BAB 1
“AKU
terima nikahnya Luna Yurisha binti Mustapha dengan mas kahwin RM800 tunai.”
Amanda
menahan empangan air matanya daripada pecah. Tipulah kalau hati wanitanya tak
terluka secubit pun saat menyaksikan perkahwinan yang tak pernah dijangka
olehnya selama ini. Apatah lagi si pengantin lelaki itu ialah tunangan dia
sendiri! Apabila upacara pembatalan air sembahyang bermula, lantas Amanda
bangun lalu meninggalkan kawasan masjid Putrajaya itu.
Puan
Sri Sharifah hanya memandang dari jauh. Tak mampu untuk dia menghalang Amanda
daripada pergi. Biarlah gadis yang sudah banyak berjasa pada keluarganya itu
mencari ketenangan. Dia mengerti betapa sakit dan terlukanya hati Amanda jika terus
berada di sini.
Sememangnya,
dia perasan akan senyuman sinis yang dikuntumkan oleh bakal menantunya terhadap
Amanda sebentar tadi. Namun, apa yang boleh dia lakukan? Maruah keluarga lebih
penting daripada segala-galanya. Dia tak mahu kehamilan Luna diketahui oleh
pihak luar, terutamanya pihak media kerana hal itu boleh menyebabkan maruah
keluarganya tercalar meskipun mereka sekeluarga belum pasti sama ada bayi yang
dikandung oleh Luna itu asalnya daripada benih Syed Adam ataupun bukan.
Syed
Adam menghampiri mummynya. Tangan
wanita yang agak berumur itu disalam sayu. Puan Sri Sharifah hanya memerhati
perlakuan si anak yang kelihatan sangat kacak berbaju Melayu. Jelas terpancar raut
sedih dan muram saat dia memerhati putera bongsunya itu. Dia tahu Syed Adam
langsung tak senang dan bahagia akan perkahwinannya sendiri.
“Mummy… I can’t believe this marriage is
happening. Adam tak pernah terfikir akan berkahwin dengan orang yang tak pernah
Adam cintai. Dan… Adam juga tak pernah terfikir akan melukakan hati orang yang
sangat Adam cintai. I feel so guilty,
mummy… I never want all of these… Adam….”
Tak
sempat Syed Adam meluahkan segala onak yang terbuku di hati lantas tubuh mummynya didakap erat. Lama. Dia
melepaskan segala duka pada bahu si ibu. Puan Sri Sharifah hanya mengusap bahu
putera bongsunya itu untuk memberikan sedikit ketenangan. Kasihan pula dia
melihat nasib malang yang menimpa putera kesayangannya ini.
“Ssshh! Adam… listen to me. Ini
semua ketentuan Allah. Ini semua takdirNya. Adam kena kuat menghadapi semua ni.
Mummy tahu, you’re tough enough. Mummy
yakin, anak mummy tak lemah. Mungkin Amanda bukannya jodoh Adam dan mungkin
Luna lah orangnya. Adam kena terima semua ni. Walau pahit mana pun sesebuah
kenyataan, Adam perlu redha… ikhlas… kerana di setiap kekecewaan pasti ada
hikmah di sebaliknya…” Puan Sri Sharifah cuba memujuk.
Syed
Adam masih berada dalam dakapan mummynya.
Tersedu sedan jejaka segak itu melepaskan segala onak dan duri di hati. Puan
Sri Sharifah hanya membiarkan.
KERETA
Mini Cooper itu dipandu laju. Amanda langsung tak menghiraukan risiko yang
bakal berlaku. Dia terlalu mengikutkan hati dan perasaan. Yalah! Siapa yang tak
sedih dan terluka kalau orang yang sangat disayangi selama ni sudahpun berumah
tangga? Mustahil dia akan meraikan perkahwinan yang langsung tak terdetik di
kotak fikirannya itu.
Amanda memberhentikan keretanya di seberang
jalan raya yang kelihatan lengang ketika Mini Cooper kesayangannya itu hampir
dilanggar lori. Nasib baik dia sempat mengelak sebelum perkara yang tak
diingini terjadi! Kalau tak, tak tentu pasal nyawanya melayang gara-gara cinta.
