WARNING! THIS COULD BE THE LONGEST CERPEN YOU'VE EVER READ. SO BE PATIENT & KEEP READING.
***
“NINA..”
Aku menoleh, seraya melihat wajah sadis itu. Berselirat
seribu satu rasa – benci, menyampah, dendam, rindu, sayang.. Terlalu sukar
untuk diungkap dengan kata. Hai hati.. bersabarlah, kuatlah, teguhlah.
Tanpa aku sedari, tubuh sasa itu sudahpun duduk melutut di
hadapanku. Aku teguk liur, masih memandang ke arah wajah itu.
“Awak nak ke mana?” soalnya cukup lembut, seakan-akan ingin
memujuk.
“Balik rumah.”
“Then? Buat apa
awak berteduh kat bus-stop ni? Rumah
kita kan kat sana,” bertalu-talu Rayyan menyoal. Masih tidak mengerti akan
kehendakku barangkali. Anak matanya begitu tepat memandang anak mataku.
Aku sedikit berdeham, cuba untuk mencari keselesaan dan
kelapangan. Sungguh aku cukup rimas tatkala dipandang sebegitu. “Itu rumah
awak, bukan rumah saya..”
“Bik,” panggilnya perlahan. Aku hanya membatu sambil
memandang lantai. “Bik Nina.. pandang saya please.
I’m talking to you.”
Rayyan masih tidak berputus asa mengharapkan perhatianku.
Selamba sahaja dia menolak daguku dengan hujung jarinya. Sejurus itu juga mata
kami bertaut, bertentangan sesama sendiri. Aku terkedu di situ saat mata amber itu menusuk jantungku.
“Sorry for what had
happened,” ucapnya penuh penyesalan. Matanya begitu tajam memandangku,
seolah-olah mengharapkan kemaafan dan belas kasihan. “Saya tahu saya bersalah.
Saya tak sepatutnya mendiamkan diri ketika mereka menghina awak, menfitnah awak.
Memperlakukan awak seperti sampah.. I’m
sorry, Bik. Really sorry.”
“Sudahlah.. Balik. Saya dah muak nak dengar apa-apa
penjelasan daripada mulut awak.”
“Bik, tolonglah.. Tolong faham situasi saya, perasaan saya.
Awak tahu kan betapa dalamnya cinta saya pada awak? So please.. please don’t leave. Stay.”
“Just stop calling me
Bik, Megat Rayyan. I’m no longer your bibik. I’m fired, don’t you remember
about it?” tuturku sinis. Perkataan ‘fired’
sengaja aku tekankan.
Saat munculnya sebuah teksi yang dinanti-nantikan, aku lantas
bangun daripada terus duduk. Beg roda yang terletak elok di tepi mula ditarik.
Rayyan di sisi langsung tidak diendahkan, seolah-olah lelaki itu sekadar patung
bernyawa.
Baru sahaja aku ingin membuka pintu teksi, tiba-tiba,
tanganku digenggam kemas. “Nina, tolong jangan tinggalkan saya. Saya masih
perlukan awak, Nina. Saya sayangkan awak, cintakan awak. Tolong jangan
perlakukan saya sebegini. Saya tak boleh hidup tanpa awak,” berbunga-bunga
sahaja kedengaran rayuan itu di pendengaranku. Aku tersenyum sinis, mengalihkan
pandangan ke arah wajah kacak persis Taylor Lautner itu.
“Sayang? Cinta? Oh Megat.. awak simpan ajelah cinta sayang
awak tu. Saya tak perlukannya, dan saya tak percayakannya. So, go ahead. Pergi, tinggalkan saya. Lupakan saya. Assalamualaikum,”
ucapku sayu seraya memboloskan diri daripada genggaman lelaki itu.
“Nina.. Nina,” Pintu teksi lantas aku tutup tanpa
menghiraukan suara itu. Air mata yang kian laju mengalir diseka perlahan. Sedih
dengan kenyataan dan takdir Tuhan.
“Cik.. kita dah boleh gerak?” soal Pak Cik Teksi cukup
prihatin. Aku senyum, lalu mengangguk. “Gerak je lah, Pak Cik.”
“Habistu, macam
mana dengan kekasih Cik tu? Takkan Cik nak tinggalkan dia macam tu aje? Kesian
dia, Cik..”
“Biarkan je lah.
Jom kita gerak. Saya dah lambat ni,” putusku akhirnya, cukup penat dengan
situasi seperti ini.
“Bik.. buka pintu! Please!
Saya merayu pada awak!”
“Nina! Please don’t
leave me! Nina! Please!”
“Just God knows how I
love you Nina! Please don’t do this to me! Ninaaa!”
Masih kedengaran suara jeritan Rayyan di luar tingkap. Aku
pejam mata – menahan segala rasa di hati, melepaskan segala-galanya untuk
pergi. Mungkin sudah tiba masanya.
Wajah tercengang Pak Cik Teksi di sebelah aku pandang.
Terkebil-kebil mata tua itu memandangku. “Tunggu apa lagi, Pak Cik? Jomlah kita
gerak.”
“Hmm,” Pak Cik
Teksi itu menurut perintah. Dengan lafaz Bismillah,
perlahan-lahan teksi itu dipandu pergi dari situ. Aku menarik nafas lega, wajah
si dia aku pandang melalui side mirror. Masih
jelas kedengaran suara jeritannya. Suara jeritan yang melarangku untuk pergi.
Namun apatah daya, takdir melarangku untuk terus berada di situ. Dan takdir
melarangku untuk bersama dengan si dia.
“Bibik jangan pergi!”
Aku tersenyum saat terdengarkan suara itu. Meskipun teksi ini
semakin jauh dipandu, namun aku bisa mendengar teriakan suara itu. Mungkin
tidak sekuat tadi tapi masih.. Masih aku dengar.
“Selamat
tinggal, cinta. Pergilah engkau bersemadi bersama ayah dan ibu.”
***
Tiga tahun yang
lalu..
“SO what’s your name?”
tegas benar Datin Maria menyoal sambil bercekak pinggang. Aku beku di situ.
Gugup, apatah lagi saat terpandangkan kerlingan mata wanita itu yang cukup fiercy. Garang, ganas, agresif –
mengalahkan Pengetua aku di sekolah dahulu.
“Ni.. nina. Nina
Aulia,” tergagap-gagap aku menuturkan nama pemberian arwah ibuku itu. Bibir
bawah digigit perlahan. Peluh yang mula memercik dahi diseka jua.
“Oh, Nina? Mmm.. nice name. Umur berapa?” soalnya
bertalu-talu, namun tidak segarang, setegas dan sekeras tadi.
“Lapan
belas..”
“Mmm.. you’re still young but you’re willing
to be my maid. Are you serious?” Ragu-ragu Datin Maria bertanyakan soalan
itu. Mungkin agak sensitif baginya tapi tidak bagi aku, kerana aku serius.
“Yes, madam. Saya serius, saya benar-benar
perlukan pekerjaan. Tak kisahlah apa jua pekerjaan itu, asalkan halal di sisi
syarak..”
“Okay whatever, you’re accepted.”
“I’m what?” soalku inginkan kepastian.
Wajah tua tapi vogue itu aku pandang
dengan penuh pengharapan.
“Oh Megat, what happened to our new maid?
Err.. I repeat. You’re accepted, awak diterima. Jadi, awak boleh mula
bekerja di sini mulai hari ini. Could
you?”
“Yes.. yes, I could. Thank you!”
“So now we have a maid who can speak in
English, dear sons,” ucap Datin Maria dengan riak yang cukup teruja kepada
putera-puteranya. Masing-masing tergelak besar mendengar jenaka mummy mereka itu.
Aku sekadar tersenyum sambil memandang wajah-wajah mereka
satu per satu. Jujur aku katakan, mereka kacak, handsome, gorgeous, fabulous atau apa-apa istilah sekalipun. Rasa
seperti berada di kayangan, dipertemukan dengan bidadara-bidadara kacak yang
tiada tolok bandingnya. Walaoweh, am I in
Malaysia right now?
“Alright Nina,
perkenalkan ini Megat Dayyat, my first
hero.” Aku tersenyum manis memandang Megat Dayyat a.k.a Collin Morgan a.k.a
Merlin. Sumpah, mamat ni macam Merlin atau.. dia memang Merlin? Ha ha mana
taknya.. matanya biru, telinganya capang, badannya keding. Sama macam Merlin,
serupa macam Merlin.
“Ini pula Megat Qayyum, my
second hero,” Oh my God, benarkah
apa yang aku lihat ini? Benarkah? Adakah ini realiti atau sekadar.. mimpi
ngeri? Gosh, Edward Cullen is just in front of me! Aku sedikit berdeham, cuba
untuk mengawal perasaan.
“Saya Qayyum,” ucap
Edward Cullen penuh sopan. Ops, Megat
Qayyum I mean.
Aku tunduk hormat, menyedari status sebenarku di Vila Idaman
ini – sekadar hamba atau lebih sopan, orang gaji. “Saya Nina.”
“Mmm.. kat sebelah
Qayyum tu, Megat Fayyad. My third son,”
Datin Maria lantas menyampuk. Mungkin perasan akan pandangan anehku terhadap
putera keduanya itu.
Pandanganku beralih pada Megat Fayyad tanpa sebarang perasaan.
Hmm muka dia macam Andrew Garfield
lah pula. Tapi maaf or sorry to say,
aku tak ada hati pada Andrew Garfield a.k.a Peter Parker a.k.a Mr Spiderman
meskipun dia tampak gorgeous di
mataku. “Saya Nina.”
“Aku Megat Fayyad. Don’t
forget the title ‘Megat’ okay,” balasnya agak kasar bersertakan riak wajah
yang cukup sombong, angkuh, berlagak dan sebaliknya. Aku sekadar mencebik tanpa
menghiraukan mata-mata yang memandang. Cukup tidak senang dengan layanan yang
diberikan oleh Andrew Garfield itu.
“And the last one,
Megat Rayyan. My only last hero. No more hero after this,” kata-kata Datin
Maria itu dibalas dengan gelak tawa putera-puteranya dan juga bibik-bibiknya.
Namun, tawa itu langsung tidak aku hiraukan saat sepasang mataku terlihatkan
putera bongsunya itu.
“Tay.. Taylor Lautner?”
Secara tidak sengaja nama itu terhambur keluar dari mulutku.
Aku terpegun or even terpaku di situ,
berdiri tegak ibarat sedang menyanyikan lagu Negaraku. Sungguh aku terkejut. “Ha ha, am I? But I’m Rayyan. Megat Rayyan,
as mummy said just now.”
“Hah?”
“Feel sorry to say
this, but I think your ears got problem. Mmm.. I’m Rayyan, awak dengar
tak?” Merah padam wajahku saat dilemparkan sindiran seperti itu. Malu, itulah
yang aku rasakan kini. Apatah lagi tatkala terpandangkan putera-putera Datin
Maria yang sedang seronok mentertawakanku.
“Hey brothers, stop
laughing at her. She’s our guest, remember? And that’s not the way we treat on
a guest,” Terus terdiam gelak tawa yang menghantui vila itu saat Taylor
Lautner kesayanganku mula bersuara. Such
a good leader although he’s the youngest among them.
“Our guest? Since when
we have this kind of guest? Poor, penniless, lifeless.. is she deserves to be
our respected guest, little brother? Oh God, I don’t think so,” sinis benar
kata-kata ‘Megat’ Fayyad itu. Nampak sangat kehadiranku tidak disambut baik
olehnya. Tapi ada aku kisah?
“Fayyad, behave of your
words. Whoever she is, dia tetap tetamu kita. Remember that,” Datin Maria mula menegur. Cukup tidak senang dengan
perlakuan biadab puteranya itu.
“But mummy.. dia
terlalu bawah untuk digelar tetamu. The
lowest standard.”
“What the heck with
you, Fayyad? Mummy tak pernah ajar kamu berlaku biadab seperti ini,” tegas
Datin Maria bersuara.
Semua yang berada di situ terus terdiam, termasuk Megat
Fayyad sendiri. Aku pula sudah tidak senang duduk. Rasa seperti punca
pertengkaran anak-beranak ini ialah aku. Mana taknya, si emak menyokong aku
sementara itu, si anak pula menentang aku. Jelas ketara bahawa aku ialah topik
pertengkaran mereka.
“Datin, Megat, stop
it.. Tak elok anak-beranak bertengkar seperti ini. It’s just a small matter, jangan diperbesarkan,” Terpaksa aku
menyampuk demi menenangkan keadaan. Wajah Datin Maria aku pandang, lalu beralih
pada wajah Megat Fayyad pula. “Megat, saya tak bermaksud nak huru-harakan keluarga
Megat. Maafkan saya.”
“Don’t talk to me. You just
don’t deserve,” ucapnya keras, seraya mengangkat kaki ke tingkat atas.
Sempat aku tangkap jelingan mautnya khas untukku. Huh, bongkak punya Spiderman.
“Maafkan anak saya, Nina. Dia memang macam tu. Terlalu
pentingkan status, darjat dan keturunan.”
“Eh tak apa. It’s okay.
Saya faham,” Aku senyum. Cukup faham akan sikap manusia seperti itu – terlalu
memandang rendah pada golongan bawahan. Itulah dia, orang kaya. Tapi tak semua
orang kaya seperti Fayyad, bukan?
“Oh ya, Datin.. Sebagai maid,
tugas saya apa?” soalku inginkan kepastian. Takut pula tugas maid di vila ini cukup berlainan dengan
tugas maid di vila-vila yang lain.
Pertanyaanku itu dibalas dengan sebaris senyuman oleh Datin
Maria. Begitu juga dengan putera-puteranya yang tersisa (padahal kurang satu
sahaja) “Don’t worry. It’s easy and worth
enough. Tugas awak cuma perlu..”
***
KOLAM RENANG seluas bilik tidurku itu aku pandang hairan. Bercantum
kedua-dua belah keningku saat terfikirkan kerja yang bakal aku lakukan nanti –
cuci kolam renang dengan menggunakan berus. Gila, mencabar betul. Tidak pernah sesekali
aku lakukan kerja seperti ini selama ini.
“Nah, berus,”
tegur Sofi seraya menghulurkan berus kepadaku. Aku menyambut huluran itu
bersertakan sebaris senyuman di bibir. “Terima kasih..”
“Sama-sama.
Kalau Nina tak sanggup nak selesaikan kerja ni, repot pada Sofi okey? Sofi
sedia membantu.”
“Okey Sofi.
Terima kasih, but don’t worry. Nina
okey aje. Lagipun, Nina dah biasa buat kerja-kerja macam ni,” bohongku tanpa
rasa serba salah. Sebetulnya, inilah kali pertama dan mungkin kali terakhir aku
lakukan kerja gila seperti ini!
“Oh ya ke?
Sofi fikir, Nina ni jenis yang tak pernah lakukan kerja-kerja berat seperti
ini. Hmm yalah, tangan Nina pun
nampak lembut, mulus aje. Tak kasar pun,” komen Sofi berdasarkan
pemerhatiannya.
Aku sekadar tersenyum.
“Itulah.. don’t judge book by its cover.
Nampak memang lembut tapi sebenarnya, kasar mengalahkan berus!”
“Serius?”
“Yes, serius. Eh Sofi, siapa yang tengah
joging kat tepi jalan tu?” laju aku menyoal tatkala terpandangkan sekujur tubuh
sasa yang sedang leka berjoging di luar halaman.
“Mana? Mana?”
