Saturday, January 18, 2014

I Heart You, Doctor! 18,19


BAB 18
PERLAHAN-LAHAN mata redupnya dibuka. Rasa pening ya amat di kepala masih terasa. Dia seakan-akan terlupa tentang apa yang terjadi sebentar tadi. Apabila melihat keberadaannya di sebuah bilik, Amanda makin tak keruan. Kat bilik siapa pulak aku dok bertapa ni? Takkan ni bilik…
            “Oh my fucking god! You’re already wake up!” jerit satu suara yang begitu asing baginya.
            Kelibat seorang gadis yang tampak jelita lagi menawan semakin menghampirinya. Rasa-rasanya, dia macam pernah jumpa aje dengan minah salleh ni. Tapi, kat mana ya?
            “Hello, I’m Jessica Hogan. Adrian’s current girlfriend…” Jessica mula memperkenalkan dirinya tanpa segan silu.
            Amanda yang mendengar pengakuan berani mati daripada minah mata dark green itu sudah pun terkedu sendiri. Ya Allah… sungguh dia tak percaya! Ini ke dia makwe suami aku? Subhanallah, cantiknya…. Apasal lah si Adrian tu tak kahwin dengan minah ni aje? Kan sepadan tu! Yalah… sama-sama cantik, sama-sama handsome…. Haih, terasa diri ni kerdil lah pulak!
            “But, since you’re being his wife…. We have been broke up.” terang Jessica ingin mengelakkan salah sangka.
            Nafas yang cukup lega ditarik. Huh… nasib baik pasangan Romeo and Juliet ni dah putus. Kalau tak… tak tentu pasal aku kena bermadu dengan minah salleh! Hmm jatuh saham aku nanti kalau kena dimadukan dengan perempuan secantik ni….
            “Amanda, I love him so much like something that I can’t describe. But he loves you and he chooses you. I feel ashamed to say this… but honestly, you’re so lucky to have him. Congratulations, you won his heart.” ucap Jessica tenang. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum meneruskan kata-kata.
            “Can you promise me something, Amanda?” soal Jessica inginkan kepastian.
            “If God will it, what’s that?” Amanda mula bersuara setelah sekian lama diam membisu.
            “Take care of Adrian for me? Please… I’m begging to you. Please give him the biggest happiness that I couldn’t give to him before… He faced lots of shits in his past and I hope…. You won’t hurt him like someone else did… Promise me?” berjela-jela Jessica meluahkan keinginannya.
            “If God will it….
Itu saja lah yang mampu dibalasnya. Alasan? Sebab dia yakin yang dia takkan mampu untuk bahagiakan suaminya sendiri. Entah berapa lama perkahwinan yang baru terjalin ni bakal bertahan…. Dia sendiri pun tak pasti.
Alright, that’s all. Thanks for helping me. May you’ll be blessed. Oh before that, happy wedding day! Hope your marriage will be last longer till the last breath. Excuse me, I’ve to go now. Bye, Amanda…” ucap Jessica buat kali terakhir.
Dia sudah tak betah untuk berada di situ. Takut sekiranya dia ternangis di depan isteri Adrian sendiri. Lantas tubuh Amanda yang tampak kaku itu dipeluk mesra sebelum mengambil langkah untuk beredar.

SYED ADRIAN tampak makin gelisah lagi resah. Ketibaan Jessica di Malaysia dan kemunculan gadis itu di majlis perkahwinannya membuatkan jiwanya berasa tak tenteram! Tak aman! Rasa macam nak hantuk kepala ni kat dinding pun ada!
            Kelibat Jessica yang sedang menuruni anak tangga membuatkan dia hampir putus nafas. Dia takut sekiranya Jessica patah hati gara-gara perlakuannya sendiri. Hmm mana taknya, gadis Eropah itu nampak ikhlas dan tulus cintakan dia sepenuh hatinya. Tapi dia? Err entah lah. Nak kata yang dia ni cintakan minah tu, memang tak lah kan. Nak kata sayang? Ya, dia memang sayangkan Jessica. Mungkin hanya sebagai seorang teman tapi mesra.
            “Your wife has already woke up. Don’t you want to see her?” soal Jessica ikhlas.
            “Later.” balas Syed Adrian pendek.
