam agaknya!
            “Adrian!” jerit satu suara dari arah belakang.
            Syed Adrian yang terdengar namanya diseru dah teragak-agak nak menoleh. Takut sekiranya dia bertembung dengan bekas-bekas teman wanitanya. Huh… nak mati? Dah lah si Amanda ada dengan dia sekarang ni. Nanti tak tentu pasal minah ni pula yang jadi mangsa!
Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan 180 darjah ke belakang. Kelihatan seorang gadis yang tampak ayu berbaju kurung moden sedang berlari-lari anak ke arahnya dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Berkerut dahinya saat menilik penampilan gadis itu dari atas hinggalah ke bawah.
Wow… macam gadis melayu terakhir lah pula. Siapa dia ni ek? Err takkan lah dia ni ex-girlfriend aku? Setahu aku… tak pernah lah pula ada perempuan sesopan ni dalam senarai bekas-bekas teman wanita aku. Hmm rasanya, hampir ke semua daripada mereka berpakaian tak cukup kain. Eh, kejap! Rasa macam kenal lah, tapi…… siapa ya?
            Bersungguh-sungguh Syed Adrian cuba mengamati wajah gadis itu dengan penuh teliti. Ya, dia memang kenal perempuan ni! Rasa-rasanya, dia ni……
            “Mi…. Mira Faraheena?” teka Syed Adrian cukup yakin.
            Lantas Mira mengangguk lalu tersenyum manis saat memandang ke arah lelaki yang masih kelihatan kacak bergaya itu. Macam tak percaya lah pula yang dia boleh terserempak dengan Syed Adrian secara kebetulan di sini setelah bertahun-tahun mereka tak bertemu.
            Namun, ada sesuatu yang sedikit mengganggu kotak fikirannya buat masa ni. Kedatangan Syed Adrian ke sini bukanlah berseorangan tetapi berteman… Kelibat seorang gadis yang ayu bertudung di sebelah lelaki itu membuatkan hati wanitanya berasa resah dan gelisah. Sungguh dia tertanya, siapa sebenarnya perempuan yang berdiri tegak di sebelah Syed Adrian tu? Itu ke dia pengganti arwah Emilin? Mira penasaran.

