BAB
9
PUAN SRI SHARIFAH
kelihatan agak gelisah dan resah. Jarum randik pada jam dinding asyik
diperhatikan sejak dari tadi, seolah-olah sedang menantikan sesuatu. Jam sudah
menunjukkan pukul 2.46 pagi tapi….. bayangan putera sulungnya masih belum
kelihatan di dalam vila ni.
Puas
dia mencari Syed Adrian di merata tempat tapi batang hidung dia yang mancung tu
langsung tak kelihatan! Ke mana lah dia pergi merayap agaknya? Pagi-pagi buta
pulak tu…. Dah macam tak ada siang lagaknya!
“Riana, what are you waiting for? Cukup lah tu… Dah nak dekat pukul 3 pagi
ni…. You tak reti nak tidur ke?”
tegur Tan Sri Henry dalam keadaan yang masih mamai. Pelik pula dia melihat
isterinya yang tiba-tiba saja menjadi burung hantu ni.
Puan
Sri Sharifah benar-benar tersentak saat ditegur oleh suaminya sendiri. Dadanya
diurut lembut untuk menghilangkan rasa terkejut yang melampau. Huh, nasib baik
dia tak kena serangan jantung je
tadi! Kalau tak, inallilah jawabnya.
“You scared of me! Lain kali beri salam
dulu sebelum menegur orang. Nasib baik I tak kena serangan jantung tau. Kalau
tak, jadi duda lah you jawabnya Mikh….”
balas Puan Sri Sharifah cukup selamba. Sekadar gurauan semata-mata, bukannya
serius pun!
“Actually, I’m waiting for Rian…. Dah
pagi dah ni…. Batang hidung dia pun langsung I tak nampak! Anyway, you tahu tak dia pergi mana?” tambah Puan Sri Sharifah lagi
bersertakan soalan. Sungguh dia risau akan keselamatan putera sulung dia tu.
Yalah, lagipun budak tu baru je
sampai KL. Manalah tahu dia boleh tersesat ke apa……
“Don’t worry lah…. He’s safe and still alive. Confirm dia dok melepak dekat club tu….
Alah, biasa lah tu. Macam lah you tak
biasa…..” balas Tan Sri Henry yang masih mamai akibat terlalu mengantuk dan
kepenatan.
Puan
Sri Sharifah meneguk liur. Dia tergamam seketika saat mendengar kata-kata si
suami yang cukup spontan tu. Mulutnya sudah pun ternganga seluas-luas padang
Old Trafford gara-gara terkejut punya pasal! Biar betul laki aku ni? Sejak bila
pula si Adrian tu jadi kaki clubbing?
Tapi takkan lah Mikhail ni nak buat lawak hambar kot? Lagipun dia nampak macam
mamai je.... Entah sedar ke tidak ni.
“Ooo…..
Adrian tu kaki clubbing rupa-rupanya.
Baru I tahu…. Hmmm berani betul you merahsiakan hal yang terlalu penting
ni daripada pengetahuan I kan? Kalau you
tak terlepas cakap tadi, mungkin sampai kiamat pun I takkan tahu agaknya!
Bagus…. Bagus…. Great job, Mikhail. I
tak tahu lah you ni daddy jenis apa! How can you let your son to have fun in that kind of place??!” ucap
Puan Sri Sharifah dengan suara yang agak keras. Kan dah naik angin satu badan! Masalahnya,
ibu mana yang tak mengamuk bila dapat tahu yang anak dia tu kaki clubbing?
Tan
Sri Henry mengetap giginya agak kuat. Dia benar-benar menyesal akan sikapnya
yang terlalu cuai sehinggakan rahsia yang terlalu penting ni sudah pun
terbongkar! Hish, kalau Adrian tahu
ni…. confirm dia kena bebel
habis-habisan dengan budak tu. Mana taknya, dah banyak benda yang mereka
korbankan untuk menutup segala tentang rahsia ni daripada pengetahuan mummy Syed Adrian! Nampaknya, sia-sia aje
lah usaha ‘murni’ mereka selama ni. Apa nak buat, nasi sudah menjadi bubur……
“Honestly, I pity to my son! Disebabkan
keegoaan daddy dia sendiri, dia boleh
jadi macam tu sekali. Kalau I tahu dulu macam ni lah kesannya bila Adrian ada
di bawah penjagaan you, jangan
haraplah I nak izinkan dia tinggal dekat UK dulu!” tambah Puan Sri Sharifah.
