BAB
8
AMANDA
dah semakin menyampah. Haih, kalau
aku tahu macam ni jadinya, jangan harap lah aku sudi nak jadi pengapit minah
putus wayar ni! Tak senonoh punya perangai! Memang malang lah nasib Adam sebab
dapat bini macam ni. Apa yang aku buat, mesti ada je yang tak kena! Contohnya macam ni….
“Scha, kipas lah laju-laju sikit. You tak nampak ke I tengah panas ni?!”
Kalau
tak pun macam ni….
“Hey,
jangan lah kipas laju-laju sangat. Rosak rambut I!”
Lagi
satu macam ni….
“Eh, jauh sikit boleh tak? I rasa
rimas lah pulak.”
Err
kalau boleh, dan kalau diizinkan, nak je
dia baling kipas ni dekat muka si Luna gedik ya ampun tu! Tapi takkan dia nak
berbuat sedemikian kot? Nanti maruah keluarga mummy angkat dia juga yang
tercalar! Okey tak apa, Amanda. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas!
Tiba-tiba, pandangan Amanda terlekat
pada Syed Adam yang kelihatan segak berbaju Melayu merah hati. Kacaknya dia
hari ni. Masih sama seperti Adam yang dia kenal dulu. Walaupun mukanya yang
ala-ala arab tu nampak muram, tetapi kekacakkannya masih lagi terserlah dan
masih lagi mampu memaut hati mana-mana wanita, termasuk dirinya? Mungkin.
Amanda
mengeluh kecil. Tak sangka pula yang dia boleh berada di atas pelamin tu sebagai
seorang pengapit saja. Tapi tak apa lah. Mungkin dah ditakdirkan nasib dia
sebegini. Apa yang boleh dia lakukan, selain daripada menerima takdir itu
seadanya? Dan mungkin itulah yang terbaik buat dirinya……
“Apasal,
Scha? You sedih ke tengok I dengan
Adam dok berkepit dekat atas pelamin tu
tadi? Well, kami dah ditakdirkan
bersama. No one can separate us anymore
including you! As we see, you cuma layak jadi pengapit I je dekat atas pelamin yang high class tu. Yeah, you deserve it, right?”
sindir Luna cukup pedas saat dia terperasan akan pandangan Amanda pada
suaminya.
Amanda hanya mendiamkan diri. Kalau
ikutkan hati, memang lah dia nak balas! Kalau boleh nak kasi pelempang sekali! Biar senget mulut minah tak beradab ni. Tapi
bila difikirkan balik, takkan dia nak berbuat sedemikian kot? Rosak maruah dia
nanti apatah lagi ramai tetamu sedang menyaksikan perkahwinan yang cukup meriah
ni.
“Kenapa you diam? Dah mengaku kalah ke? Ha
ha ha ha tak payah nak mengaku kalah pun sebab you memang dah kalah sejak I berjaya merampas Adam daripada you!” tambah Luna lagi. Padan muka kau!
Baru puas hati aku bila nampak kau merana.
“No,
aku diam sebab aku dah malas nak berdebat dengan kau. I never lose against you! Please,
Luna. Don’t ever you think that I can’t live without him. You know why?
Because he’s not my oxygen!” balas Amanda cukup lantang. Jangan harap lah
dia nak berdiam diri kali ni! Maruah diri harus dipertahankan!
Luna
dah naik berang. Tak berpuas hati dengan kata-kata Amanda sebentar tadi. Alah,
macam lah dia tak tahu yang si Amanda ni sengaja nak menutup perasaan sebenar
dia sendiri. Yalah… tak nak mengaku kalah punya pasal, sanggup tu jadi
hipokrit! Konon je nampak okey tapi
dalam hati dah frust menonggeng!
“Ha
ha ha ha I think you should stop of creating jokes! Scha… Scha… tak payah
nak hipokrit sangat lah. You fikir I
ni bodoh sangat ke? Ops, sorry. I’m not
as stupid as you. Macam lah I tak tahu betapa besarnya cinta you pada Adam… Em he’s such as your oxygen, right? Err, kalau bukan dia, siapa
lagi kan?” balas Luna kembali. Sengaja je
dia nak sakitkan hati perempuan ni!