            Riak wajah Jessica yang nampak sembam menjadi tatapan. Entah kenapa jiwanya diselubungi rasa bersalah ya amat. Ya tuhan, berdosa ke aku kerana melukakan hati seorang perempuan yang ikhlas cintakan aku?
            “Jess…… I’m….
            “No… I don’t want to hear anything from you. I know, everything has been broken into pieces. But, never mind. I’m fine with that…” ucap Jessica perlahan.
            Syed Adrian meraup wajahnya agak kasar. Sungguh dia berasa kesal akan kesilapannya selama ni. Kalaulah dia jujur pada Jessica dulu…. Mungkin gadis ni takkan terluka berderai-derai gara-gara dirinya.
            “Please, Jess. Don’t act like you’re fine and tough enough when you aren’t…. I know, you’re crying inside, right? So please, don’t hide it!” suara Syed Adrian mula meninggi.
            “Yes! I’m not strong enough! And yes! I’m weak… and I’m crying inside. And do you know why? These are all because of you! I love you like a hell, Adrian. But you never try to appreciate it at all! You treat me like I’m nothing while at the same time, I treat you like you’re everything I’ve ever got in my life!!!” balas Jessica pada kadar watt yang cukup tinggi.
            “Oh really? Then, prove it.
            Sederas itu juga penampar yang cukup memukau dihadiahkan buat Syed Adrian. Syed Adrian terkaku seketika. Pipi kanannya yang sudah merah menyala diraba perlahan. Fuhlamak! Sakit siot. Marah benor ke minah ni kat aku?
            “The proof is you’re already married on last morning. You disappoint me, Adrian. But, it’s okay. As I said before, we aren’t destinied to be partners and the world aren’t ours.Volume suaranya mula diperlahankan.
            “Oh yeah, before I go, may I hug you for the last time?” pinta Jessica.
            Tanpa diberi keizinan, lantas tubuh sasa itu didakap erat. Syed Adrian tergamam untuk kali yang ke entah berapa. Perlakuan spontan daripada Jessica itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Haih, ini kalau Amanda nampak ni…. rasa-rasanya, dia jealous tak ya?
            “Okay thanks. Do send my regard to your wife. Bye….
Lantas Jessica mencubit pipi Syed Adrian seperti yang sering dilakukannya sebelum ni lalu segera dia mengambil langkah untuk beredar dari vila mewah itu.

ADEGAN mesra tapi sengit di antara Romeo dan Juliet sebentar tadi benar-benar menghiburkan hatinya. Erm jujur dia katakan, dalam banyak-banyak pasangan kat dunia ni, pasangan Romeo Adrian dan Juliet Jessica lah satu-satunya pasangan the sweetest yang pernah dia nampak!
            Mana taknya, bila bergaduh main tampar-menampar… bila nak berbaik main peluk-memeluk… bila nak berpisah main cubit-cubitan di pipi pulak tu! Huh… comel aje couple tu! Dah lah si Romeo tu terlebih handsome… si Juliet pula terlebih cun… bagai pinang dibelah dua gitu!
            Tapi… sayangnya, Romeo dan Juliet tu akhirnya terpaksa berpisah gara-gara si Romeo Adrian tu dok gatal berkahwin dengan Maid Amanda. Hu hu hu, rasa macam hina lah pulak. Yalah…. kalau nak dibandingkan diri dia ni dengan si Jessica tu, memang sama persis dengan langit dan bumi lah kan! Sorang beautiful, sorang lagi beast… Huh, buta betul Romeo Adrian tu!
            “Kau dah okey ke? Kalau dah, aku nak kita discuss pasal masa depan kita…” putus Syed Adrian cukup tenang.
            Amanda yang terbaring sebentar tadi sudah pun duduk bersila di atas katil. Yahhh, inilah detik yang dia nanti-nantikan selama ni. Detik di mana dia bakal berbincang dengan Syed Adrian soal masa depan mereka. Erm, masa depan? Apasal pelik aje bunyinya? Gaya macam dia ni bakal berkongsi hidup dengan Adrian sehidup semati aje. Err bukan memang ‘ya’ ke?
            “Alright, here we go! First of all, kita kena sentuh bab bahasa dulu…” Syed Adrian mula berbicara.
