BAB
11
DAH genap
sebulan Puan Sri Sharifah terlantar di hospital gara-gara keadaan jantungnya
yang masih belum normal. Namun, syukur ke hadrat illahi kerana keadaannya sudah
semakin baik dan pulih seperti biasa walaupun masih ditahan di dalam wad.
Amanda tersenyum manis memandang mummynya yang dah semakin pulih. Berkat
usahanya sendiri yang tak pernah kenal erti jemu, Puan Sri Sharifah terselamat
daripada keadaan kritikal. Alhamdullilah… dapat juga dia menyelamatkan nyawa
orang yang tersayang. Perlahan-lahan dia membantu mummynya untuk bangun dari pembaringan.
“Amanda, terima kasih….” ucap Puan
Sri Sharifah perlahan. Tenaga dia dah kehabisan akibat mengerang kesakitan
sebelum ni.
“Untuk apa?” soal Amanda bingung.
Senyuman manis masih tak lekang di bibir nipisnya. Sungguh dia bahagia melihat mummy angkatnya yang dah kembali pulih!
“Terima kasih sebab kamu dah
selamatkan nyawa mummy… To be honest,
mummy rasa berhutang nyawa pada kamu.
Maafkan mummy, jika mummy banyak menyusahkan kamu… Mummy tahu, mummy bukannya ibu yang baik pun…” luahnya tanpa berselindung. Sayu
aje bunyinya. Amanda yang mendengar mula mendekati mummynya. Pipi tua itu diusap lembut. Entah kenapa dia terbayangkan
wajah mama saat mendekati mummy
angkat dia tu. Mungkin kerana sikap mummy
yang cukup prihatin sama persis dengan sikap mama…
“Ssshhh…
mummy jangan cakap macam tu… Dah jadi tanggungjawab Manda untuk merawat mummy. Lagipun, Manda kan doktor
keluarga ni, ya tak? Ermm siapa kata mummy bukan ibu yang baik? That’s totally wrong. Honestly, I’m lucky to
have the greatest mummy like you!” puji Amanda ikhlas.
Puan Sri Sharifah hanya tersenyum
sayu saat mendengar kata-kata gadis itu. Tak semena-mena air mata tuanya
tumpah. Begitu mulia pandangan Amanda terhadap dirinya. Tapi tidak pula pada
putera sulungnya, Syed Adrian. Dia tahu, dia gagal sebagai seorang ibu di mata
anak itu. Buktinya? Syed Adrian selalu memperlekehkan usahanya untuk menjadi
seorang ibu yang sempurna.
“Mummy,
don’t cry... Tak ceria lah dunia ni kalau mummy dok menangis macam ni…” usik Amanda spontan sambil menyeka
perlahan air mata mummynya yang dah pun tumpah membasahi pipi. Puan Sri
Sharifah tergelak kecil saat mendengar lawak tak berlesen daripada doktor
keluarga dia tu. Ada-ada je Amanda
ni.
Tiba-tiba, dia teringatkan hajatnya yang
ingin menjodohkan Amanda dengan putera sulungnya. Dari sudut luaran, dia yakin
Amanda boleh membimbing Syed Adrian yang sudah pun terperangkap dalam dunia
kegelapan yang begitu menyesatkan. Dari sudut dalaman? Dia sendiri tak tahu.
Tapi apa salahnya jika ingin mencuba? Mungkin gadis di depan dia ni lah calon
yang terbaik buat Syed Adrian.
“Manda, boleh tak Manda tunaikan
hajat mummy?” soal Puan Sri Sharifah
lembut.
Amanda terkedu saat mendengar
pertanyaan mummynya yang sememangnya
sudah boleh dijangka. Tubuhnya mula menggigil kesejukan akibat rasa gementar
yang melampau! Haaaa macam mana ni
kalau mummy paksa aku lagi? Macam
mana kalau dia suruh aku kahwin dengan hantu raya tu sekarang ni juga? Huarghhhhh mama…. Manda tak nak kahwin!
“Mum…
mummy, Manda belum bersedia lagi lah nak…. kah… kahwin.” terketar-ketar
Amanda menjawab. Tergagap-gagap pun ada juga.
“Mummy
bukannya nak paksa. Tapi mummy harap
sangat Manda setuju…” balas Puan Sri Sharifah tenang. Dia perasan akan riak
wajah Amanda yang nampak ketakutan. Tapi… dia memang dah tak ada cara lain.
Cuma Amanda je yang dapat membantu!
Amanda menarik nafas lega. Huh…. Mummy tak paksa. Alhamdullilah… nasib
baik.
