Friday, December 5, 2014

Jadi Isteri Abang? 2,3


Assalamualaikum.
Disebabkan ramai yang tak faham apa yang saya nak sampaikan melalui cerita ni, jadi, nah, sinopsis:

Hadirnya kau menerangi hidupku yang kelam, ibarat lilin menerangi malam.

“Papa tak kira. Papa nak Ad kahwin dengan Hadi minggu depan juga. Titik. ”
Kahwin? Benda yang paling Adelia tak suka. Meluat. Menyampah. Nak-nak bila disuruh kahwin dengan orang tua lawyer tu. Apa nama dia? Iskandar? Ah, tak kesahlah. Yang penting dia tetap tak suka! Tak sudi!
“Lia tanya siapa abang? Abang suami Lia. Lia tulang rusuk abang. ” – HADI ISKANDAR
Hadi Iskandar. Hadirnya dia dalam hidup Adelia rupa-rupanya membawa sinar. Hidup yang dahulunya kosong, kini terisi. Jiwa yang dahulunya rapuh, kini kukuh. Tak sangka orang biasa-biasa macam Hadi boleh mengubah dirinya tiga ratus enam puluh darjah. Eh, biasa-biasa ke? Bukan luar biasa?
Dalam suka, ada juga duka. Tak terduga lelaki yang disangka baik.. alim.. penyayang.. lemah lembut seperti Hadi, tega menduakannya. Menikahi perempuan lain tanpa pengetahuannya. Bila ditanya kenapa, diam aje mulutnya. Membisu. Huh, isteri mana yang tak marah?
“Kenapa you kahwin dengan Dayana?” – ADELIA
“Ada sebabnya.” – HADI ISKANDAR
“Sebab apa? Sebab ikut sunnah Nabi? Begitu?” – ADELIA
Bukan mudah untuk menerima semua ini. Hanya mereka yang kuat mental dan fizikal aje yang boleh hadap takdir sebegini. Tapi maaf, dia tak sekuat itu. Dia lemah. Walau konkrit manapun hatinya sebelum ini, dia tetap terkilan. Tersinggung. Hati perempuan.. siapa tahu?
Gara-gara terlalu terikutkan perasaan bagaikan orang tiada akal, tak semena-mena Adelia ditalak satu. Gila! Sekelip mata aje dia hilang lelaki yang begitu dipujanya, dicintainya. Ya Tuhan.. inikah balasan atas dosa lampaunya dahulu? Inikah dia balasan mengingkari perintahMu?
Dia yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Siang malam dia bersujud, berdoa agar Allah kembalikan Hadi ke pangkuannya. Namun, termakbulkah doanya? Termakbulkah doa seorang pendosa sepertinya?


