Sunday, August 3, 2014

I Heart You, Doctor! 30

BAB 30
“AKU nak kau siasat sesuatu.” arah Syed Adrian tegas.
            Pandangannya dialihkan pada pemandangan KLCC yang terbentang luas di luar tingkap. Tali leher yang bagaikan menjerut lehernya mula dilonggarkan. Rasa resah dan gelisah di hati tak dapat disembunyikan. Sungguh dia berasa curiga terhadap isterinya sendiri sejak berlakunya pertemuan antara mereka dengan Dr Emeer kelmarin.
            Pertanyaan Dr Emeer yang membangkitkan satu nama membuatkan Syed Adrian musykil sendiri. Nampaknya, masih ada banyak benda lagi yang belum diketahuinya mengenai masa lalu Dr Scha Amanda. Oleh sebab itu, Syed Adrian mengambil keputusan untuk siasat sendiri.
            “Siasat apa, bos?” soal Alfad ingin tahu.
            “Siasat pasal masa lalu bini aku. Aku nak tahu apa kaitan perempuan tu dengan adik aku, Adam.” putus Syed Adrian.
            “Okey, no hal bos. Kacang aje kerja ni. Esok pagi juga gua bakal inform. Tapi... bayaran jangan lupa lah. Kasi up sikit tak boleh ke, bos?” Alfad mula mencucuk jarum.
            Syed Adrian mengeluh kecil. Menyampah pula dia melihat sikap Alfad yang asyik nak cucuk jarum aje kerjanya. Haih... dah miskin ke apa gengster zaman sekarang ni? Sikit-sikit nak up, sikit-sikit nak up. Dia fikir, company mummy aku ni cop duit ke apa?
            “Aduh, Alfad... Apasal lu tamak sangat ni? Tak cukup ke dengan duit yang aku bagi selama ni?” Syed Adrian mula berangin. Dia memang pantang bab-bab duit ni.
            “Alah, bos... Boleh lah. Ekonomi tengah meningkat ni. Semua barang naik harga... Please, boss? Lu kan handsome... kaya...” Alfad mula membodek. Nak pikat hati bos dia yang macam batu ni, kenalah pakai ayat yang cun-cun sikit!
            “Yalah! Yalah! Aku upkan 3 peratus aje. Janji info pasal masa lalu bini aku dah siap tersedia. Kalau tak... nahas nyawa kau aku kerjakan. Faham?!” suara Syed Adrian mula menaik.
            “Yo, thanks boss! Okey, no hal. Gua pergi dulu. Assalammualaikum.” Alfad mula meminta diri untuk meneruskan kerjanya.
            Syed Adrian menarik nafas lega. Senang hatinya akan pemergian konconya itu. Kalau tak... bikin kepala otak dia bertambah sesak aje! Huh! Bukan boleh percaya sangat kat kaki gengster zaman sekarang ni. Nampak aje setia pada bos... Tapi hakikatnya, mahu saja belakang bos ditikam!
            Syed Adrian termenung seketika. Risau hatinya akan keputusan siasatan yang bakal dijalankan oleh Alfad itu. Dia khuatir sekiranya Syed Adam ada kena-mengena dengan masa lalu isterinya sendiri. Dia juga takut sekiranya mereka berdua saling mencintai antara satu sama lain. Sungguh dia takut akan itu! Dia benar-benar takut sekiranya Amanda mengkhianati dirinya selama ni. Dia tak sanggup kehilangan gadis itu. Ya, dia tak sanggup!
            “Apa yang bakal kau lakukan, Rian kalau Amanda benar-benar mengkhianati kau selama ni? Sanggup ke kau berdepan dengan dia selepas ni? Sanggup ke kau terus mengikat dia sebagai seorang isteri?” kata hatinya mula bergema.
            Syed Adrian tertekan sendiri. Rambut hazelnya yang kemas terpacak sudahpun berserabai. Kepalanya yang runsing dipicit perlahan.
            “Aku yakin, Manda takkan sanggup tikam belakang aku. Aku kenal dia. Dia baik, dia ikhlas, dia setia, dia jujur... Aku yakin, dia takkan sanggup buat macam tu kat aku. Aku yakin.” ucap Syed Adrian penuh yakin.