            “Aik, apahal nak sentuh bab bahasa pulak? Benda tu tak penting lah Adrian…” balas Amanda tak puas hati.
            “Bahasa jiwa bangsa. See, benda tu penting. Okay starting from now, aku nak kau tukar kata ganti nama dulu. Kau-aku to saya-awak, boleh?”
            Amanda hanya mendiamkan diri. Dia tak pasti sama ada boleh ke tak. Rasa-rasanya macam boleh… dan rasa-rasanya macam tak… So, macam mana tu?
            “Boleh ke tak??!!” suara Syed Adrian makin meninggi. Dia memang pantang bila pertanyaannya cuma dibiarkan sepi tanpa respon. Dia ingat aku ni tunggul kacak ke apa?
            “Bo… boleh!!!” tergagap-gagap Amanda menjawab gara-gara tersentak punya pasal! Haih mamat ni…. Apasal garang semacam aje sejak dah jadi laki aku ni?
            “Okay good. Tapi…. cuma kau je yang tukar. Aku tak nak tukar. Full stop.
            Kata-kata lelaki itu membuatkan seluruh organ di badannya berasap seketika. Hmm inilah dia, Syed Adrian Michael. Tak habis-habis lagi dengan ego dia! Errr ingatkan bila dah kahwin dengan aku pagi tadi, ego dia tu bakal lenyap macam angin lalu aje! Rupa-rupanya… huh! Punah harapan! Tak guna lah bagi harapan kat dia ni! Punah segala punah!!!
            “Kau fikir kalau kau tak tukar… aku akan tukar? Huh! No way! Kau ego… aku pun ego, Adrian. Full stop.” Amanda mula menyerang.
            Syed Adrian mengetap giginya agak kasar. Geram! Kata-kata Amanda itu seolah-olah mencabar keegoannya sebagai seorang lelaki! Ini tak boleh jadi ni… Minah ni kalau dibiarkan degilnya, memang makin biadab lah jawabnya!
            “Baik kau dengar cakap aku, kalau tak….”
            “Kalau tak, apa? Kau nak ceraikan aku? Ceraikan lah! Sia-sia aje kau ikat aku macam ni. Habuk pun kau takkan dapat lah weh!” suara Amanda mula meninggi.
Huh… makin banyak dosa baru yang dia dapat hari ni! Hmm lantak lah. Lagipun, dia memang tak serasi dengan Syed Adrian selama ni. Buat menambah dosa aje boleh lah!
“Kalau tak…. neraka jahanam lah jawabnya.” Kata-kata Syed Adrian yang cukup serius itu membuatkan Amanda terdiam seribu bahasa. Dalam masa yang sama, lidah dia menjadi kelu juga.
“Mana boleh guna kuasa veto!” Amanda tetap nak membangkang.
“Veto tak veto. Pilih, neraka atau tukar bahasa. Choose!” Syed Adrian pula tetap dengan pendiriannya.
Berasak-asak otaknya memikirkan keputusan yang bakal diambil. Hmm nak masuk neraka ke nak tukar bahasa? Eh, soalan bangang ke apa ni? Siapa aje yang rela nak masuk neraka, ‘puan’ Amanda oi. Orang jahat pun tak nak masuk neraka lah!
“Okey! Okey! Aku tukar bahasa! Puas?” putus Amanda akhirnya.
Pardon? Aku terdengar kau guna…. ‘kau-aku’ tadi. Hmm repeat!” arah Syed Adrian ala-ala big boss.
Amanda mengeluh kecil. Sakit di hati sekarang ni… hanya tuhan saja yang tahu. Tapi…. tak apa lah. Dugaan perkahwinan… Eh, macam ni ke dugaan perkahwinan?
“Okey! Okey! Saya tukar bahasa!” akhirnya, dia mengalah.
Alright, good girl! Hmm kau tak nak tidur ke? Dah pukul 1 dah ni…” sengaja Syed Adrian mengubah topik. Nampaknya, topik bahasa bukanlah topik yang menarik… Tapi, kesannya sangat menarik!
“Sa… saya nak buka presents ni kejap. A… awak tidur lah dulu.” Balas Amanda tergagap-gagap.
