BAB
26
PERLAWANAN
bola sepak liga Sepanyol yang sering dinanti-nantikan oleh para peminat liga
tersebut menjadi tatapan. Barcelona FC vs Real Madrid CF. Kedua-duanya
merupakan kelab gergasi yang cukup terkenal dalam arena bola sepak.
Syed Adrian kelihatan leka
menghayati perlawanan tersebut. Seperti biasa, dia tak pernah terlepas untuk
menonton perlawanan yang disertai oleh kelab kegemarannya, Barcelona FC. Sejak
dari kecil lagi, kelab liga Sepanyol itu menjadi pujaannya. Kecekapan para
pemain Barcelona dalam memanfaatkan bola benar-benar dikaguminya.
Amanda yang baru saja muncul dari
dapur itu turut mengikuti perlawanan tersebut. Kemunculan Cristiano Ronaldo
yang berjersi 7 di kaca tv
seolah-olah menarik dirinya untuk terus berada di situ. Walauweh... handsome betul mamat ni! Dah lah
tinggi... badan pun tegap... muka pun maco... senyuman pun menawan... hatiku
pun tertawan... arghhh boleh jadi
gila kalau asyik mengusyar pemain Portugis ni.
Entah kenapa tiba-tiba saja mata
redupnya gatal nak memandang ke arah Syed Adrian. Hmm agak-agaknya lah kan, antara Cristiano Ronaldo yang kacak to the death tu dengan Syed Adrian
yang kacak tak ingat dunia ni, mana satu
yang lebih handsome? Amanda mula
membuat perbandingan. Pening pula dia nak memilih.
“Kau ni dah kenapa? Pandang muka aku
macam nak telan aje. Aku tahu lah muka aku ni handsome. Lebih handsome
daripada Cristiano Ronaldo yang bajet tu kan?” Syed Adrian mula angkat bakul.
Selamba aje dia mengkritik pemain yang langsung tak menepati citarasanya itu.
Amanda yang mendengar kutukan yang
ditujukan untuk ‘boyfriend’nya itu
dah mula terangkat. Tak semena-mena punggungnya terbangun dari sofa. Amboi...
sedapnya mulut kau dok mengutuk ‘boyfriend’ aku, Adrian? Wajah lelaki
itu direnung tajam.
“Eee... tolong lah jangan nak
perasan sangat! Kalau saya diberikan mandat untuk memilih antara awak dengan
Ronaldo tu, dah lama dah saya pilih dia! Hmm
dia handsome, dia kaya, dia glamour, dia pujaan wanita, dia charming, dia....”
Baru saja Amanda nak meneruskan
kata-katanya....
“Dia bajet bagus, dia berlagak, dia
kaki bangku... hah apa lagi? Sudah
lah... Lagipun, dah tercatat kat Luh Mahfuz yang aku ni jauh lebih perfect daripada dia. Aku handsome, aku kaya, aku glamour, aku pujaan wanita, aku charming... Hmm tak puas hati lagi?”
Syed Adrian mula menunjuk-nunjuk. Matanya masih kekal memandang ke arah tv.
Sengaja dia nak menaikkan suhu badan
Amanda. Biar minah tu berasap sikit.
Amanda mula menunjukkan riak
menyampah. Sungguh dia memang menyampah melihat sikap Syed Adrian yang suka
sangat memuji keistimewaan dirinya sendiri. Aku tahu lah kau tu handsome, kaya, glamour, pujaan wanita dan charming
bagai! Tapi tak payah lah nak show off.
Amanda dah mula memberontak dalam hati.
“Whoa...
whoa... Messi... goal!!!!” jerit Syed Adrian sekuat hati sehingga
menyebabkan banglo itu bergema kuat.
Tendangan mantap daripada Lionel
Messi itu menyebabkan Real Madrid CF kalah 1-0 ke atas Barcelona FC pada masa
pertama.
Amanda yang menyaksikan kesuraman
wajah Cristiano Ronaldo akibat gagal menempa goal itu turut menumpang simpati. Hmm tak apa, Ronaldo... Tak apa. Ada
padi buat beras, kejap lagi kita balas! Eh, pantun ke peribahasa ni?
Sekotak popcorn yang berada di tangan Syed Adrian lantas dirampas tanpa
rasa bersalah. Rampasan bola yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo daripada Gerrard
Pique membuatkan dia sedikit terangkat. Aura kemenangan mula dirasai saat bola tersebut
dikuasai oleh pemain kegemarannya itu.
Tiba-tiba....