BAB 2
PAGI yang indah bertukar seram tatkala terdengarkan satu jeritan. Terus terbuka luas mata Lia daripada tidur yang tak berapa nak lena. Jam di dinding dipandang sekilas. 7.40 pagi. Ah, awal lagi. Sempat lagi kalau nak mimpi seround ni, desisnya dalam hati.
            Panggggg!
            Bunyi tamparan yang begitu kuat membuatkan dia tersentak untuk seketika. Terkejut. Terus terduduk Lia daripada pembaringan. Pantas dia bangkit, lalu menapak keluar daripada biliknya itu. Nak menjengah adegan panas yang sedang berlaku di ruang tamu.
            “I tak sangka you sanggup buat benda tak senonoh kat belakang I! Mana maruah you sebagai perempuan, Julia?!” tengking Datuk Latiff kuat. Merah padam mukanya menahan marah. Tajam matanya merenung wajah cantik itu. Wajah yang sepatutnya menjadi hak milik dia sepenuhnya. Bukannya hak milik jantan lain!
            Datin Julia mendengus agak kasar. Pipi yang mulai kebas diraba perlahan. “Berapa kali I nak beritahu you yang I tak pernah buat benda tak senonoh tu? Susah sangat ke you nak percaya?!”
            “Tak buat you kata? Apa you fikir I ni bodoh ke Julia? Huh! I nampak dengan mata kepala I sendiri apa yang you dah buat benda tak senonoh dengan jantan tu! You ingat I buta?!”
            “Apa yang you nampak tak seperti apa yang you fikirkan..”
            “Tak seperti apa yang I fikirkan? Oh yes, I fikir you baik, taat pada suami. Tapi I nampak you macam setan! Pencurang!”
            Panggggg!
            Kali ini wajah Datuk Latiff pula yang disedekahkan satu tamparan. Kuat. Hampir tersungkur orang tua tu. Terkedu Lia melihatnya. Tak sangka pergaduhan antara mama dan papanya bertambah kencang. Habis satu banglo bergegar!
            Dia sekadar memerhati di tepi tangga. Nak mencelah, takut ada yang kena tempeleng tak semena mena. Err.. bukannya dia tak biasa. Dah selalu kena. Tapi hari ni.. dia tak ada mood lah pula nak join cerekarama mereka. Biarlah mereka bertengkar semahu-mahunya, asalkan tak bercerai-berai sudah.
            Wajah Datin Julia yang tadinya merah sudah sedikit reda selepas menghadiahkan satu tamparan. Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Sungguh dia cukup kesal akan hal yang terjadi.
“I nak keluar, tenangkan fikiran. I dah malas nak bertapa kat neraka ni. Panas.” ucapnya perlahan, tapi pedas.
            Datuk Latiff hanya memerhati tindak tanduk si isteri yang mula melangkah pergi. Seraya itu juga, pipi kirinya diraba kasar. Kebas.
            “Shit!” luahnya geram.

FAIL-FAIL yang ditinggalkan disain satu per satu. Langsung tidak meneliti isi kandungannya. Malas. Lagipun, dia dah ada Sofea yang sudi membacakannya. Apa guna ada setiausaha kalau tak reti dimanipulasikan?
            Bunyi interkom menganggu kerjanya seketika. “Hmmm.. Ada apa?”
            “Err.. Cik Ade. Ada orang nak jumpa.” ucap Sofea takut-takut. Pasti perempuan, teka Lia dalam hati.
            “Lelaki ke perempuan?” soalnya, sengaja.
            “Perempuan.”
            “Elsa?” tekanya selamba. Almaklumlah, Elsa baru saja menganggu ketenteraman hidupnya sebentar tadi. Masih tak puas hati soal semalam. Ah, layan.
            “Err.. no. Cik Hana.
            “Suruh dia masuk!”
Riang Lia bersuara. Excited bukan main kepalang nampaknya. Terus butang interkom ditutup. Usai itu, kolar kemeja hitam yang dipakainya diperbetulkan sedikit. Biar nampak segak dan kemas. Well, nak jumpa buah hati pengarang jantung kateko.
Bro!” jerit Hana di hadapan muka pintu. Langsung tak beri salam.
Aduhai sayang, spoiled sungguh. Harap muka je lawa, cun melecun. Pakai tudung. Tapi adab? Ke laut! Lia menggeleng perlahan. Nasib baik member. Kalau awek? Erm.. memang dah dicampak ke laut!
“Ya Allah, Ade.. Rindunya kat kau!” luah Hana seraya memeluk bahu Lia dari belakang. Terdiam Lia untuk seketika. Terkejut. Pucat wajah putih dia dibuatnya. Haish, minah ni.. main peluk-peluk pulak dia!
“Weh.. janganlah peluk-peluk. Terangsang okey..”
“Bodohlah kau! Dengan aku pun nak terangsang ke? Dasar lesbian punya kawan!” Kepalanya ditunjal kasar. Selamba badak sumbu je si Hana ni mengutuknya. Uihh.. pedas tu!
Lia mencebik. “Cakap baik sikit eh, Cik Hanaku Sayang. I straight.”
Straight lah konon! Kalau straight, tak adanya perempuan keliling pinggang. Ya dok?” ucap Hana sebelum tersengih macam kerang busuk. Ingat lawa lah tu?
“Ala, duduk keliling pinggang je. Bukannya buat apa-apa pun. Anyway, how’s London?”
Hmm.. not bad. Handsome guys everywhere.” komen Hana seraya mengusap dagu. Tangan masih memeluk erat bahu Lia. Selamba.
Lia tersenyum herot. “Tak payah nak cari jauh-jauh lah, Hana. Yang handsome dah ada kat depan mata. Grab aje lah..”
Terus tajam mata Hana melirik pada anak mata sahabatnya itu. Riak serius mula ditayangkan. “Siapa?” soalnya tegas.
“Kau rasa siapa?” Lia cuba bermain tarik tali. Kening terbentuknya sengaja dijongketkan. Saja nak tayang muka handsome. Manalah tahu Hana cair. Lewls.
“Kau?”
Best answer..
“Bongoknya kau Ade.. Tak sayangkan persahabatan kita ke?” soal Hana sayu. Tiba-tiba aje suaranya bertukar sedih. Lia mengeluh kecil. Nak bergurau sikit pun tak boleh. Sensitif benor!
“Yalah.. sayang. Tak sanggup aku nak korbankan persahabatan kita demi perasaan haram tu..” Suara Lia turut bertukar sayu. Bersertakan mimik muka sedihnya. Alahai, dah berangan nak masuk slot Telenovela ke?
Hana tergelak kecil. Entah apa-apa je kawan dia seorang ni. Asyik buat benda pelik aje. Inilah jadinya kalau loveless. Kurang kasih sayang. Kesian sekali.
“De, aku laparlah.. Lunch jom?”
“Kau belanja?” Lia sengih. Sekali sekala kikis duit kawan baik sendiri, apa salahnya.
Hana mengeluh berat. “Yalahhh.. aku belanja. Tapi ada syarat.”
“Apa dia syaratnya, Tuan Puteri?”
“Naik Lamborghini Tuan Hamba, boleh?”
Lia berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. Lama. Dalam lima minit rasanya. Nampakkan betapa kedekutnya dia?
“Ehem, lamanya Tuan Hamba berfikir. Boleh ke tak ni?” sindir Hana, sengaja.
Lia terus berpaling, memandang sahabatnya. Senyuman diukir. “No prob!”

