BAB
3
TAN
SRI HENRY agak berang saat mendengar berita yang disampaikan oleh
isteri pertamanya itu. Dia benar-benar kesal akan sikap Adriana yang telah
merahsiakan perkahwinan putera bongsunya. Adakah dia ni langsung tak penting
dan bermakna bagi mereka?
Syed Adrian bingung melihat mood daddynya yang agak kacau. Jarang
pula dia melihat orang tua ni naik berang macam tu sekali. Habis berterabur
barang-barang di atas meja tu diselerakkan. Apa kes daddy ni?
“Daddy,
what’s happening?” soal Syed Adrian. Penasaran.
Tan Sri Henry menoleh ke arah putera
sulungnya. Mukanya yang kemerah-merahan akibat menahan amarah di hati
membuatkan Syed Adrian bertambah hairan.
“Adam
is already married…” jawab Tan Sri
Henry ringkas.
Syed Adrian tercengang mendengar
berita hangat yang disampaikan oleh daddynya
itu. Betul ke apa yang aku dengar ni? Haih,
dah terbuka hati ke mamat tu?
“What
a very good news! So, kenapa daddy
mengamuk tiba-tiba pula ni? Daddy tak
suka ke yang si Adam tu dah kahwin?” soalnya lagi.
Hairan
pula dia melihat kemarahan daddy dia
tu. Takkan Adam berkahwin dengan pilihan hatinya yang ketiga kot? Lol tak mungkin but possible. Daddy dia ni memang kasanova walaupun anak-anak dah besar
panjang. Malang sungguh mummy dia
dapat suami macam ni!
“Bukan macam tu, Adrian. I’m so happy to know about it. Daddy
cuma kecil hati sebab mummy kamu
langsung tak beritahu kita soal benda ni! Nasib baik daddy call dia tadi dan bertanya pasal Adam. Kalau tak, sampai
masuk lubang kubur agaknya kita tak tahu!” Tan Sri Henry meluahkan segala rasa
yang terbuku di hati pada anak sulungnya. Syed Adrian hanya mendengar.
“I
guess, Adam dah mengandungkan anak dara orang kot. That’s why mummy rahsiakan benda penting ni daripada kita. Mana
tahu kan... nothing is impossible
nowadays.” Syed Adrian mula meneka.
Tan Sri Henry kaget mendengar
kata-kata anak sulung dia tu. Mukanya semakin merah menahan rasa marah!
“Shut
up, Adrian! Jangan memandai kamu nak menuduh adik kandung kamu sebegitu. I know him well although our distance is so
further! Dia bukannya macam kamu! Raja segala playboy!” jerit Tan Sri Henry. Syed Adrian tersentap seketika. Tak
sangka pula daddynya akan berkata
sebegitu. Dan tak sangka pula daddynya
akan menyebelahi Adam!
“Oh sekarang ni daddy nak back up mamat
tu lah ya? Huh, hello daddy! Daddy
jangan berlagak macam Rian seorang je
playboy. Daddy pun kasanova kan? If not, mana mungkin daddy boleh menduakan mummy!” jawab Syed Adrian.
“Kurang ajar!!!!!!!!” hampir saja
tangan tuanya nak menampar mulut celopar putera sulungnya itu namun, sempat
ditahan oleh seseorang.
“Daddy,
stop!” Rosella menyampuk. Nasib baik tangan dia sempat menahan tangan daddynya daripada menampar Syed Adrian, anak
kepada papa tirinya.
“Rosella,
don’t block me! Daddy nak kena ajar budak kurang ajar tu…” Tan Sri Henry
makin naik berang. Mata birunya sudahpun merah akibat terlalu marah!
Syed Adrian semakin takut. Inilah
pertama kalinya dia hampir ditampar oleh daddy.
Huh! Nasib baik Rosella datang menyelamat! Kalau tak, tak tentu fasal muka dia
naik kebas gara-gara ditampar.
“DADDY, I’m
so sorry. I didn’t mean it… Adrian cuma geram sebab daddy asyik back up si
Adam tu. Adrian tak boleh terima bila daddy
bandingkan dia dengan Adrian. I know,
kami ni macam langit dan bumi. I know,
he’s a good guy compared to me. I
know it, daddy but please stop
comparing us….” Syed Adrian mula memujuk. Cuba nak meredakan api kemarahan
si daddy.
