BAB
24
SEBUNGKUS
nasi ayam yang baru dibelinya sebentar tadi diletakkan di atas meja kopi.
Setitik peluh mula membasahi dahi akibat rasa penat yang melampau. Lantas
punggungnya dilabuhkan di atas sofa yang berdekatan. Keluhan yang cukup berat
dilepaskan.
Kelihatan Syed Adrian sedang nyenyak
memproses tahi mata di atas sofa. Keadaan lelaki itu yang masih berkemeja biru
gelap membuatkan dia berasa khuatir pula. Hmm
penat sangat ke suami aku ni? Tukar pakaian kerja pun tak sempat.... Entah dah
mandi ke belum mamat ni.
Amanda mula mengambil langkah.
Lelaki yang tampak letih lagi lesu itu segera didekati. Spontan aje kakinya
duduk melutut menghadap si suami. Wajah Syed Adrian yang nampak terlalu letih
itu mula ditilik. Tak semena mena rambut hazel
milik lelaki itu diusap lembut tanpa disedari.
Perlakuan Amanda yang mengusap
rambutnya membuatkan tidurnya sedikit terganggu. Haih... siapa pulak yang dok usap rambut aku ni? Kacau daun betul
lah. Tak nampak ke orang tengah tidur ni? Lantas matanya terbentang luas untuk
melihat wajah ‘the sleeping breaker’
yang mengganggu tidurnya itu.
Syed Adrian terpaku saat melihat
keberadaan si isteri yang berada di sisi. Apatah lagi terpandangkan tangan si
isteri yang sedang leka mengusap rambutnya. Begitu juga dengan Amanda. Dia
tergamam seketika saat melihat keadaan Syed Adrian yang baru saja celik
daripada tidur.
Mata bertentang mata. Secara tak
sengaja, mata biru laut yang indah itu menjadi tatapan. Masing-masing menatap
wajah yang berada di sisi. Masing-masing menghayati keindahan ciptaan Tuhan
tanpa henti. Dan masing-masing cuba mengawal debaran yang makin kencang di
hati.
Amanda makin tak keruan saat wajah
yang tampak sempurna itu makin dekat dengan wajahnya. Lantas dia mengalihkan
pandangan ke arah lain lalu mengangkat punggung untuk beredar dari situ.
Syed Adrian yang baru saja tersedar
akan tindakan di luar kawalannya sebentar tadi lantas memaut lengan Amanda
tanpa berfikir panjang. Sejurus itu juga langkah Amanda mati di pertengahan
jalan. Wajah kacak terlampau Syed Adrian dipandang kembali.
“Apasal
balik lambat sangat? Pukul 1 pagi baru muncul.... apa kes?” soal Syed Adrian
tegas. Perkara yang berlaku di antara mereka sebentar tadi langsung tak
dihiraukan. Dianggap macam angin lalu saja.
“Kereta saya rosak tadi. Itu
sebabnya saya lambat....” balas Amanda jujur. Ya, memang kereta dia buat hal
tadi.
“Then?
Siapa hantar kau balik? Adam?” sekali lagi Syed Adrian menyoal. Spontan aje
nama ‘Adam’ terpacul keluar daripada mulutnya.
Tekaan yang salah daripada suaminya
itu membuatkan keningnya terjongket seketika. Hairan mendengar spekulasi yang
dicipta oleh Syed Adrian sendiri. Erm
dalam banyak-banyak nama kat dunia ni, apasal
nama Adam juga yang mamat tu sebut? Jangan-jangan... dia memang tahu pasal
sejarah silam aku kot? Oh no!
“Boleh tak jangan nak tayang muka
tercekik biji durian kat depan aku? Aku gurau ajelah. Itu pun dah cuak ke? Hmm ke memang betul, Adam yang hantar
kau balik?” Syed Adrian masih lekat dengan spekulasinya.
“Hish,
banyaklah awak punya Adam! Misi Ain yang hantar saya pulang lah. Tak baik dok fitnah-memfitnah tau. Haram dan
berdosa besar hukumnya!” omel Amanda selamba.
“Aku tahu lah! Kau ingat aku ni
bodoh Pendidikan Islam ke apa? Hmm
masa SPM dulu, Pendidikan Islam aku dapat A plus
okey. Tak macam kau.... Pendidikan Islam yang senang macam kacang rebus tu pun
tak lulus.” kutuk Syed Adrian tanpa berselindung. Sempat pula dia riak dengan
kejayaan yang pernah dicapainya.