“Bukan! Bukan dia! Aku tak pernah
cintakan Adam! Aku cuma cintakan abang dia aje! Adrian!” ucap Amanda tanpa
berfikir panjang lantas terus beredar dari situ.
Huh!
Cuma ini je lah cara yang boleh dipakai untuk dia membalas sengatan si Luna tu.
Tak tentu pasal nama Adrian pula yang dijual. Kalau mamat hantu tu tahu……
confirm dah kena saiko sampai lebam!
Luna
terkedu mendengar pengakuan berani mati daripada Amanda. Biar betul? Macam tak
percaya lah pula yang si Amanda tu langsung tak cintakan Adam, tapi Adrian?!
Jadi, apa gunanya dia berkahwin dengan Adam sedangkan Adam bukanlah lelaki yang
Amanda cintai?
Syed
Adrian Michael. Lelaki yang pernah menerangi hari-harinya suatu ketika dulu
sebelum dia bertemu dengan Adam. Tak sangka pula rupa-rupanya, Amanda mencintai
lelaki yang pernah mendebarkan jantungnya dulu dalam diam.
Luna
tertekan sendiri. Nampaknya, visi dia untuk melihat penderitaan Amanda masih
belum berjaya. Dan nampaknya, dia perlu berdepan dengan Syed Adrian pula buat
kali kedua.
“Tak
apa, Scha. Kau menang kali ni. Tapi aku tak akan benarkan kau duduk dekat zon
selesa saja! Yang paling penting, aku tak kan benarkan Adrian jatuh ke tangan
kau! Dan aku akan pastikan hidup kau merana dan menderita selagi aku masih
hidup!” ucap Luna sambil tersenyum sinis.
SYED
ADRIAN terdiam seribu bahasa. Lantas
dia mengambil langkah untuk beredar dari situ. Takut pula kalau doktor lembab
tu perasan akan kewujudan dia di situ. Huh! Nasib baik dia sempat beredar.
Sungguh dia tertanya, benar ke kata-kata doktor lembab tu sebentar tadi? Pendek
kata, benar ke doktor lembab tahap cipan tu sukakan dia selama ni? Err, loya pula tekak rasanya! Syed
Adrian bingung sendiri.
“Rian… oh Rian… kamu dengar tak mummy cakap apa ni?” soal Puan Sri
Sharifah kebingungan. Aik? Budak ni berangan ke apa siang-siang buta macam ni?
Tak pernah dibuat pun selama ni!
“Yeah,
I’m here. Sorry… Rian terlelap tadi. Mummy
cakap apa ek?” soal Syed Adrian
kembali. Kononnya ‘terlelap’ padahal otak tengah ligat memikirkan doktor yang
dikatakan lembab tu.
Puan Sri Sharifah semakin bingung. Apasal pula dengan si Adrian ni? Makin
hari makin pelik je perangai dia! Kata
terlelap, tapi mata biru laut dia tu nampak segar-bugar je?
“Okay,
whatever. Rian, tolong hantarkan
Amanda ke hospital. Kereta dia tengah rosak tu. Takkan lah dia nak naik teksi
kot? Dekat area sini mana ada teksi! Lagipun, Rian tengah free kan? Daripada kamu dok
bergoyang kaki je, lebih baik kamu
menolong orang yang memerlukan macam si Manda ni…” pinta Puan Sri Sharifah.
Bila nak minta tolong, kena lah susun ayat yang cun sikit!
Syed Adrian mengeluh kecil. Malas
betul dia nak hidupkan enjin… kawal stereng… tekan pedal… Senang cerita, malas
betul dia nak memandu! Ish doktor
lembab ni! Asyik menyusahkan orang je.
Tak boleh agaknya tengok orang duduk senang!
“Rian tengah sibuk lah, mummy. Suruh lah si Adam tu yang
hantar…” selamba saja dia menjawab. Lagaknya macam boleh je si Adam tu nak keluar dari rumah. Yalah… mana taknya, asyik
duduk bawah ketiak bini dua puluh empat jam je!
