BAB
31
“ADAM
memang ada kaitan dengan masa lalu Amanda.” ucap Alfad perlahan. Takut
sekiranya kenyataan itu bakal membuatkan bosnya melenting.
“Apa dia?” soal Syed Adrian perlahan
tapi tegas. Wajahnya sudah bertukar kemerah-merahan. Hanya nak menunggu gunung
berapi meletus aje sekarang ni.
“Err
mereka pernah bertunang dulu.” jawab Alfad terketar-ketar.
Teringatkan kata-kata Alfad beberapa
jam yang lalu membuatkan dadanya bertambah sesak. Serta merta moodnya berubah saat mengetahui
kenyataan itu. Terlalu sukar baginya untuk menerima kenyataan pahit yang tak
diketahuinya selama ni. Jujur dia katakan, dia berasa kesal akan sikap Amanda
dan keluarganya yang sanggup merahsiakan hal sebesar ini.
Sanggup kau tipu aku, Amanda?
Sanggup kau memperbodohkan aku selama ni? Kau fikir, aku ni apa? Patung cendana
yang langsung tak ada perasaan? Ke lelaki bodoh yang pantas dipermainkan? Syed
Adrian mula berperang dalam hati.
Sungguh dia tak dapat menerima
penipuan yang dimainkan oleh gadis itu selama ni. Sungguh dia juga tak dapat
menerima permainan yang dicipta oleh keluarganya sendiri. Apa motif mereka
sebenarnya ni? Nak melupuskan Emilin dalam ingatan aku ke apa? Atau nak
mempergunakan aku bagi menutup segala kejahilan Adam?
Chevrolet Corvette dipandu bagaikan
tiada arah. Tali leher yang dipakai kemas mula dirungkaikan. Butang kemeja biru
tua yang paling atas mula ditanggalkan.
Syed Adrian tertekan sendiri.
Fikirannya yang agak kusut dengan masalah yang berlaku menambahkan lagi tekanan
dalam diri. Kalau diizinkan sekarang ni, mahu saja dia bunuh diri.
Tapi... dia tak sebodoh tu. Dan dia
tak sebengap tu. Masakan dia sanggup membunuh diri gara-gara seorang perempuan
yang langsung tiada tempat di hatinya? Tak ke bodoh namanya tu? Mahu saja
perempuan tu bertepuk tangan saat melihat kekalahannya nanti. Tidak! Dia tak
boleh kalah. Ya, dia tak boleh kalah terutamanya, dengan perempuan selembab
Amanda tu.
Terhuyung hayang keretanya dipandu.
Saat Chevrolet Corvette itu hampir berlanggar dengan sebuah lori trak, lantas
Syed Adrian menekan brek. Tak semena mena tubuh sasanya terhumban ke depan.
Huh... nasib baik tak terhumban ke luar. Kalau tak, memang dia jadi arwah lah
petang ni.
Stereng diketuk kuat. Darah yang
mula mengalir di dahi hanya dibiarkan. Rasa pedih di hati cuba dihiraukan. Rasa
sayang yang mula membuku di hati cuba dinafikan. Dia tak mahu jatuh. Ya... dia
tak mahu jatuh tersungkur di depan gadis itu. Dan dia juga tak mahu tertunduk.
Sesungguhnya, dia bukanlah seorang lelaki yang mudah untuk ditundukkan!
“Apa aku nak buat sekarang ni?
Takkan aku nak lepaskan Amanda macam tu aje? No! Aku tak boleh lepaskan dia. Dia hak aku, dia milik aku. Tak ada
siapa yang boleh dapatkan dia selain daripada aku. Termasuk Adam...” ucap Syed
Adrian penuh dendam.
Iphone 5s yang berada di seat sebelah mula dipandang.
“Patut ke aku minta penjelasan
daripada mummy? Hmm mungkin. Kalau
bukan mummy yang perlu jelaskan
semuanya, siapa lagi? Amanda? Huh... macam lah dia nak mengaku. Kalau aku tetak
kepala dia dengan parang sekalipun, belum tentu dia akan mengaku. Arghhh bastard!” Syed Adrian mula
menyumpah.
Lantas Iphone 5s dicapai tanpa
berfikir panjang. Nombor telefon vila mummynya
mula didail tanpa rasa ragu-ragu.
“Assalammualaikum,mummy.