BAB 3
“KAU keluar dengan perempuan lagi ke, Ade?” soal Hana serius. Mata masih tidak berkalih mengusyar penampilan Lia. Pada masa yang sama, kepalanya yang bertudung turut digelengkan bersama.
            Lia angkat muka, memandang wajah sahabatnya. “Kenapa?”
            “Tak ada apa. Just wonder, sampai bila kau nak buat kerja gila ni..” Mendatar saja Hana bersuara. Langsung tak ada riak mahu menyindir, mengutuk atau seangkatan dengannya.
Lia tersenyum sinis. Pandangannya dialihkan pada pinggan pula. Nampak berselera. “Kau tak perlu risaulah fasal aku. Aku okey je as long as I’m happy.”
“Kau happy ke buat benda tu semua?” soalnya lagi. Masih serius.
Lia berlagak tenang. Dia senyum. “Yes, I’m happy. Menjadi kegilaan ramai wanita. Aku suka dengan hidup aku. Tak sunyi. Ada ramai kawan..”
“Kau tak fikir ke pandangan masyarakat terhadap kau?”
“Buat apa nak fikir fasal orang lain, Hana? Mulut orang.. mana pernah tutup.” jawab Lia tenang. Santai sekali. Seakan-akan kutukan daripada para masyarakat bukanlah satu beban baginya.
Hana menggeleng perlahan. Sedikit sebanyak dia kesal akan sikap Lia yang enggan berubah. “Suka hati kaulah, Ade. Asalkan kau happy, aku pun happy. Tapi jujur aku cakap kat kau, kau cantik. Tak pernah ke kau terfikir nak cari kekasih?”
Lia cantik? Ya, Lia cantik sekali. Macam Cristina Suzanne. Mirip. Berwajah putih mulus. Bermata bundar. Berbadan ramping. Tinggi.. Tak hairanlah seandainya ramai wanita berpusu-pusu nakkan dia. Bila berpakaian seperti lelaki, cantik yang dia miliki bertukar menjadi kacak, walaupun tak berbadan sasa. Sungguh Hana tak dapat nafikan kenyataan itu.
Lia terdiam sejenak. Dialihkan sudu dan garpu dari pegangannya. Tumpuan mula difokuskan pada Hana serta merta. Lama anak matanya bertembung dengan anak mata Hana.
“Cukuplah Adam buktikan kepada aku erti lelaki yang sebenar.”
Perlahan dia bersuara. Sayu. Terus kelu lidah Hana nak membalas kata-kata itu. Dia tahu, Lia pernah mengharungi zon percintaan yang cukup dahsyat. Ditambah lagi dengan masalah keluarga yang bagaikan tiada noktah. Tak hairanlah sikapnya terpesong jauh seperti ini.
Senyuman dipahat sebelum meneruskan kata-kata. “Adam is Adam. Tak semestinya semua lelaki jahat macam Adam, Ade. Kau percayakan pada jodoh? Dalam Surah Al-Nur, ayat 26, Allah berfirman: Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah mereka perbuat.” Hana mula kemukakan petikan maksud ayat lafaz Al Quran yang pernah dihafalnya dahulu. Tak salah jika berkongsi ilmu dengan sahabatnya itu.
Lia tersenyum sinis. “Aku percaya pada jodoh. Tapi aku yakin, aku tak dijodohkan dengan sesiapa. No one suits me well in this world.”
Terdengarkan komen Lia itu, Hana menepuk dahinya perlahan. Susah betul nak lembutkan hati yang keras sekeras konkrit macam Lia ni. Haih.. “Ade, kau dengar sini baik-baik. Setiap manusia dijadikan secara berpasang-pasangan. Dalam Surah An-Nahl, ayat 72: Dan Allah menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka (yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” Kali ini Hana membaca pula petikan ayat lafaz itu menerusi Ipad. Nasib baik dia rajin saved benda-benda berguna seperti ini. Tak rugi.