Tan Sri Henry langsung tak membalas
apa-apa. Dia sedar akan keterlanjurannya sebentar tadi. Dia tak sepatutnya
membandingkan Adrian dan Adam, seolah-olah dia membandingkan cara dia mendidik
Adrian dan cara Adriana mendidik Adam.
Dia berfikir sejenak. Penampilan
anaknya itu ditilik dari atas hinggalah ke bawah. Pacak rambut berwarna merah….
Hm subang nak dekat 3 biji di
telinga…. Leher siap berantai lagi…. Jari pula siap terhias dengan cincin yang aneh
dan pelik…. Lengan pula penuh dengan gelang entah apa…. Nasib baik tak ada tatu
budak ni! Tapi dah kategori teruk dan sesat ni. Kalau Adriana nampak ni, memang
mampus dia kena bebel sebab tak pandai nak jaga anak!
Syed Adrian berasa aneh melihat daddy dia yang sedang sibuk menilik
dirinya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ada masalah ke?
“Why
are you looking at me like that?” soal Syed Adrian. Tan Sri Henry
terperasan akan sesuatu saat anaknya sedang bertanya tadi.
“Adrian, buka mulut.” arahnya tegas.
Syed Adrian tercengang mendengar permintaan daddynya.
Daddy ni main-main ke apa? Tapi muka
punyalah serius! Apasal tiba-tiba nak
spotcheck aku ni? Tak pernah dibuat
orang……
“Syed Adrian Michael, buka mulut!”
suara Tan Sri Henry semakin meninggi. Geram pula melihat sikap anak dia yang
buat dek je tadi. Syed Adrian
tersentak apabila disergah sebegitu. Lantas dia membuka mulut.
Tan Sri Henry menggelengkan
kepalanya perlahan saat melihat tindikan pada lidah putera sulungnya tu. Mashallah, apa nak jadi lah dengan anak aku
seorang ni?
“Sejak bila kamu tindik lidah ni,
Adrian? Siapa yang ajar kamu buat semua ni? Nasib baik daddy perasan, kalau tak? Haih…
sebelum daddy suruh kamu naked dekat sini, baik kamu mengaku.
Kamu ada tatu ke tak, Adrian?” soal Tan Sri Henry serius. Risau pula hati dia
kalau Adrian mengangguk. Makin parah lah macam ni!
“Those
are trending lah daddy! Adrian cuma follow
je. Hm to be honest, dulu ada tapi sekarang Rian dah tak pakai benda tu….
Kenapa daddy tiba-tiba peduli tentang
pemakaian Adrian ni? Sebelum ni, daddy
tak pernah kisah pun?” soal Syed Adrian aneh. Macam ada yang tak kena je dengan
daddy dia ni.
“Oleh sebab mummy Rosenta dah meninggal, daddy
mengambil keputusan untuk berpindah ke Malaysia dan tinggal bersama keluarga
lama kita….” Putus Tan Sri Henry. Pertanyaan anaknya sebentar tadi langsung tak
dijawab.
Syed Adrian terkejut dengan
keputusan daddynya. What????! Balik
ke Malaysia???!
“Oh
my God, daddy. But why? Adrian suka tinggal dekat sini berbanding Malaysia.
Malaysia tu dah lah panas gila, daddy.
Please, daddy… Adrian tak nak pindah. Adrian nak kita tinggal dekat sini.
Lagipun, takkan daddy nak tinggalkan
Sella sendirian?” Syed Adrian cuba memujuk.
Please
lah! Kalau boleh, dia dah tak nak jejakkan kaki ke Malaysia lagi. Bila dia
teringatkan tanah airnya itu, pasti fikirannya terimbau kembali memori-memori
manis saat dia bersama Emilin.
“Soal Rosella, kamu jangan risau.
