Sunday, July 6, 2014

I Heart You, Doctor! 29

BAB 29
SEBOTOL coklat Vochell dimasukkan ke dalam troli. Perlahan-lahan troli ditolak untuk ke ruangan barang solekan pula. Terkial-kial Amanda menolak troli tersebut gara-gara isinya yang berat.
            Troli diberhentikan di pertengahan jalan. Sepasang matanya melilau mencari seseorang. Keadaan yang agak lengang di Aeon Big itu memudahkan lagi misi pencariannya.
            Haih... kat mana pula si Adrian dok merayap ni? Kalau nak merayap sekalipun, bawa lah troli ni sekali. Dah lah troli ni berat macam apa. Dia fikir kudrat aku ni cukup ke apa? Err bertuah punya suami! Bebel Amanda dalam hati.
            Kelibat Syed Adrian bersama lima paket jajan di tangan mula diperhatikan. Tingkah lelaki itu yang tampak bersahaja tanpa mempedulikan para mata yang memandang ditilik seketika. Amboi, seronoknya cik abang handsome ni dok catwalk, ya? Tak nampak ke bini dia ni tengah menderita bersama troli?
            “Alright, tolak.” arah Syed Adrian penuh selamba. Lima paket jajan tersebut dicampak ke dalam troli.
            Amanda yang memerhati sudahpun tercengang sendiri. Tindakan Syed Adrian itu seolah olah memperlakukan dirinya sebagai bibik tanpa bayaran. Wah, banyak handsome muka dia! Aku tahu lah muka dia tu handsome tak ingat dunia. Tapi... agak-agaklah bro. Bini sendiri pun dibuat bibik ke? Err tak gentleman langsung!
            “Berat lah, Adrian... Awak tolak lah. Lenguh tangan saya ni.” Amanda mula merengek. Sengaja nak meraih simpati.
            “Lembik lah kau ni. Semua benda tak boleh buat. Naik basikal tak boleh... tolak troli pun tak boleh... apa yang boleh? Err tepi. Biar aku yang tolak.” bebel Syed Adrian.
            Troli mula dirampas.
            “He he he. Terima kasih, abang Adrian. Barulah bertambah handsome muka abang kalau tolak troli macam ni.” Amanda sengih. Lengan Syed Adrian sengaja dipaut tanpa rasa segan silu.
            Syed Adrian tergelak kecil. Perlakuan Amanda yang berada di luar jangkaan itu hanya dibiarkan. Alah, tak apa lah... Bukannya selalu pun dapat dipaut oleh isteri sendiri. Sekali sekala, apa salahnya?
            “Jom tengok movie?” ajak Syed Adrian selamba.
            “Err movie? Movie apa?” soal Amanda hairan.
            “Insidious Chapter 2. Jom?” sekali lagi Syed Adrian mengajak. Kali ni lengan Amanda mula ditarik ke Golden Screen Cinema.
            “Eh, kejap. Cerita apa tu? Cerita hantu ke? Kalau cerita hantu, saya tak nak tengok lah. Takut... Nanti tak tentu pasal saya terjerit. Then, awak juga yang dapat malu.” luah Amanda jujur. Dia memang lemah bab-bab cerita hantu ni. Baru terdengar sounds, dah menggigil satu badan.
            “Kau ni kan... sikit-sikit takut, sikit-sikit takut. Haih... tak ada apa yang nak ditakutkan lah. Bukannya hantu tu boleh tembus melalui skrin ke apa. Imej aje kot. Lagipun... aku kan ada? I’m always with you. Don’t worry.” Syed Adrian cuba untuk meyakinkan. Alah, bukannya mati pun kalau tengok cerita hantu.
            “Tak boleh... saya memang fobia dengan cerita-cerita hantu ni. Nanti asyik terngiang-ngiang aje bayangan hantu tu. Dah lah... jom balik.” Amanda mula mengelak.
            “No excuses. Kau kena dengar cakap aku. Aku nak tengok cerita tu. So, kau sebagai isteri aku, kena ikut. Faham?” kata-kata paksa daripada Syed Adrian itu membuatkan Amanda sedikit terkedu. Lantas dia tunduk memandang lantai. Tak sanggup nak menatap wajah rimau lelaki itu.
            “Nah, ambil duit ni. Pergi beli tiket sana. Aku nak simpan barang-barang ni kat dalam kereta sekejap. Kalau kau cuba untuk lari, nahas kau aku cari.” arah Syed Adrian tegas. Nada suaranya sengaja dibengiskan. Biar lutut minah ni longlai sikit.
            Amanda tak banyak cakap. Tak banyak membantah. Lantas dia mengambil langkah untuk ke kaunter pembelian tiket. Gerun dengan ugutan si suami punya pasal. Haih... sabar aje lah.
            Keluhan kecil dilepaskan.

