BAB
29
SEBOTOL
coklat Vochell dimasukkan ke dalam troli. Perlahan-lahan troli ditolak untuk ke
ruangan barang solekan pula. Terkial-kial Amanda menolak troli tersebut
gara-gara isinya yang berat.
Troli diberhentikan di pertengahan
jalan. Sepasang matanya melilau mencari seseorang. Keadaan yang agak lengang di
Aeon Big itu memudahkan lagi misi pencariannya.
Haih... kat mana pula si Adrian dok merayap ni? Kalau nak merayap
sekalipun, bawa lah troli ni sekali. Dah lah troli ni berat macam apa. Dia
fikir kudrat aku ni cukup ke apa? Err
bertuah punya suami! Bebel Amanda dalam hati.
Kelibat Syed Adrian bersama lima
paket jajan di tangan mula diperhatikan. Tingkah lelaki itu yang tampak
bersahaja tanpa mempedulikan para mata yang memandang ditilik seketika. Amboi,
seronoknya cik abang handsome ni dok catwalk, ya? Tak nampak ke bini dia
ni tengah menderita bersama troli?
“Alright,
tolak.” arah Syed Adrian penuh selamba. Lima paket jajan tersebut dicampak ke
dalam troli.
Amanda yang memerhati sudahpun
tercengang sendiri. Tindakan Syed Adrian itu seolah olah memperlakukan dirinya
sebagai bibik tanpa bayaran. Wah, banyak handsome
muka dia! Aku tahu lah muka dia tu handsome
tak ingat dunia. Tapi... agak-agaklah bro.
Bini sendiri pun dibuat bibik ke? Err
tak gentleman langsung!
“Berat lah, Adrian... Awak tolak
lah. Lenguh tangan saya ni.” Amanda mula merengek. Sengaja nak meraih simpati.
“Lembik lah kau ni. Semua benda tak
boleh buat. Naik basikal tak boleh... tolak troli pun tak boleh... apa yang
boleh? Err tepi. Biar aku yang
tolak.” bebel Syed Adrian.
Troli mula dirampas.
“He
he he. Terima kasih, abang Adrian. Barulah bertambah handsome muka abang kalau tolak troli macam ni.” Amanda sengih. Lengan
Syed Adrian sengaja dipaut tanpa rasa segan silu.
Syed Adrian tergelak kecil.
Perlakuan Amanda yang berada di luar jangkaan itu hanya dibiarkan. Alah, tak
apa lah... Bukannya selalu pun dapat dipaut oleh isteri sendiri. Sekali sekala,
apa salahnya?
“Jom tengok movie?” ajak Syed Adrian selamba.
“Err
movie? Movie apa?” soal Amanda hairan.
“Insidious Chapter 2. Jom?” sekali
lagi Syed Adrian mengajak. Kali ni lengan Amanda mula ditarik ke Golden Screen
Cinema.
“Eh, kejap. Cerita apa tu? Cerita
hantu ke? Kalau cerita hantu, saya tak nak tengok lah. Takut... Nanti tak tentu
pasal saya terjerit. Then, awak juga
yang dapat malu.” luah Amanda jujur. Dia memang lemah bab-bab cerita hantu ni.
Baru terdengar sounds, dah menggigil
satu badan.
“Kau ni kan... sikit-sikit takut,
sikit-sikit takut. Haih... tak ada apa yang nak ditakutkan lah. Bukannya hantu
tu boleh tembus melalui skrin ke apa. Imej aje kot. Lagipun... aku kan ada? I’m always with you. Don’t worry.” Syed
Adrian cuba untuk meyakinkan. Alah, bukannya mati pun kalau tengok cerita
hantu.
“Tak boleh... saya memang fobia
dengan cerita-cerita hantu ni. Nanti asyik terngiang-ngiang aje bayangan hantu
tu. Dah lah... jom balik.” Amanda mula mengelak.
“No
excuses. Kau kena dengar cakap aku. Aku nak tengok cerita tu. So, kau sebagai isteri aku, kena ikut.
Faham?” kata-kata paksa daripada Syed Adrian itu membuatkan Amanda sedikit terkedu.