“Goaaaal!!!!!!!!!”
jerit Amanda pula sehingga menyebabkan banglo itu bergema untuk kali dua. Riak
menyampah yang ditayangkan oleh Syed Adrian langsung tak dipedulikan.
Sedang dia asyik menyaksikan
perlawanan yang semakin hangat itu, tiba-tiba aje lagu Wrecking Ball, nyanyian
Miley Cyrus mula bergema melalui Iphone 5s miliknya. Gangguan yang mengejut itu
membuatkan Amanda sedikit tersentak. Lantas Iphone 5s yang diletakkan di atas
meja kopi dicapai.
“Assalammualaikum...”
Diam.
“Ya, saya tengah free sekarang ni.”
Diam lagi.
“Okey, saya datang sekarang.”
Talian dimatikan. Kunci kereta yang
diletakkan di atas meja kopi lantas dicapai. Lalu segera dia mengangkat
punggung untuk beredar situ.
Saat kakinya sudahpun menapak di
depan pintu utama, dahinya ditepuk perlahan. Tanpa melengah-lengahkan masa, lantas
Amanda menapak ke ruang tamu semula untuk meminta izin.
“Adrian, saya pergi dulu tau. Ada emergency.” terus saja dia berlalu tanpa mendengar jawapan daripada
lelaki itu.
Syed Adrian hanya buat tak tahu. Dia
lebih senang menghayati perlawanan bola sepak yang masih berlangsung itu.
Namun, jauh di sudut hati dia berasa khuatir pula akan keselamatan si isteri.
“Alah... Amanda tu bukannya budak
kecil pun. Boleh aje dia jaga diri dia sendiri.” Syed Adrian mula bermonolog
sendirian sekadar untuk menyedapkan hati.
SELESAI
sahaja merawat pesakit, lantas beg tangan Carlo Rino dicapai. Suis lampu dan
kipas yang terletak di tepi pintu mula dimatikan.
Jam di tangan mula diperhatikan.
Pukul 12 malam. Tak melampau sangat ke? Hmm
pasti Syed Adrian sedang menunggu kepulangannya sekarang ni. Keluhan kecil
dilepaskan. Baru saja dia nak mengajak Syed Adrian makan malam setelah menonton
perlawanan bola sepak tadi. Tapi.... apakan daya. Kesibukan kerjaya mengganggu
perancangannya.
Suasana di hospital yang tampak
lengang itu membuatkan bulu romanya naik meremang seketika. Apatah lagi lampu
yang berada di sekelilingnya agak malap. Amanda memeluk tubuh. Takut sekiranya
perkara yang berada di luar jangkaan bakal berlaku.
Saat kakinya mula menapak di situ,
dia merasakan ada kaki yang mengekorinya dari belakang. Bunyi tapak kaki yang
semakin menghampirinya membuatkan hatinya berdebar bagai nak rak. Lantas
langkah kakinya dipercepatkan. Ya Allah... siapa yang mengekori aku ni? Kau
selamatkan lah diriku walau apapun yang berlaku... Doanya dalam hati.
Terus langkah kakinya mati saat
merasakan bahunya dipegang oleh seseorang. Liur diteguk dengan begitu rakus.
Hati dah berdebar tak putus-putus. Tubuhnya pula dah menggigil macam nampak
tikus. Allahuakbar.... tangan siapa pula yang pegang bahu aku ni? Kau kuatkan
lah diriku, ya Allah. Kau lindungilah hambaMu ini....
Amanda cuba mencari kekuatan. Rasa
takut yang melampau untuk toleh ke belakang semakin menebal. Patut ke dia
menoleh? Hmm kalau dia tak toleh, macam
mana dia nak tahu si empunya tangan yang dok
memegang bahunya? Dan kalau dia toleh.... apa yang bakal terjadi agaknya?
Dengan kudrat yang ada, Amanda
memberanikan diri untuk menoleh. Dia yakin, makhluk yang sedang memegang
bahunya ini adalah seorang manusia. Ya, dia yakin akan itu. Masakan hantu ada
tangan, ya tak? Eh, bukan ke hantu memang ada tangan?
“Ad... Adrian? Ini awak ke? A...
awak buat apa kat sini?” soal Amanda terketar-ketar.
Hampir saja dia rebah saat melihat
keberadaan Syed Adrian di situ. Tubuh lelaki itu sengaja ditilik dari atas
hinggalah ke bawah. Erm yalah....
manalah tahu Syed Adrian yang berdiri kat depan mata dia ni tak ada kaki....