“Are
you kidding, Adrian? Macam lah
kamu tak tahu perangai si Luna tu! Nanti tak tentu pasal Amanda pula yang kena
belasah.” balas Puan Sri Sharifah, tapi memang betul pun apa yang dia katakan
tadi. Luna tu dah macam queen-control
lagaknya! Kawal suami dah macam kawal apa je.
Eleh mummy ni. Macam lah aku tak tahu perangai si Luna tu macam mana! Playgirl satu hal…. Gedik dua hal… Panas
baran tiga hal… Ego tak bertempat empat hal…
Senang cerita, semua perangai buruk si Luna tu ada dekat hujung jari aku
je lah! Hm lagipun dia tu kan ex girlfriend aku, ya tak?
“Tak payah lah, mummy. Manda boleh je call
member suruh datang ambil. Tok sah susahkan si Adrian ni. Banyak lagi kerja
yang perlu dia buat, ya tak?” Amanda cuba menolak. Hish, tak ingin aku nak naik kereta sebumbung dengan hantu raya tu!
Mahu saja kena rasuk nanti. Seram betul!
“Eh tak apa lah, doktor. Saya okey je lagipun as mummy said just now, saya tengah free gila ni. Apa salahnya menolong orang yang memerlukan macam
doktor ni, ya tak mummy?” sindir Syed
Adrian sambil tersenyum sinis memandang mummy
dia tu.
“Okey, jom doktor! Nanti tak tentu
pasal terlambat pulak.” tambah Syed Adrian lagi. Selamba saja dia menggenggam
erat tangan kiri Amanda yang kelihatan menggigil tu. Huh, takut ke doktor?
Amanda terpaku seketika. Kagum dan
teruja, bukan itu yang dia rasakan saat lelaki hantu yang handsome bukan main ni menggenggam kemas tangannya. Malah, dia
berasa marah dan makin menyampah! Amboi, selamba badak dia je dok genggam tangan aku. Dia ingat aku ni apa? Mistress? Pelacur? Hello! Aku ada maruah okey!
Saat mereka tiba di dalam garaj
tempat letak kereta, segera Amanda merungkaikan genggaman itu agak kasar. Kalau
diikutkan hati, nak je dia sepak
mamat ni!
“Berani eh kau pegang tangan aku!
Kau fikir aku ni apa? Perempuan simpanan kau? Oh please! Aku langsung
tak sudi lah! Aku rela kerat tangan daripada terpaksa menjadi perempuan
simpanan kau! Dasar hantu raya gatal!” herdik Amanda.
Syed Adrian langsung tak
menghiraukan kata-kata gadis itu. Segera dia menyarung cermin mata hitam yang tergantung
pada t-shirt merah yang dipakainya
sejak dari tadi. Enjin kereta Lamborghini Gallardo mula dihidupkan.
“Kau dengar tak apa yang aku cakap
ni? Aku tak nak lagi diperlakukan macam perempuan tak ada maruah! Kalau kau
benci aku sekalipun, tolong lah hormat aku sebagai seorang perempuan!” tambah
Amanda lagi. Ya Allah, sakit pula hati dia bila melihat Syed Adrian yang
langsung tak mempedulikan kata-kata dia sebentar tadi. Rasa macam cakap dengan
patung Barbie pun ada!
“Kau minat dekat aku dalam diam ek?” Syed Adrian sengaja menyoal. Amanda
yang dok membebel sebentar tadi terus
terdiam. Tiba-tiba saja mulut dia beku… lidah dia kelu… Tak tahu nak membalas
apa.
Syed Adrian hanya tersenyum sinis
memandang gadis yang kelihatan pucat lesu tu. Amekaw! Terus terdiam seribu bahasa! Dah kelu lidah buaya dia
agaknya. Kan bagus kalau aku bangkitkan isu ni sejak dari tadi. Tenang sikit
jiwa ni…..
Setelah puas membebel sendirian,
segera Syed Adrian masuk ke dalam kereta mewah milik keluarganya itu. Tubuh
Amanda yang kelihatan kaku berdiri tu dipandang. Haih, tersentap lagi ke? Dah 5
minit berlalu dah ni…..