I want to ask you something and I really need your explanation. So, mummy free
tak sekarang ni?” ucap Syed Adrian serius.
“Okey, Rian datang sekarang.” Talian
dimatikan.
Rasa amarah di hati cuba untuk
disembunyikan. Belum sampai masanya untuk dia menunjukkan rasa amarah itu pada mummy. Dia perlu bertentang mata dengan
wanita itu terlebih dahulu. Ya, dia perlu.
Tanpa membuang masa, segera Chevrolet
Corvette dipandu ke vila mummynya.
WAJAH
Syed Adrian yang sudah bertukar kemerah-merahan itu dipandang. Rasa bersalah
yang menggunung mula menyelubungi dirinya. Sungguh dia tak sangka yang putera
sulungnya bakal mengetahui tentang masa lalu doktor keluarganya itu. Pasti ada
mulut yang membongkarkan rahsia ini atau... Syed Adrian yang siasat sendiri?
“Come
on, mummy. I just want an explanation from you! Susah sangat ke mummynak jelaskan semua ni? Erm Rian rasa susah, kalau niat mummy sebenarnya nak hancurkan masa
depan Rian!” jerit Syed Adrian sekuat hati sehingga menyebabkan vila itu
bergema.
Tan Sri Henry sedaya upaya cuba
untuk menenangkan putera sulungnya itu. Bahu Syed Adrian ditepuk lembut. Dia
tahu, begitu sukar bagi anak itu untuk menerima semua ni. Apatah lagi sudah ada
bibit-bibit cinta antara mereka. Hmm
mungkin Syed Adrian tak pernah meluahkan semua itu. Tapi... dia yakin yang anak
itu sudah mula menyayangi Amanda.
“Hands
off me, daddy! Daddy pun sama macam mummy,
kan? Sengaja nak musnahkan masa depan Rian! Ooo... that’s why kalian teringin sangat nak tengok Rian berkahwin dengan
perempuan tu. Rupa-rupanya,ada udang di sebalik batu? Huh!” suara Syed Adrian
semakin menaik. Sungguh api kemarahannya langsung tak dapat dikawal. Dia
benar-benar kesal akan sikap mereka berdua ni.
“Calm
down, Rian. Kamu belum dengar lagi apa-apa penjelasan daripada mummy kan? So, kamu tak ada hak nak menuduh kami secara melulu! We did it just for the sake of you! Kami
buat semua ni bukan sebab nak musnahkan masa depan kamu... Tapi kami nak kamu
berubah! Sedar! Bangun! Dan bangkit daripada masa lalu kamu tu. Just that, Rian... Susah sangat ke kamu
nak faham?” Puan Sri Sharifah mula bersuara setelah lama mendiamkan diri.
Sejujurnya, dia memang tiada niat
pun nak menghancurkan masa depan anak itu. Malah, dia nak anak itu berubah. Dan
bangun daripada kegelapan masa lalu. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan
untuk menikahkan Syed Adrian dengan Amanda. Sebab... dia yakin yang gadis itu
dapat mengubah putera sulungnya. Dan alhamdullilah... seperti yang dijangkakan,
putera sulungnya itu sudah mula berubah sedikit demi sedikit setelah berkahwin
dengan Amanda.
Rambut hazelnya yang sudah siap berserabut diserabutkan lagi. Sungguh
fikirannya berasa runsing sekarang ni. Pening sama ada nak percayakan kata-kata
mummy ataupun tidak. Sama ada benar
ataupun tidak di sebalik kata-kata itu... dia sendiri pun tak pasti.
“Your
mummy is right. Kami lakukan semua ni semata-mata kerana kamu. Kami nak
tengok kamu berubah dan kembali ke jalan yang sepatutnya, Rian. That’s why kami pilih Amanda. Sebab kami
yakin yang dia mampu membawa sinar dalam hidup kamu. Dan kami juga yakin,
dengan adanya Amanda dalam hidup kamu, bayangan Emilin bakal mati seperti
jasadnya. Kami tak nak kamu terus dihantui, Rian. Kami nak kamu redha... dan pasrah.”
terang Tan Sri Henry lembut dan jujur. Memang itulah niat asal mereka.
“I
don’t understand with both of you. Apasal dalam berjuta-juta perempuan kat
dunia ni, Amanda juga yang kalian pilih? Kalian tahu kan, Amanda tu siapa... She is my brother’s love and also his ex
fiancé. Do you know how I feel when I know about this fact?” suara Syed
Adrian masih meninggi. Mata biru lautnya semakin merah akibat menahan marah.