BAB 15
DOKUMEN-DOKUMEN yang berselerak di atas meja kerjanya hanya dibiarkan begitu saja. Bila dipandang sekilas, memang sakit mata yang melihat. Kalau dah bersepah sana, bersepah sini, mata siapa aje yang tak sakit? Orang buta yang baru pulih pun boleh buta balik lah bila tengok meja kerja dia yang langsung tak ada rupa meja tu. Fuh, dahsyat… dahsyat…
            Amanda termenung sendiri. Entah kenapa fikiran dia asyik melayang ke London aje sejak dua menjak ni, sehinggakan keinginan dia untuk bekerja terus lenyap! Tergendala semua kerja gara-gara masalah yang menyesakkan fikirannya.
Kahwin… ya, kahwin… tinggal dua hari je lagi dia bakal berkahwin dengan Syed Adrian, lelaki yang tak pernah mendapat tempat di hatinya selama ni. Dan tinggal dua hari je lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya yang gila enjoyable ni. Erm, sedih memang sedih. Tapi nak buat macam mana? Dah ini nasib dia. Terima aje lah seadanya…
Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Rasa-rasanya, dah berpuluh-puluh kot kali dia asyik mengeluh aje sejak dua menjak ni. Hmm normal lah tu. Siapa je yang tak mengeluh bila ditimpa malapetaka seteruk ni? Yalah… kena kahwin dengan half-human half-hantu raya! Bukan malapetaka ke tu?
You’re so lucky to have him, ms Amanda. If I’m you, I will be the happiest person in the world!
Kata-kata yang dilemparkan oleh Mira Faraheena, gadis yang dia temui kelmarin tiba-tiba saja terlintas di benaknya. Beruntung ke aku sebab dapat kahwin dengan Syed Adrian? Huh, pastilah tidak! Rasa macam malang tak berbau pun ada. Hmm siapa aje nak kan suami yang berperangai buruk macam tu? Haih, kalau tanya monyet ‘Monyet, awak nak tak suami macam Adrian tu?’ dia pun kata tak nak lah!
“Tok! Tok! Tok!”
Tiba-tiba saja kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar. Amanda sedikit tersentak. Terus saja lamunannya mati di pertengahan jalan. Erghh… siapa pula yang dok main ketuk-ketuk pintu ni? Tak tahu nak beri salam dulu ke apa?
He he he… Maaf kerana mengganggu, doktor. Ada seorang makhluk kacak melampau nak berjumpa dengan doktor lah…” ucap misi Ain.
Amanda yang mendengar sudah pun menjongketkan keningnya. Makhluk kacak melampau? Err apa benda yang Ain dok merepek meraban ni? Ada makhluk alien yang kacak melampau nak berjumpa dengan aku ke? Hmm pelik aje bunyinya.
“Makhluk dari planet mana, Ain? Ermm suruh lah dia masuk.” balas Amanda bersahaja.
Err siapa ek gerangan makhluk tu rasa-rasanya? Kacak melampau… kacak melampau… Berkali-kali perkataan itu terhambur keluar dari mulutnya. Dan sedaya upaya dia cuba untuk mengingati makhluk yang kacak melampau yang pernah dia temui sebelum ni. Tiba-tiba, seseorang yang amat dia kenali tak sengaja terlintas di benaknya. Hmm, jangan-jangan…
Ketibaan Syed Adrian dengan wajah yang cukup selamba membuatkan dia hampir terlompat di situ juga. Tak semena-mena semua dokumen kerjanya habis berterabur di atas lantai gara-gara tertolak meja. Haaa! Memang dia dah agak dah! Inilah dia makhluk alien yang kononnya kacak melampau tu. Errr menjengkelkan betul! Kacak melampau ke kalau penampilannya dah serupa monyet bersubang ni? Haih, rabun… rabun…
