BAB
30
“AKU
nak kau siasat sesuatu.” arah Syed Adrian tegas.
Pandangannya dialihkan pada
pemandangan KLCC yang terbentang luas di luar tingkap. Tali leher yang bagaikan
menjerut lehernya mula dilonggarkan. Rasa resah dan gelisah di hati tak dapat
disembunyikan. Sungguh dia berasa curiga terhadap isterinya sendiri sejak
berlakunya pertemuan antara mereka dengan Dr Emeer kelmarin.
Pertanyaan Dr Emeer yang
membangkitkan satu nama membuatkan Syed Adrian musykil sendiri. Nampaknya,
masih ada banyak benda lagi yang belum diketahuinya mengenai masa lalu Dr Scha
Amanda. Oleh sebab itu, Syed Adrian mengambil keputusan untuk siasat sendiri.
“Siasat apa, bos?” soal Alfad ingin
tahu.
“Siasat pasal masa lalu bini aku.
Aku nak tahu apa kaitan perempuan tu dengan adik aku, Adam.” putus Syed Adrian.
“Okey, no hal bos. Kacang aje kerja ni. Esok pagi juga gua bakal inform. Tapi... bayaran jangan lupa lah.
Kasi up sikit tak boleh ke, bos?”
Alfad mula mencucuk jarum.
Syed Adrian mengeluh kecil.
Menyampah pula dia melihat sikap Alfad yang asyik nak cucuk jarum aje kerjanya.
Haih... dah miskin ke apa gengster zaman sekarang ni? Sikit-sikit nak up, sikit-sikit nak up. Dia fikir, company mummy
aku ni cop duit ke apa?
“Aduh, Alfad... Apasal lu tamak sangat ni? Tak cukup ke dengan duit yang aku bagi
selama ni?” Syed Adrian mula berangin. Dia memang pantang bab-bab duit ni.
“Alah, bos... Boleh lah. Ekonomi
tengah meningkat ni. Semua barang naik harga... Please, boss? Lu kan handsome...
kaya...” Alfad mula membodek. Nak pikat hati bos dia yang macam batu ni,
kenalah pakai ayat yang cun-cun sikit!
“Yalah! Yalah! Aku upkan 3 peratus aje. Janji info pasal
masa lalu bini aku dah siap tersedia. Kalau tak... nahas nyawa kau aku
kerjakan. Faham?!” suara Syed Adrian mula menaik.
“Yo,
thanks boss! Okey, no hal. Gua
pergi dulu. Assalammualaikum.” Alfad mula meminta diri untuk meneruskan
kerjanya.
Syed Adrian menarik nafas lega. Senang
hatinya akan pemergian konconya itu. Kalau tak... bikin kepala otak dia
bertambah sesak aje! Huh! Bukan boleh percaya sangat kat kaki gengster zaman
sekarang ni. Nampak aje setia pada bos... Tapi hakikatnya, mahu saja belakang
bos ditikam!
Syed Adrian termenung seketika.
Risau hatinya akan keputusan siasatan yang bakal dijalankan oleh Alfad itu. Dia
khuatir sekiranya Syed Adam ada kena-mengena dengan masa lalu isterinya
sendiri. Dia juga takut sekiranya mereka berdua saling mencintai antara satu
sama lain. Sungguh dia takut akan itu! Dia benar-benar takut sekiranya Amanda
mengkhianati dirinya selama ni. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu. Ya, dia
tak sanggup!
“Apa yang bakal kau lakukan, Rian
kalau Amanda benar-benar mengkhianati kau selama ni? Sanggup ke kau berdepan
dengan dia selepas ni? Sanggup ke kau terus mengikat dia sebagai seorang
isteri?” kata hatinya mula bergema.
Syed Adrian tertekan sendiri. Rambut
hazelnya yang kemas terpacak sudahpun
berserabai. Kepalanya yang runsing dipicit perlahan.
“Aku yakin, Manda takkan sanggup
tikam belakang aku. Aku kenal dia. Dia baik, dia ikhlas, dia setia, dia
jujur... Aku yakin, dia takkan sanggup buat macam tu kat aku. Aku yakin.” ucap
Syed Adrian penuh yakin.
PEN
yang berada dalam pegangan sengaja dipusing-pusingkan. Rasa kusut di fikiran
menyukarkan dirinya untuk terus bekerja.
Apatah lagi saat teringatkan
keterlanjuran Dr Emeer yang menyebut nama Adam di depan suaminya sendiri.
Sungguh dia risau sekiranya kisah silamnya diketahui oleh Syed Adrian. Dia tak
mahu kisah yang sudah lama terkubur itu bakal terbongkar.