Lantas dia tunduk memandang lantai. Tak sanggup nak menatap wajah rimau lelaki
itu.
“Nah, ambil duit ni. Pergi beli
tiket sana. Aku nak simpan barang-barang ni kat dalam kereta sekejap. Kalau kau
cuba untuk lari, nahas kau aku cari.” arah Syed Adrian tegas. Nada suaranya
sengaja dibengiskan. Biar lutut minah ni longlai sikit.
Amanda tak banyak cakap. Tak banyak
membantah. Lantas dia mengambil langkah untuk ke kaunter pembelian tiket. Gerun
dengan ugutan si suami punya pasal. Haih... sabar aje lah.
Keluhan kecil dilepaskan.
SUASANA
yang begitu gelap dalam pawagam itu benar-benar menggusarkan hatinya. Apatah
lagi saat terpandangkan skrin pawagam yang begitu besar lagi luas itu. Huh...
ini kalau hantu muncul ni, memang confirm-confirm
hantu tu muncul depan mata. Walauweh, takutnya nak tengok. Sah, dia bakal
mengigau malam ni! Tak percaya tengok lah.
“Nah, popcorn kau.” ucap Syed Adrian perlahan.
Sekotak popcorn dihulurkan kepada si isteri. Amanda yang seakan-akan
tercengang menyambut huluran itu tanpa rasa ragu-ragu. Hmm yalah... manalah tahu mamat ni bubuh ubat tidur ke apa. Nanti
tak tentu pasal diri dia bakal dimanfaatkan.
Hish,
kau ni Manda! Tak baik bersangka buruk pada suami kau sendiri. Dia punyalah
ikhlas lagi tulus dok belikan popcorn ni... Tapi kau sanggup bersangka
buruk pada dia? Ish... ish... ish... tak
bau syurga macam ni weh!
“Saya takutlah, Adrian...” luah
Amanda tanpa berselindung.
Jujur, dia berasa takut sekarang ni.
Takut nak berdepan dengan hantu Insidious. Haih... walaupun cuma sekadar imej,
tapi kesannya sangat efektif. Boleh terngiang-ngiang sampai ke malam tahu!
“Aku kan ada. Kalau kau takut, kau
peluk lah bahu kiri aku ni... Apa susah?” pujuk Syed Adrian lembut. Popcorn caramel mula dikunyah.
“Boleh ke kalau saya peluk bahu kiri
awak? Maksud saya, awak tak marah ke?” soal Amanda dengan wajah yang cukup
polos.
Syed Adrian cuma tersenyum kecil.
Kelakar pula bila diimbas kembali pertanyaan Amanda ni. Haih... lelaki mana
yang marah bila dipeluk, Manda oi? Apasal
lah kau ni polos sangat? Kepalanya digeleng perlahan.
Wayang bermula. Bunyi speaker yang terlalu kuat pada awal
tayangan membuatkan Amanda melatah macam apa. Tak semena-mena sekotak popcorn yang dipegangnya terpelanting
entah ke mana.
Syed Adrian yang menyaksikan sendiri
tindakan spontan daripada si isteri itu sudahpun tercengang. Wajah Amanda yang
tampak pucat dipandang bagaikan tak percaya.
“Sorry...
saya terperanjat gila tadi. Nasib baik tak kena serangan jantung. He he he, nanti saya ganti balik popcorn awak tu eh?” Amanda sengih.
Sebaris gigi putihnya sengaja ditayangkan. Wajah Syed Adrian yang nampak ketat
itu menjadi tatapan. Adui, dia marah
ke ni?
Syed Adrian hanya membatukan diri.
Kata-kata maaf daripada Amanda langsung tak dilayan. Dia lebih senang menonton
daripada terus melayan kerenah si isteri. Hmm
nasib badan lah dapat bini macam ni...
“Oh
my Allah!” spontan aje Amanda menjerit sehingga menyebabkan para manusia di
situ memandang aneh ke arah mereka.
Lantas bahu kiri Syed Adrian dipeluk
erat. Kemunculan wanita seram bergaun putih dalam layar skrin benar-benar
memeranjatkannya. Huh... tak tentu pasal dia terjerit bagai nak rak. Nasib baik
dia terjerit ‘oh my Allah’ tadi.