“Kau ni selekeh lah! Cuba susun dokumen ni elok-elok sikit. Ini tidak! Bersepah sana, bersepah sini. Harap nama je doktor… tapi? Pengotor! Pemalas! Haih, kalau mummy nampak ni… dah lama kau kena reject jadi menantu dia agaknya!” bebel Syed Adrian tak henti-henti sambil memungut dokumen-dokumen yang berterabur di atas lantai.
Amanda hanya mendiamkan diri sambil menyiapkan kerjanya. Haih, naik bernanah telinga dia dok mendengar bebelan si hantu raya tu. Hmm harap muka je handsome bukan main… Tapi mulut? Serupa machine gun! Laju aje bila membebel. Memang sah ter-cross breeding mulut mummy dia ni!
“Haih… macam mana lah kau nak jadi isteri mithali kalau perangai kau berterusan macam ni? Ingat sikit cik Amanda oi… tinggal dua hari je lagi kau bakal menjadi isteri kepada jejaka idaman para wanita ni. Ubah perlakuan kau tu sikit. Aku tak nak perangai kau berterusan macam ni bila kita dah kahwin nanti! Alasan? Aku tak suka hidup sebumbung dengan manusia yang pengotor! Pemalas! Haaa macam kau lah tu.” tambah Syed Adrian lagi. Kali ni, bunyinya bukan saja sinis, malah pedas juga! Memang sakit bagi telinga yang mendengar.
Sungguh dia berasa tersentap dengan kata-kata Syed Adrian tu. Amboi, cantiknya mulut bila berbahasa… Biadab bukan main ya! Macam lah perangai aku sorang aje yang buruk… teruk… Err macam lah perangai dia tu lawa sangat! Elok sangat! Kalau nak nasihatkan orang sekalipun… cermin lah muka dulu bro! Ini tidak… mengkritik orang macam dia tu dah bagus sangat je! Errr dah lah perangai macam hantu… ada hati tu nak complain pasal perangai aku?! Huh… dasar hantu tak tahu malu!
“Kau nak apa datang ke sini? Kalau datang setakat nak sakitkan hati aku… baik tak payah! Aku sarankan kau balik je lah. Tak ada masa lah aku nak melayan kerenah kau yang langsung tak matang tu! Ada banyak lagi kerja yang perlu aku siapkan sekarang ni. So… dipersilakan keluar ya, Encik Adrian. Shuhh… shuhh…” halau Amanda tanpa melengah-lengahkan masa. Ermm gaya macam halau kucing pun ada
Syed Adrian masih tegak berdiri di situ. Langsung dia tak pedulikan kata-kata Amanda yang berbaur arahan tu. Hmm niat dia ke sini bukannya nak menganggu kerja Amanda yang kononnya berbundle-bundle tu tapi…
“Jom lunch?” ajak Syed Adrian ikhlas. Senyuman yang cukup manis sengaja dikuntumkan sehingga menampakkan sepasang lesung pipitnya.
Amanda yang memandang sudah pun tergamam. Huyoo! Lawanya dimples! Baru dia perasan yang mamat ni ada dimples rupa-rupanya. Hmm sebab tu dia nampak lain macam aje bila senyum… Waduh, terpaut hati yang melihat tahu!
Lu… lunch?” tergagap-gagap Amanda bertanya. Nervous tak tentu pasal!
Haiyaa, habis tu takkan dinner kot? Haih, apasal lah kau ni suka sangat bertanya soalan yang bangang?” balas Syed Adrian masih sinis.
Kata-kata lelaki itu hanya mampu ditelan perlahan-lahan. Haih, sabar aje lah. Bila berdepan dengan Syed Adrian a.k.a hantu raya ni, memang lah kena banyak bersabar! Hmm sesungguhnya, sabar itu separuh daripada iman…
“Lepas lunch, kita cari cincin.” tambahnya lagi sebelum mengambil langkah untuk beredar dari situ.
Amanda cuma mengeluh perlahan. Akur dengan perintah lelaki itu. Tanpa berlengah lagi, lantas tas tangannya diambil lalu mengejar langkah Syed Adrian yang sudah menapak jauh di depan.

