Friday, March 21, 2014

I Heart You, Doctor! 26

BAB 26          
PERLAWANAN bola sepak liga Sepanyol yang sering dinanti-nantikan oleh para peminat liga tersebut menjadi tatapan. Barcelona FC vs Real Madrid CF. Kedua-duanya merupakan kelab gergasi yang cukup terkenal dalam arena bola sepak.
            Syed Adrian kelihatan leka menghayati perlawanan tersebut. Seperti biasa, dia tak pernah terlepas untuk menonton perlawanan yang disertai oleh kelab kegemarannya, Barcelona FC. Sejak dari kecil lagi, kelab liga Sepanyol itu menjadi pujaannya. Kecekapan para pemain Barcelona dalam memanfaatkan bola benar-benar dikaguminya.
            Amanda yang baru saja muncul dari dapur itu turut mengikuti perlawanan tersebut. Kemunculan Cristiano Ronaldo yang berjersi 7 di kaca tv seolah-olah menarik dirinya untuk terus berada di situ. Walauweh... handsome betul mamat ni! Dah lah tinggi... badan pun tegap... muka pun maco... senyuman pun menawan... hatiku pun tertawan... arghhh boleh jadi gila kalau asyik mengusyar pemain Portugis ni.
            Entah kenapa tiba-tiba saja mata redupnya gatal nak memandang ke arah Syed Adrian. Hmm agak-agaknya lah kan, antara Cristiano Ronaldo yang kacak to the death tu dengan Syed Adrian yang  kacak tak ingat dunia ni, mana satu yang lebih handsome? Amanda mula membuat perbandingan. Pening pula dia nak memilih.
            “Kau ni dah kenapa? Pandang muka aku macam nak telan aje. Aku tahu lah muka aku ni handsome. Lebih handsome daripada Cristiano Ronaldo yang bajet tu kan?” Syed Adrian mula angkat bakul. Selamba aje dia mengkritik pemain yang langsung tak menepati citarasanya itu.
            Amanda yang mendengar kutukan yang ditujukan untuk ‘boyfriend’nya itu dah mula terangkat. Tak semena-mena punggungnya terbangun dari sofa. Amboi... sedapnya mulut kau dok mengutuk ‘boyfriend’ aku, Adrian? Wajah lelaki itu direnung tajam.
            “Eee... tolong lah jangan nak perasan sangat! Kalau saya diberikan mandat untuk memilih antara awak dengan Ronaldo tu, dah lama dah saya pilih dia! Hmm dia handsome, dia kaya, dia glamour, dia pujaan wanita, dia charming, dia....”
            Baru saja Amanda nak meneruskan kata-katanya....                         
            “Dia bajet bagus, dia berlagak, dia kaki bangku... hah apa lagi? Sudah lah... Lagipun, dah tercatat kat Luh Mahfuz yang aku ni jauh lebih perfect daripada dia. Aku handsome, aku kaya, aku glamour, aku pujaan wanita, aku charming... Hmm tak puas hati lagi?” Syed Adrian mula menunjuk-nunjuk. Matanya masih kekal memandang ke arah tv.
            Sengaja dia nak menaikkan suhu badan Amanda. Biar minah tu berasap sikit.