Cinta? Ah! Sudahlah! Loya tekak rasanya!
Stereng kereta diketuk kuat. Saja
dia nak melepaskan segala rasa di hati. Rasa marah, sedih, terluka, kecewa…
semuanya bercampur aduk menjadi satu. Empangan air mata yang asyik ditakung
sejak dari tadi sudah mula pecah berderai! Amekaw
dah macam kaca rasanya! Dia dah tak tahan lagi! Biarlah diri dia ni dianggap
lemah sekalipun. Dia dah tak peduli! Hanya tuhan saja yang tahu betapa terluka
hati wanitanya kini. Hanya tuhan saja yang tahu betapa rapuh jiwa dan raganya
saat terpaksa kehilangan lelaki yang amat dicintai!
“Ya Allah, aku tak kuat nak
menghadapi semua ni. Aku tak sekuat dan sehebat yang Kau fikirkan, ya Allah... Aku
lemah bila perlu berhadapan dengan Adam… Aku terlalu cintakan dia. Aku terlalu
sayangkan dia. Aku tak yakin yang aku boleh lupakan dia sekelip mata saja.
Kenapa begitu berat ujian yang kau berikan pada hambaMu ini, ya Allah?” banyak
persoalan yang bermain di mindanya.
Susah bagi Amanda untuk merelakan
segala-galanya. Kenyataan terlalu pahit sehinggakan dia tak mampu untuk
menelannya. Gila tak pahit?
Alunan lagu Sayang yang dinyanyikan
oleh Shae mula berdering sehinggakan lamunan Amanda mati di pertengahan jalan. Segera
dia mencapai telefon bimbitnya yang terletak di seat sebelah. Nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon
bimbit mendebarkan jantungnya. Adam? Kenapa dia call aku ni? Apa yang dia nak lagi daripada aku? Tanpa berfikir
panjang, lantas dia menjawab.
“Assalamualaikum……” bunyi suara di
hujung talian itu lebih mendebarkan jantungnya. Amanda hanya membiarkan saja. Buat
tak tahu kononnya! To be honest, dia
merindui suara garau milik lelaki itu.
“Waalaikumussalam. Awak nak apa lagi
daripada saya, Syed Adam Mikhail? Tak cukup ke awak sakitkan hati saya selama
ni? Tak cukup lagi ke?! Ke awak nak saya mati bunuh diri?” suara Amanda semakin
meninggi.
“Huh! Tak ada maknanya saya nak mensia-siakan
nyawa saya hanya untuk lelaki dayus macam awak! Saya memang tak sangka lah. Rupa-rupanya,
inilah diri sebenar Syed Adam Mikhail yang saya kenal selama ni! Serupa macam
syaitan bertopengkan manusia! Dayus… Kejam… Pencurang… Penipu… Pengkhianat….
Apa lagi?” sambung Amanda lagi. Kata-kata pedas yang dilemparkan olehnya itu
membuatkan Syed Adam terkedu, terkelu, tergamam. Nampak sangat yang Amanda
langsung tak percayakan dia!
“Scha…
I’ve explained to you those are false! I
love you, Scha. Saya tak pernah pun
berlaku curang pada awak. Sekali pun tak pernah! Luna’s foetus isn’t mine. Saya tak pernah sentuh dia sesentimeter sekalipun
selama ni. Awak nak tahu kenapa? Sebab saya terlalu sayangkan awak dan saya
takut akan kehilangan awak satu hari nanti. Sumpah saya cuma setia pada awak
seorang je, Scha. H.A.C.K.S!”
kata-kata Syed Adam membuatkan Amanda sedikit terkejut.
H.A.C.K.S?
Hanya Aku Cinta Kau Seorang? Did he meant
it or vice versa? Perhaps! Malangnya, ungkapan ‘maut’ tu langsung tak
dihiraukan. Entahlah… Perlu ke dia menghiraukan kata-kata lelaki itu sedangkan
semuanya sudah terlambat?
“Stop
it, Syed Adam. I don’t know either you’re right or not. To
be honest, saya memang percayakan awak tapi…. maafkan saya. Saya perlu
relakan semua ni sebab semuanya dah terlambat, Adam. Awak dah pun menjadi suami
orang. So, let’s stop everything.