PEN yang berada dalam pegangan sengaja dipusing-pusingkan. Rasa kusut di fikiran menyukarkan dirinya untuk terus bekerja.
            Apatah lagi saat teringatkan keterlanjuran Dr Emeer yang menyebut nama Adam di depan suaminya sendiri. Sungguh dia risau sekiranya kisah silamnya diketahui oleh Syed Adrian. Dia tak mahu kisah yang sudah lama terkubur itu bakal terbongkar.
            “Apa akan jadi kalau Adrian tahu pasal masa lalu aku?” soal Amanda tiba-tiba, seakan-akan bermonolog sendirian.
            Pen yang dipegangnya mula ditongkat pada dagu. Lama dia berfikir tentang kesan yang bakal berlaku itu. Namun, jawapannya  masih belum ditemui.
            “Dia Adrian. Dia boleh buat apa saja yang dia nak. Tindakan dia selalu berada di luar jangkaan. Dan dia memang unpredictable orangnya. Tak mustahil dia boleh rogol kau... bunuh kau... kurung kau... ataupun seksa kau... kalau dia tahu yang kau ni sebenarnya bekas tunangan adik dia sendiri.” ucap kata hatinya.
            Amanda terdiam seketika. Kata hatinya yang seakan akan bergema itu membuatkan tubuhnya menggigil. Dia takut sekiranya kata hatinya itu benar. Ya... memang dia akui. Syed Adrian tu tak menentu orangnya. Kejap baik... kejap jahat... Dia sendiri pun tak dapat nak membaca sikap lelaki itu.
            “No. Aku yakin, Adrian takkan sanggup buat macam tu kat aku. Sejahat-jahat perangai hantu dia sekalipun, dia takkan sanggup musnahkan masa depan aku. Hidup selama sebulan dengan dia cukup membuktikannya. Dia baik... Dia tak sejahat tu.” Amanda bermonolog sendirian.
            Entah kenapa dia begitu yakin akan lelaki itu, dia sendiri tak tahu. Mungkin kerana sikap Syed Adrian yang sering melindungi dirinya.
            “Tok! Tok! Tok!”
            Ketukan tersebut mematikan lamunannya. Segera dia mencapai pen untuk menyambung kerjanya. Haih... siapa pulak yang datang ni?
            “Masuk....” jerit Amanda dari dalam.
            Saat pintu biliknya dibuka, tersembul wajah seorang lelaki yang cukup dikenalinya. Kelihatan lelaki itu sedang tersenyum manis memandang ke arahnya.
            Amanda kaget. Kemunculan lelaki itu di biliknya menimbulkan seribu satu tanda tanya. Jarang pula dia melihat kehadiran lelaki itu di tempat kerjanya setelah berlakunya masalah besar antara mereka.
            “Hai, Scha. Sorry kalau mengganggu. Anyway, awak free tak? Saya nak ajak awak keluar lunch ni.” ajak Syed Adam tanpa rasa bersalah. Seolah olah dia lupa akan status gadis itu.
            Amanda tercengang. Ajakan daripada lelaki itu membuatkan dia berasa runsing pula. Hmm Adam ni lupa ke yang aku ni dah kahwin? Ke dia buat-buat lupa? Haih... nak cari nahas dengan Syed Adrian betullah budak ni!
            “Tak salah kan kalau nak keluar lunch dengan kakak ipar sendiri? Am I right?” tambah Syed Adam lagi. Tak mahu pelawaannya ditolak.
            “Of course. But I’m curious. Macam mana awak boleh tiba ke sini? Awak sakit ke?” Amanda mula menyoal.
            Pelik juga dia melihat kedatangan Syed Adam ke hospital ini. Tak mungkin hanya kerana nak mengajak dirinya keluar lunch kan?
            “I passed through here just now. So that’s why saya datang ke sini. Alang-alang dah lalu, apa salahnya kalau ajak awak lunch, ya tak?” jawab Syed Adam berdasarkan logik. Kalau berdasarkan kenyataan, memang dia sengaja bertandang ke sini semata-mata nak berjumpa dengan Amanda.
            “Alright, jom. Tapi... Luna tak marah ke ni?” soal Amanda menginginkan kepastian. Risau lah pula sekiranya tindakan yang diambil bakal menimbulkan api kemarahan gadis itu. Huh... tak sanggup dia nak bertekak dengan minah tu lagi!
            “Dia tak kisah lah... Lagipun, saya bukannya keluar lunch dengan perempuan lain. Keluar lunch dengan kakak ipar sendiri je kot.” ucap Syed Adam perlahan. Senyuman hambar dikuntumkan.
            Amanda hanya tersenyum kecil. Lantas dia mengekori langkah Syed Adam dari arah belakang.