Tak ke nahas namanya tu?
“Kalau aku bukan Adrian....
rasa-rasanya aku siapa?” soal Syed Adrian perlahan. Sengaja dia bikin suara
seram. Dan sengaja juga nak menguji tahap keimanan minah ni.
Amanda tergamam. Pertanyaan seram
yang terpacul keluar daripada mulut ‘makhluk’ di depannya itu membuatkan dia
berasa cuak. Tak semena mena ayat Kursi terhambur keluar daripada mulutnya.
Perlakuan ‘makhluk’ yang masih merenung tajam ke arahnya itu membuatkan dia
makin tak keruan. Ya Allah... kenapa ayat Kursi yang aku baca tak berkesan ni?
Kenapa ‘makhluk’ ni masih tercongok kat depan mata aku ni? Mashallah... aku
tersalah tajwid ke apa?
“Tolong... tolong jangan ganggu aku.
Kau nak apa daripada aku? Aku tak kenal kau siapa. Tolong pergi....” spontan
aje kata-kata rayuan itu terhambur keluar daripada mulutnya. Mata redupnya mula
dipejamkan. Air mata mula membasahi pipi akibat rasa takut ya amat.
Syed Adrian yang menyaksikan sendiri
tangisan si isteri sudah mula naik cuak. Tak sangka lah pula yang Amanda ni
bakal menangis sebegitu rupa... Allah! Apa aku nak buat ni?
“Sshhh...
hey, janganlah menangis. Ini aku lah, Adrian. Dah... dah... stop crying. I’m here.” Syed Adrian mula
memujuk.
Tubuh Amanda dibawa ke dalam
dakapan. Sengaja dia berbuat sedemikian untuk menenangkan gadis itu. Haih...
tak sangka pula yang minah ni bakal menangis. Kalau dia tahu macam ni lah
jadinya, jangan harap lah dia nekad nak takutkan si Amanda ni. Aduh, rasa serba
salah lah pulak!
Amanda mula merungkaikan pelukan
saat tangisannya sudah kembali reda. Lantas air matanya diseka perlahan. Alahai...
rasa malu lah pulak dengan mamat ni. Itulah Manda... yang kau dok menangis kat depan hantu raya ni,
dah kenapa? Lepastu siap bertapa kat dalam dakapan dia lagi. Hish, buat malu aje!
“Awak buat apa kat sini? Sengaja nak
takutkan saya? Awak tahu kan yang saya ni lemah semangat. Kalau saya semput
tadi, siapa nak jawab? Nenek awak?” suara Amanda dah mula meninggi. Sungguh dia
berasa marah dengan tindakan lelaki itu. Kalau nak cari pasal dengan dia
sekalipun, agak-agaklah. Janganlah sampai ke tahap yang melampaui batas.
Syed Adrian hanya mendiamkan diri.
Tak mampu dia nak membalas kata-kata gadis itu. Niatnya memang nak takutkan
Amanda. Tapi... tak sangka pula yang gadis itu bakal marah sebegitu rupa. Jahat
sangat ke perbuatannya sebentar tadi?
Amanda sudah tidak betah untuk terus
berada di situ. Terpandangkan wajah Syed Adrian membuatkan hatinya bertambah
sakit. Dah lah mamat tu baru saja bikin dia sakit hati. Tak tentu pasal dia
dapat dosa free gara-gara meninggikan
suara pada suami. Huh... ni semua Syed Adrian punya pasal!
Baru saja Amanda mahu beredar dari
situ, tiba-tiba dia merasakan tapak tangannya bagaikan digenggam kemas. Sedaya
upaya dia cuba untuk melepaskan genggaman itu. Tapi, dia tak mampu. Genggaman
daripada Syed Adrian begitu kuat sehingga dia tiada kudrat untuk menepis.
“Aku minta maaf. Aku tak ada niat pun
nak sakitkan hati kau. Aku tak ada niat pun nak takutkan kau. Aku follow kau ni pun sebab aku risaukan
keselamatan kau. Just that.” Terang
Syed Adrian jujur. Ya, dia benar-benar risaukan keselamatan gadis itu.
Permohonan maaf daripada Syed Adrian
itu langsung tak terkesan di hatinya. Apa yang pasti kini, dia cukup menyampah
dengan perangai lelaki itu. Huh... konon risaukan keselamatan aku. Auta betul!
Kalau nak bohong pun, agak-agaklah. Dia fikir aku ni budak lima tahun macam dia
ke apa? Dasar pembohong!