“Itulah.. Yang pakai t-shirt hitam tu,” ucapku sambil
menunding jari ke arah tubuh hot itu.
Sofi bergerak sedikit ke hadapan untuk mengenalpasti si empunya tubuh.
Terkebil-kebil mata bundarnya saat memerhatikan lelaki itu.
“Oh.. itu Megat Rayyan. Putera bongsu Datin Maria,” ucapnya
perlahan sesudah berjaya mengenal pasti. Aku terdiam sejenak, cuba menghadam
kata-kata Sofi di pendengaranku. Plus,
cuba untuk mengingati wajah putera-putera kacak Datin Maria satu per satu. Hmm Megat Rayyan.. Yang mana satu, ya?
Merlin? Edward Cullen? Andrew Garfield? Atau.. Taylor Lautner?
“Hai bibiks,” tegur
satu suara dari arah belakang.
Tersentak
aku dibuatnya saat terdengarkan suara lunak itu. Perlahan-lahan aku memandang
Sofi, Sofi pula memandang aku. Dan serentak itu juga kami berdua menoleh dan
memandang suara yang menegur.
Gulp!
Taylor
Lautner. Err Megat.. Megat apa ek nama dia? Oh ya, Megat Rayyan. Tak
silap aku inilah dia mamat hot yang
sedang berjoging tadi. Sebab.. t-shirt mereka sama – t-shirt Nike hitam tanpa
lengan.
“Err.. Megat. Megat nak apa? Megat nak
air ke? Mmm kalau nak, Bik Sofi boleh
tolong buatkan,” Sengaja Sofi mempelawa diri. Hendak tunjuk rajin lah tu.
“Boleh lah,
saya nak Nescafe 3 in 1. Mmm, awak
buat apa tu Bik Nina?” Terus beku tubuhku saat namaku diseru oleh lelaki itu.
Oh Tuhan, lelaki pujaan hati sedang memanggil namaku, sedang
menyeru diriku. Tapi kenapa mesti Bik Nina? Kenapa tak Nina sahaja? Spoiled sungguh. “Err.. saya.. saya tengah cuci kolam, Encik Rayyan.”
“What?! Cuci kolam?
Awak ni biar betul?”
“Betul lah, Encik Rayyan. Mummy
Encik Rayyan yang suruh saya cuci kolam ni. Mmm..
Encik Rayyan nak guna ke? Kalau Encik Rayyan nak guna, sorry to say lah sebab saya belum selesai cuci,” selamba sahaja aku
bersuara. Kerja memberus aku teruskan, ingin membuktikan kepada beliau yang aku
tidak curi tulang.
“Alahai, kesiannya. Tak apa lah, saya boleh mandi kat bathroom. Awak okey ke tak ni? Nampak
macam leceh aje. Nak saya tolong?”
“Eh tak ada lah. Saya okey je. Lagipun setakat berus kolam, bukannya berus bumbung,” aku
senyum, seraya menolak pelawaan lelaki itu. Tak mahu menyusahkan, cukuplah aku
menyusahkan mummy lelaki itu kerana
terpaksa membayar gajiku. Biarlah aku berkhidmat selagi aku mampu.
Untuk seketika, aku tercengang terlihatkan keberadaan Rayyan
di dalam kolam yang kontang ini. Kaku aku dibuatnya tatkala tangan berotot itu
merampas berus dari peganganku. Wajahnya aku pandang tajam. “Sorry sebab berkasar. Saya cuma rasa
bertanggungjawab untuk membantu awak. Do
you mind?”
“Of course I do mind.”
“Huh?”
“Maaf kalau saya berlaku biadab, tapi ini kerja saya.
Tanggungjawab saya, bukannya tanggungjawab Encik Rayyan. Kalau mummy Encik Rayyan nampak, nanti dia
kata apa pula,” berbagai-bagai alasan aku kemukakan. Niat di hati memang
mengharapkan bantuan, tapi patutkah?
Rayyan sekadar membungkam, memberus dinding kolam tanpa
menghiraukan kata-kataku. Tekun sahaja lagaknya memberus dinding itu. Tampak
seperti sudah biasa. “Encik Rayyan..” panggilku perlahan, namun langsung tak
dihiraukan.
“Encik Rayyan dengar tak apa yang saya katakan tadi?” sekali
lagi aku bersuara dan.. sekali lagi aku tidak dihiraukan. Bengang aku
dibuatnya. “Encik Rayyan!!”
“Ya.. ya, saya dengar. Saya belum budeg macam awak,” balasnya sinis, tapi selamba.
“Okay whatever. Could
you please give me back that brush?”
“No, until I could
finish this work.”
“Encik Rayyan, ini kerja saya. It’s none of your business.”
“So what?” Terus
terdiam mulutku saat suara maco itu sedikit menaik. Baldi yang terletak elok di
belakangku dialihkan ke tepi – bersebelahan dengan Rayyan, bagi memudahkan
kerja memberus yang sedang dilakukan. Aku kembali memandangnya dari sudut tepi.
“Up to you but make sure it’s done well.
Nanti tak tentu pasal saya kena marah dengan Datin gara-gara your unefficient work.”
“My work is usually
efficient. Don’t worry,” ucapnya penuh yakin. Aku sekadar mencebik,
mengia-iakan kata-kata lelaki itu. Mungkin hasil kerjanya memang efisyen. Ah,
tidak mengapa. Kita tunggu dan lihat sahaja. “Whatever, jangan hampakan saya sudahlah!”
“I won’t, trust me.”
“Okay, I trust you.”
Tuturku perlahan, seraya mengangkat punggung untuk beredar dari situ. Secara
tidak sengaja, baldi berisi air sabun yang terletak elok di sebelah Rayyan
disepak olehku sehinggakan..
“Ouch!” aduku kesakitan tatkala tubuhku tersungkur menyembah
bumi. Rayyan di sebelah sudah tersentak bagai nak rak. Pantas dia bangun dan
menghampiriku. “Bik, are you okay?”
soalnya penuh prihatin.
“Okey.. okey. Tergelincir je,”
Aku bersuara lemah, cuba untuk bangkit daripada terus terbaring di situ. Sakit
di pinggang sedaya upaya aku tahan. Terpaksa, gara-gara tidak mahu menyusahkan
lelaki itu sekali lagi. “You look
painful. Do you need my help?”
“No.. no, it’s okay.
Saya boleh bangun.”
“I don’t trust you.
Perhaps you need my help,” Rayyan masih tetap dengan kedegilannya. Tanpa
mendapatkan keizinanku, tubuhku dicempung dengan selambanya. Tersentak aku
untuk seketika. Lantas tubuh sasa itu aku tolak semahu-mahunya. “Eh apa ni,
Encik Rayyan? Lepaslah!”
“Awak sakit kan? Tak apa, biar saya tolong.”
“Tak payah. Saya boleh bangun! Lepas!”
“Tak apa. Biar saya..”
“Rayyan? What’re you
doing here?” Aku terdiam, begitu juga dengan Rayyan. Terus terlepas
pegangannya daripada tubuhku. Terus hilang rasa sakit di pinggangku. Aku
pandang dia, dia pandang aku. Kami pandang sesama sendiri lalu..
“I’m asking you,
Rayyan. What’re you doing here? And you, Nina. What happened to you?”
Gulp!
***
“INI Bik
Sofi. Ini pula Bik Laila. Haaa yang
tinggi lampai tu, Bik Tania.”
Penuh
semangat Mak Umi memperkenalkan anak-anak buahnya kepadaku. Aku tunduk hormat,
bersalam-salaman dengan rakan-rakan baru yang cukup cantik di mataku.
Masing-masing ada pakej, masing-masing ada aset. Tapi yang hairannya, kenapa
jadi maid je?
“Umur mereka
ni berapa, Mak Umi?” soalku ramah, cukup penasaran melihat wajah-wajah ayu itu.
Masing-masing nampak muda menggoda. Jangan kata lebih muda daripada aku
sudahlah!
“Sofi dan
Laila ni sebaya, dua puluh tahun. Tania pula sebaya dengan kamu, lapan belas
tahun kan?” Pantas aku mengangguk, tanda mengiakan. Senyuman manis aku
lemparkan buat Tania, si rakan sebaya yang tampak anggun berkebaya. “Saya
Nina.”
“Tania,”
balasnya pendek. Dibalas senyumanku dengan senyuman plastik sahaja. Sungguh, sombong
betul perempuan ni. Amat berbeza dengan bibik-bibik muda yang lain.
“Mak Umi,
Nia minta diri dulu. Ada kerja,” pamitnya. Mak Umi sekadar mengangguk tanda
mengerti. Usai Tania beredar dari situ, Mak Umi kembali menumpukan perhatian
kepadaku. “Tania memang macam tu. Maafkan Mak Umi, ya?”
Aku senyum,
mengangguk sedikit tanda faham. “Tak apa, saya okey aje.”
***
HABUK yang kian menebal dibersihkan dengan menggunakan bulu ayam.
Terkinja-kinja aku mengemas sambil menyanyikan lagu-lagu EXO yang dipasang pada
earphone. Suasana di sekeliling
langsung tidak aku hiraukan, seolah-olah vila ini aku yang punya.
Sedang aku
leka mengemas sambil menyanyi secara kecil-kecilan, tiba-tiba.. “Woi! Apahal
cabut earphone aku ni woi?!” jeritku kuat seraya menoleh ke
arah si pemusnah keamanan.
Terbuntang luas mataku saat terpandangkan Tania yang sedang
tajam merenungku. Aku gugup seketika sehinggakan bulu ayam yang dipegang
terlepas dari pegangan. Entah apa yang aku takutkan, aku sendiri tak tahu. “Apasal diam? Takut?” soalnya garang – mengalahkan
Datin Maria lagaknya.
Aku cuba
untuk angkat muka, membalas renungan mautnya tanpa rasa takut. Entah kenapa,
aku tersengih tiba-tiba. “He he, tak. Mmm..
anyway, Nia nak apa?”
“Aku nak
tanya satu soalan kat kau.”
“Apa dia?”
“Kau.. kena tangkap
khalwat dengan Megat Rayyan ke semalam?”
“What?!” makin terbuntang mataku saat
diajukan soalan sebegitu. Wajah Tania aku pandang dengan riak yang cukup
terkejut. Tania yang turut terkejut dengan reaksiku sekadar tergelak. “What’s so funny?” soalku tanpa rasa
serba salah.
“Tak payah
nak berlakon lah, Nina. So, betul lah
ya. Kau kena tangkap khalwat dengan Rayyan semalam? And.. jurutangkapnya Datin Maria kan?”
“Mana ada..
Siapa yang reka cerita ni?”
“Tak ada
siapa yang reka cerita, Nina kecuali kau. Lagipun, satu vila dah kecoh pasal
kes kau dengan Rayyan,” ucapnya perlahan. Aku membungkam di situ, sedikit
keliru dengan kata-kata Tania sebentar tadi. Aku.. Rayyan.. kena tangkap
khalwat? Since when?
“Kau dengar
sini, Nina..” Kolar kemejaku ditarik oleh Nina. Entah kenapa dia memperlakukan
aku sebegitu, aku sendiri tidak tahu. Mungkin dia ingin menyampaikan sesuatu
yang cukup privasi kepadaku. “Megat Rayyan tu aku punya. Kau tak ada hak nak
merampas dia daripada aku,” sambungnya tepat di telingaku.
“Megat Rayyan what?” sampuk satu suara.
Tersentak kami berdua tak semena-mena. Tania melepaskan kolar kemejaku, lalu
menghampiri lelaki itu. Dada bidang lelaki itu diraba perlahan. “Tak ada apa,
sayang. Nia Cuma bagi amaran kat dia,” ucap Tania dengan nada yang cukup
menggoda.
Rayyan
menggeliat kecil, cukup geli dengan perlakuan Tania terhadapnya. Perlahan-lahan
tangan mulus yang bermain di dadanya itu dialihkan. “Nia, stop. Saya tak selesa.”
“Awak tak
selesa? Kenapa? Sebab perempuan ni ada kat depan kita?”
“Ehem!” Aku
sedikit berdeham, sengaja ingin menganggu adegan kemaksiatan di hadapanku.
Rayyan memandangku tajam dengan matanya yang membuntang, seolah-olah ingin
meminta pertolongan. Aku angkat kening, tanda tidak mengerti dengan bahasa
isyaratnya.
“Encik
Rayyan nak apa-apa ke?” soalku naif, tanpa mempedulikan Tania di sisi lelaki
itu. Rayyan menepuk dahinya perlahan, sedikit kesal akan si bibik yang
diharapkan.
“Err.. Tania. Mak Umi panggil tu,”
bohongku.
“Eh ada ke?”
“Yalah..
takkan saya nak tipu kot?”
“Err okey.. okey. Mmm.. Rayyan, Nia pergi dapur dulu ya. Kalau Rayyan nak apa-apa,
jerit je nama Nia. Confirm Nia muncul,” ucap Tania manja
seraya mencubit kedua-dua belah pipi lelaki itu. Rayyan sekadar tersenyum
memandangnya, tiada niat untuk marah ataupun sebaliknya. Haih, suka sangat bagi
muka. Kan dah kena pijak kepala!
“Ingat, jangan nak
menggatal dengan Rayyan aku,” pesan Tania kepadaku sebelum berlalu pergi. Aku
sekadar mencebik, tanpa mempedulikan jelingan tajamnya.
“Thank you,” ucap
Rayyan perlahan. Takut didengar oleh Tania barangkali. Aku angkat kening,
memandangnya aneh. “For what, huh?”
“For saving me from
that witch,” balasnya bersertakan gelak tawa. Terpancar sepasang lesung
pipit di kedua-dua belah pipinya. Sungguh tidak aku nafikan kecomelan tawa
lelaki itu, apatah lagi kekacakkannya. Persis Taylor Lautner, uolls.
Aku hanya mampu tersenyum memandangnya, tidak mampu untuk
mengungkapkan sebarang kata-kata. “And
one more,” Perlahan-lahan dia menghampiriku setapak demi setapak. Dapat aku
rasakan sesuatu – debaran, tatkala tubuh sasa yang hampir mencecah 180cm itu sudah berdiri tegak di hadapanku.
Dekat dan rapat, sehinggakan aku mampu menghidu haruman Giorgio Armani yang
dipakainya.
“Terima kasih sebab sudi bersihkan bilik saya yang berantakan
tu. Fyi, tak ada seorang bibik pun
yang sanggup bersihkannya, kecuali awak,” ucapnya perlahan, seraya menghulurkan
sekuntum ros merah yang entah dipetik dari mana.
Aku beku di situ, kaku. Tidak tahu harus berbuat apa. Rasa
seperti ingin melompat kegembiraan pun ada tapi.. gila? Jatuhlah saham aku
nanti! Jadi.. “Apa ni?” soalku dengan nada yang cukup serius. Wajah kacak itu
dipandang hairan.
“A stalk of rose just
for you?”
“Untuk apa?”
“Sebagai tanda terima kasih. Mmm.. kenapa? Awak tak suka?”
“Tak,” balasku pendek. Perlahan-lahan huluran itu aku tolak
demi menjaga martabatku sebagai seorang maid.
Bukan kerana aku tak suka, tapi kerana.. takut terluka – terlalu mengharap atau
sebaliknya. “Saya tak perlukannya.”
“Kenapa?” soal Rayyan hairan. Aneh dengan tingkahku
barangkali.
“Saya berbuat sedemikian sebab.. itu tugas saya.
Tanggungjawab saya. Awak lupa ke, Encik Rayyan? Saya kan maid..”
