Assalamualaikum.
Disebabkan ramai yang tak faham apa yang saya nak sampaikan
melalui cerita ni, jadi, nah, sinopsis:
Hadirnya kau menerangi hidupku yang kelam, ibarat lilin
menerangi malam.
“Papa tak kira. Papa nak Ad kahwin dengan Hadi minggu depan
juga. Titik. ”
Kahwin? Benda yang paling Adelia tak suka. Meluat. Menyampah.
Nak-nak bila disuruh kahwin dengan orang tua lawyer tu. Apa nama dia? Iskandar? Ah, tak kesahlah. Yang penting
dia tetap tak suka! Tak sudi!
“Lia tanya siapa abang? Abang suami Lia. Lia tulang rusuk
abang. ” – HADI ISKANDAR
Hadi Iskandar. Hadirnya dia dalam hidup Adelia rupa-rupanya
membawa sinar. Hidup yang dahulunya kosong, kini terisi. Jiwa yang dahulunya
rapuh, kini kukuh. Tak sangka orang biasa-biasa macam Hadi boleh mengubah
dirinya tiga ratus enam puluh darjah. Eh, biasa-biasa ke? Bukan luar biasa?
Dalam suka, ada juga duka. Tak terduga lelaki yang disangka
baik.. alim.. penyayang.. lemah lembut seperti Hadi, tega menduakannya.
Menikahi perempuan lain tanpa pengetahuannya. Bila ditanya kenapa, diam aje
mulutnya. Membisu. Huh, isteri mana yang tak marah?
“Kenapa you kahwin
dengan Dayana?” – ADELIA
“Ada sebabnya.” – HADI
ISKANDAR
“Sebab apa? Sebab ikut sunnah Nabi? Begitu?” – ADELIA
Bukan mudah untuk menerima semua ini. Hanya mereka yang kuat
mental dan fizikal aje yang boleh hadap takdir sebegini. Tapi maaf, dia tak
sekuat itu. Dia lemah. Walau konkrit manapun hatinya sebelum ini, dia tetap
terkilan. Tersinggung. Hati perempuan.. siapa tahu?
Gara-gara terlalu terikutkan perasaan bagaikan orang tiada
akal, tak semena-mena Adelia ditalak satu. Gila! Sekelip mata aje dia hilang
lelaki yang begitu dipujanya, dicintainya. Ya Tuhan.. inikah balasan atas dosa
lampaunya dahulu? Inikah dia balasan mengingkari perintahMu?
Dia yakin, setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Siang malam dia bersujud, berdoa agar Allah kembalikan Hadi ke pangkuannya.
Namun, termakbulkah doanya? Termakbulkah doa seorang pendosa sepertinya?
BAB 2
PAGI yang indah bertukar seram tatkala terdengarkan satu jeritan.
Terus terbuka luas mata Lia daripada tidur yang tak berapa nak lena. Jam di
dinding dipandang sekilas. 7.40 pagi. Ah, awal lagi. Sempat lagi kalau nak
mimpi seround ni, desisnya dalam
hati.
Panggggg!
Bunyi
tamparan yang begitu kuat membuatkan dia tersentak untuk seketika. Terkejut.
Terus terduduk Lia daripada pembaringan. Pantas dia bangkit, lalu menapak
keluar daripada biliknya itu. Nak menjengah adegan panas yang sedang berlaku di
ruang tamu.
“I tak
sangka you sanggup buat benda tak
senonoh kat belakang I! Mana maruah you
sebagai perempuan, Julia?!” tengking Datuk Latiff kuat. Merah padam mukanya
menahan marah. Tajam matanya merenung wajah cantik itu. Wajah yang sepatutnya
menjadi hak milik dia sepenuhnya. Bukannya hak milik jantan lain!
Datin Julia
mendengus agak kasar. Pipi yang mulai kebas diraba perlahan. “Berapa kali I nak
beritahu you yang I tak pernah buat
benda tak senonoh tu? Susah sangat ke you
nak percaya?!”
“Tak buat you kata? Apa you fikir I ni bodoh ke
Julia? Huh! I nampak dengan mata kepala I sendiri apa yang you dah buat benda tak senonoh dengan jantan tu! You ingat I buta?!”
“Apa yang you nampak tak seperti apa yang you fikirkan..”
