Tuesday, November 25, 2014

I Heart You, Doctor! 32


BAB 32
BUNYI enjin kereta Chevrolet Corvette mematikan lamunannya. Jam antik yang tergantung pada dinding mula dipandang. Dah pukul 10 malam... Aik, lambat betul orang tua ni balik? Singgah disko ke apa? Amanda mula bersangka buruk.
            Punggung diangkat dari atas sofa. Lantas dia mengambil langkah ke pintu utama untuk menyambut kepulangan Syed Adrian. Nafas dihembus perlahan-lahan. Rasa resah untuk berdepan dengan lelaki itu cuba diketepikan. Ini semua gara-gara pertanyaan Dr Emeer haritu. Haih... bilalah masalah ni nak selesai kalau dia tak mengalah? Err macam lah mamat tu boleh mengalah, ya tak?
            Baru saja pintu utama mahu dibuka, tiba-tiba...
            “Oh mak kau!” Amanda terlatah gara-gara terkejut punya pasal.
            Wajah serius lagi lesu yang tersembul di hadapannya mula dipandang. Musykil pula dia melihat kelesuan di wajah lelaki itu. Ditambah lagi dengan penampilan lelaki itu yang nampak serabai. Jangan kata dia ni baru balik dari disko sudah lah!
            “A... awak dari mana ni?” soal Amanda terketar ketar.
            Tindakan Syed Adrian yang asyik merenung ke arahnya membuatkan tubuhnya naik menggigil pula. Sedaya upaya dia cuba untuk mengawal riak. Rasa gerun di hati langsung tak diendahkan. Malah, dia hanya bersahaja.
            Lima minit berlalu. Pertanyaan Amanda masih belum terjawab. Lelaki itu masih setia merenung ke arahnya. Amanda hanya mampu tertunduk memandang lantai. Sungguh dia tak sanggup nak membalas renungan lelaki itu. Apatah lagi renungan Syed Adrian itu bagaikan satu petanda yang lelaki itu mahu memarahinya.
            “Ke... kenapa awak pandang saya macam tu? A... ada yang tak ke... kena ke?” sekali lagi Amanda tergagap. Spontan aje mulutnya ditekup perlahan. Wajah Syed Adrian yang masih serius itu dipandang sekilas. Aduhai, sampai bila aku nak jadi patung ni?
            Kali ni ada sedikit perubahan. Syed Adrian mula merapatinya sedikit demi sedikit. Amanda ketakutan. Dia menapak ke belakang. Syed Adrian pula menapak ke depan. Mata biru laut yang asyik merenung ke arahnya itu mula ditatap. Seakan akan mahu mencari niat sebenar lelaki itu di sebalik anak mata.
            Langkah Amanda termati saat pergerakannya dihalang oleh sofa berangkai tiga. Namun, pergerakan Syed Adrian masih diteruskan. Dia kekal merapati gadis itu sehinggakan jarak di antara mereka bersamaan dengan zero.
            Amanda menundukkan wajahnya agar terus menatap keindahan lantai. Tak sanggup dia nak membalas renungan lelaki itu. Dia lebih rela memandang lantai yang kelihatan licin lagi bersinar ni.
            “Look at me...” Syed Adrian mula bersuara setelah hampir dua belas minit dia mendiamkan diri. Wajah Amanda mula dipegang agar gadis itu mendongak dan memandang ke arahnya.
            Dalam keadaan terpaksa, Amanda mendongak. Mata biru laut yang masih merenung ke arahnya itu mula ditatap. Hmm cantik... Cantik mata mamat ni. Betullah tekaan dia selama ni. Mata lelaki ini sama persis dengan mata Joey Parker, si hero dalam filem Another Cinderella Story tu. Ya, tak salah lagi... Memang sama. Hanya mata kot.
