Sunday, October 12, 2014

I Heart You, Doctor! 31

BAB 31
“ADAM memang ada kaitan dengan masa lalu Amanda.” ucap Alfad perlahan. Takut sekiranya kenyataan itu bakal membuatkan bosnya melenting.
            “Apa dia?” soal Syed Adrian perlahan tapi tegas. Wajahnya sudah bertukar kemerah-merahan. Hanya nak menunggu gunung berapi meletus aje sekarang ni.
            “Err mereka pernah bertunang dulu.” jawab Alfad terketar-ketar.
            Teringatkan kata-kata Alfad beberapa jam yang lalu membuatkan dadanya bertambah sesak. Serta merta moodnya berubah saat mengetahui kenyataan itu. Terlalu sukar baginya untuk menerima kenyataan pahit yang tak diketahuinya selama ni. Jujur dia katakan, dia berasa kesal akan sikap Amanda dan keluarganya yang sanggup merahsiakan hal sebesar ini.
            Sanggup kau tipu aku, Amanda? Sanggup kau memperbodohkan aku selama ni? Kau fikir, aku ni apa? Patung cendana yang langsung tak ada perasaan? Ke lelaki bodoh yang pantas dipermainkan? Syed Adrian mula berperang dalam hati.
            Sungguh dia tak dapat menerima penipuan yang dimainkan oleh gadis itu selama ni. Sungguh dia juga tak dapat menerima permainan yang dicipta oleh keluarganya sendiri. Apa motif mereka sebenarnya ni? Nak melupuskan Emilin dalam ingatan aku ke apa? Atau nak mempergunakan aku bagi menutup segala kejahilan Adam?
            Chevrolet Corvette dipandu bagaikan tiada arah. Tali leher yang dipakai kemas mula dirungkaikan. Butang kemeja biru tua yang paling atas mula ditanggalkan.
            Syed Adrian tertekan sendiri. Fikirannya yang agak kusut dengan masalah yang berlaku menambahkan lagi tekanan dalam diri. Kalau diizinkan sekarang ni, mahu saja dia bunuh diri.
            Tapi... dia tak sebodoh tu. Dan dia tak sebengap tu. Masakan dia sanggup membunuh diri gara-gara seorang perempuan yang langsung tiada tempat di hatinya? Tak ke bodoh namanya tu? Mahu saja perempuan tu bertepuk tangan saat melihat kekalahannya nanti. Tidak! Dia tak boleh kalah. Ya, dia tak boleh kalah terutamanya, dengan perempuan selembab Amanda tu.
            Terhuyung hayang keretanya dipandu. Saat Chevrolet Corvette itu hampir berlanggar dengan sebuah lori trak, lantas Syed Adrian menekan brek. Tak semena mena tubuh sasanya terhumban ke depan. Huh... nasib baik tak terhumban ke luar. Kalau tak, memang dia jadi arwah lah petang ni.
            Stereng diketuk kuat. Darah yang mula mengalir di dahi hanya dibiarkan. Rasa pedih di hati cuba dihiraukan. Rasa sayang yang mula membuku di hati cuba dinafikan. Dia tak mahu jatuh. Ya... dia tak mahu jatuh tersungkur di depan gadis itu. Dan dia juga tak mahu tertunduk. Sesungguhnya, dia bukanlah seorang lelaki yang mudah untuk ditundukkan!
            “Apa aku nak buat sekarang ni? Takkan aku nak lepaskan Amanda macam tu aje? No! Aku tak boleh lepaskan dia. Dia hak aku, dia milik aku. Tak ada siapa yang boleh dapatkan dia selain daripada aku. Termasuk Adam...” ucap Syed Adrian penuh dendam.
            Iphone 5s yang berada di seat sebelah mula dipandang.
            “Patut ke aku minta penjelasan daripada mummy? Hmm mungkin. Kalau bukan mummy yang perlu jelaskan semuanya, siapa lagi? Amanda? Huh... macam lah dia nak mengaku. Kalau aku tetak kepala dia dengan parang sekalipun, belum tentu dia akan mengaku. Arghhh bastard!” Syed Adrian mula menyumpah.
            Lantas Iphone 5s dicapai tanpa berfikir panjang. Nombor telefon vila mummynya mula didail tanpa rasa ragu-ragu.
            “Assalammualaikum,mummy. I want to ask you something and I really need your explanation. So, mummy free tak sekarang ni?” ucap Syed Adrian serius.
            “Okey, Rian datang sekarang.” Talian dimatikan.
            Rasa amarah di hati cuba untuk disembunyikan. Belum sampai masanya untuk dia menunjukkan rasa amarah itu pada mummy. Dia perlu bertentang mata dengan wanita itu terlebih dahulu. Ya, dia perlu.
            Tanpa membuang masa, segera Chevrolet Corvette dipandu ke vila mummynya.

