Thursday, May 1, 2014

I Heart You, Doctor! 27

BAB 27
“KENAPA Manda tak ikut sekali?” soal Puan Sri Sharifah setelah lama mendiamkan diri. Wajah putera sulungnya mula dipandang.
Teguran daripada mummy itu membuatkan Syed Adrian tersentak. Hampir saja sup cendawan yang dihirupnya mahu tersekat di celah kerongkong. Terbatuk-batuk Syed Adrian dibuatnya akibat rasa pedih di tekak.
“Dia busy.... Ramai pesakit katanya.” jawab Syed Adrian pendek. 
Malas dia nak memanjangkan cerita. Apatah lagi mummynya itu asyik nak bersoal jawab aje. Haih... penat pula dia nak melayan. Kalau soalan mummy dia tu simple and easy, tak apa lah juga. Ini tidak.... soalan dia bukan main maut. Rasa macam bernanah aje telinga yang mendengar.
“Ooo... biasa lah tu. Nama pun doktor... Tak hairanlah kalau dia asyik busy memanjang aje. Dah itu kerjaya dia.... nak buat macam mana? Kamu tu kenalah bertimbang rasa sikit, Rian. Bukan senang nak berumah tangga dengan seorang doktor yang busy aje kerjanya. Dan bukan senang juga nak dapatkan seorang isteri yang cukup pakej macam Amanda tu. Jadi, jagalah dia baik-baik selagi kamu boleh. Jangan sia-siakan dia... Dan jangan sesekali kamu abaikan dia. Ingat, dia tu isteri kamu. Tanggungjawab kamu.” bebel Puan Sri Sharifah berjela-jela.
Semua yang berada di meja makan itu sudahpun tercengang. Tak sangka mereka dapat mendengar ceramah free khas daripada Puan Sri Sharifah Adriana. Syed Adrian yang begitu fokus mendengar ceramah daripada mummynya itu hampir saja ternganga luas. Namun perlakuan itu cuba dikawal agar tak dipandang hairan.
“Rian tahu lah mummy. Rian tahu tanggungjawab Rian sebagai seorang suami. So, mummy jangan risau lah. Inshallah, Rian akan jaga Manda sebaik mungkin selagi dia bergelar isteri Rian. Lagipun, Rian sayangkan dia.” selamba aje Syed Adrian menjawab. Langsung tak memandang ke arah si mummy.
Rasa-rasanya, auta ke jawapan dia tu? Hmm entahlah. Dia sendiri pun tak tahu dan tak pasti. Nak kata yang dia ni sayangkan Manda, macam ya... macam tak pun ada. Err dia sendiri pun tak yakin dengan perasaannya sendiri.
“Amboi... sayang bini nampak?” sengaja Rosella mencelah. Sebaris gigi putihnya mula ditayangkan ala-ala Fazura.
“Suami mana yang tak sayang bini, Sella oi.” jawab Syed Adrian penuh selamba. Riaknya seolah olah tiada perasaan. Tiada jiwa.
Puan Sri Sharifah yang mendengar jawapan si anak dah mula tersenyum sampai ke telinga. Sungguh dia yakin akan kebahagiaan putera sulungnya bersama doktor keluarganya itu. Syukur alhamdullilah... akhirnya, Allah bukakan pintu hati pasangan itu untuk menerima antara satu sama lain. Nafas lega ditarik lembut.
“Daddy pergi mana, mummy?” soal Syed Adrian tiba-tiba. Hairan melihat ketiadaan si daddy di rumah pada hujung minggu sebegini.
“Hmm pergi mana lagi... Pergi main golf lah. Takkan kamu tak faham lagi dengan rutin daddy kamu tu? Pantang hari minggu... padang golf yang ditujunya.” jawab Puan Sri Sharifah tanpa riak, seolah olah sudah hafal jadual harian si suami.
Syed Adrian yang mendengar hanya mencebik. Dia juga sudah sedia maklum dengan hobi daddynya itu. Tak kira Malaysia ataupun UK, padang golf tetap menjadi pilihannya. Haih... biasa lah tu. Hobi orang kaya.
“Apa hajat kamu datang ke sini, Rian? Yalah, tak ada angin... tak ada ribut... tiba-tiba aje muncul, apa kes? Hmm selalunya, kamu lah yang paling liat sekali nak bertandang ke sini...” soal Puan Sri Sharifah hairan. Pelik juga dia melihat kedatangan putera sulungnya yang cukup mengejut tu. Apatah lagi terlihatkan kedatangan anak itu secara sendirian, tanpa berteman.
“Actually, I wanna take my Giant. Well, dah lama Rian tak berbasikal macam dulu. Teringin juga nak teruskan hobi lama...” ucap Syed Adrian ringkas.
“Abang Rian reti berbasikal ke? Erm nampak macam lembik je.” kutuk Rosella cukup spontan. Selamba aje dia menghirup secawan teh tarik tanpa mempedulikan riak si abang yang sudah berubah.
“Amboi, sedapnya mulut dok mengutuk. Kau fikir aku ni lembik sangat ke apa? Huh, ini Syed Adrian Michael lah... Setakat berbasikal, sekelip mata aje aku boleh cycling sampai ke Johor sana...” ucap Syed Adrian penuh riak. 
Tapi... memang betul pun. Syed Adrian memang jaguh berbasikal. Buktinya, dia berjaya memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Berbasikal dari KL ke Johor Bharu peringkat negeri pada beberapa tahun yang lalu.
“Mummy dah simpan basikal kamu tu kat dalam stor. Nanti kamu tanya lah kat Bik Surti. Biar dia yang ambilkan.” Puan Sri Sharifah mula menyampuk. 
Takut sekiranya pertengkaran kecil antara anak-anaknya itu bakal berlanjutan sehingga mencapai tahap kritikal. Huh... dia memang tak sanggup bila melihat budak-budak ni bertengkar. Apatah lagi pertengkaran itu melibatkan Syed Adrian yang kuat bertengkar ni. Pantang ada manusia di sekelilingnya, pasti aje bakal diajak bertengkar! Haih, Adrian... Adrian...
Bila lah kamu nak jadi matang sikit ni, Rian oi? Puan Sri Sharifah bermonolog dalam hati. Khuatir dengan sikap putera sulungnya yang masih keanak-anakkan walaupun dah berbini. Hmm terencat ke apa anak sulung aku ni?