“Sebab mummy yakin… cuma Manda sorang
je yang dapat mengubah diri Adrian. Mummy
yakin Manda boleh bimbing dia ke jalan yang benar. Mummy percayakan Manda…” tambah Puan Sri Sharifah lagi.
Amanda meneguk liur. Kali ni dia benar-benar
merasakan yang dirinya bukan berada di zon selesa. Ooo…. jadi itulah alasannya
kenapa mummy nak sangat aku kahwin
dengan Adrian?
“Mummy
sayangkan Adrian… Mummy tak nak dia
jadi macam tu buat selama lamanya… Mummy
nak dia berubah tapi…. mummy tak
mampu nak mengubah diri dia.” Puan Sri Sharifah masih meneruskan kata-katanya.
Sedaya upaya dia cuba untuk meraih simpati daripada gadis ini.
Sungguh dia bersimpati akan nasib seorang
ibu seperti mummynya itu. Amanda mula
rasa serba salah. Takkan dia nak tolak hajat mummy dia tu mentah-mentah? Dan takkan dia nak terima hajat mummy dia tu dengan selambanya kot? Gila
apa! Terkorban masa depan dia nanti.
“Amanda…. kali ni aje mummy nak minta tolong pada kamu.
Sebelum mummy mati, mummy nak tengok Adrian berubah. Mummy nak tengok Adrian yang macam
dulu…. Sungguh mummy rindukan dia
yang dulu... Cuma kamu je yang dapat
membantu mummy… Salah ke permintaan mummy ni?” soal Puan Sri Sharifah cukup
sayu. Siapa yang mendengar pasti saja boleh menangis.
Amanda
yang setia dok mendengar sejak dari
tadi pun hampir nak menangis. Tercuit hati wanitanya saat mendengar rintihan
daripada seorang ibu yang hanya menginginkan anaknya berubah. Dia makin rasa serba
salah. Berdosa ke kalau dia menolak permintaan mummy dia tu? Dosa tak dosa, tapi nampak macam kejam. Takkan dia
nak buat dek je dengan hajat mummy dia tu? Kesian mummy…. Lagipun, dia tengah sakit… Entah
berapa lama dia boleh bertahan pun hanya tuhan saja yang tahu.
“Amanda…. sanggup ke kau buat tak
tahu je dengan permintaan mummy tu?
Sanggup ke kau biarkan mummy
menderita dalam keadaan macam tu? Dia cuma nak tengok anak dia berubah je, Manda…. Dan dia cuma berharap pada
kau! Apa salahnya kalau kau korbankan masa depan kau hanya untuk seorang ibu
yang entah sampai bila dapat bertahan untuk hidup….” Suara hatinya mula
berkata.
Kepalanya yang bertudung mula dipicit
perlahan. Pening dengan masalah yang berlaku. Wajah Puan Sri Sharifah ditatap
lama. Jelas terpancar rautnya yang begitu mengharap. Amanda melepaskan keluhan
kecil. Nafas ditarik sepanjang yang mungkin sebelum memulakan bicara.
“Baiklah. Manda akan ikut perintah mummy…. Manda akan kahwin dengan
Adrian.” Putusnya tanpa berfikir dengan lebih panjang.
Puan Sri Sharifah hampir ternganga
tapi tindakan itu cuba dikawal agar dirinya tak diragui. Senyuman yang cukup
manis terukir di bibirnya yang agak pucat. Kata-kata syukur juga tak lupa diungkapkan.
Alhamdullilah! Berjaya juga rancangan dia akhirnya!
Lantas tubuh Amanda dibawa ke dalam
dakapan. Sungguh dia bahagia dengan keputusan gadis itu. Amanda hanya tersenyum
melihat keceriaan di wajah mummynya.
Tak apa lah… mungkin dah tiba masanya untuk dia mengakhiri zaman bujang yang penuh
dengan dugaan ni.
SEBULAN Puan
Sri Sharifah terlantar di hospital dan sebulan itu juga lah Syed Adrian
menghilangkan diri. Entah ke mana dia membawa diri pun tak ada siapa yang tahu
termasuk juga Tan Sri Henry yang sememangnya rapat dengan anak itu.
Tan Sri Henry mengeluh panjang.
Sudah puas dia mendail nombor telefon anaknya tapi langsung tak dijawab! Dan
sudah puas juga dia mencari anak itu tapi langsung tak ditemui. Rasa risau di
hati semakin membuak-buak. Dia khuatir jika ada sesuatu yang tak diingini
menimpa putera sulungnya.