Amanda yang mendengar sudahpun
tercengang. Kenyataan yang baru saja diketahuinya itu membuatkan mulutnya
ternganga seluas-luas sawah padi. Pergh
gila! Tak sangka pula yang mamat ni lulus matapelajaran Pendidikan Islam masa
SPM dulu. Bahkan bukan saja lulus, malah dapat A plus lagi. Hmm terror
juga mamat ni. Tapi.... apasal
pegangan agama dia lemah semacam aje? Amanda penasaran.
“Again
and again, awak fitnah saya. Pendidikan Islam saya pun dapat A plus okey. Please lah jangan nak riak
sangat. Riak tu salah satu perbuatan syirik tau.
Barang siapa yang bersikap riak, maka dia akan dibenci oleh masyarakat dan
hilang kawan....” Amanda mula memberikan ceramah ala ala Dr Fadzilah Kamsah.
Syed Adrian mencebik.
“Syirik khafi kan? Syirik yang
dilakukan secara sembunyi? Hmm macam
lah aku tak tahu. Aku dah pernah hafal buku teks Pendidikan Islam sampai muntah
pelangi lah....” sekali lagi Syed Adrian riak.
Amanda menjulingkan matanya ke atas.
Sungguh dia menyampah dengan sikap Syed Adrian yang asyik nak riak ni. Hmm karang kalau betul-betul kau hilang
kawan macam aku, baru tahu! Err
hilang kawan macam aku? Aku ni kawan dia ke?
“Whatever,
Mr Adrian. Malas saya nak melayan awak. Buat sakit hati, jiwa dan raga aje!
Hmm anyway, saya ada belikan nasi
ayam untuk awak. Awak belum makan, kan? So,
go and eat.” Amanda mula mengubah topik.
“Eh, sekejap! Hurm, kau dah makan ke?” soal Syed Adrian pula.
Amanda yang baru saja ingin mendaki
anak tangga mula menggeleng. Reaksi ‘kenapa’ mula ditayangkan.
“Aku ada masakkan spaghetti untuk kau tadi. Jom makan?”
pelawa Syed Adrian ramah. Senyuman yang cukup manis tak sengaja terlekat di
bibir.
Kata-kata Syed Adrian itu membuatkan
Amanda tercengang seketika. Sungguh dia tak percaya, mamat ni masak spaghetti untuk dirinya? Walauweh, aku
tengah bermimpi ke apa ni? Sejak bila pulak si Adrian ni reti masak? Kening
yang tak gatal digaru perlahan.
“Apasal
tercegat lagi kat situ? Jom lah.... Penat aku masak untuk kau tau.” Syed Adrian mula mendekati gadis
yang sedang tercongok di tepi tangga itu. Lantas lengan Amanda ditarik untuk
dibawa ke dapur.
Amanda hanya menurut. Tanpa
disedari, senyuman bahagia terukir di bibir nipisnya.
PERLAKUAN
Syed Adrian yang menghidangkan makan malam untuknya semalam masih
terngiang-ngiang di kotak fikiran. Sikap lelaki itu yang terlalu prihatin akan
makan minumnya membuatkan dia berasa kagum pula. Jujur dia katakan, dia tak
sangka yang lelaki ego melangit tu reti memasak. Kalau dia tahu tentang
kenyataan itu, dah lama dah mamat tu dibulinya.
Tanpa disedari, Amanda tersenyum
sendiri. Entah apa yang lucu, dia sendiri tak tahu. Hmm mungkin sebab keadaan Syed Adrian yang sedang tidur meniarap tu
kot.
“Adrian, bangun. Dah subuh....”
kejut Amanda lembut.
Tiada
lagi istilah kasar yang sering digunakan bila perlu mengejut lelaki itu untuk
solat Subuh. Hmm kalau tak.... jangan
mimpilah mamat tu nak bangun. Biar lembut, asalkan dia bangun.
Saat
merasakan namanya diseru, lantas Syed Adrian mencelikkan matanya. Matanya yang
masih kuyu akibat terlalu mengantuk digosok perlahan agar penglihatannya
kembali jelas. Kelibat Amanda yang masih tak bertelekung itu dipandang hairan.
“Apasal tak pakai telekung lagi? Nak
suruh aku pakaikan ke?” soal Syed Adrian tiba-tiba.
“Saya kan tengah period. Mana boleh solat. Dah lah... cepat bangun. Dah nak habis
subuh dah ni. Karang kalau terlepas, tak tentu pasal awak dapat dosa free...” Amanda mula mengarah.