Dia akan ikut kita. Lagipun, dia dah lama setuju. You know why, Adrian? UK ni bukannya jiwa kamu yang sebenarnya. I feel pity to you. Daddy tak sangka
yang kamu dah berubah 360 darjah bila berpindah ke sini. Daddy tak nak kamu rosak gara-gara keegoan daddy sendiri. So, no
excuses! Kita tetap akan berangkat ke sana malam ni. Daddy dah beli tiket flight
dah pun. Lagipun, Isnin ni ada majlis persandingan adik kamu. Mummy suruh kita datang dan Adam nak
kamu jadi pengapit dia.” Terang Tan Sri Henry.
Adam nak aku jadi pengapit dia? Ha ha ha kisah dongeng Malaysia ke apa
ni?
“Oh, Adam belum bersanding rupanya. Hm nak juga Rian berjumpa dengan
perempuan malang yang dapat Adam tu. Nak juga Rian tengok taste Adam, cantik sangat ke?” balas Syed Adrian. Dia tertanya,
siapakah gadis yang telah mengambil tempat Emilin di hati Adam?
Tan Sri Henry hanya mendengar
kata-kata anak sulungnya. Sinis betul. Takkan dia berdendam lagi dengan Adam
kot? Masih ada lagi ke persengketaan di antara mereka meskipun Emilin sudah
lama meninggal?
“Whatever.
Oh yes, before that, daddy nak kamu buang red colour on your hair tu. Buang subang rock kamu tu. Buang gelang, rantai, cincin and especially… buang tindik dekat lidah kamu tu! Daddy nak kamu jadi pure
malaysian bila balik ke sana nanti. Nanti tak tentu pasal mummy kamu pengsan tengok anak dia jadi
macam ni!” bebel Tan Sri Henry.
Syed Adrian buat dek je ketika daddy dia memberi arahan mendatori. Alah, bukannya mati pun kalau mummy nampak aku macam ni.
“One
more thing, Adrian. Kamu solat
tak selama ni?” tanya Tan Sri Henry.
Takut
pula dia nak bertanya tentang kewajipan seluruh umat Islam ni tapi dia mesti
tahu! Risau lah pula kalau anak dia seorang ni tak solat dan lupa segala cara
nak menunaikan solat termasuk berwudhuk!
Syed Adrian terdiam sejenak. Segan
pula nak berkata jujur pada daddynya.
Tapi tak kan dia nak berbohong? Benda ni melibatkan soal agama kot!
“Rare……”
jawab Syed Adrian pendek.
“Rare
or never?” soal Tan Sri Henry lagi. Saja je dia nak menguji. Yalah, mana
tahu budak ni berbohong ke apa.
“No,
rare. I did it occasionally.” Syed Adrian berkata jujur. Memang dia
mengerjakan solat sekali sekala. Alasan? Dia terlalu sibuk dengan urusan kerja
dan kadang-kadang dia terbuai dengan nafsu dunia.
“Kamu solat dalam keadaan rambut
macam ni ke, Adrian? Mashallah,
Rian…” Tan Sri Henry menepuk dahinya perlahan. Pening!
“Since
I dyed my hair, I never……” balasnya jujur.
“Since
when?” Tan Sri Henry sekali lagi menyoal.
“2
months ago……” jujurnya lagi. Syed Adrian tersengih memandang daddynya yang sudah memicit-micit
kepala. Dah pening mungkin!
“Oh,
daddy. I’ve to manage something tonight
so I can’t follow you and Rosella. Esok pagi je lah Adrian balik Malaysia, boleh?” Syed Adrian meminta izin. Ada
banyak lagi urusan syarikat yang perlu diselesaikan. Tugasnya sebagai CEO di
Michael Corporation bukanlah sesuatu yang mudah baginya, apatah lagi dia ni
jenis yang suka enjoy.
“Alright
then. About our company, daddy dah suruh your uncle Johnny and your
cousin Andrew untuk uruskan segalanya. Okay,
I want to pack my things. Jangan lupa pesanan daddy tadi. Before balik
Malaysia, please change your old styles
back.” Tan Sri Henry sempat memberikan peringatan.
Syed Adrian hanya buat endah tak
endah. Malasnya!
BAB
4
INILAH
urusan yang dia katakan pada daddy petang
tadi. Bukannya urusan syarikat, tapi urusan peribadi. Alah, berbohong sunat tak
apa kot. Kelibat Jessica Hogan dah semakin menghampirinya. Lantas Syed Adrian
bangun lalu menjemput bintang Hollywood tu untuk duduk.