“Erghhhh!
Please answer my call, Adrian! Where
are you?” Tan Sri Henry bermonolog sendiri. Rasanya dah hampir
beratus-ratus kali dia cuba mendail nombor telefon Syed Adrian tapi langsung
tak diangkat. Huh, harap fon je mahal
bergaya tapi kalau tak reti nak angkat call
tak guna juga! Naik lenguh tangan tua dia dok
menekan butang ‘call’ je dua puluh
empat jam!
“I’m
here….” balas Syed Adrian perlahan.
Tan Sri Henry terkejut habis saat mendengar
suara garau yang amat dikenalinya itu. Lantas dia menoleh ke arah di mana Syed
Adrian sedang berdiri. Fuh… dia
menarik nafas lega. Hai, baru sekarang nak tunjuk muka? Ish… ish… ish… dah lah nampak kusut semacam je... Gaya pula macam dah tak nak hidup lagi pun ada. Haih, ke mana
lah budak ni menghilang selama ni? Adrian… Adrian…
“Hai Rian…. Lama tak nampak? Baru
balik dari disko ke?” sindir Tan Sri Henry cukup pedas. Nak tahu juga ke mana
budak ni menghilangkan diri selama ni.
Syed Adrian hanya menjeling. Dah lah
kepala otak dia tengah stres ya amat. Boleh pula daddy dia ni buat lawak? Kalau memang lawak tak apa lah juga. Ini
tidak, hambar semacam je bunyinya…. Syed Adrian mula mendekati daddynya lalu mengambil tempat di
sebelah si daddy. Rambut hazelnya yang dah serupa taufan
digenggam kuat. Huh… makin serabai lah jawabnya.
Wajah Syed Adrian yang nampak
tertekan dipandang khuatir. Risau benar dia melihat keadaan putera sulungnya
yang langsung tak terurus ni. Baru putus cinta lagi ke?
“What’s
happening to you?” soal Tan Sri Henry ingin tahu. Bila anak ini ada
masalah, pasti saja akan dikongsi dengannya tanpa perlu berselindung dan
ragu-ragu. Dia juga dah terbiasa menjadi pendengar setia bagi segala masalah
yang dihadapi Syed Adrian. Oleh sebab itu, hubungan mereka nampak akrab.
“Should
I marry her?” soal Syed Adrian pula. Pertanyaan daddynya langsung tak dibalas malah, dia pula yang mengeluarkan
pertanyaan. Tan Sri Henry hanya tersenyum sendiri. Kali ni dia yakin,
permintaan Adriana pasti saja takkan ditolak mentah-mentah malah, masih lagi dipertimbangkan.
“Why
not? She suits you.” balas Tan Sri Henry ringkas dengan senyuman yang masih
tak lekang di bibir.
Syed Adrian lebih senang mendiamkan
diri. Jawapan daripada daddynya
bagaikan angin lalu saja, langsung tak diberikan sebarang komen. Segera dia
mengambil langkah untuk berjumpa dengan mummynya
yang dikhabarkan sudah semakin pulih.
Tan Sri Henry hanya memerhati.
SEKUJUR
tubuh yang sedang terbaring lesu di atas katil dipandang sayu. Syed Adrian mula
mengambil langkah lalu menghampiri wanita itu. Kelihatan wanita yang amat dia
rindui itu sedang nyenyak tidur dengan wayar-wayar yang berselirat di tubuh.
Raut wajah si ibu diusap lembut. Dahi si ibu dikucup perlahan. Sayu. Itulah
yang dia rasakan saat wajah tua itu ditilik.
“Mummy….
I’m sorry….” ucapnya perlahan. Takut jika tidur mummynya terganggu.
Tapak tangan kanan mummynya digenggam erat lalu dikucup
perlahan. Jika dihitung, sudah bertahun lamanya dia tak mencium tangan tua yang
sering mencubit lengannya suatu ketika dulu.
Syed
Adrian tersenyum sendiri saat terimbau kembali zaman kanak-kanaknya pada
belasan tahun yang lalu. Sungguh dia rapat dengan mummynya pada masa tu. Tapi…… sejak dia menetap di UK, hubungan
mereka semakin renggang. Bukan saja renggang, malah sengit juga. Tak boleh
bersua muka, pasti saja akan bertekak. Dia sendiri pun hairan.
“Rian
tahu…. Rian dah banyak berubah. Rian dah tak macam dulu kan? Rian yang dulu
suka sangat dok menyakat mummy. Tapi…. Rian yang sekarang pula
suka dok bertekak dengan mummy je….” Luahnya tanpa rasa segan
silu. Dia sedar akan perubahan mendadak pada dirinya. Dan dia juga sedar yang mummynya cukup benci dengan perubahan ini.