“But
everything was too late. I dah terlambat untuk selamatkan dia.” Suaranya kembali
mendatar. Terselit rasa sayu dan kecewa di sebalik kata-katanya itu.
“Cuma…..
ada satu cara je yang boleh kita
lakukan untuk membaiki diri dia.” fikir dia sejenak. Entah kenapa, tiba-tiba
saja ada idea yang cukup bernas muncul secara rawak di kotak fikirannya!
“What is it?” soal Tan Sri Henry ingin
tahu. Dia juga ada berhasrat nak membaiki sikap putera sulungnya yang sudah
berada di tahap kritikal tu. Kalau dibiarkan begitu saja, sesat selamanya lah
jawabnya.
“Kahwinkan
dia.” jawab Puan Sri Sharifah ringkas dan mudah difahami. Cuma itu je lah satu-satunya cara untuk membaiki
akhlak Syed Adrian. Dan cuma itu je lah satu-satunya idea yang paling bernas!
Tan
Sri Henry sudah pun ternganga luas gara-gara terkejut akan permintaan isterinya.
Tak pernah terlintas pula di fikirannya selama ni untuk mengahwinkan Syed
Adrian dengan mana-mana gadis yang sesuai buatnya. Pendek kata, gadis yang
boleh membimbing dia kembali ke jalan yang benar.
Idea
yang bagus….. Tapi masih ada dua persoalan yang sedang bermain di fikirannya.
Nak ke si Adrian tu mendirikan rumah tangga? Dah lah budak tu langsung tak
pernah serius dengan apa jua perkara. Nanti baru kahwin tak sampai 2-3 hari,
tak tentu pasal dah bercerai berai! Bukan boleh percaya pun dengan perangai
budak tak matang tu. Nak ikut kepala dia
je! Kalau kepala dia tu betul tak apalah juga, ya tak? Dan lagi satu…. ada
ke calon isteri yang sesuai untuk putera sulung dia yang cerewet nak mati tu?
Kalau ada pun, siapa je?
PERMINTAAN
daripada mummy dia membuatkan Syed
Adrian berasa sedikit tertekan. Gila ke apa nak suruh aku kahwin? Dah lah aku
ni jenis yang fobia dengan cinta. Trauma pasal kematian Emilin pun belum habis
lagi kot! Lagipun, calon yang boleh dibuat bini pun tak ada. Nak kahwin dengan
siapa? Jessica? Mahu saja kena tempeleng dengan mummy. Erk, orang tua tu mana nak menantu yang hot-hot.
“No!
Rian tak nak! Rian tak nak kahwin! Come
on lah mummy. Rian ni masih muda
lagi tau. Bab-bab kahwin ni tolak ke tepi dulu lah. Let me enjoy with my life first…” putus Syed Adrian.
Puan Sri Sharifah hanya
menggelengkan kepala. Kesal pula akan sikap putera sulungnya yang asyik nak enjoy je kerja dia! Masih muda ke apanya kalau umur dah nak mencecah 30
tahun? Sedarlah anakku, sedarlah!
“Adrian, sudah-sudah lah tu. Dah
lama sangat kamu enjoy dekat dunia
ni. Bertaubat lah sikit Rian oi. Kita
ni makin hari makin tua. Entah bila maut datang menjelma pun kita tak tahu.
Kamu tu…. dah nak masuk 30-an dah pun. Dah tiba masanya untuk kamu berumah
tangga. Umur macam kamu ni selalunya dah ada 2-3 orang anak dah!” bebel Puan
Sri Sharifah. Gaya macam pemberi motivasi pun ada.