“Tak seperti
apa yang I fikirkan? Oh yes, I fikir you baik, taat pada suami. Tapi I nampak
you macam setan! Pencurang!”
Panggggg!
Kali ini
wajah Datuk Latiff pula yang disedekahkan satu tamparan. Kuat. Hampir
tersungkur orang tua tu. Terkedu Lia melihatnya. Tak sangka pergaduhan antara
mama dan papanya bertambah kencang. Habis satu banglo bergegar!
Dia sekadar
memerhati di tepi tangga. Nak mencelah, takut ada yang kena tempeleng tak
semena mena. Err.. bukannya dia tak
biasa. Dah selalu kena. Tapi hari ni.. dia tak ada mood lah pula nak join
cerekarama mereka. Biarlah mereka bertengkar semahu-mahunya, asalkan tak
bercerai-berai sudah.
Wajah Datin
Julia yang tadinya merah sudah sedikit reda selepas menghadiahkan satu
tamparan. Keluhan yang cukup berat dilepaskan. Sungguh dia cukup kesal akan hal
yang terjadi.
“I nak keluar, tenangkan fikiran. I dah malas nak bertapa kat
neraka ni. Panas.” ucapnya perlahan, tapi pedas.
Datuk Latiff
hanya memerhati tindak tanduk si isteri yang mula melangkah pergi. Seraya itu
juga, pipi kirinya diraba kasar. Kebas.
“Shit!” luahnya geram.
FAIL-FAIL yang ditinggalkan disain satu per satu. Langsung tidak
meneliti isi kandungannya. Malas. Lagipun, dia dah ada Sofea yang sudi
membacakannya. Apa guna ada setiausaha kalau tak reti dimanipulasikan?
Bunyi
interkom menganggu kerjanya seketika. “Hmmm..
Ada apa?”
“Err.. Cik Ade. Ada orang nak jumpa.”
ucap Sofea takut-takut. Pasti perempuan, teka Lia dalam hati.
“Lelaki ke
perempuan?” soalnya, sengaja.
“Perempuan.”
“Elsa?”
tekanya selamba. Almaklumlah, Elsa baru saja menganggu ketenteraman hidupnya
sebentar tadi. Masih tak puas hati soal semalam. Ah, layan.
“Err.. no. Cik Hana.”
“Suruh dia
masuk!”
Riang Lia bersuara. Excited
bukan main kepalang nampaknya. Terus butang interkom ditutup. Usai itu, kolar
kemeja hitam yang dipakainya diperbetulkan sedikit. Biar nampak segak dan
kemas. Well, nak jumpa buah hati
pengarang jantung kateko.
“Bro!” jerit Hana
di hadapan muka pintu. Langsung tak beri salam.
Aduhai sayang, spoiled
sungguh. Harap muka je lawa, cun
melecun. Pakai tudung. Tapi adab? Ke laut! Lia menggeleng perlahan. Nasib baik member. Kalau awek? Erm.. memang dah
dicampak ke laut!
“Ya Allah, Ade.. Rindunya kat kau!” luah Hana seraya memeluk
bahu Lia dari belakang. Terdiam Lia untuk seketika. Terkejut. Pucat wajah putih
dia dibuatnya. Haish, minah ni.. main
peluk-peluk pulak dia!
“Weh.. janganlah peluk-peluk. Terangsang okey..”
“Bodohlah kau! Dengan aku pun nak terangsang ke? Dasar
lesbian punya kawan!” Kepalanya ditunjal kasar. Selamba badak sumbu je si Hana ni mengutuknya. Uihh.. pedas tu!
Lia mencebik. “Cakap baik sikit eh, Cik Hanaku Sayang. I straight.”
“Straight lah
konon! Kalau straight, tak adanya
perempuan keliling pinggang. Ya dok?” ucap Hana sebelum tersengih macam kerang busuk. Ingat lawa lah tu?
“Ala, duduk keliling pinggang je. Bukannya buat apa-apa pun. Anyway,
how’s London?”
“Hmm.. not bad.
Handsome guys everywhere.” komen Hana seraya mengusap dagu. Tangan masih
memeluk erat bahu Lia. Selamba.
Lia tersenyum herot. “Tak payah nak cari jauh-jauh lah, Hana.
Yang handsome dah ada kat depan mata.
