BAB
22
KELAM
kabut Amanda menyiapkan sarapan pagi untuk mereka berdua. Cheese omellete yang baru saja digoreng di atas pan mula dihidangkan di atas pinggan. Tak
dilupakan juga, mee goreng mamak buatannya.
Haih…
ini kalau Adrian tak pandang masakan dia ni, dia tak tahu lah nak cakap apa. Hmm mamat tu nak ke makan mee goreng
buatan aku ni? Alih-alih, sentuh pun dia tak ingin. Err sia-sia aje usaha murni aku di pagi hari, ya tak?
“Banyaknya
kau masak. Siapa nak makan ni?” soal Syed Adrian yang baru saja turun dari
tingkat atas. Hidangan yang nampak menyelerakan itu ditilik dengan rasa
was-was.
Wajah
Amanda terus bertukar muram. Pertanyaan Syed Adrian ‘siapa nak makan ni?’
membuatkan dia yakin yang masakannya takkan disentuh. Terutamanya, mee goreng
mamak buatannya itu. Err mamat high class macam dia ni manalah reti nak
makan mee goreng bagai, Manda oi.
Yang kau gatal dok masak benda tu, apahal?
“Hurm, biar kucing yang makan. Awak tak
nak, kan?” soal Amanda menginginkan kepastian. Dalam masa yang sama, mukanya
sengaja dimonyokkan.
Kata-kata
Amanda yang seolah-olah sedang berjauh hati itu membuatkan Syed Adrian
tersenyum sendiri. Lantas gadis yang sudah siap bertudung litup itu didekati
tanpa berfikir panjang. Spontan saja lengan kanannya memeluk bahu Amanda.
“Siapa
kata aku tak nak? Mestilah aku nak…. Apatah lagi Puan Amanda yang masak. Mesti
sedap hingga menjilat jari, kan?” bisik Syed Adrian perlahan.
Amanda
terpaku seketika. Tindakan Syed Adrian yang sedang memeluk bahunya dengan penuh
selamba itu membuatkan tubuhnya terkaku macam apa. Ditambah lagi dengan bisikan
maut lagi menggoda daripada lelaki itu. Errr
naik meremang lah pula rasanya.
“Awak
boleh ke tepi sikit tak? Saya tengah sibuk ni. Kalau awak nak bermanja bagai
sekalipun, pergilah dok bermanja
dengan kucing sana. Saya izinkan.” ucap Amanda bagaikan tiada perasaan.
“Kucing
tu berbulu, abang tak suka… Abang suka macam Manda. Smooth…” Syed Adrian mula menyakat.
Kata-kata
Syed Adrian yang penuh makna itu membuatkan kerjanya terhenti seketika. Wajah
Syed Adrian yang tersengih sumbing memandangnya direnung tajam. Huh… penuh
dengan sinis, ya?
Tanpa
berfikir panjang, lantas tangan kirinya menampar bahu Syed Adrian sekuat yang mungkin.
Tindakan Amanda yang cukup drastik itu membuatkan dia tersentak bagai nak rak.
Spontan aje bahu sasanya diusap lembut.
“Woi! Apahal main tampar-tampar ni? Bisa
tahu tak!” jerit Syed Adrian sekuat hati.
Amanda
hanya tersengih sendiri. Wajah Syed Adrian yang bertukar merah akibat rasa
marah membuatkan dia berasa cuak lah pula. Jelingan maut daripada lelaki itu
membuatkan dia rasa bersalah macam apa. Alamak…. kuat sangat ke tamparan aku
tadi?
Syed
Adrian mendengus agak kasar. Lantas dia bangun daripada duduknya lalu segera mengambil
briefcase yang diletakkan di atas
sofa. Wajah Amanda yang dah serupa ayam berak kapur langsung tak dipandang.
“Awak….
tunggu!” jerit Amanda dari meja makan. Lalu segera dia mengambil mangkuk
tingkat yang sudah disediakan sebentar tadi.
Langkah
Syed Adrian termati di depan pintu utama. Huluran aneh daripada Amanda
membuatkan dia runsing sendiri. Apahal
dia bagi aku mangkuk tingkat ni?
“Nah,
bekal. Saya dah masakkan lunch untuk
awak. Confirm takkan basi dan takkan
sejuk. Just trust me.” Amanda cuba
meyakinkan.