Jessica Hogan. Nama yang tak asing
lagi dalam industri muzik Hollywood. Gadis kelahiran Kanada yang tinggi lampai
dan bertubuh ramping itu sering dilihat pada kaca televisyen. Rupa-rupanya
dalam diam, bintang Hollywood itu berpacaran dengan seorang jejaka kacak
kacukan British-Arab-Melayu, Syed Adrian yang tampak segak bertuksedo. Mata
biru laut milik Syed Adrian menjadi tatapan Jessica.
“I
heard that……” baru saja Jessica ingin menyambung kata-katanya, tiba-tiba
Syed Adrian menyampuk.
“Don’t
say it, Jess. Yes, I’ve to move back to my hometown. I’ve to leave my company, my job, my friends and especially my love, you.”
terang Syed Adrian lembut. Wajah gadis cantik di depan dia tu ditatap lama.
Jessica membalas tatapan itu dengan senyuman yang cukup hambar.
“I
don’t mind if you wanna leave me, Adrian
but please don’t ask me to stop our relationship.
Please don’t, Adrian… We have been together for almost 2 years.
Honestly, I’m not tough enough to
face the ending of our relationship. I’m begging you, Adrian…. Please don’t…” merayu-rayu
Jessica agar tidak memutuskan hubungan mereka. Sukar bagi dia untuk mengakhiri
segala-galanya kerana dia terlalu cintakan Adrian. Jika mereka ditakdirkan
untuk berpisah, dia terima seadanya jika sudah terpaksa.
“If
I’ve to, I will. If I can’t make you happy anymore, I will let you go. I don’t
want to hurt you. Is it okay?” soal Syed Adrian. Dia memang pun tak ada
niat nak memutuskan hubungan dengan penyanyi yang selalu menghiburkan hatinya
tu.
“Yeah,
it’s okay. If we have been destinied for not being partners, will you be my
friend, Adrian?” Jessica pula menyoal. Syed Adrian tersenyum manis
memandangnya sehingga menampakkan lesung pipitnya.
“Wow,
what a pair of cute dimples! I’ll miss it…” puji Jessica sambil mencubit kedua-dua belah pipi lelaki itu. Syed
Adrian hanya tergelak kecil melihat perlakuan selamba gadis itu. Suasana
romantis pada malam tu bertambah ceria gara-gara keserasian mereka bersama.
KEPULANGAN suaminya
ke tanah air disambut meriah. Alhamdullilah,
tiba juga Henry Michael ke sini. Puan Sri Sharifah begitu teruja untuk berjumpa
dengan putera sulungnya! Almaklumlah, dah bertahun lamanya tak bersua.
Ketiadaan Syed Adrian di sisi sang
suami telah mematikan senyumannya. Punah harapan! Adrian tak ikut rupanya.
Sungguh dia berasa kecewa ya amat. Bertahun-tahun lamanya dia menunggu detik ni
tapi lengkap ke detik tu kalau seseorang yang benar-benar ingin ditemui tak
hadir?
Tangan Henry Michael disalam lembut.
Subhanallah, rasanya sudah bertahun
lamanya dia tak menyalam tangan itu. Tipu benar jika dia langsung tak merindui
sang suami.
Tan Sri Henry tersenyum melihat isterinya
yang masih cantik dan sihat walafiat. Alhamdullilah, tuhan telah memakbulkan
doanya untuk bertemu kembali dengan si isteri. Dia perasan akan riak sedih yang
terpancar pada wajah Adriana. Lantas dahi si isteri dikucup lembut. Adriana
hanya mendiamkan diri.
“You
sihat, Riana? Dah lama kita tak berjumpa kan. Alhamdullilah sebab Allah dah
berikan I peluang untuk bertemu dengan you
dan menebus segala khilaf I…” Tan Sri Henry insaf sendiri. Dia sedar betapa
besarnya dosa dia pada Adriana, isteri yang sangat taat padanya.
“Alhamdullilah, Mikhail. I pun rasa
bersyukur sangat sebab dapat bertemu dengan you.