            Amanda mula menunjukkan riak menyampah. Sungguh dia memang menyampah melihat sikap Syed Adrian yang suka sangat memuji keistimewaan dirinya sendiri. Aku tahu lah kau tu handsome, kaya, glamour, pujaan wanita dan charming bagai! Tapi tak payah lah nak show off. Amanda dah mula memberontak dalam hati.
            “Whoa... whoa... Messi... goal!!!!” jerit Syed Adrian sekuat hati sehingga menyebabkan banglo itu bergema kuat.
            Tendangan mantap daripada Lionel Messi itu menyebabkan Real Madrid CF kalah 1-0 ke atas Barcelona FC pada masa pertama.
            Amanda yang menyaksikan kesuraman wajah Cristiano Ronaldo akibat gagal menempa goal itu turut menumpang simpati. Hmm tak apa, Ronaldo... Tak apa. Ada padi buat beras, kejap lagi kita balas! Eh, pantun ke peribahasa ni?
            Sekotak popcorn yang berada di tangan Syed Adrian lantas dirampas tanpa rasa bersalah. Rampasan bola yang dilakukan oleh Cristiano Ronaldo daripada Gerrard Pique membuatkan dia sedikit terangkat. Aura kemenangan mula dirasai saat bola tersebut dikuasai oleh pemain kegemarannya itu.
            Tiba-tiba....
            “Goaaaal!!!!!!!!!” jerit Amanda pula sehingga menyebabkan banglo itu bergema untuk kali dua. Riak menyampah yang ditayangkan oleh Syed Adrian langsung tak dipedulikan.
            Sedang dia asyik menyaksikan perlawanan yang semakin hangat itu, tiba-tiba aje lagu Wrecking Ball, nyanyian Miley Cyrus mula bergema melalui Iphone 5s miliknya. Gangguan yang mengejut itu membuatkan Amanda sedikit tersentak. Lantas Iphone 5s yang diletakkan di atas meja kopi dicapai.
            “Assalammualaikum...”
            Diam.
            “Ya, saya tengah free sekarang ni.”
            Diam lagi.
            “Okey, saya datang sekarang.”
            Talian dimatikan. Kunci kereta yang diletakkan di atas meja kopi lantas dicapai. Lalu segera dia mengangkat punggung untuk beredar situ.
            Saat kakinya sudahpun menapak di depan pintu utama, dahinya ditepuk perlahan. Tanpa melengah-lengahkan masa, lantas Amanda menapak ke ruang tamu semula untuk meminta izin.
            “Adrian, saya pergi dulu tau. Ada emergency.” terus saja dia berlalu tanpa mendengar jawapan daripada lelaki itu.
            Syed Adrian hanya buat tak tahu. Dia lebih senang menghayati perlawanan bola sepak yang masih berlangsung itu. Namun, jauh di sudut hati dia berasa khuatir pula akan keselamatan si isteri.
            “Alah... Amanda tu bukannya budak kecil pun. Boleh aje dia jaga diri dia sendiri.” Syed Adrian mula bermonolog sendirian sekadar untuk menyedapkan hati.