Syed
Adrian terkedu seketika. Kata-kata Amanda itu membuatkan dia terkejut bagaikan
tak percaya. Errr aku tersalah dengar
ke apa ni? Bekal? Dia bagi aku bekal?!
Hello doctor! Apasal kau nerd
sangat ni?
“Selama
28 tahun aku hidup kat dunia ni, tak ada seorang manusia pun yang pernah
sediakan bekal untuk aku..... kecuali kau.” ucap Syed Adrian perlahan dan
serius.
“So, saya ni orang pertama lah ya? Hmm bagus sangat lah tu! That’s why awak ni kuat membazir
orangnya, ya tak?” komen Amanda cukup selamba. Tapi… betullah. Buktinya, mamat
ni sanggup korbankan RM4.6 juta semata-mata nak memiliki sebuah rumah. Ish… ish… ish…
”Whatever. Aku dah lambat ni. Okay, bye…” balas Syed Adrian pendek.
Malas pula dia nak melayan kritikan daripada Amanda tu.
“Kejap!
Nah, awak ambil lah bekal ni. Penat saya masak tau. And one more, bak
tangan kanan. Please?” pujuk Amanda
lembut.
Syed
Adrian tak banyak cakap. Tak banyak membantah. Lantas mangkuk tingkat itu
diambil. Permintaan Amanda yang menginginkan tangan kanannya turut dituruti. Entah
apa motif minah ni, dia sendiri tak peduli.
Perlahan-lahan
tangan sasa tapi mulus itu dicium tanpa berfikir panjang. Lama.
Perlakuan
Amanda yang berada di luar jangkaan itu diperhatikan. Terkebil-kebil mata biru
lautnya mengamati tindakan gadis itu.
Hmm
macam tak percaya.... Dia cium tangan aku? Apahal
dah sepesen drama melayu ni weh? Komen Syed Adrian dalam hati. Aneh dengan
tindakan si isteri.
PELANTIKAN
putera sulung Tan Sri Henry Michael sebagai CEO di Shake’s Holding disambut
dengan begitu meriah. Tak sangka pula jejaka kacak melampau itu bakal
menggantikan posisi adiknya, Syed Adam sebagai CEO di syarikat itu.
Tapi
apa yang pasti…. semua staf berasa senang dengan keramahan bos baru mereka yang
bukan saja baik, malah kacak juga orangnya. Hmm
sejak bila pula Syed Adrian jadi peramah tak ingat dunia ni? Err pelik! Tapi benar.
“Hello, Mr Adrian. I’m Andrea, your new
personal assistant.” ucap gadis itu dengan penuh tertib. Tangannya
dihulurkan sebagai salam perkenalan.
Syed
Adrian menyambut perkenalan itu dengan senang hati. Lantas huluran gadis cantik
itu disambut tanpa segan silu.
“Ehem!
Sudah-sudah lah tu. By the way, that is
your room, Adrian. Hope you like it.” tegur Tan Sri Henry yang baru saja
tiba di situ.
Kedatangan
bos besar di situ membuatkan huluran perkenalan antara mereka terlerai.
“Oh yes, Andrea. Do show him the room, okay?
I got something to do right now.” tambah Tan Sri Henry lagi. Dia mula
memberi arahan kepada setiausaha putera sulungnya.
Andrea
hanya mengangguk tanda mengerti. Dia mula mengangkat punggung. Arahan daripada
bos besar langsung tak dibantah malah, dia setia menurut.
“Follow me, Mr Adrian….” ajaknya tanpa
rasa canggung dengan bos baru.
Syed
Adrian mula mengambil langkah. Langkah setiausahanya diikuti dari belakang.
Saat mereka tiba di bilik yang ingin ditujui, Andrea mula membukakan pintu bagi
mempersilakan bos baru.
Terkejut
dirinya saat melihat keluasan bilik itu. Susunan perabot yang cukup unik juga
menarik perhatiannya. Wah, gila besar ofis baru aku ni…. Mengalahkan ofis dekat
UK sana tahu! Huh…. kaya betul syarikat mummy
ni.
“Hope you’re fine with the new surrounding.
Tan Sri izinkan Encik Adrian untuk menilik identiti syarikat ni terlebih
dahulu. But if you’re ready, let me know about
it, okay?” ucap Andrea cukup profesional.