Anggaplah kita dah tak ada apa-apa lagi. Anyway,
terima kasih untuk segalanya. Terima kasih sebab awak sudi menjadi tunangan
saya selama ni walaupun hanya sementara… Tapi tak apa. Saya sempat bahagia
dengan awak walaupun sebentar. Oh before
that, selamat pengantin baru. Saya harap awak bahagia dengan Luna hingga ke
akhir hayat. Assalamualaikum.” Talian terus dimatikan.
Syed Adam membaling Iphone 4s miliknya ke dinding. Perasaan
marah, sedih dan tertekan bercampur baur menjadi satu. Marah, kerana dia
terpaksa berkahwin dengan wanita yang langsung tiada tempat di ruang hatinya.
Boleh ke dia bahagia dengan perkahwinan ni? Boleh ke dia menerima bayi yang
sememangnya bukan asal daripada benihnya sendiri? Syed Adam buntu. Dia
merasakan dirinya terlalu bodoh kerana sudi mengahwini Luna Yurisha!
LUNA tersenyum
bahagia memandang cermin. Rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang dan
lurus itu dibelai lembut. Wah, bahagia sungguh rasanya! Bahagia kerana dia
berjaya mengikat Syed Adam Mikhail sebagai suaminya dan dia juga dah berjaya
mengalahkan Scha Amanda, ‘bekas’ tunangan lelaki itu! Saat ini, dia merasakan
dunia ini dia yang punya!
Senyuman sinis dikuntumkan seketika.
Senyuman yang penuh bermakna. Huh! Nampaknya trick dia kali ni menjadi. Tak sia-sia dia mempergunakan kandungan
yang entah dari mana asalnya itu untuk mendapatkan Syed Adam. Sungguh berbaloi!
“Oh
my future baby, thanks for helping mama… Because of your existence, I got my
lovely guy! But… tak semestinya aku akan biarkan kau terus hidup. Aku tak
akan biarkan kau masuk ke dalam dunia ni sebab aku tahu, kau akan merosakkan
segala-galanya. I’m sorry sayang… Ha ha ha ha ha.” Luna ketawa sendiri
bagaikan orang gila. Dah putus wayar agaknya. Perutnya yang sedikit memboyot
itu dipandang melalui cermin. Otaknya sedang ligat berfikir cara-cara untuk dia
menggugurkan kandungan yang masih kecil ni. Dasar tak berperikemanusiaan!
Tiba-tiba, pandangannya jatuh pada
telefon bimbit yang ada di atas meja solek. Senyumannya yang sentiasa sinis semakin
melebar. Sangat menggerunkan! Sengaja dia mendail nombor telefon Amanda.
“Hello,
Dr Scha Amanda. How are you? Sihat? Ke tak sihat? Well, buah hati baru berkahwin dengan orang lain kan… Confirm tak sihat, ya tak? Hm maksud I, mesti you stres gila kan? But as a
good friend, I nak ucapkan takziah… I
understand you but sorry, Adam loves
me more than he loves you. That’s why he married to me instead of you, right?”
sinis benar kata-kata Luna.
Amanda hanya mendiamkan diri. Dia
dah malas nak berdebat dengan minah yang tak tahu malu ni! Dia juga dah malas
nak berbahas soal ni. Cukuplah dia kecewa untuk beberapa hari. Cukuplah dia
menderita menanggung semua ni. Cukuplah…
“Kenapa you diam je, Scha? Dah
bisu ke? Or you tersentap? Ha ha ha pity to you. Okey I malas nak
cakap banyak. I harap you won’t disturb
my marriage and especially Adam. Jangan harap lah dia akan terlepas ke
tangan you balik because I won’t let it!” Luna seolah-olah memberi amaran.
“Hey
perempuan tak ada maruah! Kau jangan ingat aku nak sangat dekat si Adam tu. Kau
jangan fikir aku ni macam kau! Aku langsung tak hadap lah! Dia yang
terhegeh-hegeh dekat aku selama ni. So,
aku ada pesanan maut buat kau! Jagalah suami kau tu baik-baik dan jangan sampai
dia melutut balik pada aku. Assalamualaikum.” Lantas talian dia matikan. Huh!