            Eh, apa yang kau merepek ni, Manda? Kau tak nampak ke keadaan kau dengan dia sekarang ni? Rapat macam nak berpeluk! Hesy... karang kalau dia peluk kau, baru kau tahu. Nanti tak tentu pasal kau juga yang mengigau malam ni. Err sanggup ke kau igaukan mamat hantu raya ni? Err tak sanggup! Tak sanggup!
            Gara-gara ketinggiannya yang agak melampau, Syed Adrian terpaksa merendahkan tubuhnya sedikit. Lantas tubuh kecil yang rapat dengannya itu dipeluk. Lama.
            Amanda tergamam. Perlakuan Syed Adrian yang sudah boleh diagak itu membuatkan tubuhnya kaku seketika. Macam tunggul. Pelukan itu langsung tak dibalas. Malah, tak juga ditolak. Dia hanya membiarkan. Mungkin lelaki ni sedang tertekan dengan masalah hidup dan memerlukan bahu seseorang untuk ditumpang. Hmm mungkin lah...
            “Adrian... kenapa ni? Awak ada masalah ke?” soal Amanda setelah lama mereka mendiamkan diri. Pelukan di tubuhnya masih belum dilepaskan. Haih... rimas!
            “Adrian... saya tengah bercakap dengan awak ni. Say something, please... Awak ada masalah ke? Kalau ada, share lah dengan saya. Inshallah... saya boleh tolong, selagi saya mampu.” sekali lagi Amanda menyoal.
            Perlakuan lelaki itu yang langsung tak memberi sebarang respon membuatkan dia bertambah khuatir. Putus cinta ke apa laki aku ni? Amanda mula meneka.
            “I hug you because... I need you.” Syed Adrian mula bersuara perlahan. Pelukan masih belum dileraikan.
            Amanda terdiam seribu bahasa. Langsung dia tak faham akan kata-kata lelaki itu. Bukannya dia tak faham ayat tu. Cuma dia tak faham maksudnya yang tersirat.
            “Please, I’m begging to you. Don’t go... don’t leave... Stay, I really need you.” ucap Syed Adrian lembut di telinga gadis itu.
            Untuk kali yang kedua, Amanda tergamam. Dia seakan-akan mengerti akan maksud lelaki itu. Tapi... entahlah. Dia sendiri tak pasti sama ada sangkaanya itu tepat ataupun tidak. Erm apa alasan Syed Adrian agaknya ek? Kenapa lelaki tu seolah-olah menghalangnya daripada pergi? Dia sendiri pun naik hairan.
            Pelukan mula dileraikan.
            “Apa yang awak merepek ni, Adrian? Saya tak ke mana-mana lah. Saya selalu ada dengan awak. Awak tak perlu risau lah... Saya takkan pernah tinggalkan awak selagi lafaz talak belum terucap. Selagi saya bergelar isteri awak, selagi itulah saya akan terus bersama dengan awak...” balas Amanda lembut.
            Rambut hazel Syed Adrian yang sudah berserabai itu sengaja diserabutkan. Entah kenapa tangan dia suka sangat dok pegang rambut tu. Mungkin sebab cantik kot. Kalau tak pun, sebab lembut... Hmm mungkin.
            Beg bimbit si suami yang bersepah di atas lantai mula dipungut. Segera dia mendaki anak tangga untuk meneruskan kerja yang tergendala sebentar tadi, tanpa mempedulikan riak si suami.