SUASANA yang begitu gelap dalam pawagam itu benar-benar menggusarkan hatinya. Apatah lagi saat terpandangkan skrin pawagam yang begitu besar lagi luas itu. Huh... ini kalau hantu muncul ni, memang confirm-confirm hantu tu muncul depan mata. Walauweh, takutnya nak tengok. Sah, dia bakal mengigau malam ni! Tak percaya tengok lah.
            “Nah, popcorn kau.” ucap Syed Adrian perlahan.
            Sekotak popcorn dihulurkan kepada si isteri. Amanda yang seakan-akan tercengang menyambut huluran itu tanpa rasa ragu-ragu. Hmm yalah... manalah tahu mamat ni bubuh ubat tidur ke apa. Nanti tak tentu pasal diri dia bakal dimanfaatkan.
            Hish, kau ni Manda! Tak baik bersangka buruk pada suami kau sendiri. Dia punyalah ikhlas lagi tulus dok belikan popcorn ni... Tapi kau sanggup bersangka buruk pada dia? Ish... ish... ish... tak bau syurga macam ni weh!
            “Saya takutlah, Adrian...” luah Amanda tanpa berselindung.
            Jujur, dia berasa takut sekarang ni. Takut nak berdepan dengan hantu Insidious. Haih... walaupun cuma sekadar imej, tapi kesannya sangat efektif. Boleh terngiang-ngiang sampai ke malam tahu!
            “Aku kan ada. Kalau kau takut, kau peluk lah bahu kiri aku ni... Apa susah?” pujuk Syed Adrian lembut. Popcorn caramel mula dikunyah.
            “Boleh ke kalau saya peluk bahu kiri awak? Maksud saya, awak tak marah ke?” soal Amanda dengan wajah yang cukup polos.
            Syed Adrian cuma tersenyum kecil. Kelakar pula bila diimbas kembali pertanyaan Amanda ni. Haih... lelaki mana yang marah bila dipeluk, Manda oi? Apasal lah kau ni polos sangat? Kepalanya digeleng perlahan.
            Wayang bermula. Bunyi speaker yang terlalu kuat pada awal tayangan membuatkan Amanda melatah macam apa. Tak semena-mena sekotak popcorn yang dipegangnya terpelanting entah ke mana.
            Syed Adrian yang menyaksikan sendiri tindakan spontan daripada si isteri itu sudahpun tercengang. Wajah Amanda yang tampak pucat dipandang bagaikan tak percaya.
            “Sorry... saya terperanjat gila tadi. Nasib baik tak kena serangan jantung. He he he, nanti saya ganti balik popcorn awak tu eh?” Amanda sengih. Sebaris gigi putihnya sengaja ditayangkan. Wajah Syed Adrian yang nampak ketat itu menjadi tatapan. Adui, dia marah ke ni?
            Syed Adrian hanya membatukan diri. Kata-kata maaf daripada Amanda langsung tak dilayan. Dia lebih senang menonton daripada terus melayan kerenah si isteri. Hmm nasib badan lah dapat bini macam ni...
            “Oh my Allah!” spontan aje Amanda menjerit sehingga menyebabkan para manusia di situ memandang aneh ke arah mereka.
            Lantas bahu kiri Syed Adrian dipeluk erat. Kemunculan wanita seram bergaun putih dalam layar skrin benar-benar memeranjatkannya. Huh... tak tentu pasal dia terjerit bagai nak rak. Nasib baik dia terjerit ‘oh my Allah’ tadi. Kalau dia terjerit ‘oh my Adrian’, macam mana? Mahu tebal muka mamat tu agaknya. Tak tentu pasal maruah mamat tu pulak yang terjejas! Huh, nasib... nasib...
            “Kolot betullah minah kampung tu. Baru tengok hantu kat dalam skrin pun dah terjerit-jerit.” kutuk salah seorang wanita yang duduk di hadapanseat mereka.
            “Ha’ah, betul tu. Malang betul hubby dia yang handsome tu sebab dapat isteri macam tu. Err memalukan betul!” sokong rakannya pula.
            Amanda yang mendengar kutukan selamba daripada para wanita yangtak dikenalinya itu hanya mendiamkan diri. Pandangannya sengaja dialihkan pada Syed Adrian yang duduk di sebelahnya. Kelihatan Syed Adrian hanya beriak biasa. Tak ada riak marah... riak geram... riak malu mahupun riak menyampah. Keluhan yang cukup berat dilepaskan.
            Malang ke Syed Adrian sebab dapat bini macam aku ni?Hmm mungkin. Meskipun lelaki itu tak pernah menyatakan rasa malang sesudah ditakdirkan bersamanya, tapi dia tahu akan apa yang terbuku dalam hati lelaki itu. Dia tahu yang Syed Adrian berasa cukup rimas saat berada di sampingnya.
            Yalah... dia tak sesempurna Emilin. Dia tak secantik Jessica. Dan dia tak sebaik Mira. Terlalu banyak kekurangan dalam dirinya jika nak dibandingkan dengan wanita-wanita itu. Tak hairan lah sekiranya perkahwinannya bersama Syed Adrian merupakan salah satu perkara malang tak berbau bagi lelaki itu.
            Wajah serius Syed Adrian ditilik seketika. Rasa serba salah menyelubungi dirinya.
            “Maafkan saya, Adrian...”