Padan muka kau! Puas hatinya menyumpah seranah perempuan tak guna tu!
Luna terkedu mendengar kata-kata
pedas gadis itu sebentar tadi. Tak sangka pula Amanda akan berkata sebegitu.
Kurang ajar punya perempuan! Giliran Luna pula menyumpah seranah gadis yang
amat dibencinya itu.
“Okay
fine, Scha. Aku akan pastikan yang Adam tak akan jatuh pada tangan kau
lagi! He’s mine and forever mine. Aku
akan pastikan dia melutut pada aku, bukannya kau! Aku bersumpah.” Luna begitu yakin.
BAB
2
“ARGHHHHH!!!!!!!!!!!!!” Syed Adam menekan
perutnya agak kasar. Perit dan pedih! Itulah yang dia rasakan pada ketika itu.
Mukanya sudah kemerahan-merahan menahan sakit. Huh! Blushing habis kot! Jururawat yang sedang bertugas kelihatan
bertungkus lumus untuk membantunya. Yalah, orang handsome tengah sakit. Confirm
ramai nurse yang queue up gara-gara
nak tolong. Ceh!
“Encik, encik bertahan ya? Beberapa
minit lagi doktor sampai.” Salah seorang daripada mereka cuba memujuk. Syed
Adam hanya tersenyum manis memandang jururawat itu. Saja je dia nak test. Fuh, hampir pengsan je jururawat tadi gara-gara senyuman maut si pesakit!
“Ni apasal bising sangat ni, nurses?
Awak semua tak nampak ke pesakit tengah terlantar dekat atas katil tu? Sudah. Awak
semua boleh keluar.” Amanda mula menegur.
Dr Scha Amanda. Nama yang tertera
pada nametag itu disebut satu persatu
dalam hati. Scha Amanda… cantik nama tu. Macam orangnya juga. Ayu, cantik dan sopan!
Fuyoo serupa perempuan melayu
terakhir lagaknya. Gadis bertudung litup itu ditatap dengan penuh rasa kagum.
Entahlah kenapa dia berbuat sedemikian. Syed Adam sendiri pun tak tahu apa
alasannya. Haih, macam pertama kali pula nampak perempuan cantik ya?
Amanda kelihatan sibuk mencatatkan
sesuatu di tepi katil pesakit. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu yang
sedang memerhatikannya. Bukan sesuatu, tapi seseorang. Lantas dia menoleh ke
arah insan yang berada tepat di hadapannya itu. Handsome dan ceria. Itulah yang mampu Amanda lafazkan saat anak
matanya terpandang lelaki yang sedang tersenyum manis memandangnya. Ya Allah, cantiknya
ciptaanMu yang sedang dok tersenyum
depan aku ni…
Senyuman lelaki handsome itu dibalas tanpa rasa segan silu. Yalah, apa salahnya
kalau berbalas senyuman dengan pesakit? Bukannya berdosa pun. Amanda
menghampiri lelaki yang kelihatan agak blushing
tu. Mungkin dia sedang menahan kesakitan.
“Encik Syed Adam Mikhail?” Amanda
mula menyoal untuk mendapatkan kepastian. Panjang betul nama dia ni. Tercungap
cungap kot nak disebut satu persatu.
Syed Adam hanya mengangguk perlahan.
Dia dah tak larat nak membalas pertanyaan doktor cantik tu. Mana taknya, hampir
kesemua tenaganya habis digunakan sewaktu dia menjerit menahan perit sebentar
tadi.
“Berdasarkan rekod kesihatan awak,
saya mendapati awak ni pesakit gastrik. Jadi, boleh saya tahu, awak skip breakfast ke pagi tadi?” soal
Amanda lagi.
Syed Adam mengangguk sekali lagi.
Amanda hanya tersenyum.
“Itulah lain kali jangan abaikan waktu
makan, Encik Adam. Waktu makan tu sangat penting terutamanya bagi pesakit
gastrik macam awak. Once you missed it,
memang teruk lah kesannya. Jadi, saya sarankan awak agar jangan lupa waktu
makan. Makanlah, walaupun hanya sekeping roti. Itupun dah memadai daripada awak
biarkan perut awak tu kosong je.