KERETA Mini Cooper diparkirkan di dalam garaj. Lantas dia memboloskan diri dalam kereta saat terpandangkan sekujur tubuh yang sedang leka berbasikal di perkarangan rumah. Tubuh sasa yang tampak macho berbasikal itu mula didekati.
“Basikal siapa ni?” soal Amanda tiba-tiba. Berkerut wajahnya saat melihat sebuah basikal metallic yang tak asing lagi jenamanya.
Wah... basikal Giant tu. Bukan calang-calang punya basikal! Mahu beribu-ribu harganya yang terkini di pasaran. Hmm rasa-rasanya, harga yang paling sengkek sekalipun dah mencecah RM3000. Huh, gila memang gila! Tapi tak gila lah bagi orang kaya lagi berduit macam Syed Adrian ni. Alahai, setakat ribu-ribuan aje kot. Mana lah dia pernah kisah. Seluk poket, terus hulur duit ada lah...
“Basikal hantu.” jawab Syed Adrian pendek. Wajah Amanda yang jelas tercengang itu cuma dijeling. Langsung tak menunjukkan sebarang riak.
Bibir bawah digigit geram. Rasa macam nak cekik aje mamat yang berpenampilan santai di depan dia ni. Err orang bertanya, bukannya reti nak jawab baik-baik! Apa salahnya kalau berbudi bahasa sikit? Haih... bukannya rugi berjuta-juta ringgit pun, kan?
“Oooo.... basikal hantu. Hantu siapa? Hantu belaan awak? Ke awak yang hantu?” ucap Amanda cukup sinis. Sengaja nak bikin mamat ni berasap sikit!
“Err of course lah basikal aku. Dah tahu, buat apa tanya? Buat aku berangin aje. Hmm by the way, apasal tanya? Nak pinjam?” soal Syed Adrian ikhlas. 
Yalah... mana lah tahu minah ni benar-benar nak pinjam. Dengan hati yang luas terbuka, dia boleh bagi. Hmm apa salahnya, kan? Dapat juga dia meluangkan masa senggang dengan isterinya sendiri. Ceh, lain macam aje bunyinya.
“No, saja nak tanya. Hurm, tak apa lah. Lagipun, saya tak reti cycling lah... Karang kalau jatuh, saya juga yang dapat malu.” luah Amanda tanpa berselindung.
Sejujurnya, dia memang tak reti berbasikal. Erm nak kata tak pernah mencuba, rasa-rasanya, dah bertahun-tahun kot dia asyik mencuba. Tapi.... hampa. Dia masih tak reti-reti. Alasan? Dia sendiri tak tahu. Mungkin dia ni terlalu gelabah kot. Mungkin lah...
Luahan kata daripada Amanda itu membuatkan Syed Adrian tercengang seketika. Tak semena-mena mulutnya ternganga luas bagaikan tak percaya. Haih... ada lagi rupa-rupanya golongan dewasa yang tak reti berbasikal ni. Dan yang paling mengharukan lagi, isterinya sendiri tergolong dalam golongan tersebut. Huh... macam tak percaya. Dia ingatkan lepas dah kahwin nanti, boleh lah dia mengajak ‘bakal isteri’nya berbasikal bersama-sama sampai ke Port Dickson. Tapi....
Syed Adrian mengeluh kecil. Punah harapannya nak mengajak si isteri berbasikal jauh sampai ke negeri orang. Haih... apa boleh buat? Dah nasib dia dapat bini tak reti berbasikal... Nak menyesal pun tak ada gunanya. Redha aje lah, Rian oi... Omel Syed Adrian sendirian dalam hati.