PERLAKUAN Syed Adrian yang hanya terdiam seribu bahasa membuatkan Amanda naik bingung. Risau sekiranya lelaki itu berkecil hati akan sikapnya sebentar tadi. Takut sekiranya lelaki itu tak dapat memaafkan dirinya.
            Amanda cuba menggagahkan diri untuk menegur lelaki itu. Dia perlu tahu isi hati Syed Adrian. Dia perlu tahu sama ada lelaki itu marah padanya ataupun tidak. Lantas tangan sasa itu digenggam kemas. Rasa malu cuba ditolak ke tepi terlebih dahulu. Begitu juga dengan ego.
            Tindakan Amanda yang begitu berani menggenggam tangannya membuatkan Syed Adrian kaget seketika. Langkahnya mula dimatikan. Wajah serba salah gadis itu mula dipandang. Riaknya masih sama, selamba.
            “Adrian, saya nak minta maaf pasal tadi. Saya tak ada niat pun nak memalukan awak, apatah lagi nak menjatuhkan maruah awak. Maafkan saya?” rayu Amanda lembut. Dia ikhlas memohon maaf. Lantas tangan sasa itu dikucup perlahan.
            Syed Adrian sedaya upaya cuba mengawal riaknya. Dia mahu kelihatan selamba di depan gadis itu. Dia tak mahu Amanda rasa serba salah, meskipun kenyataannya dia memang berkecil hati sebentar tadi.
            Perlakuan Syed Adrian yang hanya membatukan diri benar-benar menyesakkan fikirannya. Aduhai, marah sangat ke mamat ni kat aku? Takkan dia dah menyampah nak bercakap dengan aku kot? Duga Amanda sendiri.
            “Adrian, please say something. Saya tahu, saya bersalah... Mesti awak rasa malang kan, sebab dapat isteri macam saya? Yalah... orang luar pun akui yang awak malang sebab beristerikan saya. Memang tipu lah kan, kalau awak menafikan kenyataan tu....” luah Amanda tanpa berselindung.
            Syed Adrian cuma tersenyum kecil saat mendengar luahan hati si isteri. Tak sangka pula yang Amanda bakal ambil hati akan kata-kata dua orang wanita yang langsung tak dikenali oleh mereka tadi. Dia sendiri pun tak kisah. Hmm yalah... lagipun mereka tu bukannya mengenali Amanda sepenuhnya pun. They don’t have any rights to judge her!
            Spontan aje tangannya menarik lembut sepasang telinga Amanda yang ditutupi dengan tudung. Lantas wajah gadis itu dibawa dekat dengan wajahnya.
            Perlakuan Syed Adrian yang berada di luar jangkaan itu benar-benar menggusarkan hatinya. Takut sekiranya lelaki itu melakukan sesuatu tindakan yang berada di luar kawalan. Apatah lagi mereka sedang berada di tengah-tengah Midvalley ni. Aduhai, jangan dia buat hal kat sini sudah lah! Mana nak letak muka ni nanti? Lutut?
            Wajah yang terlalu dekat lagi rapat antara mereka menyebabkan mata mereka bercantum antara satu sama lain. Amanda terkedu seketika. Rasa macam jantung nak terlompat keluar dari badan pula. Rasa macam darah tersekat di arteri pun ada. Ya Allah, kau teguhkan lah segala organ dalam badan aku untuk berdepan dengan lelaki ni... Doanya dalam hati.
            “Aku tak pernah menyesal beristerikan kau. Aku tak pernah merungut bila ditakdirkan bersama kau. Walaupun aku langsung tak cintakan kau, tapi aku terima kau seadanya. Aku anggap kau macam kawan aku... Aku anggap kau macam adik aku... So, agak-agaknya lah kan, aku rasa malang ke tak bila dapat isteri macam kau?” bisik Syed Adrian perlahan di telinga Amanda.
            Bisikan hangat daripada Syed Adrian itu membuatkan bulu romanya naik meremang. Namun, riaknya cuba dikawal agar kelihatan bersahaja. Selamba, Amanda. Selamba!
            “Listen, I never feel unfortunate to have you in my life. But... I feel lucky to be with you for the rest of my life.” ucap Syed Adrian ikhlas dari lubuk hati. Segera wajahnya dijarakkan daripada wajah gadis itu.