Sikap
profesional yang dimiliki oleh setiausahanya membuatkan Syed Adrian berasa
kagum pula. Dia merasakan pekerja-pekerja di syarikat mummy dia ni sudah terlatih lebih awal. Bagus…. Tak hairan lah
sekiranya syarikat ni cukup gah di mata masyarakat.
“Plus, you got two meetings today. For any
information, you may ask me.” tambahnya lagi sebelum mengundur diri.
Syed
Adrian hanya tersenyum lalu mengangguk tanda mengerti. Entah kenapa dia berasa
janggal lah pula bila perlu berurus dengan para pekerja di sini. Haih…. tak
apa. Lama kelamaan okey lah tu.
Dokumen
yang terdapat di atas meja mula ditilik. Identiti syarikat besar ini mula
dibaca satu persatu. Jujur dia katakan, mulutnya tak habis-habis menyumpah
seranah kehebatan syarikat mummynya
itu. Fuh…. Mesti syarikat ni jadi top sewaktu di bawah pimpinan Adam. Errr boleh ke dia contohi pimpinan mamat
tu?
“Soalan
bangang ke apa ni, Adrian? Of course
lah boleh! Kalau kau nak tahu, kau tu jauh lebih hebat daripada mamat beruk tu.
Buktinya? Hmm kau layak memimpin
Michael Corporation yang tak asing lagi di UK sana, ya tak? Err apa je yang mamat beruk tu ada, jika nak dibandingkan dengan kau?”
hatinya mula bersuara.
Syed Adrian mula mengangguk tanpa disedari.
“Aku
ada Amanda. Dia tak ada.” spontan saja kata-kata yang cukup maut itu terhambur
keluar daripada mulutnya.
Err
apa kena mengena dengan Amanda pulak ni? Haiyaa
kau ni Adrian. Sikit-sikit Amanda, sikit-sikit Amanda! Apa yang istimewa sangat
kat minah tu, hah?
“She’s so special. I like her.” Sekali
lagi Syed Adrian menjawab kata hatinya tanpa disedari. Err gila! Demam ke apa aku ni?
HAMPIR
saja dia terlompat saat melihat kemunculan si daddy. Nafas lega ditarik. Lantas dadanya diurut lembut gara-gara
rasa terkejut yang melampau.
Hai orang tua ni…. masuk bilik aku
bukannya reti nak beri salam. Main terjah aje kerjanya! Macam mana lah mummy tu tak selalu sakit jantung, ya
tak? Syed Adrian mula mengutuk dalam hati.
“Jom lunch?” ajak Tan Sri Henry saat melihat keberadaan putera sulungnya
yang masih bertapa di dalam bilik itu. Amboi, workaholic nampak? Sejak bila?
Terpandangkan mangkuk tingkat di
atas meja putera sulungnya itu membuatkan Tan Sri Henry tercengang seketika.
Sungguh dia macam tak percaya pula dengan apa yang dilihatnya. Budak ni bawa
bekal ke apa?
“Aik…. sejak bila kamu reti bawa
bekal, Rian? Selama daddy hidup
dengan kamu…. Tak pernah pulak kamu bawa bekal pergi ke sekolah…. Apatah lagi
pergi ke kerja?” soal Tan Sri Henry hairan dan aneh. Pelik dia melihat
perubahan baru dalam hidup Syed Adrian ni. Angkara siapa semuanya ni?
Syed Adrian hanya mengeluh kecil.
Perlahan-lahan dia menyudu nasi goreng buatan si isteri ke dalam mulut. Hmm dia dah agak dah… Semua orang bakal
terkejut bagai nak rak bila nampak ‘Syed Adrian dan mangkuk bekal’. Sungguh tak
pernah dibuatnya sebelum ni!
“Daddy
tak payah nak bikin muka pelik sangat lah…. Macam lah Rian ni teringin sangat
nak bawa mangkuk bekal ni. Dah lah berat!” komen Syed Adrian tanpa
berselindung. Err nama pun mangkuk steel, confirm lah berat Rian oi.