Bebelan mummynya langsung tak diendahkan. Entah kenapa keras sangat hatinya
untuk menerima kata-kata mummy dia
tu. Salah ke kalau dia nak bersuka-ria pada usia yang sebegini? Alah, dia ni bukannya
tua sangat pun! Kalau dah tua kerepot sekalipun, pasti saja ada anak dara yang dok mengurat, ya tak?
“It
will happen one day, but not now. You’ve to understand me, mummy… Rian
belum boleh terima mana-mana perempuan buat masa ni. Apatah lagi nak dijadikan
isteri… Rian masih merasai kehilangan Emilin walaupun benda tu dah lama
berlalu… Cakap memang senang, tapi tak semudah tu nak relakan dia pergi apatah
lagi nak lupakan dia. Rian cuma tak nak menyeksa bakal isteri Rian nanti…”
luahnya jujur.
Puan Sri Sharifah terdiam seribu
bahasa. Macam tak percaya lah pula yang si Adrian ni masih belum dapat
melupakan arwah doktor keluarganya. Jauh dari hati, dia berasa sungguh kasihan
melihat nasib yang ditimpa oleh anak ini.
“Assalamualaikum……”
ucap seseorang di luar muka pintu. Perbincangan antara mereka sekelip mata saja
terhenti sewaktu suara yang amat dikenali itu kedengaran. Segera Puan Sri
Sharifah menapakkan kakinya di hadapan pintu utama untuk menyambut si tetamu.
“Waalaikumussalam…
Eh, Amanda! Masuklah… Lambatnya sampai. Penat mummy tunggu tadi…” balas Puan Sri Sharifah ala-ala merajuk. Memang
dari tadi dia dok menanti kedatangan
gadis ini.
Amanda
hanya tersengih memandang mummy
angkat dia tu. Alah, merajuk ke mummy
aku ni? Ermmm sensitif betul lah.
“Laaa janganlah merajuk mummy. Manda bukannya sengaja pun. Ada
banyak pesakit tadi sampai terkejar-kejar Manda dibuatnya. I’m sorry, okay?” pujuk Amanda lembut. Senyuman yang cukup manis
tak lekang dari bibir.
Syed
Adrian hanya memerhati adegan manja antara mummynya
dengan doktor lembab keluarganya itu. Hubungan antara mereka yang sebegitu
rapat benar-benar berada di luar jangkaannya.
“Amboi,
aku yang anak kandung dia ni pun langsung tak dihiraukan. Boleh pula dia
melayan doktor lembab tu macam anak sendiri? Ni memang tak adil!” Syed Adrian
memberontak dalam hati.
Sungguh
dia tak berpuas hati dengan doktor lembab tu! Apa saja yang doktor tu lakukan,
pasti nampak perfect je di mata mummy dia. Konon nak tunjuk baik depan mummy lah tu! Ermm… pakai taktik kotor boleh lah!
Tiba-tiba,
Amanda terperasan akan seseorang yang sedang leka menonton rancangan kartun Tom
and Jerry di ruang tamu. Huh, Tom and Jerry? Teruknya perangai. Dah tua bangka
pun tengok cerita kartun lagi ke? Harap nama je CEO tapi perangai sebijik macam budak tadika! Rasanya memang dah
mengalahkan budak tadika kot. Kutuknya dalam hati.
Konsentrasi
Syed Adrian sedikit terganggu saat dia merasakan ada yang sedang memerhati.
Lantas dia mengalihkan pandangannya ke arah si pemerhati. Kelihatan seorang
gadis yang tampak ayu berblaus merah sedang tersenyum sinis memandangnya. Erk, perempuan ni lagi! Bilalah dia nak blah agaknya? Semak betul lah!
“Aik….
layan Tom and Jerry, Encik Adrian? Tak pergi kerja ke?” tegur Amanda selamba. Haaa inilah masa yang paling tepat nak
kenakan hantu raya ni! Biar bengang terus muka dia yang kononnya sipi-sipi Joey
Parker kat cerita Another Cinderella Story tu. Eh, sama ke? Hmmm sikit lah! Nak nak mata biru dia
yang terlampau maut tu.