Anyway, mana Adrian?” soal Puan Sri
Sharifah setelah agak lama membisu. Entahlah kenapa dia berasa sedikit
canggung. Mungkin sebab dah terlalu lama tak bersua.
“Adrian? He will arrive tomorrow. Dia kata tadi, dia ada urusan kerja yang
perlu diselesaikan. Oh yes, Riana. This is my step daughter who is Rosenta’s biological daughter. Rosella
Michael, her name.” Tan Sri Henry
memperkenalkan anak tirinya.
“Hello
aunt, I’m Rosella. Just called me
Sella, maybe?” Rosella juga
memperkenalkan dirinya agak ramah. Dia berasa sedikit janggal berada di situ.
“Hello
back. I’m Adriana. Just called me
mummy, enough. I’m okay with that.” Giliran Puan Sri Sharifah pula.
Kelihatan anak tiri suaminya itu pemalu orangnya. Berbeza dengan sikap arwah
madunya yang agak liar.
Rosella hanya tersenyum memandang
wanita cantik tu. Alhamdullilah, nasib baik isteri kepada daddy tiri dia tu
boleh menerima dirinya.
“By
the way Sella, are you good in Malay?” soal Puan Sri
Sharifah. Dia bukannya apa. Penat kot nak speaking
je. Berbelit sudah lidah dia. Maklumlah, dah makin tua.
“Mestilah saya boleh. Lagipun, abang
Adrian selalu cakap bahasa Melayu bila ada dekat rumah. He he he.” Jawab Rosella mesra.
“Daddy….?”
suara tu memeranjatkan semua orang yang berada di ruang tamu. Tan Sri Henry
menoleh. Senyuman girang terukir di bibir tuanya. Lantas dia memeluk tubuh
tegap seorang anak yang sangat dirinduinya selama ni.
“Adam! You’ve been grown up very well… Dah makin handsome anak daddy ni! I couldn’t
believe that you’re in front of my
eyes right now….” Tan Sri Henry melepaskan segala rasa rindu yang terbuku
selama ni pada putera bongsunya. Syukurlah kerana Adriana telah memelihara anak
bongsu mereka dengan begitu baik! Tiba-tiba saja, dia terfikirkan Adrian… Pasti
saja Adrian tak akan berubah menjadi sebegitu rupa jika anak itu dididik oleh
Adriana. Nampaknya, dia sudah gagal sebagai seorang ayah. Tan Sri Henry
menyesal sendiri.
“He
he he yeke Adam dah makin handsome?
Well, tengok bapak dia lah! Handsome
ke tak handsome, kan mummy?” Syed Adam sengaja mengusik.
Kening lawa miliknya sengaja dijongket-jongketkan. Puan Sri Sharifah hanya
tergelak. Pandai betul budak ni buat lawak.
Tan Sri Henry hanya tersenyum
melihat gelagat putera bongsunya. Haih…
dah besar panjang pun belum matang lagi ke? Macam mana lah budak ni boleh jadi
laki orang? Siapalah si isteri yang perlu banyak bersabar tu……
“Oh ya, Adrian mana? Dah tak tahu
jalan nak balik ke Malaysia ke?” soal Syed Adam. Sinis je bunyinya. Tan Sri Henry tergelak kecil. Berdendam lagi ke?
“Apasal
tanya? Rindu dia ke? Tu lah, dulu masa kecil sibuk dok bergaduh pasal perempuan. Sekarang dah rindu nak jumpa ke?” Tan
Sri Henry saja nak menguji.
“Eh mana ada. Just rindu nak bertekak dengan dia je…” balas Syed Adam. Betul juga apa yang dikatakan daddy tadi. Dah lama rasanya mereka
bergaduh gara-gara seorang perempuan yang bernama Emilin. Huh, sampaikan dah
jadi arwah perempuan tu!
“Adrian sampai esok. Dia busy katanya…” jawab Tan Sri Henry. Syed
Adam hanya mengangguk tanda mengerti. Yalah… CEO mestilah asyik busy 24 jam je kerjanya.
“Ni siapa, daddy?” soal Adam saat dia terperasan akan seorang perempuan cantik
di sebelah daddynya. Ini ke Rosenta?