WAJAH Syed Adrian yang sudah bertukar kemerah-merahan itu dipandang. Rasa bersalah yang menggunung mula menyelubungi dirinya. Sungguh dia tak sangka yang putera sulungnya bakal mengetahui tentang masa lalu doktor keluarganya itu. Pasti ada mulut yang membongkarkan rahsia ini atau... Syed Adrian yang siasat sendiri?
            “Come on, mummy. I just want an explanation from you! Susah sangat ke mummynak jelaskan semua ni? Erm Rian rasa susah, kalau niat mummy sebenarnya nak hancurkan masa depan Rian!” jerit Syed Adrian sekuat hati sehingga menyebabkan vila itu bergema.
            Tan Sri Henry sedaya upaya cuba untuk menenangkan putera sulungnya itu. Bahu Syed Adrian ditepuk lembut. Dia tahu, begitu sukar bagi anak itu untuk menerima semua ni. Apatah lagi sudah ada bibit-bibit cinta antara mereka. Hmm mungkin Syed Adrian tak pernah meluahkan semua itu. Tapi... dia yakin yang anak itu sudah mula menyayangi Amanda.
            “Hands off me, daddy! Daddy pun sama macam mummy, kan? Sengaja nak musnahkan masa depan Rian! Ooo... that’s why kalian teringin sangat nak tengok Rian berkahwin dengan perempuan tu. Rupa-rupanya,ada udang di sebalik batu? Huh!” suara Syed Adrian semakin menaik. Sungguh api kemarahannya langsung tak dapat dikawal. Dia benar-benar kesal akan sikap mereka berdua ni.
            “Calm down, Rian. Kamu belum dengar lagi apa-apa penjelasan daripada mummy kan? So, kamu tak ada hak nak menuduh kami secara melulu! We did it just for the sake of you! Kami buat semua ni bukan sebab nak musnahkan masa depan kamu... Tapi kami nak kamu berubah! Sedar! Bangun! Dan bangkit daripada masa lalu kamu tu. Just that, Rian... Susah sangat ke kamu nak faham?” Puan Sri Sharifah mula bersuara setelah lama mendiamkan diri.
            Sejujurnya, dia memang tiada niat pun nak menghancurkan masa depan anak itu. Malah, dia nak anak itu berubah. Dan bangun daripada kegelapan masa lalu. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk menikahkan Syed Adrian dengan Amanda. Sebab... dia yakin yang gadis itu dapat mengubah putera sulungnya. Dan alhamdullilah... seperti yang dijangkakan, putera sulungnya itu sudah mula berubah sedikit demi sedikit setelah berkahwin dengan Amanda.
            Rambut hazelnya yang sudah siap berserabut diserabutkan lagi. Sungguh fikirannya berasa runsing sekarang ni. Pening sama ada nak percayakan kata-kata mummy ataupun tidak. Sama ada benar ataupun tidak di sebalik kata-kata itu... dia sendiri pun tak pasti.
            “Your mummy is right. Kami lakukan semua ni semata-mata kerana kamu. Kami nak tengok kamu berubah dan kembali ke jalan yang sepatutnya, Rian. That’s why kami pilih Amanda. Sebab kami yakin yang dia mampu membawa sinar dalam hidup kamu. Dan kami juga yakin, dengan adanya Amanda dalam hidup kamu, bayangan Emilin bakal mati seperti jasadnya. Kami tak nak kamu terus dihantui, Rian. Kami nak kamu redha... dan pasrah.” terang Tan Sri Henry lembut dan jujur. Memang itulah niat asal mereka.
            “I don’t understand with both of you. Apasal dalam berjuta-juta perempuan kat dunia ni, Amanda juga yang kalian pilih? Kalian tahu kan, Amanda tu siapa... She is my brother’s love and also his ex fiancé. Do you know how I feel when I know about this fact?” suara Syed Adrian masih meninggi. Mata biru lautnya semakin merah akibat menahan marah. Air matanya juga hampir mengalir gara-gara rasa kecewa akan sikap orang tuanya itu.
            Puan Sri Sharifah kesal sendiri. Dia tak sepatutnya merahsiakan hal itu daripada pengetahuan Syed Adrian. Ya... anak ini berhak untuk tahu soal masa lalu isterinya sendiri. Dan dia juga tak berhak untuk merahsiakan hal sebesar ini.
            “Hurt... painful...and pathetic. That’s what I feel. Rian tak sangka yang selama ni Rian hidup dengan cinta mati adik Rian sendiri... Rian rasakan yang diri Rian ni macam loser... Do you know what I mean?” ucapnya perlahan. Sudah habis tenaganya untuk terus berkata-kata.
            Syed Adrian mula mengambil langkah untuk berlalu. Namun, langkahnya mati saat ditegur oleh satu suara.
            “Adrian, kami nak minta maaf pada kamu. Kami tak ada niat pun nak sakitkan hati kamu... nak lukakan hati kamu... Kami cuma nak lihat kamu bahagia dan berubah. Itu aje... tak lebih daripada itu.” ucap Puan Sri Sharifah ikhlas dari lubuk hati.
            “Please, Adrian... Jangan marahkan Amanda. Dia tak bersalah pun. Dia buat macam ni pun sebab mummy yang paksa. I force her to accept you... to change you... to make you happy... and to bring you into a happiness... Tolong maafkan dia. Dia tak berdosa... Malah, mummy yang berdosa sebab dok paksa dia dulu. I’m sorry, dear...” rayu Puan Sri Sharifah perlahan.
            Syed Adrian hanya membatukan diri. Wajah si mummy langsung tak dipandang. Dia perlu mencari ketenangan sekarang ni. Dia tak boleh balik ke banglo itu dalam keadaan sebegini. Dia tak mahu memarahi Amanda. Dia perlu bertenang.
            Segera dia meninggalkan kedua-dua orang tuanya itu. Lalu, kakinya mula ditapak ke taman mini vila yang nampak damai dalam pandangan.