Syed
Adrian menjeling tajam. Eeee menyibuk betul lah doktor lembab ni! Apasal lah mummy gatal sangat dok
ajak dia lunch sekali?
“Ermm biasalah tu, Manda. Macam lah kamu
tak faham lagi dengan perangai budak tak matang ni. Bukannya reti nak pergi
kerja! Nasib baik tak terlongkop syarikat daddy
dia dekat UK sana. Alang-alang dah balik sini, apa salahnya tolong Adam kat company mummy tu…” Puan Sri Sharifah
sengaja menyampuk.
Haih,
apalah nak jadi dengan anak dia yang sorang ni. Dah puas dia kasi ceramah free tapi langsung tak berjalan! Pendek kata, not working. Boleh ke si Adrian ni berumah tangga? Puan Sri
Sharifah tertanya sendiri.
Risau
pula hatinya apabila memikirkan masa depan Syed Adrian. Takut juga sekiranya
anak sulung dia tu langsung tak berubah. Saat pandangannya terlekat pada
Amanda, tiba-tiba saja ada idea yang muncul di sebalik mindanya…. Dia tersengih
sendiri. Nampaknya, dia sudah pun menemui solusi bagi perancangannya! Kena
beritahu Mikhail ni!
NAMPAKNYA, daddy dia pula yang menjadi mangsa
Amanda. Hebat betul perempuan ni dalam bab-bab memikat hati orang tua.
Mula-mula mummy dan sekarang ni daddy pulak? Memang lepas ni dirinya
bakal disisihkan. Err, tak boleh jadi
ni!
“Doktor tak nak balik ke? Cuba tengok
jam. Dah pukul 5 dah pun….” Syed Adrian mula bersuara sejak dari tadi
mendiamkan diri.
Amanda sedikit tersentap akan
kata-kata pedas lelaki itu. Amboi… Harap muka je handsome bukan main.
Tapi mulut? Memang tak ada insurans! Sama je
macam perangai dia. Serupa hantu raya!
“Eh kamu ni Adrian…. Tak baik layan
tetamu macam tu. Jadi orang tu biarlah beradab sikit. Ini tidak, asyik biadab je memanjang.” Tan Sri Henry mula
menyampuk. Memang dia tak senang betul akan perlakuan putera sulung dia tu.
Makin hari makin biadab! Siapa je
yang tak berasap?
Syed Adrian menjeling tajam ke arah
Amanda yang dok tersenyum sinis
memandangnya. Seperti yang dia jangkakan, dirinya bagaikan tersisih daripada daddy mahupun mummy. Ini semua doktor lembab tu punya pasal! Pakai jampi serapah
apa entah sampaikan perhatian semua orang berjaya dicuri.
“Oh ya, Sella mana daddy? Dah lama Manda tak nampak dia.”
soal Amanda ingin tahu.
“Sella? Ermm dia sekarang ni tengah sibuk buka butik… Busy je memanjang. Mengalahkan perdana menteri lagaknya!” balas Tan
Sri Henry ramah.
Alhamdullilah…. Nampaknya Rosella
boleh hidup berdikari di sini walaupun tak didampingi oleh keluarga kandungnya
sendiri. Tan Sri Henry berasa kagum pula melihat semangat yang ada dalam diri
anak tirinya itu. Moga tuhan memudahkan segala urusannya….
“Manda bila lagi nak kahwin? Takkan
nak membujang sampai ke tua macam si Adrian tu kot?” soal Puan Sri Sharifah.
Pada masa yang sama, dia juga sempat menyindir Syed Adrian yang kelihatan
khusyuk menikmati hidangan.
Syed Adrian buat bodoh. Dah
berserabut fikirannya nak melayan perangai mummy
dia yang entah apa tu. Kalau tak cakap pasal kahwin, tak boleh agaknya!
Lepastu, tak habis-habis nak menyindir. Macam lah dia sorang je kat dunia ni yang belum kahwin!