“Tapi tak semua maid
macam awak,” laju Rayyan memotong. Bagaikan ada maksud yang tersirat di sebalik
kata-katanya itu. Tapi.. tak mungkin lah. Perasaanku sahaja barangkali.
“Tak semua maid
macam saya? Huh? Maksud awak apa,
Encik Rayyan?”
“Tak ada apa. Just
please accept this rose, enough.”
“Tapi..”
“Please lah Bik. Saya minta awak ambil je bunga ni. Bukan
susah pun, penat saya petik tau,” ucapnya dalam nada merajuk. Wajah simpati
tidak lupa diselitkan bersama. Haih, serba salah aku dibuatnya. “Yalah.. yalah.
Saya ambil. Thanks.”
“Yeay, welcome Bik!”
***
“OIT, Bik!”
“Oh mak
kau!” latahku selamba gara-gara terkejut beruk punya pasal. Rayyan di belakang
aku pandang tajam. Geram akan tindakan lelaki itu yang suka mengenakanku. “Awak
buat apa kat sini?” soalku serius. Atas bawah, atas bawah aku menilik
penampilannya. Mmm.. gaya macam baru
bangun tidur.
“Sepatutnya,
saya yang tanya soalan tu. So, what’re
you doing here?”
“Mengemas,”
balasku pendek. “Mengemas apa pagi-pagi buta ni?”
“Mengemas
bilik.”
“Bilik
siapa? Mmm.. semua bilik berkunci
kecuali, bilik saya,” bertalu-talu soalan maut dikemukakan kepadaku. Aku teguk
liur, buntu hendak membalas apa. Wajah penasaran Rayyan aku tilik seketika –
wajah baru bangun tidur. Mungkin aku patut gunakan peluang yang ada.
“Bilik?
Bilik apa? Haish.. awak mamai ni.
Bila masa pula saya sebut perkataan bilik,” helahku, terpaksa. Harap-haraplah
dia percaya. Tapi nampaknya..
“Awak fikir,
saya percaya cerita gebang awak?” Gulp!
Terus tegak bulu romaku. Terus tegang otot sarafku. Bibir bawah aku gigit
perlahan. Kali ini, aku benar-benar buntu hendak memikirkan helah yang
seterusnya. “ So, answer me. What’re you
doing here?”
“Sa.. saya..
saya..”
“Saya apa?”
“Saya
sebenarnya nak..”
“Nak apa?”
“Err.. nak minta
baju kotor Megat Fayyad,” jujur aku berkata. Moga Rayyan mengerti maksudku,
situasiku. Dan moga dia dapat membantu. “Oh
I understand.”
“I understand je
ke? Tak nak tolong?” selorohku tapi memang benar. Aku amat mendambakan
pertolongan daripadanya, ceh! Wajah
simpati aku tayangkan khas untuknya – berharap dia sudi membantuku. Namun..
“Sorry, I’m busy.
Lain kali maybe,” Tercengang aku
mendengar jawapannya. Dipandang wajahnya dengan riak tak percaya. Lain kali,
kau kata? Hotakmu Rayyan oi! Mak Umi dah bebel minta baju kotor
Spiderman ni!
“It’s okay, Encik
Rayyan. I don’t need any of your help. Even a little,” ucapku bagaikan
patah seribu, atau mungkin beribu-ribu. Pantas aku menghampiri pintu kamar
Megat Fayyad tanpa mempedulikan Rayyan di belakang. Nafas aku tarik
sedalam-dalamnya, lalu dihembus perlahan.
Dengan lafaz Bismillah, pintu kayu jati itu aku ketuk sedikit
kuat. “Assalamualaikum, Megat Fayyad,” Tiada jawapan. Sekali lagi aku ketuk.
“Megat Fayyad.. oh Megat Fayyad.. Ini Bik Nina ni,” Hampa. Masih tiada sebarang
respons mahupun jawapan.
Aku menoleh – memandang Rayyan yang sedang leka merenungku.
Entah apa yang direnungkan, aku sendiri tak tahu. Mmm.. mungkin aku tampak lebih cantik di pagi hari ini. Mungkin
lah. “Apasal pandang?” soalku hairan.
Dia tersenyum memandangku. Bertambah hairan aku dibuatnya.
“Tak ada apa. Saja.”
“Err.. whatever. Mm.. abang
awak ni memang budeg kan? Dua kali
saya ketuk pintu, tapi dia langsung tak sedar. Itulah.. suka sangat mengutuk
saya budeg. Kan sekarang ni dia yang budeg,” selamba sungguh aku mengutuk
abang ketiganya tanpa menyedari kemunculan lelaki itu.
“Apa kau kata?” tegur Megat Fayyad dari muka pintu. Sungguh,
tersentak yang amat aku dibuatnya. Serta-merta mataku terbeliak luas. Aku
pandang Rayyan, Rayyan pandang aku. Dan kami pandang abang ketiganya, Megat
Fayyad the Spiderman. “Kau nak apa?” soalnya kasar, seperti biasa.
“Ba.. ba.. baju..”
“Baju apa?!” laju sahaja dia memotong. Dup dap dup dap
jantungku dikerjakannya. “Baju kotor.”
“Tunggu,” arahnya seraya kembali semula ke kamar. Mungkin
ingin dikumpulkan baju-baju kotornya lalu dilemparkan ke mukaku seperti biasa.
Ah, aku sudah boleh baca sikapnya – biadab, celaka, tak sayang nyawa.
“Nah, ambil dan bla.
Aku tak nak tengok muka kau lagi. Bla,”
ucapnya kasar, lalu melemparkan baju-baju tersebut ke wajahku – seperti yang
aku jangkakan sebentar tadi. “Terima kasih, Me..”
Bap!
Belum sempat aku ingin berterima kasih, sudah dihempas pintu
kayu jati itu. Haih, biadab sungguh budak ni. Apalah nak jadi agaknya dengan
putera ketiga Datin Maria ni. Entah kahwin, entah tidak mamat ni. Kesian sungguh
bakal bininya! “Sabarlah..” ucap The Prince Charming a.k.a Megat Rayyan.
“Tak apa, dah biasa.”
“I know you’re
offended, right?”
“It’s okay.”
“Mm.. sebagai tanda
maaf, maybe I should buy you a cup of I tarik,”
Rayyan mula menunjukkan sikap murah hatinya. Disogokku berbagai-bagai benda
semata-mata ingin mengharapkan kemaafan daripadaku atas perbuatan abangnya. Mmm, bagus betul mamat ni. Adik yang
baik.
“Tak perlulah.”
“Perlulah.. Alright,
mamak jom?” sekali lagi dia mempelawa. Naik segan aku dibuatnya. “Tak apa, saya
dah kenyang.”
“Jangan banyak mulut. Jom,” paksanya, seraya menarik lenganku
ke garaj kereta. Aku hanya mampu menurut. Kalau bertegang urat sekalipun, tak
mungkin Rayyan bakal mengalah. Ah, lantakmu lah Rayyan!
***
SETERIKA yang sudah siap digunakan aku simpan di dalam almari.
Perlahan-lahan aku menapak ke muka pintu untuk meneruskan kerja-kerja yang
tergendala.
“Eh, Laila?”
tegurku ramah tatkala bertembung dengan gadis itu di hadapan pintu. Laila menyambut
teguranku dengan sebaris senyuman. “Nina? Nina buat apa kat sini?”
“Err.. Nina simpan seterika tadi. Eh,
kenapa ni? Laila menangis ke?” soalku prihatin saat terpandangkan setitis air
jernih di wajahnya. Laila menyeka titisan itu, lalu menggeleng. “Tak ada lah
Nina. Peluh je tu,” sangkalnya.
“Tapi kenapa
mata merah?”
“Masuk
habuk. Eh, Nina.. Laila minta diri dulu ya? Ada kerja,” ucapnya sebelum
meninggalkanku sendirian di situ.
Aku angkat
kening, hairan dengan tingkah laku rakan sekerjaku itu. Sikap Laila yang cukup
pendiam sedikit sebanyak membuatkan aku tertanya mengenai asal-usulnya. Tapi
patutkah aku menjaga tepi kainnya?
“Oit, mak nenek!” tegur satu suara di
muka pintu. Terus termati lamunanku sebentar tadi bagaikan wap di udara. Tajam
mataku memandang si empunya suara. “Apa ni.. tegur orang tak beri salam? Nak
jadi Megat Rayyan nombor dua ke?”
Terkekek
kekek Sofi melepaskan tawanya. Apa yang lawak, aku sendiri tak pasti. Mungkin
terselit nama Megat Rayyan kot. Tapi.. kalau terselit nama mamat tu sekalipun,
apa yang lawak?
“Sorry.. Apa kes tercegat kat depan muka
pintu ni? Teringatkan siapa? Megat Rayyan?” selorohnya, selamba. Terus merah
padam wajahku bak buah delima tatkala dikenakan sebegitu. “Sofi..”
“Apa? Apa?”
“Nina tengah
panas ni, Sofi curah api pula,” serius kedengaran suaraku. Tapi aku memang
serius! No jokes at all. “Okey.. okey.
Maaf. Mm.. Nina ada masalah ke?”
“Eh tak ada
lah. Cuma..”
“Cuma apa?”
“Mmm.. Nina nampak Laila menangis tadi.
Tapi dia sangkal. Err dia ada problem ke?” soalku berhati-hati. Penuh
dengan lagak prihatin, seolah olah tiada niat untuk menjaga tepi kain atau
sebaliknya. “Oh Laila.. Mmm biasalah
tu. Dia memang bermasalah sikit.”
“Apa masalah
dia?” soalku ingin tahu.
“Masalah
cinta..”
“Mmm.. cinta?”
“Ya, cinta
tak kesampaian. Biasalah tu,” Tenang sahaja Sofi menuturkannya. Sempat pula dia
menguntumkan senyuman buatku. Motif? Entah lah. “Nina kalau nak bercinta dengan
Megat Rayyan, kenalah berhati-hati. Kena berfikir panjang sikit,” pesannya
tiba-tiba. Tercengang aku dibuatnya – tak faham!
“Huh, bercinta? Megat Rayyan? Apa ni?”
“Mmm.. Sofi Cuma mengingatkan. Sofi tak
nak Nina ditimpa nasib yang sama seperti Laila – terlalu berharap pada mereka
yang tak setaraf dengan kita. Ingat, Nina. Mereka orang kaya, sedangkan kita,
hanya orang gaji saja,” pesannya
ikhlas dari hati. Tiada niat hendak iri hati, tapi sekadar ingin menyelamatkan
rakan-rakannya sendiri.
“Laila
pernah berharap pada siapa?”
“Megat
Qayyum,” balas Sofi pendek. Aku berfikir sejenak, cuba untuk mengenalpasti which one is Megat Qayyum. Andrew
Garfield kah? Atau mungkin.. Taylor Lautner? Eh, bukan ke Taylor Lautner tu
Megat Rayyan? Haish, banyak sangat
Megat. Pening aku dibuatnya!
“Megat
Qayyum.. yang mana satu ya?”
“Ala.. yang
putih-putih macam vampire tu. Itulah
Megat Qayyum,” Oh.. yang putih-putih? Yang macam vampire? Ah, tidak lain tidak bukan, confirm Megat Qayyum tu Edward
Cullen! Ah, Megat Cullen yang pernah tertangkap di hatiku dahulu.
“So, Laila was his Bella?” spontan sahaja
ayat itu terhambur keluar daripada mulutku tanpa disedari. Almaklumlah, api
cemburu sedang membara kateko. “Huh?”
“Err.. tak ada apa-apa. Hee, eh Sofi.. Nina minta diri dulu ya?
Assalamualaikum!” pantas aku pamit. Sengaja hendak meloloskan diri daripada
diburu soalan.
Sofi yang tercengang dengan perlakuanku sekadar menggeleng.
Pasti gadis itu cukup hairan dengan tingkahku. “Waalaikumussalam..”
***
“TWO cones of ice cream please!”
“Two?” soal Uncle Malik hairan. Dipandang
aneh wajahku dengan seribu tanda tanya – mungkin sedang menanti penjelasan
daripadaku. Aku sekadar tersengih memandangnya. “He he, untuk kawan.”
“Kawan?
Sejak bila kamu ada kawan, Adik Manis?”
“Sejak saya
dilahirkan lagi,” selorohku selamba, langsung tidak menghiraukan wajah bingung
lelaki itu. Berkerut seribu wajahnya dikerjakanku! “Kamu ni.. scary lah Adik Manis.”
“Mana ada scary, Uncle. Instinct Uncle je tu,”
sangkalku.
“Mmm.. nah. Your two cones of ice cream. Enjoy the evening,” ucapnya ceria
seraya menghulurkan dua batang kon ais krim kepadaku. Aku menyambut huluran itu
dengan sebaris senyuman yang mekar di bibir. Not RM2 aku seluk dari dalam poket
jeans lalu diberikan kepada lelaki
tua itu.
“Thanks, Uncle Malik. Lain kali
singgahlah ke sini lagi,” pelawaku. Tersenyum lebar Uncle Malik mendengar
pelawaan itu. “Uncle okey je, asalkan
ada customer. Kalau Adik Manis sudi
mahu beli my ice cream hari-hari, confirm Uncle singgah!”
“Dah beli?”
tegur satu suara dari arah belakang. Pantas aku menoleh untuk melihat wajah si
empunya suara seksi itu. Tersenyum bibirku terlihatkan Rayyan di situ. Dua
keping not biru dihulurkan kepadaku. Aku angkat kening. “Duit apa ni?”
“Duit ais
krim lah..”
“Oh.. it’s okay. Saya dah bayar dah pun,”
ucapku lembut seraya tersenyum. Uncle Malik di sebelah begitu asyik memerhati
gelagat kami. “Ehem!” dehamnya kuat. Serentak itu juga aku menoleh –
memandangnya pula.
“Boyfriend kah?” soalnya penasaran. “Eh
mana ada. Ini bos saya lah, Uncle.”
“Ha’ah, saya
boyfriend dia,” sampuk Rayyan
tiba-tiba. Tersentak aku dibuatnya gara-gara cerita autanya itu. Wajahnya aku
pandang tajam – dengan mata yang dibeliakkan. Tanda isyarat agar dia mengakui
perkara yang sebenar.
“Oh ya kah?
Kamu berdua ni loving couple kah?”
soal Uncle Malik inginkan kepastian. Dapat aku tangkap riak sedih di sebalik
wajahnya. Suaranya yang tiba-tiba sahaja bertukar serak cukup membuktikan
perasaan itu. Aku bingung sendiri. “Err
uncle, sebenarnya..”
“Uncle, kami
minta diri dulu ya? Lain kali kami beli ais krim you lagi. Bye!” potong
Rayyan tiba-tiba, seraya menarik lenganku jauh dari situ. Sekali lagi aku
tersentak gara-gara perbuatannya, namun diturut sahaja langkah kakinya dari
belakang.
“Awak ni dah
kenapa, Encik Rayyan?” soalku geram. Pantas aku melepaskan pautannya di
lenganku. Tidak manis jika dilihat orang, especially
jiran. “Kenapa apa?”
“Kenapa
tiba-tiba aje mengaku saya ni girlfriend
awak? Awak tak malu ke?”
“Buat apa
nak malu?” soalnya dengan wajah yang menyakitkan hati – annoying. Mahu sahaja aku sepak wajah itu tapi.. aku masih belum
berani. Masih gerun akan title minor boss
yang dipegang oleh lelaki itu.