Grab aje lah..”
Terus tajam mata Hana melirik pada anak mata sahabatnya itu.
Riak serius mula ditayangkan. “Siapa?” soalnya tegas.
“Kau rasa siapa?” Lia cuba bermain tarik tali. Kening
terbentuknya sengaja dijongketkan. Saja nak tayang muka handsome. Manalah tahu Hana cair. Lewls.
“Kau?”
“Best answer..”
“Bongoknya kau Ade.. Tak sayangkan persahabatan kita ke?”
soal Hana sayu. Tiba-tiba aje suaranya bertukar sedih. Lia mengeluh kecil. Nak
bergurau sikit pun tak boleh. Sensitif benor!
“Yalah.. sayang. Tak sanggup aku nak korbankan persahabatan
kita demi perasaan haram tu..” Suara Lia turut bertukar sayu. Bersertakan mimik
muka sedihnya. Alahai, dah berangan nak masuk slot Telenovela ke?
Hana tergelak kecil. Entah apa-apa je kawan dia seorang ni. Asyik buat benda pelik aje. Inilah jadinya
kalau loveless. Kurang kasih sayang.
Kesian sekali.
“De, aku laparlah.. Lunch
jom?”
“Kau belanja?” Lia sengih. Sekali sekala kikis duit kawan
baik sendiri, apa salahnya.
Hana mengeluh berat. “Yalahhh..
aku belanja. Tapi ada syarat.”
“Apa dia syaratnya, Tuan Puteri?”
“Naik Lamborghini Tuan Hamba, boleh?”
Lia berfikir sejenak sebelum membuat keputusan. Lama. Dalam
lima minit rasanya. Nampakkan betapa kedekutnya dia?
“Ehem, lamanya Tuan Hamba berfikir. Boleh ke tak ni?” sindir
Hana, sengaja.
Lia terus berpaling, memandang sahabatnya. Senyuman diukir. “No prob!”
BAB 3
“KAU keluar dengan perempuan lagi ke, Ade?” soal Hana serius.
Mata masih tidak berkalih mengusyar penampilan Lia. Pada masa yang sama,
kepalanya yang bertudung turut digelengkan bersama.
Lia angkat
muka, memandang wajah sahabatnya. “Kenapa?”
“Tak ada
apa. Just wonder, sampai bila kau nak
buat kerja gila ni..” Mendatar saja Hana bersuara. Langsung tak ada riak mahu
menyindir, mengutuk atau seangkatan dengannya.
Lia tersenyum sinis. Pandangannya dialihkan pada pinggan
pula. Nampak berselera. “Kau tak perlu risaulah fasal aku. Aku okey je as long as I’m happy.”
“Kau happy ke buat
benda tu semua?” soalnya lagi. Masih serius.
Lia berlagak tenang. Dia senyum. “Yes, I’m happy. Menjadi kegilaan ramai wanita. Aku suka dengan
hidup aku. Tak sunyi. Ada ramai kawan..”
“Kau tak fikir ke pandangan masyarakat terhadap kau?”
“Buat apa nak fikir fasal orang lain, Hana? Mulut orang..
mana pernah tutup.” jawab Lia tenang. Santai sekali. Seakan-akan kutukan
daripada para masyarakat bukanlah satu beban baginya.
Hana menggeleng perlahan. Sedikit sebanyak dia kesal akan
sikap Lia yang enggan berubah. “Suka hati kaulah, Ade. Asalkan kau happy, aku pun happy. Tapi jujur aku cakap kat kau, kau cantik. Tak pernah ke kau
terfikir nak cari kekasih?”
Lia cantik? Ya, Lia cantik sekali. Macam Cristina Suzanne.
Mirip. Berwajah putih mulus. Bermata bundar. Berbadan ramping. Tinggi.. Tak
hairanlah seandainya ramai wanita berpusu-pusu nakkan dia. Bila berpakaian
seperti lelaki, cantik yang dia miliki bertukar menjadi kacak, walaupun tak
berbadan sasa. Sungguh Hana tak dapat nafikan kenyataan itu.
Lia terdiam sejenak. Dialihkan sudu dan garpu dari
pegangannya. Tumpuan mula difokuskan pada Hana serta merta. Lama anak matanya
bertembung dengan anak mata Hana.