“Apa akan jadi kalau Adrian tahu
pasal masa lalu aku?” soal Amanda tiba-tiba, seakan-akan bermonolog sendirian.
Pen yang dipegangnya mula ditongkat
pada dagu. Lama dia berfikir tentang kesan yang bakal berlaku itu. Namun,
jawapannya masih belum ditemui.
“Dia Adrian. Dia boleh buat apa saja
yang dia nak. Tindakan dia selalu berada di luar jangkaan. Dan dia memang unpredictable orangnya. Tak mustahil dia
boleh rogol kau... bunuh kau... kurung kau... ataupun seksa kau... kalau dia
tahu yang kau ni sebenarnya bekas tunangan adik dia sendiri.” ucap kata
hatinya.
Amanda terdiam seketika. Kata
hatinya yang seakan akan bergema itu membuatkan tubuhnya menggigil. Dia takut
sekiranya kata hatinya itu benar. Ya... memang dia akui. Syed Adrian tu tak
menentu orangnya. Kejap baik... kejap jahat... Dia sendiri pun tak dapat nak
membaca sikap lelaki itu.
“No.
Aku yakin, Adrian takkan sanggup buat macam tu kat aku. Sejahat-jahat perangai
hantu dia sekalipun, dia takkan sanggup musnahkan masa depan aku. Hidup selama sebulan
dengan dia cukup membuktikannya. Dia baik... Dia tak sejahat tu.” Amanda
bermonolog sendirian.
Entah kenapa dia begitu yakin akan
lelaki itu, dia sendiri tak tahu. Mungkin kerana sikap Syed Adrian yang sering
melindungi dirinya.
“Tok! Tok! Tok!”
Ketukan tersebut mematikan
lamunannya. Segera dia mencapai pen untuk menyambung kerjanya. Haih... siapa
pulak yang datang ni?
“Masuk....” jerit Amanda dari dalam.
Saat pintu biliknya dibuka,
tersembul wajah seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Kelihatan lelaki itu
sedang tersenyum manis memandang ke arahnya.
Amanda kaget. Kemunculan lelaki itu
di biliknya menimbulkan seribu satu tanda tanya. Jarang pula dia melihat
kehadiran lelaki itu di tempat kerjanya setelah berlakunya masalah besar antara
mereka.
“Hai, Scha. Sorry kalau mengganggu. Anyway,
awak free tak? Saya nak ajak awak
keluar lunch ni.” ajak Syed Adam
tanpa rasa bersalah. Seolah olah dia lupa akan status gadis itu.
Amanda tercengang. Ajakan daripada
lelaki itu membuatkan dia berasa runsing pula. Hmm Adam ni lupa ke yang aku ni dah kahwin? Ke dia buat-buat lupa?
Haih... nak cari nahas dengan Syed Adrian betullah budak ni!
“Tak salah kan kalau nak keluar lunch dengan kakak ipar sendiri? Am I right?” tambah Syed Adam lagi. Tak
mahu pelawaannya ditolak.
“Of
course. But I’m curious. Macam mana awak boleh tiba ke sini? Awak sakit
ke?” Amanda mula menyoal.
Pelik juga dia melihat kedatangan
Syed Adam ke hospital ini. Tak mungkin hanya kerana nak mengajak dirinya keluar
lunch kan?
“I
passed through here just now. So that’s why saya datang ke sini.
Alang-alang dah lalu, apa salahnya kalau ajak awak lunch, ya tak?” jawab Syed Adam berdasarkan logik. Kalau
berdasarkan kenyataan, memang dia sengaja bertandang ke sini semata-mata nak
berjumpa dengan Amanda.
“Alright,
jom. Tapi... Luna tak marah ke ni?” soal Amanda menginginkan kepastian. Risau
lah pula sekiranya tindakan yang diambil bakal menimbulkan api kemarahan gadis
itu. Huh... tak sanggup dia nak bertekak dengan minah tu lagi!
“Dia tak kisah lah... Lagipun, saya
bukannya keluar lunch dengan
perempuan lain. Keluar lunch dengan
kakak ipar sendiri je kot.” ucap Syed
Adam perlahan. Senyuman hambar dikuntumkan.
Amanda hanya tersenyum kecil. Lantas
dia mengekori langkah Syed Adam dari arah belakang.
TINDAKAN
Syed Adam yang mengangkut dirinya ke The Curve itu membuatkan dia hairan
sendiri. Pelik juga dia melihat destinasi lunch
yang dituju oleh mereka ni. Kata nak lunch tadi... tapi takkan nak singgah shopping dulu kot? Heh, gila apa!