Syed
Adrian tak membantah. Malah, tak juga menurut. Lantas dia baring semula lalu
menyelubung tubuhnya dengan comforter.
Tindakan
drastik daripada Syed Adrian itu membuatkan Amanda tercengang seketika. Spontan
aje kepalanya digaru perlahan. Aik,
Adrian ni mengigau ke?
“Adrian!
Yang awak tidur semula ni, dah kenapa? Tak tahu nak solat Subuh ke? Dah pukul
6.30 pagi dah ni... Bangun!” suara Amanda mula menaik.
Comforter
yang menyelubungi tubuh lelaki itu ditarik agak kasar.
“Aku
tak nak solat kalau kau tak solat. Dah! Jangan kacau aku lah. Aku nak tidur!”
jerit Syed Adrian dari dalam comforter.
“Awak
jangan nak mengada ya, Adrian. Awak fikir saya ni sengaja ke tak nak solat?
Dah! Jangan nak banyak cakap. Bangun!” jerit Amanda pula. Comforter itu masih ditarik.
Sikap
Syed Adrian yang hanya buat dek aje benar-benar menaikkan api kemarahannya.
Kalau boleh dan kalau diizinkan, mahu saja dia tuang sebaldi air kat muka mamat
ni. Huh... biar padan dengan muka dia! Nak buat perangai pun tak bertempat!
Amanda
sudah mati akal. Dah kontang ideanya nak mengejut Syed Adrian yang liat nak
bangun subuh ni! Haih, kalaulah mummy
ada kat sini....
Ya,
kalaulah mummy ada kat sini.... tiba-tiba
aje nama ‘mummy’ terpacul keluar daripada
mulutnya. Matanya mula terbeliak luas saat idea mula mengisi kotak fikirannya.
Oh ya, mummy!
Lantas
Iphone 5s miliknya dicapai dari meja solek. Nama ‘mummy’ dicari dari dalam Contact
lalu segera didail.
“Assalammualaikum,
mummy. Ini Manda lah.... Sorry kalau
Manda kacau mummy pagi-pagi buta
macam ni...” suaranya sengaja dikuatkan.
Syed
Adrian yang sedang nyenyak memproses tahi mata lantas tersedar saat merasakan
nama mummynya disebut. Aik, aku mimpi ke apa ni?
“Hmm ni haaa abang Adrian buat hal, mummy.
Dia tak nak bangun solat subuh. Entah kenapa agaknya tiba-tiba aje dia buat
perangai... Selalunya, dia tak ada lah liat macam ni. Cuba mummy kasi ceramah sikit
kat dia ni haa.” Syed Adrian yang
sudah ternganga di sebelah lantas dijeling. Butang loudspeaker segera ditekan.
“Adrian!
Apasal kamu buat hal pagi-pagi buta
macam ni, hah? Kamu tak kesian ke
tengok Manda yang bersusah payah bangun semata-mata nak kejutkan kamu. Bangun,
Adrian! Kamu dengar tak, apa yang mummy
tengah cakap ni? Pergi solat subuh sana! Kalau kamu tetap nak berdegil,
sekarang juga mummy seret kamu dari
sana. Bangun!” bebel Puan Sri Sharifah dari dalam talian.
Amanda
dah terkekek-kekek mendengar bebelan mummynya.
Wajah Syed Adrian yang dah monyok serupa kerang busuk itu menguatkan lagi
tawanya. Terguling-guling dia melepaskan tawa di atas king bed itu.
“Alright, dia dah bangun. Thanks, mummy. You’re the best mummy ever!”
ucap Amanda perlahan. Lantas talian dimatikan.
“Sikit-sikit
mengadu kat mummy, sikit-sikit
mengadu kat mummy! Pergi duduk kat
bawah ketiak dia aje lah.” bebel Syed Adrian pula setelah selesai berwudhuk.
Amanda
sengih. Sebaris giginya yang cantik tersusun ditayangkan. Wajah Syed Adrian
yang dah masam mencuka itu langsung tak dihiraukan.
“Dia
kan mummy awak, bukannya mummy saya. So, awak lah yang kena duduk kat bawah ketiak dia....” balas
Amanda dengan beraninya. Sengihan masih tak lekang di bibir.
Syed
Adrian mendengus agak kasar. Menyampah dia melihat sikap Amanda yang cukup batu
api tu. Lantas dia menunaikan solat Subuh gajahnya tanpa menghiraukan kata-kata
si isteri.