Dan kali ini juga Lia terdiam. Tak tentu fasal dia kena lecture berjela-jela dengan Hana. Siap rujuk Ipad lagi nak lecture dia! Hebat betul si Hana ni. Memang sahabat mithali.
Whatever.” balasnya pendek.
Kalau dah memang kepala konkrit, tetap keras macam konkrit! Hana menggeleng perlahan. At the same time, dia mengeluh kecil. Penat barangkali.
“Aku bukan nak paksa kau, Ade. Aku cuma nak kau think positive. Tak eloklah kau teruskan kegiatan lesbian kau ni. Berdosa tahu tak?” Suara Hana sedikit menaik.
Lia masih selamba. Langsung tak terkesan lagaknya. “Kalau aku tak teruskan kegiatan ni, kau nak suruh aku buat apa? In a relationship for thousand times dengan lelaki? Macam kau? Couple, break up, couple, break up. Gitu?” sindirnya. Directly propotional.
Hana tarik nafas perlahan. Kemudian dihembusnya semula. Turut perlahan. Sabar, Hana. Sabar! Nak sekolahkan manusia berupa tembok konkrit macam Iman Adelia ni memang payah. Sabar aje lah. Chaiyok! Desisnya dalam hati. Semangat.
“Aku tak suruh pun kau contohi aku, Ade. Aku sedar siapalah aku nak dicontohi. Cukuplah kau sekadar buang tabiat musahaqah kau tu. Haih.. penatlah aku nak bebel macam ni.” rungutnya.
“Kau dengan Daus apa cerita?” Lia mula mengubah topik. Nampak sangat nak mengelak! Haih, Lia.. Lia..
Hana berdeham sedikit. Ini yang dia tak suka bila buka cerita fasal kisah cinta monyet dia ni. Err, memalukan sungguh! “Hmmm.. kita orang dah clash.”
As I said just now. Apasal?” Lia masih tak nak mengaku kalah. Jus oren yang dipesan sebentar tadi disedut seketika.
“Dia.. dia nampak kau peluk aku.”
What?!” Hampir tersembur jus oren yang disedutnya. Terkejut. Hana masih menayangkan riak selamba. Nampak macam tak kesah.
“Bila masa aku peluk kau weh?” soal Lia bodoh. Geram Hana mendengarnya. Buat-buat tak ingat pulak minah pengkid ni!
“Bulan lepas. Masa kita breakfast kat Starbucks. Kan kau ada peluk bahu aku. Takkan dah lupa kot?”
Wajah blur Lia ditatapnya. Macam tak percaya pula yang Lia langsung tak ingat, sedangkan peristiwa malang itu baru sahaja berlalu pada bulan lepas. Erm, ramai sangat ke awek yang minah ni dah peluk? Astaghfirullahaladzim..
Then? Apa kaitan aku peluk kau dengan kau orang clash?” soal Lia penasaran. Takkan dengan perempuan sementah dia Daus nak cemburu tak tentu fasal kot? Lol, lawak apakah ini?
“Dia ingat kau lelaki. Yalah.. kau kan tinggi. Aku paras leher kau je kot. Tak hairanlah dia syak macam-macam.” jawab Hana tenang. Seakan-akan sudah pasrah.
Terdengarkan pengakuan Hana itu, Lia jadi serba salah pula. Takkan sebab dia kot hubungan cinta Hana terputus di pertengahan jalan? Huh, mengarut!
So sekarang ni sebab akulah kau break up dengan Daus?” Sekali lagi Lia menyoal.
Hana hanya tersenyum. “Just forget about it. Mungkin Allah nak tunjukkan yang Daus tu bukan untuk aku.. Tak mustahil kan?”
Erm, ada betulnya juga kata-kata Hana itu. Siapa sangka, itulah satu-satunya jalan yang boleh Tuhan tunjukkan bahawa Firdaus Datuk Ahmad bukan untuk sahabatnya itu. Dan.. pengantara yang Tuhan pilih untuk pisahkan mereka berdua adalah dia. Begitu?
“Ade, jomlah balik. Aku tak ada mood lah..” rengek Hana tiba-tiba. Itulah.. siapa suruh ungkit kisah lama? Kan dah tertekan sendiri. Hana.. Hana..
Lia pantas mengangguk. “Alright, wait. I’ll pay the bill.” Dan akhirnya, dia yang belanja.  

