Thursday, October 31, 2013

I Heart You, Doctor! 10


BAB 10
KEADAAN yang disangka bakal reda semakin tegang apabila Amanda mula meminta izin untuk pulang. Kelihatan gadis itu nampak muram dan seolah-olah kecewa dengan berita yang dikhabarkan. Puan Sri Sharifah bingung sendiri. Salah ke permintaan dia sebentar tadi? Salah ke jika dia ingin menjodohkan Adrian dengan doktor keluarganya sendiri?
            Syed Adrian nampak semakin tertekan. Dah macam dihempas taufan katerina pula  rambut hazel dia tu akibat serabai terlampau. Otak Syed Adrian sedang ligat memikirkan cara untuk membatalkan niat mummynya itu.
            “Adrian, jangan lah tertekan macam tu sekali. Apa salahnya kalau Amanda tu jadi isteri kamu? Lagipun, dia tu cukup sempurna untuk dijadikan isteri. Kamu tak nak ke dapat isteri yang baik-baik, Adrian?” soal Tan Sri Henry ingin tahu. Dapat bini cantik pun tak nak ke? Bukan saja cantik pula tu, malah berbudi bahasa juga. Pendek kata, cukup pakej lah!
            “Maybe she seems so perfect in your eyes but not in mine. Please lah daddy…. mummy…. Rian langsung tak berkenan dengan doktor bajet bagus tu! Menyampah tahu tak. Macam lah tak ada perempuan lain kat dunia ni?” balas Syed Adrian geram. Ya, dia berasa geram gila sekarang ni. Dalam banyak-banyak perempuan, kenapa mesti doktor lembab tu? Oh please lah! Tak tentu pasal hidup dia yang enjoyable ni terus bertukar jadi ‘nerdable’.
            “Kalau kamu tak nak, daddy akan lucutkan jawatan CEO kamu di Michael Corporation.” Tan Sri Henry mula memberi amaran.
            “Dan kalau kamu nak, mummy akan serahkan Shake’s Holding sepenuhnya kepada kamu.” Puan Sri Sharifah pula memberi tawaran.
            Kening Syed Adrian dah terangkat-angkat mendengar amaran yang berbaur ugutan daripada daddynya serta tawaran yang berbaur bodekan daripada mummynya. Huarghhh…. kata-kata mummy dan daddynya membuatkan dia rasa naik gila! Gila kalau tak gila?
            Syed Adrian berfikir sejenak. Mungkin ada baiknya jika dia terima tawaran mummy. Fuh, dapat company free weh! Company yang ada berjuta-juta aset pulak tu. Memang bodoh macam Lebai Malang lah kalau dia menolak.
            “Jangan Adrian…. Lebih bodoh kalau kau terima. Sanggup ke kau korbankan masa depan kau hanya untuk dapatkan company yang kaya raya tu? Dan sanggup ke kau hidup dengan doktor lembab yang nerd nak mati tu?” suara hatinya mula bergema.
            “No, I don’t want to. I don’t want to marry her eventhough I’ve to lose my department in Michael Corporation. Full stop.” putus Syed Adrian tanpa berfikir panjang. Baru saja dia nak mengambil langkah untuk beredar dari situ.
            Tiba-tiba……
            “Arghhhhhhhh……” jerit Puan Sri Sharifah kuat seolah-olah mengerang kesakitan.
            Tan Sri Henry berasa cemas melihat keadaan isterinya yang tiba-tiba saja menjerit kesakitan sambil memegang dada. Segera dia menyambut Adriana yang hampir rebah. Begitu juga dengan Syed Adrian. Dia turut cemas melihat wajah mummynya yang kelihatan kemerah-merahan akibat menahan sakit.
            “Rian, tunggu apa lagi?! Cepat lah call Amanda!” arah Tan Sri Henry agak keras. Syed Adrian sudah terpinga-pinga. Entah kenapa berat sungguh hati dia nak menurut perintah daddy dia tu. Aik, segan lah pula nak call doktor tu atas apa yang telah berlaku sebentar tadi.
Woi, Adrian! Mummy kau tu tengah bertarung nyawa lah! Sempat lagi kau nak segan-segan bagai? Tolak ke tepi dulu segan-segan kau tu! Nyawa mummy jauh lebih penting sekarang ni!
            Syed Adrian sempat berperang dalam hati. Segera dia mendail nombor Amanda tanpa ragu-ragu meskipun dalam hati hanya tuhan saja yang tahu.