Faham, Encik Adam?” berjela-jela Amanda memberikan sedikit sebanyak nasihat.
“Dan satu lagi, awak perlu makan
tepat pada waktunya.”
“Alright,
doktor cantik. Next time, I promise I’ll
manage my eating time properly. Before that, hello! Saya Syed Adam Mikhail.
Just call me Adam…” Syed Adam sempat memperkenalkan dirinya dengan begitu ramah.
Amanda tersenyum melihat sikap ramah
pesakitnya itu lalu memperkenalkan dirinya.
“Dr Scha Amanda. Panggil saya Dr Amanda
pun boleh, Dr Scha pun boleh. Okey Adam. Buat masa ni, awak cuma perlu berehat je. Makan bubur tu dulu. At least, perut awak tak kosong kan?”
Amanda memberikan sedikit peringatan.
Syed
Adam memandang semangkuk bubur yang dah siap tersedia di hadapannya. Mangkuk tu
dipandang lalu dia memandang Amanda yang sedang berdiri tegak di hadapannya
secara silih berganti. Sepasang keningnya yang lawa terbentuk dijongketkan.
Sepasangnya matanya yang berwarna hazel
sekali lagi memandang mangkuk tersebut.
“Semangkuk
bubur je ke, Dr Scha? Manalah cukup
doktor oi. Saya ni dah lah tengah
kebuluran ya amat.” Syed Adam mula merengek. Amanda hanya tersenyum memandang
lelaki yang berambut coklat itu. Ya tuhan, muka punya lah handsome tapi perangai manja tak bertempat! Dia ingat aku ni bibik
dia ke apa? Huh! Sabar Amanda, sabar!
“Adam, ini bukannya rumah awak. Ini
hospital, cik adik oi. Ramai lagi
yang perlu dijaga selain awak. Okey, macam ni lah. Kalau awak rasa tak cukup,
awak beritahu saya. Nanti saya suruh nurse
tambahkan lagi 2-3 mangkuk, okey?” nafas ditarik panjang. Susahnya kena jaga
pesakit manja macam ni. Confirm anak
mak ni!
Syed Adam cuma mencebik. Hm kan best kalau mummy ada dekat sini. Nak apa semua boleh! No problem je.
“Alright, Adam. Jangan nak mencebik macam tu. Buruk tahu! Hah cepat, awak nak kirim apa? Saya nak
turun ni.” Amanda terus melayan kerenah ‘anak mak’ tu. Aiyoyo manalah mak dia ni?
Syed
Adam tersenyum girang. Yay! Beruntung
dia dapat doktor yang sangat memahami pesakit macam dia ni. Dah lah cantik pula
tu. Wehee…
“Really? Saya nak kirim nasi ayam, boleh?
Lepas tu, saya nak chocolate milkshake
okey!” pesan Syed Adam. Amanda hanya menggangguk lalu mula bergerak untuk
beredar dari situ.
“Dr
Scha……” langkah dia terhenti. Amanda menoleh ke belakang.
“Thank you so much,
doktor cantik!” ucap Syed Adam sambil menaik-naikkan keningnya yang lawa tu. Fuyoo handsome siot! Confirm aset dia tu. Amanda hanya
tersenyum sambil menggelengkan kepala. Entah apa-apa je.
“TENGAH
teringatkan apa tu?” soal Puan Sri Sharifah dengan senyuman yang tak lekang di
bibir nipisnya. Amanda sedikit tersentak. Huh! Nasib baik tak tertanggal
jantung ni. Kalau tak, dah confirm-confirm
inallilah…
Puan Sri Sharifah hanya tersengih
memandang gadis yang kelihatan pucat di hadapan dia ni, gara-gara terkejut
beruk punya pasal!
“Eh, mummy bila datang? Kenapa Manda langsung tak perasan ni? I’m really sorry, mummy. Manda betul-betul tak perasan. Mummy jangan kecil hati ya sebab Manda tak sempat jemput mummy masuk tadi?” Amanda seakan-akan
memujuk. Tangan tua itu disalam dengan penuh rasa kasih sayang. Puan Sri
Sharifah tergelak kecil melihat kerenah ‘menantu tak jadi’ dia tu. Macam mana lah
Adam tak sayang dengan gadis ni… Jaguh memujuk tahu!