AZAN Subuh mula berkumandang. Laungan azan yang kuat dari surau yang terdekat menyebabkan Amanda terjaga dari tidurnya. Mata yang terpejam mula dicelikkan. Urat saraf yang tegang mula diperbetulkan. Tubuh sasa yang berada di sebelahnya mula diperhatikan. Lantas comforter dilucut.
            “Adrian, dah masuk waktu Subuh. Bangun... Bangun...” Amanda mula menjalankan tanggungjawabnya. Seperti biasa, dia akan mengejutkan Syed Adrian yang liat nak bangun Subuh tu. Dan seperti biasa juga, benteng kesabarannya haruslah kukuh. Haih... bukan senang nak kejutkan hantu raya bangun solat Subuh, tahu?
            “Ya Allah, Adrian... Bangun lah. Sampai bila awak nak berdegil macam ni hah? Kalau macam ni lah perangai awak, jangan mimpilah awak boleh berubah. Haih... nasib baik saya yang jadi isteri awak. Kalau Jessica yang jadi... memang sah hari-hari Subuh awak terbabas! Awak dengar ke tak apa yang saya cakap ni?” bebel Amanda berjela-jela.
            Seperti biasa juga, bebelan yang sama bakal terhambur keluar daripada mulutnya sendiri. Dan apa yang paling mengharukan, nama Jessica pasti saja akan diseru. Hai, kesian kat minah tu. Tak tentu pasal nama dia diseru pagi-pagi buta macam ni. Hmm confirm hari-hari dia tersedak setiap kali nak bangun pagi.
            “Emilin... jangan tinggalkan aku, Emilin...” spontan aje nama itu disebut tanpa disedari.
            Amanda terdiam seketika. Hampir tiga minit dia mendiamkan diri gara-gara menyaksikan igauan si suami. Hmm macam tak percaya... mamat ni boleh igaukan arwah kakaknya sendiri? Haih... pelik. Tak pernah dibuatnya pun sebelum ni. Rindukan kak Emilin ke apa?
            “Emilin mana pulak ni, Adrian? Bangunlah... Dah subuh dah ni. Awak nak saya call mummy ke apa? Ke awak nak saya call Emilin?” soal Amanda buat-buat tak tahu. Erm yalah... manalah tahu, kalau mamat ni memang nak dia menelefon Emilin.
            “Apa benda yang kau merepek ni?” Syed Adrian mula tersedar saat terdengar nama Emilin disebut. Aneh pula dia melihat Amanda yang tiba-tiba saja menyebut nama itu. Err aku ada sebut nama Emilin ke tadi?
            “Err apasal dengan awak ni? Awak yang merepek pagi-pagi buta... then nak tuduh saya pulak yang merepek? Call Emilin karang... baru tahu.” jawab Amanda tanpa rasa bersalah. Riaknya cuba untuk dikawal. Dia tak nak Syed Adrian mengesyaki apa-apa.
            “Kau ni dah kenapa? Pagi-pagi buta nak cari pasal dengan aku. Erghhh kacau mood aku betullah.” ucap Syed Adrian bengang. Lantas dia bangun dari pembaringan tanpa mempedulikan riak si isteri.
            Amanda hanya mendiamkan diri tanpa membalas kata-kata lelaki itu. Dia lebih senang mengenang nasib buat masa ni. Igauan Syed Adrian sebentar tadi tiba-tiba saja terngiang-ngiang di benak. Entah kenapa dia berasa sedikit cemburu saat mendengar nama arwah kakaknya diseru oleh lelaki itu.
            Keluhan yang cukup berat dilepaskan.
            Rasa-rasanya, dia tak sepatutnya berasa cemburu. Lagipun, lelaki tu ada hak nak igaukan kakaknya sendiri ke... Jessica ke... Mira ke... siapa ke... Dan hal itu langsung tak ada kena mengena dengan dirinya. Sebab...
            “Ingat, Manda. Kau tu cuma isteri dia di atas kertas aje. Tak lebih daripada tu... Kau kena sedar yang kau tu tak layak untuk dia. Visi kau bersama dia sekarang ni pun, cuma nak mengubah diri dia aje kan? Bukannya nak cari kebahagiaan ataupun sebaliknya...” Amanda cuba memujuk hatinya.
            Ya, dia perlu sedar akan batasan itu. Dia tak boleh sesekali menyimpan harapan ataupun perasaan terhadap lelaki itu. Tugasnya di sini hanya untuk mengubah diri Syed Adrian, tak lebih daripada itu. Amanda mengingatkan dirinya.
ROTI bakar bersama scrambled eggs mula dihidangkan di atas pinggan. Milo panas juga mula dituangkan ke dalam cawan. Setelah selesai, lantas Amanda melabuhkan punggung pada kerusi yang terdekat. Roti bakar mula dikunyah perlahan-lahan.
            “Hi, good morning. Apasal monyok semacam aje ni? Period ke?” soal Syed Adrian ceria. Kelihatan lelaki itu sedang bergegas turun dari tingkat atas.
            Amanda hanya mendiamkan diri. Teguran daripada lelaki itu langsung tak dibalas. Dia lebih senang duduk membatu sambil menikmati hidangan pagi.