LAPORAN pesakit yang ada di depan mata hanya dipandang. Rasa tak bersemangat lah pula nak siapkan kerja-kerja yang dah terbengkalai ni. Arghhh ni semua gara-gara perkahwinan gila yang dirancang oleh orang tua angkat dia tu. Sakit pula rasa hatinya bila dipaksa sebegitu, seolah-olah dia tiada hak untuk mengatur masa depannya sendiri! Apatah lagi soal perkahwinan… Macam lah mummy angkat dia tu tak tahu betapa besarnya kehilangan Syed Adam buat dirinya.
            Syed Adam… sudah lama rasanya nama ni tak disebut. Sudah lama juga rasanya wajah empunya nama tak terlintas di benak. Namun, nama ni masih wujud jauh di lubuk hati.
            Ketika terfikirkan Syed Adam, tiba-tiba saja Amanda terbayangkan abang dia pula. Errr… mamat tu. Rasa jijik teramat lah pula bila terbayangkan muka hantu raya yang poyo gila tu. Dia juga pernah tertanya, apasal lah perangai Syed Adrian tu jauh berbeza dengan adik dia? Sekilas pandang, memang macam langit dan bumi. Mungkin kerana penampilan Syed Adrian yang terlampau kebaratan tu jika nak dibandingkan dengan Syed Adam yang nampak sederhana penampilannya.
            Tanpa disangka, Amanda menggeleng perlahan saat diimbas kembali penampilan Syed Adrian dari atas hinggalah ke bawah. Hish, ada ke patut mummy suruh aku kahwin dengan manusia yang tak serupa manusia tu? Gila ke apa! Dah lah bertindik… bersubang… bergelang… Harap muka je handsome tahap infiniti! Tapi tak guna juga kalau lemah pegangan agama. Macam mana lah nak jadi imam aku kalau lagutu?
            “Tak apa, Amanda. Kau ada hak nak menolak permintaan mummy tu. Lagipun, dia bukannya ibu kandung kau dan dia tak ada hak nak memaksa jika kau tak suka! Mama kau yang masih bernyawa tu pun tak pernah memaksa apatah lagi mencabuli urusan peribadi kau.” Amanda bermonolog sendiri.
            Mama? Sungguh dia merindui wanita itu. Jika dikira mengikut kalendar hijrah, dah bertahun lamanya dia tak menemui wanita itu dan dah bertahun juga lamanya dia dibuang keluarga. Ini semua gara-gara cinta yang tak direstui bersama Syed Adam. Cinta yang akhirnya dihuni penderitaan. Cinta yang akhirnya menyebabkan kelukaan. Cinta yang akhirnya mendatangkan kegilaan. Senang cerita, cinta yang akhirnya tak kesampaian!
            Amanda menyesal sendiri. Kalau lah dia tak mengikut perasaan dulu… Kalau lah dia tak melanggar arahan papa dia dulu… Pasti saja dia takkan merana sebegini. Dan pasti saja dia takkan dibuang keluarga directly. Huh, beribu sesalan sudah... terlajak perahu pun sudah…
            Nyanyian Miley Cyrus yang cukup sayu, Stay, menyebabkan lamunan Amanda mati di pertengahan jalan. Huh, siapa pula yang call ni? Perosak ketenangan betul lah…
            Nama yang tertera pada skrin Iphone 5s menyebabkan dia tergamam untuk beberapa saat. Aduh… macam mana ni? Mesti mummy nak suruh dia datang vila ni… Huarghhh tak nak pergi! Mesti kena paksa kahwin nanti…. 
Nak tak nak, terpaksa lah panggilan tu dijawab.
            “Assalamualaikum, mummy. Ada apa-apa ke yang nak dibincangkan lagi?” soal Amanda sedikit gementar. Bukan sikit lagi dah sebenarnya!
            Suara yang menerpa ke dalam pendengarannya membuatkan Syed Adrian berasa tak keruan. Lenguh segala sel, tisu, organ, sistem dalam badan ni!
            “Waalaikumussalam… Ini aku, Adrian.” ucap dia perlahan dan…. lembut. Aik? Macam pelik je bunyinya.
            Amanda semakin tergamam mendengar suara di hujung talian. Rasa macam nak terkeluar je tahi telinga dia sekarang ni! Erk, dia nak apa call aku ni? Sengaja nak bikin aku hangat satu badan ke apa?
            “Err kau. Ada apa?” balas Amanda 3-4 patah.
            “Mummy kena serangan jantung ni. Daddy suruh aku call kau.” Syed Adrian juga turut membalas sependek yang boleh walaupun tak berapa nak pendek.
            Rasa cemas mula bertapa di hati. Risau juga sekiranya penyakit jantung mummynya itu makin melarat. Ya Allah, selamatkan lah mummy! Segera Amanda memberi arahan sebelum mematikan talian.
            “Bawa dia ke sini, cepat! Tak ada masa dah aku nak angkut apparatus ke sana.”
            Syed Adrian hanya membalas ‘okey’ lalu talian dimatikan.