“No
problem, sayang. Mummy tak kisah
pun. Lagipun tadi Manda sibuk dok
berangan sendiri. Teringatkan siapa? Adam ke?” Puan Sri Sharifah sengaja
mengusik. Amanda hanya tersenyum hambar. Takkan dia nak mengamuk kot? Senyum je lah walaupun tak berapa nak manis
senyumannya. Puan Sri Sharifah perasan akan perubahan raut wajah Amanda. Bahu
gadis itu dipegang lembut. Amanda menoleh.
“I’m
sorry, sayang. Mummy tak sengaja mention nama dia. Mummy terlupa pasal hal tu. Maafkan mummy, ya?” Puan Sri Sharifah memohon maaf atas keterlanjuran
gurauannya. Takut pula kalau Amanda terkecil hati.
“Ya, Manda teringatkan Adam tadi.
Manda teringat sewaktu pertama kali Manda berkenalan dengan dia di hospital. On that time, he was my patient. Dia
kena gastrik masa tu. First time Manda
mengenali dia, Manda tahu yang dia tu anak manja dan anak mak. Honestly, I can’t believe those are right…”
Amanda tergelak kecil saat mengimbau kembali masa lalu yang sudah lama berlalu.
“Mummy
tak perlu nak minta maaf. Ini semua bukannya salah mummy pun. Manda yang bersalah pada mummy ada lah.” Puan Sri Sharifah hanya tersenyum. Lantas tubuh
Amanda dipeluk. Amanda tergamam seketika seolah-olah terkejut.
“Manda bersabar ya? Mungkin Allah
dah sediakan yang terbaik untuk Manda. Mummy
faham perasaan Manda saat kita kehilangan orang yang sangat kita cintai. Mummy dah pernah lalui semua tu. So, I understand how hurt you are.
Bersabarlah. Apa yang penting, Manda kena kuat dan tabah. Jangan pernah
berputus asa dengan kehidupan yang penuh dengan cabaran ni…” pesan Puan Sri
Sharifah.
“Thanks
for those spirits, mummy. Beruntung Adam kan, sebab dia memiliki seorang
ibu yang understanding macam mummy. Open-minded pula tu. You’re so impressing!” puji Amanda
melambung-lambung tapi dia memang ikhlas!
“Ada-ada je Manda ni. Mana ada. Mummy ni
sama je macam ibu yang lain. Anyway,
mummy nak ajak Manda dinner dekat
vila mummy malam ni. Free tak?” Puan Sri Sharifah mula
mempelawa. Dah lama juga dia tak menikmati hidangan bersama doktor keluarganya
itu merangkap anak angkatnya juga.
Amanda bingung sendiri. Nak ke tak
nak? Kalau nak, nanti mesti terserempak dengan Adam dan si isterinya yang gedik
melampau tu pula. Huh buat sakit mata, hati, kepala, jiwa dan raga je! Kalau tak nak, nanti mummy pula yang kecil hati.
“Please,
Manda? Mummy rindu sangat nak dinner dengan Manda macam dulu…” Puan
Sri Sharifah cuba memujuk. Dia benar-benar merindui detik itu. Tanpa berlengah
lagi, Amanda mengangguk perlahan tanda setuju. Tersenyum girang Puan Sri
Sharifah buat seketika!
“Thank
you, sayang! Datang lah awal sikit. Nanti kita boleh solat maghrib
sama-sama, ya tak?” tambah Puan Sri Sharifah lagi.
“Alright,
mummy. Anyway, mummy nak masak apa malam ni? Manda ingat nak datang petang
sikit. So, boleh lah Manda tolong apa
yang patut.” Amanda mempelawa dirinya untuk menolong. Gayanya macam nak pikat hati
bakal mak mertua pula!
“Mummy
belum fikir lagi. Bagus sangat lah macam tu. Pukul 5 okey? Dah lama juga mummy tak rasa masakan Manda yang
menjilat jari tu…” melambung-lambung Puan Sri Sharifah memuji masakan doktor
keluarganya itu. Tapi memang kenyataan pun!
Amanda tersengih mendengar pujian
daripada mummy angkatnya itu. Aduh,
muka dah blushing. Aduh, malunya!