Huh… kan dia dah kata dah! Dia memang tak biasa lah nak berlembut dengan orang yang biadab macam laki dia ni. Yalah… bak kata orang, seseorang yang berada di sekeliling kita bakal mempengaruhi diri kita. So, kalau dia tu biadab, kita ni pun ikut biadab lah kan!
“Alah… presents tu bukannya best sangat pun. King bed ni lagi best! Empuk!” Syed Adrian sengaja nak menyakat.
Amanda yang mendengar kata-kata sinis Syed Adrian tu dah mula naik meremang. Haiyaa, apasal dia susun ayat macam tu? Menakutkan betul lah! Huh… relaks Manda, relaks. Adrian tu saja je nak test iman kau! Tak apa, Manda… Tak apa. Kalau dia cuba nak buat sesuatu kat kau, kau karate aje badan dia yang ala-ala Cristiano Ronaldo tu sampai patah! Okey, simple… tapi trouble!
“Eh, siapa kata presents ni tak best? Best lah! Ada perfume…. handbag…. heels… hah, clutch pun ada tau! Whoaa… dah lama saya tak beli clutch! That’s why saya excited semacam aje ni.” Amanda masih cuba untuk mengelak.
Hmm aku baru belikan clutch as hantaran kau hari tu kan? Alah Manda… tak payah nak malu-malu kucing lah. Malu tapi mahu kan? Meh lah… tidur sebelah abang ni! Abang takutlah nak tidur sorang-sorang….” Syed Adrian dah mula bangun dari pembaringan. Segera dia mendekati Amanda lalu menarik lengan gadis itu untuk naik ke atas katil.
Stop!!! Saya tak nak tidur kat atas katil lah…. Please lah faham keinginan saya. Saya ni perempuan dan saya tak nak diapa-apakan!” suara Amanda mula menaik.
“Aku nak kau tidur kat atas katil lah…. Please lah faham keinginan aku. Aku ni lelaki dan aku tak ada selera nak apa-apakan kau!” suara Syed Adrian pula mula meninggi.
Copycat!!!
Shy-shy cat!!!
Amanda mula naik bengang. Muak rasanya dia nak melayan perangai hantu raya yang dok pegang title suami ‘orang malang’ ni!
“Adrian!!!!!”
“Amanda!!!!!”
“Okey, stop. Saya tak nak tidur!”
“Kalau kau tak nak tidur, aku pun tak nak tidur! So, pilih. Kau nak tidur ke atau kau nak aku buat bising tengah-tengah malam macam ni?” Syed Adrian mula memberikan pilihan jawapan.
“Tak nak pilih!”
“Baik kau pilih. Kalau tak….”
“Kalau tak apa?”
“Kalau tak…. neraka jahanam lah jawabnya.”
Ugutan kedua daripada Syed Adrian itu membuatkan dia bertambah muak… menyampah… Huh! Amboi, dah pandai ya main kuasa veto?
“Okey! Okey! Saya tidur.”
Syed Adrian tersenyum lucu. Seronok lah pula bila dapat kenakan doktor lembab ni. Eh lupa, dah tukar title! Biniku yang lembab….
Tindakan Amanda yang mengheret bantal ke sofa itu menjadi perhatiannya. Ish… ish… ish… tak faham betul aku dengan perangai minah ni… Orang dah bagi tidur kat atas katil, nak juga tu dia tidur kat atas sofa! Tak reti nak bersyukur agaknya! Tak semua suami izinkan isteri ‘palsu’ diorang tidur kat atas katil tau….
Woi! Apahal degil sangat ni? Aku cakap kat atas katil, kat atas katil lah! Cepatlah tidur! Aku nak tutup lampu ni!” Syed Adrian mula berangin.
            Amanda cuma menurut tanpa membalas sepatah kata. Tak apa, Manda… Tak apa. Taat pada perintah suami tu tiket free ke syurga! Walaupun suami tu kita tak cinta…. cewah!