KECANTIKAN kolam ikan yang menghiasi taman mini itu mula terlekat dalam pandangan. Sebotol makanan ikan yang diletakkan di tepi kolam mula dicapai. Lantas beberapa biji makanan tersebut dihumban ke dalam kolam. Kelihatan ikan-ikan koi sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan makanan tersebut.
            Suasana damai di situ seolah olah dapat mengubati luka yang baru saja mengguris hati. Mungkin ada baiknya jika dia menghabiskan masa di situ terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Sungguh dia belum bersedia untuk berdepan dengan Amanda. Takut sekiranya api kemarahan muncul kembali saat memandang gadis itu.
            “Kenapa tak balik lagi ni? Dah nak masuk maghrib pun, Rian... Baliklah. Kesian Amanda dok menunggu kamu kat rumah tu.” Tan Sri Henry mula memujuk. Musykil pula dia melihat keberadaan Syed Adrian di situ pada waktu sebegini. Tak tahu nak balik ke budak ni?
            “Daddy ni nak menghalau Rian ke apa? Malas lah Rian nak balik... Lagipun, Manda belum balik time-time macam ni.” Syed Adrian bersuara perlahan.
            Sengaja dia mencari alasan untuk terus berada di situ. Tapi... memang betul pun. Amanda sering balik lambat. Alasan? Banyak pesakit katanya. Nak percaya ataupun tidak, dia sendiri tak pasti. Apatah lagi saat teringatkan penipuan yang dicipta oleh gadis itu selama ni. Luntur sudah kepercayaannya terhadap si isteri.
            “Kamu cintakan dia?” korek Tan Sri Henry berhati-hati.
            Nak juga dia tahu pasal isi hati putera kesayangannya itu. Yalah... manalah tahu dah ada cinta antara mereka. Boleh juga dia tumpang bahagia!
            Syed Adrian menggeleng perlahan. Riaknya seakan akan tak berperasaan.
            Tan Sri Henry mengeluh kecil. Kesal pula dia melihat kekebalan hati Syed Adrian yang serupa macam batu bersurat tu. Haih... dah sebulan hidup sebumbung pun, masih tak ada cinta ke? Hmm pelik betul anak aku sorang ni. Adrian ni alien ke orang?
            “Kamu... sayangkan dia?” sekali lagi Tan Sri Henry mengorek. Harap-haraplah budak ni mengangguk. Ya, itulah harapannya!
            “Yes... Rian sayangkan dia. Kelakar kan, daddy?” Syed Adrian tergelak kecil. Lawak pula bila ditilik semula akan kenyataan itu. Macam tak percaya pun ada.
            “Apa yang kelakar?” soal Tan Sri Henry hairan. Ha’ah, apa yang kelakar? Kepalanya yang langsung tak gatal digaru perlahan. Pelik.
            “Putera sulung Tan Sri Henry Michael yang merupakan lelaki idaman para wanita boleh menyimpan rasa sayang terhadap seorang doktor nerd yang cukup lembab. Tak ke kelakar tu? It used to be a funny thing!” jawab Syed Adrian selamba. Riak si daddy yang seakan-akan tercengang langsung tak dihiraukan.