USAI lunch di Starbucks, segera Syed Adrian mengangkut dirinya ke Pavilion pula. Alasan? Nak cari cincin kahwin katanya! Haih, nak tak nak kena lah dia menurut. Karang kalau membantah, ada pula yang kena siku sampai ke lutut agaknya!
            Suasana di Pavilion yang agak sesak dengan kehadiran para pengunjung yang tak tahu erti penat berjalan benar-benar membuatkan dia berasa rimas! Huh, rasa macam nak putus nafas pun ada. Mana taknya, keadaan para pengunjung yang asyik menghimpit antara satu sama lain menyebabkan dia berasa sukar untuk bernafas. Hmm kalau boleh, mahu saja dia menjerit dan menghalau setiap makhluk yang berada di situ sekiranya Pavilion ni bapak dia yang punya!
Syed Adrian perasan akan riak wajah Amanda yang nampak kurang senang dan tidak selesa. Mungkin kerana keadaan di situ yang kelihatan sesak dan hiruk pikuk dengan kunjungan para manusia. Tanpa berfikir panjang, lantas lengan kiri Amanda dipaut kemas lalu ditarik kuat.
Woi! Apahal ni main tarik-tarik lengan orang? Kau ingat lengan aku ni tali ke apa? Kalau putus lengan aku ni, macam mana? Sanggup kau nak bayar?” bebel Amanda cukup selamba tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang aneh ke arah mereka. Err apa pandang-pandang? Aku tahu lah mamat kat depan aku ni handsome bukan main. Kalau ya pun, tak payah lah nak pandang orang macam tu sekali!
“Kau boleh tolong diam tak?! Tak malu ke terpekik sana terpekik sini? Erghh… harap nama aje doktor! Tapi… adab? Langsung tak ada! Tulah…. Dulu masa cikgu ajar Sivik kat kelas, kau sibuk dok baca buku Biologi!” balas Syed Adrian sinis.
Kata-kata sinis itu hanya mampu ditelannya perlahan-lahan. Rasa pedih di anak tekak kian terasa. Sakit pula hati dia saat mendengar kata-kata Syed Adrian yang semakin hari semakin sinis tu. Sah! Mulut dia memang tak ada insurans! Ada ke patut kau kata aku ni tak beradab Syed Adrian oi? Habistu… macam lah kau tu beradab sangat? Bersivik sangat? Huh! Orang yang beradab… bersivik… tak berperangai hantu lah weh!
“Kau fikir kau tu beradab sangat lah ya? Ehem! Dengar baik-baik Encik Adrian… orang yang beradab tak akan berani memaut lengan anak dara orang kat tengah-tengah mall macam ni! Jadi, cuba Encik Adrian renung-renungkan semula… Adakah Encik Adrian ni dah cukup beradab… ataupun… masih biadab?” Amanda mula menekan peluru. Huh! Amekaw! Puas hatinya bila dapat membalas kutukan lelaki itu.
Syed Adrian mula mendengus kasar. Geram dengan sikap Amanda yang makin hari makin berani melawan percakapannya! Wah… dah pandai melawan ya, doktor? Makin dekat tarikh perkahwinan kita, makin berani kau melawan cakap aku kan? Bagus! Belum pegang title ‘isteri’, perangai dah macam ni. Apatah lagi bila dah jadi isteri? Huh… jangan menambah dosa aku sudahlah!
            “Kau nampak tak kedai emas Poh Kong tu? Karang kalau aku sumbat mulut kau dengan emas… baru kau tahu!” balas Syed Adrian sambil menundingkan jari runcingnya ke arah Poh Kong Gallery yang disebutnya sebentar tadi.
            Amanda hanya mencebik. Dia dah faham dah dengan taktik kotor mamat ni bila hampir nak kalah ketika berdebat! Huh… mula lah tu nak ubah topik. Dah masak rasanya dengan perangai Syed Adrian yang langsung tak berubah-ubah ni.
            “Jom masuk……” ajak Syed Adrian setelah berminit-minit dia dok menilik kedai emas Poh Kong itu dari luar.
            “Hish, apasal dengan kau ni? Jangan nak buat kerja gila boleh tak?” Amanda mula menolak ajakan lelaki itu seraya melepaskan pautan Syed Adrian pada lengannya.
            “Kau ni dah kenapa? Ingat aku serius ke nak sumbat mulut kau yang celopar tu dengan emas? Err membazir duit mak bapak aku je lah! Daripada aku dok sumbat mulut kau tu dengan emas, lebih baik aku sumbat aje dengan ikan emas! Biar mati keracunan terus! Haaa then, duit safe, aku pun safe! Yalah… tak payah nak kahwin dengan makhluk nerd macam kau ni!” ucap Syed Adrian makin sinis.
            Amanda cuma tertunduk memandang lantai. Entah apa yang menarik lagi menawan pada lantai itu pun dia sendiri tak tahu. Apa yang pasti, hatinya benar-benar terguris akan kata-kata pedas yang terhambur keluar daripada mulut Syed Adrian sebentar tadi. Erm, hina sangat ke aku ni? Sampai macam tu sekali dia bencikan aku, sehinggakan dia sanggup mendoakan kematian aku? Hmm jahat sangat ke aku ni?
            Raut wajah Amanda yang nampak terkilan membuatkan Syed Adrian rasa serba salah. Kasar sangat ke kata-kata dia tadi? Aduhai, tak tentu pasal minah ni terkecil hati… Adrian!!! Apa yang kau dah buat ni?
            “Hmm aku gurau je lah. Aku tak bermaksud pun nak mendoakan kematian kau… Lagipun, aku dah redha… Aku tak keberatan pun nak jadi suami kau. Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Syed Adrian mula memujuk lembut lalu spontan saja dia menolak dagu Amanda ke atas agar memandang ke arahnya.
            Amanda makin beku di situ. Tindakan refleks Syed Adrian yang cukup spontan itu membuatkan hatinya berasa tak keruan. Huarghhh… apahal dengan dia ni dok touching dagu anak dara orang? Tak takut dosa ke apa? Huh, ini kalau ustazah aku nampak ni… confirm dah kena ceramah habis-habisan!
Ops, sorry… Terlupa pula! Hmm apa? Oh ya…. bukan muhrim! Okey whatever. Haish, jom lah masuk! Kita kan nak cari cincin tadi…. Dah lupa ke?” tambahnya lagi. Sekali lagi dia menarik lengan Amanda untuk masuk ke dalam kedai emas tersebut.
Amanda yang memandang dah makin naik bahang. Huh… konon terlupa yang aku ni bukan muhrim dia! Habistu, yang dia dok paut lengan aku lagi ni apahal? Erghhh, sorry naik lori lah weh! Pergi masak lori buat kari sana!
Dengusan yang cukup kasar dilepaskan. Hmm mati-matian dia ingat yang Syed Adrian ni dah insaf… dah bertaubat… tapi… perangainya masih sepesen hantu rupa-rupanya!