“DIA.. dia nampak kau peluk aku.”
            Entah kenapa kata-kata Hana sebentar tadi asyik terngiang-ngiang di benaknya. Rasa serba salah ke dia? Ya, sangat. Kalau tak disebabkan kelakuannya memeluk anak dara orang di depan khalayak ramai, tak mungkin hubungan cinta yang sudah sekian lama bersemi itu terputus. Haih.. kesian Hana. Err, bodohnya kau Lia! Bodoh sungguh! Kutuknya dalam hati. Kesal.
            “Encik? Nak bayar ke tak ni?” tegur seorang budak lelaki merangkap cashier di restoran itu. Tersentak Lia dibuatnya. Huh.. kus semangat! Wajah budak lelaki itu dipandang sekilas. Nampak macam budak lepasan SPM.
            “Berapa dik?”
            “Tiga puluh dua ringgit tiga puluh sen.” Not lima puluh ringgit dicapai dari dalam dompet jenama Chanel. Penuh cermat budak lelaki itu menyambut hulurannya lalu memulangkan baki.
            “Terima kasih, dik.” ucap Lia ramah.
            “Sama-sama, bang.” Bang? Memang aku nampak 100% macam abang ke? Ah, apa-apalah. Janji dia tak gelar aku nyah sudah, bebel Lia dalam hati.
            Tiba-tiba..
            Pranggggg!
            Habis berkecai gelas dan pinggan yang ditatang oleh lelaki itu. Pecah. Retak. Berterabur. Tidak cukup dengan itu juga, gelas yang berderet tersusun di atas kaunter juga menjadi mangsa, gara-gara dilanggarnya. Tersentak Lia untuk seketika. Terkejut. Tak sangka kejadian malang ini sedang menimpa dirinya. Oh my God!
            “Dik, I’m sorry. I didn’t mean to break all of the glasses. So sorry..” rayu Lia tak semena mena. Merah padam muka dia dibuatnya. Malu akan kecuaiannya sendiri.
            “Bang, kalau semua gelas ni dah pecah, kami nak hidang minuman guna apa?” soal budak lelaki itu. Cemas Lia tak semena-mena. Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki tinggi yang melanggarnya tadi. Masih terkejut lagaknya.
            “Encik, Encik dah langgar I. So I minta Encik bertanggungjawab atas apa yang Encik dah lakukan ni.”
Selamba badak sumbu sahaja Lia meninggikan suara. Meminta lelaki segak bersongkok hitam tapi berkot itu untuk bertanggungjawab. Tajam matanya memandang wajah itu. Nampak gaya macam minah gengster nak ajak bergaduh.
            Lelaki itu membalas pandangannya. Kemudian memandang gelas-gelas yang sudah pecah, termasuk hidangan tengah harinya. Dia menghela nafas perlahan sebelum meneruskan kata-kata. Nampak tenang gila! “Maafkan saya, Encik. Saya tak sengaja.” ucapnya lembut. Sopan santun sungguh. Tergamam lima saat Lia melihat sikapnya.
            “Encik you panggil I? Helo! I’m a woman okay? Not a man!” tengking Lia lantang. Tiba-tiba sahaja angin barannya datang. Terdiam para pelayan dan pelanggan yang menyaksikan adegan berlanggar itu. Termasuk Hana di hujung sana. Pasti terkejut terdengarkan jantina sebenarnya, bersertakan teriakannya juga.
            Lelaki di hadapannya itu juga hampir ternganga. Atas bawah, atas bawah dia menilik tubuh Lia yang boleh tahan segak itu.
            Berambut pacak.
            Berkemeja panjang.
            Berkot hitam.
            Berkasut kulit.
            Dan suara.. garau sikit. Tak pastilah sama ada sengaja digaraukan, memang garau atau sakit tekak. Lelaki itu mula berandaian sendiri. Masih terkedu akan kenyataan yang diketahui. Terperanjat beruk kot.
            “Yang you pandang I macam I ni ada masalah krisis identiti, pahal?!” Sekali lagi Lia menengking. Kuat. Bergema hebat restoran itu dikerjakannya. Keadaan bertukar sepi.
            Lelaki itu senyum nipis. Tanda hormat, mungkin. “Maafkan saya, Cik. Saya tak ada niat nak mempersoalkan identiti Cik. Maaf kalau Cik terasa.” Tenang lelaki itu bersuara. Langsung tak melenting akan sikap Lia yang boleh dikatakan kurang ajar.
            Terdiam Lia seketika. Kelu lidahnya nak berkata-kata. “Soal gelas dan pinggan mangkuk yang pecah tu, biar saya ganti. Cik tak perlu keluarkan sesen pun. Maaf, sebab susahkan Cik. Saya minta diri dulu, Assalamualaikum.” ucapnya sebelum berlalu dari situ. Bergerak ke kaunter kedua untuk menjelaskan pembayaran ganti rugi.
            Lia kekal berdiam diri.