Air matanya juga hampir mengalir gara-gara rasa kecewa akan sikap orang tuanya
itu.
Puan Sri Sharifah kesal sendiri. Dia
tak sepatutnya merahsiakan hal itu daripada pengetahuan Syed Adrian. Ya... anak
ini berhak untuk tahu soal masa lalu isterinya sendiri. Dan dia juga tak berhak
untuk merahsiakan hal sebesar ini.
“Hurt...
painful...and pathetic. That’s what I feel. Rian tak sangka yang selama ni
Rian hidup dengan cinta mati adik Rian sendiri... Rian rasakan yang diri Rian
ni macam loser... Do you know what I
mean?” ucapnya perlahan. Sudah habis tenaganya untuk terus berkata-kata.
Syed Adrian mula mengambil langkah
untuk berlalu. Namun, langkahnya mati saat ditegur oleh satu suara.
“Adrian, kami nak minta maaf pada
kamu. Kami tak ada niat pun nak sakitkan hati kamu... nak lukakan hati kamu...
Kami cuma nak lihat kamu bahagia dan berubah. Itu aje... tak lebih daripada itu.”
ucap Puan Sri Sharifah ikhlas dari lubuk hati.
“Please,
Adrian... Jangan marahkan Amanda. Dia tak bersalah pun. Dia buat macam ni
pun sebab mummy yang paksa. I force her to accept you... to change
you... to make you happy... and to bring you into a happiness... Tolong
maafkan dia. Dia tak berdosa... Malah, mummy
yang berdosa sebab dok paksa dia dulu.
I’m sorry, dear...” rayu Puan Sri
Sharifah perlahan.
Syed Adrian hanya membatukan diri.
Wajah si mummy langsung tak dipandang.
Dia perlu mencari ketenangan sekarang ni. Dia tak boleh balik ke banglo itu dalam
keadaan sebegini. Dia tak mahu memarahi Amanda. Dia perlu bertenang.
Segera dia meninggalkan kedua-dua
orang tuanya itu. Lalu, kakinya mula ditapak ke taman mini vila yang nampak
damai dalam pandangan.
KECANTIKAN
kolam ikan yang menghiasi taman mini itu mula terlekat dalam pandangan. Sebotol
makanan ikan yang diletakkan di tepi kolam mula dicapai. Lantas beberapa biji
makanan tersebut dihumban ke dalam kolam. Kelihatan ikan-ikan koi sedang
berlumba-lumba untuk mendapatkan makanan tersebut.
Suasana damai di situ seolah olah
dapat mengubati luka yang baru saja mengguris hati. Mungkin ada baiknya jika
dia menghabiskan masa di situ terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Sungguh
dia belum bersedia untuk berdepan dengan Amanda. Takut sekiranya api kemarahan
muncul kembali saat memandang gadis itu.
“Kenapa tak balik lagi ni? Dah nak
masuk maghrib pun, Rian... Baliklah. Kesian Amanda dok menunggu kamu kat rumah tu.” Tan Sri Henry mula memujuk.
Musykil pula dia melihat keberadaan Syed Adrian di situ pada waktu sebegini.
Tak tahu nak balik ke budak ni?
“Daddy
ni nak menghalau Rian ke apa? Malas lah Rian nak balik... Lagipun, Manda belum
balik time-time macam ni.” Syed
Adrian bersuara perlahan.
Sengaja dia mencari alasan untuk
terus berada di situ. Tapi... memang betul pun. Amanda sering balik lambat.
Alasan? Banyak pesakit katanya. Nak percaya ataupun tidak, dia sendiri tak
pasti. Apatah lagi saat teringatkan penipuan yang dicipta oleh gadis itu selama
ni. Luntur sudah kepercayaannya terhadap si isteri.
“Kamu cintakan dia?” korek Tan Sri
Henry berhati-hati.
Nak juga dia tahu pasal isi hati
putera kesayangannya itu. Yalah... manalah tahu dah ada cinta antara mereka.
Boleh juga dia tumpang bahagia!
Syed Adrian menggeleng perlahan.
Riaknya seakan akan tak berperasaan.
Tan Sri Henry mengeluh kecil. Kesal
pula dia melihat kekebalan hati Syed Adrian yang serupa macam batu bersurat tu.