TINDAKAN Syed Adam yang mengangkut dirinya ke The Curve itu membuatkan dia hairan sendiri. Pelik juga dia melihat destinasi lunch yang dituju oleh mereka ni. Kata nak lunch tadi... tapi takkan nak singgah shopping dulu kot? Heh, gila apa!
            “Mimpi apa bawa saya ke sini? Kata nak lunch...” soal Amanda tanpa berselindung. Satu tanda tanya masih terngiang-ngiang di kotak fikirannya.
            Syed Adam hanya tersenyum manis. Wajah cantik Amanda mula dipandang.
            “Saya nak bawa awak ke Ma’cik Briyani. Tempat lunch kegemaran kita dulu. Awak dah lupa ke?” jawab Syed Adam bersertakan soalan.
            Mustahil Amanda lupa akan tempat yang banyak menyimpan memori antara mereka itu. Meskipun status mereka kini sudah bertukar, itu tak bermakna yang memori tersebut sudah luput ditelan zaman. Selagi perasaan cinta antara mereka masih ada, selagi itu lah memori itu masih bertahan. Ya, dia yakin yang Amanda masih cintakan dirinya. Dan dia juga yakin yang gadis itu masih menyimpan perasaan terhadapnya.
            “Gila saya lupa? Mestilah tak. This place kept a lot of memories, right?” ucap Amanda jujur. Ya, memang restoran ini banyak menyimpan kenangan manis antara dirinya dengan Syed Adam.
            Tapi... semua tu dah berlalu. Syed Adam sudahpun bergelar suami orang, begitu juga dengan dirinya. Dia sudahpun menjadi hak milik abang kepada lelaki itu sendiri. Masakan dia perlu mengingati semua kenangan itu sedangkan dirinya dah terikat sebagai isteri orang?
            “And I think, you shouldn’t bring me here. Status kita dah berlainan, Dam. Dah tak macam dulu. Tak manis kalau awak bawa saya ke sini. Nanti owner restoran ni fikir apa pulak kan? Yalah... dia kan kenal kita. Dia pun tahu pasal status baru kita...” Amanda mula meluahkan rasa risau di hati. Dia juga risau sekiranya keberadaan mereka di sini bakal menimbulkan sebarang fitnah.
            “Itu bukan niat saya. Niat saya ke sini cuma nak ajak awak lunch. Itu aje. Kita bukannya buat maksiat pun, kan? Anyway, dah lama saya tak makan briyani. That’s why I bring you here. Awak keberatan ke?” terang Syed Adam. Dia tak mahu Amanda salah sangka.
            “Okay, I’m sorry. Saya tak sepatutnya bersangka buruk macam tu sekali. Saya tahu niat awak baik. Alright, kita makan kat sini. Nanti kempunan pulak orang tu.” Amanda sengaja nak menceriakan keadaan. Tak mahu suasana di antara mereka dihantui dengan masa lalu.
            Syed Adam hanya tergelak kecil. Tanpa berlengah, lantas dia memanggil waitress untuk mengambil pesanan.
            “Anyway, may I ask you something?” soal Syed Adam tiba-tiba. Cuba untuk melenyapkan kesepian antara mereka.
            “What’s that?” balas Amanda tenang. Nasi briyani ayam mula disudu ke dalam mulut.
            “Adrian tahu tak pasal masa lalu kita? Imean about our relationship in past?
            Pertanyaan daripada Syed Adam itu membuatkan Amanda terkedu seketika. Hampir saja dia mahu tercekik nasi briyani. Namun, segera dia mencapai jus lobak merah yang dipesannya tadi.
            “Kalau tak, kenapa? Are you trying to tell him?” sengaja Amanda nak menguji. Manalah tahu si Adam ni memang ada niat nak pisahkan mereka berdua. Hmm tak mustahil. Sebab lelaki ni masih lagi berharap padanya.
            “If I want to do so, what will I get from you?” sekali lagi Syed Adam menyoal. Nak juga dia tahu tentang isi hati sebenar gadis itu.
            “I’m gonna kill you.” jawab Amanda penuh selamba. Senyuman sinis dikuntumkan.
            “Wow... awak terlalu cintakan dia ke, Scha?” ucap Syed Adam bagaikan tak percaya. Nampaknya, sangkaannya benar-benar meleset. Sudah dua kali terbukti yang gadis itu benar-benar cintakan abangnya.
            “Saya tak tahu lah, sama ada saya perlu berbohong pada awak ataupun tak. Cukuplah sekadar saya katakan yang saya sayangkan Adrian.” balas Amanda jujur. Rasanya, tak ada alasan lagi mengapa dia perlu terus berbohong.
            “Saya percayakan awak. Saya anggap awak macam kawan saya... adik saya... That’s why saya berani berkata jujur pada awak. Dan saya harap sangat yang awak takkan tikam belakang saya dengan cara memusnahkan rumah tangga saya. Meskipun awak tahu, cinta saya masih ada pada awak.” tambahnya lagi.
            Syed Adam terdiam seribu bahasa. Tak tahu sama ada nak melompat kegembiraan ataupun hanya mendiamkan diri saja. Jujur dia katakan, dia cukup senang saat mengetahui tentang kebenaran itu. Nampaknya, sangkaannya tepat. Amanda masih lagi menyimpan perasaan terhadapnya.
            “Saya hormat pada keputusan awak, Scha. Saya harap kita boleh berkawan walaupun kita tak ditakdirkan bersama. Tapi... andai kata Adrian lukakan hati awak satu hari nanti, tanpa segan silu dan tanpa diundang, saya akan merampas awak daripada dia. Itu janji saya.” putus Syed Adam akhirnya.