HATI yang bengang dibawa keluar daripada restoran itu. Huh, memalukan sungguh! Tak tentu fasal semua orang di situ dok tertanya jantina sebenar dia. Gila betul! Erghhh. Ini semua mamat bajet alim tu punya fasal!
            Penumbuk dikepal-kepal. Geram pula tatkala terkenangkan mamat bajet alim yang melanggarnya tadi. Rasa macam, kalau diberikan kesempatan, mahu saja disepak muka tenangnya hingga tersungkur menyembah bumi. Huh, baru padan muka!
            “Weh, siapa mamat yang kau marah tadi tu weh?” soal Hana yang sedari tadi membontotinya. Penasaran gila muka dia. Macam nak tahu sangat je.
            Lia mula mematikan langkah di tepi Lamborghini Gallardo miliknya. Wajah penasaran Hana dipandang seketika sebelum melebarkan pandangan ke kawasan sekeliling. Dia mendengus kasar.
            “Entah. Ustaz mana entah. Tersesat jalan nak ke masjid agaknya.” jawab Lia selamba. Langsung tiada pancaran riak serba salah di wajahnya.
            Hana tergelak besar. Siap ketuk-ketuk badan Lamborghini Gallardo dia lagi. Amboi, suka nampak? Err.. apa yang kelakar sangat pun Lia tak tahu. Angin meroyan dah datang agaknya. Kutuk Lia dalam hati. Menyampah!
            “Oh my God, tak lepas mata aku pandang dia tadi. Dia kacak sangat lah weh!” puji Hana bersama-sama sisa tawanya.
Lia mencebik. Menyampah kuasa dua. Meluat pun ada. Mana taknya, masakan si ustaz yang serupa pegawai Jabatan Agama tu dikata kacak? Oh Gosh, buta ke apa mata si Hana ni? Kero sungguh. Sekali lagi Hana dikutuknya. Tapi dalam hati.
Not my taste.” komen Lia pendek.
            “Eleh, memang lah not your taste. Taste kau kan perempuan, bukan lelaki.” Terasa macam nak cekik aje si Hana ni. Berapa banyak kali lah dia perlu jelaskan yang dia tak ada apa-apa perasaan kat perempuan? Girls are just for fun!
            “Stop flattering him, Hana. I hate him.
            “Kenapa kau benci dia? Sebab dia handsome sangat? Kau jealous?” Hana sengaja mengapi-apikan kawan baiknya. Ala, sekali sekala tengok Gunung Adelia meletus, apa salahnya?
            “Hana, stop.  Aku tinggalkan kau kat tengah-tengah Bangsar ni karang baru kau tahu!” ugut Lia seraya melenyapkan diri ke dalam Lamborghini Gallardo. Nampak marah gila. Apalah salah lelaki kacak tu agaknya.
Terdiam Hana melihat baran minah itu sesaat. Pantas dia membuka pintu kereta itu, lalu menutupnya semula.
Suasana di dalam kereta bertukar sepi.