“Rian
berubah macam ni semuanya sebab Emilin…. Rian berpakaian macam ni juga sebab
Emilin…. Maafkan Rian, mummy. Rian
terlalu mementingkan cinta sehingga mummy
Rian abaikan….” Syed Adrian akui. Ya, dia terlalu leka dengan cinta. Cinta yang
memusnahkan dirinya. Cinta yang menghancurkan masa depannya. Cinta yang
merosakkan fikirannya. Senang cerita, cinta yang tak berguna!
“Rian
janji… Rian akan turuti permintaan mummy.
Rian akan tunaikan hajat mummy.
Asalkan mummy janji dengan Rian yang mummy takkan tinggalkan Rian. Janji?”
tambahnya lagi sambil menyatukan jari kelengkengnya bersama jari kelengkeng mummynya sebagai simbol sebuah janji.
“For the sake of you, I will marry her.”
Putus Syed Adrian akhirnya tanpa ragu-ragu, seolah-olah dia yakin dengan
keputusannya sendiri.
Kemunculan
Amanda di dalam bilik itu memeranjatkan dirinya. Kelihatan gadis itu sedang
mencatatkan sesuatu di tepi katil pesakit. Mungkin sedang mencatatkan
perkembangan mengenai kesihatan mummynya.
Syed
Adrian hanya memerhati. Wajah Amanda yang cukup serius ditatap lama. Entah
kenapa dia berasa janggal pula nak berdepan dengan doktor ni. Rasa macam segan
pun ada. Erk, apasal entah! Macam lah ada apa-apa yang terjadi di antara mereka.
Eh kejap…. Bukan memang ada ke?
“Apasal kau tengok aku macam tu?” soal
Amanda serius. Matanya masih tertumpu pada rekod kesihatan yang diletakkan di
atas meja makan pesakit. Eleh, macam lah dia tak perasan tatapan maut si hantu
raya tu. Tengok sebelah mata pun boleh nampak lah!
Pertanyaan
Amanda langsung tak dijawab malah, gadis itu didekati pula. Selamba aje Syed
Adrian menarik lengan gadis yang berkot putih itu lalu diheret keluar tanpa
mengucapkan sebarang kata.
Amanda
yang sedang mencatatkan sesuatu tersentak habis saat merasakan lengannya
ditarik kuat. Tindakan drastik Syed Adrian yang mengheretnya keluar dari dalam bilik
wad membuatkan hatinya semakin panas! Apasal
dia ni nak main tarik-tarik lengan?! Tak ada lengan lain ke yang nak ditarik? Apasal dalam banyak-banyak lengan kat
hospital ni, lengan aku juga yang dia pilih? Dah lah kerja aku tengah bertimbun
timbun ni! Kacau daun betul lah!
“Kau
ni apahal tarik-tarik lengan aku? Tak
nampak ke aku tengah buat kerja ni? Kalau nak cari pasal pun, agak-agak lah!
Tak payah nak kacau kerja aku bagai.” Marah Amanda lantang. Sakit hati dia
melihat sikap Syed Adrian yang mengarut entah apa ni! Dia memang pantang bila
ada yang mengganggu sewaktu dia tengah bekerja.
Langkahnya
mula diambil untuk beredar dari situ. Malas pula dia nak melayan perangai si
hantu raya ni! Ada banyak lagi urusan yang jauh lebih penting yang nak
diselesaikan daripada dok melayan
mamat ni. Baru saja pintu wad ingin dibuka, tiba-tiba…..
“Amanda!”
panggil Syed Adrian kuat sehinggakan para manusia yang berkeliaran di situ
boleh mendengar. Hilang terus gelaran ‘doktor’ pada nama gadis itu. Ah tak
kisah lah!
Amanda
yang terdengar namanya diseru terus mematikan langkah. Haih, nak apa lagi dia
ni? Bila lah dia nak blah agaknya…..
Pemusnah kebahagiaan betul lah!
Syed
Adrian mula menghampiri Amanda. Bila gadis itu dihampiri, dia mula merapati tubuh
Amanda pula sehinggakan jarak di antara mereka tak sampai 20 sentimeter. Amanda
yang hanya memerhati perlakuan Syed Adrian dah mula cuak. Jarak yang terlalu
dekat di antara mereka membuatkan dia makin tak keruan.