34 comments:

  1. Best....smbglah lagi....plzzzz....!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Bulan depan ye hehe

      Delete
    2. Lama nye nak update...jgnlah lama sangat...plzzzz...rindulah...!!!

      Delete
    3. Cta ini sudah d buku tak? Kalau ada saya nak beli.

      Delete
  2. lamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tunggu rindunyaaaaaaaaaaaaaa hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf sebab terpaksa menunggu. Saya upload sikit2 sebab mask menunggu keputusan phk pnrbtan :-)

      Delete
  3. Update cepat cepat , hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. Doakanla pihak kaki novel beri keputusan cepat2..

      Delete
  4. Bukak dashboad terkejut bruk tgok ada entry IHYD. Bila nak dibukukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha masih mnunggu jwpn drpd phk kaki novel dear. Doakan ya :-)

      Delete
  5. Nak lagiiiii plzzzzz.....jgn lm2 terseksa jiwa raga....hehehe

    ReplyDelete
  6. bila nak ada dipasaran... i like..

    ReplyDelete
  7. Kalau kaki novel tak terima novel awak ,awak boleh publish dekat penulisan2 you

    ReplyDelete
  8. Kakak cepat la sambung tak sabar ni nak tau pasal amanda dan adrian

    ReplyDelete
  9. Me too ! Sanggup bukak pepagi niy nk tgk entry baru . Atlasttt .. yeaaayyy ! Patod la cri masetu tak ade novel niy .. tak bole ke kalau akak bukukan novel niy then sy beli dri akak ? Akak post laa kat sy .. hahaha . Berdebarr tw tnggu entry baruu .. update laju lajuuu . Hihi

    ReplyDelete
  10. best... nak lagiiiii....
    hopefully kaki novel luluskan tuk wat buku...

    ReplyDelete
  11. Best sangat . akak bila nak sambung ? .cepat cepatbtyau sambung entry

    ReplyDelete
  12. Akak cepatlah sambunggggg. Dh tak sabar nk thu apa sambungan novel ni!! Hope kaki novel luluskan.

    ReplyDelete
  13. wah.....kak Asha mmg terbaikkk la...... i waiting the next entry...gud job dear

    ReplyDelete
  14. assalam kak asha....when you want to update the next entry.....i can't wait it....cause it was very interesting and daebak ever i read...good job sis! may allah bless u...wassalam... :)PRAY HARD WORK HARD SIS!
    -budakRPK_2KAA-

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh ko ni terukla siap letak name skolah gi ade class pulok tu...tp apapun good job asha

      Delete
    2. hello dear...i want to remove that coment but i don't know how do it

      Delete
  15. Bestnyeeeeee. Bila nak sambung ni? Kalau dh dijadikan dlm bentuk buku, jgn lupa inform. Nak beliiii ;) .

    ReplyDelete
  16. Skrg episod brpe erk?sy xleh google pun episod 31.bru 30 ke

    ReplyDelete
  17. I acclimatized to subscribe to your rss feed, but had a affliction abacus it to google reader. Could you agreeableness appraisal this out.
    Biometric attendance recording machine Bhubaneswar

    ReplyDelete
  18. bila nak continue next entry sis...

    ReplyDelete
  19. masih xde ke episod 31 :(
    dah lama menanti..huhu

    ReplyDelete
  20. nk episod 31!!! T^T

    ReplyDelete
  21. Excellent weblog here! Additionally your website a lot up fast! What host are you the use of? Can I get your emphasis hyperlink on your host? I appetence my website loaded up as fast as accusation lol.
    Sarajevo apartment

    ReplyDelete
  22. sye pon tertunggu utk sterusnye... nnti insyaallah novel ni kluar bgitau lah ye :)

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.