            Syed Adrian menjongketkan keningnya seketika.
            Hairan pula dia melihat sikap si isteri yang nampak moody je ni. Nak kata period, tak kot... sebab dia baru saja mengimamkan solat Subuh gadis itu awal pagi tadi. Hmm nak kata hormon tak stabil... mungkin. Alah... lagipun, hormon perempuan memang selalunya tak stabil. Yalah, kejap marah... kejap ketawa... kejap sedih... Dia pun dah boleh hafal lah bab-bab hormon ni.
            “Sedap roti ni. Hmm bekal aku mana?” sekali lagi Syed Adrian menyoal. Sengaja nak memecahkan kebisuan antara mereka. Err terasa janggal lah pula bila berdepan dengan Amanda versi moody ni.
            “Tak buat. Kalau saya buat sekalipun, bukannya awak reti nak makan. Asyik sedekahkan kat kucing aje. Membazir.” balas Amanda dingin.
            Malas pula dia melayan kerenah Syed Adrian pagi-pagi buta macam ni. Mood dia dengan lelaki ni masih belum okey. Apatah lagi bila teringatkan semula igauan lelaki itu pada awal pagi tadi. Huh! Sakit hati!
            “Ooo... tak apa lah. Aku tak kisah pun. Lagipun, aku boleh lunch sendiri.” ucap Syed Adrian perlahan. Senyuman yang sedikit hambar dikuntumkan.
            Amanda hanya buat tak tahu. Riak moody masih lagi ditayangkan. Roti bakar yang baru saja nak digigit terus diletakkan ke dalam pinggan. Mati sudah selera dia sekarang ni.
            “Manda, kenapa tak habiskan tu? Membazir lah... Bak sini bagi aku.” Syed Adrian mula mencapai sisa roti yang tak dihabiskan oleh isterinya itu.
            Amanda yang melihat segera menghalang. Lantas roti itu dirampas daripada tangan lelaki itu. Syed Adrian tercengang melihat tindakan si isteri. Riak ‘apa kes’ mula ditayangkan.
            “Kan ada banyak lagi tu. Ambil aje lah. Lagipun, inikan bekas saya. Takkan awak nak makan ‘tupperware’ saya kot?” soal Amanda hairan.
            “Bukannya najis pun kan? Elok lagi roti tu. Dah, jangan nak banyak cakap. Bak sini bagi aku.” sengaja Syed Adrian menaikkan suara. Sepantas kilat dia merampas roti itu daripada pegangan si isteri.
            “Degil.” balas Amanda pendek sebelum ingin berlalu ke dapur.
            Syed Adrian cuma tergelak kecil. Lucu pula dia melihat mood Amanda yang asyik nak marah aje tu. Hmm marah macam mana sekalipun, muka isterinya itu tetap nampak comel macam selalu. Err comel? Apasal pelik semacam aje bunyinya ni? Sejak bila pula si Amanda tu nampak comel di mata dia? Hmm dia sendiri pun naik hairan. Pelik... pelik...
            Tindakan Amanda yang langsung tak menghiraukan dirinya membuatkan dia berasa tak keruan pula. Jarang pula dia melihat kelakuan Amanda seperti ni.
            Selalunya, Amanda begitu prihatin mengenai perihal dirinya. Hmm dah pergi kerja ke belum... dah ambil bekal ke belum... dah ambil briefcase ke belum... Ya! Itulah soalan-soalan yang sering dikemukakan oleh gadis itu sebelum dia bertolak ke tempat kerja. Tapi... tak pula pada hari ni. Rasa macam tak lengkap pun ada... Ya, tak lengkap!
            “Tak nak salam ke?” soal Syed Adrian saat melihat kemunculan si isteri di meja makan.
            Amanda yang sedang mengelap tangan pada kain mula mematikan kerjanya. Wajah lelaki yang sedang tersenyum manis ke arahnya mula dipandang.
            Entah kenapa dia merasakan yang Syed Adrian nampak lain hari ni. Ya! Lelaki ni nampak lain. Dia nampak lebih lembut daripada sebelumnya. Err bukan lembut macam pondan, tapi lembut dari segi kata-kata. Tiada lagi kata-kata sinis yang sering digunakan seperti selalu.
            Tubuh sasa itu mula dirapati. Lantas tangan lelaki itu dikucup lembut.
            Tiba-tiba aje senyuman Syed Adrian bertukar sinis. Amanda yang perasan akan perubahan itu mula naik hairan. Baru saja dia nak mengalihkan pandangan pada lelaki itu...
            “Cup!
            Sepantas kilat wajahnya bertukar kemerahan-merahan. Rasa hangat di dahi benar-benar menaikkan suhu badannya. Tambahan pula saat melihat hantu raya yang sedang tergelak besar di depannya ini. Sungguh dia rasa macam nak cekik aje mamat kat depan dia ni!
            “Adrian!!! Berani awak rosakkan tudung saya!!!!” jerit Amanda kuat.