BAB 19
AZAN subuh yang berkumandang di pagi hari membuatkan dia terjaga daripada tidur. Serentak itu juga, pandangannya dialihkan pada Syed Adrian yang sedang nyenyak lena dibuai mimpi. Hmm kesian laki aku ni. Ni mesti kes terlalu penat sebab melayan kerenah aku semalam…
            Amanda mengeluh kecil. Wajah Syed Adrian yang nampak letih itu ditatap seketika. Rambut hazel Syed Adrian yang masih terpacak itu dibelai dengan selamba. Aduhai, comelnya muka mamat ni bila tidur. Hmm nampak macam baby omputih tengah tidur pun ada. Cute tahap infiniti tahu? Nak-nak bila dia tersenyum masa tidur…
Err kau ni dah kenapa Manda? Orang tua bangka macam ni pun kau boleh samakan dengan baby ke? Euww rasa macam nak muntah lah pulak.
“Adrian, bangun…. Dah subuh dah ni….” kejut Amanda sambil menggoncang tubuh tegap suaminya.
Tindakan Syed Adrian yang hanya buat bodoh membuatkan hatinya berasa sedikit panas. Haih, tak sedar ke mamat ni? Tidur mati ke apa?
“Adrian… bangun! Dah subuh dah ni…. jom solat!” ajak Amanda masih dalam keadaan yang sama. Kali ni, tubuh Syed Adrian digoncang dengan sepenuh hati. Namun… punah harapan! Mamat ni langsung tak sedar. Sah! Tidur mati!
“Adrian! I said, bangun!!!! Solat!!!!!” jerit Amanda sekuat hati sehingga menyebabkan Syed Adrian terbangun dari pembaringannya.
“Apa ni weh? Memekak sana memekak sini! Tak nampak ke aku tengah penat ni? Kacau betul lah… Dah! Tepi! Aku nak tidur!” marah Syed Adrian cukup lantang.
Amanda mula naik darah. Perlakuan Syed Adrian yang menyambung tidurnya semula membuatkan darahnya mendidih pada takat heating! Oh, jadi macam ni lah rupa-rupanya perangai mamat ni bila waktu Subuh? Ish… ish… ish… Malanglah nasib aku setiap pagi kalau perangai dia berterusan macam ni!
“Adrian… bangun. Awak dah janji nak jadi imam saya kan? So, bangun lah! Takkan awak nak biarkan saya solat sorang-sorang?” Amanda mula memujuk lembut.
Yalah…. bila nak pujuk manusia yang biadab dan keras hati macam Syed Adrian ni, kenalah berlemah lembut… sopan santun…. Dan apa yang paling penting, iman tu kena kuat! Kena banyakkan bersabar!
“Aku tak nak solat. Aku mengantuk... Aku penat...” Syed Adrian mula bersuara lemah. Saja nak meraih simpati ke apa? Hish, Adrian… Adrian…
Amanda hanya tersenyum kelat. Perlahan-lahan dia mendekati Syed Adrian yang sedang meniarap di sebelahnya. Rambut Syed Adrian diusap lembut dengan cukup spontan sehingga menyebabkan Syed Adrian sedikit tersentak. Err minah ni dah kenapa?
“Adrian, cuba awak bayangkan kalau Allah tarik nyawa awak sewaktu awak tengah tidur macam ni. Awak tak takut ke? Yalah…. dah lah awak tu belum solat. Lepastu, isteri awak ni pulak teringin sangat nak solat dengan awak… Hmm kalau awak mati, siapa nak jadi imam saya, Adrian?” pujuk Amanda cukup sayu dan lembut. Dia yakin, taktik dia kali ni bakal berhasil!
Kata-kata Amanda itu membuatkan hati lelakinya tersentuh. Entah kenapa dia berasa sayu tiba-tiba. Sejurus itu juga, mata biru lautnya terbuka luas. Tanpa berlengah, lantas Syed Adrian bangun dari pembaringan lalu segera menuju ke bilik air untuk berwudhuk.
Amanda mula bersorak dalam hati. Sungguh dia berasa gembira dan senang hati akan kejayaannya! Eleh… bukan susah mana pun nak pujuk manusia berhati atos macam Syed Adrian tu. Guna aje ayat yang sayu-sayu… sedih-sedih… confirm hati dia yang macam batu tu terus bertukar jadi ais krim!
Nafas lega ditarik. Alhamdullilah, dapat juga dia mengubah diri Syed Adrian sedikit demi sedikit. Tak apa, Amanda…. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit! Chaiyok!