“He
he he ada-ada je mummy ni. Tak
ada lah sedap mana pun masakan Manda tu.
Simple je kot. Masakan mummy lagi
power lah…” Amanda cuba merendah
diri. Puan Sri Sharifah hanya tersenyum. Tak sangka pula begitu kuat chemistry antara dia dan Amanda. Betapa
seronoknya kalau dia dapat menjadikan Amanda sebagai menantunya.
“Tok sah humble sangat lah sayang oi.
Akui je lah yang Manda ni pandai memasak. Beruntung bakal suami Manda kan?”
puji Puan Sri Sharifah lagi. Amanda hanya tersenyum hambar.
“Alright,
sayang. I’ve to go right now. Jangan
lupa pasal penjanjian kita tadi. Pukul 5 mesti dah sampai vila mummy okey? On the spot! Assalamualaikum… Jangan lupa kunci pintu rumah. Karang
tak tentu pasal kena culik!” Puan Sri Sharifah sempat memberikan peringatan.
Wah, sayang benar dia akan ‘menantu tak jadi’ dia tu. Amanda tergelak kecil
mendengar akhir kata mummy angkatnya.
Waalaikumussalam…
“HAH
tunggu
apa lagi? Jemputlah makan cik Amanda oi. Macam
tak biasa pula…” pelawa Puan Sri Sharifah. Amanda hanya tersenyum melihat
layanan yang diberikan. Wah, gaya macam aku ni VVIP lah pula.
Luna menjeling tajam ke arahnya.
Sebal pula rasa hati saat melihat keakraban mertuanya dengan perempuan tak guna
tu! Mana taknya, layanan yang diberikan oleh Puan Sri Sharifah buat dirinya
sangat teruk berbanding buat Amanda. Memang tak adil!
“Scha…
as you know, majlis persandingan kami
akan berlansung pada minggu depan. Dan kebetulan buat masa ni, I belum ada
pengapit lagi. So if you don’t mind, boleh
tak you jadi pengapit I?” Luna mula
membuka mulut. Saja je dia nak
sakitkan hati perempuan ni!
Syed Adam tersedak seketika. Lantas
Luna menepuk belakangnya perlahan. Konon-konon nak tunjuk romantik lah tu? Syed
Adam menepis laju tangan isterinya.
“Sayang, kenapa you boleh tersedak ni? You
terkejut ke bila dengar permintaan I tadi? But
why not? Scha kan orang terpenting dalam keluarga ni….” sinis benar
kata-kata Luna. Senyuman sinis juga dihadiahkan buat Amanda.
Amanda beriak tenang. Senyuman sinis
itu dibalas dengan senyuman sinis juga. Apasal
main senyum-senyum sinis ni? Puan Sri Sharifah hanya memerhati perlakuan
menantunya dan doktor keluarganya. Jangan berperang dekat sini sudah lah!
“I ingatkan you all dah bersanding. Hm no
problem. I boleh je jadi pengapit
you, Luna. Bukannya susah mana pun. Anyway mummy, majlis diorang ni hari
apa?” soal Amanda selamba. Dia masih beriak tenang. Macam orang tak berperasaan
lah pula!
Syed Adam hanya memerhati. Tak
sanggup pula dia nak menjemput Amanda ke majlis persandingan dia dan Luna. Dia
bukannya apa, dia cuma tak mahu melihat Amanda terluka kembali.
“Isnin…. I don’t mind kalau Manda tak datang. Mummy faham yang Manda tu busy.
Well, you’re a doctor right…”
terketar-ketar Puan Sri Sharifah menjawab. Tak sangka pula si Luna ni akan
membangkitkan isu ni. Dia bukannya tak nak menjemput Amanda, dia cuma tak nak
tengok Amanda terluka dan sakit hati.
“No,
of course Manda datang. Lagipun, Adam ni dah macam adik ‘kandung’ Manda
sendiri. Tak mungkin Manda tak hadir pada hari kebahagiaan dia.” Jawab Amanda
dengan senyuman yang terukir di bibir. Adik? Yalah, Syed Adam tu kan 2 tahun
lebih muda daripada dia.