“Pot! Pot!” bunyi hon tersebut
menyebabkan Amanda sedikit tersentak. Huh! Kus semangat! Segera dia mengalihkan
pandangan ke arah lelaki yang nampak segak lagi macho berkaca mata hitam tu.
“Kau nak balik ke hospital ke tak
ni?” soal Syed Adrian seolah-olah dia terlupa apa yang ditanya sebentar tadi.
Saja nak menghilangkan rasa canggung di antara mereka. Bosan lah pula bila
tengok doktor lembab tu senyap je.
Amanda langsung tak membalas
apa-apa. Langkah mula diambil lalu segera masuk ke dalam kereta mewah milik
keluarga angkat dia tu. Entah kenapa banyak sangat persoalan yang bermain di
minda dia buat masa ni. Yang paling top,
adakah Syed Adrian terdengar akan perbualan dia bersama Luna siang tadi?
AKHIRNYA
tiba juga Lamborghini Gallardo ni di hospital, tempat dia bekerja. Haih, rasa
macam beribu-ribu tahun je nak sampai
ke sini. Mana taknya, dia terpaksa menjadi orang bisu sepanjang perjalanan
tadi. Ni semua gara-gara bengang dengan kata-katanya sendiri! Baru padan dengan
muka kau Amanda oi! Itulah kesannya
bila tak berfikir sebelum bercakap.
Wajah Syed Adrian yang kelihatan
cukup selamba tu dipandang sekilas. Nak minta maaf ke tak nak? Nak ke tak nak?
Tak nak ke nak? Ragu-ragu pula dia nak meminta maaf. Takut lah juga kalau Syed
Adrian tiba-tiba saja mentertawakan dirinya. Confirm mamat ni fikir yang dia ni syok sendiri orangnya! Pergh malu lah siot!
Amanda berasa segan pula nak meminta
maaf. Alah, tak apa… Esok lusa boleh minta maaf kot. Bukannya si Adrian ni nak
pergi ke mana-mana pun… Pintu kereta segera dibuka tanpa berfikir dengan lebih
panjang. Baru saja Amanda nak memboloskan diri dari dalam kereta, tiba-tiba
saja dia merasakan lengan kanannya bagaikan dipaut kemas dan erat. Amanda sekali
lagi terpaku seketika bagaikan terkena renjatan elektrik! Lantas dia menoleh ke
kanan.
Kelihatan
Syed Adrian sedang merenung tajam ke arahnya sambil memaut lengan kanannya. Fuh, debaran di jantung semakin terasa.
Sedaya upaya dia cuba untuk mengawal getaran di hati. Memang nervous lah kan!
Syed
Adrian tetap berdegil ingin merenung anak mata milik Amanda sedalam-dalamnya.
Kalau boleh, nak je dia guna magnifying
glasses! Biar redah terus ke dalam biji mata perempuan ni. Tapi macam
melampau lah pula. Pada mulanya, Syed Adrian memang sengaja nak bergurau! Tapi
entah kenapa, tiba-tiba saja gurauannya tak menjadi. Maksudnya, dia memang
serius nak memandang gadis di sebelah dia tu. Pelik tapi benar?
“Hands off me! Apasal kau pandang aku
macam nak telan? Jaga pandangan tu baik-baik sikit. Aku ni perempuan dan kau tu
lelaki. Tak elok pandang anak dara orang macam tu.” tegur Amanda tanpa rasa
segan lalu cuba untuk melepaskan pautan tersebut. Selamba aje dia beri ceramah free dekat si hantu raya tu! Eh, hantu
raya dengar ceramah ke?
“Kau
ni sebenarnya doktor ke ustazah?” soal Syed Adrian tanpa berfikir panjang.
Menyampah
pula dia mendengar hujah-hujah Amanda tentang larangan agama ni. Bukannya apa,
dia cuma malas nak mendengar benda yang dia dah tahu! Macam lah dia ni bodoh
sangat pasal agama.
“Okay whatever. Sebenarnya, aku cuma nak pastikan
sesuatu. Sekali lagi aku nak tanya kau, kau sukakan aku dalam diam ke?” soal
Syed Adrian. Dia terpaksa membangkitkan isu ni gara-gara nak mengetahui fakta!