            Amanda yang mendengar dah terkedu untuk kali yang ke entah berapa. Musykil dengan kata-kata lelaki di depannya itu. Apa maksud dia?
            “Friends?” Syed Adrian mula mengeluarkan jari kelengkengnya sebagai tanda persahabatan.
            “Perlu ke?” soal Amanda menginginkan kepastian.
            “Eh, mestilah. Bak sini jari kelengkeng kau.” balas Syed Adrian agak kasar. Lantas tangan Amanda direntap lalu menyatukan jari kelengkeng mereka.
            “Dr Amanda?” tegur satu suara dari arah belakang.
            Amanda menoleh. Kelibat tubuh lampai yang dibelakanginya sebentar tadi mula dipandang. Wajah lelaki kacak yang berkaca mata itu ditilik sedikit demi sedikit. Hmm macam kenal aje mamat ni. Tapi dekat mana, ya?
            “Hey, don’t you know who am I? Come on, this is me, Amanda.Dr Emeer. Takkan you dah lupa kot?” soal lelaki itu agak ramah.
            Syed Adrian yang asyik memerhati hanya mendiamkan diri. Dia lebih senang diam membatu saat menyaksikan drama Jejak Kasih seperti ini.
            “Oh yes! Senior Emeer, right? Hah baru I ingat. He he he, sorry. So, how are you? Long time no see, right? You bertugas kat mana sekarang ni?” Amanda pula yang menyoal. Masing-masing menunjukkan keramahan.
            “I’m always be fine. Hmm tahu tak apa. Hampir dua tahun kot kita tak berjumpa! Oh yeah... I bertugas kat Shah Alam sekarang. So, how about you? Still working at the same hospital? And... wait! Ini siapa?” Emeer makin galak menyoal.
            “Of course lah... I kan setia orangnya. Err this is my husband. Abang, ini Dr Emeer. Dia ni senior Manda dulu.” terang Amanda ringkas.
            Tak semena mena perkataan ‘abang’ terhambur daripada mulutnya. Habistu, takkan dia nak sebut nama ‘Adrian’ kot?Hmm tak tentu pasal rahsia terbesar antara mereka bakal diketahui oleh orang luar. Tak ke naya tu?
            “Oh I see... So, you’re Adam, right?” soal Emeer inginkan kepastian.
            Setahunya, Amanda sudahpun bertunang dengan seorang lelaki bertuah yang bernama Syed Adam. Dan mungkin ini lah orangnya. Emeer mula menduga.
            Pertanyaan daripada Emeer itu membuatkan Amanda tergamam. Begitu juga dengan Syed Adrian. Jelas terpancar riak kaget di wajahnya. Adam? Apa kena mengena Adam dengan bini aku? Syed Adrian bingung sendiri.
            “Pardon?” soal Syed Adrian pula tanpa menjawab pertanyaan lelaki itu.
            Amanda yang melihat perubahan riak pada wajah Syed Adrian mula berasa tak selesa. Habis pucat lesu mukanya saat melihat kemusykilan di wajah lelaki itu. Ya Allah, jangan sampai Adrian tahu pasal rahsia tu!
            “No, I’m just asking. Are you...” baru saja Emeer mahu meneruskan kata-katanya...
            “He’s Adrian. Syed Adrian Michael.” lantas Amanda menyampuk. Isyarat mata mula digunakan pada Emeer agar lelaki itu tak membongkarkan hal yang sebenar.
            Emeer yang mengerti akan isyarat itu mula mengubah topik.
            “So, you’re Adrian? Nice to know you, man. Err anyway, I’ve to go now. Ada appointment dengan someone. Alright, see you later, Amanda and also you, Adrian.” Emeer mula meminta diri. Lantas dia berjabat tangan dengan Syed Adrian sebelum meneruskan langkah.
            Amanda yang memerhati mula menarik nafas lega. Namun, nafas leganya mati saat terpandangkan wajah ketat Syed Adrian. Allah!Adakah ini petanda bahawa Perang Adrianda bakal berlaku beberapa minit saja lagi? 