“Cukuplah Adam buktikan kepada aku erti lelaki yang sebenar.”
Perlahan dia bersuara. Sayu. Terus kelu lidah Hana nak
membalas kata-kata itu. Dia tahu, Lia pernah mengharungi zon percintaan yang
cukup dahsyat. Ditambah lagi dengan masalah keluarga yang bagaikan tiada
noktah. Tak hairanlah sikapnya terpesong jauh seperti ini.
Senyuman dipahat sebelum meneruskan kata-kata. “Adam is Adam. Tak semestinya semua
lelaki jahat macam Adam, Ade. Kau percayakan pada jodoh? Dalam Surah Al-Nur,
ayat 26, Allah berfirman: Perempuan-perempuan
yang keji untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan
yang keji pula, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik
dan lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu
bersih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah
mereka perbuat.” Hana mula kemukakan petikan maksud ayat lafaz Al Quran
yang pernah dihafalnya dahulu. Tak salah jika berkongsi ilmu dengan sahabatnya
itu.
Lia tersenyum sinis. “Aku percaya pada jodoh. Tapi aku yakin,
aku tak dijodohkan dengan sesiapa. No one
suits me well in this world.”
Terdengarkan komen Lia itu, Hana menepuk dahinya perlahan. Susah
betul nak lembutkan hati yang keras sekeras konkrit macam Lia ni. Haih.. “Ade,
kau dengar sini baik-baik. Setiap manusia dijadikan secara berpasang-pasangan.
Dalam Surah An-Nahl, ayat 72: Dan Allah
menjadikan bagi kamu dari diri kamu sendiri pasangan-pasangan (isteri), dan
dijadikan bagi kamu dari pasangan kamu: anak-anak dan cucu-cicit, serta
dikurniakan kepada kamu dari benda yang baik lagi halal; maka patutkah mereka
(yang ingkar itu) percaya kepada perkara yang salah (penyembahan berhala), dan
mereka kufur (mengingkari) pula akan nikmat Allah?” Kali ini Hana membaca
pula petikan ayat lafaz itu menerusi Ipad. Nasib baik dia rajin saved benda-benda berguna seperti ini.
Tak rugi.
Dan kali ini juga Lia terdiam. Tak tentu fasal dia kena lecture berjela-jela dengan Hana. Siap
rujuk Ipad lagi nak lecture dia!
Hebat betul si Hana ni. Memang sahabat mithali.
“Whatever.”
balasnya pendek.
Kalau dah memang kepala konkrit, tetap keras macam konkrit!
Hana menggeleng perlahan. At the same
time, dia mengeluh kecil. Penat barangkali.
“Aku bukan nak paksa kau, Ade. Aku cuma nak kau think positive. Tak eloklah kau teruskan
kegiatan lesbian kau ni. Berdosa tahu tak?” Suara Hana sedikit menaik.
Lia masih selamba. Langsung tak terkesan lagaknya. “Kalau aku
tak teruskan kegiatan ni, kau nak suruh aku buat apa? In a relationship for thousand times dengan lelaki? Macam kau? Couple, break up, couple, break up.
Gitu?” sindirnya. Directly propotional.
Hana tarik nafas perlahan. Kemudian dihembusnya semula. Turut
perlahan. Sabar, Hana. Sabar! Nak sekolahkan manusia berupa tembok konkrit
macam Iman Adelia ni memang payah. Sabar aje lah. Chaiyok! Desisnya dalam hati. Semangat.
“Aku tak suruh pun kau contohi aku, Ade. Aku sedar siapalah
aku nak dicontohi. Cukuplah kau sekadar buang tabiat musahaqah kau tu. Haih..
penatlah aku nak bebel macam ni.” rungutnya.
“Kau dengan Daus apa cerita?” Lia mula mengubah topik. Nampak
sangat nak mengelak! Haih, Lia.. Lia..
Hana berdeham sedikit. Ini yang dia tak suka bila buka cerita
fasal kisah cinta monyet dia ni. Err,
memalukan sungguh! “Hmmm.. kita orang
dah clash.”
“As I said just now.
Apasal?” Lia masih tak nak mengaku kalah. Jus oren yang dipesan sebentar
tadi disedut seketika.
“Dia.. dia nampak kau peluk aku.”