Eh, tapi bukan ke mummy tiri dia dah
meninggal dunia. Habistu? Takkan bini ketiga daddy kot? Huh! Mana lah tahu kan… Possible je.
“Ini Rosella Michael. Anak tiri daddy.” Tan Sri Henry memperkenalkan
gadis tu sekali lagi. Syed Adam tersenyum lalu memperkenalkan dirinya.
“Syed Adam Mikhail. Just called me Adam.” Adam menghulurkan tangannya sebagai salam perkenalan.
Rosella menyambut perkenalan tu agak mesra. Ini ke adik Abang Adrian? Handsome orangnya. Tapi kenapa muka dia
lain sikit macam muka Abang Adrian? Muka Abang Adrian macam mat salleh sikit
tapi adik dia macam arab gitu.
“Rosella
Michael as daddy said. You may called
me Rose or Sella.” Apabila tangan
mereka bercantum, Rosella dapat merasakan debaran di jantung. Eh kenapa ni?
“Sayang, who are they?” Luna mula menyoal saat dia melihat seorang gadis
cantik sedang bersalam dengan suaminya sewaktu dia berada di tepi tangga tadi.
Lantas mereka melepaskan tangan masing-masing.
“Oh
yes. Daddy and Rose, this is my wife, Luna
Yurisha.” Syed Adam memperkenalkan isteri yang tak pernah diinginkan itu.
“Hi
daddy and…… hi Rose. I’m Luna
Yurisha. Simple, just called me Luna.” Giliran Luna pula memperkenalkan
dirinya.
Rosella tersenyum hambar. Oh, dah
kahwin rupanya. Beruntung Luna ni dapat suami macam Adam. Tapi kenapa mereka
nampak tak serasi? Bergaduh ke apa? Luna ni je
yang over bahagia. Rosella
berpendapat.
“Okey semua. Sambung berbual dekat
dapur okey? Makanan dah siap tu. Sella, jangan segan-silu okey? Buat je macam rumah sendiri.” Puan Sri
Sharifah mempelawa.
Lantas mereka semua bergerak ke
dapur untuk menikmati hidangan makan malam.
KEDENGARAN bunyi
sudu dan garfu saja yang berlaga. Begitu khusyuk kesemuanya menikmati hidangan
yang telah disediakan. Tan Sri Henry tersenyum sendiri. Akhirnya, dapat juga dia
merasakan masakan si isteri yang amat dia rindui selama ni. Rasanya, baunya
masih sama. Langsung tak berubah!
“Adam, sejak bila kamu tukar nama
jadi Syed Adam Mikhail?” soal Tan Sri Henry tiba-tiba. Dia berasa pelik pula.
Bukan ke nama anak bongsu dia tu Syed Adam Michael? Apasal dah tukar Michael jadi Mikhail pula?
“Sejak awak masuk Islam, Encik
Mikhail……” Puan Sri Sharifah mula menyampuk. Henry Michael, itulah nama asal
suami dia. Tapi sejak lelaki tu menjadi mualaf, gelaran ‘Michael’ tu ditukar
menjadi Mikhail. Tak kan suami dia ni dah lupa kot?
“Oh
really? I dah lupa lah, Riana. Tapi
kenapa nama Adrian tak berubah? He’s
still using Syed Adrian Michael.”
Tan Sri Henry hairan seketika.
“Well,
Adrian. Takkan daddy tak kenal? Dia kan suka cari populariti memanjang je. Sebab tu dia still nak guna gelaran
‘Michael’ tu.” Semua yang berada di meja makan tergelak mendengar kata-kata
Syed Adam, termasuk Rosella. Huh! Nasib baik perempuan tu tak terkecil hati.
Luna berasa menyampah pula melihat
perempuan yang asyik memandang suami dia tu! Sebal pula hatinya saat melihat
kemesraan antara Adam dan Rosella. Adam melayan perempuan tu dengan sangat baik
berbanding dengan dirinya.
“Rose, tak payah nak susahkan diri
you nak bangun bagai. Biar I je yang
cedokkan. Lagipun lauk ni dekat sebelah I je.”
