Saturday, May 31, 2014

I Heart You, Doctor! 28

BAB 28
SIARAN 104 menjadi pilihan. Drama korea yang cukup mengusik itu menjadi tatapan. Scent of A Woman. Drama yang tak asing lagi bagi peminat k-drama seperti Amanda. Drama yang menampilkan lakonan Lee Dong Wook dan Kim Sun-Ah itu benar-benar menyentuh perasaan.
Amanda mula mengambil tempat di sofa berangkai tiga. Huh... nasib baik dia balik awal hari ni. Dan nasib baik juga dia tak terlepas drama ni. Kalau tak, memang beribu sesalan lah kan sebab tak dapat nak menatap wajah Lee Dong Wook, yang memegang watak sebagai Gang Ji-Uk dalam drama ni.
Err siapa tak kenal lagi dengan Lee Dong Wook? Jejaka korea pujaan Malaya tu! Pertama kali Amanda mengenali lelaki itu pun menerusi drama My Girl. Pada masa tu, Lee Dong Wook memegang watak sebagai Seoul Gong Chan. Apa yang pasti, dia sanggup khatam 16 episod dalam drama tersebut berkali-kali gara-gara nak mengusyar Lee Dong Wook punya pasal. Haih, gila memang gila! Tapi kalau hati dah suka, nak buat macam mana?
Kemunculan Syed Adrian dari tingkat atas benar-benar menyesakkan fikirannya. Bertambah sesak lagi apabila lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahnya. Adui, kacau daun betullah mamat ni! Dalam banyak-banyak sofa kat ruang tamu ni, apasal sofa aku juga yang dia pilih? Nak kata sofa ni strategik, tak lah juga... Sofa kat tepi sana lebih strategik kot. Haaa siap menghadap tv lagi! 
“Kau tengok cerita apa ni?” soal Syed Adrian tiba-tiba.
Hairan pula dia melihat perlakuan Amanda yang sanggup bersengkang mata pada jam sebegini. Hmm dah pukul 1 pagi. Cerita apa yang minah ni tengok?
“Korean drama. Scent of A Woman. Pernah tengok?” soal Amanda pula agak ramah. Sengaja nak mencari mood ‘berbaik’ dengan lelaki ni.
“Tak. Aku tak minat lah korea-korea ni. Hurm anyway, pasal apa cerita ni? Nampak macam interesting aje tajuknya.” sekali lagi Syed Adrian menyoal. Saja nak mencuri perhatian daripada Amanda. Hmm bukannya selalu pun.
“Erm heroin cerita ni kena gall bladder cancer. Dia tinggal beberapa bulan aje lagi untuk hidup. Sepanjang dia hidup, dia ada senaraikan dua puluh benda yang dia nak buat sebelum dia mati...” terang Amanda ringkas. Rasa-rasanya, itu aje yang Syed Adrian patut tahu. Lagipun, dia rasa malas lah pula nak bercerita. Err mood dia sekarang ni cuma nak menonton!
“Then?” soal Syed Adrian tak puas hati. 
“Hish, awak ni. Saya belum habis tengok lah. Awak tengok lah sendiri.” balas Amanda malas. Ya, dia memang malas nak melayan! Apatah lagi nak menghadap muka Syed Adrian ni. Memang malas kuasa dua puluh lima lah kan!
Syed Adrian hanya mencebik. Terlihatkan sikap Amanda yang lebih senang mendiamkan diri sambil menonton membuatkan dia terpengaruh pula. Tak semena mena dia juga turut mendiamkan diri sambil menonton drama tersebut. Huh... kuat betul pengaruh minah ni!
Suasana hening di sekelilingnya membuatkan Amanda berasa sedikit tenang untuk menonton, meskipun ada hantu raya di sebelahnya. Alah, biarkan aje lah. Anggap aje yang Syed Adrian tu sedang tidur nyenyak sekarang ni. Pulaukan aje lah!
“Before I die, I want to close my eyes in the arms of person I love.” spontan aje ayat maut yang diungkapkan oleh Lee Yeon Jae itu terhambur keluar daripada mulutnya. 
Amanda sendiri turut tergamam. Entah kenapa dia boleh berkata sedemikian sebentar tadi. Lantas mulutnya ditekup dengan tapak tangan. Huh... ini kalau Adrian dengar ni, confirm dia kena saiko tiga hari tiga malam!
Perlahan-lahan kepalanya dipusingkan untuk melihat keadaan Syed Adrian di sebelahnya. Kelihatan Syed Adrian sedang leka menonton televisyen tanpa menghiraukan suasana di sekeliling. Nafas lega segera ditarik. Huh... nasib baik mamat ni tak dengar. Kalau dia dengar tadi, memang confirm kena saiko lah kan! Alhamdullilah, nasib menyebelahi dirinya.
Syed Adrian terdiam sejenak. Matanya masih setia menghadap televisyen. Namun, hatinya resah dan gelisah pada masa yang sama. Kata-kata Amanda sebentar tadi membuatkan dia tergamam seketika. Alah, macam lah dia tak dengar kata-kata ‘tak sengaja’ daripada mulut gadis itu sebentar tadi.
Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Rasa serba salah benar-benar menyelubungi dirinya. Ya... dia rasa serba salah sekarang ni. Dia rasa yang dirinya tak mampu untuk berada di sisi gadis itu, sekiranya Amanda menimpa nasib yang sama seperti Lee Yeon Jae dalam drama yang ditontonnya itu. 
Bunyi macam remeh, tapi sebenarnya tidak. Boleh ke dia setia berada di sisi Amanda untuk sepanjang hayat gadis itu, meskipun tiada cinta antara mereka? Dan boleh ke dia mengisi sisa-sisa hidup gadis itu dengan kebahagiaan, walaupun sudah terpampang yang mereka langsung tak bahagia? 
Syed Adrian insaf sendiri. Dia berasa buntu dengan tindakan yang perlu diambil. Adakah dia patut melepaskan gadis yang sedikit sebanyak sudah menyelinap masuk ke dalam ruang hatinya itu, atau membiarkan gadis itu menderita untuk sepanjang hayatnya?