Nafas dalam
aku tarik sebelum meneruskan kata-kata. Aku mendongak – memandang dalam mata amber milik lelaki itu tanpa rasa silu.
“Awak.. harus malu.”
“Tapi
kenapa?” sekali lagi Rayyan menyoal sambil membalas renungan mataku. Aku hanya
mampu menahan rasa. “Sebab.. saya tak sesuai untuk awak.”
“Siapa
kata?”
“Saya yang
kata. Orang lain pun turut mengatakan hal yang sama.”
“But.. I don’t think so,” ucapnya seraya
mengalihkan pandangan ke arah lain. Perlahan-lahan dia menapak ke hadapan –
meninggalkanku di belakang. Namun, langkahnya termati untuk seketika waktu.
“Saya tak rasa yang awak tak sesuai untuk saya. Malah, saya dapat rasakan
awaklah yang terbaik untuk saya.”
Gulp! Aku terkedu di situ.Terkejut beruk
akan kata-kata lelaki itu. Namun, riak di wajah masih aku kawal. Tidak mahu
digelar syok sendiri pula. “Err..
Encik Rayyan.”
“Saya tahu
kita tak setaraf, tak sedarjat. Tapi tak salahkan kalau kita berkawan?”
“Err.. Encik Rayyan.”
“Apa?”
“Ais krim ni nampak macam dah cair. So, apa kata kita makan?” cadangku. Sengaja aku mengubah topik. Malas
pula hendak berbahas soal status, darjat, keturunan ataupun sebaliknya.
Ais krim Vanila yang kian cair itu aku jilat – takut
sekiranya meleleh. “Alamak! Mana ais krim saya?”
“Ni.. ni,” Penuh
cermat aku menghulur kon ais krimnya yang dipegangku sejak dari tadi.
Perlahan-lahan Rayyan menyambut huluranku itu. Dia mencebik. “Ala.. dah cair.”
“Itulah..
bebel je tadi. Mmm.. Encik Rayyan.”
“Apa lagi?”
“Jom duduk
kat buaian tu!” ajakku selamba, seraya tersengih memandangnya. Rayyan turut
memandangku, lalu memandang buaian itu. Kemudian, dia kembali memandangku
bersertakan sebaris senyuman. “Jom!”
***
KON ais krim yang terjatuh di atas rumput aku pandang –
memandangnya dengan rasa sedih, kecewa dan sebagainya. Dipagut rasa sayu hatiku
tatkala terlihatkan ais krim itu. Punah harapanku untuk menikmati ais krim itu
gara-gara kemunculan anasir – kucing.
“Dengan
kucing pun takut ke? Haih.. tak faham, tak faham,” bebel Rayyan di sebelahku.
Dipandang wajah muramku dengan gelak tawa yang cukup sinis, seolah-olah
mengejekku. Aku sekadar tertunduk – memandang lantai. Terkenangkan nasib
malangku hari ini dengan hati yang pilu.
“Nah,” kon
ais krim miliknya dihulurkan kepadaku. Dapatku tangkap sebaris senyuman di
bibirnya. Aku memandangnya hairan. “Apa ni?”
“My ice cream. Have a bit please?”
pujuknya lembut. Aku sekadar tersenyum. “No
thanks,” tolakku.
“Take it or else..”
“Or else what?” potongku laju. Tajam
mataku memandang mata amber itu. “Or
else.. I won’t talk to you, days by days.”
“Excuse me?”
“Makan je lah,” ucapnya seraya menyumbatkan ais
krim itu ke dalam mulutku. Tergamam aku untuk seketika. Dipandang wajah kacak
itu bagaikan tak percaya – masih terkejut akan tindakannya. “Apa
pandang-pandang?” soalnya tanpa rasa serba salah.
“Awak ni
memang biadab kan?”
“Biadab
dengan awak je,” senada sahaja dia
bersuara. Aku geleng kepala. Ais krim yang comot di bibirku aku kesat dengan
hujung baju. “Eeee, apasal pengotor sangat ni? Nah, tisu,”
Sehelai tisu dihulurkan kepadaku. Namun, tatkala aku ingin
mencapai tisu itu, dia menghalang pula. Aku angkat kening – hairan dengan
tingkahnya. Ingat lawak ke? “Bak sinilah tisu tu.”
“Alright, tapi
dengan satu syarat,” pintanya. “Okay
whatever. Apa syaratnya?”
“Just let me ‘kesat’
your lips.”
“Huh?” Terjongket
sebelah keningku saat mendengar permintaan karutnya itu. Pantas aku bertindak –
merampas tisu tersebut daripada pegangannya. Tersentak dia seketika gara-gara
tindakan drastikku. “Woi!”
“Apa?” soalku tanpa rasa bersalah. Bibir yang comot aku kesat
perlahan. “Mana aci main tipu.”
“So what? Err..
nanti tak tentu fasal saya kena bebel dengan Tania.”
“Pardon?” soalnya
hairan. Pasti terkejut akan kemunculan nama Tania barangkali. Aku menarik nafas
perlahan sebelum meneruskan kata-kata. “Tania. Dia kan tak suka kalau saya terlalu
rapat dengan awak. Awak hak dia katanya,” balasku ala kadar sahaja.
Berkerut seribu dahi Rayyan tatkala mendengar kata-kataku.
Mungkin beliau terkejut atau tidak mengerti sama sekali. Haih, buang air liurku
sahaja. “Dia kata, saya hak dia? Ha ha, since
when?” soalnya bersertakan gelak tawa.
“Manalah saya tahu. Itu kan urusan awak dengan dia, tak ada
kena mengena dengan hidup mati saya,” jelasku, malas hendak masuk campur.
“Haih.. bunyi macam jealous aje?”
“Err.. mana ada!”
sangkalku. “Kalau tak ada, kenapa nak marah?”
“Bila masa saya marah? Saya Cuma.. Cuma terangkat aje,” Ops, terangkat? Sesuai ke perkataan itu
untuk menggambarkan situasiku? Adoi, nampak macam tak sesuai lah pula! Ah,
habislah aku! Omelku dalam hati.
“Terangkat? Mmm..
nampak sangat awak jealous. Haih,
relakslah. Saya tak ada apa-apa hubungan pun dengan dia. Dia je yang over,” terangnya perlahan. Langsung tidak memandangku, malah hanya
memandang rumput. Aku tarik nafas lega. Entah kenapa, aku sendiri tak tahu. “But you both like a loving couple..”
“Dulu. Not now anymore,”
ucapnya seolah-olah membuka pekung di dada. Aku memandangnya tajam. Cukup
terkejut akan pengakuan yang dibuat oleh lelaki itu. Terkejut bukan kerana
hubungan mereka, tapi kerana Rayyan sudi mengakui kebenaran itu – pernah
menjalin hubungan dengan bibik sendiri. Tidakkah dia berasa malu?
“Awak pernah.. bercinta dengan bibik sendiri?” sengaja aku
menyoal, sekadar menginginkan kepastian. Rayyan tersenyum padaku. Entah apa
yang lucu, aku sendiri tak pasti. Mungkin masih ada kesan comot di bibirku
barangkali. “Dia bukan bibik saya.”
“Habistu, dia
siapa? Adik awak?” soalku sinis. Geram akan sikap Rayyan yang tidak mahu
menerima kenyataan. Kalau memang pernah bercinta dengan bibik sendiri, mengaku je lah! Tak payah nak berdolak dalih,
bebelku dalam hati. “She’s my ex
girlfriend, who pretends to be a maid. Do you understand?”
Terkejut beruk diriku saat terdengarkan penjelasan lelaki
itu. Sungguh aku tak sangka Miss Tania Gedik isn’t a maid! Tapi seorang gadis setia yang sanggup berlakon
menjadi maid, semata-mata hendak
mendekati cinta hatinya ini. Begitu?
“I’m more than
understand,” ucapku perlahan. Sedikit serba salah kerana sudah menuduh
lelaki itu yang bukan-bukan. Nampaknya, Megat Rayyan tidak seburuk yang
disangka. “Okay, good then.”
“Saya.. minta maaf.”
“Sebab?”
“Sebab.. bersangka buruk pada awak, tuduh awak yang
bukan-bukan. I’m sorry, I shouldn’t do
that.”
“Ha ha, it’s okay. I’m
not offended at all. Mmm.. Nina,” panggilnya lembut. Membuatkan aku
tersentak di situ. Mana taknya, namaku dipanggil tanpa gelaran Bik seperti
selalu. Hal itu yang menyebabkan aku gementar dan berdebar. Aku kembali
memandangnya. “Yes?”
“Awak.. ada boyfriend?”
soalnya penuh berhati-hati. Dibalas pandanganku dengan riak yang sukar untuk
diertikan. Direnung anak mataku tanpa berselindung. Aku tertunduk tatkala
merasakan sesuatu yang tidak kena. “Tak,” Pendek sahaja aku menjawab, langsung
tidak memandangnya.
“So, saya ada chance lah ni.”
“Chance apa?”
soalku hairan. “Chance nak mengorat
awak lah..”
“Hah?” Melopong luas mulutku tatkala terdengarkan kata-kata
itu. Namun, riak di wajah masih aku kawal. Takut sekiranya disyaki sesuatu. “Kenapa?
Terkejut?”
“Ta.. tak.”
“Eleh, kalau terkejut mengaku je lah. Tapi saya rasa kan, tak salah kot kalau saya nak ngorat
awak. Well you’re pretty what,”
ucapnya selamba. Merah padam wajahku saat dipuji melambung sebegitu. Mana
taknya, si crush puji cantik. Siapa je yang tak blushing mengalahkan buah strawberi?
“Err.. Encik
Rayyan. Saya rasa macam nak baliklah. Dah petang,” pamitku seraya melihat awan
mendung di atas kepala. Berkemungkinan hujan bakal turun tidak lama lagi. “Ala,
relakslah. Saya baru nak ajak awak selfie,”
ucapnya. Segera dicapai Iphone 5s dari dalam poket. Lalu diletakkan pula pada Monopod
yang dibawanya tadi.
Aku tercengang di situ – terkejut melihat tindakan Rayyan
yang mula beraksi di hadapan kamera. Dipandang wajahku dengan riak yang aneh. “Oit, cepatlah action. Saya dah timing
ni.”
“Huh?”
“Quick! Say cheese!”
Pantas aku ditarik ke dalam dakapannya tanpa diduga. Terkejut beruk aku
dibuatnya! Lengan sasanya pula begitu erat memeluk bahuku. Pada masa yang sama,
dapatku rasakan hembusan nafasnya di dahiku. Aku.. benar-benar beku di situ.
***
“NAH..”
Huluran
Datin Maria itu aku pandang hairan. Termangu-mangu aku di situ sambil memandang
wajah seriusnya. Dahi yang sudah sedia berkerut dikerutkan lagi. “Baju apa ni,
Datin?”
“Baju event malam ni. Mmm.. cantik tak?”
“Cantik..” Terangguk-angguk aku mengiakan kata-kata Datin
Maria itu. Mata tidak lepas memandang maxi
dress labuh itu. Senyuman manis dikirimkan buatku.
“Hatta Dolmat yang design..
Specially for my birthday gift,” ucapnya mendabik dada. Penuh bangga. Yalah,
pereka fesyen terkemuka Malaysia menghadiahkan sehelai seni rekaan yang cukup
cantik, gah dan menawan. Cukup memukau bagi sesiapa sahaja yang melihatnya.
Siapa je yang tak bangga? Kalau aku
jadi Datin Maria pun aku bakal bangga tak ingat dunia. Atau mungkin jauh lebih
bangga daripada si dia. “So, it might be
the exclusive one,” telahku.
“Of course.. Eh Nina, tolong seterikakan
baju ni ya. Malam ni saya nak guna. Ada majlis makan-makan sikit,” pesannya
sebelum berlalu dari situ. Aku sekadar mengangguk bak burung belatuk tanda
mengerti. Penuh cermat dress itu
digantung pada hanger. Mahu
menyelesaikan urusan lain terlebih dahulu sebelum melaksanakan tugas yang Datin
Maria arahkan.
Baru sahaja
aku ingin membuka pintu kamar… “Hai.” Terjengul wajah kacak Megat Rayyan di
hadapan muka pintu. Aku terkedu di situ. Terkejut. Atas bawah, atas bawah tubuh
sasa itu aku perhatikan. T-shirt Nike merah tanpa lengan bersertakan seluar
pendek hitam paras lutut menjadi pilihannya. Err.. dia ni memang model Nike ke apa? Sepanjang berminggu-minggu
aku bekerja di Vila Idaman ini, hampir hari-hari aku melihatnya bersama
barangan jenama Nike. Kalau bukan baju, kasut. Kalau bukan kasut, baju. Kalau
tak pun, seluar. Hmmm..
“Awak nak
apa?” Mendatar sahaja suaraku bertanya. Mata masih tak lepas memerhati wajah
iras Taylor Lautner itu. Dia tersenyum memandangku. Manis dan ikhlas di mata
ini. “Tak ada apa. Just nak ajak awak
have fun with me..”
“Have fun?” Belakang kepala yang tidak
gatal aku garu perlahan, selamba. Berkerut seribu dahiku mencerna kata-katanya
itu. Gara-gara reaksiku yang jelas keliru dan tampak bodoh, dia ketawa,
sehingga menampakkan sepasang lesung pipitnya. Terpaku aku memerhatikan
gelagatnya itu. Comel. “Haha yes. Mmm.. jom? Teman saya cuci kereta?”
***
“ENCIK RAYYAN ni apahal? Habis
basah baju saya!” teriakku sambil mencapai batang paip sepanjang setengah meter
itu. Pantas aku memancutkan air paip ke wajahnya. Terkekek-kekek Rayyan ketawa
geli hati. Suka pula aku melihat wajah cerianya itu. Tampak ceria dan bahagia.
“Berani awak
pancut air ke muka saya ya? Nah.. ambik ni!” Kali ni giliran dia pula
memancutkan air ke wajahku. Bertambah lencun baju aku dikerjakannya. Haish,
Rayyan ni.. Memang nak kena! “Iyaaaaaa!!!”
jeritku kuat. Penuh perasaan. Bersama mata yang dipejam rapat. Tangan masih
setia memancutkan air ke wajah si dia.
“Bik, stop!” Suara jeritan Rayyan
membuatkan aku tersentak seketika. Pantas aku membuka mata – melihat apa yang
aku lakukan pada masa itu. Ya Allah.. Mak Umi!
“Mak Umi.. Mak Umi tak apa-apa ke?” soalku
penuh prihatin. Serba salah. Batang paip sudah lama aku campak entah ke mana.
Habis lencun baju Mak Umi gara-gara keterlanjuranku sebentar tadi.
Perlahan-lahan aku membantunya untuk bangun. “Aiyok Nina.. Tak tahu..”
“Awak boleh
tolong diam tak?!” Amarah aku hamburkan pada Rayyan yang sedang asyik
mengenakanku. Terus terdiam mamat
itu. Membuatkan aku bertambah serba salah. Kalau aku tidak terlalu emosional
tadi, pasti keadaan tidak akan bertukar sebegini. Pasti Mak Umi tidak akan
dihentamku seteruk ini.
“Mak Umi..
Maafkan Nina..” ucapku perlahan. Sebak. Air mata yang hampir mengalir aku
tahan, aku sekat. Menyekatnya agar tidak terlerai. Karang tak tentu fasal aku
dijadikan bahan tawa Rayyan. Haih, tebal muka aku nanti. “Ya Allah, Nina.. Tak
ada apa lah. Mak Umi okey aje.”