Amanda
terkedu seketika. Okey, dia masih nak tanya soalan yang sama lagi. Okey, relaks
Amanda. Kau tak boleh gabra. Kau kena relaks…. cool…. Kau tak nak dia salah sangka pada kau kan? So, just keep calm and act like you feel
nothing, Amanda! Because that’s the truth!
“Adrian,
aku nak minta maaf… Aku terpaksa gunakan nama kau hanya untuk pertahankan diri
aku kat depan Luna tadi… I’m really sorry,
Adrian… Aku tak berniat apa-apa pun.
Luna tu yang asyik dok menghina aku. That’s why I desperately using your name. Do
forgive me?” terang Amanda. Nada yang
digunakan agak sopan dan lembut. Sungguh berbeza dengan nada yang digunakannya sebelum
ini sewaktu bertutur kata dengan Syed Adrian.
Syed
Adrian cuma mendiamkan diri. Nasib baik Amanda tak serius dengan kata-kata maut
dia tu.
Tapi….
Kenapa
hati dia berasa sedih pulak ni saat mendengar pengakuan Amanda yang sebenar?
Bukan ke sepatutnya dia gembira sebab Amanda langsung tak ada perasaan
terhadapnya?
“Rian…
aku minta maaf. Maafkan aku, ya?” pujuk Amanda lembut. Mata biru laut Syed
Adrian ditatap agak lama. Niat dia bukannya nak menggoda tapi nak meraih
simpati. Haih, atos betul hati hantu raya ni. Aku pujuk punyalah berskil tapi
dia langsung tak pandang! Tak layan! Tak hairan! Sombong betul mamat ni.
Berbeza betul dengan Adam!
Syed
Adrian terkaku sendiri. Tatapan daripada doktor lembab ni menyebabkan
jantungnya sedikit berdebar. Degupan jantung dia pun agak abnormal. Abnormal?
Ya! Dia pernah merasai detik ini sewaktu pertama kali dia bertentang mata
dengan Amanda beberapa minggu yang lalu.
Alright, be tough Rian!
And keep controlling yourself. Huh, ini
kalau dibiarkan ni mahu saja luluh hati, jiwa, raga woi.
“Weh,
aku tak marahkan kau lah. Nasib baik kau tak serius. Naik meremang bulu roma aku
tadi tau! Emmm… aku takut sebenarnya
kalau kau minta mummy jodohkan kita
berdua. Oh my god, tak sanggup aku
nak kahwin dengan doktor yang nerd
nak mati macam kau ni. My life will be worst
and bored enough!” balas Syed Adrian. Bunyi macam sinis je. Erm
biasa lah tu. Apa yang nak dihairankan? Lagipun, mamat ni memang suka main
sinis-sinis macam adik ipar dia juga.
Amanda menarik muka masam. Mata
redupnya lantas menjeling wajah Syed Adrian yang kelihatan cukup selamba tu. Hish, rasa macam nak kerat aje kepala
mamat ni dengan parang! Lepastu, cungkil biji mata biru laut dia tu satu
persatu! Erghh, baru puas hati aku
agaknya!
“Erm….
aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Amanda mula meminta diri. Kata-kata sinis
yang dilemparkan oleh Syed Adrian langsung tak dibalas. Malas pula dia nak
melayan perangai Syed Adrian yang langsung tak matang tu! Asyik nak cari gaduh aje
kerja dia. Dah tak ada kerja lain agaknya. Dengan perempuan yang punya lemah
lembut ni pun dia tak boleh nak mengalah! Langsung tak gentleman!
Syed Adrian hanya membatukan diri.
Salam yang diberi langsung tak dibalas. Kelibat Amanda yang sudah pun menapak
jauh dari tempat parkir kereta itu
dipandang sekilas. Sebal pula hati dia melihat Amanda yang langsung tak reti
nak berterima kasih! Apa salahnya kalau cakap ‘thanks’ ke…. ‘she-she’
ke…. ‘arigatou’ ke….. ‘kamsahabnida’ ke…. ‘syukran’ ke…. Ini tidak, main blah
je macam kita ni driver dia pula!
Keluhan yang cukup berat dilepaskan
sebelum Lamborghini Gallardo dipandu pulang ke vila keluarganya.