“Tak pernah belajar ke sebelum ni?” soal Syed Adrian lembut. Tiada niat nak memerli.
“Pernah... Selalu sangat. Dah banyak kali saya try, tapi tetap jatuh. Tetap tak balance. Kalau setakat jatuh sikit, tak apa lah juga. Ini tidak... jatuh tersungkur lah... jatuh kena hempap basikal lah... jatuh tepi longkang lah... Haih, sakit tahu tak?” Amanda mula bercerita berdasarkan pengalamannya sendiri. Sungguh dia memang failed bab-bab berbasikal ni.
“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Memang lah sakit masa awal-awal belajar. Aku pun selalu jatuh juga dulu. Tapi lama-lama, I’m fine. No more fall, no more pain. So, kau kenalah banyakkan berlatih. And try to balance up your body. Jom try?” pelawa Syed Adrian selamba. Tangan kanannya dihulurkan.
Amanda memandang huluran itu. Silih berganti, dia memandang wajah Syed Adrian pula. Jelas terpancar riak takut di wajahnya. Takut sekiranya sejarah lama berulang kembali. Haih... dia tak sanggup kena hempap dengan basikal untuk kali yang ke entah berapa.
“Jangan lah takut. Aku kan ada? Come, duduk kat depan aku ni. Biar aku kayuh, but you must control the handle. Kalau basikal ni jatuh, kita jatuh sama-sama. Okey?” Syed Adrian cuba meyakinkan.
“Tak boleh ke kalau saya duduk kat belakang?” soal Amanda ragu-ragu. Pelik juga dia mendengar permintaan Syed Adrian tu. Takkan nak kongsi seat kot? Aduhai, kalau seat tu besar tak apa lah juga. Mahu rapat jarak mereka nanti.
“Kalau kau duduk kat belakang, macam mana kau nak belajar, Manda oi? Dah lah, jangan banyak cakap. Just sit here. ‘Buah tembikai’ kau tu bukannya besar mana pun kan? Muat aje kalau kita share.” ucap Syed Adrian tanpa berlapik. Selamba aje perkataan ‘buah tembikai’ terhambur keluar daripada mulutnya.
Amanda tak banyak cakap. Lantas dia melabuhkan ‘separuh’ punggungnya pada seat hadapan. Handle mula dipegang. Serentak itu juga Syed Adrian memegang tangannya agar dia juga dapat mengawal handle tersebut. Kalau tak... mahu tergolek mereka berdua nanti. Minah ni mana boleh dipercayai sangat.
“Sorry, I’ve to hold your hands. Aku takut kita jatuh je nanti kalau kau sorang yang kawal handle ni. Hmm I still can’t count on you.” luah Syed Adrian jujur. Huh... nanti tak tentu pasal ada kaki yang luka!
Amanda lebih senang mendiamkan diri. Perlakuan Syed Adrian yang memegang tangannya hanya dibiarkan. Entah kenapa dia mempercayai lelaki itu kali ni. Dia percaya yang Syed Adrian tiada niat jahat pada dirinya. Malah, hanya berniat nak mengajarnya. 
“Okay, ready? One... two... three! Here we go!” jerit Syed Adrian cukup teruja.
Basikal Giant itu dikayuh keluar dari perkarangan banglo tersebut.