Amanda
masih tergelak kecil. Iphone 5s miliknya dibelek seketika. Lalu segera nombor
122 didail untuk menyemak baki.
“Baki
anda ialah RM0. Akaun anda akan tamat tempoh pada 24 Disember 2013.”
Amanda
tercengang seketika. Macam tak percaya... baru saja dia top-up RM50 semalam.
Takkan dah habis kena telan kot?
Logs
disemak. Ternganga luas mulutnya saat terpandangkan hampir 15 nombor yang tak
dikenali telah didail menggunakan telefonnya. Ini mesti kerja.....
“Adrian!!!!!!
Berani awak kebas top-up saya!!!!!!”
jerit Amanda sekuat hati.
Syed
Adrian yang sedang leka memicit botol shampu tersentak seketika saat terdengar
namanya diseru. Jeritan daripada gadis itu membuatkan dia tersenyum sendiri. Hmm padan muka kau!
CHEESE
macaroni,
semangkuk oat, roti bakar bersama scrambled eggs dan seteko teh hazelnut mula dihidangkan di atas meja
makan. Dua buah pinggan turut disusun di atas meja dalam keadaan bertentangan.
Saat kerja menghidang sudah selesai, lantas Amanda melabuhkan punggung di atas
kerusi.
Syed Adrian yang baru saja menuruni
anak tangga hampir ternganga saat melihat hidangan-hidangan yang memenuhi meja
makan. Wajah Amanda yang tampak gembira menikmati cheese macaroni dipandang bagaikan tak percaya.
“Apasal
masak banyak-banyak ni? Kau ingat perut aku ni tong sampah ke apa?” soal Syed
Adrian cukup serius. Perlakuan Amanda yang nampak bersahaja itu direnung tajam.
“Ada saya kata, ‘Adrian, awak mesti
habiskan semua ni’? Ada? Ada?” soal Amanda dengan riak yang selamba.
Renungan
tajam lagi berbisa daripada lelaki itu langsung tak dipedulikan. Lantas dia
meneruskan suapannya.
“Kalau
bukan aku yang mesti habiskan, then
siapa? Kucing? Kalau tak pun... Adam?” soalan daripada Amanda langsung tak
dijawab. Malah, ditambah pula dengan soalan lain.
Amanda
hampir tersedak. Kata-kata Syed Adrian yang penuh sinis itu membuatkan dia
sedikit terangkat. Haih... apasal
mamat ni dok kaitkan dengan Adam
pulak? Apa kena mengena Adam dengan breakfast yang aku masak ni? Tak faham...
tak faham...
“Yang
awak ni dah kenapa, Adrian? Period
macam saya juga ke? Tiba-tiba aje mention
nama Adam... apasal? Awak nak jadikan
dia bini no 2 ke?” Amanda mula membalas serangan. Sakit pula hatinya bila nama
Adam sering disebut. Haih... takkan aku jealous
kot? Gila mengarut!
“Apasal aku nak jadikan dia bini no 2
pulak? Kau fikir aku ni songsang macam kau ke apa? Err musahaqah!” Syed Adrian mengeruhkan lagi keadaan. Spontan aje
perkataan ‘musahaqah’ terpacul keluar daripada mulutnya.
Amanda
yang mendengar dah makin terangkat. Bertambah sakit hatinya bila dituduh lesbian sebegitu rupa. Hmm mamat ni memang! Memang tak sayang
mulut! Berontaknya dalam hati.
“Sejak
bila pulak saya jadi songsang ni? Awak tu yang liwat! Songsang! Gay! Sebabtu 24/7 asyik sebut nama Adam
aje. Kan?” Amanda mula menuduh.
Makin
tak stabil emosinya saat perlu berdepan dengan spesies bermulut buaya ni! Err nak kata bermulut puaka, macam biadab
sangat lah pula.
“Stop it, Amanda. Please lah jangan nak
timbulkan isu yang langsung tak masuk akal. Kalau aku liwat dengan Adam, aku
takkan kahwin dengan kau lah....” ucap Syed Adrian perlahan lalu segera
mengambil langkah untuk beredar dari situ.
Terpandangkan
langkah Syed Adrian yang baru saja ingin berlalu, Amanda berfikir sejenak.
Mangkuk tingkat yang sudah siap tersedia di atas meja dipandang. Lantas mangkuk
tersebut dicapai lalu langkah lelaki itu diekori dari belakang.