“Kenapa ni,
Mak Umi?” soal Tania yang baru sahaja muncul di situ. Terkejut benar dirinya
melihat keadaan Mak Umi yang jelas basah kuyup. Tajam matanya memandang aku.
“Kau buat apa kat Mak Umi, hah?!”
“Eh Nia..
Sudah, sudah.. Jangan bertengkar. Mak Umi okey lah. Bukan salah Nina pun. Salah
Mak Umi. Mak Umi yang cuai,” Sedaya upaya Mak Umi cuba menyebelahiku. Air mata
yang aku tahan sedari tadi mengalir jua. Rasa sebak di dada menguasai diri.
Pantas tubuh tua Mak Umi aku peluk. Melepaskan segala rasa di situ. “Maafkan
Nina, Mak Umi.. Nina tak sengaja. Nina tak ada niat nak susahkan Mak Umi..
Ampunkan Nina..”
“Kau ni
memang suka menyusahkan orang kan?” potong Tania, cukup menyampah dengan
sikapku barangkali. “Tania.. tak baik cakap macam tu.”
“Tak baik
apanya, Mak Umi? Perempuan ni yang kurang ajar!”
“Tania, enough!” Tegas dan kuat Rayyan
bersuara. Tersentak Tania dibuatnya. Namun, minah itu masih berani melontarkan
kata. “Awak yang sepatutnya enough,
Rayyan! Bermesra-mesraan dengan bibik sendiri. Menyusahkan orang lain lagi. Do you think you’re enough good, huh?”
Pandangannya
dialihkan pada aku. Tajam matanya memandang diri ini. “Saya tak tahu lah apa
yang ada kat perempuan tu, sampaikan awak sanggup tinggalkan saya, abaikan
saya. She’s just a maid, sedangkan
saya? The one who dare to be a maid.. a
servant.. just because of you,” Perlahan dia memegang bahu Rayyan, sebelum
mengangkat kaki dari situ. Rayyan terdiam. Lama.
***
“Kau fikir benda ni murah?! Macam maruah
kau?”
“Aku percayakan
kau, tapi kau pijak kepala aku?!”
“Kau jangan nak
menangis macam perempuan murahan kat sini!”
“Mak bapak kau tak
pernah ajar ke cara jaga barang orang?!”
SAKIT. Sakit hati ini. Perit. Bagaikan
dihiris dan disiat satu per satu. Pedih. Tatkala wanita yang sudah aku anggap
seperti ibu sendiri, menggelar aku perempuan murahan. Perempuan tiada maruah.
Apa lagi?
Air mata yang asyik mengalir sedari tadi aku seka kasar. Pilu
dan sedih, tidak dapat aku sorokkan kini. Pabila digelar perempuan murahan,
pabila dituduh yang bukan-bukan, pabila difitnah secara terang-terangan, hati
ini terasa sakit dan perit. Sebak. Sekali lagi aku menangis. Menangis, menangis
dan menangis. Itu sahaja yang mampu aku lakukan kini. Instead of, mempertahankan diri aku sendiri. Wajah diraup dengan
tapak tangan. Tidak mahu mengganggu sesiapa. Biarlah aku menangis sendiri,
menahan rasa di dada sendiri, menanggung kesedihan sendiri. Aku memang ditakdirkan
untuk hidup menyendiri, tanpa sesiapa di sisi.
“Nina..” Suara itu. Suara yang sudah sebati dalam
pendengaranku. Suara yang asyik aku dengari dari sehari ke sehari. Suara yang
sering memujukku tatkala hati terasa sepi. Aku angkat muka – memandang si empunya
suara yang berdiri tegak di hadapanku.
Rayyan.
“What brings you here?”
soalku tenang tapi serius. Pandangan sudah aku alihkan ke langit malam –
memerhati kerlipan bintang yang menemani diri di malam hari. Rayyan sudah elok
melabuhkan punggung di sebelahku. Dapat aku perhatikan renungan tajamnya dari
ekor mata. Pantas aku berdeham tatkala merasakan debaran yang semakin kencang
di hati. “Awak okey?” Lembut dia menyoal.
“Yes,” balasku
pendek. “Awak tipu.”
“Dah tu?” Suara aku kian meninggi. Geram akan sikap Rayyan
yang jelas keanak-anakkan. “Mmm..
Nina..” panggilnya lembut. Selembut angin malam yang sepoi-sepoi bahasa kini.
Aku mengalihkan pandangan – memandangnya di sebelah. Malu-malu hati ini mahu
berbuat seperti itu, namun digagahkan juga. Kelihatan dia masih merenungku –
membuatkan hati ini bertambah malu dan kian berdebar. “Yes, Encik Rayyan?”
“Maafkan mummy
saya..” Megat Rayyan. Inilah dia. Tidak pernah jemu memohon maaf daripada aku.
Bila Megat Fayyad menghentam aku, dia yang meminta maaf. Bila mummynya, Datin Maria menghina aku, dia
juga yang meminta maaf. Kenapa? Aku sendiri tak tahu. Apa yang jelas lagi
nyata, dia gemar menjadi volunteer.
“Maaf, maaf, maaf. Sikit-sikit minta maaf. Kalau tak payah
minta maaf, tak boleh ke?” ucapku penuh emosional. Sengaja. “Kenapa? Awak tak
nak maafkan saya lagi ke?”
Diam. Pertanyaan daripada lelaki itu tidak mampu aku jawab.
Hati masih berat untuk menerima apa-apa kemaafan daripada sesiapa, meskipun ini
semua bukan salah Megat Rayyan. “Nina..”
“Bik Nina, it should
be,” tegurku seraya melarikan mata. Kembali menatap langit malam. Memerhati
kerlipan bintang dan sinaran bulan. Kedengaran Rayyan mengeluh perlahan,
sebelum menarik kedua-dua belah bahuku agar mata ini memandangnya. “Mummy saya memang macam tu bila
emosional – tuduh orang secara melulu, tanpa usul periksa. Memang mulut dia
nampak laser, tapi hati dia baik..
penyayang.. Saya tahu, dia tak maksudkan apa yang telah dia katakan. Dia sayang
awak, Bik Nina.. Dia anggap awak macam anak sendiri..”
Dia sayang aku? Dia anggap aku macam anak sendiri? Tapi
kenapa dia tega menggelar aku perempuan murahan? Ah, mulut Rayyan memang manis.
Semanis buah strawberi bila dicecah dengan coklat. Aku tahu, dia sengaja
berkata sebegitu hanya kerana ingin memujuk hati ini.
Air mata yang mengalir laju disekanya perlahan. Terdiam aku
untuk seketika. Kaku. “Stop crying.. I
can’t resist to see your tears. It hurts me a lot,” pujuknya lembut. Tajam
mata amber itu merenungku. Tepat pada
anak mataku. Semakin bergenang air mata yang terpaksa ditahan kini. Aku senyum
sinis. “Toksah lah dok pujuk saya. Buang masa je..”
“Bik, awak tak nampak ke semua ni?”
“Err.. nampak apa?”
serius aku bertanya. Penasaran. Sekali lagi Rayyan mengeluh perlahan. Mungkin
sudah penat dengan sikapku, kenaifanku. “Serius awak tak nampak?”
Mm.. nampak apa?
Rayyan memperbetulkan duduknya, berdeham sedikit untuk
membasahkan tekak. Tampak seperti ada perkara penting yang ingin
disampaikannya. Aku setia menunggu, namun mata masih tidak lepas memandang
perlakuan anehnya. Tatkala tangan ini dicapainya, hati bagaikan bergetar,
berdebar. Dan tatkala tangan ini sudah mendarat di dada kirinya, dapatku
rasakan detak jantung yang bagaikan mahu pecah. Dup dap dup dap dup dap. “Err.. Encik Rayyan.What happened to your..”
“Saya sayang awak. Awak nampak tak?”
***
“SAYA sayang awak. Awak nampak tak?”
Sedari tadi,
ayat keramat itu asyik terngiang-ngiang di telinga ini. Cukup terkesan, dan
kesannya meninggalkan satu perasaan yang aneh di hati. Hmm perasaan apa? Cinta? Ah, tak mungkin. Terlalu awal untuk
berbahas soal cinta. Lagipula, aku masih muda, terlalu muda. Lapan belas tahun.
Umur yang sepatutnya kini bertungkus lumus mengejar impian di menara gading. Mencipta
kejayaan. Namun, apatah daya.. Diri ini tak mampu untuk menanggung kos
pembelajaran sendiri.
Ipad
pemberian Rayyan sempena ulangtahun kelahiranku yang ke-18 aku capai. Membuka
laman web Instagram lelaki itu. Memang sudah menjadi kebiasaan diri ini menjadi
stalker Megat Rayyan. Ala, setakat
tengok-tengok gambar yang diupload
Rayyan, apa salahnya? Sekurang-kurangnya, dapat juga aku mengetahui perkembangan
lelaki itu menerusi media sosial.
Dan..
berdasarkan pemerhatian aku sendiri, Megat
Rayyan is a hottie. Followers beribu-ribu mengalahkan retis Malaysia. Hebat sungguh. Kadangkala, cemburu pula hati ini
apabila terlihatkan gadis-gadis cantik yang tergedik-gedik mengoratnya. Ah,
mana aku tahu? Mmm.. nama pun stalker. Of course lah aku tahu!
Sedang aku
asyik melihat gambar-gambar di laman Instagramnya, tiba-tiba perlakuanku terhenti tatkala terpandangkan satu
gambar. Satu gambar yang membuatkan hati ini berdebar sakan. Bergetar kuat.
Siapa gadis itu? Tania ke?
Demi menjawab segala persoalan, pantas aku menekan gambar
tersebut untuk mengetahui info yang lebih lanjut. Terlebih dahulu gambar tersebut aku tutup
dengan tapak tangan. Tak sanggup untuk melihatnya. Caption yang tertulis panjang lebar itu aku baca penuh teliti dan
perasaan.
Eating ice-cream
together with my love, baby, sweetheart, honey & everything. Yes,
everything.. She’s the one who always cheer me up, make my days beautiful than
ever, burst my laughter all the time, create the sweetest smile on my lips
and.. fill in my life with full of happiness. Deep in my heart, she’s special.
So much special like no one could be. Thank you, God. Thank you for sending her
to me. Thank you for creating her from my ribs (how I wish, haha). May You
bless us, God. And may this closer relationship will turn into a marriage, one
day. Amin.
Here’s a love from
me, Megat Rayyan Megat Jamal to my lovely princess who fell down from the sky,
Nina Aulia.
Ni.. Nina Aulia?
Terasa seperti ada benda yang tersekat di celah kerongkong
pada ketika itu. Cecair yang asyik bertakung di tubir mata sedari tadi mulai
terancam. Laju sahaja ia mengalir di pipi ini. Hangat.
Perlahan-lahan tangan yang menutup gambar itu aku alihkan.
Menggigil. Tatkala mata mula terlekat pada gambar itu, senyuman di bibir mulai
terukir. Sayu. Gambar ketika berada di taman pada beberapa minggu yang lalu.
Ketika kami bersama-sama menjamu ais krim Uncle Malik.. Ketika ais krim milik
aku terjatuh menyembah rumput kerana seekor kucing.. Ketika Rayyan menyumbat
ais krimnya ke dalam mulutku.. Dan ketika.. kami selfie bersama-sama, menggunakan kamera dan Monopod miliknya.
Ah, betapa manis detik itu, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Betapa
aku inginkan detik itu berputar kembali, Dia juga yang tahu. Aku scroll ke bawah, melihat komen-komen
yang diberikan. Banyak dan pelbagai.
This is so sweet,
Rayyan. Keep it up!
Who is she,
Rayyan? Bakal menantu Datin Maria?
Ah… sweet! Never
fail to make my heart beats faster.
Sama padan, sama
cantik. Moga kau orang berjodoh!
Comelnya you both.
Bagai pinang dibelah dua gitu uolls.
Hmm cantik.. But I
suit you well, Rayyan. Call me if you’re free – Kate
Nina and Rayyan
look perfect together~~~
Kalau dah nak
kahwin, jemput! Jangan sorok-sorok.
Tekak dah tak
sabar nak rasa nasi minyak ni..
Aku lebih cantik
daripada perempuan ni lah!
Nak marah kenapa?
Dah jodoh mereka.
Berdekah-dekah
aku membaca komen-komen yang diberikan. Pasti Rayyan pening nak melayan. Sebab
tu, habuk pun tak dibalasnya. Haih, Rayyan.. Rayyan.. Beginilah lumrah hidup
orang famous agaknya. Ramai yang
memerhati…
Termasuk
aku?
Haha, kelakarlah kau ni Nina. Kelakar. Mata yang
bersinar-sinar memandang skrin Ipad aku pejam rapat. Ingin membayangkan detik
indah dan bahagia bersama Megat Rayyan. Detik yang mungkin bakal berlaku tak
lama lagi. Ah, mungkin. Tak semestinya ya.
Selamat malam, dunia. Mimpi indah!
***
ANGIN pagi yang menenangkan jiwa aku hirup perlahan. Alangkah
indahnya jikalau angin seperti ini dapat aku rasakan setiap hari, setiap masa.
Segar dan nyaman. Nyamannya tak tumpah seperti suasana di kampung halamanku.
Kampung halaman yang sudah lama aku tinggalkan untuk belasan tahun.
“Kasut saya
kat mana ya?” Bunyi suara garau itu mengejutkan aku. Mematikan lamunan pagiku.
Aku menoleh – memandang ke arah belakang. Kelibat Megat Rayyan yang tampak
segak berkemeja biru gelap aku perhatikan. Kacak. Hot. Gorgeous. Persis
Taylor Lautner.
“Nina?
Pandang apa tu?” tegur Mak Umi yang sedang asyik berbual dengan Rayyan sebentar
tadi. Rayyan di hadapannya sudah memandang aku dengan riak yang aneh. Namun,
dapat aku tangkap senyuman nakal yang terukir di bibirnya. Aku tunduk, garu
belakang kepala yang jelas tidak gatal. Malu. “Err.. tak ada apa, Mak Umi.”
“Mm.. eloklah kalau begitu. Haaa Rayyan dah nak bertolak ke? Tak nak
sarapan dulu? Penat Mak Umi masak ni,” pelawanya ramah kepada Rayyan. Rayyan
pula sekadar tersenyum. Senyuman paling manis yang pernah aku lihat. Mungkin
sebagai tanda hormat kepada yang lebih tua. Salute!
Kalau ya. “Toksah lah, Mak Umi.
Rayyan dah lambat ni. Biar je lah dia
orang yang makan.”
“Yalah
Rayyan oi. Tapi jangan lupa makan kat
ofis ya? Karang tak tentu fasal kamu
kena gastrik. Pening pula kepala Datin nak melayan nanti. Eh, tali leher kamu
kenapa tu?” Membundar mata tua Mak Umi memerhatikan tali leher Rayyan. Nak
memastikan apa yang dilihatnya barangkali. Aku di hujung dapur sekadar
memanjangkan kepala. Sengaja nak menyibuk. Sekali sekala. Rayyan bingung
sendiri terlihatkan perlakuan kami. Tali leher yang sudah elok diikat
dipandangnya. “Kenapa apa, Mak Umi?”
“Tak.. Tie tu. Senget,” komennya setelah
berjaya mengenalpasti. Entah kenapa aku berasa tak sedap hati pula. Dapat aku
rasakan mata tua itu sedang tajam memerhati diri ini. Tanpa berlengah, pantas
aku menoleh – memandang wajah Mak Umi penuh penasaran. “Err.. kenapa, Mak Umi?” Polos aku bertanya.