“Ha
ha ha ha… sayang betul Amanda kat kamu kan, Rian? Beruntung kamu dapat
isteri sebaik tu. Hmm dah lah baik…
lemah lembut… cantik pulak tu. Bak kata orang, full of package lah kan!” Tan Sri Henry mula menyakat. Tapi dia
memang ikhlas memuji kelebihan yang ada pada si menantu.
Syed Adrian mencebik. Sesudu nasi
goreng masih disumbat ke dalam mulut. Erm
payau aje rasa tekak ni bila ada yang dok
puji si Amanda tu. Macam lah minah tu bagus sangat? Err lemah lembut ke apa kalau orang cakap sikit aje membantah!
Cakap sikit aje memberontak! Full of
package ke kalau macam tu?
“It
seems like she’s trying to change my life. Hmm you know what, dad. My life is
getting so nerd after I married to her…..” luah Syed Adrian kepada si daddy.
“Is
she influenced you?” soal Tan Sri Henry pula ingin tahu.
Tanpa berselindung, Syed Adrian
mengangguk. Memang dia akui, Amanda banyak mempengaruhi kehidupannya.
Kehidupannya yang liar bertukar kepada kehidupan yang nerd dan membosankan. Senang cerita, kehidupan yang langsung tak enjoyable!
“That’s
good.” komen Tan Sri Henry pendek. Rasa-rasanya, tak salah Adriana memilih
Amanda sebagai menantu mereka. Alhamdullilah…. Buktinya, sedikit demi sedikit
putera sulungnya mula berubah ke arah kebaikan.
“Stop
it, dad. That’s totally not good. I feel like she’s controlling my life like
mummy did. Rian rasa terkongkong lah pula. Yalah…. nak buat ini tak boleh.
Nak buat itu tak boleh. Semua tak boleh! Apa yang boleh pun Rian tak tahu…”
bebel Syed Adrian.
Tan Sri Henry hanya tergelak kecil
saat mendengar bebelan si anak. Hmm
bagus. Satu lagi perubahan yang menggemparkan. Putera sulungnya dah reti
membebel!
“At
least, Rian bahagia kan?” soal Tan Sri Henry inginkan kepastian.
Pertanyaan si daddy dipertimbangkan seketika. Wajah si daddy mula dipandang. Err
aku bahagia ke? Kalau aku tak bahagia…. dah lama dah aku ceraikan si Amanda tu,
ya tak? Habistu, takkan aku bahagia kot? Haih, tak masuk akal betul!
“Tak. Rian tak bahagia.” jawab Syed
Adrian selamba. Egonya dituruti.
Jawapan ‘entah betul entah tidak’ daripada
Syed Adrian itu membuatkan Tan Sri Henry menggeleng perlahan. Aneh dia melihat
sikap putera sulungnya yang masih nak berego bagai. Alahai, kalau dah suka tu….
apa salahnya mengaku, anakku oi?
Bukannya berdosa pun.
“I
don’t trust you. Anyway, daddy nak keluar lunch dulu lah. Terliur pulak daddy
tengok nasi goreng buatan isteri kamu tu. Haih…. beruntung kamu Rian. Tak semua
isteri sanggup nak buatkan bekal untuk si suami, tahu?” Tan Sri Henry mula
mengingatkan.
Syed Adrian hanya membatukan diri.
Nasi goreng masih disudu ke dalam mulut. Haih… apa yang untungnya bila perlu
bawa mangkuk berat ni ke hulu ke hilir? Malang lagi menyusahkan ada lah! Dia
masih berperang dalam hati.
Alasan? Entah lah…. dia sendiri tak tahu dan
dia takkan ambil tahu.
BAB
23
SUHU
si pesakit mula diperiksa dengan menggunakan thermometer. Hmm 39 darjah celcius?
Dah kira demam panas lah ni. Perlahan-lahan pesakit itu didekati untuk
memeriksa kadar degupan jantung pula. Saat kerjanya sudah selesai, Amanda mula
memberikan sedikit sebanyak nasihat yang berguna kepada pesakit.
“Awak demam ni, Puan Hawa. Tak apa….
Nanti saya sediakan ubat demam dan juga ubat antibiotik. Pastikan ubat
antibiotik tu diambil sampai habis, ya?” pesan Amanda lembut dan penuh
berhemah.
Hawa hanya mengangguk tanda
mengerti. Kesakitan yang dialaminya membuatkan tubuhnya berasa lesu dan lemah.