“Adrian, sorry.... Saya bergurau aje
tadi. Saya tak ada niat pun nak sakitkan hati awak. Hmm nah, bekal. Saya dah masakkan nasi goreng yang awak pesan hari
tu. Ingat lagi tak?” pujuk Amanda lembut dan ikhlas.
Teguran
lembut daripada gadis itu membuatkan langkahnya terhenti seketika. Tubuh
sasanya yang membelakangi Amanda mula dialihkan agar bertentangan dengan tubuh
gadis itu.
“Simpan
aje lah bekal kau tu. Aku tak ada selera.” ucap Syed Adrian agak dingin seolah
olah sedang merajuk.
Kata-kata
yang agak dingin daripada lelaki itu membuatkan Amanda berasa serba salah.
Apatah lagi saat anak matanya perasan akan riak menyampah di sebalik wajah
mendung itu. Melampau sangat ke kata-katanya sebentar tadi?
Baru
saja Syed Adrian nak meneruskan langkahnya, tiba-tiba lengan kirinya dipaut
erat dan kemas. Lantas pandangannya dialihkan semula pada Amanda. Pautan
daripada gadis itu cuba untuk dilepaskan.
“Nak
apa lagi?” soal Syed Adrian dengan menggunakan intonasi yang masih sama.
Pertanyaan
daripada lelaki itu langsung tak dibalas. Lalu segera tangan sasa itu dicium
lembut.
“Batal
air sembahyang aku....” ucap Syed Adrian cukup spontan.
“Aik, awak dah berwudhuk? Waktu Zuhur kan
lama lagi...” Amanda pula yang menyoal. Jam Alba di tangan segera dipandang
tanpa menunjukkan sebarang riak.
Syed
Adrian tak banyak cakap. Lantas dia meneruskan langkah ke garaj kereta.
Persoalan yang bermain di benak Amanda langsung tak dijawab.
Amanda
mula naik hairan. Sikap Syed Adrian yang masih dingin dengannya membuatkan dia
berasa tak sedap hati. Marah sangat ke dia kat aku? Dia tertanya sendiri.
BAB
25
KERUSI
empuknya dipusing ke kanan dan ke kiri. Kerja yang berlambak-lambak di atas
meja langsung tak dihiraukan. Lantas sepasang matanya dipejamkan rapat.
Bunyi perut yang mula berkeroncong
menyebabkan dia tersentak seketika. Segera matanya terbuka luas. Perut yang asyik
terpekik terlolong itu diusap dengan cukup spontan. Haih... menyesal lah pulak
tak breakfast tadi. Kalau dia tak
merajuk dengan Amanda pagi tadi, confirm
perut dia takkan berkeroncong macam ni. Omel Syed Adrian dalam hati.
Ketukan pintu dari luar membuatkan
lamunannya terhenti seketika.
Kemunculan Andrea bersama sejambak
bunga ros dan sekotak hadiah membuatkan dia berasa naik hairan. Wajah Andrea
yang tersengih sumbing memandangnya membuatkan dia bertambah bingung pula. Aik, siapa pulak yang dok kirimkan hadiah kat aku ni? Hmm birthday aku hari ni ke?
“Somebody
was posting these presents to you, boss. Do take it?” terang Andrea cukup
jelas. Hadiah yang agak berat itu dihulurkan kepada bosnya.
Syed Adrian yang memandang huluran
itu tak banyak cakap. Lantas hadiah itu disambut. Nama pengirim yang tak
tertera di mana-mana membuatkan dia bertambah hairan. Angkara siapakah semua
ni?
“Kalau tak ada apa-apa lagi, saya
minta diri dulu, ya? Anyway, do enjoy the
presents, Mr Adrian...” ucap Andrea ringkas sebelum beredar dari situ.
Sejambak ros ungu itu diletakkan di
tepi meja. Sampul merah hati yang membaluti hadiah misteri itu mula
ditanggalkan. Rasa ingin tahu yang membuak-buak di hati tak dapat dielakkan.
Lantas Syed Adrian mencapai sesuatu di sebalik sampul merah hati itu.
Tersengih dirinya saat pandangannya
terlekat pada sekotak Ferrero Rocher yang baru saja dicapai sebentar tadi. Aneh
pula dia melihat pemberian misteri daripada pengirim yang cukup misteri itu.
Haih... hari ni Valentine’s Day ke?
Tak ada angin... tak ada ribut... tiba-tiba aje dia dapat coklat dan bunga, apa
kes?