Kalau dia terjerit ‘oh my Adrian’,
macam mana? Mahu tebal muka mamat tu agaknya. Tak tentu pasal maruah mamat tu
pulak yang terjejas! Huh, nasib... nasib...
“Kolot betullah minah kampung tu.
Baru tengok hantu kat dalam skrin pun dah terjerit-jerit.” kutuk salah seorang
wanita yang duduk di hadapanseat
mereka.
“Ha’ah, betul tu. Malang betul hubby dia yang handsome tu sebab dapat isteri macam tu. Err memalukan betul!” sokong rakannya pula.
Amanda yang mendengar kutukan
selamba daripada para wanita yangtak dikenalinya itu hanya mendiamkan diri.
Pandangannya sengaja dialihkan pada Syed Adrian yang duduk di sebelahnya.
Kelihatan Syed Adrian hanya beriak biasa. Tak ada riak marah... riak geram...
riak malu mahupun riak menyampah. Keluhan yang cukup berat dilepaskan.
Malang ke Syed Adrian sebab dapat bini
macam aku ni?Hmm mungkin. Meskipun
lelaki itu tak pernah menyatakan rasa malang sesudah ditakdirkan bersamanya,
tapi dia tahu akan apa yang terbuku dalam hati lelaki itu. Dia tahu yang Syed
Adrian berasa cukup rimas saat berada di sampingnya.
Yalah... dia tak sesempurna Emilin.
Dia tak secantik Jessica. Dan dia tak sebaik Mira. Terlalu banyak kekurangan
dalam dirinya jika nak dibandingkan dengan wanita-wanita itu. Tak hairan lah
sekiranya perkahwinannya bersama Syed Adrian merupakan salah satu perkara
malang tak berbau bagi lelaki itu.
Wajah serius Syed Adrian ditilik
seketika. Rasa serba salah menyelubungi dirinya.
“Maafkan saya, Adrian...”
PERLAKUAN
Syed Adrian yang hanya terdiam seribu bahasa membuatkan Amanda naik bingung.
Risau sekiranya lelaki itu berkecil hati akan sikapnya sebentar tadi. Takut
sekiranya lelaki itu tak dapat memaafkan dirinya.
Amanda cuba menggagahkan diri untuk
menegur lelaki itu. Dia perlu tahu isi hati Syed Adrian. Dia perlu tahu sama
ada lelaki itu marah padanya ataupun tidak. Lantas tangan sasa itu digenggam
kemas. Rasa malu cuba ditolak ke tepi terlebih dahulu. Begitu juga dengan ego.
Tindakan Amanda yang begitu berani
menggenggam tangannya membuatkan Syed Adrian kaget seketika. Langkahnya mula
dimatikan. Wajah serba salah gadis itu mula dipandang. Riaknya masih sama,
selamba.
“Adrian, saya nak minta maaf pasal
tadi. Saya tak ada niat pun nak memalukan awak, apatah lagi nak menjatuhkan
maruah awak. Maafkan saya?” rayu Amanda lembut. Dia ikhlas memohon maaf. Lantas
tangan sasa itu dikucup perlahan.
Syed Adrian sedaya upaya cuba
mengawal riaknya. Dia mahu kelihatan selamba di depan gadis itu. Dia tak mahu
Amanda rasa serba salah, meskipun kenyataannya dia memang berkecil hati
sebentar tadi.
Perlakuan Syed Adrian yang hanya
membatukan diri benar-benar menyesakkan fikirannya. Aduhai, marah sangat ke
mamat ni kat aku? Takkan dia dah menyampah nak bercakap dengan aku kot? Duga Amanda
sendiri.
“Adrian,
please say something. Saya tahu, saya bersalah... Mesti awak rasa malang
kan, sebab dapat isteri macam saya? Yalah... orang luar pun akui yang awak
malang sebab beristerikan saya. Memang tipu lah kan, kalau awak menafikan kenyataan
tu....” luah Amanda tanpa berselindung.