Syed Adam mula menyedokkan lauk kari ayam itu. Rosella hanya memerhati. Entah
kenapa dia berasa tak selesa saat diperlakukan sebegitu.
“Sayang, apasal you susahkan diri you
pula? Dah Rose nak bangun, ambil sendiri. Biarkan je lah. Yang you ni
melebih-lebih pula kenapa? Siap nak cedokkan bagai…” Luna mula naik berang.
Kata-kata pedas yang terkeluar daripada mulutnya membuatkan semua orang yang
berada di situ tercengang.
“Luna, kamu ni dah kenapa? Biar je lah Adam nak tolong Sella. Dia
bukannya buat apa-apa pun. Cuma cedokkan lauk je kot. Kalau kamu nak cemburu, biarlah bertempat sikit Luna....
Sella ni tetamu kita. Memang patut pun dia diperlakukan sebegitu.” Puan Sri
Sharifah mula mengeluarkan peluru. Amekaw!
Terus tersentap. Tu lah, dengan tetamu sendiri pun nak biadab ke? Menantu jenis
apa lah dia ni.
Luna naik bengang apabila
diperlakukan sebegitu oleh mertuanya sendiri! Geram betul hatinya ketika itu
seolah-olah, dia tiada maruah. Lantas dia bangun lalu meninggalkan meja makan.
Semua
yang berada di situ sudah pun tergamam. Tan Sri Henry bagaikan tak percaya
melihat persengketaan yang berlaku di antara isterinya dan si menantu.
“Adam,
tunggu apa lagi? Pergilah pujuk si isteri tu……” perintah Tan Sri Henry lembut.
Tak sampai hati pula dia melihat menantunya bersedih hati.
“Tak
ada maknanya Adam nak pujuk dia, daddy….”
Balas Syed Adam. Dia buat dek je
dengan perintah daddy dia. Tan Sri
Henry hairan pula. Anak dia ni pun bergaduh dengan si isteri ke?
“But why, Adam? Tak elok kita, sebagai
seorang lelaki memperlakukan isteri kita sebegitu. Adam nak jadi macam daddy ke? Buat mummy terluka bertahun tahun lamanya. Jangan, Adam. Menyesal kamu
nanti.” Tan Sri Henry memberikan nasihat berdasarkan pengalamannya sendiri.
Bukannya apa, saja nak kongsi. Kesilapannya pada masa lalu wajar dijadikan
ikhtibar oleh anak-anak.
“Daddy tak faham. I never love her. She ruined my future to have a beautiful life with my
own choice. Because of her, I lost my love. Because of her, I lost my strength.
But alhamdullilah, since mummy always be my backbone, I’m being strong back to
face her and her game.” Syed Adam meluahkan segala cerita yang tak pernah
diketahui oleh daddynya.
Tan
Sri Henry sedikit tercengang. Apa maksud semua ni?
“So Adam…… how about that marriage?” Tan Sri Henry mula menyoal. Rasanya ada
banyak lagi yang langsung dia tak tahu mengenai putera bongsunya. Bapak jenis
apa dia ni?
“Luna
menuduh anak kita ni bapa kepada kandungannya. On that time, Adam dah bertunang dengan Dr Scha Amanda, our family’s doctor. Hubungan mereka
terputus di pertengahan jalan gara-gara tuduhan yang dilemparkan oleh Luna. That’s why I tak beritahu you pasal perkahwinan Adam sebab bila
difikirkan balik, perkahwinan tu langsung tak bermakna. Sia-sia je you datang dari jauh, Mikhail, hanya
untuk melihat hari kesengsaraan anak you sendiri.”
Puan Sri Sharifah mula menerangkan. Kini, Tan Sri Henry baru mengerti. Ya
Allah, begitu berat ujian yang kau lemparkan buat putera bongsuku…. Tabahkanlah
hatinya ya Allah, doa Tan Sri Henry dalam hati.
Rosella
begitu setia mendengar kisah hidup Syed Adam Mikhail. Oh, sebab tu lah mereka
berdua nampak tak serasi langsung. Ada udang di sebalik batu rupanya. Namun,
kotak fikirannya tertanya. Siapakah dia gadis beruntung yang bernama, Scha
Amanda?