Dan lagi satu.... makhluk dari
planet manakah yang mengirim sekotak Ferrero Rocher yang merupakan salah satu
kegemaran dia ni? Syed Adrian penasaran.
Sekeping kad yang berbentuk hati
menjawab segala persoalan yang bermain di benaknya. Hampir ternganga dibuatnya
saat kad itu mula dibaca. Namun, senyuman bahagia tak lekang di bibir.
Assalammualaikum,
This
chocolate is paid specially for you. Sorry for all my mistakes. Jom lunch?
Ikhlas,
Amanda.
Amanda? Amanda yang bagi semua benda
menarik ni kat dia? Huh... macam tak percaya. Sanggup minah tu membazir macam
ni semata-mata nak pujuk mood aku
yang gedik ni? Err sedar pulak yang
kau tu gedik, Adrian. Sebelum ni, tak reti nak sedar?
Syed Adrian hanya tersenyum sendiri.
Gembira pula hatinya saat dipujuk oleh si isteri. Hmm tak menyesal lah dia merajuk bagai nak rak pagi tadi. Dan tak
menyesal juga dia ‘berpuasa’ half-day
harini. Puasa tak puasa, dia dah kebuluran ya amat sekarang ni!
Tanpa berfikir panjang, lantas kunci
keretanya dicapai.
SUASANA
di Restoran Enak KL yang agak sesak dengan kunjungan para pelanggan itu
membuatkan Syed Adrian berasa sedikit rimas. Apatah lagi makanan melayu yang
terdapat di restoran itu langsung tak membuka seleranya.
Amanda yang perasan akan riak lelaki
itu hanya mengeluh kecil. Susahnya bila berkahwin dengan lelaki yang cerewet
tahap tak ingat dunia macam Syed Adrian ni. Hmm
susah tak susah, apa yang terpenting sekarang ni, mamat ni selesa ke?
“Awak selesa tak makan kat sini?
Kalau tak, kita pergi restoran lain je
lah...” soal Amanda ingin tahu. Haih... kalau mamat ni tak selesa, buang duit
aje kalau dia belanja kat sini!
“For
sure, not. Lidah aku tak kena lah dengan masakan melayu....” jawab Syed
Adrian jujur. Wajah yang cukup polos sengaja ditayangkan.
Sekali lagi Amanda mengeluh. Kan dia
dah agak dah... mamat ni confirm tak
boleh terima masakan melayu macam ni. Aduhai, Adrian.... Kenapalah kau tak
cakap awal-awal? Kan senang kalau kau berterus terang aje tadi. Jimat masa...
jimat minyak... jimat duit... Jimat segala jimat lah kan!
“Eh, sekejap! Lauk apa tu?” soal
Syed Adrian saat pandangannya terlekat pada satu lauk yang nampak menyelerakan.
Haih... terliur lah pulak.
“Itu asam pedas butterfish. Sedap sangat.... Sedap hingga menjilat jari. Awak nak
rasa?” terang Amanda bersertakan soalan.
Dalam hati, dia sudah berdoa bagai
nak rak agar Syed Adrian berkata ‘nak’. Lagipun, memang dah lama dah dia dok mengidam asam pedas butterfish tu!
“Boleh lah. Nampak macam sedap aje. But, I wanna share with you....” putus
Syed Adrian akhirnya.
Amanda yang mendengar keputusan
lelaki itu sudahpun tersenyum lebar. Gembira hatinya saat Syed Adrian bersetuju
untuk makan di situ. Alhamdullilah.... termakbul juga doanya.
Mereka mula mengambil tempat yang
menempatkan dua buah kerusi yang bertentangan antara satu sama lain. Sengaja
Amanda memilih tempat yang berdekatan dengan tingkap agar matanya tak
berterusan dok menatap wajah Syed
Adrian yang kacak bukan main tu. Eh, boleh pulak macam tu?
“Order,
kak?” tegur salah seorang pelayan yang baru saja muncul.
“2 pinggan nasi, asam pedas butterfish, ayam lemak cili padi dan
pucuk paku cendawan sisik.” sungguh petah Amanda memesan seolah-olah sudah
menghafal hidangan yang digemarinya setiap kali dia berkunjung ke situ.
“Air?”
“Orang
juice. 2 gelas.”
“Kau ni orang ke kingkong?” soal Syed Adrian penuh
selamba.
“Awak ni rabun ke? Mestilah saya ni
orang. Kalau saya ni kingkong, dah lama dah saya telan awak hidup-hidup. Hidup
pun aman, duit pun selamat.” balas Amanda tanpa memandang ke arah lelaki yang
duduk bertentangan dengannya itu. Sesekali wajah yang dah serupa bunga tahi
ayam itu dipandang sekilas.