SETELAH hampir sejam mereka berdebat di situ, akhirnya mereka memutuskan untuk memilih cincin berbatu diamond sebagai cincin perkahwinan mereka. Amanda menarik nafas lega. Syukur alhamdullilah… berakhir juga pertengkaran yang berlaku di antara mereka sebentar tadi. Huh… nasib baik dia mengalah! Kalau tak… sampai ke esok pagi agaknya pertengkaran tu bakal berterusan. Err tak sanggup!
            Syed Adrian tersenyum girang akan kemenangan yang dia peroleh. Yeay! Berjaya juga dia mempertahankan batu diamond sebagai simbol cincin perkahwinan mereka. Lagipun, memang batu diamond aje yang cantik dan menarik jika nak dibandingkan dengan batu pearl pilihan Amanda yang nampak ketinggalan zaman tu. Ermm harap muka je cantik… tapi…. citarasa? Hancur!
            “Dekat sini ada Baskin Robbins tak? Aku mengidam nak makan ais krim lah…” soal Amanda sambil mengusap perutnya yang tiba-tiba saja mengidam tak tentu pasal. Haih, macam pregnant mother lah pula!
            Syed Adrian menjongketkan keningnya yang agak lebat. Hairan pula dia mendengar luahan hati si Amanda tu. Aik, mengidam? Apasal pelik aje bunyinya? Err bunting ke apa minah ni?
Hoi, Adrian! Mulut kau tu jangan nak celopar sangat boleh tak? Karang kalau masin… macam mana? Kau juga yang susah kan! Tak tentu pasal kau kena jadi pak sanggup. Haish, amit-amit… mohon dijauhkan lah!
            “Hish, kau ni…. mengidam macam ibu mengandung pulak! Dekat sini mana ada Baskin Robbins… Kindori Ice Cream ada lah! Haaa… stall yang warna merah tu.” balas Syed Adrian sambil menundingkan jarinya ke arah gerai ais krim Jepun itu.
            Dahi Amanda mula berkerut. Matanya asyik melilau mencari gerai ais krim yang dikatakan oleh Syed Adrian sebentar tadi. Ooo…. Kindori Ice Cream. Aik, kenapa pelik aje nama gerai dia? Macam nama orang Jepun pun ada… Hmm ais krim dia pun nampak pelik aje warnanya. Tapi…. ramai pengunjung yang sedang beratur nak dapatkan ais krim yang aneh lagi ajaib tu. Err apa yang ajaib?
            “Tunggu apa lagi? Jom lah!” ajak Syed Adrian. Tanpa melengah-lengahkan masa, lantas lengan gadis itu ditarik lalu mula mengambil langkah untuk beratur di situ.
            Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Nak tak nak, terpaksalah dia menurut langkah Syed Adrian yang sedang enak memaut lengannya itu. Err sikit-sikit paut lengan orang! Sikit-sikit paut lengan orang! Sepanjang hari ni, rasa-rasanya dah lebih 2 kali mamat ni dok memaut lengannya. Hmm memang nak menempa maut agaknya!
            “Err lepas lah! Hmm gerai ais krim apa ni? Apasal pelik aje nama gerai dia? Hmm ais krim dia pun boleh tahan nampak pelik!” komen Amanda penasaran.
            “Kindori Ice Cream… apa yang pelik? Common aje bunyinya. Haaa… ni mesti kes tak pernah pergi gerai ni kan? Hmm that’s why kau rasa pelik. Err dasar kolot punya doktor!” kritik Syed Adrian tanpa berlapik.
            Amanda yang mendengar kritikan tersebut hanya mendiamkan diri. Alah, biasalah tu… Mamat ni memang suka mengkritik orang! Tabiat tu memang dah jadi separuh daripada kehidupan dia kot. Tak ada apa yang nak dihairankan…