“Haish, budak ni.. Buat-buat tanya pula. Tu
hah.. tie. Betulkan.” Selamba Mak Umi
arahkan aku. Tergamam aku mendengar permintaannya itu. Bibir bawah aku gigit
perlahan. Teragak-agak mata ini ingin memandang Rayyan, namun akhirnya, dipandang jua. Terpaksa.
Akibat
desakan Mak Umi, sedaya upaya aku cuba gagahkan diri. Menapak setapak demi
setapak ke hadapan, mendekati Rayyan. Pabila jarak kami sudah diistilahkan
sebagai ‘rapat’, perlahan lahan tangan ini memegang tali leher itu. Cermat. Tali
leher yang sedikit senget itu aku betulkan agar tampak kemas. Pada masa yang
sama, sempat pula mata ini memandang halkum Rayyan yang asyik bergerak. Ah, baru
aku perasan. Ketinggian aku sekadar paras halkumnya sahaja. Ya, halkum. Pendek kan?
Err.. pendek sungguh! “Done..” ucapku setelah selesai. Jarak
antara kami dijauhkan semula. Hah, lega hati.
“Thanks, Bik..”
“No biggie, Encik Rayyan.” Senyuman
separuh ikhlas aku hulurkan.
“Kau orang berdua ni nampak sepadan lah! Elok kalau menikah..
Macam pinang dibelah dua,” omel Mak Umi yang asyik memerhatikan kami sedari
tadi.
Rayyan yang
sudah tercegat di pintu dapur sekadar tersenyum. Tampak manis di pandangan ini.
Entah kenapa hati berdebar pula. “Saya okey aje, Mak Umi. Asalkan.. Nina kata
setuju.”
Gulp! Aku telan liur. Kesat. Sejurus itu juga, aku memandang
Rayyan. Tajam. Sambil membeliakkan biji mata. Dan Rayyan pula.. Sekadar
mengenyit mata. Erghhhh! Panas.
***
“HOME sweet home, baby!”
“Awak buat
apa kat sini?” soal Rayyan serius. Seserius wajahnya kini. Tegang dan.. tampak
penat. Tania di sisi sekadar tersenyum manja. Menggesel-geselkan tubuh
rampingnya dengan tubuh sasa Rayyan. Ah, sakit pula mata aku yang melihat.
“Sambut awak
balik lah, sayang.. You must be tired
right?” Rayyan hanya mampu menggangguk. Cukup malas hendak melayan kerenah
Tania barangkali. Tatkala terperasankan keberadaan aku di sebelah Tania, dia
sedikit terkejut. Jelas riak kagetnya di mata ini. “What’re you doing here, Nina?”
“Ops.. before I forget. Nah, Bik Nina. Take it and leave. And then, please make a
coffee for my babyboo.” Beg bimbit jenama Chanel milik Rayyan diberikan
kepada aku. Aku menyambutnya dengan sebaris senyuman. Patuh kepada arahan minah
gedik itu, meskipun hati ini cukup berat.
“Err.. wait. I think I want you to make a
coffee for me, Nia. I’m longing for it..” Terhambur senyuman teruja di
bibir mungil Tania tatkala terdengarkan permintaan kekasih buah hati pengarang
jantungnya itu. Dia pantas bangun. Dan aku.. Cuma mencebik. “And you, Nina.. Please stay. I wanna have a
talk with you.”
Terdengarkan
arahan kedua Rayyan itu, Tania terus mencebik. Memandang aku dengan riak tidak
puas hati. Sebelum beredar ke dapur, sempat pula dia berpesan kepada aku. “Kita
belum selesai lagi. Not yet.” Aku
sekadar tersenyum santai dan relaks. Langsung tidak takut atau terancam akan
gertakan perempuan itu.
“Just ignore her, Bik. She’s getting insane,”
Rayyan mula bersuara setelah pasti akan ketidakberadaan Tania di situ. Aku
ketawa perlahan. Terasa lucu akan kata-kata Rayyan itu. Huh.. getting insane? Don’t you realise who is she, Megat Rayyan? Don’t
you?
“Awak tak
sepatutnya mengutuk girlfriend awak
di depan saya, Encik Rayyan. She might be
hurt and frustrated if she heard your words..”
“Who cares?” Selamba Rayyan berkata.
Langsung tidak menunjukkan rasa serba salah atau sebaliknya. Aku tersenyum
tenang. Setenang hati ini. “Tak elok lukakan hati perempuan, Encik Rayyan. She loves you so much..” pesanku. Ikhlas
dari lubuk hati, walau hati ini terasa sedikit sakit. “But I don’t.”
“Why?” soalku penasaran. Mata masih tidak
lepas merenung anak matanya. Tajam. Rayyan sedikit berdeham. Seakan-akan
mencari ruang untuk berkata-kata. “Cuz
I..”
“Cuz you what?” potongku laju. Masih
merenungnya. “Cuz I.. don’t.”
Huh. Saspen betul mamat ni. Mendebarkan hati
aku aje kerjanya. Aku tarik nafas panjang. Lalu dihembus perlahan. “Then tell her.”
“I can’t.. cuz she never give me a chance to
tell about it.”
“Jangan
seksa perasaan perempuan, Encik Rayyan. Saya tak suka,” jujur aku meluahkan one of dislike things aku itu. Dia
sedikit terkejut mendengar kata-kata itu. Wajah ini dipandangnya sekilas. Hanya
sekilas. Tapi tampak dalam dan sememangnya tembus ke hati. “I’m sorry..”
“Say sorry to her. Not me,” tegas aku
berucap sebelum berkira-kira untuk beredar dari situ. Namun, dia pantas
bertindak – menghalangku daripada pergi. “Petang ni.. joging jom?” ajaknya
lembut. Takut sekiranya aku melenting barangkali.
“Tell her the truth first.. then I will.”
Laju aku melangkah dan mendaki anak tangga satu per satu. Meninggalkan dia
sendirian di situ. Rayyan mengeluh perlahan, memandang Tania yang sedang asyik
membancuh kopi di dapur. Dapat dia perhatikan riak bahagia yang tersorok di
sebalik wajah cantik itu. “Should I?”
Dia bingung sendiri.
***
“PAK UCOP, itu Rayyan ke?” soal Datin Maria saat terpandangkan aku dan
putera bongsunya. Pak Ucop di hadapan sudah tercari-cari. Membundar mata tuanya
memerhati luar tingkap Mercedes.
“Mana
Datin?”
“Itu haaa. Yang tengah gelak sakan dengan Bik
Nina tu.” Jari runcingnya ditunding pada aku dan Rayyan. Begitu fokus Pak Ucop
mengenalpasti arah tundingan jari majikannya itu. Tatkala berjaya mengesan, dia
tersenyum nipis. “Ya, Datin. Mereka berdua memang rapat.”
“Rapat macam
tu sekali? Hmm.. Rayyan tak pernah
beritahu pun,” Suara Datin Maria kedengaran cemburu dan menyampah. Serba salah
Pak Ucop dibuatnya. “Ala Datin.. Datin pun tahu kan? Rayyan tu bukannya suka sharing. Tahu pendam aje.”
“Memandai aje
Pak Ucop ni,” Datin Maria cuba menafikan. Mata garangnya masih tajam
memerhatikan kami. Memerhatikan gelagat kami yang tak tumpah seperti pasangan
kekasih sejoli. Ada api cemburu di sebalik mata ambernya.
“Saya harap,
mereka tak ada apa-apa hubungan..”
“Kalau apa yang
sedang berlaku tak seperti yang Datin harapkan?”
“I won’t let it,” ucapnya tegas dan
garang. Segarang singa yang sudah lama menahan kelaparan. Kecut perut Pak Ucop
memerhati perlakuan majikannya itu. Tampak seperti hatinya penuh dengan dendam.
Fikirannya pula penuh dengan perancangan. Haih, Mak Datin ni.. Lagak seperti
watak antagonis pula. “I won’t let it, Pak
Ucop. I won’t.”
***
“HAI, dah
balik?” Ramah aku menegur Rayyan yang baru sahaja meloloskan diri dari dalam
Ferrari Spider. Senyuman gula terpahat elok di bibirnya. Tampak sungguh manis
di mata ini. Seksi. Swag.
Terlihatkan
dirinya yang semakin mendekati aku, hati ini menjadi tidak keruan pula. Tak
semena mena aku tunduk memandang lantai – melarikan pandangan. Berkerut dahinya
terpandangkan perlakuan aku. “What’s so
special on the floor?”
Lembut dia
bertanya. Terasa kering pula tekak ini. Perlahan-lahan kepala aku dongakkan –
memandangnya yang jauh lebih tinggi daripada aku. Senyuman memalu aku kuntumkan
buatnya. “Seganlah berdiri sebelah awak..”
“Huh?”
Bertambah berkerut dahi Rayyan dikerjakanku. Hairan. Sebaris gigi yang elok
tersusun aku tayangkan kepadanya. Sengih. “Heee..
awak tinggi sangat.”
“It’s good then,” ucapnya tenang. Sambil
tepat memandang anak mataku. Aku terasa gugup pula tatkala mata amber itu menusuk ke dalam kalbu. Rasa
seperti.. seperti.. “Ke.. kenapa?” Tergagap-gagap aku bertanya.
Rayyan
tergelak kecil melihat tingkahku. Namun, mata itu masih setia merenungku. Oh
hati, bersabarlah. Teguhlah. “Hmm.. so
that, I can protect you.. defend you.. from any.. threat?”
Kaku. Kaku
aku di situ gara-gara ayat keramat si Rayyan itu. Oh tuhan.. rasa seperti aku
sedang bermimpi. Bermimpikan sesuatu yang tak mungkin bakal menjadi realiti.
“Manisnya mulut..”
“As sweet as my feeling towards you right now,
Bik. The sweetest feeling I’ve ever feel,” ucapnya cukup romantis
bersertakan senyuman seksi di bibir. Tangan kanannya dihulurkan kepada aku.
Membuatkan aku tercengang di situ. Bingung.
Kening aku
angkat – ingin meminta penjelasan. Dia sekadar tersenyum. Senyum, senyum dan
senyum. Itu sahaja yang asyik dia lakukan untuk mengusik hati ini. “Salam.. A good wife should do that.”
“But.. I’m not your wife,” sangkalku
kebingungan. Hairan. Dia tergelak kecil. Comel. “To be.”
“Huh?”
“My wife to be,” ucapnya perlahan. Tangan
masih dihulurkan kepada aku. Aku sekadar tersenyum nipis. Kepala menggeleng
perlahan. “Not now..” Pantas tangan
ini mencapai beg bimbit Chanel daripada
pegangannya. “And never.”
Kaki cuba
untuk melangkah pergi, namun.. “I wanna
have a coffee with you, Nina. At pondok, maybe?” pelawanya. Tampak ikhlas.
Aku menoleh kembali – memandang wajahnya. Senyuman manis aku ukirkan khas
untuknya. “No problem. But.. let me make
coffee for us first.”
“Okay.. I’ll wait.”
***
“TAK nak kahwin ke?” soal Rayyan tiba-tiba, seraya menghirup
Coffee Beans buatanku. Aku kembali memandangnya. Di sebelah. “Kenapa?”
“Tak ada
apa. Saja tanya,” jawabnya tenang. Namun, dapat aku tangkap senyuman nakal di
bibirnya. Ah, nak kenakan aku lah tu. “Desperately?”
soalku sinis. Sengaja.
Cawan
bersalut emas diletakkan di atas piring kecil terlebih dahulu sebelum kembali
fokus pada aku. Usai itu, dia memandang aku pula. Memandang aku dengan riak
yang sukar untuk diertikan. Anak mata ini ditenungnya. Dalam. “Yes.. Mummy paksa.”
“She said.. I’m getting old. Twenty five year
old. But I don’t think so,” luahnya perlahan. Seolah-olah sedang melepaskan
beban yang berat di dada. Aku sekadar mendengar – terangguk-angguk tanda
mengerti. Lebih daripada mengerti. “Yep,
she’s right. And.. maybe it’s the right time for you to build a marriage,
Mister Rayyan.”
“Tapi saya
tak ada calon..”
“Dalam vila
ni ada banyak. Pilih aje,” cadangku telus. Jujur. Bik Sofi.. Bik Tania.. Bik
Laila.. Hah, kan ramai tu? Banyak pilihan yang ada. Bukannya mereka tak cantik
pun. Cantik! Lebih cantik daripada model-model yang berkeliaran di luar sana. “Can I?” soalnya kaget. Seakan-akan tidak
percaya lagaknya.
Kening aku
angkat penuh selamba. Hairan diri ini akan keraguannya. “Of course you can. Tak ada siapa nak halang, Encik Rayyan. Except.. your mother. Huh.”
“Okay then. I choose you, Bik. Will you?”
Gulp. Kesat liur aku telan. Terbeliak
biji mata aku buntangkan. Resah. Gelisah. Bibir bawah digigit perlahan sambil
tercari-cari alasan. “Err.. Encik
Rayyan.”
“Apa dia, Bik
Nina?”
“Saya ni.. masih
muda. Terlalu muda. Tak sesuai untuk Encik Rayyan.” Tenang aku menuturkannya
meskipun kedengaran gagap. Rayyan tersenyum sinis memandangku. Kemudian,
kembali memandang alam. “Awak tolak saya sebab.. our age gap atau.. sebab lain? Mmm..
yeah. I mean, don’t you like me?”
Don’t you like me? Ayat terakhir Rayyan
itu kembali berputar di mindaku. Berkira-kira untuk aku memberikan jawapan.
Entah kenapa bibir ini terlalu berat untuk menjawab. Sama ada malu, segan atau
sebaliknya, aku sendiri tak tahu. Tak pasti. “Err.. no. I.. I like you. Yes, I like you.”
“Okay then? Tunggu apa lagi? Jomlah
kahwin!” Rakus Rayyan mengajak. Segan aku dibuatnya. Ah, Rayyan. Ada sahaja
nakalnya. Tak kira masa. “It’s.. too
earlier, Encik Rayyan.”
“Mm.. I understand. But why don’t we start
from the beginning? I mean.. uh. You know it right?”
“You mean?” Berkerut dahi aku meneliti
maksud tersirat kata-katanya. Proses inhalation
dan exhalation dilakukannya sebelum
melontarkan kata. Bibirnya tersenyum tenang. “Let’s have a serious relationship. Starting from a monkey love to a..”
Sabar hati ini
menanti kata-kata Rayyan yang seterusnya. Wajah tenangnya aku tatap seketika.
Ingin mencari keikhlasan di sebalik wajah itu. Namun, dapatkah aku melihat
keikhlasan itu? Sesungguhnya, keikhlasan itu datangnya dari hati bukannya dari
wajah.
“Marriage.”
Marriage. Perkahwinan. Ikatan suci yang
menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan. Itulah definisi
perkahwinan yang aku belajar selama ini. Tapi cukupkah definisi ringkas itu
menunjukkan erti perkahwinan yang sebenar?
Sudah.
Pening kepala ini ingin memikirkannya. Aku terlalu muda dan terlalu bodoh untuk
berbahas soal perkahwinan. Dengan ilmu agama yang masih cetek lagi. Dengan iman
yang masih tidak teguh lagi. Layakkah aku untuk memasuki alam perkahwinan?
Layakkah? Ah, tidak. Tidak sama sekali.