“What?!” Hampir
tersembur jus oren yang disedutnya. Terkejut. Hana masih menayangkan riak
selamba. Nampak macam tak kesah.
“Bila masa aku peluk kau weh?” soal Lia bodoh. Geram Hana
mendengarnya. Buat-buat tak ingat pulak minah
pengkid ni!
“Bulan lepas. Masa kita
breakfast kat Starbucks. Kan kau ada
peluk bahu aku. Takkan dah lupa kot?”
Wajah blur Lia ditatapnya. Macam tak percaya
pula yang Lia langsung tak ingat, sedangkan peristiwa malang itu baru sahaja
berlalu pada bulan lepas. Erm, ramai sangat ke awek yang minah ni dah peluk? Astaghfirullahaladzim..
“Then? Apa kaitan aku peluk kau dengan kau orang clash?” soal Lia penasaran. Takkan
dengan perempuan sementah dia Daus nak cemburu tak tentu fasal kot? Lol, lawak apakah ini?
“Dia ingat kau lelaki.
Yalah.. kau kan tinggi. Aku paras leher kau je
kot. Tak hairanlah dia syak macam-macam.” jawab Hana tenang. Seakan-akan sudah
pasrah.
Terdengarkan pengakuan
Hana itu, Lia jadi serba salah pula. Takkan sebab dia kot hubungan cinta Hana
terputus di pertengahan jalan? Huh, mengarut!
“So sekarang ni sebab akulah kau break
up dengan Daus?” Sekali lagi Lia menyoal.
Hana hanya tersenyum. “Just forget about it. Mungkin Allah nak
tunjukkan yang Daus tu bukan untuk aku.. Tak mustahil kan?”
Erm, ada betulnya juga
kata-kata Hana itu. Siapa sangka, itulah satu-satunya jalan yang boleh Tuhan
tunjukkan bahawa Firdaus Datuk Ahmad bukan untuk sahabatnya itu. Dan..
pengantara yang Tuhan pilih untuk pisahkan mereka berdua adalah dia. Begitu?
“Ade, jomlah balik. Aku
tak ada mood lah..” rengek Hana
tiba-tiba. Itulah.. siapa suruh ungkit kisah lama? Kan dah tertekan sendiri.
Hana.. Hana..
Lia pantas mengangguk.
“Alright, wait. I’ll pay the bill.”
Dan akhirnya, dia yang belanja.
“DIA.. dia nampak kau peluk aku.”
Entah kenapa
kata-kata Hana sebentar tadi asyik terngiang-ngiang di benaknya. Rasa serba
salah ke dia? Ya, sangat. Kalau tak disebabkan kelakuannya memeluk anak dara
orang di depan khalayak ramai, tak mungkin hubungan cinta yang sudah sekian
lama bersemi itu terputus. Haih.. kesian Hana. Err, bodohnya kau Lia! Bodoh sungguh! Kutuknya dalam hati. Kesal.
“Encik? Nak
bayar ke tak ni?” tegur seorang budak lelaki merangkap cashier di restoran itu. Tersentak Lia dibuatnya. Huh.. kus
semangat! Wajah budak lelaki itu dipandang sekilas. Nampak macam budak lepasan
SPM.
“Berapa
dik?”
“Tiga puluh
dua ringgit tiga puluh sen.” Not lima puluh ringgit dicapai dari dalam dompet
jenama Chanel. Penuh cermat budak lelaki itu menyambut hulurannya lalu
memulangkan baki.
“Terima
kasih, dik.” ucap Lia ramah.
“Sama-sama,
bang.” Bang? Memang aku nampak 100% macam abang ke? Ah, apa-apalah. Janji dia
tak gelar aku nyah sudah, bebel Lia
dalam hati.
Tiba-tiba..
Pranggggg!
Habis
berkecai gelas dan pinggan yang ditatang oleh lelaki itu. Pecah. Retak.
Berterabur. Tidak cukup dengan itu juga, gelas yang berderet tersusun di atas
kaunter juga menjadi mangsa, gara-gara dilanggarnya. Tersentak Lia untuk
seketika. Terkejut. Tak sangka kejadian malang ini sedang menimpa dirinya. Oh my God!
“Dik, I’m sorry. I didn’t mean to break all
of the glasses. So sorry..” rayu Lia tak semena mena. Merah padam muka dia
dibuatnya. Malu akan kecuaiannya sendiri.