            “Kau nak flavor apa?” soal Syed Adrian sewaktu sudah tiba gilirannya untuk memesan.
            “Takut lah nak try……” jawab Amanda ragu-ragu. Jujur, dia berasa takut pula nak mencuba sesuatu yang baru. Apatah lagi sesuatu yang nampak aneh dan pelik…
            Tanpa membuang masa, segera Syed Adrian memesan perisa dark chocolate. Haih, kalau nak menunggu minah lembab ni order… sampai tertumbuh janggut agaknya dia perlu beratur di situ! Huh… dasar lembab punya doktor! Lembab dalam berbagai-bagai bidang!
            “Nah, rasalah…..” pelawa Syed Adrian sambil menghalakan kon ais krim itu ke mulut Amanda. Liur diteguk sedikit demi sedikit. Hmm nampak macam sedap lah pula bila zoom in depan mata. Memang membuka selera apatah lagi perutnya sedang terpekik terlolong menyanyikan lagu rock kapak daripada kumpulan Kristal. Haih, halal ke ni?
            “Halal. Don’t worry……” tambah Syed Adrian lagi, seolah-olah dia mengerti tentang apa yang sedang bermain di benak gadis itu.
            Aik, macam mana dia boleh baca fikiran aku yang sedang meragui kehalalan ais krim jepun yang nampak lazat lagi enak ni? Dia ni vampire macam Edward Cullen ke apa? Ermm tapi…. mana ada vampire yang bermata biru laut! Dan… mana ada vampire yang nampak comel bila makan ais krim! Eh, ais krim?
            “Woi! Apasal kau kebas ais krim aku?! Penat aku tunggu kau beratur nak beli ais krim ni tau!” marah Amanda geram.
            Terkekek-kekek Syed Adrian melepaskan tawanya sehingga menyebabkan perlakuannya menjadi perhatian orang ramai yang lalu-lalang di situ. Sungguh hatinya berasa senang dan gembira saat berjaya mengenakan doktor lembab ya amat itu. Muka Amanda yang nampak kemerah-merahan akibat menahan marah membuatkan tawanya semakin pecah hingga mencapai tahap di luar kawalan.
            “Tak lawak, okey. Enough, stop laughing! Sekarang ni, aku nak kita berbincang pasal sambungan masa depan kita bila kita dah kahwin nanti.” Ucap Amanda serius.
Ya… dia perlu berbincang dengan Syed Adrian mengenai masa depan mereka setelah selesai bernikah nanti. Hmm hal ini mana boleh dibuat main apatah lagi tinggal dua hari je lagi perkahwinan mereka bakal menjelang. Nampaknya, masa dah semakin suntuk!
I don’t feel like to discuss about that things at this moment… But I promise, we’ll discuss about it after our wedding day. So… how?” balas Syed Adrian tenang.
Amanda hanya mengangguk tanda mengerti. Hmm biarlah perbincangan itu ditangguhkan seketika buat sementara waktu. Lagipun, fikirannya dah cukup sesak nak memikirkan satu persatu masalah yang muncul.
Haih, tinggal 48 jam je lagi dia bakal menamatkan zaman bujangnya. Dan tinggal 48 jam je lagi dia bakal menjadi isteri kepada Syed Adrian Michael secara rasmi.
Huh… rasa macam tak percaya pun ada! Rupa-rupanya, inilah dia pengakhiran jalan cerita zaman bujangnya. Dan apa yang paling menggemparkan, inilah dia bakal suaminya yang bakal memimpinnya ke jalan syurga suatu hari nanti. Inshallah… Semoga Allah memudahkan segala urusannya untuk mengubah diri Syed Adrian sedikit demi sedikit dalam masa yang sama.... Amin!