SELESAI sahaja merawat pesakit, lantas beg tangan Carlo Rino dicapai. Suis lampu dan kipas yang terletak di tepi pintu mula dimatikan.
            Jam di tangan mula diperhatikan. Pukul 12 malam. Tak melampau sangat ke? Hmm pasti Syed Adrian sedang menunggu kepulangannya sekarang ni. Keluhan kecil dilepaskan. Baru saja dia nak mengajak Syed Adrian makan malam setelah menonton perlawanan bola sepak tadi. Tapi.... apakan daya. Kesibukan kerjaya mengganggu perancangannya.
            Suasana di hospital yang tampak lengang itu membuatkan bulu romanya naik meremang seketika. Apatah lagi lampu yang berada di sekelilingnya agak malap. Amanda memeluk tubuh. Takut sekiranya perkara yang berada di luar jangkaan bakal berlaku.
            Saat kakinya mula menapak di situ, dia merasakan ada kaki yang mengekorinya dari belakang. Bunyi tapak kaki yang semakin menghampirinya membuatkan hatinya berdebar bagai nak rak. Lantas langkah kakinya dipercepatkan. Ya Allah... siapa yang mengekori aku ni? Kau selamatkan lah diriku walau apapun yang berlaku... Doanya dalam hati.
            Terus langkah kakinya mati saat merasakan bahunya dipegang oleh seseorang. Liur diteguk dengan begitu rakus. Hati dah berdebar tak putus-putus. Tubuhnya pula dah menggigil macam nampak tikus. Allahuakbar.... tangan siapa pula yang pegang bahu aku ni? Kau kuatkan lah diriku, ya Allah. Kau lindungilah hambaMu ini....
            Amanda cuba mencari kekuatan. Rasa takut yang melampau untuk toleh ke belakang semakin menebal. Patut ke dia menoleh? Hmm kalau dia tak toleh, macam mana dia nak tahu si empunya tangan yang dok memegang bahunya? Dan kalau dia toleh.... apa yang bakal terjadi agaknya?
            Dengan kudrat yang ada, Amanda memberanikan diri untuk menoleh. Dia yakin, makhluk yang sedang memegang bahunya ini adalah seorang manusia. Ya, dia yakin akan itu. Masakan hantu ada tangan, ya tak? Eh, bukan ke hantu memang ada tangan?
            “Ad... Adrian? Ini awak ke? A... awak buat apa kat sini?” soal Amanda terketar-ketar.
            Hampir saja dia rebah saat melihat keberadaan Syed Adrian di situ. Tubuh lelaki itu sengaja ditilik dari atas hinggalah ke bawah. Erm yalah.... manalah tahu Syed Adrian yang berdiri kat depan mata dia ni tak ada kaki.... Tak ke nahas namanya tu?
            “Kalau aku bukan Adrian.... rasa-rasanya aku siapa?” soal Syed Adrian perlahan. Sengaja dia bikin suara seram. Dan sengaja juga nak menguji tahap keimanan minah ni.
            Amanda tergamam. Pertanyaan seram yang terpacul keluar daripada mulut ‘makhluk’ di depannya itu membuatkan dia berasa cuak. Tak semena mena ayat Kursi terhambur keluar daripada mulutnya. Perlakuan ‘makhluk’ yang masih merenung tajam ke arahnya itu membuatkan dia makin tak keruan. Ya Allah... kenapa ayat Kursi yang aku baca tak berkesan ni? Kenapa ‘makhluk’ ni masih tercongok kat depan mata aku ni? Mashallah... aku tersalah tajwid ke apa?
            “Tolong... tolong jangan ganggu aku. Kau nak apa daripada aku? Aku tak kenal kau siapa. Tolong pergi....” spontan aje kata-kata rayuan itu terhambur keluar daripada mulutnya. Mata redupnya mula dipejamkan. Air mata mula membasahi pipi akibat rasa takut ya amat.
            Syed Adrian yang menyaksikan sendiri tangisan si isteri sudah mula naik cuak. Tak sangka lah pula yang Amanda ni bakal menangis sebegitu rupa... Allah! Apa aku nak buat ni?
            “Sshhh... hey, janganlah menangis. Ini aku lah, Adrian. Dah... dah... stop crying. I’m here.” Syed Adrian mula memujuk.