Haih... dah sebulan hidup sebumbung pun, masih tak ada cinta ke? Hmm pelik betul anak aku sorang ni. Adrian
ni alien ke orang?
“Kamu... sayangkan dia?” sekali lagi
Tan Sri Henry mengorek. Harap-haraplah budak ni mengangguk. Ya, itulah
harapannya!
“Yes...
Rian sayangkan dia. Kelakar kan, daddy?”
Syed Adrian tergelak kecil. Lawak pula bila ditilik semula akan kenyataan itu.
Macam tak percaya pun ada.
“Apa yang kelakar?” soal Tan Sri
Henry hairan. Ha’ah, apa yang kelakar? Kepalanya yang langsung tak gatal digaru
perlahan. Pelik.
“Putera sulung Tan Sri Henry Michael
yang merupakan lelaki idaman para wanita boleh menyimpan rasa sayang terhadap
seorang doktor nerd yang cukup
lembab. Tak ke kelakar tu? It used to be
a funny thing!” jawab Syed Adrian selamba. Riak si daddy yang seakan-akan tercengang langsung tak dihiraukan.
“Dan apa yang paling kelakar sekali,
doktor nerd yang lembab tu merupakan
cinta mati Syed Adam Mikhail, putera bongsu Tan Sri Henry sendiri. Don’t you think it’s so funny?” tambah
Syed Adrian lagi. Kali ni ditambah dengan kata-kata sinis pula.
Tan Sri Henry yang mendengar hanya
mendiamkan diri. Berat mulutnya nak membalas kata-kata putera sulungnya itu.
Mana taknya, hal itu melibatkan kedua-dua puteranya. Dia tak boleh berat
sebelah. Dan dia juga perlu berlaku adil.
“Itu kisah lama, Rian. Usah dikenang
lagi. Dah berkubur dah pun... Daddy
tak rasa yang Amanda masih mengharap pada Adam lagi. Lagipun, dia dah sedia
maklum yang Adam tu sudahpun menjadi hak milik Luna. Tak ada alasan kenapa dia
perlu terus berharap. Apatah lagi dia dah terikat sebagai isteri kamu. Dan dia
juga dah berjanji pada mummy yang dia
akan mengubah kamu... Just trust me.”
Tan Sri Henry cuba meyakinkan.
Bahu putera sulungnya didakap erat.
Wajah Syed Adrian yang nampak berat dengan masalah itu mula dipandang. Khuatir
pula dia melihat keadaan Syed Adrian yang dah berserabai ni. Haih... gaya macam
hilang bini lah pulak.
“Adam
was so lucky... because my wife had fell in love with him.” luah Syed
Adrian tanpa segan silu.
“And
you’re lucky too... because you’re succeed to take her away from him. Do proud
of yourself, man. Cinta boleh dipupuk. Tak susah.” Tan Sri Henry memberikan
nasihat.
Lantas dia mengangkat punggung untuk
beredar dari situ. Biarlah putera sulungnya itu berfikir secara masak-masak.
Biarlah... Dah tiba masanya untuk anak itu menjadi matang.
Bila nak post lg.....cepat2.....sambung lg
ReplyDeleteDear, memang kat tepi blog ni takde letak link previous entry ke? Susah la nak scroll bawah je..
ReplyDeleteBesttt...sambung cepat2 tau ..hehehe
ReplyDeletenak lagi nxt entry dik...
ReplyDeletebest...
ReplyDeleteSambung cepat2...lama tggu baru dpt n3 baru
ReplyDeletex sabarnye nk tggu sambungannye..best sgt citernye
ReplyDeletecpt la nk y br,dah 2 bln tau kami tunggu dpt 1 je.
ReplyDeleteBest!! Cepat2 ye update. Thumbs Up!
ReplyDeletebest...sudah ada bukukah..!!
ReplyDeleteBest citer ni tak sabar nk tahu apa yg trjadi slpas ini
ReplyDeletenext entry dik...
ReplyDeletewhere cn buy this novel??
ReplyDeleteWhoa great !!!
ReplyDeleteNk lagi kak!! Cepat2 sambung eh kak
ReplyDeletethanx for showing us such a wonderful information.i like it.thank you so much.
ReplyDeleteIvanica
Huhuhu bile nk post next entry ? Lame tunggu..
ReplyDeleteMenarik cerita ni. Bila nak diterbitkan?
ReplyDelete