JAM sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Namun, matanya masih segar menatap wajah Lee Dong Wook di kaca televisyen. Haih... rasa-rasanya, dah hampir ke seratus kali dia dok menyumpah kekacakan lelaki korea itu. Dari episod awal hingga ke episod separuh akhir, mulutnya tak pernah lekang dok memuji kelebihan lelaki itu.
Amanda semakin leka menonton. Babak yang memaparkan Gang Ji-Uk yang sudahpun tiba di hadapan bilik pesakit kanser, yang bernama Lee Yeon Jae itu membuatkan Amanda sedikit terangkat. Dia semakin tertanya akan reaksi si hero itu apabila mengetahui bahawa gadis yang dicintainya selama ini rupa-rupanya mengidapi penyakit gall bladder cancer.
Saat melihat perlakuan Gang Ji-Uk yang meninggalkan si heroin di hadapan hospital, Amanda menangis. Kata-kata Gang Ji-Uk yang menerangkan ‘kenapa awak buat saya jatuh cinta kalau awak tahu yang hidup awak bakal berakhir tak lama lagi?’ membuatkan Amanda makin galak menangis. 
Sungguh hatinya tersentuh mendengar kata-kata lelaki kacak yang bagaikan dah patah beribu tu. Tak semena-mena Amanda tersedu sedan menahan empangan air matanya daripada terus pecah. Haih... nampak sangat yang hormon dia tengah tak stabil sekarang ni.
Entah kenapa tiba-tiba aje dia merasakan bahunya berat sebelah. Lantas Amanda menoleh ke arah bahu kanannya. Kelihatan Syed Adrian sedang nyenyak tidur di bahunya. Jelas kedengaran dengkuran halus daripada lelaki itu. 
Hurm, penat sangat ke laki aku ni? Tidur siap berdengkur lagi. Jarang pula dia mendengar mamat ni dok berdengkur. Agaknya dia tidur sambil menangis kot. Amanda mula membuat kesimpulan sendiri.
“Kalau lah saya ditakdirkan mati pada usia yang muda, rasa-rasanya awak bakal tinggalkan saya ke tak?” soal Amanda tiba-tiba. Ini semua penangan Scent of A Woman.
“Soalan apa yang kau tanya ni, Manda? Of course lah dia bakal tinggalkan kau kalau kau ditakdirkan untuk mati pada usia yang muda. Buat apa dia nak setia hujung nyawa kat kau sedangkan kau langsung tak bermakna bagi dia? Tak ke pelik namanya tu? Dan buat apa kau berharap yang dia akan terus bersama dengan kau sedangkan kau langsung tak ada hati kat dia?” suara hatinya mula bergema dalam pendengaran.
Amanda mengangguk tanda bersetuju dengan kata hatinya. Ya, betul tu. Sudah pasti Syed Adrian bakal meninggalkan dirinya mentah-mentah jika nyawanya melayang pada usia yang muda. Hmm apa alasan lelaki tu untuk terus setia, sedangkan mereka hanyalah sepasang suami isteri di atas kertas?
“Before I die, I want to close my eyes in the arms of person I love.” sekali lagi dia mengulangi ungkapan tersebut.
Pada masa yang sama, wajah Syed Adrian turut dipandang. Selamba aje tangan kanannya dok mengusap rambut hazel milik lelaki itu.
“Sorry, you aren’t the person that I love.”