            Tubuh Amanda dibawa ke dalam dakapan. Sengaja dia berbuat sedemikian untuk menenangkan gadis itu. Haih... tak sangka pula yang minah ni bakal menangis. Kalau dia tahu macam ni lah jadinya, jangan harap lah dia nekad nak takutkan si Amanda ni. Aduh, rasa serba salah lah pulak!
            Amanda mula merungkaikan pelukan saat tangisannya sudah kembali reda. Lantas air matanya diseka perlahan. Alahai... rasa malu lah pulak dengan mamat ni. Itulah Manda... yang kau dok menangis kat depan hantu raya ni, dah kenapa? Lepastu siap bertapa kat dalam dakapan dia lagi. Hish, buat malu aje!
            “Awak buat apa kat sini? Sengaja nak takutkan saya? Awak tahu kan yang saya ni lemah semangat. Kalau saya semput tadi, siapa nak jawab? Nenek awak?” suara Amanda dah mula meninggi. Sungguh dia berasa marah dengan tindakan lelaki itu. Kalau nak cari pasal dengan dia sekalipun, agak-agaklah. Janganlah sampai ke tahap yang melampaui batas.
            Syed Adrian hanya mendiamkan diri. Tak mampu dia nak membalas kata-kata gadis itu. Niatnya memang nak takutkan Amanda. Tapi... tak sangka pula yang gadis itu bakal marah sebegitu rupa. Jahat sangat ke perbuatannya sebentar tadi?
            Amanda sudah tidak betah untuk terus berada di situ. Terpandangkan wajah Syed Adrian membuatkan hatinya bertambah sakit. Dah lah mamat tu baru saja bikin dia sakit hati. Tak tentu pasal dia dapat dosa free gara-gara meninggikan suara pada suami. Huh... ni semua Syed Adrian punya pasal!
            Baru saja Amanda mahu beredar dari situ, tiba-tiba dia merasakan tapak tangannya bagaikan digenggam kemas. Sedaya upaya dia cuba untuk melepaskan genggaman itu. Tapi, dia tak mampu. Genggaman daripada Syed Adrian begitu kuat sehingga dia tiada kudrat untuk menepis.
            “Aku minta maaf. Aku tak ada niat pun nak sakitkan hati kau. Aku tak ada niat pun nak takutkan kau. Aku follow kau ni pun sebab aku risaukan keselamatan kau. Just that.” Terang Syed Adrian jujur. Ya, dia benar-benar risaukan keselamatan gadis itu.
            Permohonan maaf daripada Syed Adrian itu langsung tak terkesan di hatinya. Apa yang pasti kini, dia cukup menyampah dengan perangai lelaki itu. Huh... konon risaukan keselamatan aku. Auta betul! Kalau nak bohong pun, agak-agaklah. Dia fikir aku ni budak lima tahun macam dia ke apa? Dasar pembohong!
            “Please, Amanda. Forgive me? I’m seriously talking to you. Please listen to me and trust me. Aku memang risaukan keselamatan kau. Sumpah. Demi Allah.” Syed Adrian dah mula bermain dengan sumpah. Geram bila kata-katanya langsung tak dipercayai.
            Amanda masih membatukan diri. Malas pula dia nak melayan permohonan palsu daripada Syed Adrian tu. Kalau boleh, mahu saja dia blah dari situ. Tapi... macam lah boleh kalau tangannya sudahpun menjadi ‘hak milik’ lelaki itu. Nak blah tanpa tangan, tak boleh lah juga.
            “Bagus lah tu dok main sumpah-sumpah. Karang kalau kena telan dengan sumpah, baru tahu. Hmm alright, saya maafkan awak. Tapi... dengan satu syarat.” Amanda mula bermain tarik tali. Sengaja dia nak mengambil kesempatan. Time-time macam ni lah kena manfaatkan peluang yang ada sebaik mungkin.
            Syed Adrian menjongketkan keningnya. Penasaran dengan permintaan gadis itu. Hmm syarat? Kenapa lah si Amanda ni suka sangat bermain dengan syarat?
            “What’s that?” soal Syed Adrian ingin tahu. Jangan dia suruh aku ceraikan dia, sudahlah!
            “Belanja saya McD. Saya lapar lah....” Amanda sengih.
            Keluhan kecil dilepaskan. Nak tak nak, terpaksa lah dia menurut kehendak Amanda tu. Hmm daripada minah ni minta benda yang bukan-bukan, lebih baik dia belanja McD aje lah. Haih... nasib kau lah Adrian. Siapa suruh kau buat hal tadi? Syed Adrian menyesal sendiri.