Syed Adrian cuma tersenyum kecil
saat mendengar luahan hati si isteri. Tak sangka pula yang Amanda bakal ambil
hati akan kata-kata dua orang wanita yang langsung tak dikenali oleh mereka
tadi. Dia sendiri pun tak kisah. Hmm
yalah... lagipun mereka tu bukannya mengenali Amanda sepenuhnya pun. They don’t have any rights to judge her!
Spontan aje tangannya menarik lembut
sepasang telinga Amanda yang ditutupi dengan tudung. Lantas wajah gadis itu
dibawa dekat dengan wajahnya.
Perlakuan Syed Adrian yang berada di
luar jangkaan itu benar-benar menggusarkan hatinya. Takut sekiranya lelaki itu
melakukan sesuatu tindakan yang berada di luar kawalan. Apatah lagi mereka
sedang berada di tengah-tengah Midvalley ni. Aduhai, jangan dia buat hal kat
sini sudah lah! Mana nak letak muka ni nanti? Lutut?
Wajah yang terlalu dekat lagi rapat
antara mereka menyebabkan mata mereka bercantum antara satu sama lain. Amanda
terkedu seketika. Rasa macam jantung nak terlompat keluar dari badan pula. Rasa
macam darah tersekat di arteri pun ada. Ya Allah, kau teguhkan lah segala organ dalam badan aku untuk berdepan
dengan lelaki ni... Doanya dalam hati.
“Aku tak pernah menyesal
beristerikan kau. Aku tak pernah merungut bila ditakdirkan bersama kau.
Walaupun aku langsung tak cintakan kau, tapi aku terima kau seadanya. Aku
anggap kau macam kawan aku... Aku anggap kau macam adik aku... So, agak-agaknya lah kan, aku rasa
malang ke tak bila dapat isteri macam kau?” bisik Syed Adrian perlahan di
telinga Amanda.
Bisikan hangat daripada Syed Adrian
itu membuatkan bulu romanya naik meremang. Namun, riaknya cuba dikawal agar
kelihatan bersahaja. Selamba, Amanda. Selamba!
“Listen,
I never feel unfortunate to have you in my life. But... I feel lucky to be with
you for the rest of my life.” ucap Syed Adrian ikhlas dari lubuk hati.
Segera wajahnya dijarakkan daripada wajah gadis itu.
Amanda yang mendengar dah terkedu
untuk kali yang ke entah berapa. Musykil dengan kata-kata lelaki di depannya
itu. Apa maksud dia?
“Friends?”
Syed Adrian mula mengeluarkan jari kelengkengnya sebagai tanda persahabatan.
“Perlu ke?” soal Amanda menginginkan
kepastian.
“Eh, mestilah. Bak sini jari
kelengkeng kau.” balas Syed Adrian agak kasar. Lantas tangan Amanda direntap
lalu menyatukan jari kelengkeng mereka.
“Dr Amanda?” tegur satu suara dari
arah belakang.
Amanda menoleh. Kelibat tubuh lampai
yang dibelakanginya sebentar tadi mula dipandang. Wajah lelaki kacak yang
berkaca mata itu ditilik sedikit demi sedikit. Hmm macam kenal aje mamat ni. Tapi dekat mana, ya?
“Hey,
don’t you know who am I? Come on, this is me, Amanda.Dr Emeer. Takkan you dah lupa kot?” soal lelaki itu agak
ramah.
Syed Adrian yang asyik memerhati
hanya mendiamkan diri. Dia lebih senang diam membatu saat menyaksikan drama
Jejak Kasih seperti ini.
“Oh
yes! Senior Emeer, right? Hah baru I ingat. He he he, sorry. So, how are you? Long time no see, right? You
bertugas kat mana sekarang ni?” Amanda pula yang menyoal. Masing-masing
menunjukkan keramahan.
“I’m
always be fine. Hmm tahu tak apa. Hampir dua tahun kot kita tak berjumpa! Oh yeah... I bertugas kat Shah Alam
sekarang. So, how about you? Still
working at the same hospital? And... wait! Ini siapa?” Emeer makin galak
menyoal.
“Of
course lah... I kan setia orangnya. Err
this is my husband. Abang, ini Dr Emeer. Dia ni senior Manda dulu.” terang Amanda ringkas.