PERLAKUAN Syed Adrian yang asyik meletakkan dagu pada bahunya sejak dari tadi membuatkan Amanda makin tak keruan. Terasa macam nafas lelaki itu berasak-rasak masuk ke dalam pendengarannya. Jarak yang terlalu dekat antara mereka membolehkan dia mendengar hembusan nafas lelaki itu. 
Sepasang tangan Syed Adrian yang masih setia memegang tangannya sejak dari tadi mula diperhatikan. Rasa hangat daripada pegangan tersebut menyebabkan bulu romanya naik meremang seketika. Entah kenapa dia berasa tak selesa pula saat diperlakukan sebegitu. Haih... bila nak sampai ni?
“Adrian, berhenti kejap. Saya penat lah. Saya nak balik...” Amanda mula merengek. Dia dah tak tahan untuk terus duduk dalam keadaan sebegitu. Jarak di antara mereka yang terlalu dekat dan rapat benar-benar menggusarkan hatinya. Sungguh dia memang tak selesa!
“Kita nak balik lah ni. Kalau basikal ni berhenti, macam mana kita nak balik?” soal Syed Adrian spontan. Dagunya masih lagi diletakkan di atas bahu gadis itu.
Suara garau Syed Adrian yang menerjah ke dalam pendengarannya membuatkan jantungnya bertambah sesak. Sungguh dia benar-benar tak selesa sekarang ni. Kalau diizinkan, mahu saja dia terjun dari basikal ni sekarang juga!
“Stop the bicycle, please. Let me walk alone. Lagipun, jarak dari sini nak ke rumah kita, dekat je kan?” Amanda tetap nak berdegil.
“But why? Listen, what’s the function of this bicycle if I allow you to walk alone?” bisik Syed Adrian perlahan.
Bisikan maut daripada lelaki itu membuatkan Amanda makin tak keruan. Hampir saja dia mahu terlompat di situ juga. Jantungnya kekal berdegup. Hatinya kekal berdebar. Entah kenapa perkara ini berlaku, dia sendiri tak tahu. Apa yang penting, dia benar-benar rimas dalam keadaan seperti ni!
“Adrian, stop the bicycle. I said, stop the bicycle!” jerit Amanda sekuat hati tanpa menghiraukan sekelilingnya.
“No, I won’t! Mana boleh aku biarkan kau jalan sorang-sorang. Aku ni suami aku dan kau tu tanggungjawab aku. Kalau terjadi apa-apa kat kau, aku juga yang susah!” suara Syed Adrian mula menaik. Sebal hatinya melihat kedegilan Amanda tu.
“Saya tak peduli! Saya nak awak berhentikan basikal ni sekarang juga! Stop it, Adrian. Stop it!” Amanda masih tetap dengan pendiriannya. Suaranya juga makin meninggi.
Amanda nekad. Handle sengaja dipusing-pusingkan dengan harapan Syed Adrian bakal memberhentikan kayuhannya. Namun, lelaki itu turut berdegil. Kayuhannya tetap diteruskan tanpa mempedulikan perlakuan si isteri.
Tak semena mena basikal yang dinaiki oleh mereka hilang kawalan gara-gara perbuatan Amanda sendiri. Sekelip mata saja mereka terjatuh akibat terlanggar lampu jalan. 
Amanda jatuh di sebelah kanan. Manakala Syed Adrian jatuh tepat disebelahnya, bersertakan basikal Giant yang menghempap tubuh mereka. Jarak tak sampai seinci di antara mereka membuatkan hidung mereka sedikit berlaga. Amanda tergamam, begitu juga dengan Syed Adrian. Masing-masing bertentang mata. Masing-masing menahan rasa. Masing-masing mengawal nafas yang dah macam apa. Masing-masing meneguk liur entah berapa liter. Wajah yang terlalu dekat membolehkan mereka menilik antara satu sama lain. Mata biru laut menjadi tatapan Amanda. Mata redup yang indah menjadi tatapan Syed Adrian.
Nyanyian Miley Cyrus menerusi Iphone 5s mematikan pandangan sesama mereka. Syed Adrian mula mengalihkan pandangannya ke arah lain. Begitu juga dengan Amanda. Iphone 5s diseluk dari dalam poket jeansnya. Nama pemanggil pada skrin dipandang. Segera panggilan tersebut dijawab.
“Assalammualaikum...”
Diam.
“Ya, saya. Ada apa, misi?”
Diam lagi.
“Okey... okey... saya datang sekarang.”
Talian dimatikan. Perlahan-lahan Amanda bangun dari pembaringan. Basikal Giant yang menghempap tubuhnya itu didirikan dengan penuh cermat. Takut sekiranya basikal mahal itu jahanam gara-gara perlakuannya sendiri. Huh... tak sanggup nak kena bebel dengan Syed Adrian! Mahu bernanah telinga dia nanti.