SEPERTI biasa, Amanda bakal bertungkus lumus menyiapkan sarapan pada awal pagi. Dan seperti biasa juga, dia bakal menyiapkan juadah pagi yang beraneka khas untuk santapan Syed Adrian Michael a.k.a suaminya yang cerewet.
Pada pagi itu, Syed Adrian turun agak lewat gara-gara melayan drama korea bersama si isteri kelmarin. Apa yang menghairankan, isterinya itu langsung tak mempamerkan riak letih ataupun lesu. Malah, kelihatan segar bugar ada lah! Haih... minum Kacip Fatimah ke apa minah ni?
“Kau tak penat ke haa? Tidur lambat... bangun awal... Macam robot pun ada aku tengok muka selenge kau ni.” kutuk Syed Adrian tak puas hati.
Amanda yang sedang sibuk menghidang hanya menjulingkan matanya ke atas. Malas pula dia nak melayan kutukan mahupun kritikan daripada Syed Adrian pada hari yang indah sebegini. 
Haih... baik-baik mood dia tengah okey macam sekarang ni, karang tak tentu pasal mood dia jadi buruk pulak nanti. Hmm bukannya boleh percaya sangat kat mamat ni. Suka sangat dok mengubah mood orang! Tak boleh nak tengok orang senang agaknya!
“Err ada saya kacau hidup awak? Tak ada kan?” Amanda mula membalas. 
Syed Adrian cuma menjeling. Bengang pula dia melihat perangai Amanda yang makin hari makin galak melawan ni. Pantang dia mengeluarkan sebarang titah, ada aje yang nak dibantah oleh gadis itu. Rasa macam kuasa vetonya tercabar pun ada!
“Saya nak pergi ke Midvalley lepas waktu kerja nanti. Barang dapur dah habis. Lengang aje saya tengok peti ais tu. Harap perut je besar gedabak, tapi kalau kosong aje tak guna juga, ya tak?” bebel Amanda tanpa mempedulikan riak Syed Adrian yang hanya buat dek. Hai, aku tengah cakap dengan patung kacak ke sekarang ni?
“Awak dengar tak, apa yang saya cakap ni? Saya tengah minta izin kat awak ni. Boleh ke tak?” sekali lagi Amanda menyoal untuk meminta kepastian. Kalau tak boleh, tak payah pergi. Apa susah?
“Aku ikut.” balas Syed Adrian sepatah dua kata.
“Alright, saya okey aje. Nanti saya ambil awak, ya?” jawab Amanda senang hati.
“No. Biar aku ambil kau.” putus Syed Adrian.
“Tapi...”
“Biar aku ambil kau.” lantas Syed Adrian menyampuk. 
Malas nak berdebat dengan si isteri gara-gara sebuah kereta. Nanti tak tentu pasal masalah kecil terus berkembang jadi masalah besar. Tak ke naya tu? Eh, sekejap. Sejak bila kau reti kisah ni, Rian?
“Alright, it’s up to you. Be punctual, okay? Saya tak suka pada orang yang tak menepati masa ni.” ucap Amanda selamba.
“Dan aku pula tak suka pada orang yang banyak cakap. So, diam. Aku nak menghayati masakan kau ni.” balas Syed Adrian pula. Seperti biasa, sinis aje bunyinya.
Amanda cuma tergelak kecil. Riak Syed Adrian yang langsung tak berubah membuatkan dia berasa bengang lah pula. Aik, sejak bila mamat ni reti bermuka serius ni? Selalunya, muka dia asyik loyar buruk aje.
Hmm serius tak serius, dia tetap nampak handsome. Tambahan lagi bila berkemeja hitam macam ni. Dan bertambah handsome lagi sekiranya lengan kemeja hitam itu disenseng sampai ke siku. Aduhai, luluh jantung mak-mak datin yang tengok. Cair juga hati anak-anak dara yang melihat. 
Kalau tayang muka Syed Adrian ni kat depan Miss Universe, mungkin boleh tergamam seketika minah tu agaknya. Hmm possible sangat. Jessica Hogan yang hot meletop tu pun boleh tertunduk, apatah lagi Miss Universe, ya tak? 
Amanda menggeleng perlahan. Dalam hati dia bersyukur kerana dia masih belum ditundukkan oleh lelaki yang sering menggoyahkan hati para wanita itu. Alhamdullilah, Allah melindungi dirinya...