29 comments:

  1. adrian was goddamn sexy u know

    ReplyDelete
  2. Akak.. Sy ingatkan taklrh comment.. Ngeee.. Daa lama sy tunggu n3 ni.. Huhuhu.. Thanks akak :) kalau novel ni kuar.. Akak inform kat sy eh :D sy nk beli.. Daa lama tak jumpa novel yg kena ngan citarasa saya.. Cter ni best . :) - alin

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru ada comment box act hehe. oh yeke, thanks sebab menunggu :-) inshallah novel ni kuar tahun depan. pape hal nanti akak inform ya. hm sebenarnya, cite ni macam cite budak2 tau hahaha takpe sesuai dengan umur

      Delete
  3. I like this novel. Always waiting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you, dear. sorry sebab terpaksa lama menunggu :-)

      Delete
  4. tak sabar nak tunggu depa kahwin!!!

    ReplyDelete
  5. x sabar nak tunggu sambungannya dan nak beli skali... agak2 bila nak dinovelkan.....

    ReplyDelete
  6. very satisfied & really cant wait for the next n3. good job! update cepat sikit na

    ReplyDelete
  7. What have you done to your own daughter? Please check your grammar first .jgn ambil hati ye dik . untuk kebaikan bersama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh of course tak. saya lebih suka ditegur. terima kasih sebab betulkan ;-)

      Delete
  8. insyallah next week // next two weeks hehe

    ReplyDelete
  9. novel ni dh kuar or blom?

    ReplyDelete
  10. Sis !! Best lahh cite ni. Novel dah jual ke blum. X sabar nak beli. Hehek :D

    ReplyDelete
  11. Sis. best lah cite ni. lawak pon ade. hihi. bile nak kluar novel ni?

    ReplyDelete
  12. Asha... Novel dh kuar blom?? Akak nk bli nii.. Tak sbar nk bca !

    ReplyDelete
  13. Salam..mohon betulkan satu perkataan ni ye kat Bab12, "nauzubillah minzalik" bukan "nauzubillah missalik" :)
    Byk sngt adegan berulang Adrian pegang lengn Amanda n Amanda xpuas hati then gaduh.. Kurangkan adegan sama ye.. :) Bnyk kali baca adegan berulang dlm satu bab jd trgnggu sikit feel tu.. Jgn marah ye awk.. :) overall, novel ni best.. Keep it up.. ;)

    ReplyDelete
  14. Follow my blog..
    elhauramalaeka.blogspot. com

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.