Monday, December 1, 2014

Jadi Isteri Abang? 1


BAB 1
PERLAHAN-LAHAN pintu utama ditutup rapat. Takut sekiranya kepulangannya diketahui sesiapa. Kalau Mak Mah yang tahu, tak apa lah juga. Boleh cover. Mahu kalau papa yang tahu? Huh, minta nyawa. Mati dia ditetak malam ni!
            Ruang tamu yang tampak malap diperhatikan seketika. Hanya ada sebuah lampu dinding yang menyala. Setapak demi setapak Lia bergerak ke depan. Terhincut-hincut. Macam pencuri pun ada. Tapi lebih baik dia beraksi seperti pencuri daripada pecah tembelangnya keluar malam.
            “Awal balik?”
            Gulp! Tertelan liur seketika. Terkejut. Tak sangka masih ada makhluk yang berkeliaran pada jam sebegini. 2 pagi. Ah, masak dia begini. Tak silapnya macam suara...
            Perlahan-lahan Lia menoleh, memandang si empunya suara yang menegurnya. Serta-merta jantungnya berdegup kencang. Berdebar hebat. Alamak! Kantoi. Matilah aku! Desisnya dalam hati.
            “Ad pergi mana tadi? Dah pagi baru nak balik?” soal suara itu tegas. Ada aura nak mengamuk. Meremang bulu roma Lia dibuatnya. Namun, riak wajahnya tetap relaks, santai. Tak ada rupa tikus bertembung kucing pun. Cool.
            “Adelia.. papa tanya ni. Ad pergi mana tadi?” suara itu sedikit menaik. Tak puas hati.
            “Ad pergi jumpa kawan lah. Takkan papa tak faham-faham lagi?” ucap Lia keras. Langsung tidak gerun akan wajah menyinga Datuk Latiff itu. Selamba. Macam dah biasa.
            Datuk Latiff menggeleng perlahan. “Pergi jumpa kawan ke pergi clubbing?” sindirnya.
            Lia senyum sinis. “Does it matter? Ad pergi jumpa kawan ke, pergi clubbing ke.. Pernah ke papa kesah?”
            “Adelia, behave your words. Jangan nak kurang ajar.”
            “Kenapa? Papa sentap? Papa nak marah?”
Sengaja Lia mengapi-apikan papanya. Sungguh dia tak tahan dengan sikap orang itu yang sememangnya king control. Kalau bukan dengan mama, dengan dia pula. Huh, memang patut mama tinggalkan dia!
“Dengan mama, papa bolehlah marah-marah dia. But dengan Ad, don’t ever you dare kalau tak nak tengok Ad blah dari rumah ni.” ugut Lia.
Terdiam Datuk Latiff dibuatnya. Lama. Pasti tak menyangka anak gadisnya seberani ini. Wajah Lia direnung tajam. Seolah-olah ingin memberi amaran kepadanya. Namun, anak itu hanya berlagak biasa.
“Jangan cabar papa.”
Ops, sorry. But I assured, papa takkan berani. Hmm.. nak tahu kenapa? Because you’re loser! Coward!” jerit Lia kuat. Sengaja. Biar orang tua ni sentap sikit! Baru padan muka!
Wajah Datuk Latiff sudah bertukar merah. Tinggal nak meletus aje sekarang ni. “You shut up Adelia! Jangan nak biadab dengan papa!” tengkingnya lantang. Kuat.
Lia gelak sinis. Langsung tidak gerun akan amukan si papa. Senyuman diukir. “Ops, again, sorry. Tak sengaja.”
 Selamba Lia menjawab. Langsung tiada riak serba salah. Lantas kakinya menapak pergi, mendaki anak tangga satu per satu. Malas nak berdebat dengan orang tua tu lagi.

RAMBUT yang basah dilap dengan tuala dengan kasarnya. Nasib baiklah rambut dia ni pendek, macam rambut Miley Cyrus. Senang sikit nak diuruskan. Tak adalah leceh mana.
            Bunyi lagu Mewangi, nyanyian Akim dan The Majistrate mematikan perlakuan Lia seketika. Iphone 6 yang diletakkan di atas katil segera dicapai. Berkerut keningnya melihat nama yang tertera pada skrin.
            Sweetheart.
            Aduh, apahal pulak makhluk sorang ni call aku pagi-pagi buta ni? Tak tahu nak tidur ke apa? Dah terlebih kafein? Macamlah dah lama tak bercakap dengan aku. Padahal tadi baru je jumpa, bebel Lia dalam hati.
            Tanpa berfikir panjang, panggilan dijawab.
            “Hai sayang!!!!” jerit satu suara manja di hujung talian. Naik pekak telinga dia dibuatnya. Keluhan kecil dilepaskan.
            “Hmmm.. you nak apa?” soalnya nak tak nak. Penat.
            “I nak you lahhh..”
            “Rowena, you tak tahu mengantuk ke? Dah malam. Esok I kerja.” Tegas Lia bersuara. Malas nak melayan perempuan yang seorang ni. Tak faham-faham bahasa!
            Rowena mencebik. “I call je salah, kalau Hana call tak apa pulak? Mana ada malam, Ade sayang. It’s already 3. Good morning!!!!” Sekali lagi Rowena menjerit. Meroyan tak tentu fasal. Haih. Sabo aje lah.
            “Hana tu kawan baik I. Dia call sebab nak story-mory dengan I. Kalau you call, sebab nak goda I. It’s totally different, okay. Cukuplah.. I dah penat digoda sepanjang hari ni, okey.” Lia bersuara perlahan. Dah tak larat nak melayan. Harap Rowena faham.
            “Yalah! Yalah! I sedar, I banyak kacau you harini. Sorry ya Ade. I just miss talking to you. Well, I kan baru balik Malaysia. Anyway, sayang, good morn-night. Sweet dream, mimpikan I okey?” ucapnya manja. Meremang bulu roma Lia dibuatnya. Err..
            “Okay, sweetheart. Bye, goodnight.Tet. Talian dimatikan.
            Pantas Lia campakkan tubuhnya di atas katil. Nak melepaskan penat yang menguasai diri. Penat kuasa dua puluh dua. Namun, baru sahaja dia nak melelapkan mata..

            Selamanya,
Hati ini akan selalu memujamu,
Mencintaimu...

Lia mendengus agak kasar. Geram. Pantas butang Answer diwipe. Langsung tak melihat nama si pemanggil. Ah, pasti Rowena. Tak faham bahasa Melayu betul minah ni. Memang nak kena ni!
You nak apa lagi, Rowena? Kan I dah cakap I penat tadi?!” marah Lia.
Elsa here. Who the hell is Rowena, Ade?
Gulp!

7 comments:

  1. assalam kak saya nk tnya sbb sya confused skit nie..adelia ngan rowena tu lesbian ke kak??

    ReplyDelete
  2. What?! Biar betik? First time dengar cerita macam ni. Buat cerita fasal LGBT ni memang payah. Hmm... keep it up.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, tak nafikan, a bit payah lah juga. But it's limited what? Lain daripada yang lain.

      Delete
  3. Ingatkan citer pasal Girl yang jadi Tomboy. Kecelaruan identiti ek??

    ReplyDelete
  4. Yeah, boleh dikatakan begitu. Tapi takdelah celaru sangat. Tak sampai ke tahap hubungan seksual sejenis.

    ReplyDelete
  5. Hahah...usually i read about gayboy..hahah.. Its different sis.. Yay *claps* much loves from me :D ... Aaaaa.. Cant wait for the next entries *drooling*
    Ps: if the hero is 'soleh' kindal.. Will be more interesting*waiting*

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.