PENUH bersemangat Amanda dok berlaga di dapur. Bunyi kuali… senduk… bercantum menjadi satu. Entah kenapa tiba-tiba saja dia jadi rajin pula untuk turun ke dapur. Yalah…. selama ni bila sebut perkataan ‘dapur’ aje, confirm dialah orang pertama yang bakal angkat tangan untuk mengundur diri.
            Puan Sri Sharifah yang asyik memerhati perlakuan menantunya itu cuma menggelengkan kepala. Pelik pula dia melihat kerajinan Amanda di pagi hari. Selalunya, bila pagi-pagi macam ni, budak tu lah yang paling liat nak menolong di dapur. Tapi hari ni…. apa kes?
            “Sella, abang Rian dah turun ke belum?” soal Amanda dengan wajah yang penuh mengharap.
            Tindakan Rosella yang menggelengkan kepala membuatkan dia tertunduk kecewa. Entah kenapa semangat dia terus pudar untuk meneruskan kerja. Haih…. Buat penat aje aku turun ke dapur pagi-pagi buta! Tapi…. dia belum bangun rupa-rupanya? Sadis betul!
            Terpandangkan wajah Amanda yang tiba-tiba saja bertukar muram membuatkan Puan Sri Sharifah tergelak kecil. Begitu juga dengan Rosella. Oh… tengah menanti kemunculan si suami rupa-rupanya?
            “Tunggu apa lagi? Pergilah kejut dia, Manda…. Buat penat aje kamu masakkan untuk dia. Karang kalau dia bangun lambat, tak sempat pula dia nak merasa air tangan kamu, ya tak?” Puan Sri Sharifah mula memberikan cadangan. Rosella hanya mengangguk tanda setuju.
            Amanda tersenyum hambar. Kata-kata si mummy langsung tak dibalas sepatah apa. Perlahan-lahan dia menyuap nasi goreng kampung buatannya ke dalam mulut sambil mendagu di atas meja. Hmm rasa macam terbantut selera lah pula. Membazir aje dia masak nasi ni banyak-banyak tau!
            “Good morning, sayang… Awal bangun?” ucap Syed Adrian yang baru saja menuruni anak tangga.
            Segera dia mendapatkan isterinya yang sedang asyik menguis nasi di pinggan. Lalu, ubun-ubun Amanda dicium lembut tanpa rasa janggal.
            Amanda terkedu buat seketika. Liur diteguk dengan rakusnya. Tindakan refleks daripada Syed Adrian itu membuatkan lamunannya mati di pertengahan jalan. Lantas saja kepalanya dipegang spontan. Huh…. rasa berangin aje kepala aku ni!
            Puan Sri Sharifah tersenyum bahagia melihat kemesraan yang terjalin antara pasangan pengantin baru itu. Alhamdullilah, bahagia juga anak-anak aku ni. Ingatkan bila dah kahwin, hubungan mereka bertambah sengit. Rupa-rupanya, bahagia tak ingat dunia!
Hmm pagi-pagi buta lagi dia dah masakkan untuk kamu… Nasib baik kamu bangun, Rian. Kalau tak… kelat aje muka si Manda tu.” usik Puan Sri Sharifah dari dapur.
Syed Adrian yang baru saja melabuhkan punggung di kerusi sudah pun tersengih memandang si isteri. Keningnya sengaja dijongket-jongketkan. Amanda cuma mencebik. Malas pula dia nak melayan usikan daripada Syed Adrian tu. Err yang mummy ni pun satu! Buat apa entah dok beritahu pasal benda tu kat Adrian. Ermm kan mamat ni dah kembang!
Kemunculan Syed Adam dan Luna membuatkan riak Syed Adrian bertukar serius. Hmm menyampah pula dia melihat muka beruk ni. Sibuk aje bangun awal! Nak cari pasal dengan aku lah tu. Err pengacau kebahagiaan betul!
Oh yes… Selamat pengantin baru, Scha. Sorry lambat wish… Semalam sibuk sangat, itu yang tak kesampaian tu nak wish. Anyway, hope you’re happy with your choice.” ucap Syed Adam dengan senyuman yang sengaja dibuat-buat.