39 comments:

  1. Akhirnya ada juga n3 baru...thank u...setiap masa buka blog nk tau cite seterusnya....mkin menarik...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha welcome. Maaf kerana terpksa mnunggu :-)

      Delete
  2. Awesome.. plis update ek...plis plis plis... :) ble send kat email x.. bochel92@yahoo.com.my ...really love this novel :)

    ReplyDelete
  3. Bila lagi nak update?curious tau...best gile..you ni ada bakat la..semoga kaki novel terima novel ni...amin..i'll the first buyer..hehehe

    ReplyDelete
  4. wow!! bestnye & funny , kkkkkkk
    please update soon ~~
    t.kasih sbb dh update tp bile nk kluar novel ni????

    ReplyDelete
  5. mesti adrian serius sebab adrian dengar yang amanda kata yang adrian tu bukan orang yang dia cinta..hurmm kesian adrian.... update lelaju shaa.. :)

    ReplyDelete
  6. best sgt2 >.<..bile nk publish novel?x sabar nie..update soon please...

    ReplyDelete
  7. sis update la ek...awesome.!! hehe...

    ReplyDelete
  8. Cute.. Cool.. Best.. :D but sorry :( its too typical.. Married without love or something.. Sis.. You should make it diffrence okay dear ?:) make manda or adrian very seductive in this story.. That will make the diffrence :) just my advice ;) sorry if you mad.. Its yours.. Im just suggest :) i shouldnt judging your novel to be.. So.. Im badly sorry okay ") btw.. You are beautiful.. Too sweet :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahah how sweet. I know it's too cliche but I can't change nothing, unfortunately. Noooo it's ok i'm a positive person :-) I like complaints cuz it can help me to better in future. Thank u... Don't feel guilty ok, I'm appreciate your decision he he. Hahaha beautiful amenda. Takdelah i'm simple je sweetie ;-)

      Delete
    2. Ohh.. Its okay.. But make a diffrence twist eh :) thanks beauty :) himble enough :D may allah bless you..and the novel to be :) my doa will always with you :)

      Delete
  9. Best .. Bile nk sambg lagi... :-)

    -amanni-

    ReplyDelete
  10. Best sgd kak sha . xsbar rsenye nk tggu bab 30 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha alhamdullilah terima kasih. I'm trying :-)

      Delete
  11. Pleaseeeeee continue, I can't wait to read the next chapter. You're such a great author hehe! :)

    ReplyDelete
  12. Pleaseeeeee continue, I can't wait to read the next chapter. You're such a great author hehe! :)

    ReplyDelete
  13. Saya suka gilaaaaaaa , baca 28 bab dlm masa 1 hari je , non stop , cepat cepat update next chapter , or cepat cepat dpt terbit jadi novel :) good luck , cepat2 update ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insyallah klau ada rezeki, novel ni bakal diterbitkn. Just keep praying :-)

      Delete
  14. I ada baca introduction pasal U , tak sangka u pun mangsa spm 2014 , hehe sama la kita , I suka IHYD , teruskan menukis entry pasal IHYD , boleh releasekan stress sbb exam dh dekat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh really ? Goodluck yaa. Haah sometimes release stress skit alhamdulillah :-)

      Delete
  15. best jalan cerita novel ni harap ada kesinambungannye, cepat sikit ye hihihi....

    ReplyDelete
  16. best.nak next entry blh?blh hantar kat email x?shahreen05@gmail.com...
    klo dpt dijadikan novel..blh x post yg second bab terakhir n yg terakhir.....x sabo nak beli novelnye klo ade....

    ReplyDelete
  17. Wahhh best sgt....x sabaq nk baca pe jd seterusnyaaaa....klo da novel lg x sabaq nk beli....

    ReplyDelete
  18. Best sgt..asyik gelak jeee...bila nk hbs ni..rss mcm nk je syed adrian tuu..waiting 4 the novel

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.