“Kita mampu
merancang, Encik Rayyan. Tapi tak semestinya apa yang dirancang itu bakal
menjadi kenyataan.”
“Maksud
awak?” Polos Rayyan bertanya. Mungkin masih keliru akan kata-kataku sebentar
tadi. Aku sekadar melemparkan senyuman. Ikhlas dan tenang. “Tak payah lah
tunggu saya. Just.. go on. Yeah. That’s
it. Belum tentu kita berjodoh.”
“Tapi.. saya
yakin. You’re created just for me, Bik..”
Aku senyum, memandangnya.
“Jangan
terlalu yakin, Encik Rayyan. Jangan.” Tegas aku mengingatkan. Setegas wajahku kini.
Lama dia terdiam di situ. Sedang berfikir agaknya.
***
Tiga tahun kemudian..
DEWAN Hotel Raja Chulan aku langkah masuk. Sesak. Dengan kunjungan
ratusan tetamu.. Dengan kehadiran ahli-ahli korporat yang berjaya.. Bukan itu
sahaja, jutawan Malaysia turut menunjukkan muka.
Ugh. Keadaan yang benar-benar aku tidak suka. Dikelilingi mereka
yang tidak setaraf dengan aku. Namun, apatah daya? Demi si dia..
“Miss Nina Aulia?”
Pantas aku menoleh – memandang si empunya suara yang menyeru
nama ini. Kelihatan seorang gadis muda sedang tersenyum memandangku. Cantik
dan.. tinggi. Persis model Hollywood lagaknya. Senyuman separuh ikhlas itu aku
balas ramah. “Ya, saya?”
“Your seat is here,” ucapnya sopan. Penuh
hormat. Tempat duduk yang sudah siap tersedia ditunjukkan kepada aku. Lama aku
memerhati tempat duduk itu. Terkedu. Wajah cantiknya kembali dipandang. Serius.
“VVIP seat?”
“Yes..” Semakin lebar senyuman gadis itu.
Malu aku dibuatnya. Namun, ditahan sahaja. Aku sekadar menurut. Meletakkan
clutch Ted Baker di atas meja bulat itu terlebih dahulu sebelum melabuhkan
punggung. Terkial-kial gadis itu menarik kerusi untuk aku. Amboi.. terasa diri
ini seperti VVIP pula. Eh tapi.. bukan ke aku memang VVIP sekarang ini?
“Kalau ada
apa-apa masalah, just beritahu pada saya. Saya sedia membantu,” pesannya
sebelum pamit. Pantas aku menghalangnya. Masih banyak lagi persoalan yang
dipendam sedari tadi. “Err.. those empty
seats tu, seats siapa ya?” soalku
sambil menunding jari ke arah beberapa tempat duduk yang jelas kosong di
hadapanku. Hairan. Takkan aku seorang sahaja yang bertapa di second table of VVIP seats ini? Ish..
besar pangkat?
Berkerut
seribu wajah gadis itu mendengar pertanyaanku. Mungkin sudah pening melayan
kerenah aku yang pelbagai ini. Namun, sebaris senyuman masih terukir di
bibirnya. Senyuman hormat. “Itu seats
keluarga Megat, Cik Nina. Dan di sebelah Cik Nina ni pula.. seat Datin Maria.”
Gulp! Seat Datin Maria? Sebelah aku? Mati. “Ada apa-apa lagi pertanyaan,
Cik Nina?”
“Ehem!”
deham seseorang yang baru sahaja tiba di situ. Seorang wanita yang tampak
anggun berkebaya ungu, bersama-sama tiga orang putera kacak yang tampak segak
bertuksedo hitam. Tergamam aku melihat ketibaan mereka di situ. Pantas aku
berdiri tegak sebagai tanda hormat.
“What’re you doing here?” soal Datin
Maria garang. Tegas. Mata ambernya
tidak lepas memandang diri ini. Atas bawah, atas bawah aku ditiliknya.
Bersertakan riak tidak puas hati. “She
said.. my seat is here,” Perlahan aku menjawab. Takut. Mata sudah tekun
memandang lantai. Tidak sanggup menatap wajah singa itu.
Datin Maria
mengalihkan pandangan – memandang gadis cantik yang berdiri tegak di tepiku
pula. Tajam. “What the heck with you,
girl?! She’s my maid and she should sit there – VIP seats (maid seats) instead
of here!”
“Err I’m sorry, Datin. But.. Megat asked me
to set her seat here. Erk, he said, she’s the important one,”
tergagap-gagap gadis itu menjelaskan. Pasti gerun akan sikap Datin Maria yang
sememangnya garang itu. Mengalahkan singa betina. “Err.. I’m off.” pamitnya. Laju sahaja kakinya menapak meninggalkan
kami. Takut disoal siasat secara terus-terusan barangkali.
Aku kembali
melabuhkan punggung tatkala majlis hendak bermula. Jelingan maut Datin Maria di
sebelah langsung tidak aku hiraukan. Malas. “Nice dress, Bik Nina..” puji Megat Dayyat a.k.a Merlin yang sedang
asyik memerhati pakaianku. Termangu-mangu aku mendengar pujiannya. Terkejut.
Megat Fayyad a.k.a Andrew Garfield di sebelahnya tampak tidak
senang duduk. Tajam mata hazelnya
menjelingku. Seolah-olah cemburu. Aku sekadar tunduk. “But my eyes said not, brother. It’s.. old-fashioned,” komennya
tidak berlapik. Sinis. Dan.. selamba. Sakit pula hati ini mendengarnya.
“Kini, tibalah masanya untuk kita mendengar ucapan daripada
Megat Rayyan Megat Jamal selaku CEO terbaru Mahkota Holding yang sedang
diraikan. Dipersilakan, Megat..”
Bunyi tepukan tangan bergema kuat. Begitu juga dengan suara
sorakan. Riuh sungguh. Namun, di sebalik keriuhan itu, dapat aku perhatikan
kelibat si dia dari bawah pentas.
Segak. Bergaya. Kacak.
Terpaku diri ini tatkala terpandangkan penampilannya.
Penampilan yang jauh berbeza daripada biasa – bertuksedo hitam, bersama-sama
sekuntum ros merah di poket kot. Looks
charming and.. elegant.
“Assalammualaikum semua. Terima kasih kerana sudi
menghadirkan diri ke Majlis Watikah Perlantikan Jawatan CEO Mahkota Holding.
Sejujurnya, kehadiran kalian semua bagaikan penyeri yang memberi tuah kepada
majlis ini. Syukur Alhamdulillah.”
Penuh bersemangat Rayyan menyampaikan ucapan di hadapan.
Almaklumlah, CEO baru. Tulang belakang syarikat. Contoh teladan seluruh
karyawan. Harus menunjukkan semangat yang berkobar-kobar dalam diri agar
dicontohi oleh para pekerja yang lain. Itulah namanya seorang pemimpin.
Sentiasa dicontohi dan diteladani. Bukan setakat dikagumi ya, anak-anak.
“To Datin Maria Zainal
Abidin, my dearest mummy, thanks for everything. She sacrificed a lot of things
just to make me happy and blithe. She gave me supports and spirits when I was
down.. She thought me to be tough, strong and success along the journey of this
heartless life.. She spent her time by listening to my problems.. She calmed me
down when I felt lost.. She told beautiful stories when I felt lonely.. She
kissed my foreahead when I need love.. She widen her ears when I need someone
to talk to.. And.. you know what. She is not only a mummy but.. she is also
such a.. diary. A lovely diary.”
Bergenang air mata kini tatkala terdengarkan ucapan itu.
Ucapan yang cukup menyentuh perasaan dan mengusik jiwa. Khas untuk seorang ibu
yang melahirkan dan membesarkan seorang anak. Seorang ibu yang banyak berkorban
nyawa demi membahagiakan si anak. Sesungguhnya, jasa seorang ibu tiada nilai.
Tiada harga. Mahal.
Lama mata ini merenung anak mata amber itu. Tampak bersinar
bak cahaya bulan. Namun, apa yang jelas di sebalik anak mata itu hanyalah..
Kebahagiaan. Bahagiamu, deritaku. Ah, deritakah aku?
Untuk seketika, mata kami bertaut. Kemas. Berdebar sakan hati
ini. Berdegup kencang jantung kini. Bergetar hebat jiwa ini. Tidak keruan aku
dibuatnya. Resah. Gelisah. Peluh sudah memercik dahi. Tatkala mata ini ingin
melarikan pandangan..
“Keep in sight, Nina
Aulia. Don’t turn.. Away.” Selamba Rayyan menegur. Ya, selamba! Langsung
tidak mempedulikan para hadirin yang sedang fokus menyaksikan majlis itu. Semua
mata sudah melirik padaku. Serentak. Bersertakan riak ‘kau siapa pada dia
sebenarnya hah?!’ di wajah. Aku.. gugup di situ. Kaku.
Oh man.. Bala is
coming!
***
“She is.. the one
who always cheer me up, make my days beautiful than ever, burst my laughter all
the time, create the sweetest smile on my lips and.. fill in my life with full
of happiness. Since past three years ago, she became so important to me, really
important. And yes, till now. She still be. The backbone of mine. Thank you,
Nina Aulia. Thank you.. You’re everything to me; A friend, a maid, a sister, a
worker, a foe, a lover, a buddy and probably.. a wife, maybe? Ha ha, one day. Amin!”
HATI bagaikan bergayut di
awang-awangan. Berbunga-bunga bahagia. Mekar. Terasa seperti diri ini dihargai,
disayangi, dicintai.. Namun, aku tahu – It
is all temporary. Tidak kekal. Sementara. Sekadar pinjaman daripada Yang
Maha Esa.
Entah kenapa
kata-kata Rayyan sebentar tadi asyik berputar di minda ini. Kata-kata yang
pernah aku temui di laman Instagramnya dahulu – caption of a picture. Dan kini, ia terngiang-ngiang kembali. Sedari
tadi, sudah berjam-jam aku duduk termenung di sini – di taman mini Vila Idaman.
Melayan perasaan sambil menghirup angin malam.. Menatap langit kelam..
Mengintai keindahan alam.. Oh tuhan.. segala-galanya tampak indah di mata ini.
Tiada cacat cela..
“Assalammualaikum..”
Satu suara yang memberi salam mengejutkan aku daripada mimpi indah. Kuat aku
tersentak. Terkejut. Bermacam-macam bendasudah aku bayangkan di minda ini – toyol, pocong,
puntianak. Err, negative thinking? Memang.
Tapi.. tidak mustahil. Lagipula, jam sudah menginjak pukul dua pagi. Masa yang
paling tepat untuk makhluk-makhluk seperti ini berkeliaran. Ah, stop it Nina. Stop it.
“Wa..
alaikumussalam,” perlahan aku menjawab. Tergagap-gagap pun ada juga. Takut.
Kepala masih tidak berani untuk menoleh. “Saya ganggu awak ke, Bik?”
Gulp! Suara
itu. Suara yang seringkali aku dengar saban hari, saban waktu. Suara yang asyik
mengucapkan kata-kata manis this lately.
Gosh, it’s him. Probably. Calm down, Nina. Calm down.
Pantas aku
menoleh – memandang tubuh sasa yang
sedang tegak berdiri itu. Tinggi. Serupa hantu galah. Ops. “Err.. Encik Rayyan. Encik Rayyan buat
apa kat sini?” Tenang aku bertanya. Mata masih tidak lepas memandangnya, sambil
menilik penampilannya – still in tuxedo.
Aik, baru balik ke?
“Why are you still calling me Encik?”
Soalan dibalas soalan. Bagus. Aku menghela nafas panjang. Cukup berat untuk
menjawab pertanyaan itu namun, digagahkan jua. “Cuz you called me Bik.”
“Okay then, Nina. I call you Nina. So, will
you call me Rayyan?” Ah, lembut sahaja suaranya bergema. Terbuai pula hati
ini mendengarnya. Aku senyum. Hormat. “It‘s
not proper.”
“No.. it’s proper, Nina. More than proper.”
Terdiam aku terdengarkan kata-katanya. Bisu. Dia cuba menghampiriku, mendekatiku.
Setapak demi setapak, dia melangkah ke hadapan. Sambil merenung tajam ke arah
anak mataku.. Gugup aku melihat perilakunya. Ah, sudah.. Hati kembali resah.
Gelisah. Tak senang aku berdiri.
Tika jarak
antara kami bersamaan kosong perpuluhan dua meter, jantung sudah berdegup
kencang. Sekencang angin taufan yang menyerang bumi. Kuat. Bagaikan mahu pecah
dan terkeluar dari badan. Sedaya upaya aku cuba menahan diri – mengawal detak
jantung agar kembali normal. Kembali optimum. Manakala, kepala pula masih pegun
menghadap lantai. Tunduk.
“It’s been three years,
Nina. Three years. Waiting for you with numerous patience.. forbearance. Tiring
much. But.. I still do. Do wait for you,” ucapnya lembut dan tenang.
Setenang wajahnya kini, mungkin. Namun, gelora di hatinya kini, hanya Tuhan
sahaja yang tahu. Sakit yang ditanggungnya selama ini, juga hanya Dia yang
tahu. “Ray.. Rayyan. Saya tak boleh….”
“Tak boleh apa, Nina? Tak boleh terima saya? Tak boleh balas
perasaan saya?” Laju dia memotong. Memandangku tajam, setajam belati yang
menusuk hatinya kini. Aku.. tak mampu membalas pandangan itu. Gementar. Bibir
pula beku untuk membalas. Diam, itu sahaja yang aku mampu. “I know it’s too hard for you, Bik. But..”
Sekuntum ros merah yang terletak cantik di poket kot
dicapainya. Lalu, dihulurkan kepadaku. Lama. Terpaku aku melihat hulurannya
itu. Terkedu. Aku cuba angkat muka – memandang dalam anak mata ambernya. Jernih. Dan.. bersinar. Kian
sesak dada kini.
Rayyan sekadar tersenyum, memandangku. Sayu, dan penuh..
Harapan. “Please take this rose and..”
Penuh debaran aku menanti ayat yang seterusnya. Nervous.
And.. what?
Get lost?
Get a life?
Get out from here?
Ah, sudah. Melalut fikiranku kini. “Marry me.”
Huh? Marry him?
***
HARI ini. Hari yang bakal aku kenang sampai mati. Hari yang mana..
aku dicaci. Dimaki. Dihina. Difitnah. Dan dibenci. Hari ini.. hari yang paling
pahit yang pernah aku lalui sepanjang hidup ini. Dan hari ini.. bakal menjadi
sejarah yang sudah termaktub dalam kamus hidup aku, Nina Aulia Mohd Noor.
Beberapa jam yang
lalu..
“Apa ni?!”
Sebungkus tepung dilemparkan ke wajahku. Terkejut beruk diri ini akan perbuatan
Datin Maria itu. Tajam mata ini memandangnya. Merenungnya. “What’s up, Datin?” Selamba aku menyoal.
Langsung tiada riak serba salah di wajah ini. Bengang.
Tersenyum
wanita vogue itu mendengar
pertanyaanku. Sinis. Kemudian, wajahnya kembali tegang. Garang. Lebih garang
daripada wajah yang pernah ditayangnya selama ini. “Kau bawa masuk sampah ke
dalam rumah aku, and then you asked me
‘what’s up’?! Do you think I’m that stupid, rubbish maid?!?!”
Gulp.
Rubbish maid?