“Saya kena pergi ke hospital semula. Ada emergency. Kalau tak ada apa-apa halangan, masa Isha’ nanti saya balik.” Amanda mula meminta izin. Wajah Syed Adrian yang dibelakanginya langsung tak dipandang. Malu punya pasal!
“Kalau kau nak aku izinkan, tolong pandang muka aku. Sekarang.” selamba Syed Adrian memberi arahan. Sengaja dia nak melihat ekspresi wajah si isteri. Hmm mesti dah merah menyala bak buah delima.
Amanda tak banyak membantah. Sungguhpun hatinya amat berat untuk mengalihkan pandangan ke arah Syed Adrian, dia akur. Terpaksa dia memberanikan diri dan menguatkan lutut untuk menghadap wajah kacak lelaki itu.
“Then, look at my blue eyes. And stare on me.” sepantas kilat sepasang tangannya menarik bahu Amanda agar dekat dengannya.
Amanda terkedu seketika. Perlakuan Syed Adrian yang menarik bahunya membuatkan mata redupnya bercantum dengan mata biru laut milik lelaki itu. Liur diteguk. Degupan jantung yang agak keterlaluan hanya dibiarkan. Be tough, Amanda. Be tough!
“Now, say it. I give you 5 minutes to complete your sentences.”
“Sa... saya kena pergi ke hospital semula. A... ada emergency. Ka... kalau tak ada apa-apa halangan, ma... masa Isha’ nanti saya balik.” tergagap-gagap Amanda mengulanginya kata-kata izinnya. Mata biru laut itu masih lagi menjadi tatapan.
Syed Adrian tergelak kecil sehingga menampakkan sepasang lesung pipit miliknya. Tawa yang cukup spontan itu membuatkan Amanda tertarik seketika. Alahai, handsomenya muka dia bila gelak macam tu. Handsome kuasa dua! Hmm untung lah kau, Adrian. Buat aksi macam mana sekalipun tetap nampak handsome. Haih... macam mana lah Jessica Hogan tak terpikat kat kau, ya tak?
“Okay, good. I allow you.”
Dengan penuh selamba dahi gadis itu dikucup perlahan tanpa rasa bersalah. Amanda yang menyaksikan sendiri perlakuan selamba lelaki itu sudahpun tercengang. Hampir saja mulutnya mahu ternganga luas namun, perbuatan itu cuba dikawal. Takut sekiranya masuk lalat barangkali.
“Sa... sa... saya pergi dulu. Assalammualaikum.” terketar-ketar Amanda meminta izin untuk beredar. Wajah Syed Adrian langsung tak dipandang.
Lantas dia mengambil langkah untuk ke perkarangan banglo mereka yang hanya beberapa meter saja dari situ.
Syed Adrian terdiam sejenak. Dahinya ditepuk perlahan saat tersedar akan keterlanjurannya sebentar tadi. Err macam mana ciumannya boleh terlepas kat dahi Amanda ni? Huh... buat malu keturunan nenek moyang dia aje!
Itu pun nasib baik kat dahi. Kalau kat bibir... macam mana? Tak tentu pasal dia dapat pelempang free-of-charge je tadi. Phew ngeri!
Basikal yang diletakkan di tepi tiang lampu mula dibelek. Risau sekiranya ada kesan calar-balar pada basikal kesayangannya itu. Setelah memastikan semuanya baik-baik saja, lantas Syed Adrian mengayuh Giantnya untuk meneruskan aktiviti riadah yang tergendala sebentar tadi. 
Err ni semua Amanda punya pasal! Syed Adrian mula menyumpah dalam hati.

22 comments:

  1. Best sgt ,cptla smbung next n3 ��

    ReplyDelete
  2. smbung la lgy..><

    ReplyDelete
  3. Best nak lagi,kalau boleh tulisan dia besar sikit boleh tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry.. Iposted this entry through phone. Tak tau pulak ada masalah font. Thank u, later Iwill repair k :-)

      Delete
  4. Best...lama tunggu n3 baru....akhirnya dpt gak

    ReplyDelete
  5. Bestnya............. rasanya macam Amanda dan Syed Adrian dah jatuh cinta aje........ tapi ego. Bila nak update lagi.

    ReplyDelete
  6. Bila nk sambung lg..

    ReplyDelete
  7. Plz cont your novel dek :D

    -doc abby



    ReplyDelete
  8. sambunglah lagi... this story is really awesome

    ~syasya mohd

    ReplyDelete

Desperately need your responses & comments. Unsatisfied? Tell me then.