“Please,
Amanda. Forgive me? I’m seriously talking to you. Please listen to me and trust
me. Aku memang risaukan keselamatan kau. Sumpah. Demi Allah.” Syed Adrian
dah mula bermain dengan sumpah. Geram bila kata-katanya langsung tak
dipercayai.
Amanda masih membatukan diri. Malas
pula dia nak melayan permohonan palsu daripada Syed Adrian tu. Kalau boleh,
mahu saja dia blah dari situ. Tapi...
macam lah boleh kalau tangannya sudahpun menjadi ‘hak milik’ lelaki itu. Nak blah tanpa tangan, tak boleh lah juga.
“Bagus lah tu dok main sumpah-sumpah. Karang kalau kena telan dengan sumpah, baru
tahu. Hmm alright, saya maafkan awak.
Tapi... dengan satu syarat.” Amanda mula bermain tarik tali. Sengaja dia nak
mengambil kesempatan. Time-time macam
ni lah kena manfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin.
Syed Adrian menjongketkan keningnya.
Penasaran dengan permintaan gadis itu. Hmm
syarat? Kenapa lah si Amanda ni suka sangat bermain dengan syarat?
“What’s
that?” soal Syed Adrian ingin tahu. Jangan dia suruh aku ceraikan dia,
sudahlah!
“Belanja saya McD. Saya lapar
lah....” Amanda sengih.
Keluhan kecil dilepaskan. Nak tak
nak, terpaksa lah dia menurut kehendak Amanda tu. Hmm daripada minah ni minta benda yang bukan-bukan, lebih baik dia
belanja McD aje lah. Haih... nasib kau lah Adrian. Siapa suruh kau buat hal
tadi? Syed Adrian menyesal sendiri.
WAJAH
Amanda yang nampak teruja sambil menikmati Mc Chicken itu dipandang. Entah apa
yang seronok sangat dengan burger itu
pun dia tak tahu. Nak kata Mc Chicken tu lazat hingga menjilat jari, tak ada
lah lazat mana. Lazat lagi ikan masak asam pedas butterfish... Eh?
“Awak tak nak rasa burger ni ke? Sedap... Nah, rasa lah
sikit.” pelawa Amanda seriang-riang kanak-kanak Ribena.
Syed Adrian cuma menggeleng. Mati
pula seleranya saat melihat burger ayam
itu. Sungguh dia memang tak berminat dengan ‘golongan’ burger ni. Alasan? Entah... Dia sendiri tak tahu. Apa yang pasti, burger melambangkan pemakanan yang tidak
sihat pada pandangannya.
“Err
jujur saya katakan, awak ni satu-satunya lelaki pelik dan aneh yang pernah saya
temui kat dunia ni. Like seriously.”
ucap Amanda cukup serius seolah olah kata-katanya itu benar-benar serius. Tapi,
memang serius pun!
“Well,
aku ni limited edition. Susah tahu
nak cari lelaki pelik tapi comel macam aku ni. Hmm kau memang beruntung sebab dapat kahwin dengan aku dan kau
sepatutnya bersyukur sebab aku pilih kau. Kalau kau nak tahu, barang siapa yang
berjaya menikahi Syed Adrian Michael, maka dialah orang yang paling beruntung
kat dunia ni.” Syed Adrian mula mendabik dada.
Amanda yang mendengar sudah naik
menyampah. Hampir saja burger yang
ditelannya itu mahu tersekat di celah kerongkong. Err apa pasal lah Syed Adrian ni perasan sangat? Macam lah aku ni
teringin sangat nak kahwin dengan dia? Huh... beruntung ke apanya. Malang tak
berbau ada lah!
“Sudah-sudah lah tu. Naik berkuman ear drum saya ni bila dengar awak cakap
macam tu. Haih.... bilalah awak nak berubah ni, Adrian? Meraung mummy agaknya kalau dia tengok anak dia still macam ni....” selamba aje Amanda dok menyindir. Langsung tak menunjukkan
riak bersalah.
Syed Adrian hanya buat pekak.
Sindiran yang penuh selamba daripada Amanda itu langsung tak lumat ke dalam
pendengarannya. Lagipun, dia memang tak berminat nak berbahas soal itu.
Maksudnya, dia tak berminat untuk berubah. Dia lebih sukakan dirinya yang
sebegini.
“Ais krim apa yang kau makan tu?”
soal Syed Adrian tiba-tiba. Saja nak mengubah topik.