10 comments:

  1. not bad, just a good beginner..

    ReplyDelete
  2. Sinopsis sedih!!! Tak sabar nak baca part seterusnya ;)

    ReplyDelete
  3. Oooooo....pengkid .....hmm...kerana frust cinta....

    ReplyDelete
  4. Sorry but i more prefer i heart u dr. This story look macam berat. Hmm isu derhaka terhadap ibu bapa dan lesbian macam tak berape sesuai. But ya, good try and continue your writing.

    ReplyDelete
  5. Ramai yang mempersoalkan kenapa perlu selitkan isu lesbian & kebiadapan seorang anak. Isu2 ni memang rare, jarang dibangkitkan dalam mana2 karya. So ada kelainan pada cerita awak ni. Dan semestinya, isu les tu agak berat untuk diredakan. Jadi saya harap penulis ada idea yg mantap untuk selesaikannya. Dan saya juga harap penulis dpt ceritakan dgn santai spya pembaca faham & feel cerita ni.
    Apapun adik asha, cara pnulisan awak lebih matang drpd sblumnya. Berdsrkan sinopsis, saya ykin crita ini menjurus kpd keagamaan. Ada bagus jga, jd teruskan.

    Jika dibandingkan dgn iheartyoudoctor, mmg ada banyak jurang & prbezaan. Ihyd cerita yg ceria & kelakar, berbanding ini. Cerita yg bt orang senyum sendiri. Mungkin krana adik asha tgh happy msa tulis cerita tu. Dan jadiisteriabang ni nmpk mcm sedih. Berkemungkinan adik asha tgh sedih msa tulis cerita ni. Jadi kami tak salahkan awak untuk sedih/happy. Itu lumrah.

    So teruskan menulis cerita ni. Cuba tarik perhatian pmbaca dgn kelebihan yg awak ada. Insyallah dengan izin allah. Goodluck dik!

    ReplyDelete
  6. You are very talented ! Keep it up girl !

    ReplyDelete
  7. Hahah.. I am briliant right sis ?? Hahah.. I was thinking about soleh kinda hero and 'TADAA' haha.. U grant my wish.. Ekekeke.. Happy happy happy...i like ur style of writing.. But.. The parts another marrige and dvorcd are too complicated.. But i believe that u wont spoil this story right ? I gv u my trust to carry on the story..
    Ahahaha.. I sound so poyo.. Am i ? Ekeke

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.