Sungguh berat ujian yang Allah berikan untuk dirinya pada hari ini. Tapi tak
apa lah…… sesungguhnya, ada yang lebih menderita daripada dirinya buat masa ni.
“Misi, tolong pimpin Puan Hawa ke
kaunter pembayaran, ya?” arah Amanda saat pandangannya terlekat pada misi Ain
yang baru saja menerjah ke dalam biliknya.
Misi Ain hanya menurut. Lantas
wanita itu dipimpin untuk dibawa ke kaunter pembayaran.
Nafas lega ditarik seketika. Ramai
pula pesakit yang datang berkunjung pada hari bekerja seperti ni. Haih…
terutamanya, pesakit demam. Memang musim demam ke apa sekarang ni?
Bunyi Whatsapp notification yang menandakan ada mesej yang baru masuk membuatkan
lamunannya terhenti seketika. Tak semena-mena dia tersentak kuat macam apa.
Huh…. siapa pula yang dok gatal
hantar Whatsapp text time-time kerja
macam ni? Ini mesti……
Lantas Whatsapp text itu dibuka dan dibaca.
From: Adrian Hantu
Raya // Suamiku Yang Sexayh
Sedap nasi
goreng tu. Thank you! <3
Esok abang nak
lagi tau? Tapi jangan letak cili padi, okey? ^_^
Hmm pedas! Abang
tak tahan. :-*
Amanda tersenyum lucu. Panggilan
‘abang’ yang digunakan oleh Syed Adrian membuatkan keningnya terjongket
seketika.
“Sekejap guna panggilan ‘aku’...
Sekejap guna panggilan ‘abang’... Tak faham betul aku dengan perangai mamat ni.
Hmm unpredictable…” komen Amanda
sendirian.
“Ehem! Text dengan siapa tu, doktor?” tegur misi Ain yang baru saja tiba
di situ.
Riak Amanda yang tiba-tiba saja
tersengih sana tersengih sini membuatkan dia berasa musykil pula. Hairan dia
melihat perubahan mood doktor itu
sejak dua menjak ni. Haih, doktor pengantin baru ni…… Tengah hangat bercinta
dengan suami sendiri ke?
Teguran daripada misi Ain itu
membuatkan dia tersentak seketika. Hampir saja Iphone 5s miliknya mahu
terpelanting tadi. Huh, kalau tak…… beribu-ribu ringgit duit dia bakal melayang
tau! Hmm ingat dia ni kaya-raya tak
ingat dunia macam si Adrian tu ke?
“Ish
awak ni, Ain! Terkejut saya dibuatnya tau!
Nasib baik jantung saya tak buat hal tadi. Kalau tak… tak tentu pasal nanti suami saya tu jadi duda
panas!” bebel Amanda super spontan.
Errr
duda panas? Hmm apa yang nak
dihairankan? Syed Adrian tu memang panas orangnya.
Kata-kata doktor itu membuatkan misi
Ain tergelak besar. Hampir saja dia nak terguling di situ juga. Namun, nasib
baik tindakannya itu sempat dikawal.
“Lawak lah doktor ni. Hmm tapi… suami doktor tu memang panas
orangnya, kan? Bukan panas sebab hot-temper,
tapi panas sebab famous….” misi Ain
mula mengemukakan pendapat.
Ya,
memang dia akui. Suami Dr Amanda tu memang famous
orangnya. Buktinya? Nama lelaki itu pasti meniti di bibir-bibir para jururawat,
para pesakit, para doktor mahupun para cleaner
setiap kali lelaki itu datang berkunjung ke hospital gara-gara nak bertemu
dengan Dr Amanda. Hmm hebat!
Amanda
mencebik. Menyampah pula rasanya bila mendengar trademark orang ramai pada Syed Adrian itu. Err famous? Hmm famous amos lah sangat. Kalau famous sekalipun, tapi perangai tetap macam hantu raya, buat apa?
Buat pekasam aje lah kan? Kutuk Amanda dalam hati. Lantas kepalanya menggeleng
perlahan tanpa disedari.
PERPINDAHAN
Syed Adam ke Stiff’s Corporation menjadi satu tanda tanya bagi staf-staf yang
bekerja di syarikat itu. Pelik juga rasanya saat melihat kemunculan CEO Shake’s
Holding yang cukup terkenal itu di syarikat mereka. Takkan dah kena transfer kot?