Amanda yang baru saja tersedar akan
pertanyaan lelaki itu mula menjongketkan kening. Cawan Mc Flurry dan wajah Syed
Adrian yang nampak hairan dipandangnya secara silih berganti. Macam tak
percaya... mamat ni tak pernah makan Mc Flurry ke?
“Mc Flurry. The combination of vanilla ice cream and oreo biscuit. Awak tak
pernah rasa ke?” soal Amanda ingin tahu.
Hairan pula dia melihat kehidupan
Syed Adrian yang cukup membosankan ni. Macam katak di bawak tempurung pun ada.
Semua benda tak pernah dimakan! Apa benda yang mamat ni pernah makan pun... dia
sendiri tak tahu.
Gelengan daripada lelaki itu
membuatkan dia hampir tersedak. Hmm
memang dia dah agak dah! Confirm
mamat ni tak pernah rasa Mc Flurry ni. Ya Allah, kesiannya... Sungguh dia jatuh
simpati pada lelaki itu.
“Kalau kau nak tahu, inilah kali
pertama aku jejakkan kaki ke sini.” jujur Syed Adrian berkata.
Ke berapa kalinya Amanda menggeleng.
Rasa simpatinya terhadap lelaki itu semakin menebal. Memang susah dia nak
percaya akan kenyataan itu. Tapi... itulah kebenarannya. Seperti yang dia
katakan sebelum ni, tak ada apa yang mustahil jika hal itu melibatkan Syed
Adrian. Nothing’s impossible about him.
Sesudu ais krim Mc Flurry dihalakan
pada mulut Syed Adrian. Sungguh dia berharap agar lelaki itu menerima suapannya
untuk sekali seumur hidup. Yalah.... apa salahnya dok merasa Mc Flurry untuk sekali seumur hidup, ya tak?
“Nah, rasalah. Sedap... confirm awak takkan menyesal. Trust me.” sekali lagi Amanda mempelawa.
Syed Adrian seolah olah berada dalam
dilema. Hmm nak rasa ke tak? Nak rasa
ke tak? Kalau tak rasa, macam rugi lah pulak. Dan kalau dia rasa... tak ke
menyesal? Yalah... manalah tahu ais krim tu memang tak sedap. Tapi... nampak
macam sedap aje? Haiyaa Adrian... nak
ke tak nak ni?
Perlahan-lahan Syed Adrian membuka
mulutnya. Rasa ragu-ragu di hati hanya dibiarkan. Keinginannya untuk merasai
ais krim itu cuba direlakan. Nak juga dia merasai ais krim yang menjadi
kegilaan ramai tu.
“Hmm
as you said, sedap. Apa nama dia tadi?” ucap Syed Adrian ikhlas bersertakan
soalan. Ya, ais krim tu memang sedap! Lebih sedap daripada ais krim kat hotel
lima bintang yang sering menjadi santapannya sebelum ni.
Amanda hanya tersenyum. Gembira
dengan penerimaan lelaki itu.
“Mc Flurry...” jawabnya pendek.
Syed Adrian cuma mengangguk tanda
mengerti. Sekali lagi dia menyudu ais krim itu ke dalam mulut. Ermm rasanya memang sedap. Memang enak.
Memang lazat. Dan nampaknya, dia memang percayakan Amanda kali ni. Senyuman
yang cukup puas dikuntumkan.
P/S: Maaf sebab dah lama tak update. Ada sedikit masalah teknikal & the problem is.. I Heart You Doctor ditolak oleh pihak penerbitan Karyaseni! Hmm sedih kan? Mungkin hanya sedih bagisaya & tidak sedih bagi anda. So, saya ambil inisiatif untuk menghantar karya ini ke syarikat penerbitan lain, Kaki Novel. Harap anda sudi mendoakan supaya karya ini diterima. Sekiranya ditolak sekali lagi, saya akan hantar ke syarikat lain & sekiranya ditolak again & again, I'll give up. Mungkin saya akan menghantar keseluruhan karya ini hanya di blog sahaja sebagai tatapan readers atau mungkin tidak. Sementara nak menunggu keputusan daripada pihak Kaki Novel, I'll stop updating entry. I'm sorry.. or maybe just sebulan sekali. Harap korang dapat bersabar ya :-) Thanks.
Best!
ReplyDeleteAlaaaa npe kna tolak :( hopefully kaki novel will accept IHYD. dont give up k.
thanks... idk how to explain. amin :-) insyallah, thanks!!
Deletebile nk kluar bab 27...x sbar nie...>.<
DeleteBEST...3X.
ReplyDeletethankssss!!!