“Scha?” tegur satu suara yang baru
saja lalu di situ.
Amanda yang terdengar namanya
dipanggil lantas menoleh. Hampir gugur saja jantungnya saat melihat keberadaan
Syed Adam di situ. Kelihatan lelaki yang tampak kacak berkaca mata itu sedang
tersenyum ke arahnya.
Syed Adrian yang baru saja perasan
akan kemunculan si adik mula naik menyampah. Tak sangka pula mereka boleh
terserempak dengan beruk ni secara kebetulan. Haih... perosak kemakmuran betul!
“Adam.... awak buat apa kat sini?
Dah makan ke belum? Kalau belum... do
join us?” pelawa Amanda tanpa rasa canggung. Apa yang nak dicanggungkan?
Lagipun, lelaki itu sudahpun bergelar adik iparnya.
“Jumpa klien tadi... Hmm belum. That’s why I came here. Dengar cerita, makanan kat sini sedap-sedap
belaka. Am I right?” Syed Adam
menginginkan kepastian.
Amanda hanya tersenyum lalu
mengangguk. Masakan dia nak menjawab kerana ‘cerita’ yang didengari oleh Syed
Adam itu datangnya daripada mulutnya sendiri.
“Oh
yes, I can’t join both of you. Saya datang dengan member tadi, Scha. So, I’m sorry, okay? Next time, I’ll treat
you. Promise!” Syed Adam mula menolak pelawaan gadis itu.
Syed Adrian cuma mendiamkan diri.
Sepatah kata pun tak terkeluar daripada mulutnya. Ini semua gara-gara menyampah
dengan kehadiran mamat beruk tu.
“Never
mind, saya tak kisah pun. Okay,
thanks. See you later...” ucap Amanda ramah seolah olah tiada apa yang
pernah berlaku antara mereka sebelum ni.
Syed Adam mula meminta diri. Tak sanggup
baginya untuk terus berada di situ. Terlihatkan kemesraan yang terjalin antara
bekas tunangannya sendiri dengan si abang membuatkan hatinya sakit... kecewa...
merana... menderita... semuanya bercampur baur menjadi satu. Jujur dia katakan,
dia cukup cemburu melihat pasangan itu.
Hidangan yang baru saja tiba itu membuatkan
Syed Adrian sedikit terangkat. Terbuka pula seleranya untuk menjamah asam pedas
yang nampak menyelerakan itu.
“Whoa...
whoa... relaks! Jangan sampai tertelan tulang pulak. Awak pernah makan ikan
ke tak sebelum ni?” soal Amanda penasaran.
Err
yalah... manalah tahu inilah kali pertama Syed Adrian merasai keenakkan ikan. Hmm tak ada apa yang mustahil sekiranya
hal itu melibatkan lelaki di depan dia ni. Lagipun, mamat ni memang pelik
orangnya.
“Soalan apa ni weh? Gila ke apa! Of course lah aku pernah makan ikan.
Tapi masakan yang macam ni, aku tak pernah makan lah.” jujur Syed Adrian berkata.
Amanda yang sedang menghirup orange juice hampir saja tersedak.
Huh... nasib baik tak tersembur air ni ke muka Syed Adrian. Kalau tak.... confirm ada yang dapat pelempang free agaknya nanti.
“So,
inilah kali pertama awak makan asam pedas?” soal Amanda lagi.
Syed Adrian mengangguk.
Amanda hanya menggeleng perlahan.
Rupa-rupanya, mamat ni masih kolot dengan masakan melayu. Hmm rugi betul jadi macam Syed Adrian ni.... Umur dah nak masuk 30
an tapi masih banyak lagi yang belum diterokai. Kalau aku tanya dia pernah
makan belacan ke tak.... apalah jawapan dia agaknya ek?
Sekali lagi Amanda menggeleng. Wajah
Syed Adrian yang nampak tekun menikmati hidangan itu mula dipandang. Jelas
terpancar riak kagum di wajah lelaki itu. Haih, kagum dengan keenakkan asam
pedas ke? Kesian... kesian...
STRAWBERRY
Milkshake yang dipesannya
sebentar tadi mula dikuis-kuis dengan menggunakan penyedut minuman. Nasi goreng
paprik yang sudah siap terhidang langsung tak disentuh.