Hampir tersedak Amanda dibuatnya
saat ditanya soalan yang separuh maut tu. Haih, mummy ni. Macam tak tahu pula yang aku ni tengah berubat hati. Luka
kat hati ni pun belum pulih apatah lagi parutnya yang takkan pulih! Ada hati pula
dia dok bertanya ‘bila nak kahwin’?
“Manda ni bunga…. bukannya kumbang
yang dok merangka pelan, ya tak? So,
Manda tak tahu lah bila jodoh tu akan sampai...” balas Amanda ala kadar saja. Berbunga
berkumbang pulak dah!
Puan Sri Sharifah dan Tan Sri Henry
hanya tersenyum sesama sendiri. Ini dia… mak bapak kumbang dah datang nak
merangka pelan!
“He
he he. Oh ya, Manda. Mummy dan daddy dah plan nak kahwinkan Adrian hujung bulan ni…” ucap Puan Sri Sharifah
cukup selamba dan mencurigakan.
Kata-kata
Puan Sri Sharifah menyebabkan Syed Adrian tersentak seketika. Seakan-akan tak
percaya dengan apa yang dikatakan oleh mummy
dia tu. Biar betul mummy ni? Bergurau
ke apa? Aku belum putuskan apa-apa pun. Apasal
dia pulak yang over? Yang daddy ni pun satu! Apasal dok diam macam batu je?
Back up lah aku!
“Mummy, what the.....”
“So how do you think, Manda? Bagus kan
idea tu?” sengaja Puan Sri Sharifah memotong kata-kata putera sulungnya yang dah
serupa macam ayam berak kapur tu. Pucat habis kot!
Amanda
sedikit tercengang saat mendengar berita yang cukup menggemparkan daripada
mulut mummy Syed Adrian sendiri,
merangkap mummy angkatnya juga.
Sungguh dia tak percaya dengan apa yang didengarinya. SYED ADRIAN DAH NAK
KAHWIN? Mesti kena kahwin paksa ni. Huh! Malang betul nasib bakal bini dia
sebab dapat suami yang perangai serupa hantu raya ni! Ish ish ish… apalah nasib perempuan tu. Kesian… Kesian…
“What a very good idea! So, mummy dan daddy plan nak kahwinkan dia dengan siapa? Dengan anak kawan mummy ke?” soal Amanda senang hati. Puas
hatinya mendengar berita yang merupakan satu penderitaan buat Syed Adrian.
Inilah dia zaman kejatuhan kau, Syed Adrian Michael a.k.a hantu raya!
Puan
Sri Sharifah dan Tan Sri Henry masih lagi tersenyum sesama sendiri. Siap
memandang mata ke mata lagi. Aik, apasal nampak mencurigakan benor ni? Ada yang tak kena ke? Amanda
penasaran.
“Kita
orang plan nak kahwinkan Adrian
dengan……” sengaja dia menghentikan kata-katanya. Nak tunjuk gempak sikit.
Syed
Adrian hanya memasang telinga. Apalah yang mummy
mengarut ni…. Auta betul. Bila masa entah aku terima idea dia yang merepek
meraban tu. Haih, malas nak layan!
Kelihatan
Amanda sedang khusyuk menantikan kata-kata mummy
angkat dia yang seterusnya sambil meneguk segelas air. Alah, mummy ni…. Buat traffic light pulak! Cepatlah beritahu. Tak sabar ni dia nak tahu
siapa perempuan yang paling malang tu!
“Dengan
kamu lah, Amanda…” sambung Puan Sri Sharifah lagi dengan senyuman yang tak
lekang dari bibir.
Amanda
terkejut bagai nak rak. Begitu juga dengan Syed Adrian. Masing-masing dah
terbeliak biji mata. Masing-masing dah ternganga macam apa. Masing-masing dah
terteguk liur entah berapa liter.
Dan
tak semena-mena juga gelas yang dipegang oleh Amanda jatuh terlepas dari tangan
sehingga pecah. Puan Sri Sharifah dan Tan Sri Henry turut ternganga. Macam tak
percaya dengan apa yang dilihatnya. Terkejut sangat ke?