Deletehtr ke idea kreatif publication.bawah pn hani fazuha
ReplyDeletekalau kaki novel reject, i will. thank you for the idea :-)
DeleteAsha...jgn give-up yea...teruskan usaha awak.
ReplyDeleteinsyallah.. thanks for the support :-)
DeleteAsha don't give up ok teruskan usaha anda chayo chayo I hope novel ini akan diterbitkan tahun ini Amin
ReplyDeletei'm trying to not... amin. hope for the same thing. if it doesn't, i'm sorry :'-)
DeleteBangang betul KS.. Kerana mahalnya syurga(novel KS) macam sampah.. Tak logik tu diterimanya pulak.. Mengong betul ( saja sy dpt dosa free huh) kaki novel is better sis :) takpon hantr jer kat idea kreatif.. Yg hana punya tu.. Dia pon novelis jugak :)
ReplyDeleteeh tak baik cakap macam tu. mungkin IHYD tak menepati citarasa mereka hmm tak apalah, takde rezeki nampaknya. hee insyallah kalau KK tolak, i will try idea kreatif pulak. thanks for the idea!!
DeleteIm truly sorry.. Huhu.. I waiting for your novel.. Huuhuu.. Dari takda comments box samapi sekarang.. Im still waiting.. And i cant wait to know how the ending is.. Huhu.. Whatever it will be.. I always support you :) insayallah ada publisition compny publish novel akak.. Pray for you always.. Kerana sabar itu indah.. Jadi saya memilih untuk sabar.. Heheh
DeleteI'm touched... Thanks for those wonderful words. Insyallah kalau ada rezeki. Thanks a lot again :-)
Deletedon't give up... kita x bole putus asa untuk berjaya... kita kenela bersungguh-sungguh untuk berjaya and xde istilah putus asa pada org yg ingin berjaya... so teruskan berusaha and never give up..
ReplyDelete-AD-
insyallah selagi saya tak fed up. thank you ad!
Deletejangan risau..cuba hantar kt tmpt lain..mane tau diterima....kami akan trus menyokong karya anda....
ReplyDeleteinsyallah saya akan cuba hantar ke syarikat lain sekiranya sekali lagi ditolak. terima kasih :'-)
Deleteawak update la cepat sikit tak sabar saya nak dengar cerita tentang adrian dan amanda. yang sweet2 manja tu.awak janganlah sedih mungkin bukan rezeki awak dengan karya seni.awak tak perlu risau kalau diorang tak suka karya awak tapi kami suka dan sentiasa menyokong awak.good luck for your novel and don't sad sad.
ReplyDeleteInsyallah. Terima kasih krna terus menyokong :-)
Deletecerita ni best giler...iA karya awak akan diterima. Uhuhuhu~~giler tak sabar. Update lah lagi~~
ReplyDeleteHahaha thanks :-) aminnn
DeleteKN? KN slow dear. For sure dia akan utamakan penulis2 yang dah popular. New writer diketepikan dulu. Cuba try dekat Idea Kreatif / Love Novel ke.
ReplyDeleteOh yeke? Tak pun. Okay kalau kena tolak, I try those publication pulak :-) thank u for the idea!
Deleteasha tolonglah update. . huhu. . nak tau kisahnya. .
ReplyDeleteInsyallah later k :-)
DeleteNa lagi...asha please la update asap...:)
ReplyDeleteinsyallah later on :-)
Deletesalam... adik asha... jangan sedih... cuba lagi ... ;-)
ReplyDeleteWassalam. Insyallah tak. I'm trying :'-)
DeleteNak lagi please bagi sambunganya lagi bagi banyak-banyak ok dan never give up I will always support you
ReplyDeleteInsyallah.. thnksss :-)
Deletejangan berputus asa... kami menyokong karya asha.... ;-)
ReplyDeleteInsyallah... Thanks :-)
Deleteasha..karya u mmg best.jalan cerita pun menarik..x sabar sambungannya.plz update ASAP...
ReplyDeleteterima kasih... Insyallah akn dtg :-)
Deleteplease update ASAP....
ReplyDeleteDone!
DeleteAsha don't give ok I always support you please update I can't waiting your novel
ReplyDeleteInsyallah.. Thnks
Deletedon't gave up....saya sentiasa menanti cerita ini diterbitkan...in sha allah..sama-sama kita doakan
ReplyDeletedon't gave up....saya sentiasa menanti cerita ini diterbitkan...in sha allah..sama-sama kita doakan
ReplyDelete