Bilik CEO yang terletak di bahagian
yang paling hujung mula diserbu. Tanpa rasa bersalah, lantas barang-barangnya
dihumban ke dalam bilik itu. Tindakan lelaki itu yang seolah-olah moody menambahkan lagi persoalan di
benak para staf.
“Mr
Adam, is there anything wrong?” tegur Dahlia yang merupakan setiausaha
peribadi kepada CEO baru di syarikat itu.
Syed Adam cuma mengukirkan senyuman.
Lantas dia menggeleng tanda tiada masalah. Sungguh dia tiada mood untuk bekerja sekarang ni. Saat
ditukarkan ke syarikat milik keluarga mummynya
ini, serta-merta mood kerjanya
lenyap. Mungkin kerana rasa tak puas hati yang membuku terhadap Syed Adrian.
Ya, Syed Adrian…… Kemunculan lelaki
itu ke Malaysia benar-benar menyesakkan fikirannya. Apatah lagi, saat gadis
kesayangannya mula menjadi isteri kepada lelaki itu secara rasmi. Jujur, dia
memang tak berpuas hati dengan lelaki tu. Apa yang dimilikinya selama ni, pasti
saja bakal jatuh pada tangan abang dia tu!
“Bro,
apasal moody semacam je ni?”
tegur Hazryl yang baru saja tiba di bilik itu.
Teguran daripada satu suara yang
cukup dikenalinya itu membuatkan Syed Adam sedikit tersentak. Dengan penuh
teliti wajah lelaki yang selamba duduk di depannya itu diamati. Hmm macam kenal…. siapa mamat ni ek?
“Hai…. takkan lah muka aku yang
punya handsome ni, kau boleh lupa? Hmm what’s wrong with you, Adam? Ini aku
lah, Hazryl…” Hazryl mula menyedarkan lelaki yang nampak kusut semacam tu.
Sengaja tangannya dihulur sebagai salam perkenalan.
Syed Adam yang baru saja teringat
akan kewujudan lelaki itu dalam hidupnya sudah mula menepuk dahi. Allah! Macam
mana dia boleh terlupa akan kawan baiknya sendiri? Err nak kata jarang berjumpa, boleh tahan lah…. Rasa-rasanya, dah
lama kot dia tak nampak batang hidung si Hazryl yang gila mancung ni.
“Sorry,
aku terlupa lah bro…. Well, dah lama
tak berjumpa kan? Lagipun, aku busy
lah sejak dua menjak ni. Kerja banyak sangat. Itu yang nampak stres semacam
aje….” Syed Adam mula mencari alasan.
Hazryl hanya tersenyum mendengar
alasan daripada sahabatnya itu. Hmm busy sebab kerja ke… busy sebab awek, bro?
“Hurm,
never mind. Anyway, kau apa cerita sekarang ni? Still dengan Dr Scha ke?” soal Hazryl ingin tahu. Kali terakhir dia
berjumpa dengan Syed Adam, lelaki ni sedang hangat bercinta dengan seorang
doktor. Hmm rasanya mereka dah bertunang
kot masa tu....
Pertanyaan daripada Hazryl itu
membuatkan senyumannya bertukar hambar. Sedih pula saat teringatkan nasib
malangnya yang difitnah dan dipaksa untuk menikahi seorang perempuan yang
langsung tak dicintainya. Sungguh, malang tak berbau.
“Itu kisah lama lah, bro. Dah berkurun dah pun. Lagipun, Scha
tu dah kahwin dengan orang lain. Begitu juga dengan aku…” Syed Adam mula
membongkarkan cerita yang terkini.
Jawapan yang terkeluar daripada
mulut Syed Adam itu membuatkan Hazryl sedikit tercengang. Macam tak percaya….
Bukan ke mereka berdua ni bercinta bagai nak rak dulu? Tapi.... apahal masing-masing dah berkahwin
dengan orang lain? Hmm ini ke yang
dikatakan tiada jodoh? Mungkin.
“Like
seriously? Aku langsung tak tahu pasal perkahwinan kau, bro. Well, aku baru aje sampai Malaysia
bulan lepas. Itu yang kuno semacam aje ni. By
the way, siapa bini kau? Is she your
choice?” sekali lagi Hazryl menyoal.