Fikirannya pula sudah melayang entah
ke mana. Tak semena-mena seleranya terbantut pula. Ini semua gara-gara
terserempak dengan pasangan yang sering mencabar dirinya sebagai seorang
lelaki.
Hazryl mengeluh kecil. Keadaan
sahabatnya yang makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah itu membuatkan
dia berasa khuatir pula. Apatah lagi terlihatkan kehidupan Syed Adam yang dah
berserabut itu.
Haru betul kawan aku seorang ni.
Harap status aje dah berbini... Tapi life
dah huru hara. Penampilannya pula tak payah nak cakap lah kan... Confirm dah berserabai. Apa bini dia ni
tak reti nak jaga makan pakai suami sendiri ke apa? Hmm Adam... Adam... Baik kau membujang aje lah, bro.
“Kau ni dah kenapa? Makin hari,
makin kusut aku tengok. Cuba kau happy
sikit. Toksah lah stres memanjang aje macam ni. Aku yang tengok ni pun stres
tahu?” Hazryl mula meluahkan pemerhatiannya. Kesian pula dia melihat kondisi
sahabatnya ini.
Syed Adam cuma tersenyum kecil.
Kata-kata Hazryl itu langsung tak diambil hati. Alah... bukan mamat ni seorang
aje yang dok komen benda yang sama.
Ada ramai lagi makhluk yang pernah sentuh mengenai keadaannya. Sama ada mummy, daddy, Rose mahupun setiausahanya
sendiri.
“Aku menyesal sebab buat keputusan
secara melulu. Aku menyesal sebab tak pertahankan cinta aku dengan Scha... Aku
juga menyesal sebab buat dia merana bagai nak rak dulu....” luah Syed Adam
tanpa segan silu.
Setiap kali nama Scha Amanda
disebut, pasti saja wajah bahagia gadis itu bersama abangnya sendiri bakal terngiang-ngiang
di benak. Dia juga tak menyangka yang Amanda bakal sebahagia itu setelah
berumah tangga dengan Syed Adrian. Apa yang pasti, gadis itu jauh lebih bahagia
bersama abangnya jika nak dibandingkan bersama dengannya dulu.
“Honestly,
aku tak sangka yang dia boleh bahagia dengan Adrian. Sedangkan aku dengan Luna?
Istilah cinta pun tak ada... apatah lagi istilah bahagia.” tambahnya lagi.
Hazryl masih setia mendengar luahan
hati si sahabat. Dia faham betapa peritnya hati Syed Adam saat perlu
menyaksikan kebahagiaan cinta matinya bersama abangnya sendiri. Siapa aje yang
tak sedih bila orang yang sangat dicintai sedang bahagia tak ingat dunia
bersama darah dagingnya sendiri? Monyet pun sedih lah...
“Dah Adrian tu jodoh dia, Dam... Kau
pisahkan mereka bagai nak rak sekalipun, mereka tetap bersatu. Itu yang
dinamakan jodoh. Semua tu kuasa Allah. Kau kena ikhlas... redha... Dan mungkin
juga Luna dah ditakdirkan untuk kau. Kau kena terima dia seadanya...” Hazryl
mula menyampaikan hujahnya. Gaya dah macam pemberi motivasi pun ada.
“Maksud kau... aku kena relakan
diorang bahagia di atas penderitaan aku sendiri? Itu yang kau maksudkan? Come on, bro! I love her. I love her more
than someone else did including Syed Adrian. Mungkin Scha memang cintakan
Adrian. Tapi aku yakin.... yang Adrian takkan semudah tu menerima perempuan
lain, termasuk Scha. Sebab.... dalam jiwa dia cuma ada Emilin.” ucap Syed Adam
dengan begitu yakin.
Senyuman sinis sengaja dikuntumkan.
Ya... dia yakin akan itu. Cuma Emilin saja yang berjaya tundukkan abangnya itu.
Ya... cuma Emilin.
P/s: I'm sure that all of you have noticed something right? The new cover! Hahaha amacam? Sepadan tak? :p
thanks!
ReplyDeletebest best. saya bagi 5 bintang! :). new update pwlss
ReplyDeletethank you :) insyallah
Deletebest nak lagi bagi lah sweet,sweet,sweet
ReplyDeletethanks! soon ok ;-)
DeleteAsha...next update plss
ReplyDeletesuka2... sweet..... bila nk update lgii..?
ReplyDeleteinsyallah soon :-)
DeleteSo amaizing.Sweet pulak tu.Don't give up early and good luck...
ReplyDelete