WAJAH Amanda yang nampak teruja sambil menikmati Mc Chicken itu dipandang. Entah apa yang seronok sangat dengan burger itu pun dia tak tahu. Nak kata Mc Chicken tu lazat hingga menjilat jari, tak ada lah lazat mana. Lazat lagi ikan masak asam pedas butterfish... Eh?
            “Awak tak nak rasa burger ni ke? Sedap... Nah, rasa lah sikit.” pelawa Amanda seriang-riang kanak-kanak Ribena.
            Syed Adrian cuma menggeleng. Mati pula seleranya saat melihat burger ayam itu. Sungguh dia memang tak berminat dengan ‘golongan’ burger ni. Alasan? Entah... Dia sendiri tak tahu. Apa yang pasti, burger melambangkan pemakanan yang tidak sihat pada pandangannya.
            “Err jujur saya katakan, awak ni satu-satunya lelaki pelik dan aneh yang pernah saya temui kat dunia ni. Like seriously.” ucap Amanda cukup serius seolah olah kata-katanya itu benar-benar serius. Tapi, memang serius pun!
            “Well, aku ni limited edition. Susah tahu nak cari lelaki pelik tapi comel macam aku ni. Hmm kau memang beruntung sebab dapat kahwin dengan aku dan kau sepatutnya bersyukur sebab aku pilih kau. Kalau kau nak tahu, barang siapa yang berjaya menikahi Syed Adrian Michael, maka dialah orang yang paling beruntung kat dunia ni.” Syed Adrian mula mendabik dada.
            Amanda yang mendengar sudah naik menyampah. Hampir saja burger yang ditelannya itu mahu tersekat di celah kerongkong. Err apa pasal lah Syed Adrian ni perasan sangat? Macam lah aku ni teringin sangat nak kahwin dengan dia? Huh... beruntung ke apanya. Malang tak berbau ada lah!
            “Sudah-sudah lah tu. Naik berkuman ear drum saya ni bila dengar awak cakap macam tu. Haih.... bilalah awak nak berubah ni, Adrian? Meraung mummy agaknya kalau dia tengok anak dia still macam ni....” selamba aje Amanda dok menyindir. Langsung tak menunjukkan riak bersalah.
            Syed Adrian hanya buat pekak. Sindiran yang penuh selamba daripada Amanda itu langsung tak lumat ke dalam pendengarannya. Lagipun, dia memang tak berminat nak berbahas soal itu. Maksudnya, dia tak berminat untuk berubah. Dia lebih sukakan dirinya yang sebegini.
            “Ais krim apa yang kau makan tu?” soal Syed Adrian tiba-tiba. Saja nak mengubah topik.
            Amanda yang baru saja tersedar akan pertanyaan lelaki itu mula menjongketkan kening. Cawan Mc Flurry dan wajah Syed Adrian yang nampak hairan dipandangnya secara silih berganti. Macam tak percaya... mamat ni tak pernah makan Mc Flurry ke?
            “Mc Flurry. The combination of vanilla ice cream and oreo biscuit. Awak tak pernah rasa ke?” soal Amanda ingin tahu.
            Hairan pula dia melihat kehidupan Syed Adrian yang cukup membosankan ni. Macam katak di bawak tempurung pun ada. Semua benda tak pernah dimakan! Apa benda yang mamat ni pernah makan pun... dia sendiri tak tahu.
            Gelengan daripada lelaki itu membuatkan dia hampir tersedak. Hmm memang dia dah agak dah! Confirm mamat ni tak pernah rasa Mc Flurry ni. Ya Allah, kesiannya... Sungguh dia jatuh simpati pada lelaki itu.
            “Kalau kau nak tahu, inilah kali pertama aku jejakkan kaki ke sini.” jujur Syed Adrian berkata.
            Ke berapa kalinya Amanda menggeleng. Rasa simpatinya terhadap lelaki itu semakin menebal. Memang susah dia nak percaya akan kenyataan itu. Tapi... itulah kebenarannya. Seperti yang dia katakan sebelum ni, tak ada apa yang mustahil jika hal itu melibatkan Syed Adrian. Nothing’s impossible about him.
            Sesudu ais krim Mc Flurry dihalakan pada mulut Syed Adrian. Sungguh dia berharap agar lelaki itu menerima suapannya untuk sekali seumur hidup. Yalah.... apa salahnya dok merasa Mc Flurry untuk sekali seumur hidup, ya tak?
            “Nah, rasalah. Sedap... confirm awak takkan menyesal. Trust me.” sekali lagi Amanda mempelawa.
            Syed Adrian seolah olah berada dalam dilema. Hmm nak rasa ke tak? Nak rasa ke tak? Kalau tak rasa, macam rugi lah pulak. Dan kalau dia rasa... tak ke menyesal? Yalah... manalah tahu ais krim tu memang tak sedap. Tapi... nampak macam sedap aje? Haiyaa Adrian... nak ke tak nak ni?
            Perlahan-lahan Syed Adrian membuka mulutnya. Rasa ragu-ragu di hati hanya dibiarkan. Keinginannya untuk merasai ais krim itu cuba direlakan. Nak juga dia merasai ais krim yang menjadi kegilaan ramai tu.
            “Hmm as you said, sedap. Apa nama dia tadi?” ucap Syed Adrian ikhlas bersertakan soalan. Ya, ais krim tu memang sedap! Lebih sedap daripada ais krim kat hotel lima bintang yang sering menjadi santapannya sebelum ni.
            Amanda hanya tersenyum. Gembira dengan penerimaan lelaki itu.
            “Mc Flurry...” jawabnya pendek.
            Syed Adrian cuma mengangguk tanda mengerti. Sekali lagi dia menyudu ais krim itu ke dalam mulut. Ermm rasanya memang sedap. Memang enak. Memang lazat. Dan nampaknya, dia memang percayakan Amanda kali ni. Senyuman yang cukup puas dikuntumkan.