“Not.
Aku kena kahwin paksa. Hmm biasalah
tu. Fenomena terbaru.” balas Syed Adam.
Sekali lagi Hazryl tercengang. Jujur
dia katakan, jalan cerita kehidupan sahabatnya itu cukup dramatik. Walauweh,
dah boleh buat drama dah ni. Erm jangan
mamat ni kata yang si Scha tu dah kahwin dengan abang dia sudah lah….
“And….
Scha is married to my brother, Adrian.”
Kali ni Hazryl bukan saja
tercengang, malah tergamam juga. Fuh, macam
tak percaya…. Tepat tekaannya sebentar tadi. Aik, bukan ke si Adrian tu tengah hangat lagi hangit bercinta
dengan Jessica Hogan? Hmm apa kes
pulak dok kahwin dengan tunangan adik
sendiri ni? Haih, tak faham… tak faham…
“Sabar lah, bro. Mungkin ini semua rancangan Allah…. Dan mungkin Scha memang
tak ditakdirkan untuk kau. Tapi…. untuk Adrian.” lembut Hazryl memujuk.
Syed Adam terdiam seribu bahasa.
Sungguh kenyataan itu begitu pahit untuk ditelan. Susah dia nak menerima gadis
yang dicintainya setengah mati itu sebagai kakak iparnya sendiri. Dia yakin,
dia masih ada peluang untuk merebut Amanda semula. Dan dia yakin, Amanda
langsung tak cintakan Syed Adrian. Ya! Dia yakin akan itu! Dia yakin!
KETIADAAN
kereta Mini Cooper milik si isteri membuatkan Syed Adrian berasa khuatir. Takut
pula sekiranya Amanda tersesat di sekitar Sri Hartamas ni. Hmm almaklumlah, mereka baru saja berpindah ke sini kelmarin.
Tambahan lagi, bukan senang nak ingat jalan ke banglo mereka ni.
Pintu utama mula dibuka. Keadaan
ruang tamu yang gelap gelita membuatkan dia berasa gerun lah pula. Lantas suis
lampu ditekan agar suasana menjadi terang benderang. Jam dinding yang tergantung
dengan penuh seni mula dipandang. Hurm,
dah pukul 8.37 malam… Ke mana lah si Amanda ni dok merayap agaknya? Dah nak masuk ishak’ dah pun. Takkan tak balik
lagi kot?
Syed Adrian mula menapak ke ruang
tamu. Lantas dia melabuhkan punggungnya di atas sofa yang tampak empuk itu.
Akibat rasa bosan yang melampau, tv dibuka. Siaran 615 menjadi tatapan. Hmm tak ada Tom and Jerry ke time-time macam ni? Err dah lah bosan! Kan best kalau ada Amanda kat sini…
Iphone 5s yang berada di dalam poket
seluar mula diseluk. Lantas skrin fon disentuh. Whatsapp text yang diterimanya pada 2 jam yang lalu mula ditilik. Aik, macam mana dia boleh tak perasan
ni? Takkan fon dia tersilent kot?
From: My Wifey
Amanda
Salam.
Saya balik lambat hari ni. Bukan hari ni aje, tapi hari-hari.
Alasan?
Saya ada ramai patient.
Busy.
Kalau dah kurang, saya balik okey?
Keluhan yang cukup berat dilepaskan.
Mati terus senyumannya saat membaca Whatsapp text daripada si isteri. Haih…. tak sangka pula inilah kesannya
bila berkahwin dengan seorang doktor. Hmm
nerd satu hal…. busy dua hal….
“Kau menyesal ke, Adrian?” tanya kata
hatinya.
Spontan aje Syed Adrian menggeleng
dalam keadaan sedar. Ya…. Dia tak menyesal mengahwini Amanda. Dia tak menyesal
ditakdirkan bersama Amanda. Meskipun pada awalnya dia agak keberatan, tapi….
itu tak bermakna dia bakal menyesal dengan perkahwinan ini untuk seumur
hidupnya...
“Haih.... nasi sudah menjadi bubur.
Buat apa nak menyesal? Dah tak ada gunanya pun. Terima aje lah minah tu
seadanya.” penuh selamba Syed Adrian memberikan peringatan buat dirinya
sendiri.