Amanda turut membalas senyuman itu. Kedudukan Syed Adam yang berdepan dengannya membuatkan dia berasa tak keruan. Bebola mata hazel milik lelaki itu yang asyik merenung ke arahnya membuatkan hatinya berasa tak tenteram. Ya Allah… kau buanglah perasaan tak guna ni jauh-jauh… doa Amanda dalam hati.
Tindakan Syed Adam yang asyik merenung ke arah isterinya membuatkan Syed Adrian berasa tak sedap hati. Riak Amanda yang tampak tak keruan membuatkan dia semakin tertanya tentang apa yang terjadi. Err diorang ni ada apa-apa ke?
“Sayang, kenapa buat nasi goreng? Abang tak lalu lah nak makan nasi... Abang nak omelette…” rengek Syed Adrian tiba-tiba.
Amanda yang mendengar rengekan Syed Adrian itu dah mula mengerutkan dahi. Wajahnya sengaja dibengiskan untuk menunjukkan protes. Eeee mamat ni! Tak reti nak bersyukur agaknya dengan apa yang dah ada! Bukannya reti nak berterima kasih kat aku ke apa. Tahu asyik nak complain aje!
“Tak baik dok buli si isteri tu, Adrian. Buat penat aje dia masakkan untuk kamu. Makan je lah apa yang ada.” Tan Sri Henry mula menegur.
“Adrian tak nak! Adrian nak omellete juga! Lagipun, dah lama Rian mengidam nak makan benda tu….” Syed Adrian tetap dengan pendiriannya.
Puan Sri Sharifah hanya menggelengkan kepala. Tak faham betul dia dengan perangai Syed Adrian yang mengada-ngada ni. Haih, kalau nak bermanja dengan bini pun agak-agaklah Rian oi…
Amanda mengeluh kecil. Dia tak banyak cakap. Lantas dia bangun dari duduknya lalu segera menapak ke dapur.
Semua mata memandang ke arahnya. Aneh dengan sikap Amanda yang tak banyak membantah apabila Syed Adrian, bekas musuhnya memberikan arahan. Memang benci dah bertukar sayang ke?

BUNYI Whatsapp notification pada Iphone 5s miliknya membuatkan Syed Adrian tersentak daripada lamunan paginya seketika. Semua mata di meja makan memandang tepat ke arah bebola mata birunya. Syed Adrian bingung sendiri melihat reaksi mereka.
            “Hai…. pagi-pagi buta macam ni pun, ada yang hantar Whatsapp text ke?” sindir Syed Adam cukup pedas tanpa memandang ke arah abangnya.
            Syed Adrian menjeling tajam. Kata-kata pedas daripada mulut beruk itu langsung tak diendahkan. Malah, tangannya lantas mencapai Iphone 5s daripada poket jeans. Whatsapp text yang dihantar oleh seseorang itu dibuka lalu dibaca dengan penuh teliti.
            From: Doktor Lembab           
                        Pagi-pagi tengok Maharaja Lawak,
                                    Saya tak nak kawan awak!
            Berdekah-dekah Syed Adrian melepaskan tawanya di situ juga sehinggakan perlakuan spontannya menjadi perhatian para makhluk yang berada di situ. Lantas tawanya mati saat terpandangkan renungan tajam daripada si daddy.
“Siapa text? Makwe lama ke?” soal Tan Sri Henry serius dan perlahan. Takut sekiranya Amanda terdengar dan berkecil hati.
Syed Adrian yang mendengar pertanyaan daddynya itu mula menjongketkan keningnya. Tak sangka, sebegitu rupa tanggapan daddy pada diri dia. Haih…. jahat sangat ke aku ni? Sampaikan aku dah berubah pun, orang masih tak percaya?
“Banyak lah daddy punya makwe... Amanda yang text.” selamba Syed Adrian menjawab.
Pengakuan daripada Syed Adrian itu membuatkan semua yang berada di situ tercengang, terutamanya Syed Adam. Macam tak percaya… Bahagia sangat ke mereka berdua ni?
“Amanda kata apa? Haih…. macam jauh sangat aje jaraknya.” Komen Puan Sri Sharifah. Jujur dia katakan, hatinya berasa bahagia melihat kebahagiaan dan keintiman pasangan ini. Tak sangka pula yang mereka bakal sebahagia ni!