“Mimpi apa bawa saya ke sini? Kata
nak lunch...” soal Amanda tanpa
berselindung. Satu tanda tanya masih terngiang-ngiang di kotak fikirannya.
Syed Adam hanya tersenyum manis.
Wajah cantik Amanda mula dipandang.
“Saya nak bawa awak ke Ma’cik
Briyani. Tempat lunch kegemaran kita
dulu. Awak dah lupa ke?” jawab Syed Adam bersertakan soalan.
Mustahil Amanda lupa akan tempat
yang banyak menyimpan memori antara mereka itu. Meskipun status mereka kini sudah
bertukar, itu tak bermakna yang memori tersebut sudah luput ditelan zaman.
Selagi perasaan cinta antara mereka masih ada, selagi itu lah memori itu masih
bertahan. Ya, dia yakin yang Amanda masih cintakan dirinya. Dan dia juga yakin
yang gadis itu masih menyimpan perasaan terhadapnya.
“Gila saya lupa? Mestilah tak. This place kept a lot of memories, right?”
ucap Amanda jujur. Ya, memang restoran ini banyak menyimpan kenangan manis antara
dirinya dengan Syed Adam.
Tapi... semua tu dah berlalu. Syed
Adam sudahpun bergelar suami orang, begitu juga dengan dirinya. Dia sudahpun
menjadi hak milik abang kepada lelaki itu sendiri. Masakan dia perlu mengingati
semua kenangan itu sedangkan dirinya dah terikat sebagai isteri orang?
“And
I think, you shouldn’t bring me here. Status kita dah berlainan, Dam. Dah
tak macam dulu. Tak manis kalau awak bawa saya ke sini. Nanti owner restoran ni fikir apa pulak kan?
Yalah... dia kan kenal kita. Dia pun tahu pasal status baru kita...” Amanda
mula meluahkan rasa risau di hati. Dia juga risau sekiranya keberadaan mereka
di sini bakal menimbulkan sebarang fitnah.
“Itu bukan niat saya. Niat saya ke
sini cuma nak ajak awak lunch. Itu
aje. Kita bukannya buat maksiat pun, kan? Anyway,
dah lama saya tak makan briyani. That’s
why I bring you here. Awak keberatan ke?” terang Syed Adam. Dia tak mahu
Amanda salah sangka.
“Okay,
I’m sorry. Saya tak sepatutnya bersangka buruk macam tu sekali. Saya tahu
niat awak baik. Alright, kita makan kat sini. Nanti kempunan pulak orang tu.”
Amanda sengaja nak menceriakan keadaan. Tak mahu suasana di antara mereka
dihantui dengan masa lalu.
Syed Adam hanya tergelak kecil. Tanpa
berlengah, lantas dia memanggil waitress
untuk mengambil pesanan.
“Anyway,
may I ask you something?” soal Syed Adam tiba-tiba. Cuba untuk melenyapkan
kesepian antara mereka.
“What’s
that?” balas Amanda tenang. Nasi briyani ayam mula disudu ke dalam mulut.
“Adrian tahu tak pasal masa lalu
kita? Imean about our relationship in
past?”
Pertanyaan daripada Syed Adam itu
membuatkan Amanda terkedu seketika. Hampir saja dia mahu tercekik nasi briyani.
Namun, segera dia mencapai jus lobak merah yang dipesannya tadi.
“Kalau tak, kenapa? Are you trying to tell him?” sengaja
Amanda nak menguji. Manalah tahu si Adam ni memang ada niat nak pisahkan mereka
berdua. Hmm tak mustahil. Sebab
lelaki ni masih lagi berharap padanya.
“If
I want to do so, what will I get from you?” sekali lagi Syed Adam menyoal.
Nak juga dia tahu tentang isi hati sebenar gadis itu.
“I’m
gonna kill you.” jawab Amanda penuh selamba. Senyuman sinis dikuntumkan.
“Wow...
awak terlalu cintakan dia ke, Scha?” ucap Syed Adam bagaikan tak percaya.
Nampaknya, sangkaannya benar-benar meleset. Sudah dua kali terbukti yang gadis
itu benar-benar cintakan abangnya.
“Saya tak tahu lah, sama ada saya
perlu berbohong pada awak ataupun tak. Cukuplah sekadar saya katakan yang saya
sayangkan Adrian.” balas Amanda jujur. Rasanya, tak ada alasan lagi mengapa dia
perlu terus berbohong.
“Saya percayakan awak. Saya anggap
awak macam kawan saya... adik saya... That’s
why saya berani berkata jujur pada awak. Dan saya harap sangat yang awak
takkan tikam belakang saya dengan cara memusnahkan rumah tangga saya. Meskipun
awak tahu, cinta saya masih ada pada awak.” tambahnya lagi.