28 comments:

  1. lamanya nak tunggu entry baruuuuuuuuuuuuuuuuu. im already miss them hehehehe update more pleaseeeeee and oftennnnn hehehehe i love your writing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha sorry. Inshallah I'm trying. Thanks he he :-)

      Delete
  2. Jenuhh ls amanda nk explain t....huhuhu
    p/s : waiting for next entry...

    ReplyDelete
  3. Aduiiiii.....cepatla sambung......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alright, sorry kerana terpaksa mnunggu :-)

      Delete
    2. tak sabar nak tunggu next entry,,,cepat2 dik Asha

      Delete
    3. Keep patient k, insyallah ihiks

      Delete
  4. bestttt sangattttt

    mami comot

    ReplyDelete
  5. Baru berkesempatan baca entry kali ini , best best , konflik konflik haha

    ReplyDelete
  6. Thanks Asha Ronaldo for the new entry.. mmg menanti dengan penuh kesabaran la. Love u..

    ReplyDelete
  7. Best! Jenuh lerr si Amanda tu nak mengexplain kan nya. Hahahaha. Btw, cerpen bibik jangan pergi bila nak sambung? Hihi.

    ReplyDelete
  8. Cant wait for the next entry . Keep updating pleaseeee ..... i love ur writing . N i love this novel

    ReplyDelete
  9. Best....smbglah lagi...!!!!
    Plzzzzz...!!!!

    ReplyDelete
  10. novelnye dh kuar ke?x sabar nk tggu..best sesgt citernye

    ReplyDelete
  11. best.. next chapter please...

    ReplyDelete
  12. mane yg ke -31 hehehheehhe

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.