P/S: Maaf sebab dah lama tak update. Ada sedikit masalah teknikal & the problem is.. I Heart You Doctor ditolak oleh pihak penerbitan Karyaseni! Hmm sedih kan? Mungkin hanya sedih bagisaya & tidak sedih bagi anda. So, saya ambil inisiatif untuk menghantar karya ini ke syarikat penerbitan lain, Kaki Novel. Harap anda sudi mendoakan supaya karya ini diterima. Sekiranya ditolak sekali lagi, saya akan hantar ke syarikat lain & sekiranya ditolak again & again, I'll give up. Mungkin saya akan menghantar keseluruhan karya ini hanya di blog sahaja sebagai tatapan readers atau mungkin tidak. Sementara nak menunggu keputusan daripada pihak Kaki Novel, I'll stop updating entry. I'm sorry.. or maybe just sebulan sekali. Harap korang dapat bersabar ya :-) Thanks.

43 comments:

  1. Best!
    Alaaaa npe kna tolak :( hopefully kaki novel will accept IHYD. dont give up k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks... idk how to explain. amin :-) insyallah, thanks!!

      Delete
    2. bile nk kluar bab 27...x sbar nie...>.<

      Delete
  2. htr ke idea kreatif publication.bawah pn hani fazuha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kaki novel reject, i will. thank you for the idea :-)

      Delete
  3. Asha...jgn give-up yea...teruskan usaha awak.

    ReplyDelete
  4. Asha don't give up ok teruskan usaha anda chayo chayo I hope novel ini akan diterbitkan tahun ini Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. i'm trying to not... amin. hope for the same thing. if it doesn't, i'm sorry :'-)

      Delete
  5. Bangang betul KS.. Kerana mahalnya syurga(novel KS) macam sampah.. Tak logik tu diterimanya pulak.. Mengong betul ( saja sy dpt dosa free huh) kaki novel is better sis :) takpon hantr jer kat idea kreatif.. Yg hana punya tu.. Dia pon novelis jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak baik cakap macam tu. mungkin IHYD tak menepati citarasa mereka hmm tak apalah, takde rezeki nampaknya. hee insyallah kalau KK tolak, i will try idea kreatif pulak. thanks for the idea!!

      Delete
    2. Im truly sorry.. Huhu.. I waiting for your novel.. Huuhuu.. Dari takda comments box samapi sekarang.. Im still waiting.. And i cant wait to know how the ending is.. Huhu.. Whatever it will be.. I always support you :) insayallah ada publisition compny publish novel akak.. Pray for you always.. Kerana sabar itu indah.. Jadi saya memilih untuk sabar.. Heheh

      Delete
    3. I'm touched... Thanks for those wonderful words. Insyallah kalau ada rezeki. Thanks a lot again :-)

      Delete
  6. don't give up... kita x bole putus asa untuk berjaya... kita kenela bersungguh-sungguh untuk berjaya and xde istilah putus asa pada org yg ingin berjaya... so teruskan berusaha and never give up..

    -AD-

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah selagi saya tak fed up. thank you ad!

      Delete
  7. jangan risau..cuba hantar kt tmpt lain..mane tau diterima....kami akan trus menyokong karya anda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah saya akan cuba hantar ke syarikat lain sekiranya sekali lagi ditolak. terima kasih :'-)

      Delete
  8. awak update la cepat sikit tak sabar saya nak dengar cerita tentang adrian dan amanda. yang sweet2 manja tu.awak janganlah sedih mungkin bukan rezeki awak dengan karya seni.awak tak perlu risau kalau diorang tak suka karya awak tapi kami suka dan sentiasa menyokong awak.good luck for your novel and don't sad sad.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah. Terima kasih krna terus menyokong :-)

      Delete
  9. cerita ni best giler...iA karya awak akan diterima. Uhuhuhu~~giler tak sabar. Update lah lagi~~

    ReplyDelete
  10. KN? KN slow dear. For sure dia akan utamakan penulis2 yang dah popular. New writer diketepikan dulu. Cuba try dekat Idea Kreatif / Love Novel ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke? Tak pun. Okay kalau kena tolak, I try those publication pulak :-) thank u for the idea!

      Delete
  11. asha tolonglah update. . huhu. . nak tau kisahnya. .

    ReplyDelete
  12. Na lagi...asha please la update asap...:)

    ReplyDelete
  13. salam... adik asha... jangan sedih... cuba lagi ... ;-)

    ReplyDelete
  14. Nak lagi please bagi sambunganya lagi bagi banyak-banyak ok dan never give up I will always support you

    ReplyDelete
  15. jangan berputus asa... kami menyokong karya asha.... ;-)

    ReplyDelete
  16. asha..karya u mmg best.jalan cerita pun menarik..x sabar sambungannya.plz update ASAP...

    ReplyDelete
  17. Asha don't give ok I always support you please update I can't waiting your novel

    ReplyDelete
  18. don't gave up....saya sentiasa menanti cerita ini diterbitkan...in sha allah..sama-sama kita doakan

    ReplyDelete
  19. don't gave up....saya sentiasa menanti cerita ini diterbitkan...in sha allah..sama-sama kita doakan

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.