“Bang, kalau
semua gelas ni dah pecah, kami nak hidang minuman guna apa?” soal budak lelaki
itu. Cemas Lia tak semena-mena. Pantas dia mengalihkan pandangan ke arah lelaki
tinggi yang melanggarnya tadi. Masih terkejut lagaknya.
“Encik,
Encik dah langgar I. So I minta Encik
bertanggungjawab atas apa yang Encik dah lakukan ni.”
Selamba badak sumbu sahaja Lia meninggikan suara. Meminta
lelaki segak bersongkok hitam tapi berkot itu untuk bertanggungjawab. Tajam
matanya memandang wajah itu. Nampak gaya macam minah gengster nak ajak bergaduh.
Lelaki itu
membalas pandangannya. Kemudian memandang gelas-gelas yang sudah pecah,
termasuk hidangan tengah harinya. Dia menghela nafas perlahan sebelum
meneruskan kata-kata. Nampak tenang gila! “Maafkan saya, Encik. Saya tak
sengaja.” ucapnya lembut. Sopan santun sungguh. Tergamam lima saat Lia melihat
sikapnya.
“Encik you panggil I? Helo! I’m a woman okay? Not a man!” tengking
Lia lantang. Tiba-tiba sahaja angin barannya datang. Terdiam para pelayan dan
pelanggan yang menyaksikan adegan berlanggar itu. Termasuk Hana di hujung sana.
Pasti terkejut terdengarkan jantina sebenarnya, bersertakan teriakannya juga.
Lelaki di
hadapannya itu juga hampir ternganga. Atas bawah, atas bawah dia menilik tubuh
Lia yang boleh tahan segak itu.
Berambut
pacak.
Berkemeja
panjang.
Berkot
hitam.
Berkasut
kulit.
Dan suara..
garau sikit. Tak pastilah sama ada sengaja digaraukan, memang garau atau sakit
tekak. Lelaki itu mula berandaian sendiri. Masih terkedu akan kenyataan yang
diketahui. Terperanjat beruk kot.
“Yang you pandang I macam I ni ada masalah
krisis identiti, pahal?!” Sekali lagi
Lia menengking. Kuat. Bergema hebat restoran itu dikerjakannya. Keadaan bertukar
sepi.
Lelaki itu
senyum nipis. Tanda hormat, mungkin. “Maafkan saya, Cik. Saya tak ada niat nak
mempersoalkan identiti Cik. Maaf kalau Cik terasa.” Tenang lelaki itu bersuara.
Langsung tak melenting akan sikap Lia yang boleh dikatakan kurang ajar.
Terdiam Lia
seketika. Kelu lidahnya nak berkata-kata. “Soal gelas dan pinggan mangkuk yang
pecah tu, biar saya ganti. Cik tak perlu keluarkan sesen pun. Maaf, sebab
susahkan Cik. Saya minta diri dulu, Assalamualaikum.” ucapnya sebelum berlalu
dari situ. Bergerak ke kaunter kedua untuk menjelaskan pembayaran ganti rugi.
Lia kekal
berdiam diri.
HATI yang bengang dibawa keluar daripada restoran itu. Huh,
memalukan sungguh! Tak tentu fasal semua orang di situ dok tertanya jantina sebenar dia. Gila betul! Erghhh. Ini semua mamat
bajet alim tu punya fasal!
Penumbuk
dikepal-kepal. Geram pula tatkala terkenangkan mamat bajet alim yang melanggarnya tadi. Rasa macam, kalau
diberikan kesempatan, mahu saja disepak muka tenangnya hingga tersungkur
menyembah bumi. Huh, baru padan muka!
“Weh, siapa mamat yang kau marah tadi tu weh?” soal
Hana yang sedari tadi membontotinya. Penasaran gila muka dia. Macam nak tahu
sangat je.
Lia mula
mematikan langkah di tepi Lamborghini Gallardo miliknya. Wajah penasaran Hana
dipandang seketika sebelum melebarkan pandangan ke kawasan sekeliling. Dia mendengus
kasar.
“Entah.
Ustaz mana entah. Tersesat jalan nak ke masjid agaknya.” jawab Lia selamba.
Langsung tiada pancaran riak serba salah di wajahnya.