TAN SRI HENRY masih setia menanti berita terkini  mengenai keadaan isterinya. Dia bingung sendiri. Apa yang dirancang olehnya dan Adriana berada di luar perancangan. Salah satu daripada rancangan mereka ialah adegan sakit jantung yang telah dilakonkan oleh isterinya sebentar tadi. Tapi yang aneh kini, apasal Adriana masih berlakon sampai ke hospital? Takkan dia betul-betul sakit kot? Huh, mustahil lah!
            Rasa resah di hati tak dapat disembunyikan. Syed Adrian benar-benar diselubungi rasa bersalah ya amat. Kalau lah dia tak membantah kata-kata mummy tadi, pasti saja mummy takkan jadi sebegini! Dan pasti saja mummy takkan berada di sini! Ya, dia akui. Ini semua silapnya. Ini semua gara-gara keegoannya sendiri sehingga mummynya terkorban sekali.
            Kemunculan Amanda dari dalam wad ICU telah menyebabkan mereka semua tertanya mengenai keadaan Puan Sri Sharifah. Doktor itu didekati untuk mendapatkan info yang selanjutnya. Masing-masing kelihatan gementar. Harap semuanya baik-baik saja.
            “Tadi, degupan jantung mummy sempat terhenti….” ucap Amanda tenang.
            Semua yang mendengar sudah pun tercengang terutamanya, Tan Sri Henry. Subhanallah, tak sangka pula tragedi yang dianggap lakonan itu rupa-rupanya realiti. Tak sangka pula yang Adriana benar-benar mengerang kesakitan sebentar tadi. Ya Allah, kau selamatkan lah isteriku. Aku masih perlukan dia… Aku masih perlukan kemaafan daripada dia, ya Allah. Izinkanlah aku untuk menebus segala khilafku padanya… Dan izinkanlah dia bernafas lagi di muka bumi ini…. doa Tan Sri Henry dalam hati.
            “Tapi…. alhamdulillah. Jantungnya dah berdegup kembali walaupun masih dalam keadaan kritikal. Kita berdoa sajalah… Semoga Allah menyelamatkan mummy.” tambah Amanda lagi. Segera dia masuk kembali ke dalam wad tersebut untuk melihat perkembangan yang seterusnya.
            Syed Adrian bagaikan mahu menangis. Tak semena-mena dia jatuh terduduk menyembah lantai. Longlai sudah kakinya mahu berdiri. Jujur, dia berasa sangat bersalah. Gara-gara sikapnya sendiri, mummynya hampir maut. Begitu dia kesal akan keegoan sendiri. Kalaulah masa dapat diputarkan kembali….
            Tan Sri Henry mendekati putera sulungnya itu. Tubuh sasa Syed Adrian dibawa ke dalam dakapan. Sedaya upaya dia cuba untuk menenangkan anak ini. Kedengaran Syed Adrian menangis dalam pelukannya. Esakan daripada anak itu membuatkan hati tuanya berasa sayu. Tapi bila diperhatikan betul-betul… kelakar lah juga. Dah besar panjang macam ni pun cengeng lagi ke?
            “Huh! Dah tua bangka pun melalak lagi ke? Siap menangis dalam pelukan daddy pulak tu. Mengada betul abang awak sorang ni, Rose.” Syed Adam mula menyindir. Menyampah pun ada bila dia tengok adegan air mata Syed Adrian tu. Drama king betul!
            Rosella tergelak kecil mendengar kata-kata Syed Adam. Alah… biasa lah tu. Siapa tak kenal lagi dengan Syed Adrian Michael yang cukup terkenal dalam bab-bab adegan air mata ni? Kalah Wan Maimunah rasanya kot.
            Syed Adrian yang mendengar sindiran pedas daripada ‘beruk’ tu terus saja menyeka air matanya perlahan lalu meminta daddynya untuk merungkaikan pelukan.
            “Daddy, thank you for a soothe hug. Tak nak lah peluk daddy lama-lama sebab ada yang jealous lah pulak…” Syed Adrian mula membalas serangan. Jangan haraplah dia nak berdiam diri kali ni! Tak bermakna dia tak boleh membalas walaupun hati tengah gundah gulana. Ini Syed Adrian anak Henry Michael lah…..
            “Err siapa entah yang jealous, kan Rose?” Syed Adam turut membalas. Tak nak mengaku kalah punya pasal!
            Tan Sri Henry yang melihat pertengkaran kecil antara mereka dah semakin bingung. Dalam keadaan macam ni pun, budak-budak ni masih nak bertekak lagi ke? Haish, apa nak jadi lah dengan anak-anak you ni, Adriana? Keluhan kecil dilepaskan. Letih segala urat saraf nak melayan.
            “Sudah… sudah… stop it. Mummy tengah sakit tu. Bertambah sakit dia nanti kalau dia tengok kalian asyik bertekak macam ni.” tegurnya. Kalau berjumpa, tak boleh berbaik agaknya budak-budak ni. Bila bercakap pun, sinis semacam je.

            Mereka berdua hanya mendiamkan diri. Akur dengan arahan daddy.