Tak semena mena perkataan ‘abang’
terhambur daripada mulutnya. Habistu, takkan dia nak sebut nama ‘Adrian’ kot?Hmm tak tentu pasal rahsia terbesar
antara mereka bakal diketahui oleh orang luar. Tak ke naya tu?
“Oh
I see... So, you’re Adam, right?” soal Emeer inginkan kepastian.
Setahunya, Amanda sudahpun bertunang
dengan seorang lelaki bertuah yang bernama Syed Adam. Dan mungkin ini lah
orangnya. Emeer mula menduga.
Pertanyaan daripada Emeer itu
membuatkan Amanda tergamam. Begitu juga dengan Syed Adrian. Jelas terpancar
riak kaget di wajahnya. Adam? Apa kena mengena Adam dengan bini aku? Syed
Adrian bingung sendiri.
“Pardon?”
soal Syed Adrian pula tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.
Amanda yang melihat perubahan riak
pada wajah Syed Adrian mula berasa tak selesa. Habis pucat lesu mukanya saat
melihat kemusykilan di wajah lelaki itu. Ya Allah, jangan sampai Adrian tahu
pasal rahsia tu!
“No,
I’m just asking. Are you...” baru saja Emeer mahu meneruskan
kata-katanya...
“He’s
Adrian. Syed Adrian Michael.” lantas Amanda menyampuk. Isyarat mata mula
digunakan pada Emeer agar lelaki itu tak membongkarkan hal yang sebenar.
Emeer yang mengerti akan isyarat itu
mula mengubah topik.
“So,
you’re Adrian? Nice to know you, man. Err anyway, I’ve to go now. Ada appointment dengan someone. Alright, see you later, Amanda and also you, Adrian.”
Emeer mula meminta diri. Lantas dia berjabat tangan dengan Syed Adrian sebelum
meneruskan langkah.
Amanda yang memerhati mula menarik
nafas lega. Namun, nafas leganya mati saat terpandangkan wajah ketat Syed
Adrian. Allah!Adakah ini petanda bahawa Perang Adrianda bakal berlaku beberapa
minit saja lagi?
lamanya nak tunggu entry baruuuuuuuuuuuuuuuuu. im already miss them hehehehe update more pleaseeeeee and oftennnnn hehehehe i love your writing
ReplyDeleteHaha sorry. Inshallah I'm trying. Thanks he he :-)
DeleteJenuhh ls amanda nk explain t....huhuhu
ReplyDeletep/s : waiting for next entry...
Kan? Haha xD
DeleteHuhu ye...bila next chapter lak...x sabo nk baca...hehe
DeleteAduiiiii.....cepatla sambung......
ReplyDeleteAlright, sorry kerana terpaksa mnunggu :-)
Deletetak sabar nak tunggu next entry,,,cepat2 dik Asha
DeleteKeep patient k, insyallah ihiks
DeleteBest
ReplyDeleteThanks
ReplyDeletebestttt sangattttt
ReplyDeletemami comot
Thanks. Mami comot? Hahaha?
DeleteBaru berkesempatan baca entry kali ini , best best , konflik konflik haha
ReplyDeleteHaha kesian dia. Terima kasih xD
DeleteThanks Asha Ronaldo for the new entry.. mmg menanti dengan penuh kesabaran la. Love u..
ReplyDeleteWelcomeee
DeleteBest! Jenuh lerr si Amanda tu nak mengexplain kan nya. Hahahaha. Btw, cerpen bibik jangan pergi bila nak sambung? Hihi.
ReplyDeleteThanks. Lepas habits spm kot. Haha :p
DeleteCant wait for the next entry . Keep updating pleaseeee ..... i love ur writing . N i love this novel
ReplyDeleteInshallah... Thank you :-)
DeleteBest....smbglah lagi...!!!!
ReplyDeletePlzzzzz...!!!!
Thanks.. Insyallah :-)
Deletenovelnye dh kuar ke?x sabar nk tggu..best sesgt citernye
ReplyDeleteBellum he he tq :-)
ReplyDeletebest.. next chapter please...
ReplyDeleteyg ke 31 dh siap belum
Deletemane yg ke -31 hehehheehhe
ReplyDelete