Tiba-tiba, perutnya berkeroncong
sehingga menyebabkan tekaknya berasa loya. Lantas pil gastrik yang sudah
tersedia di dalam briefcase mula diambil.
Baru saja dia nak menyeluk beg bimbitnya….
“Eh, ubat gastrik kan dah habis semalam....
Aduh! Macam mana ni? Aku nak telan apa sekarang ni?” bebel Syed Adrian
sendirian. Nasibnya mula diratapi.
Entah kenapa tangannya masih gatal
nak menyeluk beg bimbit tersebut, meskipun dia tahu yang ubat gastrik tu takkan
muncul di dalam briefcase secara tiba-tiba.
“Sudahlah,
Adrian. Buat apa, kau nak berharap lagi? Dah confirm-confirm yang ubat tu dah habis. Mustahil lah ubat dari
hospital tu boleh terlompat sendiri, lepastu masuk ke dalam briefcase kau ni. Sudah-sudah lah tu.
Jangan nak berkhayal sangat lah!” ucap kata hatinya.
Syed
Adrian masih berdegil. Dia tetap nak menyeluk beg bimbitnya meskipun dia tahu,
ubat gastrik tu takkan ada! Tapi… bak kata omputih, nothing is impossible. Everything can be happened in a minute.
Saat
menyeluk beg bimbitnya, Syed Adrian merasakan ada sesuatu yang ganjil sedang bertapa
dalam genggamannya. Lantas sesuatu yang ganjil itu dikeluarkan dari dalam beg.
“Ubat
gastrik? Wah…. Macam mana boleh tiba-tiba muncul ni?” soal Syed Adrian cukup
hairan. Pelik dengan kemunculan ubat tersebut di dalam beg bimbitnya.
Satu
sticky note merah jambu yang terlekat
pada paket ubat itu menjawab segala persoalan di benaknya. Sungguh dia macam
tak percaya!
Jangan
lupa makan ubat ni bila perut awak tu buat hal.
Ehem!
Ni bukan ubat tidur. Ni ubat gastrik.
Yang
Comel, Amanda.
Tak semena-mena wajahnya yang pucat
itu mula mengukir senyuman di bibir. Untuk kali yang kedua, Amanda sudah
menjadi penyelamatnya saat ditimpa sakit gastrik.
Hmm
sayang juga dia kat aku, kan?
Errr
memang lah dia sayang kat kau, Adrian. Kau kan suami dia!
Sekali lagi Syed Adrian tersenyum
sendiri. Sungguh dia berasa senang melihat sikap Amanda yang terlalu caring
mengenai perihal dirinya. Haih, kalau Amanda tak tolong… dah lama dia mati
akibat sakit gastrik! Eh?
Macam
kenal aje ayat ni? Syed Adrian tergelak sendiri.
alaaaa... pendeknye cite..
ReplyDeletebile nk publish novel nih??
nk beli.. lg cpt bace..
btw, makin sweet la dorang tp adam mcm nk jadij jaat plak.
haah bab-bab kali ni agak pendek. insyallah this yr, dear... haha no comment ;-)
DeletePublish under mana ye? KN ke? Btw best. Tak sabar nak tunggu novel ni keluar :)
ReplyDeleteKaryaseni dear. Thank u so much.... Just stay tuned :-)
DeleteGreat stroy! Tak ada update lagi ke cerita ni?
ReplyDeletethank u! Insyallah soon :-)
DeleteBEST.
ReplyDeleteTHANKS!
Deletebest gilaaaaa!!
ReplyDeletethanks!
Deletehope karya sis akan diterbitkan secepat mungkin! i'll always support you! aja aja fighting! :D
ReplyDeleteinsyallah... thanks dear! really appreciate it a lot :-)
Deletekalau dah terbit. jgn lupa update yaa! sentiasa menanti i heart you, doctor!!!! :))))))))))))
ReplyDeleteSure, thanks!!!!!!!!!!!!!!
DeleteBila nak update......
ReplyDeleteInsyallah harini! Haha
DeleteBest..next n3 please.....
ReplyDeletethanks! alright ;-)
DeleteDh addicted ngan depa 2 ni.. hhheee best sgt..
ReplyDeleteHAHA THANKS!
Delete