Syed Adam memandang wajah Amanda
yang sedang duduk bertentangan dengannya. Kelihatan gadis tu sedang tersenyum
melihatnya. Syed Adam berasa serba salah. Tak sangka pula Amanda sanggup
berdepan dengan dia. Lantas dia membalas senyuman gadis tu.
Luna mula naik berang. Panas sungguh
hatinya saat melihat ketenangan di wajah Amanda. Hasrat dia nak bikin Amanda
panas tapi apasal pula dia yang panas
sekarang ni? Segera dia mengangkat punggung lalu beredar dari situ. Mereka
sekeluarga hanya memerhati.
“Manda,
I’m sorry. Mummy bukannya tak nak jemput
Manda. Mummy cuma tak nak tengok
Manda terluka. Itu saja, sayang.” Puan Sri Sharifah mula menerangkan saat
menantunya dah beredar dari situ.
“Mana ada Manda terluka, mummy. Manda kecil hati tau sebab mummy langsung tak beritahu Manda yang
Adam dengan Luna belum bersanding. Kalau Luna tak beritahu tadi, mungkin sampai
mati pun Manda tak tahu…” Amanda berdalih. Wajah lelaki yang sedang sibuk
melagakan sudu dan garfu di hadapannya itu dipandang.
“Adam, siapa jadi pengapit awak?”
Amanda mula menyoal tanpa rasa kekok. Syed Adam tersentak mendengar pertanyaan
Amanda. Wajah mummynya dipandang sekilas.
“Adrian….” sepatah saja Syed Adam
menjawab. Entah kenapa lah dia berasa kekok ketika berdepan dengan Amanda. Amanda menjongketkan
keningnya. Adrian? Siapa tu Adrian?
“Adrian tu siapa? Best friend awak ke?” soal Amanda lagi. Haih, dia tak berpuas hati pula dengan
jawapan Syed Adam yang hanya sepatah tu. Buat penat je dia bertanya tahu!
“Adrian tu abang Adam. Dia tinggal
dekat UK dengan keluarga arwah madu mummy termasuk daddy Adam. Adam tak pernah ceritakan tentang dia pada Manda ke?”
Puan Sri Sharifah menyampuk. Pelik juga rasanya. Hampir 2 tahun Amanda menjadi
anak angkat dia. Rupa-rupanya, gadis tu langsung tak tahu soal kewujudan abang
kandung bekas tunangan dia sendiri.
“I
never tell her, mummy. Well,
benda tu langsung tak penting. I don’t
think so yang Amanda patut tahu.” Syed Adam menjawab. Puan Sri Sharifah
hanya menggelengkan kepala melihat perangai putera bongsunya yang agak dingin
dengan si abang.
“Apasal
tak penting pula, Adam? Amanda ni anak angkat mummy so mummy rasa benda tu penting untuk dia tahu tentang ahli
keluarga kita.” Puan Sri Sharifah menyangkal pendapat anaknya. Amanda naik
bingung. Janganlah anak beranak ni bergaduh depan aku pula……
“I
thought Adam ni anak tunggal selama ni. Rupa-rupanya, dia ada abang. Kenapa
abang Adam tu dok bertapa dekat UK, mummy?” soal Amanda. Saja je dia nak tahu. Apa salahnya kan?
“Dia studied dekat sana dulu. Then,
daddy Adam suruh dia terus tinggal dekat sana. Mummy ni sebagai seorang isteri, tak boleh lah nak membantah. Mummy terpaksa berpisah dengan Adrian
untuk berlaku adil. Lagipun, mummy
dah ada Adam. So, I let my husband to
take care of Adrian.” Puan Sri Sharifah mula menerangkan. Meskipun dia
belum bercerai dengan Henry Michael, hubungan mereka agak renggang. Mungkin
disebabkan sikap Henry yang terlalu taksub akan isteri baru sehingga dirinya
diabaikan. Namun, dia tetap taat dan tabah.
Amanda mengangguk tanda mengerti.
Kasihan pula dia melihat Puan Sri Sharifah. Dia mengerti betapa terseksanya
wanita itu saat terpaksa berpisah dengan anak kandungnya sendiri gara-gara
hanya perlu taat pada seorang suami. Dia benar-benar kagum akan mummy angkat
dia tu.