Syed Adam terdiam seribu bahasa. Tak
tahu sama ada nak melompat kegembiraan ataupun hanya mendiamkan diri saja.
Jujur dia katakan, dia cukup senang saat mengetahui tentang kebenaran itu. Nampaknya,
sangkaannya tepat. Amanda masih lagi menyimpan perasaan terhadapnya.
“Saya hormat pada keputusan awak,
Scha. Saya harap kita boleh berkawan walaupun kita tak ditakdirkan bersama.
Tapi... andai kata Adrian lukakan hati awak satu hari nanti, tanpa segan silu dan
tanpa diundang, saya akan merampas awak daripada dia. Itu janji saya.” putus
Syed Adam akhirnya.
Best....smbglah lagi....plzzzz....!!!
ReplyDeleteTerima kasih.. Bulan depan ye hehe
DeleteLama nye nak update...jgnlah lama sangat...plzzzz...rindulah...!!!
DeleteCta ini sudah d buku tak? Kalau ada saya nak beli.
Deletelamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tunggu rindunyaaaaaaaaaaaaaa hehehe
ReplyDeleteMaaf sebab terpaksa menunggu. Saya upload sikit2 sebab mask menunggu keputusan phk pnrbtan :-)
DeleteUpdate cepat cepat , hihi
ReplyDeleteInsyallah.. Doakanla pihak kaki novel beri keputusan cepat2..
DeleteBukak dashboad terkejut bruk tgok ada entry IHYD. Bila nak dibukukan?
ReplyDeleteHahaha masih mnunggu jwpn drpd phk kaki novel dear. Doakan ya :-)
DeleteNak lagiiiii plzzzzz.....jgn lm2 terseksa jiwa raga....hehehe
ReplyDeleteInsyallah hehehe
Deletebila nak ada dipasaran... i like..
ReplyDeleteTaktaula pihak kaki novel ni. Thank u :-)
DeleteKalau kaki novel tak terima novel awak ,awak boleh publish dekat penulisan2 you
ReplyDeletePenulisan2u da lama tolak wak haha
DeleteBest..
ReplyDeleteKakak cepat la sambung tak sabar ni nak tau pasal amanda dan adrian
ReplyDeleteMe too ! Sanggup bukak pepagi niy nk tgk entry baru . Atlasttt .. yeaaayyy ! Patod la cri masetu tak ade novel niy .. tak bole ke kalau akak bukukan novel niy then sy beli dri akak ? Akak post laa kat sy .. hahaha . Berdebarr tw tnggu entry baruu .. update laju lajuuu . Hihi
ReplyDeletebest... nak lagiiiii....
ReplyDeletehopefully kaki novel luluskan tuk wat buku...
Best sangat . akak bila nak sambung ? .cepat cepatbtyau sambung entry
ReplyDeleteAkak cepatlah sambunggggg. Dh tak sabar nk thu apa sambungan novel ni!! Hope kaki novel luluskan.
ReplyDeletewah.....kak Asha mmg terbaikkk la...... i waiting the next entry...gud job dear
ReplyDeleteassalam kak asha....when you want to update the next entry.....i can't wait it....cause it was very interesting and daebak ever i read...good job sis! may allah bless u...wassalam... :)PRAY HARD WORK HARD SIS!
ReplyDelete-budakRPK_2KAA-
eh eh ko ni terukla siap letak name skolah gi ade class pulok tu...tp apapun good job asha
Deletehello dear...i want to remove that coment but i don't know how do it
DeleteBestnyeeeeee. Bila nak sambung ni? Kalau dh dijadikan dlm bentuk buku, jgn lupa inform. Nak beliiii ;) .
ReplyDeleteSkrg episod brpe erk?sy xleh google pun episod 31.bru 30 ke
ReplyDeleteI acclimatized to subscribe to your rss feed, but had a affliction abacus it to google reader. Could you agreeableness appraisal this out.
ReplyDeleteBiometric attendance recording machine Bhubaneswar
bila nak continue next entry sis...
ReplyDeletemasih xde ke episod 31 :(
ReplyDeletedah lama menanti..huhu
nk episod 31!!! T^T
ReplyDeleteExcellent weblog here! Additionally your website a lot up fast! What host are you the use of? Can I get your emphasis hyperlink on your host? I appetence my website loaded up as fast as accusation lol.
ReplyDeleteSarajevo apartment
sye pon tertunggu utk sterusnye... nnti insyaallah novel ni kluar bgitau lah ye :)
ReplyDelete