“Pendek
juga kau ni ek? Paras bahu aku je kot.” ucap Syed Adrian selamba.
Segera dia menjauhkan jarak di antara mereka saat dia merasakan macam ada yang
tak kena.
Amanda
tercengang seketika sewaktu mendengar kritikan daripada Syed Adrian. Huh!
Suspen betul mamat ni. Kalau nak ukur ketinggian sekalipun, agak-agak lah. Tak
payah lah nak rapat macam tu sekali. Ingatkan dia nak apa lah tadi. Errr…. seram shit tahu!
“Again and again, you waste my time. Excuse
me, aku ada banyak kerja lagi yang perlu disiapkan.” Amanda cuba untuk
melepaskan diri. Haih, rasa lain macam lah pula bila terlalu dekat dengan Syed
Adrian ni. Rasa macam…. entahlah. Susah nak ditafsirkan.
“Wait! Aku ada something nak bagi kat kau. Tapi….. kau kena tutup mata dulu.” Syed
Adrian masih menahan gadis itu daripada pergi. Kali ni dia perlu serius. Dia
tak boleh main-main dah. Masa dah semakin suntuk. Dia perlu segera tunaikan
janji.
Kepalanya
yang langsung tak gatal digaru perlahan. Musykil sungguh dia melihat sikap Syed
Adrian yang tiba-tiba saja jadi baik ni. Errr
baik? Hurm, pelik bin ajaib. Yalah… mamat
ni mana pernah berbaik dengan dia sebelum ni. Mesti ada udang di sebalik mee!
Tanpa
berfikir panjang, Amanda mula menutup matanya. Dah penat dah dia nak melayan
kerenah Syed Adrian ni. Jadi, lebih cepat dia tutup mata, lebih cepat lah mamat
ni blah dari sini. Hypothesis is accepted!
Syed
Adrian tersenyum melihat sikap Amanda yang tak banyak membantah kali ni. Hurm, senang sikit lah kerja dia. Tak perlu
lah nak berdebat mati-matian macam selalu!
‘Something’
yang dia katakan sebentar tadi mula diletakkan di atas tapak tangan Amanda.
Berkerut wajah gadis itu apabila objek yang berada di tapak tangannya tak dapat
dikesan. Nak kata lipas pun tidak…. Nak kata katak lagi lah tidak…. Habis tu,
apa benda yang ada kat tapak tangan dia ni? Amanda penasaran.
“Alright…… open your eyes.” arah Syed
Adrian.
Amanda
hanya menurut. Perlahan-lahan mata redupnya dibuka. Objek yang berada di tapak
tangannya dipandang aneh. Cincin? Nak buat apa dengan cincin ni? Nak suruh aku
gadai ke apa? Ermm tapi untuk apa?
Segera dia memandang Syed Adrian untuk meminta penjelasan.
“Cincin?
Apasal kau bagi aku benda ni? Motif?”
soal Amanda hairan. Hairan pula dia melihat pemberian Syed Adrian ni. Tak ada
angin… Tak ada ribut… Tiba tiba aje bagi aku cincin? Tak ke pelik namanya tu.
Syed
Adrian yang mendengar pertanyaan gadis itu bagaikan tak percaya. Senyuman sinis
sengaja dikuntumkan. Haih, takkan tak faham kot? Loading betul lah minah ni. Nama je doktor tapi…. pick up
isyarat pun lambat. Sah dia ni doktor lembab! Sempat dia mengutuk dalam hati.
“Jom???”
ajak Syed Adrian, membuatkan Amanda semakin bingung.
“Jom
apa???” soal Amanda kehairanan. Langsung dia tak faham dengan perbuatan dan
ajakan Syed Adrian yang cukup tersirat ni. Mula-mula, dia bagi aku cincin. Lepastu,
dia ajak aku pula. Ermm ajak ke mana?
Amanda menggaru kepalanya yang langsung tak gatal. Bingung dengan permainan
isyarat Syed Adrian tu. Apasal entah
nak main isyarat bagai? Gaya macam orang bisu pula. Cakap terus terang je lah! Kan senang!
Syed
Adrian menepuk dahinya perlahan. Aduhai, apasal
lah lembab sangat doktor ni? Macam mana boleh jadi doktor ni weh?
“Jom
apa lagi….. Jom kahwin lah!”
Amanda
yang baru mengerti akan isyarat itu dah mula tercengang. Silih berganti dia
memandang Syed Adrian dan sebentuk cincin yang berada di tapak tangannya. Betul
ke apa yang aku dengar ni? Dia.… dia ajak aku kahwin???!!