Bagaikan disiat-siat.. dikopek-kopek.. dibelah-belah hati ini
tatkala terdengarkan ayat terakhir Datin Maria itu. Sakit.. Perit.. Pedih.. Sehinggakan
aku tak mampu untuk menahan air mata yang kian deras dan laju sedari tadi.
Namun, hati masih cekal dan kuat untuk mempertahankan diri walau luka yang
dipalit kian parah. Dan berdarah.
Air mata yang kian mengalir aku seka. Kasar. Mata yang semakin
merah ini kembali merenungnya. Deep.
“Apa salah saya kali ni Datin.. sampaikan Datin sanggup gelar saya macam tu
sekali? What I’ve done to you this time?”
Lemah aku bertanya. Sudah tidak larat untuk berperang mulut seperti selalu
namun, digagahkan jua. Tidak sanggup dituduh dan difitnah untuk kali yang
kedua.
“Haha!” Datin Maria ketawa sinis. Seolah-olah mengejekku as a loser. Geram hati ini melihatnya.“ You’re so funny, Nina. So.. funny.”
Kali ini dia membaling bungkusan tepung yang lain pula. Tepat
ke arahku. Sakit. Menggeletar tubuh ini menahan kesakitan. Namun, tidak pula
aku berundur atau bergerak. Sedikit pun tidak. Sekadar berdiri tegak, tunduk.
Seolah-olah pasrah dan merelakan perbuatannya.
“Mummy, stop! What’re
you trying to do?!” jerit Rayyan yang baru sahaja tiba. Abang-abangnya, Mak
Umi dan bibik-bibik yang lain turut ada bersama. Sedaya upaya mereka menghalang
perbuatan Datin Maria yang jelas gila. Terpekik terlolong Datin Maria tatkala
mereka cuba menghalangnya. Mata ambernya
masih setia merenungku. Tajam.
“Perempuan ni.. dia bawa masuk sampah kat dalam rumah ni!!!”
teriaknya kuat. Gugup aku melihatnya. Seram. Rayyan di sisi sudah tercengang –
tidak faham akan kata-kata si mummy. Sekilas wajah kami berdua dipandangnya
satu per satu. Wajah Datin Maria yang jelas bengang dan wajah aku yang masih
terpinga-pinga.
“What’s actually going on? I don’t even
understand. Could you explain?” soal Megat Fayyad setelah lama mendiamkan
diri. Megat Dayyat di sebelahnya turut mengangguk. Mengiakan. “Yes, please explain,” sokongnya.
Datin Maria
tersenyum sinis, seraya menggeleng. Laju. “No
need to explain, my dearest Megat. Semuanya dah jelas yang perempuan ni
bawa masuk sampah ke dalam rumah kita. And
all of these.. are hers.”
Berbungkus-bungkus
tepung yang mengelilingi mereka ditunjukkan satu per satu. Terangkat kening
Megat-Megat tatkala melihat bungkusan itu. Datin Maria mencapai beberapa
bungkusan tersebut, lalu diberikan kepada mereka satu per satu. Menyuruh mereka
untuk memeriksa barangkali. “Fyi, I found
these shits in her room. So it’s proven.”
Aku tergamam
di situ. Tercengang. Tidak percaya benda-benda pelik seperti itu boleh ada di
bilikku. Err.. siapa punya? Aku ke?
Kening yang tidak gatal aku garu perlahan. Keliru.
“Apa ni
Nina?” Perlahan Rayyan bersuara setelah sekian lama membisu. Dia memandangku,
lama. Seakan-akan ingin meminta penjelasan. Serba salah aku jadinya. “Saya tak
tahu benda tu siapa punya, datang dari mana.. Saya tak tahu. Saya memang tak
tahu. Sumpah.”
Jujur aku
menjelaskan. Anak mata sudah berair menahan sebak. Sedih. Sedih kerana benda
seperti ini boleh menimpa diri ini. Rayyan tersenyum sinis memandangku. Sayu.
Merah dan berair mata ambernya
tatkala mata kami bersatu. Terkedu aku melihatnya.
“Kalau benda
ni bukan milik awak.. habistu milik siapa? Milik saya? Atau.. milik mummy saya?”
Gulp. Kesat liur aku telan. Pahit. Tidak
sangka Rayyan sanggup berkata seperti itu. Menuduh aku secara melulu. Tidak
sangka. Patah hati ini gara-gara sikapnya, kelakuannya, kata-katanya. Kecewa.
“Awak.. tak percayakan saya?” Lemah suara ini bertanya. Sangat lemah. Namun,
diri ini masih kuat untuk menentangnya.
“Macam mana
saya nak percayakan awak kalau bukti dah jelas depan mata?” Sakit. Sakit hati
ini diragui sebegitu. Ngilu. Apatah lagi diragui oleh si dia yang begitu aku
harapkan selama ini. Si dia yang aku sayang.. aku cinta.. Sepenuh hati.
Setengah mati.
“So that, I can
protect you.. defend you.. from any.. threat?”
Berlayar kata-kata manis itu di minda kini. Kata-kata yang
digambarkan sebagai sebuah janji. Dan kini.. ia terbukti. Janji tinggal janji.
Segalanya hanya palsu semata-mata.
“Hoi perempuan! Kau
dengar tak apa yang aku cakap ni?!” tengking Datin Maria. Kuat. Tersentak aku
dikerjakannya. Pantas aku melarikan pandangan daripada anak mata Rayyan.
Kemudian kembali memandang mummynya. “A.. apa dia Datin?” soalku gugup. Takut.
“You’re fired! So
please get out from here!”
Aku.. aku dipecat? Terkejut beruk diri ini mendengar
kata-katanya. Tak sangka. Wajah Rayyan aku pandang. Tampak keliru dan buntu.
Mungkin tidak tahu harus menyebelahi siapa. Tapi.. mungkinkah dia menyebelahi
aku sedangkan fitnah yang ditimpaku begitu mudah dipercayainya?
Aku cuba mendekatinya, menghampirinya. Selamba. Langsung
tidak memikirkan respon yang bakal diterima. Teragak-agak kepala ini aku
dongakkan. Memandangnya. Dalam.
“Rayyan.. please.
Please tell your mum that they’re not mine.. And please defend me, Rayyan.
Please… Saya merayu pada awak….” Tersedu-sedan aku memohon pertolongan
daripadanya. Memohon agar dia mempertahankanku seperti yang dijanjikan dahulu.
Namun, hampa. Dia sekadar mendiamkan diri dan..
Meninggalkan aku di situ. Langsung tidak rasa serba-salah.
Lama aku memerhatikan tindakannya sehinggalah.. bayangannya lesap begitu
sahaja. Hilang. Bagai asap yang lari dan berkumpul di udara. Dan pada masa yang
sama, hati ini terasa kehilangan. Sakit. Perit.
Lutut kian longlai. Terasa seperti skrunya tercabut atau
tertanggal. Terduduk aku di situ untuk seketika bersama-sama air mata yang
deras. Tubuhku terpegun. Kaku. Masih tidak dapat menerima akan apa yang sedang
berlaku.
“Stop crying, bitch.
Go.. pack up your things and get out from here. Now.” ucap Datin Maria
sebelum melangkah pergi. Anak-anaknya hanya menurut sama. Begitu juga dengan
para pekerjanya. Meninggalkan aku sendirian di situ. Membiarkan aku melalak dan
menangis semahu-mahunya.
“Ya Allah.. Kau kuatkanlah imanku. Kau cekalkanlah hatiku..
Dan Kau permudahkanlah urusanku…” perlahan aku berdoa kepada-Nya. Meluahkan
segala malapetaka kepada si Maha Pencipta.
***
“Sofi kecewa dengan Nina.. Sofi tak sangka
Nina sanggup ambil benda haram tu.”
“Mak Umi ingat,
Nina ni baik orangnya. Tapi Mak Umi silap.”
“Nampak je baik.
Polos. Tapi kenyataannya, macam bangkai. Huh!”
BERGEMA kuat ucapan perpisahan yang aku
peroleh sebentar tadi, di pendengaran. Sedih. Sebak. Tidak sangka mereka turut
mempercayai fitnah yang jelas karut itu. Ya, karut! Kononnya aku ambil ganja,
hisap ganja, simpan ganja. Ah, merepek. Melalut. Langsung tak logik. Masakan
perempuan naif lagi polos seperti aku bisa dituduh gian?
Pipi yang
basah dek air mata aku lap dengan sapu tangan. Tersenyum manis aku menghadap
cermin. Tampak ceria dan bahagia, meskipun mata sudah merah menyala. Namun, apa
yang tersorok di segenap hati kini, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Hanya Dia.
Bukan Rayyan. Bukan sesiapa.
Rayyan.
Air mata
kembali mengalir tatkala nama itu terlintas. Nama yang sudah aku padam dari
kamus hidupku kini. Dan.. mulai detik ini, tiada lagi insan yang aku kenal
bernama Rayyan. Melainkan Rayyan (Ryan) Giggs. Coach pasukan bolasepak Manchester United.
Beg roda
yang jelas berat aku tarik perlahan. Dibawa keluar dari bilikku sebelum
melintasi dapur. Usai itu, aku bergerak ke ruang tamu pula. Memerhati segenap
ruang yang tampak kosong itu. Sekosong perasaanku kini. Namun, tatkala mata ini
terlekat pada sebuah sofa, perasaan mula berkecamuk. Bercampur baur.
“Tay.. Taylor Lautner?”
“Ha ha, am I? But I’m
Rayyan. Megat Rayyan, as mummy said just now.”
“Hah?”
“Feel sorry to say
this, but I think your ears got problem. Mmm.. I’m Rayyan, awak dengar tak?”
Sebaris senyuman terukir di bibir tika peristiwa itu bermain
di minda. Peristiwa sewaktu aku bersua muka dan berkenalan dengannya buat kali
pertama. Dan ketika itu.. hati sekadar berbunga-bunga. Bahagia. Tidak menderita
seperti sekarang.
Pintu utama aku buka, perlahan. Meloloskan diri dari dalam,
sebelum menutupnya kembali. Mata aku pejam. Rapat. Seolah-olah berat. Berat
untuk meninggalkan rumah yang banyak menyimpan kenangan ini.
Tiga tahun.. Tiga tahun aku menetap di sini, membesar di
sini, menyara di sini, menangis di sini. Segala-galanya di sini. Tapi kini,
tidak lagi. Aku harus pergi dan mulakan hidup yang baru. Berdikari. Mungkin..
takdirku bukanlah di sini tuk selamanya.
Selang beberapa minit kemudian, barulah aku tiba di bus-stop.
Satu-satunya bus-stop yang paling
dekat dengan Vila Idaman. Jaraknya hanya beberapa meter sahaja. Tak sampai
sekilometer.
Beg roda yang sememangnya berat dan sarat aku letakkan elok
di tepi. Ingin melepaskan penat dan lelah yang menguasai diri. Namun, minda ini
masih berasak-asak memikirkan destinasi yang sewajarnya aku pergi. Destinasi
untuk aku berteduh hari ini. Hmm..
hotel? Tepi jalan? Tepi lorong?
Sigh.
Punggung aku labuhkan untuk seketika. Sementara ingin
menunggu kemunculan Pak Cik Teksi. Hmm..
entah ada teksi ke tidak ni. Nampak lengang sahaja. Yang ada hanyalah
kereta-kereta mewah yang lalu-lalang. Haih, masak aku begini!
Telefon bimbit jenama Nokia aku seluk dari poket jeans. Mencari-cari nama Pak Cik Teksi
yang pernah aku simpan beberapa tahun yang lalu. Banyak. Ada sembilan nama Pak
Cik Teksi keseluruhannya. Tanpa melengah-lengahkan masa, nombor Pak Cik Teksi
aku dail. Pak Cik Hamdan. Pak Cik Teksi pertama yang pernah berkhidmat untukku.
“Assalammualaikum..” Kedengaran ada suara yang mengucapkan
salam. Suara yang.. tidak asing di pendengaran ini. Dan suara itu.. sememangnya
aku kenal. Cukup kenal. Tapi takkanlah itu suara..
Ah, tak mungkin lah. Mustahil. Aku salah dengar agaknya ni, sangkalku.
Malas mahu berharap.
“Nina..”
***
Lapan bulan
kemudian..
“COFFEE, sir.”
“Thank you..” Segaris senyuman
dikuntumkan buat pelayan itu. Ramah. “If
there’s anything else, just make an order.”
“Sure,” balasnya perlahan. Masih
tersenyum seperti tadi. Pandangannya kini dialihkan – memandang gambar-gambar
manis yang pernah diuploadnya di laman Instagram dahulu. Gambar dia dan Nina.
Nina Aulia. Si bibik yang pernah mencuri hatinya dahulu. Dan kini.. masih.
Masih lagi dicurinya.
Senyuman
kian mekar tatkala terkenangkan memori-memori yang ditinggalkan di sebalik
gambar. Kata Yuna, setiap gambar ada lagunya. Tapi kata Megat Rayyan, setiap
gambar ada kisahnya, kenangannya. Kenangan yang tidak mungkin mampu untuk dilupakan,
sampai bila-bila.
Kopi yang
dipesannya sebentar tadi dihirup seketika. Coffee Beans. Kopi yang sering
dibancuh oleh Nina dulu khas untuknya. Tatkala diri ini teringatkan Nina,
rindukan Nina, pasti Coffee Beans bakal dipilih, meskipun rasanya tidak sama.
Langsung tidak.
“Ops, sorry. Tak sengaja. Cik okey?”
“Tak apa,
tak apa. Saya okey.”
Suara itu. Macam kenal. Macam suara..
Pantas
Rayyan menoleh. Memandang si jejaka dan si gadis yang sedang sibuk memungut
buku-buku yang berteraburan di atas lantai. Lama. Dan.. tika mata ambernya melekat pada wajah gadis itu,
dia pantas bangun. Bangkit. Setapak demi setapak gadis itu dihampirinya, dipaut
lengannya. Akibat rasa terkejut yang amat, lantas gadis itu menoleh. Mendongak.
Dan memandangnya. Serentak itu juga, mata mereka bertaut. Kemas.
“Ni.. nina?”
***
-TAMAT-
P/S: Nantikan Bibik Jangan Pergi 2 soon! Insha-Allah.
jgn2 si tania punye keje tak?
ReplyDeleteAnda yakin? Haha
DeleteBest. Tak sabar nak tunggu next entry :)
ReplyDeleteThank u.. just stay tuned :)
DeleteAkak.. cepat sambung!!! You're so talented
ReplyDeleteInshaallah soon kalau dipermudahkan. Hihi alhamdulillah. Thanks dikk
DeleteDatin tu punye keje ke sis?? Macam nenek sihir je datin tu.. Bleh x biar megat fayyad tu yg jadi hero??
ReplyDeleteHaha let it be a surprise xD
DeleteNina tu macam somebody je.......... You patut buat sesuatu pada Megat Fayyad, kekwat dia ........... menyampah.
ReplyDeleteWeird haha. What do u mean by somebody? Hahah kan xD
ReplyDeleteAkak cepat lah sambung..hehe x sbar
ReplyDeleteInsyallah soon :-)
DeleteBile nk wat plakk
DeleteBest... Nak lagi...
ReplyDeleteLama da tggu... Xde smbung lagi ke??? Huhuu
ReplyDeleteBila nk sambung lgi Kak??
ReplyDeleteBila nak sambung lagi.. da lama tunggu
ReplyDeletebile nak sambung ?? dh 2015 ni
ReplyDeleteUpdate lah!!!...best!!!
ReplyDeleteDah 2017 ni!!!
ReplyDelete