Hana
tergelak besar. Siap ketuk-ketuk badan Lamborghini Gallardo dia lagi. Amboi,
suka nampak? Err.. apa yang kelakar
sangat pun Lia tak tahu. Angin meroyan dah datang agaknya. Kutuk Lia dalam
hati. Menyampah!
“Oh my God, tak lepas mata aku pandang
dia tadi. Dia kacak sangat lah weh!” puji Hana bersama-sama sisa tawanya.
Lia mencebik. Menyampah kuasa dua. Meluat pun ada. Mana
taknya, masakan si ustaz yang serupa pegawai Jabatan Agama tu dikata kacak? Oh Gosh, buta ke apa mata si Hana ni? Kero sungguh. Sekali lagi Hana
dikutuknya. Tapi dalam hati.
“Not my taste.”
komen Lia pendek.
“Eleh, memang lah not your taste. Taste kau kan perempuan, bukan lelaki.” Terasa
macam nak cekik aje si Hana ni. Berapa banyak kali lah dia perlu jelaskan yang
dia tak ada apa-apa perasaan kat perempuan? Girls
are just for fun!
“Stop flattering him, Hana. I hate him.”
“Kenapa kau
benci dia? Sebab dia handsome sangat?
Kau jealous?” Hana sengaja
mengapi-apikan kawan baiknya. Ala, sekali sekala tengok Gunung Adelia meletus,
apa salahnya?
“Hana, stop. Aku tinggalkan kau kat tengah-tengah Bangsar
ni karang baru kau tahu!” ugut Lia seraya melenyapkan diri ke dalam Lamborghini
Gallardo. Nampak marah gila. Apalah salah lelaki kacak tu agaknya.
Terdiam Hana melihat baran minah itu sesaat. Pantas dia membuka pintu kereta itu, lalu
menutupnya semula.
Suasana di dalam kereta bertukar sepi.
not bad, just a good beginner..
ReplyDeletealhamdulillah tq..
DeleteSinopsis sedih!!! Tak sabar nak baca part seterusnya ;)
ReplyDeleteJust stay tuned :-)
DeleteOooooo....pengkid .....hmm...kerana frust cinta....
ReplyDeleteAnd kurang ksh syg & perhatian mak bapak
DeleteSorry but i more prefer i heart u dr. This story look macam berat. Hmm isu derhaka terhadap ibu bapa dan lesbian macam tak berape sesuai. But ya, good try and continue your writing.
ReplyDeleteRamai yang mempersoalkan kenapa perlu selitkan isu lesbian & kebiadapan seorang anak. Isu2 ni memang rare, jarang dibangkitkan dalam mana2 karya. So ada kelainan pada cerita awak ni. Dan semestinya, isu les tu agak berat untuk diredakan. Jadi saya harap penulis ada idea yg mantap untuk selesaikannya. Dan saya juga harap penulis dpt ceritakan dgn santai spya pembaca faham & feel cerita ni.
ReplyDeleteApapun adik asha, cara pnulisan awak lebih matang drpd sblumnya. Berdsrkan sinopsis, saya ykin crita ini menjurus kpd keagamaan. Ada bagus jga, jd teruskan.
Jika dibandingkan dgn iheartyoudoctor, mmg ada banyak jurang & prbezaan. Ihyd cerita yg ceria & kelakar, berbanding ini. Cerita yg bt orang senyum sendiri. Mungkin krana adik asha tgh happy msa tulis cerita tu. Dan jadiisteriabang ni nmpk mcm sedih. Berkemungkinan adik asha tgh sedih msa tulis cerita ni. Jadi kami tak salahkan awak untuk sedih/happy. Itu lumrah.
So teruskan menulis cerita ni. Cuba tarik perhatian pmbaca dgn kelebihan yg awak ada. Insyallah dengan izin allah. Goodluck dik!
You are very talented ! Keep it up girl !
ReplyDeleteHahah.. I am briliant right sis ?? Hahah.. I was thinking about soleh kinda hero and 'TADAA' haha.. U grant my wish.. Ekekeke.. Happy happy happy...i like ur style of writing.. But.. The parts another marrige and dvorcd are too complicated.. But i believe that u wont spoil this story right ? I gv u my trust to carry on the story..
ReplyDeleteAhahaha.. I sound so poyo.. Am i ? Ekeke