            Segera Syed Adrian membuka langkah seribu sebelum memperoleh penampar free daripada si isteri. 

p/s: Assalamualaikum. Maaf sebab dah lama tak update, dan untuk pengetahuan, BAB 32 ni bab terakhir IHYD yang akan saya update. Selebihnya, inshallah, kalau ada rezeki dapatlah korang baca. Teruskan berdoa je lah ;-)

28 comments:

  1. akhirnya, dpt jugak baca sambungan.. harap2 buku cpt publish.. xsaba nak jd org pertama yg baca..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, harap2 begitu. Haha mudah mudahan.

      Delete
  2. Wah... Dapat juga baca.. Buku nak Publish ek?? Kaki novel ke?? Semoga semua berjalan dengan lancar dan Asha Ronaldo, jangan cepat putus asa ok??? Kami semua pembaca setia awak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum pasti lg, msih penilaian, ya kaki novel. Amin, terima kasih doakan. Inshallah saya takkan pts asa, thanks atas sokongan ;)

      Delete
  3. Ala smbunglaa lg..bile nk publish?sy pasti beli novel ni klau dh publish nnti..i'll support IHYD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaflah tak dapat sya nk tunaikan prmintaan yg satu itu.. inshallah next yr, kalau tkde aral, terima kasihhhh!

      Delete
  4. Kalau dah publish buku tu , jgn lupa bagitahu ye , nak beli

    ReplyDelete
  5. x sabarnye nk tggu buku nie diterbitkan..nnt bg lah tahu nie bila buku nie dh diterbitkan :)

    ReplyDelete
  6. Bestnya cerita ni tak sabar nak baca dalam versi cetak saya harap novel ni dapat publish tahun ni atau tahun depan yang penting saya dapat bacanya dalam versi cetak.awak boleh tak buat teaser novel boleh kan rasa rindu kami dengan rayyan dan amanda.saya harap sangat permintaan saya dapat ditunaikan kalau tak boleh saya faham

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha alhamdulilah, terima kasih. Inshallah dear klu berkesempatan :)

      Delete
  7. Dalam penilaian lg ke, sis? Publisher mana?

    ReplyDelete
  8. Huhuhu..where have you been sis ?*crying* hahaha.. I waited for you for a long time.. Lucky me, caused i didnt give up on waiting.. *grin* hahaha.. Love you sis.. Love you rstories.. And your sweet replies to ur reader uh ? Hahah.. Cant u gimme ur link of fb ? It will make easier to me and ur others reader to get contact with you.. And follow up ur story ^^.. Update ur status an the stories there..
    Ps: if u already have one.. Just ignore my nonsense message above.. Hehe.. Gimme link please.. Iam ur kinda fan.. Hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahahaha sweetnya awak ni. Thank you lah sebab sudi baca cerita2 saya ni. Kalau nak contact saya, boleh di twitter; twitter.com/asharonaldo hehe have a great day! Nice to knowu ;)

      Delete
  9. salam dear asha , you punya karya very talented and well...sangatlah tersusun dan rapi ceritanya. lama saya tunggu for your next entry. rindu rasanya nak baca IHYD ! terima kasih laaa sbb publish jgk. nnti kalau dh kluar novel segerakanlah umum kt kitaorang semua :) cepat2 saya akn grab punya! anyway you are very talented! i heart you asha! ;) semoga terus maju jaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam dear captain, thank you! hahaha insyallah kalau ada apa-apa hal saya inform ya. again thanks ;-)

      Delete
  10. Tak sabar nak tunggu dalam bentuk cetakan....harap2 secepat mungkin.

    ReplyDelete
  11. Lama lagi ke :'((((

    ReplyDelete
  12. x sabar nk tgu citer ni dibukuka.

    ReplyDelete
  13. sudah dicetakan ker ? tak sabar nak baca sambungannya . best giler .

    ReplyDelete
  14. Maaf saya baru jumpa blog ni..novel ni dah publish ke??

    ReplyDelete
  15. Bila nak sambung novel ni ya

    ReplyDelete
  16. Belum lg ke novel ni keluar

    ReplyDelete
  17. Sis... Bila nk sambung.. Da dkt 2 thn tunggu... Msh blm dpt dicetak ke?

    ReplyDelete
  18. dah bukukan kee ceritaaa niyy ?? nak sambungannn smpai habissss 😭😭

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.