            “Dan apa yang paling kelakar sekali, doktor nerd yang lembab tu merupakan cinta mati Syed Adam Mikhail, putera bongsu Tan Sri Henry sendiri. Don’t you think it’s so funny?” tambah Syed Adrian lagi. Kali ni ditambah dengan kata-kata sinis pula.
            Tan Sri Henry yang mendengar hanya mendiamkan diri. Berat mulutnya nak membalas kata-kata putera sulungnya itu. Mana taknya, hal itu melibatkan kedua-dua puteranya. Dia tak boleh berat sebelah. Dan dia juga perlu berlaku adil.
            “Itu kisah lama, Rian. Usah dikenang lagi. Dah berkubur dah pun... Daddy tak rasa yang Amanda masih mengharap pada Adam lagi. Lagipun, dia dah sedia maklum yang Adam tu sudahpun menjadi hak milik Luna. Tak ada alasan kenapa dia perlu terus berharap. Apatah lagi dia dah terikat sebagai isteri kamu. Dan dia juga dah berjanji pada mummy yang dia akan mengubah kamu... Just trust me.” Tan Sri Henry cuba meyakinkan.
            Bahu putera sulungnya didakap erat. Wajah Syed Adrian yang nampak berat dengan masalah itu mula dipandang. Khuatir pula dia melihat keadaan Syed Adrian yang dah berserabai ni. Haih... gaya macam hilang bini lah pulak.
            “Adam was so lucky... because my wife had fell in love with him.” luah Syed Adrian tanpa segan silu.
            “And you’re lucky too... because you’re succeed to take her away from him. Do proud of yourself, man. Cinta boleh dipupuk. Tak susah.” Tan Sri Henry memberikan nasihat.
            Lantas dia mengangkat punggung untuk beredar dari situ. Biarlah putera sulungnya itu berfikir secara masak-masak. Biarlah... Dah tiba masanya untuk anak itu menjadi matang.

18 comments:

  1. Bila nak post lg.....cepat2.....sambung lg

    ReplyDelete
  2. Dear, memang kat tepi blog ni takde letak link previous entry ke? Susah la nak scroll bawah je..

    ReplyDelete
  3. Besttt...sambung cepat2 tau ..hehehe

    ReplyDelete
  4. Sambung cepat2...lama tggu baru dpt n3 baru

    ReplyDelete
  5. x sabarnye nk tggu sambungannye..best sgt citernye

    ReplyDelete
  6. cpt la nk y br,dah 2 bln tau kami tunggu dpt 1 je.

    ReplyDelete
  7. Best!! Cepat2 ye update. Thumbs Up!

    ReplyDelete
  8. Best citer ni tak sabar nk tahu apa yg trjadi slpas ini

    ReplyDelete
  9. Nk lagi kak!! Cepat2 sambung eh kak

    ReplyDelete
  10. thanx for showing us such a wonderful information.i like it.thank you so much.
    Ivanica

    ReplyDelete
  11. Huhuhu bile nk post next entry ? Lame tunggu..

    ReplyDelete
  12. Menarik cerita ni. Bila nak diterbitkan?

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.