He he he. Dia cuma tanya, omellete tu nak letak cheese ke tak… Itu aje.” tipu Syed Adrian. Sebaris giginya yang putih bersih ditayangkan.
Tan Sri Henry hanya menggelengkan kepala. Alhamdullilah… bahagia juga putera sulung dia ni. Sungguh jauh meleset sangkaannya sebelum ni. Disangkanya Syed Adrian bakal menceraikan Amanda pada malam perkahwinan mereka juga. Tapi sekarang ni….. sebaliknya. Syukur alhamdullilah!

AMANDA tersenyum sendiri. Pujian melambung daripada suaminya sebentar tadi mengenai masakannya membuatkan dia senyum sampai ke syurga. Ceh, syurga lah sangat… Dah berangan ke nak bawa Syed Adrian sampai ke syurga? Hmm inshallah! Menyayangi mu hingga ke Jannah! Errr apa yang kau merepek ni, Manda?
            Bunyi Whatsapp notification daripada telefon bimbit mematikan kerjanya seketika. Lantas tangannya dicuci dan dilap pada tuala kering. Whatsapp text yang terpampang pada telefon dibaca. Senyuman yang cukup manis terukir di bibir nipisnya tanpa disedari.
            From: Adrian Hantu Raya
                        Manda sweet macam chocolate,
                                    Manda cute macam domo,
Thanks for the omellete,
                                                            Eu te amooooo! :-)
            Eu te amo? Apa benda tu? Ish Adrian ni… Kalau nak cakap bahasa Arab pun agak-agaklah. Mana lah aku faham. Ermm aku ni bukannya kacukan Arab macam dia pun. Eh, kejap! ‘Eu te amo’ tu bahasa Arab ke?
            Kepalanya yang tak gatal digaru perlahan. Entah kenapa lah tiba-tiba aje mood dia gatal nak bersweet-sweet dengan Syed Adrian. Hmm pelik tapi benar….
            “Amboi, senyum sampai ke telinga nampak? You bahagia sangat ya, Scha?” tegur Luna yang baru saja menapak di dapur.
            Kedatangan Luna ke situ benar-benar menggusarkan hatinya. Jujur, mati terus ketenteraman di hati untuk seketika. Haih… perempuan gila ni nak apa lagi? Tak puas-puas agaknya nak mengganggu ketenteraman orang! Huh… apa masalah dia sebenarnya, hah?
            “Eh mestilah, Luna… I kan pengantin baru. Macam lah you tak pernah rasa benda yang sama, ya tak?” sindir Amanda tanpa rasa takut.
            Luna yang mendengar dah mula naik darah. Sindiran daripada Amanda itu membuatkan dia cukup terasa. Mana taknya, perkahwinan dia bersama Syed Adam tak sebahagia perkahwinan Amanda bersama Syed Adrian. Itu yang membuatkan dia rasa tak puas hati sekarang ni!
            “Oh yes… I almost forgot. Scha, I cuma nak ingatkan you something aje… Jangan nak bahagia sangat dengan apa yang you dapat sekarang ni. You know what, sekelip mata aje benda-benda yang you dapat tu bakal hilang dan jatuh ke tangan I…” ucap Luna cukup tersirat.
            Amanda bingung sendiri. Kata-kata Luna yang begitu tersirat itu amat sukar untuk ditafsirkan. Hmm apa agenda perempuan ni sebenarnya?
            “Maksud you?” soal Amanda inginkan penjelasan.
            “I dah agak dah yang you takkan faham. Ouch, pity to you… But never mind. You akan faham suatu hari nanti.” Jawab Luna cukup sinis.
            “Cuma…… you kena ingat. You ada seorang musuh yang takkan biarkan you bahagia kat dunia ni. Just that.” tambah Luna lagi lalu segera dia mengambil langkah untuk beredar dari situ.
            Dialog terakhir daripada Luna sebentar tadi membuatkan Amanda tercengang untuk beberapa saat. Sungguh dia tak faham dengan sindiran perempuan tu. Apa masalah dia dengan aku sebenarnya ni? Dia berdendam dengan aku…. sebab Adam ke atau sebab lain? Amanda penasaran.

16 comments:

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.